Khamis, 23 Ogos 2012

MUNGKIN RAMAI DAH KELUAR TAPI TAK DE BERUBAHAN PADA FIZIKAL DLL...KALAU JADI BERUK DAN BABI TENTU MEREKA TAK BERANI....NI SEMUA KEHENDAK ALLAH...ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...NI KESAN TAK MENGAJI AGAMA

Hudud: Tak timbul soal PAS-DAP berpecah

Harakahdaily Foto Rizal Tahir, 23 Ogs 2012

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa orang Islam sama sekali tidak boleh menolak hukum hudud kerana ianya adalah hukum yang ditetapkan oleh agama dan bukan ideologi ciptaan manusia.

"Isu ini tidak perlu dibincang kerana ia adalah hukum agama, bukan ideologi, kalau hukum dunia, kita boleh tolak, tetapi sebagai orang Islam, (jika) tolak agama bermakna akan terima pembalasan di akhirat kelak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, di sini, semalam.

(Gambar: Tuan Guru sedang megambil juadahnya ketika majlis Aidilfitri PAS Kawasan Pengkalan Chepa di sini semalam)

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik.

Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu.
"Sekurang-kurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi.

Beliau juga yakin kenyataan Pengerusi DAP itu tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya.

Bantah alih kubur bukan anti-pembangunan

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
JOHOR BAHRU: Penduduk Pengerang, Kota Tinggi di sini semalam memfaikan permohonan mendapatkan Perintah Certiorari bagi membolehkan semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan kerajaan negeri yang mahu mengalihkan tapak perkuburan bukan Islam di situ.

Tindakan itu dibuat ekoran rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan kerajaan negeri itu yang disifatkan mengenepikan penduduk dan mementingkan pembangunan.

Kira-kira 40 penduduk semalam hadir di perkarangan bangunan Mahkamah Tinggi (Sivil) Johor Bahru bagi menunjukkan sokongan kepada panel peguam yang dilantik.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan penduduk Pengarang itu tidak boleh dilihat sebagai anti pembangunan.

Sebaliknya ujar beliau, ia adalah menifestasi rasa tidak puas hati penduduk terhadap jaminan masa depan tapak perkuburan sedia ada dan tapak perkuburan baru.

Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, ketika diadakan dialog bersama Pegawai Daerah Kota Tinggi dan UPEN pada 13 Ogos lalu, pihak yang berotoriti ini gagal memberikan jaminan tersebut.

"Yang menghairankan, dibuat pengumuman mana-mana kampung dalam lingkungan 22,500 ekar yang terlibat dengan pengambilan tanah, bila berlaku kematian, tidak dibenarkan lagi untuk di kebumikan di tanah perkuburan sedia ada.

"Bila ditanya nak dikebumikan di mana, jawapannya akan dimesyuaratkan dulu. Bila diasak bertubi-tubi oleh peserta dialog, akhirnya Pegawai Daerah dan Wakil UPEN minta tempoh sebulan untuk beri jawapan. Agaknya, kalau ada orang meninggal dunia (dalam tempoh itu), simpan dulu mayatnya," katanya.


Selain tanah perkuburan bukan Islam, difahamkan tanah perkuburan Islam juga akan turut dipindahkan ke suatu lokasi baharu yang sudah dikenal pasti.

Pengambilan tanah itu adalah bagi pembinaan projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak Dan Petrokimia (Rapid) yang bernilai RM60 bilion.

PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya negara kucar-kacir jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara membayangkan perubahan besar bakal berlaku pada PRU 13.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan berkata, kenyataan Mahathir itu mempamerkan ketakutan dan tekanan yang dihadapi BN pada ketika ini.

"Bukan omong kosong, namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salahguna kuasa, salahguna hari kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, ini menguatkan lagi hujah betapa Umno BN bakal kehilangan kuasa pada PRU 13.

"Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Menurut Edy, kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan pentadbiran mereka masing-masing dan dalam banyak perkara negeri Pakatan Rakyat lebih baik dari negeri yang diperintah BN sendiri.

Ia termasuk soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat seperti yang direkodkan dalam laporan audit negara baru-baru ini.

"Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal Pakatan Rakyat di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Tun Mahathir?

"Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas PM ini jika servis kerajaan pusat berubah tangan," soalnya lagi.

Mengulas kenyataan Mahathir bahawa "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan", Edy berkata bekas perdana menteri itu seolah-olah sedang bercakap di depan cermin.

Ini kerana, apa yang disebut itu adalah apa yang sedang dibuat oleh Umno BN ketika ini.

"Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar kerajaan pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan.

Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).

"SAMM juga turut mendoakan supaya Tun Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah," katanya.

Lebih baik syaitan: Kenyataan Dr. M mengelirukan

Harakahdaily, 23 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal", boleh mengelirukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh yang nyata bagi orang Islam.

"Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

"Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.

Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.

Membidas kenyataan itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod 54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.

"Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

"Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat," katanya.
Bekas mufti: Terkeluar Islam jika persenda hudud
12:07PM Ogos 23 2012
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi amaran kepada golongan yang mempersenda usaha untuk melaksanakan hukum hudud kerana perbuatan demikian boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Dr Mohd Asri berkata, sendaan itu boleh dilihat ketika Kelantan mula memperkenalkan hukum hudud – melalui Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

NONE"Mempersendakan teks al-Quran ataupun as-Sunnah seperti sendaan sesetengah pihak apabila Kelantan ingin melaksanakan hudud dengan menyatakan ‘sesiapa yang ingin makan sup tangan sila ke Kelantan’ adalah melampaui batasan agama.

"Bahkan, jika pengucap sedar dan bermaksud menghina nas al-Quran dan as-Sunnah, maka dia terkeluar dari Islam," katanya dalam satu tulisan di blognya, drmaza.com.

Beliau turut mempertahankan usaha melaksanakan hudud seperti dijalankan kerajaan negeri Kelantan yang disifatkannya sebagai tindakan yang jujur untuk melaksanakan perintah Allah.

Namun, langkah itu terhalang kerana tidak mendapat kerjasama oleh kerajaan persekutuan, kata Dr Mohd Asri lagi.

"Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu. Walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan, namun apa yang penting hukuman itu dibahaskan, dibincangkan dan dipromosikan.

"Ijtihad baru juga perlu dilihat bagi mencapai maksud keadilan jika ia dilaksanakan," katanya.
Tambahnya, beliau mendapati demikian apabila melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberitahunya: “Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.
NONE"Di Kelantan suasana kondusif untuk hudud terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran pusat.
"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan. Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan.

"Maka, bukan menjadi kesalahan Kelantan jika beberapa hukuman hudud tidak dilaksanakan disebabkan keterbatasannya," kata Dr Mohd Asri lagi.
Awal tahun lalu, Nik Abdul Aziz menjelaskan bahawa Kelantan memutuskan untuk tidak melaksanakan enakmen tersebut kerana bimbang kerajaan persekutuan akan campur tangan dengan mengisytiharkan darurat dan merampas pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan dan memberi amaran untuk mengambil tindakan sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.
Selain Kelantan, Terengganu turut meluluskan undang-undang serupa melalui Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) ketika negeri itu berada di bawah pentadbiran PAS.
BN yang mengambil alih pentadbiran Terengganu selepas itu juga tidak melaksanakan peruntukan tersebut kerana belum cukup persediaan, seperti dinyatakan seorang wakil kerajaan dalam persidangan DUN akhir tahun lalu.
PKR: Hanya 'diktator' seru sokong 'syaitan yang dikenali'

  • Ahmad Fadli KC
  • 12:32PM Ogos 23 2012
MP Subang R Sivarasa berkata kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengungkapkan BN sebagai "syaitan" yang perlu terus diundi mencerminkan gaya seorang diktator.

"Kenyataan Dr Mahathir itu adalah kenyataan yang biasa dibuat diktator walaupun mereka tidak lagi berkuasa.

"Ia mencerminkan personaliti dan juga sikapnya terhadap kuasa.

"Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat," kata Sivarasa.
Beliau mengulas kenyataan Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang dikenali" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang tidak dikenali". 
"Jelas beliau hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa
dengan cara autoritarian seorang diktator," kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat PKR pagi tadi.
Nazri: Seksyen 114A kekal
1:54PM Ogos 23 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa pindaan ke atas Seksyen 114A Akta Keterangan akan dikekalkan walau perkara itu menerima tentangan meluas daripada masyarakat sivil.
Dalam sidang media di Kuala Kangsar hari ini, Nazri berkata kerajaan membuat keputusan itu memandangkan pembangkang gagal menunjukkan kesungguhan untuk menentang pindaan terbabit.
"Kita akan terus kekalkan akta ini, lagipun mereka (pembangkang) tidak bersungguh-sungguh (dalam usaha) untuk membuat sebarang perubahan," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Utusan: Nik Abduh mahu DAP nyata pendirian hudud
2:06PM Ogos 23 2012
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menuntut DAP menyatakan pendirian rasmi mengenai hukum hudud.
Pendirian itu penting untuk membetulkan persepsi rakyat ekoran kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini, katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.
Menurut Utusan, Nik Mohamad Abdul turut meminta agar kepimpinan DAP memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat sebarang kenyataan.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng) membuat kenyataan. Paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan," kata Nik Mohamad Abduh seperti dipetik dalam akhbar itu.
Laporan itu disiarkan susulan amaran yang dikeluarkannya semalam bahawa pelaksanaan hukum hudud akan menyebabkan PAS kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya akan datang.

Laporan Berita Harian semalam memetik Nik Mohamad Abduh sebagai berkata, kenyataan pengerusi DAP itu memberi gambaran kepada masyarakat Islam bahawa DAP "tidak mesra Islam dan orang Melayu".

Bagaimanapun, bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tetap yakin bahawa kenyataan MP Bukit Gelugor itu tidak akan menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Nik Abdul Aziz dilaporkan lidah parti PAS Harakahdaily sebagai berkata, beliau yakin perkara itu hanya diperbesarkan bagi menimbulkan kekeliruan.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya seperti yang dipetik dalam laporan itu.
PKR siasat minit mesyuarat strategik bocor di blog

  • Susan Loone
  • 1:49PM Ogos 23 2012
EKSKLUSIF Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di satu blog yang tidak dikenali.

Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.

Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.

Blog bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang.
Dulu jadi 'pak sanggup', kini ADUN dua penggal

  • Ahmad Fadli KC
  • 9:10AM Ogos 23 2012
WAWANCARA Ng Suee Lim adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada golongan yang biasa hadir ke ceramah Pakatan Rakyat di Selangor, Johor dan Melaka.

ADUN Sekinchan ini merupakan satu-satunya wakil rakyat berbangsa Tionghua yang mampu bercakap Jawa dengan fasih dan menyebut istilah Arab dengan lancar dalam ceramahnya.

Malaysiakini menemubual Ng sebelum Aidil Fitri lalu untuk menelusuri perjalanan politik dan memahami personaliti timbalan setiausaha DAP Selangor ini.

NONEMenurut Ng, beliau mula belajar bahasa Jawa apabila bekerja secara sambilan di kantin bapa angkatnya, seorang orang kuat Umno di Kapar yang juga jirannya di Kampung Tok Muda, Batu 12 1/2 selama hampir sepuluh tahun.

Beliau mula bekerja sambilan seawal Darjah Lima demi membantu keluarganya yang tidak berpendapatan besar pada masa itu. 

Kebetulan, bapa angkatnya menggaji ramai orang berketurunan Jawa dan sebagai seorang kanak-kanak, beliau sering dibuli dan dimarahi pekerja lain dalam bahasa Jawa.

Lama kelamaan beliau memahami butir bicara percakapan pekerja lain dan mula menguasai bahasa itu sedikit demi sedikit.

Hubungannya yang sangat akrab dengan keluarga angkat Melayunya turut menyebabkan beliau menghabiskan musim cuti sekolah selama dua bulan dengan tinggal di rumah mereka.

"Selesai bekerja, saya tinggal di rumah mereka. Di rumah mereka saya dapat makan ayam. Walaupun rumah saya sebelah sahaja saya tak balik," kata Ng tertawa besar mengimbau sejarahnya.
'Orang Cina takut hudud'
Minat Ng dalam politik mula bercambah apabila sering dibawa bapa saudaranya, seorang penyokong tegar Lim Kit Siang ke majlis ceramah dan makan malam DAP.

"Dia beli tiket (makan malam DAP) dia akan beli dua. Satu untuk dia dan satu untuk saya," kata Ng yang bertindak sebagai jurubahasa kerana bapa saudaranya hanya menguasai dialek Hokkien dengan baik.

Minatnya yang semakin mendalam terhadap politik diteruskan lagi dengan membantu kempen DAP menerusi cawangan Kota, Klang.

NONEMalah, Ng pernah membantu kempen Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang pada masa itu merupakan ahli DAP dan bertanding kerusi Kuala Lumpur Bandar (kini Bukit Bintang).

Wee Choo Keong kini adalah ahli parlimen bebas selepas berpaling tadah daripada PKR dan Pakatan Rakyat.

Menurut Ng, pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 mendorongnya terlibat lebih serius dalam politik.

"Saya tengok cara Mahathir layan Anwar pada masa itu saya tak boleh terima, ini zalim," kata Ng yang berikrar untuk menumbangkan Umno dan BN dengan lebih bersungguh-sungguh selepas peristiwa itu.

Tiga hari sebelum penamaan calon pilihan raya tahun 1999, beliau diminta Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sekarang, Datuk Teng Chang Khim untuk bertanding di Sekinchan.

Satu-satunya sebab Ng diminta untuk bertanding di situ adalah kerana pemimpin DAP tempatan sudah putus asa untuk menang.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi cabaran baru menanti Ng apabila pemimpin DAP tempatan enggan membantunya kerana beliau bukan anak tempatan dan mereka tidak yakin dengan usianya yang terlalu muda.

"Waktu itu dana pun orang (DAP) tak mahu bagi. Ada orang sumbangkan dana masuk ke cawangan tetapi saya kena cari sendiri," kata Ng.
Beliau tewas dalam pilihan raya itu dengan majoriti 2044 undi.

Bagaimana pun, Ng mendapati kekalahannya adalah kerana kehilangan banyak undi Cina yang pada masa itu dimomokkan dengan ketakutan terhadap undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan PAS di Kelantan.

Bagi menangani persepsi negatif tersebut, Ng mengambil pendekatan yang unik yang menggabungkan hobinya yang gemar melancong dan kerjayanya sebelum ini.
Bina jentera DAP Sekinchan

Beliau menganjurkan rombongan untuk orang-orang Cina di Sekinchan melawat Kelantan bagi melihat sendiri negeri itu secara lebih dekat.

"Saya dahulu pernah jadi pemandu pelancong sambilan jadi saya buat keputusan anjur lawatan ke Kelantan.

"Setiap tiga bulan satu trip saya bawa ke Kelantan. Pergi ke Tumpat tengok patung Buddha terpanjang di Asia Tenggara.

"Balik mereka boleh cakap di kedai kopi 'Ini MCA tipulah mana ada di Kelantan tak boleh makan babi'," kata Ng.

NONEPada masa sama, beliau berjaya menanam keyakinan di kalangan sebahagian pemimpin DAP setempat untuk membantunya membina kembali jentera DAP Sekinchan.

Beliau yang pada masa itu menetap di Shah Alam berusaha turun ke Sekinchan sekurang-kurangnya dua kali sebulan untuk mendekati masyarakat walaupun kalah dalam pilihan raya.

"Kalau ada masalah (setempat) kita panggil wartawan kita dedahkan. Kalau tiada masalah kita minum-minum di kedai eratkan hubungan," kata Ng.

Usaha beliau membuahkan hasil apabila pada pilihan raya tahun 2004, beliau menang kerusi Sekinchan.

Menurut Ng, sokongan besar kepada BN sewaktu Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri menyebabkan kerusi yang dimenangi pembangkang di Selangor berkurangan daripada enam kerusi pada tahun 1999 kepada dua kerusi sahaja pada tahun 2004.

Malah, beliau sendiri hanya menang dengan majoriti 344 undi sahaja dan menjadi wakil pembangkang dalam DUN Selangor bersama Teng Chang Khim yang menang kerusi Sungai Pinang.

Mengambil iktibar daripada kemenangan itu, Ng terus menggunakan strategi yang sama dan berjaya meyakinkan penduduk Sekinchan untuk terus mengundi beliau buat kali kedua pada tahun 2008.

"Di luar bandar rakyat mementingkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain," kata Ng.

Beliau kini gembira dapat membantu penduduk Sekinchan dalam kapasiti lebih besar sebagai ADUN kawasan itu.

Malah, sokongan rakyat Sekinchan terhadap DAP juga semakin baik sekarang ini.

"Dahulu kita buat jamuan satu tiket RM25 kita pergi rumah ke rumah empat buah kampung kita jual tiket.

"Kita cuma mampu jual 60 ke 70 meja sahaja. Sekarang kita jual RM50 satu tiket kita dapat jual sekitar 250 meja," katanya.

Ng yang sebelum ini turut pernah terlibat dalam pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dan sektor pembinaan nyata gembira apabila dapat berceramah kepada orang ramai untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

"Dahulu pernah meniaga larut malam, sekarang pun meniaga larut malam dengan ceramah politik.

"Dalam tiga tahun setengah ini malam-malam saya terus motivasikan mereka (hadirin ceramah)," kata Ng yang ketawa kecil.
Anak dakwa JAIPP 'rampas' abu mayat ibu

  • Susan Loone
  • 9:43AM Ogos 23 2012
Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh sekumpulan penganut Hindu ke atas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) atas tindakan badan tersebut yang didakwa merampas abu mayat seorang wanita didakwa menganut Islam.

Salah satu laporan polis itu dibuat di balai polis Nibong Tebal oleh anak si mati, M Kamasanthren dan 17 lagi saudara mara dan rakan keluarga tersebut.

jaipp body snatching 220812Dalam laporannya, Kamasanthren mendakwa keluarganya menerima maklumat melalui telefon pada 14 Ogos bahawa beberapa orang pegawai yang mendakwa daripada daripada JAIPP ingin mengambil alih abu mayat ibunya M Nagamah.

Tambahnya, bapa saudaranya R Raja, yang berhubung dengan individu daripada rumah pembakaran mayat tersebut telah menegaskan bahawa keluarga itu tidak membenarkan JAIPP berbuat demikian.

Raja juga menegaskan bahawa pegawai itu tiada kuasa undang-undang untuk mengambil alih jasad abu mayat ibunya yang menjadi milik keluarga tersebut secara sah, melainkan JAIPP telah melalui proses perundangan, dakwanya.

Bagaimanapun, pegawai JAIPP itu tetap berkeras dan kemudiannya merampas abu mayat ibunya, dakwa Kamasanthren, 46.

Beliau mendakwa, perbuatan itu merupakan tindakan "mencuri" jasad ibunya.

"Ibu saya dan keluarga saya yang lain adalah rakyat Malaysia dan hak serta kepentingan kami sepatutnya dilindungi perlembagaan persekutuan dan undang-undang Malaysia.

"Perbuatan mencuri jasad ibu saya yang sudah dibakar ini adalah secara terang-terangan merupakan pelanggaran undang-undang serius dan jelas melanggar hak yang diperuntukkan kepada kami dalam Perkara 11 mengenai kebebasan beragama," tegasnya.

Anak sulung dalam keluarga itu berkata beliau membuat laporan polis kerana ingin polis menyiasat perkara itu dan mahu masalah dengan JAIPP diselesaikan dengan "aman" kerana mereka ingin menjalankan satu lagi upacara mengikut agama Hindu pada 28 Ogos.
Turunkan harga kereta: BN jangan bermuka-muka

  • Rafizi Ramli
  • 9:55AM Ogos 23 2012
Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk “Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?”.

Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta. Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian PKR selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian PKR mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

NONEPun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan BN yang secara berterusan mengkritik cadangan PKR tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Ketua Pemuda Umno saudara Khairy Jamaluddin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa PKR.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan BN setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan BN berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan PKR untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan BN).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan PKR. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.
PKR percaya dengan harga kereta yang murah:

  • Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;
  • Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;
  • Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;
  • Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;
  • Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan
  • Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, PKR akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan BN yang seterusnya kerana saya yakin BN tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.


NONERafizi Ramli merupakan pengarah strategi PKR. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: