Sabtu, 11 Ogos 2012

KITA MAIN ISU INI...MAKA ISU INI MAKAN DIRI...KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL JANGAN NAK MENDUGA LAUTAN DALAM...ILMU LAIN MUNGKIN TINGGI...ILMU AGAMA MUNGKIN CETEK...MALAS MENGAJI...MALAS BERAMAL...SYAITAN MUDAH SESATKAN

Apa hukum MCA, Umno tolak hudud?

Anis Nazri, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: "Jika DAP yang menolak hudud boleh dikatakan kafir harbi, bagaimana dengan Umno dan MCA yang juga menolak hudud."

(MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud)

Persoalan ini dibangkitkan oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran laporan muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa haram undi DAP.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang itu meminta Majlis Fatwa buat keputusan apakah benar fatwa Pengasas Pondok Genting yang sekian lama menjadi alat Umno itu.


Menurutnya, penolakan MCA terhadap hukum hudud dapat dilihat secara terang-terangan, selain turut disokong Umno sendiri yang mengaku beragama Islam.

(Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA)

Tuan Ibrahim  berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah mengeluarkan kenyataan menolak hukum hudud.

"Kita kena sedar, bukan DAP sahaja tolak hudud, tapi MCA juga berbuat demikian secara terang-terangan.  Malah, Najib sendiri pernah mengatakan bahawa beliau tidak akan melaksanakan hudu selagi menjadi perdana menteri," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Justeru, kata beliau semua pihak perlu melihat keseluruhan aspek, tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang berat-sebelah dan hanya untuk memuaskan hati pihak berkepentingan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah, dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia yang mengatakan haram bagi umat Islam mengundi DAP, baru-baru ini.

Tambah beliau, mana-mana hukum yang dikeluarkan perlu bersandarkan syarak dengan dalil-dalil dan nas yang betul, bukan boleh dikeluarkan sewenangnya dengan bersandarkan perasaan.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Pahang (Gambar kanan) itu menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan segera mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan tersebut, lebih-lebih lagi kenyataan yang melabelkan DAP sebagai 'kafir harbi'.

Ini kerana, katanya kenyataan itu merupakan satu perkara yang begitu besar kerana dihalalkan darah mereka, harta mereka yang disifatkannya boleh menimbulkan suasana tidak aman di dalam negara berbilang kaum dan agama ini.

"Justeru, saya minta Majlis Fatwa segera melihat perkara ini secara serius dan menyegerakan fatwa bagi mengelakkan berlkunya sebarang kerosakan di negara ini," tegas beliau.


Tahaluf Siasi


Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menyokong kenyataan bekas mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (gambar kiri) yang mengatakan sekiranya orang bukan Islam tidak boleh disokong, bagaimana mereka boleh dilantik menjadi menteri seperti amalan yang dilakukan Umno.

Sambil menegaskan kerjasama PAS dengan DAP bukan berbentuk wala' iaitu patuh atau ikut arahan, sebaliknya tahaluf siyasi (kerjasama politik), beliau berkata perkara tersebut tidak difahami kebanyakan pihak.

"PAS bertanding dengan lambang PAS, calon PAS, duit PAS. PKR dengan lambang PKR, calon PKR.  Begitu juga DAP.  Tidak seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen lain dalam BN, mereka terpaksa ikut arahan bertanding atas satu lambang iaitu BN," tegas beliau lagi.

Janji Bersih bukan politikkan Merdeka - Pak Samad

Nazri Abdullah, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Datuk A.Samad Said menyangkal dakwaan pihak polis kononnya program 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka 30 Ogos ini sebagai cuba mempolitikkan sambutan Merdeka.

Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu berkata, perkara itu tidak timbul kerana program itu dibuat bersama 26 kelompok NGO yang mahu janji Bersih lalu ditunaikan.

"Memang tidak wujud (mempolitikkan sambutan merdeka), oleh kerana Bersih sendiri itu pun bukan badan politik, apa lagi dengan gabungan badan-badan yang lain.

"Untuk IGP berfikir bahawa ini satu perlawanan oleh Bersih, itu tidak betul," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan di Gombak petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar gabungan NGO itu tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan berbaju kuning di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

Semalam 26 NGO termasuk Bersih menyatakan hasrat untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil pada malam ambang merdeka itu nanti.

"Kuning bukan warna yang haram. Kehadiran dengan baju kuning itu hanya simbolik.

"Perjuangan itu untuk menuntut janji bersih (yang belum ditunaikan)," katanya.

1Malaysia tak menyatukan negara

Subky Abdul Latif, 10 Ogs 2012
AMAT malang bagi Malaysia di ambang persiapannya untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 ia bertempur dengan isu tema yang dipertikai dan tidak diterima oleh semua pihak.

Tema 55 Tahun  Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.

Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan  Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.

Bukan Pakatan sekadar mahu berlainan dengan yang ditetapkan kerajaan pusat, tetapi Janji Ditepati didapat mengandungi niat politik bagi dimanfaatkan oleh BN dalam PRU yang sudah diambang itu.

Bukan kerana dekatnya  pilihan raya maka tema itu tidak disetujui, tetapi tema itu tidak membawa samagat perpaduan dan patriotik. Ia tidak lebih dari satu slogan politik pilihan raya.

Najib muncul sebagai Perdana Menteri lebih tiga tahun lalu menyedari betapa Negara yang sudah lebih 50 tahun mereka itu berpecah dalam serba serbi – berpecah antara kaum, berpecah sesama kaum dan sesama agama.

Maka dia memperkenalkan satu formula penyatuan Negara melalui transformasi 1Malaysia. Di bawah 1Malaysia itu ada berbagai-bagai transformasi.

Maka 1Malaysia itu dikira diterima oleh semua. Sesudah kerajaan di bawah lima Perdana Menteri sebelumnya, inilah satu pendekatan dan percubaan yang paling berupaya bagi meredakan perbedaan.

Jika ia tidak diterima, maka sampai bila Malaysia ini terus berada dalam alam perkauman  dan perpecahan. Ia satu percubaan yang baik. Maka peluang perlu diberi kepadanya.

Pada ketika penyatuan belum benar-benar dapat dipatri, perkauman dan kebencian belum dapat diredakan, Najib keluar dengan tema hari kemerdekaan yang tidak menyatukan semua pihak.

Bukan Pakatan sengaja hendak memalu dan menyulitkan Perdana  Menteri, tetapi Perdana Menteri sendiri menempah malang memecahkan kebulatan muafakat melalui kemerdekaan dengan mengadakan tema yang tiada falsafah penyatuan.

Sambutan kemerdekaan yang ke-55 ini bukan kali pertama yang Pakatan dan BN akan lalui bersama. Kali ini yang kelima-lima kerajaan negeri myambutnya. Ia tidak mengadakan tema yang berlainan. Ia terima apa yang kerajaan pusat sediakan untuk empat kali sambutan yang lalu.

Malah tidak pernah sejak 55 tahun lalu ada sesiapa yang mengkritik tema yang disediakan oleh kerajaan. Lagu tema yang digunakan diterima semua.

Soal dulu pembangkang lemah atau kuat tidak berbangkit. Mungkin benar pembangkang mempertikai apa jua yang kerajaan buat dari dulu hingga sekarang. Tentangan sesetengah rakyat terhadap parti yang memerintah bukan baru sekarang saja. Sejak Perikatan dulu sudah  ditentang. Tetapi tema sambutan kemerdekaan tidak pernah diusik.

Bukan kerana  Pakatan terasa ia sudah hampir  tiba ke Putrajaya, maka ia mahu adakan tema yang berlainan, tetapi Najib dan penasihatnya menempah tapak  supaya dia dipertikai.

Memang pimpinannya dikira yang terlemah dari sekalian yang sebelumnya. Dulu orang merasakan pimpinan Tun Abdullah Badawi yang teruzur, rupanya Najib lebih uzur. Dalam serba keuzurannya dia menempah tema Janji Ditepati untuk dimanfaatkan  sama bagi PRU13.

Dengan penggunaan itu, janji transformasi 1Malaysia tidak ditepati. Malaysia tidak sekadar berpecah menjelang pilihan raya dan semasa pilihan raya, tetapi kali pertama berpecah menyambut hari kemerdekaan. Yang malangnya perpecahan disebabkan oleh kelemahan penncipta 1Malaysia. Dia sendiri gagal menghayati semangat 1Malaysia. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia berakhir dengan pemecahan.

Ketua pembangkang jadi presiden baru Libya

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 10 Ogs 2012

(Magarief, bertali leher merah, telah melakukan banyak cubaan untuk menghentikan pemerintahan Muammar Gaddafi)

TRIPOLI (Libya): Dewan Undangan Nasional Libya telah memilih Mohammed Magarief, bekas pemimpin pembangkang sebagai Presiden setelah kongres baru untuk negara Afrika Utara itu memulakan pemerintahannya.

Magarief, ketua Parti Barisan Nasional (National Front Party), akan mengetuai 200 ahli kongres, yang akan menamakan seorang Perdana Menteri, meluluskan undang-undang dan memimpin Libya  ke arah pilihanraya parlimen yang sepenuhnya selepas perlembagaan baru didrafkan tahun hadapan.

Magarief, dilihat sebagai pejuang Islam moderat, adalah pemangku Ketua Negara, namun kuasa sebenar beliau belum benar-benar dipastikan.

Bekas diplomat yang tinggal dalam buangan sejak tahun 1980-an ini adalah figur terkemuka dalam gerakan pembangkang tertua Libya – Barisan Penyelamat Libya Nasional (National Front for the Salvation of Libya) – yang telah berulang kali cuba menjatuhkan pimpinan Libya sebelum ini, Muammar Gaddafi.

Parti Barisan Nasional adalah cabang kepada gerakan pembangkang tertua Libya, dan parti ini telah memenangi tiga kerusi dalam pilihanraya Dewan Undangan Nasional 7 Julai lalu – pilihanraya bebas yang pertama untuk Libya dalam generasi ini.

“Saya sangat gembira. Ini adalah tanggungjawab besar,” dia memberitahu Reuters.

Magarief mendapat 113 undi dan pihak lawannya Ali Zidan hanya memperoleh 85 undi. Ini adalah undian pusingan kedua setelah tiada pihak yang mendapat majoriti dalam undian pusingan pertama.


Demokrasi


“Ini adalah demokrasi, inilah apa yang telah lama kami idamkan,” Zidan memberitahu Reuters, ketika mengucapkan tahniah kepada Magarief.

Dewan Undangan juga akan melantik dua orang timbalan kepada Magarief, yang dari dulunya dilihat sebagai calon utama untuk jawatan Presiden.

“Dia adalah politikus sebenar dan setiap orang mengenalinya.” Ujar Othman Sassi, bekas pegawai Majlis Peralihan Nasional (National Transitional Council).

“Dia mempunyai pengalaman yang amat bagus untuk memimpin kongres dan negara demokrasi Libya.”

Dewan Undangan Nasional bermula Rabu lalu setelah mengambil alih dari Majlis Peralihan Nasional, alat politik kumpulan pembangkang yang menumbangkan kerajaan Gaddafi tahun lalu yang sekarang ini telah dibubarkan.

Majlis lewat malam itu adalah peralihan kuasa secara aman pertama yang berlaku dalam sejarah moden Libya, namun ia dibayangi beberapa peristiwa ganas yang berlaku minggu sebelumnya yang menampakkan kestabilan negara yang tidak berapa utuh.

Ini termasuk pengeboman kereta berdekatan pejabat tentera polis di ibukota, Tripoli, dan letupan di bekas pejabat risikan tentera di timur kota Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan terhadapa Gaddafi.

Dalam Dewan Undangan yang baru, 80 kerusi dipegang parti-parti politik. Parti campuran liberal yang dipimpin Perdana Menteri memenangi 39 kerusi, manakala Parti Keadilan dan Pembangunan – parti sayap Ikhwanul Muslimin memenangi 17 kerusi.

Baki 120 kerusi dipegang oleh calon bebas yang susah ditentukan kesetiaan mereka kepada mana-mana parti.

Kagum dengan Sultan Kelantan

Syed Abdullah Osman Jamalullail, Ampangan,
Kagum dan rasa bersyukur apabila melihatkan gambar-gambar dalam 'Harakahdaily' yang menunjukkan DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail.

Apabila Raja membuka pintu Istana untuk bersama rakyat menunaikan ibadah sebagaimana berlaku di Kelantan, saya terkenangkan DYMM Sultan Brunei. Setiap tahun dalam bulan Ramadan, baginda akan membuka istana kepada semua umat Islam bersolat sunat tarawih dan seterusnya bertadarus bersama-sama Baginda.

Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim dan pemimpinnya pula seorang Ulama.

Syarikat judi juga terlibat dalam saham FGVH?

Harakahdaily, 10 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan berhubung maklumat yang mengatakan syarikat Genting Bhd pernah menguasai 12 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) dengan pegangan sebanyak 407, 005,000 unit melalui peruntukan khas.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata apa yang lebih memeranjatkan laporan Bloomberg Peers menyebut bahawa, urusniaga FGVH antara 16 Julai hingga 9 Ogos, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAM) telah membeli saham Genting tersebut.

"Menjadi tandatanya, kenapa Genting jual sahamnya? Adakah ia menjadi proksi kepada tokoh tertentu? Kenapa Dana awam diguna untuk membelinya," soal Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebelum ini, Mazlan melalui NGO nya itu pernah mendedahkan pembabitan syarikat yahudi, Louis Dreyfus dan Bonge Limited dalam FGVH.

Mereka juga mendakwa antara syarikat lain yang memiliki saham FGVH ialah Schroder Invest Management Ltd sebanyak 3,002,700 unit, Vanguard Group (9,369,894), Fidelity Inter (3,813,140) dan Rcm Capital (2,786,285).

"Tidak dapat dipastikan adakah FGVH mempunyai Unit Syariah yang memantau pelaburannya agar selari dengan kehendak syara'.

"Sempena bulan Ramadhan, kepada peneroka dan pembeli saham FGVH, sila semak pelaburan anda. Itupun kalau sensitif pada halal haram," katanya.

NFC: Rafizi, Zuraida anggap permulaan baik

Muhammad Faizal, 10 Ogs 2012

KUALA LUMPUR:
Perbicaraan kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersambung hari ini dengan sesi pertanyaan dari peguam defenden berhubung keterangan beliau sebelum ini.

Shahrizat telah mengemukakan saman RM100 juta terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 18 September ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan Sharizat ketika menjawab pertanyaan dari peguam plantif, Ranjit Singh.

Namun sebelum itu, Mahkamah yang bermula pada jam 10.30 pagi itu telah telah dipertontonkan rakaman video sidang media yang dibuat Rafizi dan Zuraida pada persidangan parlimen yang lepas.

Rakaman video tersebut dipertontonkan bagi menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PKR yang dikatakan telah memfitnah Shahrizat.

Sementara itu, Shahrizat ketika menjawab pertanyaan Ranjit Singh berhubung penglibatan keluarganya dalam projek tersebut berkata, beliau tidak mengetahuinya sehinggalah diberitahu oleh suaminya pada tahun 2007 yang meminta kedua-dua anaknya yang berada di luar negara balik ke Malaysia bagi membantu menguruskan projek tersebut.

Rafizi dan Zuraida ketika ditanya selepas perbicaraan tersebut memberitahu apa yang berlaku hari ini adalah satu permulaan yang baik.

"Ia satu permulaan yang baik, kita dapat melihat peguam menjalankan tugas dengan baik," kata Zuraida

Rafizi yang turut menjelaskan beliau tidak mahu komen lebih banyak dengan apa yang berlaku hari ini kerana khuatir ia akan mempengaruhi perbicaraan yang sedang berlangsung.

"Tapi apa yang berlaku amat menyeronokkan dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan peguam hari ini dan anda semua boleh menilai sendiri apa yang berlaku," jelasnya.

Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh, Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri manakala Sharizat pula diwakili peguam Shafie Abdullah.

Bongkar!! Bukti-bukti Umno dan MCA menolak hudud

http://mafiaboss2u.blogspot.com, 10 Ogs 2012
Penolakan Najib terhadap hudud...Berita ini hanya disiarkan dalam akhbar MCA

MCA membuat demonstrasi di depan pejabat PAS membantah Hudud.
Iklan Teks

Kereta paling laju di Malaysia disaman

http://tukanglawan.blogspot.com, 10 Ogs 2012
Berapakah rekod kereta paling laju pernah dipandu di negara ini?

Mengikut dari bukti di bawah, bolehlah kita berbangga, kerana kereta yang dimiliki oleh rakyat kita bukan setakat memecah rekod kelajuan darat di negara ini, malah ia mungkin juga memecah rekod kelajuan darat dunia.

sila lihat bukti di bawah, mungkin kereta ini menggunakan RON97

Tiada ulasan: