Ahad, 12 Ogos 2012

MUDAH TU...SUSAH KALAU ORANG TAK CERDIK...BANGSA MALAYSIA...KAUM LAIN LAH...NEGARA MALAYSIA LAH...JIWA MALAYSIA LAH...JIWA WANITA DENGAN LELAKI TENTU LAIN...JIWA ISLAM DENGAN NON MUSLIM LAIN LAH...YANG SAMA BANGSA MALAYSIA...DUDUK NEGARA MALAYSIA DAN JIWA@SEMANGAT MALAYSIA LAH

DAP: Mahathir 'nakal' isytihar Negara Islam

  • Susan Loone
  • 4:23PM Ogos 11 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersikap "nakal" apabila berkata, beliau tidak sama dengan DAP apabila mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam, kata Karpal Singh.

Pengerusi DAP kebangsaan itu berkata, pengisytiharan Dr Mahathir yang dibuat pada 2001 itu sebenarnya tidak terikat dengan mana-mana undang-undang pun.

NONEMalah, kata Karpal, ia melanggar lima pengisytiharan oleh oleh Mahkamah Persekutuan pada 1998 bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

"Hanya negara sekular boleh mempunyai undang-undang sekular. Tindakan Mahathir mengisytiharkan Malaysia negara Islam di depan pengisytiharan (sekular) ini, adalah nakal," kata anggota parlimen Bulit Gelogor itu.

"Dengan berkata demikian, Mahathir mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan tiga perdana menteri sebelum ini yang secara terbuka menyatakan negara ini sekular," katanya.

NONESementara itu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang pula menuntut Datuk Seri Najib Razak menjelaskan tindakannya membiarkan Utusan menjalan kempen "haram sokong DAP" selama empat hari berturut-turut.
"Najib wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia sama ada beliau telah meluluskan atau mengesahkan kempen berbisa Utusan yang berbaur hasutan dan antinasional 'haram sokong DAP'," soalnya.

Lim (kiri) juga mempersoalkan sama ada Najib berani memisahkan diri daripada kempen itu, yang didakwa memperkecil-kecilkan agama Islam dengan menjadikannya sebagai "umpan politik".

Anwar nak ambil, ambillah, kata Nazri
5:02PM Ogos 11 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan wakil rakyat BN untuk melompat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 adalah perkara biasa.

NONE"Ada di kalangan wakil rakyat atau pemimpin Umno tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya," beliau dipetik sebagai berkata.

Nazri berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa akan terapat pemimpin BN Sabah menyertai mereka tidak lama lagi.

Nazri juga berkata, tindakan Anwar menarik pemimpin BN yang tidak tercalon dalam pilihan raya umum akan datang untuk menyertai pakatan pembangkang, tidak akan menjejaskan BN, lapor Bernama.

"Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti Anwar, ambil la...," beliau dipetik sebagai berkata.

"Anwar pun bapak katak sebab dulu Anwar pun lompat parti dari Umno ke PKR. Tak hairan kalau dia menerima golongan dia sendiri, katak akan terima katak."
Timbalan menteri: Tak perlu isytihar haram sokong DAP

  • Koh Jun Lin
  • 2:32PM Ogos 11 2012
Tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

saifuddin abdullah evidence act forum 2Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.

Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.

Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat  haram bagi umat Islam menyokong DAP.

Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."
Apa maksud 'sebangsa' dalam tema Pakatan?
11:19AM Ogos 11 2012
Kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tidak berani menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' untuk Hari Kemerdekaan tahun ini kerana banyak janji-janji mereka terhadap rakyat tidak ditunaikan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata dalam tempoh empat tahun lima bulan selepas pilihan raya umum ke-12, banyak janji pembangkang dalam manifesto mereka tidak dilaksanakan.

NONE"Mungkin itu sebabnya mereka tak berani nak gunakan slogan (tema) itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan Setiausaha JKKKP di Dewan Kodiang dekat Jitra petang semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keengganan kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan untuk menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang dipilih oleh kerajaan persekutuan sebagai tema Hari Kemerdekaan negara tahun ini.

Beliau yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata berbeza dengan kerajaan persekutuan, tema itu dipilih kerana ia menunjukkan bahawa selama 55 tahun merdeka sehingga kini segala yang dijanji telah ditunaikan.

"Kita juga boleh nampak dengan jelas wujud ketidaksepakatan antara mereka untuk buat satu perkara paling mudah iaitu tema untuk meraikan hari kemerdekaan," katanya.

Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti" untuk sambutan kemerdekaan tahun ini.

Mengenai tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Mukhriz meminta pembangkang menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan sebangsa.

"Saya ingat ia cuma slogan semata-mata dan digunakan hanya untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihan raya umum kelak," katanya.

- Bernama
Bapa bawa pulang gadis dilarikan kekasih ke Flores

  • Ahmad Fuad Yahya
  • 5:09PM Ogos 11 2012
Seorang bapa dari Malaysia dengan penuh rasa syukur hari ini membawa pulang anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun, yang terpisah selama tiga bulan apabila dilarikan seorang pemuda ke sebuah kampung di Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT) Indonesia.

Pada 9 Mei lalu, pemuda bernama Sukri, seorang pekerja Indonesia berusia 23 tahun, melarikan gadis itu dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah.

Pasangan kekasih itu menempuh perjalanan lebih sebulan sebelum sampai ke kampung Geliting, Maumere, Flores di mana mereka berdua menetap.

Bapa gadis itu, yang bersetuju diwawancara oleh wartawan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta dengan syarat identiti mereka tidak didedahkan bagi melindungi anaknya yang masih bawah umur, berharap pengalaman pahit yang beliau lalui itu tidak berulang kepada ibu bapa lain di Malaysia.

Abdullah (bukan nama sebenar), yang masih tertekan dengan peristiwa menimpa anaknya itu, menceritakan beliau amat terkejut apabila pertama kali mendapat tahu anaknya Adrianna (bukan nama sebenar) hilang dari asrama Sekolah Menengah Vokasional Keningau, apabila dihubungi seorang guru kelasnya, selepas dua hari anaknya menghilang.

Guru kelas itu mengambil inisiatif menghubungi beliau kerana hairan anaknya tidak hadir kelas untuk ujian semester sedangkan pihak asrama tidak menyedari bahawa anaknya dilarikan kekasihnya iaitu pemuda Indonesia yang bekerja sebagai pemandu di Sabah.

Ketika diminta menceritakan kisah yang berlaku itu, Adrianna yang kelihatan agak kebingungan setelah diserahkan oleh polis Indonesia kepada bapanya di Jakarta semalam, berkata dia dan kekasihnya merancang rapi untuk dia lari dari asrama itu.

Pada 9 Mei, Adrianna memberi alasan dibawa pulang ibunya dengan meniru tandatangan ibunya di dokumen rekod asrama namun kepada rakan asrama dia memberitahu akan berpindah sekolah.

"Saya membawa semua baju dalam beg pakaian yang besar dan kawan-kawan bantu mengangkat beg masuk ke dalam teksi yang menunggu di dalam kawasan sekolah. Pengawal sekolah juga melihat, dan saya keluar dari sekolah seorang diri dalam teksi itu," katanya.|

Teksi membawa Adrianna ke Penampang di mana kekasihnya Sukri sedia menunggu dan dari sana mereka menaiki bas untuk perjalanan kira-kira 10 jam ke Tawau dan meneruskan perjalanan menaiki bot laju ke Nunukan, Indonesia dalam perjalanan yang hanya menempuh masa setengah jam.

Adrianna berkata semasa di Nunukan dia dan kekasihnya menunggu sebulan untuk kedatangan kapal penumpang yang akan membawa mereka ke Flores namun dalam tempoh dua minggu di situ mereka melangsungkan pernikahan siri (pernikahan rahsia) melalui seorang ustaz dengan bayaran Rp5 juta.

Perjalanan ke Pelabuhan Maumere, Flores dengan menggunakan sebuah kapal besar lapan tingkat mengambil masa seminggu kerana kapal itu singgah berlabuh di Tarakan, Balikpapan, Pare-Pare dan Makassar, katanya.

Di Kampung Geliting, Adrianna tinggal di sebuah rumah kecil yang serba kekurangan, termasuk menggunakan dapur kayu api dan dia terpaksa membantu Sukri menjalankan kerja seperti mengupas asam jawa untuk dijual manakala Sukri pada masa-masanya memancing di pelabuhan untuk lauk makanan mereka.

Adrianna mula mengenali Sukri sejak tahun 2011 apabila lori gas yang dipandu pemuda itu rosak di depan rumahnya di Sabah namun Sukri datang semula ke rumahnya keesokan hari untuk meminta nombor telefon yang boleh dihubungi.

Mulai hari itu, mereka saling berhubungan secara rahsia dan Adrianna mengaku jatuh hati terhadap Sukri yang disifatkan bertanggungjawab dan melayani segala kemahuannya.

Apabila Adrianna melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat di Sekolah Menengah Vokasional Keningau dan tinggal di asrama pada tahun ini, Sukri memberinya sebuah telefon bimbit untuk membolehkan mereka terus berhubungan, sehinggalah Sukri merancang melarikan Adrianna dari asrama sekolah itu pada 9 Mei lalu.

Abdullah berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya menemui semula Adrianna termasuk Balai Polis Penampang, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri Malaysia dan Markas Besar Polis Indonesia.

- Bernama
3 pemimpin tertinggi ajak Fauzi masuk PAS

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:09PM Ogos 11 2012
WAWANCARA Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, beliau membuat keputusan menyertai PAS pada 20 Mei lalu selepas tiga pemimpin tertinggi parti itu tampil mengajak sendiri.

Katanya, ketiga-tiga pemimpin itu presidennya Datuk Seri Abdul Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta naib presiden Datuk Husam Musa,

Sambil ketawa kecil, Fauzi mendedahkan beliau pernah menolak "pujukan" Abdul Hadi atas alasan faktor usia dan keluarga sebelum serius memikirkan "harapan" PAS itu ketika bertemu Husam, exco kanan kerajaan Kelantan.

NONE"(Husam kata) kemasukan datuk (Fauzi) dalam PAS, setelah mereka bincang sama-sama mereka, akan memberi kelebihan. Jadi saya pun (fikir), kalau nampak macam serius, Tok Guru Abdul Hadi dah jumpa, Mat Sabu mula-mula sekali.

"Beliau (Husam) sendiri nampak harapan macam itu sekali. Kalau begitu, saya masih ada nilai atau ada sedikit yang boleh membantu. Kalau begitu, saya akan masuk secara rasmi. Saya akan mengisi borang," katanya.

Fauzi berkata, antara sebab pelawaan itu dibuat kerana kedudukannya dalam polis memberi kelebihan kepada PAS bagi menarik sokongan atas pagar.

Bertukar 23 kali dalam 32 tahun
Beliau berkata, beliau pernah mengenali Abdul Hadi dan Mohamad, sewaktu berkhidmat di Kelantan sekitar awal 90-an.

Katanya, mereka pernah terlibat sama dalam majlis dialog bersama ketua polis negara ketika itu, tetapi "tidak rapat".

NONEHubungannya dengan Mohamad pula terjalin apabila pemimpin PAS itu pernah membangkitkan di parlimen itu "pertukarannya" daripada Dang Wangi.

Mohamad, ketika itu anggota parlimen Nilam Puri, mempersoalkan di Dewan Rakyat, apakah pertukaran itu dibuat selepas Fauzi aktif membanteras jenayah, maksiat dan pelacuran sekitar Kuala Lumpur.

"Sejak daripada itu (kami) berkenalan. (Saya) jalin sejak dalam kerajaan dahulu," katanya yang tidak menafikan turut menerima pelawaan menyertai Umno.

Fauzi bagaimanapun menjelaskan, beliau sebenarnya dihantar ke Jepun untuk berkursus dan menganggap ia "perkara biasa" dalam pasukan polis.

Sebanyak 23 kali beliau ditukarkan sepanjang 32 tahun perkhidmatan beliau, tambah Fauzi.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi berkata PAS mempercepatkan kemasukannya dengan mengadakan majlis khas besar-besaran di kawasan Hulu Sepetang berdekatan tempat kelahirannya Batu Kurau di Taiping.

Ditunggu macam pengantin

Menceritakan detik kemasukannya itu, Fauzi berkata, beliau yang tiba agak lewat kerana menghadiri kenduri sebelumnya, merasakan pengalaman disambut seperti pengantin.
"OK, (bila) sudah sampai, ia bagi satu kepuasan kepada mereka (penyokong PAS). Semacam tunggu pengantin akhirnya, sampai juga," katanya.

Ditanya sama ada menerima tekanan selepas menyertai PAS, Fauzi - yang berkhidmat selama 32 tahun dalam polis - mengakui perkara itu.

ex-cid chief Fauzi Shaari"Pendek kata, ada bantahan-bantahan (pada hasrat saya). Tapi majoriti menyokong. Bantahan ini hingga menyebabkan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pihak lain.

"Kadang ia tidak menyerang kepada saya, tidak berhubung dengan saya, tapi Datin Fauziah (isterinya). Dia rasa tertekan," katanya.

Bagi menenangkan keadaan, Fauzi juga berkata beliau pada awalnya mengelak diwawancara, mengelah berceramah selama sebulan, bahkan bercuti ke Singapura untuk menenangkan keadaan.

Beliau bagaimanapun menganggap tekanan itu "tidak ada apa-apa" jika dibandingkan dengan ugutan bunuh yang diterimanya sewaktu bertugas sebagai OCPD di Dang Wangi tidak lama dahulu kerana tegas membanteras jenayah dan maksiat.

"Tapi saya simpan. Saya, tak sampai buat laporan (polis)," tegasnya yang pernah menjadi OCPD Dang Wangi selama setahun sembilan bulan bermula pada 1989.

'Jeneral' daripada sekolah
Bercerita tentang peribadinya, Fauzi berkata memilih kerjaya sebagai polis kerana minta terhadap pakaian seragam daripada bangku sekolah hingga ke Universiti Malaysa (UM).

Malah, beliau sering memakai baju seragam pasukan keselamatan sejak bersekolah lagi.

"Kawan-kawan memang panggil saya 'jeneral' zaman sekolah lagi, bukan zaman universiti sahaja. Sebab apa-apa hal, saya nak jadi jeneral," katanya sambil menambah beliau datang daripada keluarga petani dan penoreh getah.

NONEFauzi mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Besar pada 1957-1962, sebelum melanjut pelajaran di peringkat menengah di Sekolah King Edward VII di Taping pada 1963-1970.

Beliau melangkah ke UM pada 1971 hingga 1974 dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah sebelum bekerja sementara sebagai penoreh getah dan mengajar di tiga buah sekolah sewaktu menunggu keputusan menyertai polis.

Merasakan permohonannya tidak diterima, beliau mengambil keputusan untuk bekerja tetap sebagai wartawan di Angkasapuri pada 1975 sebelum dipanggil ditemuduga sewaktu masih berkhidmat sebagai pengamal media.

Beliau bernasib baik kerana bahagian pentadbiran menimbang permohonan beliau untuk 'menukar' kerja atas dasar "kerajaan kepada kerajaan" sehingga beliau bersara pada 25 September 2006 selepas hampir 32 tahun berkhidmat.


Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin.
Bahagian I: Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka

Bahagian II: Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah


Bahagian III: Fauzi: Dakwaan BERSIH cuba guling k'jaan tak berasas
Bahagian IV: Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum

Tiada ulasan: