Jumaat, 10 Ogos 2012

BERCAKAP DALAM TEMPURUNG...TAK MAU KELUAR DARI TEMPURUNG...PEMIKIRAN KURANG CERDIK...AKHIR ZAMAN BUKAN MELAYU MENYATUKAN UMAT TETAPI ISLAM...CAKAP LUNAK SEDANG DITAHAN TELAH BERTAHUN2...PATUT BUKA HATI SENDIRI...ADA HASRAT NAK BAGI...TAHAN HAK RAKYAT...MUNGKIN NAK TUNGGU HUKUM ALLAH BARU NAK BAGI...

Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum

  • Abdul Rahim Sabri
  • 7:36AM Ogos 10 2012
WAWANCARA Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu.

Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.

NONE"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing
dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.

"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.

"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.

"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.

Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.

'Apa beza hudud dan Kanun Keseksanan?'

Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung  Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang –  semakin memahami isu hudud.

"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.

Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".

Fauzi juga mempersoalkan penolakan “hudud Allah” oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.

“Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British,” katanya lagi.

Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana  selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain.

Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata “salah faham” yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.

Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN.

Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin.

Bahagian I: Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka

Bahagian II: Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah

Bahagian III: Fauzi: Dakwaan BERSIH cuba guling k'jaan tak berasas

Royalti: Kesediaan Nik Aziz kerjasama petanda baik
11:23AM Ogos 10 2012
Kesediaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bekerjasama dengan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur, satu petanda baik ke arah menyelesaikan isu tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan, demi faedah rakyat Kelantan.

Kesediaan Nik Aziz itu sudah memadai walaupun ia tidak dipersetujui segelintir pimpinan PAS negeri itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Ops Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Bachok, semalam.

Pada 4 Ogos lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata beliau akan menghadap Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan baginda mengenai wakil negeri itu yang akan menganggotai Jawatankuasa Khas tersebut.

Penubuhan jawatankuasa khas itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lepas, yang bertujuan mengkaji secara adil dan telus berhubung bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata seramai 531 anggota jabatan itu sudah bersiap sedia untuk menyertai Ops Raya bagi menjalankan tugas menyelamat di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata mereka akan bertugas 24 jam di jalan raya persekutuan dan negeri bermula hari ini sehingga seminggu selepas perayaan.

Mereka akan dilengkapi peralatan menyelamat yang canggih bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemalangan jalan raya berikutan ramai rakyat Kelantan yang bekerja di tempat lain akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya, katanya.

- Bernama
Umno harap pintu hati Nik Aziz, Hadi akan terbuka...

  • Bernama
  • 6:59AM Ogos 10 2012
Salam perpaduan Umno kepada PAS tidak pernah ditarik balik meskipun selama ini ia tidak disambut oleh parti itu, kata Ketua
Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
  
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka telah menghulur salam perpaduan kepada pemimpin PAS.
  
Berucap di majlis Ramah Mesra Warga Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya Peringat di Kota Bharu hari ini, Ahmad berharap pintu hati pemimpin utama PAS, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terbuka ke arah perpaduan itu sempena Ramadan yang penuh keberkatan dan demi kepentingan orang Melayu dan Islam di negara ini.
  
Di majlis itu, Ahmad menyampaikan zakat sebanyak RM100 dan buah kurma kepada tiap seorang daripada 400 penerima, terdiri daripada penduduk miskin dan anggota pertubuhan peladang di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

- Bernama

Banyak pihak ragui Jawatankuasa Khas royalti

Aslani M, 09 Ogs 2012
KOTA BHARU: Jawatankuasa Khas bagi pengurusan wang tunai hasil petroleum dianggap sesuatu yang aneh, luar biasa, meragukan dan tidak mempunyai asas undang-undang.

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) yang dibentuk daripada gabungan 50 NGO menyifatkan cadangan penubuhan jawatankuasa itu di luar pemikiran rasional dan terdedah manipulasi.

Pengerusi GEGAR, Dr Abdul Halim Yusof berkata, implementasi perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri terbabit sudah berjalan bertahun-tahun dengan kaedah yang jelas.

“Tidak ada apa-apa yang perlu dikaji lagi melainkan ada cacat dan cela pada Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang hanya layak dibincang di sidang Parlimen mengikut kaedahnya.

“Kenapa pula perlu melibatkan Terengganu dan Pahang sedangkan negeri terbabit tidak menjadi pihak yang terbabit dalam pertikaian.

“Jawatankuasa Khas itu membayangkan isu utama berkaitan perundangan dan ini sudah merampas hak dan fungsi mahkamah,” katanya di sini.

Pada 2 Ogos lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghantar surat kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan nama wakil dari Kelantan bagi menyertai jawatankuasa berkenaan.

Difahamkan juga Kementerian Penerangan mengeluarkan risalah khas menjawab tuntutan rakyat dan kerajaan Kelantan terhadap royalti minyak.

Dr Abdul Halim berkata, kerajaan negeri hanya ada seorang wakil daripada tujuh ahli dalam jawatankuasa berkenaan yang dianggap seperti jawatankuasa timbang tara atau kajian.

Oleh itu katanya Jawtankuasa Khas itu dianggap tidak wajar dan kerajaan negeri perlu mempertimbangkan secara lebih mendalam kerana dibimbangi ada motif yang tidak baik.

“Kerajaan negeri hendaklah meneruskan kes saman seperti difailkan sebelum ini.

“Jawatankuasa Khas tidak lebih seperti jawatankuasa lain termasuk Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang tidak mencapai apa-apa tujuan.

“Sebenarnya ia tidak lebih sebagai perangkap bagi mengikat kerajaan negeri terhadap keputusan nanti tanpa ada ruang untuk membuat pilihan,” katanya.

Hujah GEGAR turut dipertahan Pemuda PAS Kelantan dengan mencadangkan kerajaan negeri menolak cadangan penubuhan Jawatankuasa Khas yang disifatkan hanya membuang masa.

“Ini kerana negeri-negeri lain seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak diberikan wang royalti tanpa melalui apa-apa jawatankuasa,” kata ketuanya Abdul Latiff Abdul Rahman.

Katanya, kerajaan negeri hendak berterusan menuntut pembayaran royalti minyak dengan kadar 5 peratus sebagaimana dipersetujui dalam Perjanjian Petroleum 1975.

Menurutnya juga cadangan penubuhan jawatankuasa khas hanyalah sekadar helah pemimpin Umno ingin melengah-lengahkan bayaran royalti kepada Kelantan.

“Ditambah dengan tempoh 6 bulan yang diberikan kepada jawatankuasa serta tambahan 80 hari dilihat sebagai satu niat yang jelas untuk menangguhkan bayaran sehingga selepas pilihanraya umum ke-13,” katanya di sini.
Dr M: Hanya Umno mampu satukan orang Melayu

  • Bernama
  • 6:40AM Ogos 10 2012
Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
  
Beliau berkata ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.
  
"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.
  
"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di Baling semalam.
  
Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Mahathir berkata kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.
  
"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno.
  
- Bernama
Tema Merdeka: Anwar tolak dakwaan Pakatan tak sepakat

  • Salhan K Ahmad
  • 3:15PM Ogos 9 2012
Pakatan Rakyat menolak dakwaan bahawa tema berbeza yang akan digunakan oleh negeri Pakatan Rakyat untuk sambutan Hari Kebangsaan menunjukkan ketidakepakatan di kalangan mereka.

NONEKetua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negeri berkenaan tetap menggunakan tema kebangsaan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" walau menggunakan tema berlainan di Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Sebenarnya Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dah buat keputusan awal, umum tema awal," katanya.

Jelasnya, pemimpin negeri tersebut bagaimanapun setuju menggunakan tema kebangsaan Pakatan selepas perkara itu dirujuk kepada majlis pimpinan Pakatan.

"Ini menunjukkan kemajuan yang baik, capai muafakat walau diputus tema yang lain," katanya lagi.



Semua negeri Pakatan kembali guna satu tema Merdeka
KJ: Pakatan seperti raksasa mitos kepala tiga
Tema Merdeka keempat bagi negeri Pakatan
Tema Merdeka: Rais kata Pakatan tiru BN
'Sebangsa, Senegara, Sejiwa, tapi 3 tema'
Mustafa: Negeri Pakatan guna tiga tema berbeza
Nazri: BN berhak tentukan tema merdeka
Negeri Pakatan guna tema alternatif Merdeka

Tiada ulasan: