Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'
28 Ogos 2012
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama
Haron Din: 'Tun Mahathir harus bertaubat'
29 Ogos 2012
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.
Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.
“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.
“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.
Selain itu, sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dalam tempoh yang lama, adalah tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.
“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.
Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat
29 Ogos 2012
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.
Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.
Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.
“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.
Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.
Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.
PRU13: Nasha tidak tercalon pertahan kerusi Bachok?
29 Ogos 2012
Sekiranya dilucutkan keanggotaan parti, ini bermakna Nasharudin harus mencari arah politik yang baru.
Sementara ramai berpandangan bahawa beliau akan kekal dalam parti, adakah Nasharudin akan terus bersinar sebagai Ahli Parlimen Bachok.
Malah di peringkat akar umbi, masa depan Nasharudin semakin 'terhakis' kerana Pas kawasan Bachok dikatakan tidak menamakan beliau sebagai calon untuk diangkat bertanding mempertahankan kerusi yang disandangnya.
Mengulas itu perkara tersebut, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau mendapat maklumat nama Nasharudin tidak diangkat sebagai calon untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.
“Saya difahamkan namanya (Nasharudin) tidak disebut-sebut oleh Pas cawangan Bachok bagi menjadi calon PRU13 kelak, tetapi saya tidak pasti (perkara) selanjutnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Mesra Aidilfitri di sini, semalam.
Bagaimanapun Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, Pas negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan kelangsungan kepimpinan Nasharudin di Bachok.
“Kita terserah kepada pengundi di Bachok untuk memilih dia (Nasha) ataupun tidak. Mereka yang sebenarnya berkuasa ‘mencalonkannya’ dan kemudiannya Pas negeri membuat penilaian. Sekarang ini saya tidak pasti keperluan masyarakat Bachok ini terhadap kepimpinan dia,” katanya.
Pada PRU12, Nasharudin menewaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husin dengan majoriti 2,896 undi.
Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Bachok, Hasan Mahmod ketika ditanya enggan mengulas lanjut sebaliknya menyerahkan kepada Pas negeri untuk membuat keputusan.
“Memandangkan isu ini agak kontroversi, cukup Mohd Amar sahaja yang memberi kenyataan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Bachok, Ahmad Marzuk Shaari berkata, pemimpin peringkat akar umbi menyerahkan nasib Nasharudin kepada kepimpinan parti untuk menentukan masa depan politiknya.
“Pas sudah berpengalaman menangani pelbagai isu yang lebih besar dari isu Nasharudin, oleh itu saya percaya isu ini akan reda dan selesai apabila sampai masanya,” katanya.
Hudud: Pas nafi laporan media pinda Perlembagaan
28 Ogos 2012
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, Sin Chew Daily melaporkan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif, yang disiarkan dalam versi atas taliannya semalam dan muka depan edisi cetaknya hari ini.
"Laporan tersebut mengatakan Pas berhasrat mengusulkan pindaan Perlembagaan di Parlimen dalam usaha melaksanakan hudud sekiranya berjaya mengambil alih Putrajaya.
"Itu tidak benar kerana laporan berita berkenaan dikhuatiri akan menyebabkan rakyat dan pengundi keliru terhadap pendirian Pas dalam Pakatan Rakyat berhubung isu berkenaan", kata beliau pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Pakatan Rakyat disini, hari ini.
Menyentuh mengenai pelaksanaan hudud dalam negara, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pagi tadi berkata, PR perlu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terlebih dahulu sebelum ia boleh dibincangkan.
Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, sebelum ini ada dakwaan yang mengatakan Pas akan bekerjasama dengan Umno sekiranya menang pada PRU13.
“Dakwaan itu sememangnya tidak akan berlaku dan walau apa pun yang terjadi, Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno.
“Hal ini jelas kerana Umno sering memainkan isu perkauman dan agama,” dakwa Hatta lagi.
'Saya hanya tukar parti bukannya tukar agama', kata Tamrin
29 Ogos 2012
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan ahli keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba yang kesal terhadap keputusannya keluar dari Umno dan menyertai Pas.
Katanya, terdapat pemimpin Umno lain bertindak keluar parti ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
Antaranya, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Malah, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn juga keluar Umno dan meninggal.
“Dan, arwah abah (Tun Ghafar Baba) hampir keluar Umno dan tubuhkan parti baru,” katanya.
Pada 27 Ogos lalu, ahli keluarga Tun Ghafar melahirkan rasa dukacita terhadap keputusan yang diambil Tamrin.
Adik Tamrin, Datin Zainon Ghafar, berkata, beliau tidak nampak alasan terbaik buat abangnya untuk keluar dari Umno.
Menurutnya, Tamrin sepatutnya lebih matang dalam membuat keputusan kerana Umno telah banyak berjasa kepadanya hingga beliau menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek.
Ku Li anggota jawatankuasa khas royalti?
28 Ogos 2012
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, perkara tersebut belum boleh diumumkan kerana masih diperbincangkan diperingkat Kerajaan Negeri.
“Ada dua tiga nama, saya sudah kemukakan kepada pegawai saya untuk diserah kepada Tuanku (Sultan Muhammad V),”katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di sini, hari ini.
Ditanya sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berada dalam salah satu nama yang disenaraikan berada dalam jawatankuasa itu, Nik Aziz hanya tersenyum.
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti yang mengkaji secara adil isu bayaran tunai petroleum yang melibatkan Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Dalam pada itu merujuk kenyataan Ketua Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan Ahli Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa masih relevan dalam Pas, Nik Aziz berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama 9 September ini.
”Doakan kesihatan supaya saya boleh hadir dalam mesyuarat itu,”katanya.
Pakatan: BN guna '3 perangkap' kelirukan rakyat
28 Ogos 2012
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.
"Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.
"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.
Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.
"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya.
Hudud dan lingua franca
Kadang-kadang
kebebalan datang berganda-ganda. Kadang-kadang kebebalan datang
merata-rata. Kadang-kadang kebebalan melorot dan melanda. Hakikatnya
bukan semua guru itu berilmu dan pandai. Bukan semua profesor dan
pensyarah itu cekap dan pintar. Bukan semua peguam bijak dalam hal
kehakiman.
Bebal semacam mana pun, jika guru dan profesor bodoh dan bebal kita boleh mencari sosok yang bijak bestari. Kita boleh berpindah kuliah dan berpindah sekolah. Jika peguam itu bebal dan lembik - kita boleh melanggan yang cekap dan hebat. Tetapi jika politikus bebal dan bangang maka jawabnya seluruh negara ditimpa malapetaka.
Di sini saya ingin bersurah tentang satu kes bodoh lagi bangang yang telah berlaku pada satu ketika dahulu. Ini kes sejarah. Untuk saya ini adalah kes klasik yang paling bangang. Kes ini wajib dijadikan pedoman untuk semua para politikus yang masih tersimpan bangang. Saya membuka kes ini sebagai satu usaha untuk memberi pencerahan kepada semua - politikus dan orang ramai - yang masih bangang.
Kes pedoman yang saya maksudkan ini ialah kes perbalahan antara dua parti politik. Kedua-dua parti politik ini telah menjadi arwah. Satu namanya Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) dan satu lagi namanya Parti Buruh. Kedua-duanya berjalur kiri.
Pada satu ketika yang lama dahulu dua buah parti kiri ini telah bergabung. Mereka memanggil diri mereka Front Sosialis. Inilah satu-satu gabungan politik ampuh yang mengajukan program sistem ekonomi sosialis untuk Persekutuan Tanah Melayu. Ramai pemikir, inteligensia dan intelektual anak semua bangsa telah berpayung dan berteduh bawah gabungan ini.
Front Sosialis ini menjadi kumpulan yang paling teruji untuk bangun melawan kerajaan Perikatan. Untuk yang tidak arif sejarah - Perikatan ialah gabungan United Malays National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association. Gabungan ini wujud sebelum munculnya Barisan Nasional.
Front Sosialis ini menjadi satu gerakan kiri yang ampuh. Bukan saja menduduki Parlimen malah kerusi kerajaan tempatan yang dipilih secara pilihan raya juga didominasi oleh gabungan kiri ini. Pulau Pinang, Melaka dan Seremban menjadi wilayah di mana gabungan kiri ini mendapat kemenangan yang unggul. Di bandar dan kota besar semua kerusi kerajaan tempatan majoritinya dimenangi oleh gabungan ini.
Agen mukhabarat menerobos PSRM, Parti Buruh
Kerajaan Perikatan tidak dapat melawan arus kiri ini. Justeru dengan menggunakan majoriti di Parlimen, gerombolan Perikatan pada ketika itu telah memansuhkan pilihan raya kerajaan tempatan. Tindakan kerajaan Perikatan ini membuktikan bahawa: jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa, maka pilihan raya itu akan diharamkan.
Tetapi tulisan ini bukan tentang pilihan raya kerajaan tempatan. Tulisan ini untuk memperlihatkan bagaimana kebebalan dan kebangangan telah berjaya menutup fikrah untuk menjadi rasional.
Dari babak sejarah kita diberi tahu bagaimana tekanan demi tekanan telah dikenakan kepada jalur kiri. Pelbagai tuduhan dihempapkan kepada mereka. Dari tidak percaya kepada Tuhan kepada tidak percaya kepada Raja adalah tuduhan terhadap warga kiri.
Ramai kader dan pimpinan PSRM dan Parti Buruh menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pemimpin-pemimpin yang berupaya menggerakkan aksi orang ramai akan menjadi mangsa ISA. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap mukhabarat juga menembus masuk ke dalam kedua-dua buah parti kiri ini.
Akhirnya ejen-ajen mukhabarat ini telah berjaya menimbulkan debat yang maha hangat. Debat dan polemik ini ialah tentang dasar bahasa. PSRM mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Manakala Parti Buruh pula mahukan Bahasa Malayu diterima sebagai lingua franca.
Hingga ke hari ini masih ramai lagi warga yang gelap dan tidak tahu apa itu lingua franca. Hanya Mutu yang mengenal Maniam. Hanya Parti Buruh sahaja yang tahu mengeja lingua franca.
Maka bermulalah polemik bahasa. Para Mat Bengong dari PSRM mengacung-acungkan tangan ke langit sambil melaungkan: Bahasa kebangsaan! Ini disambut pula Mat Bengong dari Parti Buruh yang melaungkan: Lingua Franca!
Sang Bebal, Sang Bengong bergumpal lagi
Dua jalur kiri ini mula bergelawak. Kedua-dua kumpulan cuba menegakkan hujah ciput mereka tanpa bantuan keilmuan mahu pun bantuan pil Viagra. Dalam masa yang sama ejen-ejen gelap yang menyamar sebagai peguam dan pensyarah universiti pun berbalah-balah tentang isu bahasa ini. Emosi kedua-dua kumpulan ini semakin naik seolah-olah kejantanan mereka dicabar oleh ketegangan buah dada Madonna.
Ketika Mat Mat Bengong ini bergelawak, saya masih di sekolah rendah dan belum lagi pandai memakai seluar dalam. Justeru jauh sekali untuk memahami apakah dia pandangan dan hujah Ahmad Boestamam - protoganis kiri - tentang Bahasa Kebangsaan pada ketika itu. Atau apa pula hujah lingua franca yang muncul dari mulut dan tulisan Tan Kai Hee - pemimpin Parti Buruh.
Dari segi pensejarahan perserikatan dua parti kiri ini muncul dari kancah yang sama. Mereka lahir dari tradisi mulia berjuang melawan British. Mereka memiliki setiakawan yang kukuh. Tetapi agenda bahasa ini telah membuatkan mereka kehilangan punca. PSRM dan Parti Buruh menjadi mamai apabila mereka menjadikan agenda - bahasa - ini sebagai induk agenda. Kalau dalam naratif Marxis: mereka menjadikan isu bahasa sebagai kontradiksi utama.
Pertelagahan ini terus dibakar oleh suasana politik perkauman. Benggolan dari United Malays National Organisation terus membalingkan 'tulang' untuk menjadi rebutan dan salakan kepada PSRM dan Parti Buruh. Akhbar Utusan Melayu pula telah memeriahkan lagi pesta dengan melaporkan berita pertelingkahan agenda bahasa ini.
PSRM dilihat sebagai sarang Melayu Kiri manakala Parti Buruh ialah sarang Cina Kiri. Tanah subur prasangka perkauman ini memang telah sedia wujud. Prasangka terus dipertebalkan. Dalam masa yang sama api perkauman ini ditiupkan oleh ejen-ejen yang menyamar sebagai pensyarah dan peguam dari kedua-dua belah pihak. Akhirnya setiakawan antara PSRM dan Parti Buruh pecah terbarai.
Apabila gabungan kiri ini runtuh - yang terus ketawa terbahak-bahak memikul duit dan dinar ke bank ialah gerombolan dari United Malays National Organisation. Dengan menghancurkan gabungan kiri maka gerombolan kanan ini terus berpesta hingga meledaknya Reformasi 1998.
Kenapa saya menulis babak sejarah kebengongan ini? Secara jujur saya menulis naratif sejarah ini kerana saya sedang melihat Sang Bebal dengan Sang Bengong sedang bergumpal sekali lagi. Saya juga sedang melihat ejen-ejen gelap dari United Malays National Organisation sedang berusaha sedaya upaya untuk meruntuhkan perserikatan Pakatan Rakyat.
101 ke Putrajaya
Kalau empat puluh tahun dahulu yang menjadi tulang rebutan ialah agenda bahasa. Kali ini yang menjadi 'tulang rebutan' ialah hudud. Secara terancang ada sosok-sosok yang sedang sibuk bertunda-tunda melahirkan perbalahan tentang hudud.
Saya melihat ini sama seperti apa yang pernah berlaku ke atas PSRM dan parti Buruh dahulu. Kini saya telah pandai memakai seluar dalam, justeru saya memahami kenapa sandiwara yang sama sedang dipentaskan kembali. Saya melihat dengan jelas, secara terancang dan tersusun gerombolan United Malays National Organisation sedang membakar 'api hudud' untuk menghanguskan Pakatan Rakyat.
Biar saya jelaskan di sini bahawa tulisan ini bukan tentang agenda 'hudud' yang ingin saya timbulkan. Apa yang ingin saya terangkan ialah kebebalan politikus sehinggakan mereka tidak dapat mengenal yang mana hutan dan yang mana kayu. Mereka gagal melihat agenda induk dan agenda sampingan. Justeru, saya ingin membawa pencerahan untuk membuktikan bahawa agenda hudud ini sama seperti agenda bahasa dahulu. Agenda ini tidak akan membawa hasil hasil mahsul.
Saya berani berkata sedemikian kerana jika para politikus dari Pakatan Rakyat yang memiliki fikrah yang rasional pastilah mereka sependapat bahawa agenda utama pada tahap ini ialah menghumbankan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional. Dalam analisa politik: mengalahkan musuh politik adalah kontradiksi utama.
Sesiapa yang waras berpolitik pasti yakin bahawa menjatuhkan United Malays National Organisation ialah agenda pertama. Tergelincir dari pemahaman agenda ini bermakna lari dari garis politik yang jelas. Kita tak perlu ke Yale atau ke Havard untuk memahami bahawa tugas utama Pakatan Rakyat ialah menggulingkan United Malays National Organisation. Menggulingkan kerajaan yang sedia ada bertujuan untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dari segi strategi perjuangan - pada tahap ini Pakatan Rakyat wajib mengurangkan musuh dan memperbanyakkan rakan. Ini ilmu politik 101 untuk mencapai menang. Ejen-ejen gelap dan terang United Malays National Organisation akan terus membalingkan 'tulang hudud' ke tengah kancah politik. Ini bertujuan untuk melahirkan 'perebutan' dan 'perbalahan'.
Saya begitu yakin ejen-ejen gelap United Malays National Organisation ini sedang tersenyum puas bukan hanya Pakatan Rakyat telah dihududkan. Saya cukup yakin hudud hanya menjadi angan-angan jika gerombolan yang sedang berkuasa ini tidak dikalahkan. Malah tangan-tangan yang ingin mencapai kemenangan ke Putrajaya akan dipotong sama.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan