Jumaat, 24 Ogos 2012

MACAM PENGANTIN BARU JUGA BERGABUNG DALAM PAKATAN...BARU2 MANIS...BAHGIA..BERGURAU SENDA...BILA DICUCUK...TIMBUL DENGKI...TAMAK DAN TAK MAHU LEBIH KURANG...MAKA TUNGGU SAJA PERPECAHAN@KEHANCURAN..LEBIH BAIK JIKA KITA SANGGUP BERTOLAK ANSUR...AGAK SUKAR NAK MEMUASKAN SEMUA ORANG...KECUALI DENGAN IZIN ALLAH SWT

Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’
MOHD ISKANDAR OTHMAN
24 Ogos 2012
Mansor nafi gelar Guan Eng ‘angkuh, sombong’
Mansor Othman (dua dari kiri) bersama Lim Guan Eng dan Salleh Man bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada sidang media hari ini.
GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
“Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
“Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter,” katanya pada sidang media, hari ini.
Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.

“Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut,” katanya.
Saifuddin masih yakin PM pinda Seksyen 114A
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
Datuk Saifuddin Abdullah
Datuk Saifuddin Abdullah
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berharap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akan tetap meminda Seksyen 114A Akta Keterangan yang mencetuskan kebimbangan di kalangan segelintir rakyat negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini berkata, beliau akan cuba meyakinkan Perdana Menteri agar mengambil langkah supaya dipinda untuk membawa penambahbaikan yang diharapkan.

"Ini pendirian kerajaan pada hari ini. Pada masa yang sama, banyak pihak meminta ia dikaji semula dan dipinda supaya ia ditambah baik.

"Saya harap ia akan dikaji semula seperti yang pernah kita lakukan dalam beberapa undang-undang, contohnya Akta Universiti dan Kolej Universiti.

"Saya akan terus meyakinkan ketua-ketua saya untuk memindanya semula," kata beliau dalam satu kenyataan SMS kepada Sinar Harian Online, mengulas perkembangan terbaru berkenaan dengan polemik yang menyelubungi isu Seksyen 114A Akta Keterangan.

Saifuddin, Ahli Parlimen Temerloh, antara pemimpin BN yang pernah meminta agar Seksyen 114A dikaji semula menambah, "kita boleh melihat pengalaman negara lain yang juga mempunyai undang-undang untuk melindungi pengguna Internet."
"Contohnya, Internet Bill of Guarantee di Brazil. Apa yng penting ialah memastikan keselamatan pengguna dilindungi dengan tidak berlawanan dengan prinsip-prinsip keadilan sejagat, kebebasan bersuara dan demokrasi yang matang dan progresif," kata beliau lagi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang dibentangkan di Parlimen pada April lalu akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk melindungi rakyat.

Nazri berkata, ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu merosakkan negara.

Katanya, beliau tidak boleh memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili rakyat yang telah memilih beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.

Menurutnya, perkara itu juga tidak mendapat tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut dibahaskan di Parlimen.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet.
Antilompat parti: Karpal mahu BN pinda Perlembagaan
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
SHAH ALAM - Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Barisan Nasional (BN) meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti membabitkan wakil rakyat dan berjanji
Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat.

Karpal berkata, Kerajaan Pusat pimpinan BN perlu mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini.

"Dun Pulau Pinang boleh terus meminda perlembagaan negeri untuk menghalang (tindakan) lompat parti dan mengeluarkan kanser ini dari topografi politik negara. Lagi cepat lagi bagus.

"Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, pengganti kepada Mahkamah Agung, mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh.

"Pada pandangan saya, keputusan ini memerlukan kajian semula demi kepentingan awam," kata beliau dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen veteran ini menambah, sebagai alternatif, penyelesain terbaik adalah BN membawa pindaan ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

"Sudah pasti, sokongan dua pertiga diperlukan bagi tujuan ini. Dalam hal ini, tiada masalah bagi Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN yang kurang (majoriti dua pertiga)," kata beliau lagi.

Dun Sabah pernah berbuat demikian tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Karpal berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikritik oleh pelbagai pihak mendakwa langkah itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah benar pindaan Perlembagaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan ultra vires dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Agung telah memutuskan begitu pada 1992.

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna perkara itu berakhir di sana.

"Dun Pulau Pinang boleh meminda dan Kerajaan Negeri boleh membawa ke Mahkamah Persekutuan (untuk semakan)," kata beliau merujuk kepada laporan bahawa Kerajaan Negeri Pulau
Pinang bercadang menggubal undang-undang antilompat parti bagi mengekang tindakan wakil rakyat daripada mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket parti.

Guan Eng berkata, cadangan itu akan dibincangkan adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri  akan mempertimbangkan cadangan itu dengan  mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang Kerajaan Negeri.

Guan Eng berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri tetapi Mahkamah Agung memutusan undang-undang itu tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

"Kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba meluluskan undang-undang ini supaya Mahkamah Persekutuan boleh menyemak semula undang-undang dalam hal ini," katanya.

Sebelum ini, Karpal menegaskan, tindakan 'lompat parti' ialah satu perbuatan khianat kepada pengundi yang  memilih  calon mereka daripada sesebuah parti tertentu.

Menurutnya, DAP sentiasa menentang tindakan melompat parti yang dipandang serius kerana ia adalah tindakan pengkhianatan dilakukan oleh anggota Parlimen atau Dun yang dipilih rakyat.
Pas Pusat akui sukar laksana hudud sekarang
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.

Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.

"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.

Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud.

"Kita tidak akan percaya lagi dengan janji manis Dr Mahathir dan pelawaan itu kerana dari dahulu lagi Pas pernah mempunyai pengalaman dengannya dalam isu ini," katanya.

Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.

Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama Pas dan Umno berhubung isu hudud hampir mustahil berlaku sekiranya Kerajaan Pusat iaitu Umno tidak serius untuk melaksanakannya.

"Pas dan Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sudah tidak mampu untuk berbincang berkaitan perkara apapun, bukan hanya isu hudud malah, berkaitan hal lain juga.

"Kita melihat hubungan kerjasama tidak dapat dilakukan," katanya.
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
RAZIATUL HANUM A RAJAK
24 Ogos 2012
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. - Foto ihsan Beautifulnara
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
Kad majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna. - Foto ihsan melyssanadiea.blogspot.com
SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah pagi semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Zahry Rafie.
Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.

Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."

Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.

Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.

Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu.
Ustaz Don: Kami sama seperti pasangan lain
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
Ustaz Don-Husna selamat diijab kabul
Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. - Foto ihsan Beautifulnara
Ustaz Don: Kami sama seperti pasangan lain
Tidak ketinggalan, saudara mara mengambil peluang bergambar kenangan bersama Ustaz Don.
Ustaz Don: Kami sama seperti pasangan lain
Tidak dilupakan, Ustaz Don begitu gembira bertemu kembali gurunya, Hafizullah.
"BOLEH tak saya skrip jawapan itu." Itulah jawapan ringkas penceramah popular, Ustaz Don ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan isteri, Husna Zahry.

Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid dalam kalangan peminat ceramah agamanya, malah fenomena Ustaz Don sama naik seperti Ustaz Azhar Idrus.

Ceramah yang disampaikan melalui kuliah-kuliah agamanya mula popular melalui laman Youtube sehingga ke laman sesawang Facebook, namun kini dia sudah pun menyampaikan ceramah dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui Sinar Harian setelah tiba di kampung halamannya di Kampung Dodol sebelum dinikahkan petang semalam di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Husna berasal dari Balik Pulau dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan diadakan esok sementara majlis perkahwinan Ustaz Don akan diadakan pada 1 September 2012 di Dewan Kuis.

Dia yang bersahaja dengan kemeja lengan panjang hadir bersama adik bongsunya, Don Asyraf, 24, disambut puluhan saudara-mara dan orang kampung di situ.

Ketika ditemui dia dengan rendah diri memaklumkan jamuan berkenaan diadakan bukan untuk menyambut kedatangannya, sebaliknya adalah jamuan Aidilfitri yang diadakan setiap tahun bersama saudara-mara.

“Alang-alang disebabkan perkahwinan saya diadakan hari esok (hari ini), jadi mereka semua menyambutnya sekali,” katanya.

Don yang kini bekerja sebagai tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Selangor (Kuiscell) mengakui alam perkahwinan yang akan dilalui bersama Husna sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

“Bagi saya tiada bezanya, apa yang pasangan lain rasakan itulah yang akan kami rasa, sama sahaja,” katanya.

Ustaz muda yang sentiasa tersenyum itu juga sempat menyampaikan nasihatnya kepada pasangan muda di luar sana.

“Bagi saya mana-mana pasangan yang ingin bercinta lama atau sebaliknya itu adalah subjektif, seperti juga nabi kita tidak pernah meletakkan sesuatu sebaliknya nabi telah meletakkan landasan kepada kita.

“Sebagai contohnya bergantung kepada kita untuk gunakan keretapi bagaimana, ekspres atau keretapi wap, jika terbabas atau sebaliknya itu adalah pada diri kita sendiri.

“Ia adalah bergantung atas kecerdikan kita sendiri, itu subjektif, namun kepada pasangan muda apa yang saya boleh nasihatkan ialah sememangnya kita melakukan kesalahan dan begitu juga orang tua, tidak boleh lari masalah.

“Namun kita masih boleh perbaiki diri kita dan tidak berterusan melakukan kesalahan itu, sebagai orang Islam dan mempunyai iman kita perlu perbaiki,” katanya.

Dia yang mempunyai keluarga di sebelah ibu di Kampung Dodol sementara sebelah bapanya pula di Gelugor.

Mula bersekolah di Sekolah Kebun Sireh Bukit Minyak kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.

Dia kemudiannya menyambung diploma di Maahad Tahfiz Pulau Pinang dan ke Maahad
Qiraat Shoubra Mesir.

Sementara itu, Don Asyraf adik lelaki bongsu Ustaz Don berkata, dia bersyukur kerana akhirnya ada wanita yang boleh mendampingi abang sulungnya itu.

“Kami mempunyai empat beradik, yang sulung adalah kakak dan Ustaz Don adalah abang kedua, dalam keluarga ini adalah perkahwinan kali ketiga buat keluarga kami.

“Mudah-mudahan perkahwinan ini diberkati dan kakak ipar saya dapat meneruskan perjuangan bersama Ustaz Don,” katanya.

Kedua-duanya ditemui ketika majlis jamuan Aidilfitri di rumah bapa saudaranya, Abdul Hamid Abdul Kadir, 74.
Abdul Hamid berkata, sebagai bapa saudara dia begitu seronok anak saudaranya itu akan melalui alam perkahwinan.
Dia yang juga abang kepada ibu Ustaz Don berkata, apa yang menarik mengenai Don Daniyal ialah adab sopannya.

“Sejak kecil memang keluarganya sudah terbentuk dengan akidah Islam, bukan dia sahaja malah kesemua adik beradiknya, dan ketika belajar di Mesir, Daniyal mempunyai seorang guru yang mana dipanggil Sheikh.

“Sheikh berkenaan cacat penglihatan dan dialah yang akan mengambil dan membawa pulang kembali Sheikh setiap hari, adabnya terhadap guru memang terpuji,” katanya kepada Sinar Harian.

Petah berkata-kata

Ketika ditanya siapa lagi ahli keluarga yang mengikut jejak langkah Ustaz Don dalam menyampaikan ceramah, Abdul Hamid memaklumkan adik perempuannya iaitu ibu kepada Ustaz Don sememangnya suka bersyarah dan memasuki pertandingan.

Tidak ketinggalan gembira dengan berita perkahwinan Ustaz Don ialah sepupunya, Mohd Zaki Abdul Hamid, 27.

Dia mengakui sepupunya itu petah berkata-kata sejak dari kecil lagi.

Antara pengalaman yang diingat bersama Don ketika musim perayaan ialah berhari raya di sekeliling kampung.

“Setelah kami masing-masing sambung pelajaran memang lost contact tetapi masih berhubungan, apa pun sebagai sepupu saya mendoakan kebahagiaan dia bersama isteri,’ katanya.
Hudud: Pas beri gambaran salah, kata Asri
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Pas beri gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Menurutnya, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini.

Katanya, sebagai contoh dalam kes rogol, enakmen itu tidak jelas dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mungkin terkeliru dengan memikirkan hanya memerlukan empat saksi bagi menghukum pesalah.

“Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawasa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai iaitu  bukti kukuh lain.

“Jadi Pas sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Asri  mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia sebagai mustahil dipraktikkan di negara ini dan gagal membendung jenayah.

Menurutnya, Pas perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain semak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia benar dan tepat.

 Dr Asri turut menggariskan tiga golongan yang mengkritik hudud. Golongan pertama  kritik hudud kerana membenci hukuman itu semata-mata kerana ia terkandung dalam Islam.

“Golongan pertama  adalah mereka yang sudah rosak akidahnya. Golongan kedua pula kritik kerana pentafsiran hudud itu sendiri, iaitu nas yang tidak jelas seperti berapa kadar yang perlu dipotong, latar dan syarat sebelum laksanakannya.

“Golongan kedua ini tidak terkeluar dari agama kerana mereka hanya mempertikaikan pendapat, tetapi setuju dengan hukuman tersebut,’ katanya.

Golongan ketiga pula, mereka yang mahukan hudud, tetapi tidak melaksanakannya kerana keadaan dan suasana yang tidak kondusif dalam sesebuah negara Islam.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, Dr Asri menegaskan tindakan Dr Mahathir tepat kerana melihat enakmen itu tidak lengkap.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,” katanya.
'Perang dingin' PKR-DAP Pulau Pinang?
MOHD IDROS MOHD ALI & GOKINA MORGANAN
23 Ogos 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Adakah benar sedang berlaku perang dingin antara PKR dengan DAP Pulau Pinang yang turut melibatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dalam diam, pakatan itu juga didakwa saling tidak mempercayai antara satu sama lain akibat ingin mempertahankan survival politik masing-masing di negeri ini.

Bahang ini menjadi lebih panas apabila sejak seminggu lalu, heboh mengenai beberapa dokumen yang didakwa sebagai 'Minit Mesyuarat Strategik PKR PP' yang antara lain dikatkan turut mengandungi kecaman terhadap Guan Eng.

Dalam minit yang didakwa dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang dan dihadiri lapan ahli jawatankuasa PKR Negeri antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan PRU, calon yang akan bertanding, calon yang akan digugurkan serta 'habuan' yang boleh diraih jika PR berjaya menawan Putrajaya termasuk mengisi pelbagai jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan diplomatik.

Ia turut mencatatkan bahawa Guan Eng sebagai seorang yang sombong dan sukar digugat. PKR juga didakwa sedang merangka tindakan tertentu untuk memastikan calonnya berjaya dalam PRU, termasuk menyediakan calon 'tambahan' untuk pertembungan tiga penjuru dengan calon DAP dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tertentu.

Bagaimanapun, Mansor ketika dihubungi Sinar Harian, semalam, menafikan wujud minit mesyuarat seumpama itu.

“Tiada minit mesyuarat seperti itu. Esok (Jumaat) ada PC (sidang media) di pejabat saya jam 9.30 pagi,” katanya.

Bagaimanapun, ketika mengadakan rumah terbukanya di Guar Perahu pada hari raya kedua, beliau dipetik sebagai berkata tidak dapat menerima kebocoran minit mesyuarat berkaitan persiapan menghadapi PRU akan datang di Internet.

Untuk itu, Mansor berkata memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri itu juga melahirkan rasa kecewa kerana minit mesyuarat itu disiarkan secara bulat-bulat dalam satu blog yang tidak dikenali.   

Sementara itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, parti itu memandang serius dakwaan Mansor dalam minit mesyuarat berkenaan yang menyebut Guan Eng sebagai sombong atau sukar digugat.

Beliau berkata, DAP negeri memandang berat isu minit mesyuarat strategik PKR Pulau Pinang berhubung persiapannya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Bagaimanapun, DAP negeri akan menunggu penjelasan rasmi Mansor sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, DAP Pulau Pinang tidak ada apa-apa permintaan untuk kerusi tambahan selain menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam kalangan rakan PR.

“Sebarang komen berhubung susunan atau agihan kerusi di Pulau Pinang yang terkandung dalam minit mesyuarat strategik PKR itu seperti disiarkan berita portal berita adalah rekaan semata-mata yang tidak mencerminkan realiti,” katanya.
BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR
Wartawan Sinar Harian
24 Ogos 2012
BN tidak gusar, terancam jentera ceramah baru PR
Bas dua tingkat jentera ceramah baru PR
SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor tidak berasa gusar dan terancam dengan jentera baru Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan sebuah bas dua tingkat sebagai platform ceramah bergerak untuk menyampaikan mesej parti.
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, BN mempunyai pendekatan tersendiri dan pihaknya langsung tidak akan meniru cara digunakan PR bagi meraih sokongan rakyat.

“Kita tidak hairan dengan apa yang dilakukan mereka (PR). Apa yang Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) lakukan itu terpulanglah kepada parti mereka.

“Rakyat boleh nilai sejauh mana mereka (PR) memimpin. Mereka yang akan membuat pilihan pemimpin untuk generasi akan datang,” katanya ketika diminta mengulas mengenai jentera pilihan raya PR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kelak.

Beliau mendakwa, sepanjang PR mentadbir Selangor, tiada pencapaian atau pembangunan yang boleh dibanggakan kerana mereka dikatakan lebih gemar berpolitik daripada memikirkan kebajikan rakyat.

Menurutnya, adalah menjadi keutamaan BN untuk menumpukan kepada usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya melalui ceramah semata-mata.

“Mereka (PR) sebagai kerajaan sepatutnya bawa pembangunan (kepada negeri), bukan hanya sekadar berceramah saja, tetapi apa yang dilihat selama ini, mereka lebuh banyak berceramah daripada mengutamakan kebajikan rakyat.

“Kita gunakan pendekatan menyambut agenda Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya mengutamakan rakyat dan kita yakin dapat tawan hati rakyat (dengan cara ini),” katanya.

Kerajaan Negeri buat kali pertamanya mempamerkan bas yang dilengkapi dengan sistem audio visual untuk acara itu di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, di sini.

Kenderaan berkenaan disewa khas oleh Abdul Khalid menggunakan wang poketnya sendiri selama tiga hingga empat bulan bagi membawa pemimpin PR menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk berkempen menjelang PRU13

Tiada ulasan: