Isnin, 20 Ogos 2012

SEMUA MILIK ALLAH...KETENTUAN SERTA TAKDIR MILIK ALLAH...ADAKAH MAHKLUK MAMPU LAWAN SERTA MENGUBAH TAKDIR ALLAH...PELAJARILAH ISLAM JIKA INGIN SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Muhammad Yusri Amin, 20 Ogs 2012
KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

Pasai apa Mahathir gundah gulana? [Baca]

http://biaqpila.blogspot.com/, 20 Ogs 2012
Mahathir gundah gulana pasai hajat besarnya untuk mengislamkan undang-undang negara diludah MCA kelmarin...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. Selanjutnya disini...
TIBA-TIBA...
MCA, rakan sebantal Umno secara terang terangan... bagai menyuluh ditengahari menolak hudud dilaksanakan dinegara Islam ala Umno neh...
MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. Selanjutnya disini...
Kahkahkah...
Tahniah MCA kerana berjaya membuatkan Mahathir gundah gulana... Cita-cita murni Mahathir untuk melaksanakan hudud di Malaysia hancur berkecai dipijak-pijak oleh ulamak-ulamak MCA....
Kahkahkah...
 

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan

Harakahdaily, 18 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

“Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

“Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.

Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong PAS.

“Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor,” ujarnya.

Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.

Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam.

“Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara.

“Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung,” katanya.

Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS.

Apa komen anda tentang gambar ini?

http://www.tranungkite.net, 20 Ogs 2012

 
 

Tiada ulasan: