Sabtu, 11 Ogos 2012

SIBUK MEMPERTAHANKAN...LUPA SYABAS MENGAMBIL DARI BEKALAN AIR SELANGOR...SEMUA KELENGKAPAN DAN PASARANA DAH TERSEDIA...APA MODAL SYABAS...SENANG2 KATA NEGARA ISLAM DALAM MASA YANG SAMA MENOLAK HUDUD...BUKAN NEGARA SEKULAR KE...SENANG2 KATA WAKIL PAKATAN...SEBUT NAMANYA...ADA DIHANTAR MEWAKIL PAKATAN...NAK BERNIAGA CAKAP IKUT SUKA...INSYAALLAH ORANG AKAN BAIKOT

Dr M: Tak seperti DAP, saya isytihar M'sia Negara Islam
1:35PM Ogos 10 2012
Dr Mahathir Mohamad berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.

Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.

NONE"Ada dua perkara (DAP tak setuju). Tak setuju hudud dan negara Islam.

"Saya isytihar Malaysia negara Islam. Itu saya sokong. Soal hudud ini, (ia) intrepretasi PAS dalam hudud. Itu kita tak boleh sokonglah.

"Hudud soal lain. (Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju nak jadikan negara Islam ala PAS. Kita memang dah (isytihar negara) Islam dah," katanya.

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan dakwaan bahawa DAP anti-hudud sedangkan Mahathir sebelum ini juga tidak bersetuju untuk melaksanakan hukuman itu di negara ini.

Pandangan peribadi guru pondok
Sehari sebelumnya, seorang guru pondok dalam Utusan Malaysia kelmarin bahawa haram menyokong DAP kerana parti itu didakwa "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."

NONESementara itu, mengulas pandangan ulama di akhbar Umno itu, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu hanyalah pendapat seseorang yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

Katanya lagi, terpulang sama ada masyarakat mahu menerimanya atau tidak kerana itu merupakan pendapat peribadi.

"Kita dapat mesej daripada Allah pun kita tak turut. Saya fikir tidak akan ramai turut apa yang dia sebut.

"Saya tak tahu betul ke tak (dakwaan). Ini pendapat mereka. Pengetahuan agama saya tak begitu mendalam," katanya lagi.
Mahathir: RCI Sabah tak perlu

  • Zulaikha Zulkiflli
  • 2:05PM Ogos 10 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing diberikan kerakyatan atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC' di Sabah, tidak perlu.

NONE"Mereka berhak minta kerakyatan. Saya harap kita tak ada usaha untuk keluarkan mereka.

"RCI sebenarnya tidak perlu. Kerajaan akan bermasalah jika mengetahui sebarang keputusan suruhanjaya itu.

"Pembangkang akan mengatakan perkara ini dimanipulasi dan jika tidak kerajaan yang akan dipersalahkan," katanya.

Selain itu, bekas perdana menteri yang berkhidmat kira-kira 22 tahun itu berkata, beliau sebelum ini juga pernah didakwa menjadi dalang memberikan kerakyatan kepada pendatang asing.

"Saya dituduh kononnya untuk bawa orang ini. Kita tak payah bawa, mereka datang sendiri. Mereka bukan orang asing.

NONE"Mereka dah tinggal di Sabah sekian lama. Mungkin mereka rasa Sabah lebih selamat sebab itu mereka tinggal di sana," katanya lagi.

Sementara itu, mengulas tema 'Janji Ditepati', Mahathir berkata, menjadi hak kerajaan sama ada ingin menggunakan tema itu atau tidak.

"Tema pembangkang itu tunjuk mereka sedang keliru tak tau nak buat apa. Tak apalah itu pembangkang.

"(Janji Ditepati) Itu kerajaan punya hak nak buat keputusan slogan yang dia guna. Kalau janji, mestilah kena tunaikan," kata Dr Mahathir.
Jangan kuningkan 31 Ogos, kata IGP

  • Ahmad Fadfli KC
  • 12:36PM Ogos 10 2012
Polis menggesa sekumpulan NGO proreformasi sistem pilihan raya agar tidak mempolitikkan sambutan ambang merdeka dengan turut sama di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.

NONE"Saya lihat satu sahaja, kemerdekaan adalah sambutan yang bersangkut paut dengan semua rakyat. Jangan jadikannya isu politik.

"Kita rakyat Malaysia hendak bergembira menyambut kemerdekaan kita yang ke-55.

"Jadi janganlah mana-mana pihak menggunakannya untuk politik mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di Shah Alam pagi tadi.

Beliau membuat gesaan itu sewaktu mengulas tentang cadangan 26 NGO untuk 'menguningkan' Dataran Merdeka dalam program dinamakan "Janji Bersih" bagi menuntut janji kerajaan untuk memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.

Ada rancangan tangani jenayah
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini polis hanya mahu menasihati BERSIH agar mematuhi undang-undang dalam mengambil sebarang tindakan.

police crime roadblock frontimage"Ini nasihat dahulu. Saya harap semua rakyat kita tahu undang-undang negara kita.

"Apa-apa yang kita hendak buat, apakah panduan kepada apa yang kita hendak buat itu?

"Kita nak berkumpul, memandu kereta, atau bagi ucapan, ikutlah undang-undang negara kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri.

Mengulas kadar jenayah di negara ini, Ismail memberi jaminan polis sentiasa siap siaga menangani jenayah-jenayah tersebut.

"Sebenarnya memang berlaku, tapi yang penting ialah polis mempunyai rancangan. Saya harap kita dapat berfikir secara objektif, jangan emosi sangat.

"Perkara yang dah berlaku kita ada pasukan untuk bertindak balas. Kita juga tahu ada mangsa menjadi trauma dan kita ada pakar-pakar dengan bantuan pihak lain juga.

"Mereka ini akan berjumpa dengan mangsa untuk membantu menghilangkan perasaan takut atau pengalaman pahit mereka," kata Ismail.
MB: Kami takkan sumbat semua ke penjara

  • Nigel Aw
  • 11:04AM Ogos 10 2012
WAWANCARA Pegawai negeri yang terbabit dalam ketidakaturan perolehan barang dan perkhidmatan untuk "Karnival Terima Kasih Rakyat" telah ditegur, kata Menteri Besar Selangor.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak akan menyumbat "kesemua mereka ke penjara".

Khalid berkata, siasatan dalaman menemui beberapa ketidakaturan dalam proses perolehan yang melibatkan RM1 juta untuk karnival yang diadakan bagi meraikan ulang tahun keempat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor pada 25 Mac di Kuala Selangor - yang menyebabkan kebanyakan bayaran dibekukan.

NONE"Apabila saya dapati aktiviti itu tidak dijalankan dengan betul,
saya minta Perbendaharaan negeri mengaudit karnival tersebut untuk memastikan semua dibayar mengikut nilai.

"Dalam pengurusan... jika ini tidak dilakukan dengan betul, maka kita akan memaklumkan kepada mereka dan minta mereka memperbetulkannya.

"Bukan berkata, kami akan sumbat semua orang ke penjara... tetapi kita bagi tahu mereka jika mereka buat lagi, mereka habis," tegas Khalid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Perbendaharaan negeri mendapati perolehan untuk karnival itu yang bernilai lebih daripada RM50,000 tidak mempunyai sebut harga seperti yang dikehendaki dalam peraturan negeri.

Selain itu, didapati juga beberapa pembekal tidak berdaftar, sama ada degan Perbendaharaan negeri atau pusat, atau mengendalikan kerja-kerja di luar skop mereka.

Khalid berkata beberapa pegawai kerajaan negeri yang terlibat dalam proses perolehan untuk karnival tersebut, menjustifikasi perkara itu dengan mengatakan mereka "berada dalam keadaan tergesa-gesa".

Ttetapi ini, tegas menteri besar, tidak boleh dijadikan alasannya.

Menyedari bahawa pemimpin parti antara yang mengemukakan tuntutan tidak mengikut prosedur, Khalid berkata, sebarang perolehan pada masa depan akan memerlukan mereka mengisytiharkan kepentingan dan hubungan dengan kerajaan negeri.

"Ia tidak bermakna jika anda seorang ahli parti, anda boleh mendapatkan (kontrak) Jika anda mahu, maka tawarkan harga yang paling rendah," katanya.
'Wakil Pakatan akui Tanda Putera tiada sentimen kaum'
4:44PM Ogos 10 2012
Wakil Pakatan Rakyat yang sudah menonton Tanda Putera kini merasakan filem kontroversi yang memuatkan babak tragedi 13 Mei itu tidak mempunyai sentimen perkauman, kata pengarahnya Shuhaimi Baba.

"Selepas menonton filem ini, mereka tidak merasakan ia mempunyai sentimen perkauman," Shuhaimi dipetik sebagai berkata kepada sebuah harian hari ini.

NONEBercakap kepada Sinar Harian, beliau yang juga dikenali sebagai Shumi berkata, selain wakil Pakatan, pihak BN juga sudah diundang menonton karya terbarunya itu.

Beliau juga menolak tanggapan filem sejarah yang mengisahkan persahabatan antara perdana menteri kedua Tun Abdul Razak dan timbalannya Tun Dr Ismail itu akan mencetuskan kontroversi.

Tanda Putera sebelum ini dikritik Lim Kit Siang apabila laman Facebook rasminya mendakwa ketua parlimen DAP itu kencing di tiang bendera rumah menteri besar Selangor menjelang peristiwa 13 Mei.

Gambar dan kapsyen di laman sosial itu bagaimanapun sudah dikeluarkan. Lim sendiri menafikannya.

Pembangkang juga menuntut kerajaan menayangkan filem itu kepada pimpinan Pakatan untuk diteliti sebelum ditayangkan kepada umum kerana didakwa akan menimbulkan isu perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum.

NONESementara itu, Shuhaimi juga dilapor meminta pengkritik Tanda Putera supaya berhubung terus dengan pihaknya untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Shuhaimi berkata, individu yang ingin memberi komen hendaklah menyaksikan keseluruhan filem itu dan bukan berpandu kepada persepsi sendiri dan promo yang ditonton, lapor Mstar.

"Filem ini diterbitkan oleh syarikat saya dan Finas. Bagi pihak yang tidak senang dengan penghasilan filem ini, mereka sepatutnya memahami peraturan iaitu datang berjumpa dengan pihak Finas atau Pesona Picture untuk bertanya.

Dalam perkembangan berkaitan Shumi dilaporkan akan mengadakan sidang media pada 13 Ogos depan bagi menjelaskan situasi filem tersebut.
Catuan air, IKHLAS minta surat jaminan k'jaan S'gor

  • S Pathmawathy
  • 4:42PM Ogos 10 2012
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mahu kerajaan Selangor bertanggunggung sepenuhnya jika perniagaan di negeri itu terjejas oleh catuan air yang dikenakan oleh syarikat konsesi air.

IKHLAS menegaskan demikian dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Mereka memberi tempoh tujuh hari kepada kerajaan negeri untuk membalas memorandum tersebut.
Mereka menuntut kerajaan negeri Selangor mengeluarkan "surat jaminan" untuk "bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung" oleh para peniaga jika Syarikat Bekalan Air  Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memutuskan untuk memotong bekalan air bersih.
NONEPresiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah berkata terdapat 34 loji He rawatan air di Selangor.
Katanya, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Selangor diamanahkan untuk membekalkan air kepada  orang ramai dan perniagaan di negeri ini dan kawasan sekitarnya, manakala SYABAS diperlukan untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di negeri ini.

Katanya, SYABAS berkata kapasiti pengagihan 34 loji rawatan ialah 4.371 juta liter sehari, tetapi Khalid pula berkata loji rawatan air itu boleh menghasilkan 4,807 juta liter sehari.
Beliau menyalahkan Khalid kerana "mengheret" rakyat Selangor ke dalam isu tersebut, yang didakwanya telah dimulakan oleh kerajaan negeri.

Mohd Ridzuan berkata, jika SYABAS memutuskan untuk mengenakan catuan air, maka perniagaan di negeri itu, terutamanya di Lembah Klang, akan paling teruk terjejas.

Katanya, kerajaan negeri harus berhenti menyalahkan kerajaan persekutuan, yang menurutnya, bermaksud baik untuk rakyat dan berhasrat untuk menyelesaikan krisis tersebut.

Mohd Ridzuan berkata, kalau kerajaaan negeri tidak membalaskan memorandum tersebut dalam tempoh seminggu, Ikhlas akan mengadakan "demonstrasi besar-besaran" di bangunan sekretariat negeri.

Bekalan air bersih di negeri itu diuruskan oleh empat syarikat - SYABAS, Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Belanja Air Sungai Selangor Sdn Bhd  (Splash) dan Konsortium ABASS.

Bulan lepas, SYABAS - syarikat konsesi air utama -  mencadangkan catuan air untuk kawasan-kawasan tertentu Selangor dan Kuala Lumpur.

Ia berkata ini kerana terdapat kekurangan air yang dirawat ekoran permintaan melebihi kapasiti pengeluaran loji rawatan airnya, menyebabkan berlaku gangguan dan tekanan air yang rendah.

Cadangan itu dikecam hebat daripada kerajaan Pakatan Rakyat, yang mendakwa empangan penuh air dan menuduh syarikat tersebut "mereka" krisis.
'Gelar Rafizi pengkhianat tidak bertentangan dengan Islam'

  • Hafiz Yatim
  • 6:47PM Ogos 10 2012
Bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menganggap tindakan menggelar Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai pengkhianat Melayu dan Islam sebagai kejam dan bertentangan dengan agama.

Malah, Shahrizat mengakui di mahkamah bahawa apa yang Rafizi katakan dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, lebih buruk dan memfitnahnya.

Rafizi, tambahnya, berkata dia (Shahrizat) menunjukkan teladan yang buruk kepada wanita kerana tidak mahu menjelaskan dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia mengenai anugerah projek National Feedlot Corporation (NFC).

NONEMenjawab soalan peguam Rafizi dan Zuraida, Ranjit Singh, beliau bersetuju semua empat petikan Rafizi dan ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin (kiri) yang dinyatakan dalam tuntutan RM100 juta yang difailnya terhadap kedua-dua mereka adalah fitnah dan bertentangan dengan Islam.

Ranjit mahu Shahrizat membandingkan kenyataan Rafizi yang dikatakan berunsur fitnah, dan kenyataannya yang lebih kejam dan bertentangan dengan Islam.

Dalam kenyataan saksinya, Shahrizat menyatakan bahawa fitnah adalah dosa besar dalam Islam dan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Rafizi, antara lain dalam sidang akhbar pada 30 November 2011, mahu Shahrizat menjelaskan penglibatan keluarganya dalam projek NFC dan jika gagal berbuat demikian, Rafizi mendakwa, ia mungkin boleh menjatuhkan Umno dan BN.

Bagaimanapun, Shahrizat bertindak balas dengan memanggil Rafizi "Si Tanggang" semasa ucapan kepada Wanita Umno yang diketuainya, semasa perhimpunan agung Umno tahun lepas, yang menyifatkan Rafizi sebagai penderhaka, jual agama dan pengkhianat bangsa.

Rafizi dan Zuraida memfailkan tuntutan balas terhadap apa yang dikatakan oleh Shahrizat semasa perhimpunan tersebut.

Tiada ulasan: