Rabu, 8 Ogos 2012

SERONOK JUGA JADI KRONI2 ORANG BERPENGARUH...ORANG2 BERKUASA...PEMIMPIN2 DAN PEMERINTAH2...TAPI JAMINAN SYURGA TAK DE...BAIK JADI ORANG KUAT PADA GULUNGAN2 YANG RAPAT DENGAN ALLAH@TAQWA

Rozali minta kerajaan Selangor hentikan fitnah

8 Ogos 2012
Tan Sri Rozali Ismail
$entry.content.caption.value
PETALING JAYA - Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail hari ini meminta Kerajaan Negeri Selangor menghentikan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain termasuk dirinya, dalam isu air di negeri itu.
Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya duduk semeja dengan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu air di negeri ini demi kepentingan rakyat.

Syabas sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.

"Syabas sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Selangor dan sentiasa berusaha memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya dengan menghantar air kepada penduduk yang terjejas, kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.

Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mapem dan DPMMS di sini, malam ini.
 
Rozali juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya tanpa menyiasat dengan terperinci terlebih dahulu mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya harap semua pihak tidak 'menangguk di air keruh' tentang gaji saya yang dibayar Syabas kerana mahkamah sendiri telah tentukan Jun lepas bahawa itu semua fitnah kepada saya, juga Syabas.

"Pada bulan Ramadan ini, hentikanlah kata buruk. Penting bagi kesemua pihak tepikan sentimen politik mereka dan memikirkan tentang rakyat yang sedang terbeban dengan krisis air yang semakin meruncing," katanya.

Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada Syabas berhubung kenyataan memfitnah.- Bernama
Musa: Pakatan Pembangkang di Sabah hanya 'syok sendiri'

7 Ogos 2012
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan seolah-olah Barisan Nasional (BN) negeri mula goyang dan berpecah berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokong pembangkang.
Beliau berkata semua itu adalah tipu helah pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN negeri itu berkata keadaan di Sabah sebenarnya tenang dan orang-orang tertentu terutama pembangkang sahaja yang "syok sendiri".
"Jangan khuatir dan gusar, tidak ada apa-apa masalah. Ini merupakan cakap-cakap biasa bagi pembangkang bila ada dua (anggota Parlimen) keluar BN, dia orang heboh besar-besaran.
"Sebenarnya, dulu banyak juga wakil rakyat atau anggota Parlimen yang keluar (dari pakatan pembangkang)...kita tidak heboh kerana bagi kita itu perkara biasa," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan cek peruntukan Pakej Rangsangan Khas (PRK) bagi sekolah-sekolah mubaligh Sabah untuk  tahun 2012 di SM Lok Yuk Likas, dekat sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bahawa terdapat satu lagi kejutan politik akan berlaku di Sabah pada 12 Ogos ini.
Ketua Menteri berkata Umno dan BN di negeri ini sentiasa bersatu dan bekerjasama bagi memastikan BN Sabah terus berada dalam kedudukan yang mantap dan kuat.
Beliau yakin rakyat sabah akan terus menyokong BN kerana mereka sedar bahawa kerajaan BN sahaja berupaya menepati janji terutama dalam soal pembangunan.
"BN mempunyai "good track record" dan saya yakin rakyat tahu menilai yang mana baik dan yang mana tidak baik," katanya.
Mengenai sumbangan kepada sekolah mubaligh berkenaan, Musa berkata sumbangan kewangan kira-kira RM3.7 juta daripada kerajaan pusat untuk 74 sekolah mubaligh di Sabah tahun ini menunjukkan kerajaan BN benar-benar prihatin terhadap keperluan rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis penyerahan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri kepada pasukan anggota keselamatan di Auditorium Tun Raffae, Menara Tun Mustapha, Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai sumbangan dan jasa anggota keselamatan yang membantu mewujudkan suasana aman dan harmoni.
"Kita bersyukur kerana kita berada dalam keadaan baik dan dapat mengadakan majlis perayaan tanpa ragu-ragu berbanding negara lain yang tidak aman dan menghadapi pelbagai masalah, pergolakan dan peperangan.
"Oleh itu, kita mesti ingat bahawa ada pasukan keselamatan atau anggota keselamatan yang sentiasa menjaga dan memastikan bahawa negara kita dalam keadaan aman dan sentosa," katanya. - Bernama
Nizar: 'Umno hina Jalur Gemilang, bukan saya'

8 Ogos 2012
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghina Jalur Gemilang, sebaliknya berkata Umno yang berbuat demikian.
Ia berikutan tindakan Umno melalui Menteri Penerangan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang meletakkan slogan 'Janji Ditepati' sebagai tema kemerdekaan tahun ini.
Dipetik Harakahdaily, Nizar berkata, pilihan tema berbaur kempen politik itu untuk diiring bersama Jalur Gemilang itu sendiri menunjukkan betapa bendera kebanggaan negara itu dihina.
"Umno dan BN yang menghina Jalur Gemilang apabila meletakkan tema kempen politik mereka seiring dengan bendera negara.
"Itu yang saya ingin bawakan pemikiran rakyat supaya berfikir usaha Umno itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman yang diterima beliau ekoran tweet beliau berkenaan Jalur Gemilang dan kemerdekaan.
Isnin lalu, Nizar dlam tweetnya menulis  "Janji ditepati: malang perayaan Kemerdekaan tahun ini di buat oleh Kabinet BN, luntur semangat nak kibarkan jalur gemilang, jalur malang!"
Mengulas lanjut, Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak berkata, apa yang dimaksudkan beliau ialah Jalur Gemilang itu yang malang, bukannya menukarkan nama Jalur Gemilang kepada Jalur Malang.
"Saya katakan malang perayaan merdeka kali ini dibuat BN keraa slogan politik mereka, hingga menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang luntur. Malanglah Jalur Gemilang bila tidak dikibarkan.  Jalur Gemilang itu yang malang," jelas beliau lagi.
Mengakui penggunaan ayat di laman maya, khususnya laman sosial boleh menimbulkan pelbagai pemahaman yang berbeza, Nizar bagaimanapun berkata, ramai yang mengecam tweet beliau itu menunjukkan betapa tidak fahamnya mereka terhadap patriotisme.
"Ramai di kalangan yang mengecam saya tidak faham tentang semangat patriotisme. Sebaliknya, hanya menunjukkan tahap patriotisme yang dididik Umno selama 54 tahun ini," tegas.
Ais krim Baskin-Robbins percuma hari ini

8 Ogos 2012
Siti Wardah Mohd Fathi, 16
Petugas kedai aiskrim Baskin Robbins, Siti Wardah Mohd Fathi, 16, menunjukkan pelbagai perisa aiskrim yang diberi percuma kepada orang ramai di Jalan Pulau Tikus di sini, hari i
Baskin Robbins
Tan Kok Seong, 38, (tengah) bersama isteri, Lin Pei Fen, 38, dan dua anaknya, Jolyn Tan, 7, (depan) dan Celine Tan, 10, menunjukkan aiskrim yang diberi percuma di kedai aiskrim
KUALA LUMPUR - Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran
kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama
Perkembangan kes rakyat Malaysia diculik di Nigeria dipantau

8 Ogos 2012
PUTRAJAYA- Malaysia sedang mengumpul maklumat berhubung kes penculikan seorang rakyat Malaysia oleh sekumpulan bersenjata api di Nigeria pada Sabtu lepas.
  
Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay berkata setakat ini belum ada perkembangan terkini berhubung kes itu yang menyaksikan warga Malaysia dan tiga lagi warga asing diculik, susulan serangan maut ke atas kapal milik sebuah syarikat perkhidmatan minyak di Teluk Guinea.
  
"Kedutaan Malaysia di Abuja sedang memantau rapi perkembangan kes ini," katanya kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera sempena Hari Asean ke-45, di sini hari ini.
  
Agensi berita asing melaporkan sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang dua kapal milik Sea Trucks Group yang menyediakan perkhidmatan kapal sokongan untuk syarikat minyak dan gas di Nigeria, kira-kira 35 batu nautika dari Delta Nigeria, kawasan pantai yang kaya minyak.
  
Kawasan delta itu yang sebelum ini sinonim dengan serangan ganas penjenayah serta insiden culik dilihat semakin tenang susulan program pengampunan oleh kerajaan beberapa tahun tahun lepas.  
Ketika serangan awal pagi Sabtu itu, dua anggota tentera laut yang mengawal kapal berkenaan terbunuh, dua lagi cedera manakala dua selamat.
  
Selain rakyat Malaysia, seorang masing-masing rakyat Indonesia, Iran dan Thailand diculik kumpulan itu.
  
Jurucakap Sea Trucks Group, Corrie van Kessel dilapor berkata syarikat itu menumpukan usaha untuk membebaskan tebusan.
  
Biro Maritim Antarabangsa dalam laporannya bulan lepas menyatakan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 32 insiden serangan lanun di Teluk Guinea direkodkan berbanding 25 kes tahun lepas. -Bernama
Pusat: Selangor boleh struktur semula bekalan air

8 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor boleh melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air seperti di negeri-negeri lain yang telah menstrukturkan industri perkhidmatan bekalan air negeri masing-masing.

Namun pelaksanaannya hanya boleh dibuat selagi ia mematuhi Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, semua perjanjian konsesi air dan semua undang-undang yang berkuat kuasa.

Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat keduanya pada 2 Ogos lepas.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa itu, keputusan tersebut adalah selaras dengan pendirian kerajaan persekutuan yang tidak pernah menghalang kerajaan Selangor melaksanakan model penstrukturan yang dihasratkannya.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan negeri-negeri lain, pelaksanaan “model holistik” yang dihasratkan kerajaan Selangor itu memerlukan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air di Selangor.
 
Menurut kenyataan itu, pada masa ini penglibatan kerajaan persekutuan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah terhad kepada pengambilalihan liabiliti dan aset air berkaitan dengannya sahaja.

Fungsi PAAB juga tidak membenarkan pengambilalihan pegangan ekuiti dalam sesebuah syarikat operator air.

Oleh itu, Jawatankuasa tidak berhasrat campur tangan dalam usaha kerajaan Selangor mengambil alih pegangan ekuiti dalam syarikat-syarikat konsesi memandangkan ia transaksi komersial di antara kedua-dua pihak yang sewajarnya dilaksanakan berdasarkan konsep 'willing buyer, willing seller', menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan melalui PAAB sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil alih liabiliti dan aset air berkaitan dengannya sebagaimana PAAB memberikan kemudahan tersebut kepada negeri-negeri lain.

Malahan, menurut kenyataan itu, dalam tiga tawaran pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air yang dikeluarkan oleh kerajaan Selangor sebelum ini pun, PAAB turut dilibatkan mengambil alih liabiliti dan aset air berkaitan dengannya.

Berasaskan prinsip-prinsip tersebut, Jawatankuasa berpandangan bahawa kerajaan Selangor dan syarikat-syarikat konsesi perlu meneruskan rundingan bagi memuktamadkan segera penstrukturan semula pegangan ekuiti dalam industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

"Ini kerana kelewatan penstrukturan semula ini telah memberi kesan yang besar terhadap industri perkhidmatan bekalan air di negeri Selangor," tambah kenyataan itu.

Mengenai pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2, jawatankuasa itu bersetuju supaya tender bagi pelaksanaan projek loji itu diteruskan seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat yang lepas walaupun tanpa memperoleh 'development order' daripada pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan berkaitan.

Sehingga ke hari ini, kerajaan Selangor telah menghalang pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk mengeluarkan 'development order' bagi pelaksanaan projek tersebut.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa mengambil keputusan tersebut dengan mengambil kira asas-asas berikut:

+ kapasiti pengeluaran air terawat sedia ada dan projek-projek mitigasi yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan hanya dapat menampung permintaan air sehingga tahun 2016;
 
+ pembinaan komponen terowong dan muka sauk untuk menyalurkan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Hulu Langat, Selangor sedang berjalan dengan lancar dan dijangka disiapkan pada tahun 2014.

Penangguhan pembinaan komponen Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada tahun 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air menjelang tahun 2014 tidak dapat dipenuhi.

Kerajaan Persekutuan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan sebanyak RM606 juta sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan berlakunya krisis air pada tahun 2014.

Penangguhan pelaksanaan projek tersebut dan perbelanjaan tambahan bagi melaksanakan projek-projek mitigasi telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat.

Oleh itu, Loji Rawatan Air Langat 2 perlu disegerakan pelaksanaannya untuk memastikan kesan penangguhan pelaksanaan projek dapat diminimumkan; dan

+ pelaksanaan Loji Rawatan Air Langat 2 merupakan opsyen terbaik daripada segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan sehingga tahun 2020.

Opsyen ini dipilih berdasarkan kajian yang dilaksanakan pada tahun 2000 dan telah dipersetujui oleh kerajaan Selangor.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah membentangkan cadangan Pelan Kontigensi kepada Jawatankuasa.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa telah mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meneliti dan memuktamadkan Pelan tersebut sebelum diperakukan kepada Kerajaan.

SPAN juga telah diminta meneliti dan memperakukan kriteria-kriteria yang memerlukan Pelan Kontigensi tersebut diaktifkan.- Bernama

Tiada ulasan: