Rabu, 8 Ogos 2012

KEAMANAN MASIH ADA KERANA MASIH ADA GULONGAN MENCEGAH MUNGKAR DAN MENGAJAK KEBAIKAN....JUGA ORANG BANGUN TAHJUD MENTAATI ALLAH SWT...ALLAH TAK KAN MEMANDANG DENGAN RAHMAT GULONGAN2 YANG MEMBUAT MUNGKAR SERTA DERHAKA DENGAN HUKUM2 ALLAH SWT

PM: Persepsi jenayah naik, polis jangan kecewa
  • Zulaikha Zulkiflli
  • 11:12PM Ogos 7 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menasihatkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak berasa kecewa terhadap indeks dan persepsi mengenai kenaikan kadar jenayah di negara ini.

Sebaliknya Najib berkata, masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada PDRM serta mengharapkan agar institusi polis itu dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam melaksanakan tugas.

"Kita letak harapan tinggi pada PDRM. Jangalah rasa kecewa kalau ada polemik tentang angka dan persepsi sebagainya.

"Itu bukanlah perkara yang baru bagi kita tetapi kita boleh menunjukkan kemampuan kita yang semakin meningkat," katanya ketika berucap di majlis buka puasa PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
'Kita baiah, k'jaan bantu polis, polis bantu k'jaan'
  • Zulaikha Zulkifli
  • 10:32PM Ogos 7 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbaiah dengan kerajaan untuk membantu mengharmonikan negara.

"Kita berbaiah sesama kita. Kalau kerajaan bantu PDRM, PDRM akan bantu kerajaan dan negara.

"Kita sama-sama bantu untuk bawa negara ke arah yang selamat, harmoni dan masa depan yang cemerlang," katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga PDRM di Kuala Lumpur.

Turut hadir sama ialah Ketua Polis negara, Tan Sri Ismail Omar.

Majlis berbuka puasa ini juga turut dihadiri kira-kira 5,000 warga PDRM.

Selain itu, Najib juga berkata kerajaan juga akan sentiasa membantu PDRM sekiranya badan keselamatan itu berada dalam kesusahan.

Jelasnya, walaupun keadaan kewangan yang terbatas, sokongan terhadap PDRM perlu diteruskan.

"Saya nak katakan bahawa saya senang hati sebab saya nak tahu keadaan sebenar, kalau polis dalam keadaan susah, kerajaan tak boleh pandang ringan.

"Apa yang saya harap, tuan-tuan faham, kerajaan ada juga kekangan kewangan yang ada juga batasnya. Dalam keadaan tertentu, kita harus menyokong PDRM untuk lebih berjaya lagi," kata Najib lagi.

Pada majlis itu juga, Najib menyampaikan sumbangan kepada beberapa anggota polis antaranya polis yang cedera semasa menjalankan tugas pada perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan mereka.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Sebelum ini, Ismail meminta supaya semua pihak tidak membuat spekulasi perhubung pembebasan tahanan bawah Ordinan Darurat dengan peningkatan kadar jenayah di seluruh negara.

Ismail berkata kadar jenayah masih dalam kawalan dan polis sedang memantau keadaan.

Katanya, tahanan Ordinan Darurat masih berada bawah pemerhatian polis dan pasukan itu sedang mengambil langkah untuk memastikan individu terbabit tidak terjebak dalam aktiviti jenayah.

Selain itu, bagi meredakan kebimbangan jenayah, pihak polis juga turut mengadakan sesi beramah mesra bersama pengunjung di pusat membeli-belah Mid Valley serta kementerian dalam negeri mengadakan 'walkabout' di pusat membeli-belah sama.

Sementara itu, Najib juga berkata, dengan transformasi minda masyarakat kini, kerajaan serta PDRM perlu mengemaskini serta bersedia berhadapan dengan cabaran yang pelbagai.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah institusi tunggak negara, PDRM yang berperanan penting perlu mengemaskini garis panduan polis (SOP) demi mendapatkan persekitaran yang baik.

"Kita perlu kepimpinan yang tegas dan berkesan. Kita perlu garis panduan operasi polis (SOP) yang dikemaskinikan dalam persekitaran yang baik. Kita perlu gunakan segala teknologi yang termampu oleh kita yang boleh dimiliki oleh kita.

"Pendek kata apa sahaja yang dikuasai kita, hendaklah sedaya upaya menguasai segala yang boleh beri kelebihan dalam hadapi cabaran baru.

"Percayalah bahawa kerajaan akan membantu PDRM untuk membangunkan keupayaan dalam erti kata yang sebenar. Sebab ibarat kita berperang mesti dilengkapi dengan senjata dan kekuatan. Baru boleh berjaya. Kalau berperang tanpa kelengkapan dan kekuatan, nescaya kita akan tewas nanti," kata Najib lagi.
NGO serah bukti video Kristianisasi di PP Khamis ini
  • Zulaikha Zulkifli
  • 3:43PM Ogos 7 2012
 
Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan (API) akan menyerahkan bahan bukti berupa gambar dan rakaman video kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berhubung dakwaan terdapat cubaan menyebarkan Kristian kepada orang Islam negeri itu.

NONEPengerusi API, Nur Fitri Amir Muhammad berkata, bahan bukti itu akan diserahkan kepada Yang Dipertua MAIPP Datuk Salleh Man (kanan) pada Khamis ini.

"Kita telah hubungi Datuk Salleh Man dan pagi Khamis ini akan adakan mesyuarat dengan mereka.

"Kami juga akan serahkan gambar dan rakaman video pengakuan pakcik beca (yang menjadi saksi) sebagai bukti," katanya yang berharap dapat membantu MAINPP.

Sebelum ini API dilaporkan mendakwa, wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan dan pengayuh beca sekitar Pulau Pinang.

API mendakwa, usaha itu melibatkan dua lelaki Eropah yang berpakaian seperti pelancong yang mendekati golongan itu dengan bertanyakan lokasi menarik sekitar bandar, lapor Berita Harian pada 2 Ogos lalu.

'Kata Jesus betul, Muhamad tak betul'
Golongan itu juga didakwa menggunakan umpan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan.

NONEBagi mengukuhkan dakwaannya, API memuatkan gambar dan rakaman video (lihat gambar kiri dan bawah) memaparkan seorang lelaki berusia - yang didatangi dua lelaki tersebut- menceritakan kembali perbualan mereka dalam blognya.

Dalam rakaman itu, lelaki itu mendakwa, kedua-dua 'pelancong' berkenaan yang menemuinya di hadapan Masjid Kapitan Keling warganegara Amerika dan salah seorangya berbahasa Melayu.

Penarik beca itu juga mendakwa, mereka menceritakan mengenai agama Kristian dan memberitahu ''Jesus betul dan Nabi Muhammad tidak betul''.

"Dia cerita pasal Kristian. Dia kata nak bagi mandi air. Saya kata sini tak ada air. Esok dia kata nak datang lagi. Dia nak jumpa bagi mandi.

NONE"Dia orang Amerika. Seorang itu duduk Indonesia. Pandai cakap Melayu. Dia ada katalah yang Jesus betul, Muhammad tak betul," kata pengayuh itu lagi dalam video sepanjang 2.25 minit itu.

Saksi bersembunyi, bimbang keselamatan
Sementara itu, Nur Fitri juga memberitahu Malaysiakini, pengayuh beca dalam video itu kini sedang bersembunyi kerana khuatir keselamatand dirinya.

"Pakcik itu pesan pada kami yang dia tidak akan berada di tempat itu beberapa hari kerana dia takut lelaki itu nak bawa dia ke satu tempat.

"Pakcik itu memang kerap berada di kawasan itu kerana dia menerima bantuan daripada kami," katanya.

Beliau turut berharap agar isu itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana API merupakan sebuah pertubuhan yang bebas daripada mana-mana parti politik.

"Saya juga berharap perkara ini tak dijadikan sebagai isu politik. Kita tak pihak kerajaan atau pembangkang.

"Kita pertubuhan yang kebajikan untuk bantu golongan gelandangan dan isu Kristianisasi ini kebetulan semasa kami sedang mengumpul data," katanya lagi.
Murid 10 tahun bantah timbalan menteri isu telefon
3:49PM Ogos 7 2012  
Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.

NONE"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar. Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di Seremban hari ini.

Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.

Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula tahun depan.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran pelajar.

- Bernama
Pakatan mahu nilai filem Tanda Putera
  • Aidila Razak
  • 4:30PM Ogos 7 2012
 
Pakatan Rakyat menuntut supaya diberikan peluang untuk menonton tayangan filem Tanda Putera kerana bimbang filem yang mendapat sokongan kerajaan itu mempunyai unsur yang dipertikaikan.

NONESetiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pemerhatian daripada trailer filem tersebut menunjukkan bahawa Tanda Putera boleh "membakar api perkauman".
"Kita minta (tonton) sebab kita dapat gambaran sedikit apa yg akan ditayang, dan rasa kandungan filem ini tak gambarkan usaha yg benar-benar menyatukam rakyat di seluruh negara.

"Walau bagaimanapun, (Pakatan) minta pihak kerajaan tayang filem ini pada pembangkang supaya beri pandangan kita tentang filem ini.
"Pandangan menyeluruh boleh diberi bila dapat tengok seluruh," kata Mustafa (kiri) dalam sidang media hari ini.

Menurut penerbit filem berkenaan, Pesona Pictures, filem itu menonjolkan hubungan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan menteri dalam negeri pada waktu itu, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, selepas rusuhan 13 Mei 1969.

Tayangan filem yang biayai sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia itu pada awalnya dijadualkan pada 13 September dilaporkan telah ditunda ke satu tarikh yang tidak.
Menurut Finas, langkah itu didakwa untuk memberi masa bagi lebih banyak usaha promosi, namun pemerhati melihat langkah tersebut menunjukkan filem arahan Shuhaimi Baba itu menjadi mangsa kepentingan politik.

NONESatu foto publisiti filem di Facebook rasminya juga mencetus kontoversi sebelum ini kerana mendakwa pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang kencing di tiang bendera di depan kediaman menteri besar Selangor.

Kapsyen gambar tersebut menyatakan: “Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris."

Foto dan kapsyen berkenaan bagaimanapun telah dibuang daripada laman Facebook filem tersebut dan Lim menafikan segala dakwaan terbabit.
VIDEO l 3.57 min
Nazri: BN berhak tentukan tema merdeka
  • Ahmad Fadli KC
  • 1:04PM Ogos 7 2012
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan.
Katanya, perikatan Umno-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan.

NONE"PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

"DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969," kata Nazri dalam satu sidang media dibangunan parlimen hari ini.
Nazri (foto, kanan) diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan untuk terus menggunakan tema "Janji Ditepati" yang mencetuskan kontroversi kerana tema tersebut didakwa merupakan slogan propaganda BN.

Susulan itu, Pakatan mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema tersebut.

Mengulas perkara ini, Nazri berkata beliau percaya Pakatan menolak tema "Janji Ditepati" kerana ia mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi.

"Tahun 2008 mereka janji (antaranya) hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati.

"Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis.

Beliau mendakwa, Pakatan juga terus membohongi rakyat apabila masih gagal mencapai persetujuan berkenaan pelaksanaan hukum hudud.

"Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu.
DAP umpamakan George Kent sebagai 'Ali Baba'
12:05PM Ogos 7 2012  
Setiausaha publisiti DAP Tony Pua mendakwa penganugerahan projek sambungan LRT Ampang kepada firma George Kent Bhd menunjukkan bahawa budaya "Ali Baba" dalam mendapatkan kontrak kerajaan semakin subur di bawah pentadbiran perdana menteri.
Katanya, Datuk Seri Najib Razak terus bercakap mengenai model ekonomi baru dan transformasi ekonomi sedangkan kroni BN didakwanya terus mendapat tender kerajaan yang menguntungkan melalui cara itu.
Pua dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkembangan itu juga bercanggah dengan ikrar perdana menteri untuk tidak lagi bertolak ansur dengan amalan seperti itu.
Beliau membangkitkan semula ikrar tersebut, yang dinyatakan Najib ketika melancarkan Model Baru Ekonomi untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru pada 30 Mac 2010.
"Penganugerahan (kontrak tersebut) menunjukkan kontraktor ali baba yang bertahan dengan hubungan politik di samping kepakaran mereka untuk mengemudi dalam proses perolehan kerajaan akan terus mendominasi di Malaysia.
"Penganugerahan itu membuktikan bahawa perdana menteri bukan saya gagal (menghentikan) pengambilan untung atas angin dan naungan politik dalam proses perolehan dan tender kerajaan, malah perbuatan seperti ini lebih terang-terangan dan subur," kata Pua.
MP Petaling Jaya Utara itu memetik satu laporan The Edge yang mendakwa George Kent akan mengkontrakkan semula sebahagian besar projek berkenaan kepada firma lain.
Laporan itu memetik satu kenyataan yang menyebut bahawa George Kent perlu mengkontrakkan semula sebanyak 70 hingga 80 peratus kontrak tersebut memandangkan ia bukan pengeluar perkakas asli untuk mana-mana komponen yang diperlukan untuk sistem berkenaan.
Seorang eksekutif Siemens, salah satu pembida yang tidak berjaya mendapatkan projek tersebut, mengesahakan bahawa syarikat itu telah dihubungi George Kent untuk mengabil bahagian dalam projek tersebut sebagai kontraktor.
Menurut laporan itu lagi, satu lagi pembida, Balfour Beatty, juga telah dihubungi, namun eksekutif yang dekat dengan firma berkenaan berkata mereka telah menolak tawaran tersebut.
Shahrizat: Negara tak berguna jika tak aman
4:13PM Ogos 7 2012  
Semangat cintakan keamanan seharusnya bermula dari rumah dengan kaum ibu memupuk dan mendidik anak-anak agar sentiasa menghargai keselamatan dan menghormati peranan pasukan keselamatan negara.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata untuk mencapai matlamat itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang pentingnya tidak melakukan jenayah atau perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

"Kalau ahli-ahli keluarga tahu betapa pentingnya keselamatan negara, maka ia dapat meringankan bebanan pasukan keselamatan, di samping dapat mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Ramadan 2012 bersama dengan 1,200 wakil pasukan-pasukan keselamatan dan balu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata walaupun kebanyakan rakyat Malaysia tidak merasai kehadiran secara langsung pasukan keselamatan, mereka perlu didedahkan mengenai peri pentingnya peranan pasukan keselamatan menjaga keamanan negara daripada ancaman pihak musuh.

Katanya sesebuah negara tidak akan berguna sekiranya hanya mempunyai rakyat yang berbakat dan berpotensi sedangkan negara tidak aman dan selamat seperti di Syria.

"Negara kita akan selamat sekiranya tiada perbalahan terutama dalam kalangan ahli politik. Walaupun ahli politik mempunyai pendapat dan ideologi berbeza, biarlah perbalahan itu dihadkan dalam arena politik sahaja dan tidak membawa perbalahan itu kepada kehancuran mahupun mengugat keselamatan negara," jelas beliau.

Shahrizat berkata majlis penyampaian sumbangan sempena Aidilfitri merupakan tradisi Wanita Umno untuk mengucapkan terima kasih secara simbolik kepada pasukan keselamatan dan keluarga mereka.

Pada majlis itu, Shahrizat menyampaikan 8,000 bungkusan berupa kuih raya, kain pelikat dan batik serta sumbangan untuk anggota-anggota yang bertugas semasa sambutan Aidilfitri serta balu-balu.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Datuk Sulaiman Keling, Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, pegawai-pegawai dan anggota-anggota pasukan keselamatan.

- Bernama
Mat Zain: Hanya tribunal boleh pecat AG
  • Hafiz Yatim
  • 1:22PM Ogos 7 2012
 
Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melantik panel bagi menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mat Zain memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau terkejut dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull bahawa suruhanjaya itu pernah membentuk sebuah panel untuk menyiasat AG.
NONEShukri, ketika ditanya sama ada SPRM boleh mengambil tindakan tindakan terhadap Peguam Negara, berkata berkata suruhanjaya itu pernah menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat AG berhubung kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hal itu, Mat Zain berkata, Jabatan Peguam Negara sendiri
tidak mempunyai hak atau kuasa untuk melantik panel seumpama itu, terutama ia membabitkan AG yang masih berkhidmat.

Menurutnya, yang boleh melantik panel yang dipanggil 'tribunal' untuk mengadili tingkah laku seseorang AG hanyalah Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dinyatakan di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Perkara 145 (6) dan mestilah atas nasihat perdana menteri.

'Merebut kuasa Agong'
Katanya, jika sekarang SPRM berkata ia telah melantik sebuah panel untuk mengadili tingkah laku Peguam Negara, bermakna ia telah merebut kuasa dan hak Yang di-Pertuan Agong.

"Bagaimana mungkin? Ia tidak masuk akal. SPRM tidak mempunyai kuasa untuk memulakan, menjalan atau memberhentikan prosiding jenayah terhadap mana-mana individu seperti Peguam Negara.

"Bagaimana ia boleh mempunyai kuasa untuk melantik sebuah panel bagi menyiasat Gani?" soal Mat Zain.

Mat Zain dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff telah menggesa supaya sebuah tribunal ditubuhkan untuk menyiasat pelbagai dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat terhadap Gani.

NONEAduan Ramli terhadap Peguam Negara itu mengenai isu 'Copgate'.

Mat Zain mengulas mengenai siasatan SPRM berkaitan Ho Hup Construction Bhd yang dikatakan ada kaitan dengan Gani.

SPRM berkata ia bebas dalam menjalankan siasatan dan juga boleh melantik sebuah panel untuk menjalankan siasatan.

Dalam kes Ho Hup, Gani dikatakan memihak kepada bekas timbalan pengerusi eksekutif syarikat tersebut, Vincent Lye, yang berasal dari Sabah, dan sebagai balasannya didakwa menerima RM18,000 untuk mengubahsuai sebuah banglo di Seremban.
'Tak berbangkit isu program TV halal atau haram'
  • Ahmad Fuad Yahya
  • 4:17PM Ogos 7 2012
 
Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia Tifatul Sembiring berkata program televisyen tidak harus dinilai atas dasar sama ada ia halal atau haram dari segi Islam.

"Tidak berbangkit soal program TV yang halal atau haram. Program televisyen patut dilihat sama ada ia mempunyai nilai pendidikan, selaras dengan undang-undang," Tifatul dipetik sebagai berkata demikian dalam akhbar bahasa Inggeris Jakarta Globe, hari ini.

Menteri itu mengulas saranan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) bagi Majlis Ulama Indonesia cawangan Jawa Barat supaya mengkaji kemungkinan mengadakan pensijilan halal untuk program televisyen.

Sementara itu pengerusi KPI Mochamad Riyanto berkata cadangan berkenaan perlu dibincang lebih lanjut kerana perkara itu berkaitan dengan pihak berkuasa pelbagai institusi.

Riyanto berkata sepanjang bulan Ramadan, stesen televisyen banyak melakukan perkara yang melanggari etika dengan menyiarkan program komedi yang kandungannya berunsur 'menghina' semasa umat Islam Indonesia berbuka puasa atau bersahur.

Pesuruhjaya KPI Nina Mutmainah berkata suruhanjaya itu telah mengeluarkan surat memberi amaran kepada tujuh stesen televisyen sepanjang Ramadan ini kerana melanggar peraturan yang kebanyakannya mengandungi unsur penghinaan terhadap golongan minoriti dan terpinggir.

- Bernama

Tiada ulasan: