Sabtu, 18 Ogos 2012

BILA LEMAH MENGAKULAH...NI KESAN BILA KITA BERJUANG TAK IKUT ISLAM

Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.
Tanda Putera: Kit Siang mahu saman fitnah
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem Tanda Putera, yang berkisar tentang rusuhan 13 Mei dan perkembangan berkaitan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif Tanda Putera, Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.
Dalam kenyataan diperoleh dari blognya hari ini, Kit Siang berkata, beliau tiada pilihan kecuali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah yang dibuat menerusi Facebook.
“Tuduhan yang dibuat Aida Fitra bahawa saya telah bertindak secara defensif di atas gambar saya yang dimuat naik di laman rasmi Facebook filem Tanda Putera, bahawa saya telah kencing di tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor, ketika itu rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, merupakan satu dakwaan tidak berasas langsung, liar dan menjijikkan," kata Kit Siang lagi.
"Saya tidak tahu selain Facebook rasmi Tanda Putera, yang menggunakan kapsyen: 'Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, (Datuk) Harun Idris', kapsyen sedemikian berdasarkan pembohongan ganas dan tidak bertanggungjawab, turut ada diposkan di mana-mana (lokasi) ruang siber," katanya lagi.
Dalam kenyataannya, Kit Siang juga berkata, adakah penerbit filem itu mengharapakan "saya hanya akan mendiamkan diri manakala mereka terus menerus membuat fitnah berhubung rusuhan 13 Mei 1969, berhubung insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar Selangor."
Sehubungan itu tegas Kit Siang, bagaimana kenyataan sedemikian boleh disiarkan sedangkan  beliau sebenarnya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.
Dua hari lalu, pengarah filem itu menegaskan bahawa jalan ceritanya tidak ada kaitan dengan pemimpin DAP yang dimaksudkan ramai pihak.
Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
17 Ogos 2012
Mahathir Mohamad
Tun Mahathir Mohamad (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada penduduk di bahagian Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam.
JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.
'Apa salahnya kita duduk semeja', Umno ajak Pas

17 Ogos 2012
Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan
MUAR - Pucuk pimpinan Pas diminta mengamalkan dasar politik yang lebih terbuka apabila berhadapan dengan permasalahan atau manfaat umat Islam di negara ini mahupun sejagat.
  
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika bangsa lain di negara ini boleh duduk semeja berbincang apabila ada sesuatu isu berkaitan kepentingan mereka, beliau hairan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh Pas.
 
"Kenapa Pas dan Umno tidak boleh duduk semeja untuk bincangkan isu-isu berkaitan umat Islam, teruk sangat ke Umno ni. Apa salahnya kita duduk semeja dan keluarkan kenyataan bersama tentang Palestin contohnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu 18, Air Hitam di sini semalam.
  
Ahmad Maslan mengulas teguran beberapa pihak dalam Pas terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa ulama di Makkah sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
  
"Apabila Ustaz Nasha kelihatan duduk di sebelah Perdana Menteri semasa pertemuan itu beliau dihentam kononnya nak masuk Umno.
  
"Sedangkan beliau hadir ke sana adalah untuk menemukan Perdana Menteri dengan kepimpinan ulama di Makkah untuk membincangkan mengenai nasib masyarakat Islam dan Rohingya yang ditindas," katanya. - Bernama
Dr M: Umno tak dihormati apabila terus lemah
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
17 Ogos 2012
Dr M: Umno tak dihormati apabila terus lemah
Tun Dr Mahathir Mohamad
JERLUN – Umno semakin lemah kerana orang Melayu berpecah dan keadaan itu menyebabkan komponen teras Barisan Nasional tersebut sudah tidak lagi dihormati, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga bekas Presiden Umno berkata, parti berusia lebih enam dekad itu semakin lemah kerana Melayu kian berpecah akibat pertumbuhan sebuah parti serpihan.

Katanya, pemimpin yang menubuhkan parti serpihan itu dinamakan “Keadilan” (kini dikenali sebagai PKR) hanya bercita-cita untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

“Tumbuhnya Keadilan bukan untuk keadilan rakyat, sebaliknya ingin mencapai cita-cita seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Perpecahan ini juga bukan disebabkan oleh perbezaan fahaman politik mahupun agama, tetapi kerana keinginan untuk menjadi PM sahaja,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis berbuka puasa di Masjid Pekan Jerlun di sini, semalam.

Ketua Umum PKR ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Beliau dipecat ketika era Dr Mahathir.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia paling lama memegang jawatan itu berkata, kebanyakan orang yang menyertai PKR adalah mereka yang berasal dari Umno sendiri.

“Umno sudah tidak kuat dan semakin lemah. Apabila Umno lemah, orang sudah tidak menghormati Umno lagi.

“Kita boleh perhatikan orang Melayu juga semakin banyak menjadi pengemis. Inilah adalah kesan daripada perpecahan orang Melayu sedangkan perpaduan adalah untuk menyatukan kita semua.

“Orang Melayu berpecah disebabkan oleh orang tertentu yang bercita-cita ingin menjadi seorang PM.

“Orang ini menyebabkan Umno semakin lemah dan terpaksa meminta pertolongan daripada orang lain untuk mendapatkan kembali tempat dalam negara,” katanya.

Beliau berkata, orang Arab sentiasa padang tinggi kepada Malaysia kerana telah menjadi sebuah negara yang aman dan maju.

“Tetapi, sekiranya Melayu berpecah secara berterusan dan Umno tidak dapat menjadi sebuah kerajaan yang kuat, prestasi negara akan jatuh dan tidak akan dihormati oleh negara luar,” katanya.

Remaja perempuan dibakar kekasih masih kritikal

17 Ogos 2012
remaja disimbah petrol
Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Seri Shahrizat Jalil (dua,kiri) menenangkan ibu kepada Nurul Firzannah Mat Zin, remaja yang di simbah petrol, Nor Liyati Hamid (kiri) s
KUALA LUMPUR - Nurul Firzanah Mat Zaki, gadis berusia 16 tahun yang dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.
Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.
Beliau berkata, dengan keadaan Nurul Firzanah, yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal, sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.
"Isteri saya, Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital itu, di sini hari ini.
Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar, dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Seksyen 1, Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.
Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka, dada dan tangan.
Mat Zaki berkata selepas kejadian, keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu, namun sebagai bapa, katanya beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu. 
"Sebagai bapa, saya tidak dapat memaafkan perbuatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan itu," katanya.
Beliau berkata, mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.
Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.
Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama
Tolak politik tohor demi perpaduan Islam
A Kadir Jasin
17 Ogos 2012
DALAM kita menyambut kedatangan Aidilfitri, sangat eloklah kalau kita boleh membuat satu azam baru iaitu untuk memberi makna kepada perintah ALLAH bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Saya tergerak menyebut hal ini apabila membaca berita Malaysian Insider mengenai bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, menghadapi tekanan kerana daripada parti beliau sendiri kerana berselisih faham dengan DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Dalam laporan itu, beliau dipetik sebagai berkata yang beliau tidak akan keluar Pas atau berhasrat menyertai Umno.

Portal berita itu berkata, tekanan ke atas Nashrudin agar keluar Pas semakin meningkat kerana beliau terus mengkritik DAP dan bergesel bahu dengan pemuka Umno.

Kalaulah laporan Malaysian Insider itu benar, maka amat malanglah bagi Pas dan penyokongnya. Malah malang bagi semua umat Islam apabila pemimpin Islam dimarahi oleh orang Islam sendiri kerana berani berdepan dengan DAP dalam isu-isu berkaitan Islam.

Nampaknya ada orang Islam di Malaysia yang sanggup sisih-menyisih antara sesama sendiri kerana mahu berpakat dengan orang bukan Islam atau semata-mata kerana hendak berkuasa.

Manurut Malaysian Insider lagi, tekanan ke atas Nashrudin turut meningkat apabila beliau dilihat bersama Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, di Makkah baru-baru ini.

Kalau ini betul, jelaslah ada orang Islam Malaysia yang kerana ideologi politik sanggup menolak persaudaraan Islam dan memperkecilkan semangat ibadah haji dan umrah, iaitu perpaduan, kesatuan dan kesaksamaan.

Ketika mengerjakan haji dan umrah tidak ada politik. Tidak ada merah, biru atau hijau. Yang ada ialah ihram yang putih yang menjadi simbol kesatuan dan kesaksamaan umat Islam.


Apabila Parti Atasi Agama

Malangnya inilah yang sudah terjadi kepada umat Islam Malaysia, khasnya orang Melayu, yang sanggup tolak persaudaraan Islam demi parti, ideologi dan kuasa. Mereka sudah menjadi begitu partisan sehingga hilang akal dan pegangan.

Mereka mungkin tidak sedar atau tidak mahu mengaku. Tetapi realitinya ialah perpecahan umat Islam Malaysia, khasnya di kalangan orang Melayu, sedang diraikan oleh pihak-pihak yang tidak senang hati dengan kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan dan dalam kehidupan harian.

Mereka tidak perlu lagi bekerja kuat melemahkan orang Islam dan orang Melayu kerana politik kepartian yang melampau telah pun memecah-belah dan melemahkan orang Islam dan orang Melayu.

Sikap saya dalam hal ini mudah saja. Pedulikan cakap-cakap tohor dan hambar kelompok fanatik politik ini. Saya telah dan sedang melalui pengalaman yang sama. Misalnya, apabila gambar saya hadir majlis perkahwinan anak timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu, terbit dalam akhbar Pas, Harakah, ada yang membuat kesimpulan yang saya telah menyertai Pas.

Begitu juga apabila rencana-rencana saya dalam blog ini dipetik atau disiarkan langsung oleh Harakah. Hatta adik-adik saya sendiri berbisik-bisik bertanya adakah benar saya telah menyertai Pas.

Jawabnya mudah saja. Haji Mohamad Sabu dan, sebelum itu, Salahuddin Ayub, naib presiden PAS, menjemput saya ke majlis kenduri kahwin anak mereka. Oleh sebab tidak ada aral melintang, saya hadir.

Ramai juga pemuka pembangkang yang saya kenal dan mereka pula menunjukkan muhibah kepada saya walaupun mereka tahu pendirian saya.

Saya pun berasa berguna menyimpan nombor telefon mereka kerana boleh kata setiap kali saya menghantar SMS, mereka akan membalasnya dan apabila mereka tahu saya dalam keadaan pilu mereka mengucapkan takziah. Itu saja.

Tetapi itu jugalah inti pati persaudaraan kita sesama Islam.


Fahaman Politik Bukan Penghalang

Saya pun tidak bermusuh secara peribadi dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng dengan mana-mana pemuka pembangkang. Saya memilih untuk bersikap sivil dan saya harap itulah juga sikap mereka terhadap saya.

Malah pada akhir-akhir ini, lebih ramai pemuka pembangkang yang mahu berkawan dan meminta pandangan saya, dan saya akan memberikan pandangan saya kepada sesiapa saja yang berjuang untuk Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. Itu saja.

Satu lagi mengenai persahabatan. Saya mungkin telah lama berpisah jalan dengan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim. Tetapi saya tidak akan menafikan yang selama 16 tahun (1982-1998) kita berpakat dalam banyak hal demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air. Tetapi di mana saya tidak bersetuju, saya kata saya tidak setuju.

Baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke-65 dan saya menghantar SMS mengucapkan selamat kepada beliau. Beliau membalasnya. Saya mudah ingat tarikh lahir beliau kerana kami berbeza usia hanya 13 hari.

Jadi, janganlah kerana pemuka politik Islam/Melayu bermain politik di atas, orang Melayu dan Islam di bawah bercakaran sesama sendiri. Tak payahlah rampas-merampas pengurusan masjid dan surau atau maki-hamun dalam blog kerana perbezaan ideologi.

Orang Islam di Malaysia bukan ramai sangat – hanya 60 peratus daripada keseluruhan penduduk. Pecah dua jadi 30 peratus. Pecah tiga jadi 20 peratus. Lagipun, di segi ekonomi dan pendidikan, orang Melayu/Islam masih jauh ketinggalan. Silap-silap main politik, menang bersabung kampung tergadai, ayam jaguh jadi milik orang lain. Wallahualam.


* Dipetik dari The Scribe A Kadir Jasin
amun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.
Susulan kejadian itu, polis Kuala Lumpur memulakan gerakan memburu pemuda itu.
Terdahulu, Nurul Firzanah menerima sumbangan RM2,000 daripada Yayasan Kebajikan Negara yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Bernama
Ilmu sedia perjelas hukum Islam, hudud
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Fathul Bari
Fathul Bari
SHAH ALAM - Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) mempersoalkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang risau berlaku ketidakadilan kepada bukan Islam sekiranya hukum hudud dijalankan.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sekiranya Soi Lek tidak yakin dengan pelaksanaan hudud, beliau bersedia untuk membantu beri penjelasan.

“Malah, saya juga sedia dijemput untuk menerangkan hukum Islam dan hudud kepada pemimpin bukan Islam yang lain seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh, Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Mereka perlu faham hudud bukan isu politik dan biarkan ia keluar dari kepompong politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, jika bukan Islam tidak menerima hudud, mereka perlu buat analisa terlebih dahulu dan alasan penolakan hukum itu.

Beliau menegaskan, pihaknya telah memberikan penjelasan secara berterusan mengenai perkara tersebut malah, pernah berdiskusi bersama Soi Lek tahun lalu.

 “Saya pernah membincangkan perkara ini dengan Soi Lek dan mendapati beliau melakukan analisa awal sebelum berdebat.

“Namun, analisa itu tidak mencukupi kerana tidak secara terperinci sebaliknya ia perlu diperjelaskan ke peringkat seterusnya, ” katanya.

Fathul Bari berkata, sekiranya kita boleh menerima demokrasi dari Yahudi, mengapa hudud ditolak sedangkan ia hukum Islam.
Soi Lek: MCA tidak akan 'campur' debat hudud Umno dan Pas
NOOR AZURA SAHRIL
17 Ogos 2012
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
KUALA LUMPUR –  Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berpendirian tidak akan terlibat dengan debat antara Umno dan Pas berhubung pelaksanaan hudud di negara ini.

Tegasnya, hudud yang dilaksanakan oleh Pas, adalah hudud Pas dan beliau tidak akan terlibat dengan debat mengenai ‘hudud Umno’ dan ‘hudud Pas’.

“Saya tidak akan bercakap sesuatu yang saya tidak faham, itu adalah perkara yang tidak adil,” katanya.

Beliau juga yakin, di sudut Barisan Nasional, hudud tidak akan dilaksanakan berdasarkan kenyataan jelas Perdana Menteri sebelum ini.

“Kita yakin hudud tidak akan dilaksanakan. Kita hanya  tidak yakin Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Soi Lek, dalam forum yang diadakan baru-baru ini bersama  Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno,  Fathul Bari Mat Jahaya , beliau difahamkan, Umno tidak akan laksanakan hudud.

“MCA difahamkan dengan penjelasan lebih jelas bahawa Umno tidak akan laksanakan hudud,” katanya.

Soi Lek berkata, MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kerana khuatir ia tidak adil kepada orang bukan Islam.

Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman  kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan.

“Walaupun, mereka katakan, orang bukan Islam tidak terlibat apabila dilaksanakan hudud, apakah bentuk hukuman sekiranya berlaku jenayah yang dilakukan kumpulan atau pasangan orang bukan Islam dengan orang Islam ?

“Bagaimana sekiranya berlaku kejadian rogol oleh lelaki Islam terhadap wanita bukan Islam. Apa hukuman yang akan dilaksanakan? katanya kepada Sinar Harian

Menurutnya, adakah rakyat boleh hidup dalam situasi sebegini, kerana setiap hari ia akan berterusan menjadi isu.

Katanya, adalah tidak benar, apabila Pas katakan hudud yang akan dilaksanakan mereka, tiada kaitan dengan orang bukan Islam.

“Sekiranya negara ini mengamalkan hudud Pas, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas, usaha menarik pelaburan luar akan menurun dan akan memberi kesan kepada semua orang, bukan sahaja Islam  kerana dari segi hukuman hudud itu, ditakrifkan sebagai melanggar hak asasi manusia,” katanya.

Menurutnya, isu hudud ini bukan dimainkan oleh mana-mana pihak kerana pemimpin Pas sering mengatakan itu adalah perjuangan mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan mereka. (Ayat ini pun mengelirukan)

“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan bahawa, hudud adalah tanggungjawab agama yang ditunaikan bukannya agenda politik.

“Bagaimanapun, orang bukan Islam agak terganggu apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat, negara dan orang bukan Islam sekiranya dilaksanakan,” katanya.

Tiada ulasan: