Sabtu, 18 Ogos 2012

PATUT NAK JADI BAIK DIBIMBING...YANG BELUM DITERANGKAN SERTA DIPERJELASKAN

Berhari raya dengan mesej bawa perubahan

Khairil Abdul Rahim, 18 Ogs 2012
TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan hari raya Aidilfitri kali ini dijadikan hari ziarah menziarahi sambil menyebarkan maklumat dan memujuk rakyat bagi menjayakan perubahan menjelang Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.
Berucap dalam perutusan rayanya, Ketua Penerangan PAS Pusat itu mengharapkan PRU kali ini menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru dengan sebuah negara yang bebas sesuai dengan fitrah manusia.

Katanya, Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan Allah mengingatkan fitrah manusia ialah taat, patuh dan tidak mensyirikkan Allah.

“Tidak lama lagi negara kita akan berhadapan satu pilihan raya yang amat penting yang kita harap menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru negara kita, politik yang mengajak rakyat untuk membersihkan nilai-nilai yang bertentangan dengan fitrah manusia. Kita perlu bina sebuah negara yang bebas rasuah, penyelewengan, ketamakan dan kerakusan.

“Kita perlu membina sebuah negara yang mengabdikan diri kepada Allah dengan pengabdian tersebut menterjemahkan bahawa pengutusan Nabi Muhammad ialah membawa rahmat kepada sekelian alam.

“Mari kita kita terjemahkan Islam begini kepada rakyat, mari kita ajak masyarakat kita, mari kita bergerak kepada perubahan tersebut,” ujarnya.

Mengenai pentingnya berlaku perubahan di Pahang, beliau berkata negeri yang luas ini mempunyai sumber hasil yang sangat banyak, punya sumber ekonomi yang sangat teguh tetapi gagal diuruskan dengan bail oleh kerajaan yang ada.

“Di Pahang ada sesuatu yang tidak wujud di negeri-negeri lain. Umpamanya kita ada tanah-tanah tinggi yang cantik, kita punya pantai yang begitu indah, kita miliki tasik-tasik yang menarik. Kita juga punya sumber ekonomi yang kuat dengan hasil hutannya (balak), dengan hasil bijih dan dengan hasil pertaniannya (ladang komoditi).

“Sepatutnya Pahang yang mewah ini berjaya mengangkat kedudukan negeri dan memajukan rakyat, berbanding dengan rakyat yang sedikit. Tapi sayangnya  kita gagal memanfaatkan sumber tersebut dengan seoptimum mungkin sehingga Pahang kini berada pada tahap yang kritikal dengan hutang terkumpul lebih daripada RM2 bilion,” jelasnya.

Tambah Tuan Ibrahim, pada waktu yang sama dapat dilihat pembangunan yang berjalan dalam negeri ini tidak menjurus kepada yang sepatutnya dinikmati.

Justeru beliau mengharapkan dengan mood perubahan yang sedang dirasai di seluruh negara, Pahang juga akan bergerak kepada perubahan tersebut sebagaimana negeri-negeri lain telah melalukan perubahan dalam PRU ke 12.

“Dan kita harap perubahan tersebut bermula daripada pertemuan pada hari raya untuk kita ziarah sambil sebarkan maklumat kita pujuk mereka ajak marilah sama-sama kita bergerak kepada perubahan tersebut.

“Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Pesuruhjaya PAS negeri, anggota Badan Perhubungan dan seluruh ahli PAS Pahang mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang khususnya, seluruh negara amnya mudah-mudahan hari raya dapat dijadikan pemangkin bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita, maaf memaafi, ziarah menziarahi dan kemuncak kita harapkan perubahan jiwa, semangat dan jihad yang kita bina  dapat diteruskan selepas Ramadan,” katanya.

Zakat OKU: Mahasiswa seru Majlis Fatwa bersidang

Mohd Abdullah Mohamed Yusoff, 18 Ogs 2012
Isu OKU di dalam masyarakat negara ini dianggap sebagai isu yang minoriti dan dipandang sebelah mata sahaja oleh pihak tertentu kerana ketidakjelasan keperluan OKU yang akhirnya menjadikan tahap kesedaran masyarakat terhadap OKU di negara ini masih rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.
Baru-bari ini isu keengganan pusat zakat memberikan bantuan zakat kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan kebajikan OKU telah mendapat pelbagai reaksi dari semua pihak yang terlibat.

Bermula dengan pendedahan eksklusif dari NGO-NGO di dada akhbar Sinar Harian yang bertarikh 10 Ogos 2012 lalu melalui ruangan diskusi Isnin akhbar berkenaan sikap pusat zakat yang dilihat sebagai institusi Islam yang tidak proaktif untuk membantu NGO islam membela nasib OKU di negara ini.

Selain itu, kepincangan yang berlaku terhadap pengurusan zakat negara ini sehinggakan wujud kritikan-kritikan kepada institusi agama. Kritikan yang diberikan dilihat berasas apabila institusi agama memberi layanan kurang mesra terhadap golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di negara ini.


Kritikan Terhadap Pengurusan Institusi Agama

Menurut Mohamad Faizal Che Yusof, Ahli Jawatankuasa Hak-Kak Asasi Manusia Majlis Peguam majlis agama lebih banyak menunggu OKU datang meminta bantuan berbanding mereka sendiri yang keluar mencari OKU. Kritikan ini dilihat seolah-olah pihak pengurusan agama terlalu eksklusif dalam menjalankan tugas kefungsian asal majlis agama sebagai badan yang menyebarkan agama islam.

Lebih mengecewakan lagi apabila wujud di kalangan ahli agamawan sendiri mempunyai persepsi negatif terhadap OKU sehingga enggan memberikan peluang kepada mereka. Ini menjadikan OKU tidak mendapatkan tempat yang sesuai di kalangan agawan untuk berkhidmat.

Tambah beliau, OKU Islam lebih banyak tercicir berbanding dengan OKU bukan Islam yang mendapat sokongan kuat institusi agama mereka. Ironinya institu agama di negara tidak proaktif untuk mengambil langkah mendekati golongan ini berbanding agama lain yang lebih turun mendekati golongan seperti ini.

Menurut beliau lagi, isu-isu berkaitan OKU ini tidak mendapat sambutan yang wajar dari ahli politik untuk dibawa keparlimen walhal isu-isu kebajikan OKU masih banyak tidak selesai sejak merdeka lagi.

OKU Islam lebih banyak tercicir berbanding dengan OKU bukan islam yang mendapat sokongan kuat institusi agama mereka. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K6 ). Perkara ini dilihat turut selari dengan kenyataan Presiden Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor ( Orkids ), Izhar Hadafi jabatan agama Islam sukar member bantuan kepada NGO OKU berbanding agama lain. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K7 ).

Perkara ini juga turut dikritik oleh pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan UIA. Dr Maslee Malik, dengan menempelak institusi agama di negara ini dengan mengatakan isu Orang Kurang Upaya ( OKU ) bagaikan tiada tempat di dalam agenda islam dan dakwah di Malaysia.

Kritikan ini diteruskan lagi dengan menyatakan asas utama berlakunya isu ini kerana institusi agama di negara ini tidak melihat diri mereka di dalam kerangka moden sebagai institusi bersifat “ Rahmatan lil ‘alami ” untuk menyebarkan nilai kebajikan, sebaliknya lebih menumpu soal hukum-hakam dan undang-undang. ( Sinar harian, 15 ogos, rabu, m/s 8 ).

Saya secara peribadi bersetuju dengan kenyataan Dr Maszlee Malik agar minda mereka yang mentadbir jabatan agama perlu diubah dan perlu melalui transformasi berteraskan ijtihad baru dan moden.

Kadang-kadang alasan “ketat” terhadap pandangan agama yang tidak diselarikan dengan fungsi asal institus agama perlu diterjemahkan dengan realiti masa dan ruh islam itu sendiri supaya tidak dilihat islam agama yang menzalimi penganutnya sedangkan Islam diturunkan sesuai dengan zaman dan sesuai kepada semua penganutnya tanpa ada sifat menindas.

Pandangan “Ralat” Individu

Menelusuri komentar pelbagai pihak, dapat lihat wujud ketidak faham yang jelas terhadap pengagihan zakat terhadap OKU. Sewajarnya pihak berautoriti perlu lebih cermat apabila melontarkan pendapat berhubung dengan pelbagai perkara terutamanya berkaitan dengan hukum hakam.

Perkara utama perlu difahami ialah kedudukan OKU secara umum di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh Hasnah Toran terhadap pelajar kurang upaya berhubung dengan cabaran dan halangan, dapatan menunjukkan bahawa OKU memerlukan saran hidup yang tinggi berbanding dengan pelajar tipikal lain. ( Hasnah Toran. 2009. Sokongan Dan Halangan Yang Dihadapi Oleh  Pelajar Kurang Upaya Di Sebuah Institut Pengajian Tinggi Di Malaysia. m/s 18-29 )

Selain itu, saya sendiri turut menjalankan temu bual secara langsung terhadap pelajar kurang upaya di sebuah universiti. zakat mendapati bahawa sampel menyebut mereka memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan sokongan pembelajaran berbanding pelajar tipikal lain dalam pembelajaran. Ini tidak termasuk dalam soal kos saran hidup yang tinggi dalam mengendalikan terapi-terapi tertentu lagi. ( Mohd Abdullah. 2012. Sokongan Pembelajaran Kepada Pelajar Kurang Upaya Di Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s 49 )

Jelas bahawa, OKU ini terdiri dari majoriti yang mempunyai keperluan yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan tipikal lain.

Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dalam responnya terhadap isi ini menyifatkan isu ini sebagai remeh yang boleh sahaja terus dipertimbangkan oleh majlis agama negeri dan mufti-mufti negeri.

Selain itu, beliau turut menyatakan tidak perlu menunggu sehingga ada fatwa  kerana ini adalah perkara kecil. Lapan asnaf dalam zakat telah ditentukan oleh Al-Quran dan hadis namun apa yang boleh dilakukan ialah, mentafsirkan atau membuat perluasan ke atas asnaf berdasarkan keadaan serta perubahan semasa. ( Sinar harian, 17 ogos, jumaat, m/s 18 ).

Pada saya, pendapat peribadi beliau dilihat wujud ralat dan tidak begitu serius memandang keinginan NGO-NGO yang membela golongan OKU, bahkan tidak menghayati kesusahan yang dialami oleh NGO yang membela golongan OKU dan OKU sendiri dalam memahami belenggu yang dilalui OKU.

Sewajarnya majlis fatwa kebangsaan perlu memandang perkara ini secara lebih serius dalam usaha bersungguh institusi agama membela kebajikan golongan kurang upaya ini termasuk membincangkan kedudukan OKU dalam asnaf yang lebih tepat. Ini bagi mengelak berlaku ketidak selarian pendapat antara majlis agama di antara negeri-negeri di negara ini dalam pengagihan zakat kepada OKU.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusiaan UIAM, Dr Maszlee Malik turut menyebut masalah OKU dan institusi agama Islam diburukkan lagi dengan kerenah birokrasi yang merencatkan dakwah Islam serta tidak berani membuat sesuatu fatwa ataupun keputusan dari badan penasihat syariah. (Sinar Harian, 15 Ogos, Rabu, m/s 8)

Perkara ini dilihat ada benarnya jika dirujuk kepada respon mufti negeri Selangor yang meminta persatuan atau badan yang menguruskan OKU muslim di Selangor supaya mengemukan hasrat melalui surat rasmi kepada pengurus Lembaga Zakat Selangor. (Sinar Harian, 14 Ogos, Selasa, m/s 5)

Pun begitu, saya memuji tindakan ikhlas beliau membuka ruang berbincang berhubung perkara ini. Sekalipun begitu, saya lebih berminat terhadap gesaan Mursyid supaya jawatankuasa fatwa di peringkat kebangsaan perlu segera bersidang menentukan kedudukan asnaf tanpa perlu menunggu permohonan dari persatuan atau badan-badan bukan kerajaan yang mengendalikan OKU ini. (Sinar Harian, 16 Ogos, Khamis, m/s 6)

Releven Pengagihan Zakat Kepada OKU


Kenyataan Pengerusi Persatuan Autism Muslim Malaysia, Zamri Tembol terhadap anak-anak istimewa yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib dalam menentu kedudukan OKU dalam asnaf zakat yang bersesuaian.

Selain itu, beliau turut menyatakan keperluan kanak-kanak istimewa yang perlu menjalani latihan terapi sekerap mungkin tetapi mempunyai kekurangan pakar dihospital kerajaan menyukarkan perkara itu. Kosnya mencecah ratusan ribu setiap sesi dan ini membebankan ibu bapa. (Sinar Harian, 13 Ogos, Isnin, m/s K8)

Dalam menjawab kedudukan OKU dalam asnaf pengagihan zakat, Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu Dan Sains Kemanusian UIAM, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pengagihan zakat boleh diberikan kepada ( individu ) OKU yang miskin dan fakir sahaja. Bagi jangka masa panjang kerajaan perlu mengadakan insurans.

Jika mahu pihak zakat menyalurkan bantuan terus kepada badan yang menguruskan golongan istimewa ini menerusi mana-mana lapan dari asnaf sedia ada, tidak releven kerana bukan semua ahli mereka terdiri daripada fakir atau miskin malah bukan juga golongan yang berjuangkan ke jalan Allah. (Sinar Harian, 13 Ogos, Isnin, m/s K8)

Kenyataan ini saya fikir lebih kepada tidak memahami kedudukan OKU secara umum dan dilihat mengambil langkah “menyukarkan” berbanding mencari jalan memudahkan pemberian kepada OKU dengan mempertimbangkan kewajaran yang secara realiti berlaku terhadap OKU seperti yang dikemukakan oleh Saudara Zamri Tembol.

Seharusnya, pertimbangan terhadap tafsiran asnaf fisabilillah, fakir, miskin dan Ar-Riqab untuk memberi nilai kebajikan terhadap OKU. Pandangan beliau yang lebih tertumpu kepada individu berbanding OKU secara lebih besar adalah lebih releven.

Hal demikian juga turut selari dengan pandangan Timbalan Presiden Darul Fitrah Dan Pendakwah Di K-Fiqh , Abdul Naser Abdul Rahman bahawa OKU layak dimasukkan di dalam asnaf fisabilillah dilihat sebagai releven. oku golongan yang perlu di bantu. Jika mereka memberi bantuan secara perseorangan atas sebab miskin atau fakir untuk jangka masa panjang ia tidak membantu. (Sinar Harian, 13 Ogos, Isnin, m/s K10)

Ditegaskan oleh, Pengerusi Multaqa Asatiah & Du’at (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman, sekiranya ada pihak mempersoalkan pemberian zakat berhubung isu kaya atau miskin seseorang OKU yang bernaung di dalam pertubuhan. Itu bukan masalah rumit,

“Kalau seseorang OKU itu kaya sekalipun , zakat tetap boleh diberikan atas alasan fisabilillah . Telah menjadi perkara yang dipersetujui ulama silam dan kontemporari, bajet fisabilillah boleh diagihkan kepada orang yang kaya sedang menyebar dan mempertahankan Islam”.

Pendapat Dr Zaharuddin iaitu memasukkan OKU ke dalam asnaf Ar-Riqab (hamba) juga adalah releven. Penjelasan asal konsep ini adalah memerdekakan orang-orang islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal seperti terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. OKU dilihat sebagai golongan yang telah terbelenggu dengan keadaan diri mereka.bukan pilihan mereka dalam banyak keadaan.

Saya tertarik dengan hujah beliau dengan mengemukan dalil hadis Nabi SAW yang bermaksud, “tidak halal sedekah atau zakat kepada orang kaya atau orang yang tidak cacat”. Secara mudah untuk difahami bahawa zakat adalah khas kepada orang miskin serta cacat dan rasionalnya,golongan OKU mengalami kesusahan hidup berganda berbanding dengan tipikal. ( Sinar harian, 13 ogos, isnin, m/s K9 )

Nada yang hampir sama juga turut diberikan oleh Mufti perlis, Dr Juanda Jaya yang turut mengesyorkan agar golongan OKU perlu dibantu daripada awal, kerana kesukaran untuk berdikari pada masa depan. Beliau berpandangan selain asnaf fisabilillah, asnaf riqab juga boleh dipertimbangkan untuk golongan OKU ini.

Manakala Mufti Kedah, Datuk Seikh Muhamad Baderudin Ahmad, turut menyokong pemberian zakat kepada OKU muslim yang berjuang di jalan Allah seperti mengajar kelas al-quran atau kelas agama boleh disenaraikan di bawah asnaf fisabilillah.( Sinar harian, 14 ogos, selasa, m/s 4 )

Secara panjang lebar telah saya kemukan hujah-hujah ahli-ahli berautoriti dan ahli akademik berkaitan dengan kerelevan pengagihan zakat kepada OKU. Tuntasnya, jelas lagi bersuluh dalam hal ini, bukan soal meletakkan OKU dalam kumpulan asnaf yang mana satu yang perlu dibincangkan secara panjang lebar tetapi secara prinsipnya golongan OKU layak diberikan zakat secara dalil mahupun pentafsiran terhadap asnaf yang sedia ada dan perkara ini perlu dipermudahkan oleh pihak pengurusan zakat.

Seruan Mahasiswa OKU

Secara ringkasnya perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak;
1)    Secara rasionalnya isu layak atau tidak OKU tergolong dalam asnaf ini perlu dibincangkan secara serius oleh majlis fatwa kebangsaan dan bukannya kenyataan yang bersifat individu di media-media.
2)    Institusi agama perlu ditransformasikan gerak kerja pengurusan supaya tidak dilihat terlalu eksklusif yang mahukan orang-orang yang susah mencari mereka berbanding institusi agama sendiri mengambil inisiatif proaktif dengan mengambil langkah mendekati golongan yang memerlukan bantuan.
3)    Ahli politk sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang perlu lebih bersungguh dalam membela golongan kurang upaya ( OKU ) di negara ini dan tidak bersifat keuntungan politik baru mahu membela OKU.
4)    Masyarakat perlu memahami keperluan, kebajikan dan hak-hak OKU seperti yang terkandung di dalam Akta OKU 2008, khususnya perkara

Semoga ada sinar yang baik berhubung dengan perkara ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan tiba nanti. Selamat Hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Penulis ialah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan Mahasiswa Kurang Upaya.

Tasik Chini mungkin musnah lebih cepat lagi

Khairil Abdul Rahim, 18 Ogs 2012
TEMERLOH: PAS Pahang berpendapat Tasik Chini boleh lenyap lebih awal daripada yang dijangkakan jika Kerajaan Negeri Pahang terus mengeluarkan lesen pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri dipimpin BN gagal menjaga khazanah alam yang sangat berharga itu.

Mengulas pendedahan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa tasik lagenda di Parlimen Pekan itu bakal lenyap 2030, Tuan Ibrahim juga menyalahkan kegagalan Kementerian Pelancongan menjaga produk pelancongan itu berbanding komitmen yang dibuat kepada Cameron Highland dan Bukit Frazier.

“PAS percaya berdasarkan realiti, kemusnahan akan berlaku lebih cepat daripada itu (2030) jika terus dibiarkan kawasan tadahan air di sekitar Tasik Chini terus diceroboh dengan penebangan balak yang melanggar Akta Alam Sekitar.

“Sepatutnya kontraktor tidak boleh diberi lesen untuk menebang balak atau melombong bijih besi sehingga melibatkan kerosakan bumi dan persekitaran sedangkan tasik tersebut telah diwartakan sebagai Taman Pelancongan,” katanya.

Baru-baru ini akhbar melaporkan, Tasik Chini yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya.

Manakala 1,000 penduduk Orang Asli di sekitarnya juga bakal pupus kerana kehilangan sumber makanan, ubat tradisional dan kesan penggunaan air tercemar.

Perkara tersebut didedahkan oleh Felo Intelektual Awam Asia (API), Dr Hezri Adnan yang berkata tasik tersebut sedang ‘nazak’ hanya menunggu masa menjadi kering akibat pemendapan dasar tasik.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Perangan PAS Pusat berkata, kerajaan pusat juga tidak boleh berlepas tangan dan mesti bertanggungjawab membantu pemulihan Tasik Chini sebelum lenyap.

“PAS percaya untuk membaikpulih kosnya terlalu besar jadi kita minta kerajaan pusat melalui Kementerian Pelancongan mesti juga membangunkan Tasik Chini kembali sebelum lenyap kerana tasik tersebut sangat popular sehingga pernah menjadi kunjungan seluruh dunia.

“Tetapi oleh kerana tidak kreativiti seperti industri hiliran dan produk pelancongan, ditambah lagi kemusnahan alam sekitarnya akhirnya menyebabkan Tasik Chini gagal menarik pelancong malah bakal lenyap pula,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata, Adun PAS pernah membuat usul di Dewan Undangan Negeri pada tahun 1999 dulu supaya kerajaan negeri membangunkan produk pelancongan Tasik Chini dan pemuliharaannya.

“Jika tidak, bukan sahaja Tasik Chini  malah Tasik Bera dan Tasik Paya Bungor juga akan mengalami nasib yang sama kerana ternyata kerajaan negeri kurang prihatin. Sedangkan khazanah alam ini merupakan kurniaan Allah yang tidak ada di tempat lain,” jelasnya.

Mengenai Orang Asli di Tasik Chini, Tuan Ibrahim berkata  komuniti tersebut bakal berhadapan dengan kemiskinan yang sangat serius kerana tasik tersebut merupakan tempat pergantungan mereka sebagai sumber makanan dan minum.

Sedangkan ikan-ikan mulai pupus disebabkan airnya berbau akibat tidak mengalir dan kawasan tasik semakin sempit kerana tidak ada langsung penyelenggaraan dan usaha pemuliharaan.

Serentak dengan itu, PAS Pahang mendesak diambil tindakan segera sebelum tasik yang penuh lagenda itu lenyap sebagaimana yang diperkatakan oleh pengkaji dari universiti itu.

Ramah Mesra PAS T’ganu Bersama Perantau 2 Syawal

azmi, 18 Ogs 2012
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan mengadakan satu program khusus Ramah Mesra Aidilfitri dengan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) pada Isnin, 2 Syawal 1433H bersamaan 20 Ogos mulai jam 9 malam bertempat di Dewan Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong, Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai.


Menurut Zaidan Abdullah, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu, pada tahun ini, ianya pertama kali diadakan pada sebelah malam sebagai menyahut cadangan-cadangan yang diberikan oleh perantau dalam beberapa siri dialog tahunan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Semua warga perantau sama ada yang telah bekerja ataupun yang masih belajar di perantauan dijemput hadir bagi memeriahkan program pada tahun ini bersama dengan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Terengganu,” katanya

Beliau juga berharap perantau sebagai tetamu yang diraikan pada malam tersebut dapat hadir lebih awal dan solat Isyak berjemaah di surau bersebelahan tapak program.

Sementara itu, Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong berkata pihaknya sangat bersetuju dengan perubahan tarikh dan masa yang dilakukan oleh PAS pada tahun ini yang diadakan pada sebelah malam kerana pada tahun-tahun sebelum ini, warga Perantau terpaksa memilih sama ada untuk hadir program yang dianjurkan oleh PAS atau pun hadir program dianjurkan oleh kerajaan negeri kerana sentiasa diadakan pada waktu yang sama.

“Dengan perubahan ini, lebih ramai perantau dapat hadir pada kedua-dua program, sama ada yang dianjurkan oleh kerajaan negeri mahupun yang dianjurkan oleh PAS sebagai kerajaan yang menanti,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menyeru, Perantau yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfiri tahun ini berhati-hati dalam perjalanan dan selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Pertemuan sulit yang terbuka di Sabah

Mohd Sayuti Omar, 13 Ogs 2012
DARI KOTA KINABALU

Mungkin terlalu awal untuk saya mengatakan Sabah akan tumbang dan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Tetapi kalau orang bertanya saya mengenai Sabah, saya akan jawab Sabah kini sudah separuh dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Kedudukan Sabah kini berbanding dengan Sarawak, Sabah lebih bahaya kepada BN. Wajar kalau Najib Razak perlu kerap turun ke Sabah untuk menyelamatkan kapalnya yang bakal karam.
Alhamdulilah saya dapat saksi sendiri apa yang berlaku di Sabah kini. Berbaloilah saya turun ke Sarawak dan Sabah bagi mengikuti operkembangan yang sedang berlaku.

Sabah kini ibarat sebuah kapal yang sedang karam bagi UBN. Makin hari kapal itu makin senget dan bakal ghaib akan ditelan lautan. Sudah tidak ada iktiar dan usaha untuk menyalamatkan Sabah. Umno kini hanya boleh berdoa dan menyediakan mangku untuk menanda air mata saja. Selepas ini ketua menteri Sabah bukan lagi dari Umno tetapi dari Pakatan Rakyat.

Seorang pegawai tinggi kerajaan dipetik sebagai berkata, ..Najib bawalah berapa ratus billion ke Sabah tidak boleh menyelamatkan Sabah. BN akan kalah di Sabah. Sejajar itu saya teringat kata-kata seorang hartawan Sarawak malam tadi yang mengatakan dia kini sedang berkempen supaya rakyat Sarawak ambil duit tetapi undi pembangkang.

Maksudnya wang tidak akan memberi apa-apa erti dan jaminan lagi untuk Umno selamatkan Sabah.  Rakyat Sabah memang mahukan wang, tetapi kali ini mereka tidak mungkin akan mengundi BN lagi. Mungkin kerana menyedari itu... dengan melihat body language rakyat Sabah menyebabkan pegawai kerajaan itu bermadah demikian. Ertinya Sabah sudah tenat dan sukar untuk diselmatkan lagi.



(Anwar berkata sesuatu sebelum memasuki ke bilik pertemuan.)

Cerita Sabah akan tumbang ini saya dengar sejak beberapa minggu lagi. Sejak keberanian Lajim Ukin dan Wilfread Bamburing mengambil tindakan keluar parti meninggakkan BN. Tindakan itu mencetus semangat baru di kalangan rakyat Sabah dan menjadi membentuk momentum hari ini. Tetapi saya tidak begitu yakin kerana saya tidak apat melihat sendiri perkembangan di Sabah. Menjadi perangai saya sukar untuk mempercayai sesuatu yang hanya di khabarkan sehinggalah saya lihat, rasa dan alamai sendiri.

Semasa di Makkah dua minggu lepas juga saya sudah medapat berita berkenaan. Bahawa berlaku gelombang dan kesesaran politik besar di Sabah. Anihnya gelombang itu bukan kerana ia meriak dari Kuala Lumpur, tetapi ia meletus di Sabah sendiri. Gelombang yang bakal menenggelamkan kerajaan UBN Sabah bukan panggilan dari Kuala Lumpur tetapi ia muncul dari Sabah sendiri.

Atas tanggungjawab itu maka saya menyusahkan diri terbang ke Kuching kemudian ke Sabah untuk  semata-mata untuk melihat dengan mata kepala saya sendiri mengenai apa yang berlaku. Pada catatan permulaan ini saya tidak mahu membongkar berbagai kepelikan dan keanihan yang berlaku di Sabah yang mengarah kepada perubahan besar politik di negeri bawah bayu ini. Cukup kalau saya menyebut pertemuan Anwar dengan para pemimpin politik Sabah tengah hari tadi mengesahkan kata-kata bahawa Sabah akan tumbang. Para arkitek politik Sabah sedang merangka bagaimana proses penumbangan itu dan memikirkan pula bagaimana untuk membangun bentuk politik baru.

Belum pernah rasanya peristiwa seperti ini berlaku. Dan ini amat menggembirakan Anwar saya kira yang secara tidak langsung perjuangan Anwar selama 10 tahun dalam kandang penderitaan sudah disedari akan kepentingan dan keperluannya. Anwar kini sedang mengutip hasil dari perjuangannya menyedar dan membela rakyat yang dilakukannya.

Bertempat di sebuah hotel di bandaraya Kota Kinabalu Anwar mengadakan satu pertemuan separuh sulit dengan beberapa tokoh politik Sabah. Sebaik tiba di airport Anwar ke hotel berkenaan. Di situ sudah sedia menanti tokoh-tokoh politik Sabah untuk berjumpa dengan beliau. Anwar hari ini diletak sebagai dewa yang akan membuka lembaran baru di Sabah.

Ketika saya menjenguk masuk ke dalam bilik pertemuan itu ditingkat satu hotel berkenaan, ternampak Yong Teck Lee, Jefari Ketingan serta beberapa orang pimpinan kanan PKR dan juga DAP serta beberapa tokoh lain. Sejurus itu mereka berdua keluar dan menaiki ke tingkat atas untuk bertemu dengan Anwar. Lajim Ukin dan beberapa tokoh lain sudah pun bersama Anwar, mungkin dalam bilik peristirehatan Anwar.

Menurut maklumat pertemuan itu antara lain memulakan rangka kerja lebih mantap bagaimana hendak menyelaraskan parti-parti politik yang akan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Mungkin formula dicari bagaimana strategi tepat bagi menumbangkan kerajaan UBN Sabah.

Ikut sama hadir dalam pertemuan itu ialah pemimpin DAP Sabah dan Kuala Lumpur. Tokoh yang saya nampak dan kenal ialah Teresa Kok. Pertemuan itu mesra dan penuh bersemangat. Setiap wajah yang tersapa oleh mata cerita dan sumringah.

Cuma apa yang mungkin sedikit mengilankan, saya tidak nampak wakil Pas yang hadir. Kalau wakil Pas turut sama hadir maka boleh disifatkan pertemuan tengah hari tadi penting dan menjadi titik tolak ke arah pakatan menyeluruh untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Musa Aman.

Ulasan selanjut akan bersambung sekembali ke KL nanti. [k.k sabah. 4:17 pm 11/08/12]
Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/08/pertemuan-sulit-yang-terbuka-di-sabah.html

Malunya aku bila LGE cakap seperti ini !!

http://batuvskayu.blogspot.com, 16 Ogs 2012


DAP Tidak Akan Sesekali Menghasut Rakyat Bukan Islam Untuk Menentang
Hudud Dan Bersikap Bencikan Islam dan DAP Bukan Parti Anti Islam Sebagaimana
Seperti apa yang di tuduh oleh Sesetengah Pihak".
--KM LIM GUAN ENG
Cina pun boleh berkata macam ini malu la wahai umat melayu cop keris terlanjang  .

Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?

http://addin77.blogspot.com/, 15 Ogs 2012
Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.
Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah; “Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.

Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.” Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.

UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej. Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.

Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI. Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.

Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.

Diharap jangan ada pula komentator yang mengaitkan isu ini dengan politik kerana jelas tiada kaitan langsung dengan politik. Ikhlas.. sekadar teguran membina dari hamba Allah yang serba kekurangan..

“Abby terasa hati pada Ustaz Azhar?” terhangat

Harakahdaily, 18 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Satu peristiwa Abby Abadi ketika menghadiri program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai panel utama  paparan blog http://addin77.blogspot.com ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-33.


Di tangga kedua, berita mengenai blog yang menggunakan foto-foto lucah yang entah dikutip dari mana bagi membohongi umat manusia bahawa itu program yang dibenarkan oleh kerajaan PAS Kedah.

Kenyataan Lim Guan Eng pada sebuah keratan akhbar mengenai hudud bahawa DAP tidak akan sesekali menghasut rakyat bukan Islam untuk menentang hudud dan bersikap membenci Islam dan DAP bukan parti anti Islam sebagaimana yang dituduh oleh sesetengah pihak yang dipaparkan blog http://batuvskayu.blogspot.com pula menduduki tangga ketiga.

Berita Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti ekoran kenyataannya menyuruh PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana DAP menolak hudud pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita mengenai bagaimana Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Geting yang hanya mempunyai 25 orang murid mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan setelah guru pondoknya, Abdullah Sa'amah membuat kenyataan bahawa DAP adalah kafir-harbi minggu lalu.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 12 Ogos hingga 18 Ogos, 2012.

1
Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?
2
Fitnah maha dahsyat blogger Umno Kedah
3
Malunya aku bila LGE cakap seperti ini !!
4
Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok
5
Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta
6
PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis
7
Leman Raja Lawak kena banyak belajar.
8
Pertemuan sulit yang terbuka di Sabah

Tiada ulasan: