Anwar sedia kerjasama bantu siasatan RCI Sabah
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan beliau pernah
menentang pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat
masalah pendatang asing di Sabah pada tahun 1994. Anwar menyifatkan ia tidak berasas dan dilemparkan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang bertindak sebagai "alat rendah dan murah Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat".
"Kita tidak boleh pandang berat sangat tuduhan ini. Chua Soi Lek ini hanya alat rendah Umno apabila pimpinan Umno tak bersedia menyerang PAS atau DAP," kata Anwar.
Penubuhan RCI diumumkan perdana menteri 11 Ogos lalu bagi menyiasat masalah pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah.
Ia telah lama dituntut Pakatan Rakyat yang mahu Projek IC - dakwaan pemberian kewarganegaraan secara tidak sah tetapi sistematik di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri - disiasat secara teliti.
Ia didakwa digerakkan untuk mengubah demoghrafi kaum dan agama bagi mengukuhkan sokongan terhadap BN di Sabah - satu tuduhan yang telah dinafikan Mahathir.
Menurut Anwar, penubuhan RCI akan membuktikan beliau tidak pernah terlibat dalam pendaftaran kewarganegaraan sewaktu berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri.
"Anda boleh sahkan fakta bahawa saya tidak pernah terlibat dalam dalam kes pendaftaran kewarganegaraan, di semenanjung dan Sabah dan Sarawak," katanya tegas.
Malah, beliau turut mencabar tuduhan itu disiasat secara terbuka dan beliau sendiri sedia memberi kerjasama penuh membantu siasatan.
"Sepanjang kuasa saya selaku menteri dan timbalan perdana menteri, tugas ini tidak pernah diserah kepada saya dan saya tidak pernah dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan keputusan ini.
"Saya hanya faham ini di bawah Majlis Keselamatan Negara dan di bawah unit khas di bawah perdana menteri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi.
Mengulas tuduhan kumpulan pendesak PERKASA yang beliau merupakan ahli kumpulan Freemason, Anwar menyifatkan ia dibuat presiden PERKASA, Ibrahim Ali bagi mendapatkan dana pilihan raya daripada pihak tertentu.
"Dia ini dua beradik dengan Chua Soi Lek daripada cara dia bercakap. Saya biar dulu dia pukul gendang maklumlah keperluan dana pilihan raya.
"Kalau nyata tohmahan itu fitnah, sebagai seorang Muslim, hentikan fitnah jahat ini dan ikut jalan lebih lurus," kata Anwar.
Audit bebas: Syabas enggan beri kerjasama, kata exco
Selangorkini, | 15 Ogs 2012 |
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata sehingga kini Syabas tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung cadangan daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid itu.
Katanya, sebelum ini, Kerajaan Negeri sudah memaklumkan beberapa syarikat yang layak untuk dipertanggungjawab menjadi audit bebas.
Beliau berkata cadangan itu sudah dimaklumkan kepada Syabas sebulan yang lalu, bagaimanapun, tiada kerjasama dari pihak Syabas.
“Ia perlu dilaksanakan segera agar rakyat tidak keliru dengan perbezaan kajian yang dibuat.
“Data-data syarikat-syarikat konsesi perlu diaudit kerana ia berbeza-beza. Jadi kena perlu penjelasan.
Bukan sahaja mengenai statistik tetapi juga dari segi kewangan supaya kita dapat satu gambaran perlaksanaan penyelesaian akan datang.
“Kita harap pihak berkenaan mengakui cadangan dan kerjasama dalam usaha ini kerana data-data yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diperolehi daripada syarikat konsesi, Syabas . Jelas beliau di Majlis Dialog Air Selangor di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
'Saya pantau sendiri pentadbiran MB S'gor'
Penasihat
ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sendiri
memantau pentadbiran di negeri itu dan sehingga kini sangat berpuas hati
dengan pentadbiran Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim."Saya tidak mendiamkan diri. Tadi saya bertemu menteri besar, minggu lepas juga saya ada bincangkan hal-hal melibatkan beberapa keputusan (peringkat negeri).
"Tetapi saya harus menerima dan juga mengiktiraf kedudukan menteri besar dan kewibawaan beliau dan pimpinan kerajaan negeri," kata Anwar selepas solat terawih di kediaman menteri besar Selangor malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Noh supaya Khalid meletak jawatan jika gagal mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menjelang September nanti.
Menurut Anwar, 'serangan' yang diterima pentadbiran Khalid dari Umno di negeri itu masih mampu ditangani Khalid selaku menteri besar.
"Saya berikan pandangan, laporan sampai kepada saya, saya bincang dan saya tak anggap ada apa-apa yang begitu serius sehingga boleh mencabar keutuhan kerajaan negeri Selangor.
"Setakat ini kita boleh tangani dengan baik. Dia diserang, sekarang ini kita tumpu di Sabah," kata Anwar.
Dalam perkembangan lain, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan membincangkan penyelarasan sambutan kemerdekaan peringkat negeri-negeri Pakatan yang berlangsung serentak dengan sambutan 'Janji Bersih' anjuran 26 NGO bersama BERSIH.
"Pakatan Rakyat ada dimaklumkan dan setakat ini kami memutuskan untuk adakan sambutan kemerdekaan di Shah Alam.
"Saya harus lihat bagaimana kita boleh selaraskan perkara ini," kata Anwar.
Perhimpunan 'Janji Bersih' dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka pada 30 Ogos depan untuk mengingatkan kerajaan tentang janji-janji untuk mereformasikan sistem pilihan raya.
Gesaan gantung lantik Burma pengerusi Asean
Satu
majlis gerakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Asean, yang
menggabungkan semua organisasi Islam di rantau itu, akan ditubuh sebagai
inisiatif bagi menangani isu penduduk Rohingya.
Sehubungan itu, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) dilantik menyediakan rangka kerja ke arah pembentukan mekanisme ini.
Pelantikan itu menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat gerakan dalam menangani masalah Rohingya, dan pada masa sama, mencadangkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi wakil kehormat misi kemanusiaan NGO dunia Islam.
Pengerusi IKIAM Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata perkara itu sebahagian daripada resolusi yang dicapai pada Persidangan Gerakan NGO Islam Asean yang dianjurkan bagi membela umat Islam Rohingya di Burma, yang dilanda penghapusan etnik.
"Persidangan menegaskan bahawa penghapusan etnik Rohingya di Rakhine, Myanmar perlu diberhentikan serta-merta, dan mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan di mahkamah antarabangsa.
"Kerajaan Myanmar perlu bertanggungjawab untuk memastikan hak kemanusian dan kewarganegaraan kaum Rohingya perlu hormati kerana kaum itu adalah kaum pribumi di wilayah Rakhine (yang dulunya Arakan)," katanya kepada pemberita semalam.
Zahidi berkata persidangan itu turut menggesa Asean bertindak terhadap Burma kerana gagal mematuhi serta menghormati hak kemanusiaan seperti terkandung dalam protokol Asean Human Rights Body, yang dipersetujui negara itu pada 15 Disember 2008.
"Kami juga mahu Asean menggantung hasrat melantik Burman menjadi pengerusi pada 2014 sehingga isu Rohingya ini ditangani.
"Kami juga menggesa badan dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan Pertubuhan Persidangan Islam menganjurkan persidangan khas mengenai isu Rohingya secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata selain mewujudkan Yayasan Kemanusiaan Islam mengumpul sumber kewangan untuk membiayai misi kemanusiaan, persidangan itu sepakat menubuhkan Pusat Penyelidikan Rohingya di setiap negara Islam agar semua umat Islam memahami isu tersebut.
"Persidangan kali ini setuju untuk mewujudkan 'International Islamic Peace Corps' dalam usaha menggerakkan kerjasama erat di kalangan NGO Islam seluruh dunia dalam mengumpul tenaga sukarelawan untuk menjayakan misi kemanusiaan di Myanmar," katanya.
Sebanyak 62 NGO dari seluruh Asean menghadiri persidangan semalam bagi membincangkan isu 800,000 penduduk Rohingya di Burma, yang dianggap sebagai orang luar atau pendatang tanpa izin.
Keganasan kaum yang melanda Rakhine sejak lebih dua bulan lepas, menyebabkan kira-kira 80 orang terkorban.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya akan menghantar misi bantuan kemanusiaan dikenali 'Humanitarian Flotilla' yang disertai 200 sukarelawan bulan depan.
Beliau berkata misi itu akan membawa 300 tan barangan seperti makanan, perubatan dan keperluan harian melalui jalan air.
"Misi kita kali ini dijangka selama 10 hari, bagaimanapun, kita bergantung kepada pihak berkuasa negara itu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan disalur kepada penduduk Rohingya.
"Setakat ini, difahamkan Burma telah memberi amaran kepada misi bantuan kemanusiaan," katanya.
Sementara, dalam satu perkembangan berkaitan, Global Peace Mission (GPM) menggerakkan misi kedua penghantaran bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya di Arakan, Burma semalam.
Presidennya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata delegasi diketuai pengerusi GPM Ahmad Azam Abdul Rahman itu akan mengagih sejumlah RM250,000 hasil Kempen Tabung Iftar Ramadan, yang digerakkan GPM dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sejak 19 Julai lepas.
"Misi yang turut disertai Karim Erdogan, yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan di Jerman, dijangka menyalurkan sumbangan tersebut kepada masyarakat Rohingya yang dilanda krisis kemanusiaan di Sitway, Arakan.
"Sumbangan tersebut akan disalurkan menerusi jaringan kerjasama dengan beberapa pertubuhan kebajikan yang diiktiraf kerajaan Myanmar," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kerjasama itu, yang dirintis hasil misi pertama GPM ke Burma pada 11 hingga 13 Julai lepas, akan membantu masyarakat Rohingya menjalani ibadah puasa selain memenuhi keperluan asas mereka.
Mohamad Raimi juga berkata misi kali ini bertujuan mengenal pasti beberapa keperluan pasca-krisis di Arakan dalam rangka menyalurkan bantuan jangka panjang kepada masyarakat Rohingya.
"Perancangan tersebut meliputi program pembinaan telaga air dan infrastruktur, bekalan makanan asas, perubatan serta pembangunan infrastruktur asas seperti tempat tinggal," katanya.
Beliau berkata selain itu, GPM menggerakkan program bantuan dan pembangunan masyarakat Rohingya di Malaysia, yang meliputi penubuhan Pusat Pendidikan Rohingya (REC) bagi anak etnik pelarian melalui sumbangan Ramadan dan Aidilfitri.
GPM mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada masyarakat yang prihatin bagi menampung keperluan projek itu, dan ia boleh disalur menerusi akaun Bank Islam (14-023-01-02922-4) atau Maybank (5642-2161-1602). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-6188 3239.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ekmeleddin Ihsanoglu mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua umat Islam sempena Aidilfitri ini, sambil mengingatkan mereka agar menumpukan usaha membantu masyarakat Rohingya di Myanmar mengatasi masalah mereka.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata masyarakat Islam Rohingya yang merupakan kaum minoriti di Myanmar, masih menderita akibat pencabulan secara terang-terangan yang mengancam kewujudan mereka di negara itu.
Beliau juga menggesa umat Islam terus menyokong rakyat Palestin untuk memastikan penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Al Quds Al Sharif sebagai ibu negara.
Beliau juga menyatakan bahawa walaupun bulan Ramadan adalah bulan keamanan, ketenangan dan selamat, namun perkara-perkara itu tidak dirasai di sesetengah negara Islam tertentu.
"Walaupun sesetengah daripada kita mendapati bulan Ramadan masa yang merasa aman dan tenang, ia adalah menyedihkan bagi saya untuk menyatakan bahawa di beberapa negara Islam telah dinafikan ketenangan dan keamanan itu.
"Manakala di beberapa bahagian lain pula sedang menghadapi kesengsaraan dan syarat keras terutama di Syria yang mana keperluan asas dinafikan, kurangnya keselamatan serta gangguan yang semakin meningkat, pencabulan hak asasi manusia serta pembunuhan yang berlaku pada setiap hari," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berharap nama dan logo baru organisasi itu akan membawa satu era baharu kemakmuran dan memperkasakan dunia Islam serta mencerminkan keadilan, kesaksamaan, keamanan dan toleransi.
"Ini adalah ciri ajaran agama Islam sebenar yang bertolak ansur, menghormati kesucian hidup dan merangkumi nilai-nilai maruah manusia, menghormati hak asasi manusia, mengatasi kesulitan dan pertikaian serta penyelesaian melalui dialog dan cara-cara damai dalam konteks persaudaraan dan pertimbangan," katanya.
OIC adalah organisasi antara kerajaan kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan keanggotaan 57 negara dari empat benua dengan penduduk kolektif lebih 1.5 bilion orang.
Organisasi itu telah menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam kepada Pertubuhan Kerjasama Islam pada 28 Jun tahun lepas pada Sesi ke-38 Majlis Menteri-menteri Luar OIC di Astana, Kazakhstan.
Sesi itu meluluskan resolusi menukar nama dan logo organisasi itu untuk meningkatkan keberkesanannya sebagai satu sistem antarabangsa yang berurusan dengan isu-isu pembangunan politik, ekonomi, budaya dan sosial.
- Bernama
15 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan,
68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini
selepas bertarung dengan penyakit.
Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963).
Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.
Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.
Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.
Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.
Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.
Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.- Bernama
15 Ogos 2012
KUALA LUMPUR – Jalur Tiga (Jati) mendakwa wujud gerakan pihak tertentu
memesongkan akidah umat Islam, bukan sahaja terhadap pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) orang kurang upaya (OKU), malah mula menular di hospital
dan sekolah.
Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihaknya peka tentang perkembangan ini dan akan mewujudkan Yayasan Murni Aqidah yang berfungsi sebagai unit gerak kerja Jati dalam memerangi gejala permasalahan aqidah yang semakin kritikal di negara ini.
Menurutnya, Yayasan itu juga merangkumi secara keseluruhan dan terbuka tanpa sebarang sekatan akibat agenda politik sepertimana pengalaman beliau menubuhkan Unit Selamatkan Akidah ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebelum ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak ini berkata, unit ini juga bakal diterajui semua pihak berkaitan termasuklah tokoh akademik dalam mengkaji punca permasalahan akidah dialami masyarakat Islam.
“Jati telah kenal pasti gerakan ini semakin menular ke sekolah, hospital, golongan miskin dan perlu bantuan.
“Justeru, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca dan langkah menanganinya supaya ianya dapat dibendung. Kita mengharapkan ulama bersama kita. Kita harapkan golongan profesional bersama kita," katanya.
Hasan berkata, Yayasan Murni Akidah akan kemukakan permohonan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya.
"Yayasan ini akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan NGO bagi membendung ancaman gerakan bukan Islam yang didakwanya kritikal dan getir," katanya.
Dalam pada itu, Hasan mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian.
Katanya, dengan dedahkan video pengakuan mangsa dan ceramah disampaikannya dalam siri jelajah seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu.
15 Ogos 2012
KOTA BHARU-Seorang ibu tunggal patah tangan kiri selain cedera di
kepala dan hidung selepas terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut
di Kampung Baru, Pasir Pekan, Tumpat di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.
Mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menghalang beg tangan yang diletakkan di dalam raga motosikal, mengakibatkan dia mengalami kecederaan di muka dan beberapa bahagian badan.
Akibat kecederaan itu, dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menceritakan kembali detik cemas itu, Sarifah berkata ketika kejadian dia berseorangan menunggang motosikal menuju ke tempat kerja yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
“Tidak sampai seminit keluar dari rumah, seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba cuba menghampirinya.
“Lelaki itu menghulurkan tangannya ke dalam dalam raga motosikal yang mengandungi beg tangan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II semalam.
Sharifah bertindak nekad memegang beg dalam raga itu, sebelum peragut itu merentap dengan kuat sehingga dia hilang kawalan dan jatuh tersembam di atas jalan raya.
Menurutnya, peragut itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat meragut beg tangannya.
“Mujur ketika itu salah seorang jiran yang melalui kawasan itu membantu saya.
“Dia kemudian menghantar saya ke tempat kerja sebelum majikan membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Sarifah berkata, ketika kejadian dia hanya membawa kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai RM90 dan dia kesal dengan tindakan nekad peragut itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap insan lemah sepertinya.
“Saya hanya mampu berharap pihak polis dapat menangkap peragut itu supaya dia orang awam tidak menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

Legenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia
15 Ogos 2012
Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963).
Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.
Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.
Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.
Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.
Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.
Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992.- Bernama
Jangan Lupakan Kami: Jati akui wujud gerakan pesong akidah umat Islam
15 Ogos 2012
Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, pihaknya peka tentang perkembangan ini dan akan mewujudkan Yayasan Murni Aqidah yang berfungsi sebagai unit gerak kerja Jati dalam memerangi gejala permasalahan aqidah yang semakin kritikal di negara ini.
Menurutnya, Yayasan itu juga merangkumi secara keseluruhan dan terbuka tanpa sebarang sekatan akibat agenda politik sepertimana pengalaman beliau menubuhkan Unit Selamatkan Akidah ketika memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Selangor sebelum ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak ini berkata, unit ini juga bakal diterajui semua pihak berkaitan termasuklah tokoh akademik dalam mengkaji punca permasalahan akidah dialami masyarakat Islam.
“Jati telah kenal pasti gerakan ini semakin menular ke sekolah, hospital, golongan miskin dan perlu bantuan.
“Justeru, Yayasan Murni Akidah akan mengkaji punca dan langkah menanganinya supaya ianya dapat dibendung. Kita mengharapkan ulama bersama kita. Kita harapkan golongan profesional bersama kita," katanya.
Hasan berkata, Yayasan Murni Akidah akan kemukakan permohonan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan cadangan yang melibatkan dasar dan implementasinya.
"Yayasan ini akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan dan NGO bagi membendung ancaman gerakan bukan Islam yang didakwanya kritikal dan getir," katanya.
Dalam pada itu, Hasan mendakwa siri pendedahannya berhubung usaha mengkristiankan umat Islam berjaya menutup mulut golongan mubaligh Kristian.
Katanya, dengan dedahkan video pengakuan mangsa dan ceramah disampaikannya dalam siri jelajah seluruh negara akhirnya berjaya mendiamkan golongan mubaligh itu.
Ibu tunggal parah diragut, terjatuh dari motosikal
15 Ogos 2012
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.
Mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menghalang beg tangan yang diletakkan di dalam raga motosikal, mengakibatkan dia mengalami kecederaan di muka dan beberapa bahagian badan.
Akibat kecederaan itu, dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menceritakan kembali detik cemas itu, Sarifah berkata ketika kejadian dia berseorangan menunggang motosikal menuju ke tempat kerja yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
“Tidak sampai seminit keluar dari rumah, seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba cuba menghampirinya.
“Lelaki itu menghulurkan tangannya ke dalam dalam raga motosikal yang mengandungi beg tangan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II semalam.
Sharifah bertindak nekad memegang beg dalam raga itu, sebelum peragut itu merentap dengan kuat sehingga dia hilang kawalan dan jatuh tersembam di atas jalan raya.
Menurutnya, peragut itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat meragut beg tangannya.
“Mujur ketika itu salah seorang jiran yang melalui kawasan itu membantu saya.
“Dia kemudian menghantar saya ke tempat kerja sebelum majikan membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Sarifah berkata, ketika kejadian dia hanya membawa kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai RM90 dan dia kesal dengan tindakan nekad peragut itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap insan lemah sepertinya.
“Saya hanya mampu berharap pihak polis dapat menangkap peragut itu supaya dia orang awam tidak menjadi mangsa seterusnya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan