Rabu, 8 Ogos 2012

MASING2 TUNJUK HANDAL...TUNJUK KEBAL...TUNJUK KUASA...TUNJUK BIJAK DAN BERMACAM2 TUNJUK...SEMUANYA KAN MATI DAN AKAN DIHISAB...JAHAT MASUK NERAKA DAN TAQWA MASUK SYURGA...LEPAS DIDUNIA TAKUT AKHIRAT PENGHUNI NERAKA....

KJ: Pakatan seperti raksasa mitos kepala tiga

  • Hafiz Yatim
  • 4:00PM Ogos 8 2012
Pakatan Rakyat tidak patut mengeluarkan logo hari kemerdekaan sendiri memandangkan mereka tidak dapat bekerjasama menggunakan tema yang sama, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy menyifatkan Pakatan kini seperti raksasa dalam mitos Yunani yang mempunyai banyak kepala di satu badan.

NONE"Bagaimana mereka hendak hasilkan logo bersama sedangkan tidak boleh bekerjasama menghasilkan tema yang sama," katanya.

Pengumuman Pulau Pinang menggunakan tema "Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat" hari ini melengkapkan empat tema hari kemerdekaan berbeza di negeri Pakatan.

Walaupun Pakatan mengumumkan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" pada 1 Ogos lalu sebagai tema alternatif mereka, hanya Selangor yang menggunakannya.

Sementara Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum kepimpinan tertinggi Pakatan mengumumkannya.
MCA persoal hala tuju sebenar Pas

8 Ogos 2012
Pas
Parti PAS
KUALA LUMPUR - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini membidas Pas kerana gagal menjelaskan hala tuju sebenar parti itu selain tiadanya konsensus dalam Pakatan Rakyat (PR).
 
Katanya, Pas pada satu ketika menyatakan berjuang untuk penubuhkan 'Negara Kebajikan, namun pada masa lain mereka mahukan 'negara Islam'.
 
"Ini satu helah Pas yang cuba mengelirukan pengundi dengan mempakej semula konsep negara Islam mereka dan menamakannya negara kebajikan," katanya dalam kenyataan di sini.

Dipetik Bernama,  Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pakatan pembangkang mendakwa mereka telah mencapai persetujuan pada konvensyen tahun lepas dan Pas bersetuju menggugurkan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam.
 
Akan tetapi kata beliau, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan pelaksanaan hudud hanya isu teknikal dan DAP tidak boleh menghalang Pas daripada melaksanakannya.
 
"Justeru saya nak tahu konsensus apakah yang dicapai dalam kalangan pakatan pembangkang kerana pemimpin Pas nampaknya bercakap mengenai topik berbeza," katanya.
 
Beliau juga merumuskan konsensus itu tidak wujud dalam pakatan pembangkang kerana mereka tidak mempunyai hala tuju yang sama serta tidak berminat menjaga kepentingan pembangunan negara dan rakyat.
 
"Mereka hanya berminat memancing undi bagi merampas kuasa demi kepentingan sendiri," katanya.
 
Chee Heung juga menggesa mereka yang berkenaan agar menghentikan kenyataan tidak masuk akal mendakwa konsep negara kebajikan itu akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia. - Bernama
Fathul Bari setuju saranan umat Islam tolak DAP

8 Ogos 2012
Fathul Bari
Fathul Bari
KUALA LUMPUR - Sekretariat Ulama Muda Malaysia bersetuju dengan saranan seorang tokoh agama di Tumpat, Kelantan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.
Pengerusi jawatankuasa kerja sekretariat tersebut Fathul Bari Mat Jahaya berkata umat Islam perlu berfikir dan bermuhasabah sebelum membuat pilihan agar tidak memilih berlandaskan nafsu atau dendam yang membawa padah buruk.
"Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya," katanya mengulas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah semalam bahawa umat Islam tidak boleh menyokong DAP kerana ia haram serta berdosa.
Gesaan itu adalah ekoran pendirian parti Pas untuk terus bekerjasama dengan DAP sedangkan pengerusi DAP Karpal Singh berkeras supaya Pas menggugurkan niat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Fathul Bari meminta rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam meneliti semula sejarah penubuhan parti Pas, Umno dan DAP supaya dapat memahami pendekatan yang dibawa setiap parti.
"ALLAH telah mengurniakan akal serta fikiran, jadi kita perlu memanfaatkan kurniaan itu dan tidak mensia-siakannya," katanya kepada Bernama hari ini.
Tambahnya umat Islam perlu mendidik golongan bukan Islam serta mendekatkan diri dengan mereka agar golongan ini menerima maklumat yang tepat mengenai dakwah Islam yang suci dan murni.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) Ismail Mina Ahmad berpendapat umat Islam dilarang sama sekali menyokong mana-mana parti atau pertubuhan yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam.
"Sesiapa yang menentang Islam serta pelaksanaan hukum Islam maka secara syarak, umat Islam dilarang menyokong golongan ini yang digolongkan sebagai kafir harbi.
"Mereka ini merupakan golongan yang boleh membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta umat Islam amnya," katanya.
Ismail berkata penolakan ini bukan berlandaskan perasaan namun ia disebabkan penentangan parti tersebut serta bercanggah dengan kedudukan Islam yang dijamin oleh Perlembagaan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara.
"Jangan cemari kesucian Islam semata-mata kepentingan politik, di mana tanggungjawab kita sebagai pembela agama yang dipertanggungjawab memartabat syiar Islam," katanya. - Bernama


سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113) 
 

· · ·
  • Nasir Sahlan kah kah / yg tolak hudud dan negara islam mulai merdeka hgga today ialah umno.../ melayu dan katanya beragama islam..hudud dan negara islam ketinggalan zaman kata umno gok tuu..mcam2 kata dan hina hukum hudud... apa hukum jd ahli umno? ...yg luluskan lesen judi / arak / genting highland / bukan nya DAP, tapi Umno gok tuu juga... apa hukum undi BN yg ditunjangi oleh umnoooo..
    43 minutes ago ·
  • Nasir Sahlan jangan perbodohkan rakyat yg dah mula celik dan pandai...tahun 1960an dulu bolehlah perbodohkan rakyat dan org kg.. kini bukan lagi...
    42 minutes ago · ·
BN yakin terus disokong artis

  • Hafiz Yatim
  • 4:47PM Ogos 8 2012
Fenomena artis menyertai pembangkang tidak akan merampas sokongan golongan penghibur dan pemuda daripada menyokong BN, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

NONE"Secara tradisinya mereka menyokong BN. Trend terkini ini tidak akan mengurangkan sokongan kepada BN," katanya.

"Mungkin ini perkara besar kepada PAS. Sebelum ini, artis tidak menyertai parti, jadi apabila mereka melakukannya, mereka dilayan seperti selebriti."

PAS sebelum ini mendapat lonjakan baru apabila beberapa artis popular, termasuk penyanyi Aishah dan Dayangku Intan, pelakon Abby Abadi dan Hairie Othman serta penulis lirik Bob Lokman menyertai parti pembangkang baru-baru ini.
DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang

  • Ahmad Fadli KC
  • 12:04PM Ogos 8 2012
DAP mendedahkan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini menunjukkan satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.

NONE"Saya ada dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.

"Surat kaveat yang saya ada, syarikat ini (juga) bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.

"Ini (adalah) usaha sama. Beliau tak nafikan akuan sumpah ini," kata Ng selepas mengetuai satu demonstrasi di hadapan tapak projek tersebut pagi ini.
NONEMenurut Ng, kaveat berkenaan bertujuan untuk menghalang Noh daripada menjual tanah berkenaan selama perjanjian itu berkuatkuasa.

Ng mendakwa surat akuan sumpah itu membuktikan Noh Omar terlibat dalam projek itu lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

"Syarikat tersebut telah bersetuju mengusahakan hartanah bersama dengan Noh bin Omar [nombor kad pengenalan dan alamat disertakan] dengan jaminan harga sekurang-kurangnya RM25,200 sahaja setahun. Sesalinan perjanjian usahasama bertarikh 5 Januari 2011 dilampirkan di sini," surat itu dipetik.
NONEKatanya, "usahasama" yang disebut dalam dokumen itu menimbulkan "keraguan yang munasabah" dan definisi istilah itu juga sangat luas.

"Jadi kita mahu pihak berkuasa siasat. Sama ada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Beliau memberi contoh, seorang menteri perumahan boleh membeli rumah tetapi menteri berkenaan tidak boleh terlibat dalam mana-mana syarikat perumahan.

Justeru, prinsip yang sama katanya diguna pakai dalam kes projek udang yang membabitkan Noh Omar, katanya.

NONE"Noh Omar boleh makan udang termasuk otak udangnya tetapi dia tak boleh ternak udang. Ini salah guna kuasa.

"Orang yg kononnya nak jadi menteri besar Selangor ini wajib tampil ke depan dan jawab (dakwaan ini)," kata Ng lagi.
Pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi hari ini menegaskan sekali lagi bahawa Noh Omar hanyalah tuan tanah dan tidak terlibat dalam operasi kolam udang itu.
Lindungi kepentingan
Chu juga mengakui bahawa beliau menggunakan istilah "usahasama" dalam surat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tindakan itu hanyalah untuk melindungi kepentingan syarikatnya.
NONE"Perjanjian itu sebenarnya satu perjanjian penyewaan, tapi kita tulis seperti satu perjanjian usahasama. Ini untuk melindungi kedua-dua pihak.
"Kita mahu ikat Noh Omar (kiri), supaya dia tidak jual tanah ini dan menyebabkan kerugian kepada kita," katanya kepada Malaysiakini.
Noh pula pada 14 Julai lalu dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, dan menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.
Akhbar Sin Chew Daily pada hari itu melaporkan, Noh mendakwa masih belum dilantik sebagai menteri ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak itu dimilikinya.

NONEBagaimanapun, dua hari kemudian beliau menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.

"Pegangan" yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan Sin Chew, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.

Isu berhubung projek ternakan udang tersebut pertama kali dibangkitkan Ng ketika membentangkan satu usul di DUN Selangor bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Malaysiakini sedang mendapatkan komen susulan daripada Noh.
Mahathir mewajarkan ledakan rakyat Sabah
3:25PM Ogos 8 2012
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini, beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

NONE"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua  kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC - panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.
KJ tuduh portal berita buang komen pro-BN

  • Hafiz Yatim
  • 4:30PM Ogos 8 2012
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menuduh portal berita seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (TMI) membuang komen pembaca yang menyokong BN.

Ini, kata Khairy di majlis pelancaran Pasukan Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur hari ini, telah menimbulkan gambaran bahawa golongan muda menyokong pembangkang.

"Apabila kita baca ruang komen di Malaysiakini dan TMI, begitu ramai yang menyokong pembangkang, sedangkan kita tahu  editor mereka sekat komen yang menyokong BN," katanya.

Sehubungan itu, Khairy berkata, penubuhan pasukan Siber BN itu adalah untuk bertindak balas terhadap perkara dan bagi menggalakkan orang ramai mendapatkan maklumat yang betul dari BN melalui Twitter dan Facebook BNCT.

Dengan itu, katanya, golongan muda tidak merasakan seolah-olah mereka sendirian di ruang siber dalam menyokong BN.



Nota editor: Sebagai peraturan, Malaysiakini tidak membuang komen pembaca melainkan mereka melanggar terma penggunaan kami. Komen yang kebanyakannya dibuang mengandungi kata-kata kotor dan tidak senonoh serta serangan peribadi. Kami tidak buang komen berdasarkan kecenderungan politik.
Mat Zin: 'RCI apa pun akan gagal jika libatkan Gani'
2:01PM Ogos 8 2012
Badan apa pun yang dibentuk, termasuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang di Sabah dan jawatankuasa mengkaji royalti minyak Kelantan akan gagal sekiranya melibatkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dakwa bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
Beliau menyuarakan kebimbangannya itu melaluinya surat 'peringatannya' kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

NONESetelah penantian beberapa bulan, Datuk Seri Najib Razak pada 3 Ogos lalu berkata, beliau akan mengumumkan terma rujukan bagi RCI Sabah pada 11 Ogos di negeri di bawah bayu itu sendiri.
Manakala sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji isu royalti Kelantan pula diumumkan penubuhannya sehari selepas itu, bertujuan mengkaji tuntutan bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur.

Dalam surat yang salinannya diperoleh Malaysiakini itu, Mat Zain mendakwa bahawa orang ramai muak dengan sikap Gani dalam mengendalikan RCI sebelum ini, antaranya berkaitan isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan VK Lingam.

Menyentuh isu RCI Sabah, Mat Zain mendakwa, biar apa pun terma rujukan yang diumumkan perdana menteri, rakyat tidak akan mendapat faedah kerana hasilnya akan tetap dirujuk kepada Gani.

"Begitu juga dengan rakyat Negeri Kelantan. Mereka juga saya jangka akan diperdayakan dan dihampakan," kata Mat Zain yang amat meragui kewibawaan Gani dalam surat lima muka surat itu.

Ini kerana, katanya, perdana menteri sudah pasti akan melibatkan Gani sekali dalam jawatankuasa itu.

Mat Zain antara bekas pegawai kanan polis yang konsisten dan lantang mengkritik peguam negara atas dakwaan kes salah laku dan menuntut pembentukan sebuah tribunal untuk tujuan itu.
Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP
11:35AM Ogos 8 2012
Seorang guru pondok kontroversi yang sering bergeser pandangan dengan para pemimpin PAS hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.

Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
MCA malah pernah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud - rancangan yang disifatkan parti itu sebagai cadangan yang "hilang akal".
Pengerusi biro profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong menyatakan ancaman itu pada awal bulan lalu susulan cadangan daripada seorang ADUN Umno Johor supaya Umno melaksanakan hudud di negeri itu dan juga di seluruh negara.
Seterusnya, Abdullah mendakwa umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.

"Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.

"Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu pakatan.
Laporan berkenaan turut menampilkan keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Mei 1990 berhubung syarat yang dikemukakan pemimpin DAP, Karpal Singh supaya PAS mengugurkan niat untuk membentuk negara Islam sekiranya ingin bekerjasama dengan DAP.
'Abdullah Sa'amah mahu senangkan hati Umno'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:36PM Ogos 8 2012
PAS hari ini membidas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah yang mendakwa bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.

Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan Abdullah itu tidak berdasarkan fakta yang tepat dan beliau tidak boleh mengeluarkan hukum di luar bidang kuasanya.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manSambil membawa kisah Khalifah Umar al-Khattab dalam sejarah Islam yang pernah 'dinasihati' seorang individu kerana "mahu menyenangkan hati Khalifah", Tuan Ibrahim turut menyamakan tindakan Abdullah dalam kisah itu.

"Kenyataan itu saya lihat sama (dengan kisah). Beliau tidak menasihati mengikut hukum, tetapi lebih kepada mahu senangkan pemimpin Umno.

"Sepatutnya (keluar hukum itu) bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenyataan beliau tidak berdasarkan maklumat yang tepat, hanya (berdasarkan) satu pihak sahaja untuk mengeluarkan hukum.

"Kalau kata lihat, penentangan MCA tentang hudud lebih hebat daripada DAP sehingga beri amaran kepada Umno (jika menyokong hudud)," katanya.

NONELaporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Abdullah sebagai mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

Bagaimanapun, Abdullah mendakwa MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan Abdullah itu tidak bermaklumat serta tidak sahih, dan PAS tidak perlu melayaninya.

"Orang awam juga dapat membezakan sama ada kenyataan itu dibuat dengan ilmu atau mengikut parti pemerintah," katanya sambil mendakwa rakyat di Kelantan 'mengenali' guru pondok itu.

Sementara itu Setiausaha Politik ketua menteri Pulang Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak tidak perlu mengulas kenyataan Abdullah itu.

"Kita rasa tak payah beri komen apa-apa," katanya sambil menambah rakyat mampu menilai perkara yang benar atau yang salah.
Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP
BERSIH: Menteri cuba takutkan pelajar di Mesir

  • Ahmad Fadli KC
  • 8:31AM Ogos 8 2012
Amaran menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom kepada pelajar luar negara agar tidak menyokong BERSIH sebenarnya cubaan untuk menakut-nakutkan kelompok tersebut, kata Datuk A Samad Said.

Menurut pengerusi bersama gabungan reformasi sistem pilihan raya itu, pelajar-pelajar berkenaan mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana ia cara "untuk memurnikan landasan demokrasi".

"Bergantung kepada para siswa sendiri, jika mereka percaya perjuangan itu, dan bersedia menanggung risikonya, mengapa tidak (boleh sokong)?

NONE"Kecualilah kalau kita sengaja hendak menakut-nakutkan mereka," katanya sewaktu mengulas pesanan Jamil Khir yang menggesa pelajar Malaysia supaya tidak terlibat dengan gerakan "baju kuning" di Mesir.

Sebelun ini, sembilan pelajar tajaan Yayasan Terengganu ditarik balik pinjaman selepas menyertai perhimpunan di BERSIH di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka membuat rayuan kepada menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said supaya pinjamannya disambung semula.

'Jika perjuangan Mesir, harus waspada'

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, A Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad berkata, pelajar di luar negara wajar menyatakan sikap mereka terhadap isu berkaitan politik Malaysia walaupun berada di luar negara.

Namun, mereka perlu lebih berhati-hati dengan aktivisme politik jika ia melibatkan hal ehwal politik negara tempat yang mereka belajar.

"Kalau perjuangan itu perjuangan rakyat Mesir, maka kita perlu waspada.

"Tapi kalau perjuangan itu perjuangan tanahair – maksudnya Malaysia – di luar tanahair maka ia wajar disokong," katanya.

Tambahnya, beliau turut berbesar hati dengan sokongan yang diberikan pelajar Malaysia di luar negara dan mengalu-alukan lebih ramai lagi untuk berbuat demikian.

"Saya berbesar hati mereka menyokong perjuangan BERSIH.

"Saya harap lebih ramai pelajar di luar negara yang mempercayai gerakan BERSIH sebagai satu cara untuk memurnikan landasan demokrasi," katanya lagi.
1. Menteri: Siswa ke Mesir jangan terlibat 'baju kuning'
Tema Merdeka: Rais kata Pakatan tiru BN

  • Bernama
  • 12:07PM Ogos 8 2012
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Pakatan Rakyat sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan BN untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.
  
Mengulas tindakan Pakatan yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata, tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.
  
NONEBeliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik Pakatan yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.
  
"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.
  
"Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri,” katanya kepada Bernama di St. Petersburg (Rusia) hari ini.

Semalam, Pakatan mengumumkan negeri-negeri yang ditadbirnya akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati” yang ditetapkan kerajaan pusat.
  
Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema “Terus Berbakti”, Kelantan menggunakan “Menerajui Perubahan” sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”.

Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri Pakatan untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan.

"Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya.
  
Rais berada di sana untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.

- Bernama











Tiada ulasan: