RCI 'Projek IC' mungkin jejas Mahathir, Anwar
Walaupun
perhatian kini ditumpukan kepaa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah
untuk mengundi, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mungkin
menjadi sasaran.Ketua pegawai eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan perdana menteri juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.
"Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk Umno ke Sabah sebelum ini," katanya yang menambah, pentadbiran Mahathir bertanggungjawab mempengaruhi semua menteri kanan pada masa itu.
Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.
Tambahnya, Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.
"Ia mungkin menjejaskan Umno bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat," katanya lagi.
Tambahnya, Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembagan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada perdana menteri untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan Umno.
Hadi: Laporan 'haramkan' DAP satu kerja jahat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan Utusan Malaysia yang "mengharamkan" orang Islam daripada mengundi DAP adalah cubaan jahat Umno untuk terus kekal memerintah."Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno)
perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu.
Menurut Hadi, akhbar itu sengaja mengabaikan kerjasama yang terjalin di antara PAS, sebuah parti berasaskan Islam dan DAP selama ini apabila menyiarkan berita itu.
"Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS,
PKR, dan DAP.
"Tetapi media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian dengan mengaitkan gelombang kebangkitan parti berasaskan Islam lain di Timur Tengah yang menurutnya akan turut merebak ke seluruh dunia.
Seperti pemerintah negara Timur Tengah lain yang ditolak rakyat, masanya juga akan tiba buat Umno yang sekian lama memisahkan agama daripada pentadbiran negara, kata Mohamad.
"Umno kuat tapi dah sampai tarikh luput.
"Akhirnya sekarang kita tidak dengar lagi orang memisahkan politik dan agama," kata Mohamad Sabu.
Penganalisis: RCI imigran Sabah risiko kepada BN
Pemerhati
politik berpendapat bahawa tindakan perdana menteri menubuhkan
Suruhanjaya Dirajaya untuk menyiasat isu imigran tanpa izin di Sabah
akan memberi risiko besar kepada BN.Penganalisis politik Sabah Arnold Puyok berkata, ini memandangkan bahawa siasatan itu dijalankan di negeri yang bakal menentukan kedudukan parti itu di Putrajaya.
tempoh enam bulan yang diberikan kepad RCI tersebut untuk menyiasat perkara itu bermakna siasatan berkenaan akan ditamatkan menjelang 28 April.
Katanya, rakyat Sabah akan hanya berpuas hati sekiranya RCI itu ditamatkan sebelum Parlimen dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya umum ke-13.
Pensyarah UiTM itu berkata, beliau berpendapat bahawa siasatan tersebut tidak akan memihak kepada BN kerana isu berkenaan akan mengaitkan ramai pemimpin Umno Sabah.
Bagaimanapun, Najib mungkin tiada pilihan lain selepas dua MP BN bertindak keluar parti dan perdana menteru mungkin perlu bertindak demikian untuk menghentikan ketidakstabilan di negeri itu.
“Semua orang di Sabah mahukan RCI, terutama sekali parti berasaskan Kadazan-Duzun yang telah banyak memberi tekanan kepada Najib kerana isu imigran asing ini penting kepada mereka,” kata Arnold.
Ketua pembangkang yang bertanggungjawab dalam tindakan MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan MP Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin keluar BN pada 29 Julai lalu akan kembali ke Sabah esok.
Anwar mendakwa seorang lagi wakil rakyat BN akan keluar parti.
Nazri: Siasat dakwaan Raja Petra ke atas PI Bala
Kerajaan
persekutuan akan menyiasat dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin
berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang
mendakwa perdana menteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu.Mingguan Malaysia memetik menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai berkata, dakwaan yang ditimbulkan Raja Petra itu serius kerana menjejaskan sistem perundangan negara.
"Segala dakwaan ini perlu disiasat untuk melihat kesahihannya. Lihat apa yang didedahkan supaya rakyat mengetahui kebenaran dan membuat penilaian," katanya dalam laporan itu.
Nazri juga berkata, Raja Petra berhak mendedahkan perkara yang "dianggap benar secara bertanggungjawab".
Namun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan ke atas pendedahan berkenaan kerana perlu disiasat terlebih dahulu.
Akhbar itu semalam melaporkan petikan daripada tulisan blog Raja Petra berhubung mengenai pertemuan pertama dengan Balasubramanian pada 2 Julai 2008, ketika Balasubramaniam sedang bersedia membuat sidang media.
Menurut Raja Petra, Balasubramaniam telah menyatakan mengenai perkara yang dilakukan semasa bertugas sebagai polis dan dakwaannya ke atas Najib dalam akuan bersumpah pertama merupakan perkara yang "benar".
Tamrin Ghafar sertai Pas
12 Ogos 2012
Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi.
Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.
Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.
Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.
"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.
"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau.
Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu Pas dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin Pas tidak boleh dijual beli.
"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.
"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk Pas tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Pas," katanya.
Tamrin: Saya sertai Pas bukan kerana jawatan
12 Ogos 2012
Beliau berkata, keputusan untuk berjuang bersama Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dibuat kerana mahu membela rakyat setelah beberapa penggal memegang jawatan sebagai wakil rakyat.
“Malah, saya tiada niat atau perancangan mahu bertanding dalam pilihan raya umum nanti. Sebaliknya, soal bertanding serahkan pada orang lain. Ramai lagi yang berkelayakan,” katanya kepada Sinar Harianhari ini.
Tamrin merupakan bekas Ketua Umno Bahagian Jasin dan bekas ahli parlimen Batu Berendam di Melaka dari tahun 1986 hingga 1995 dan pernah menjadi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.
Menurutnya, beliau menyerahkan keputusan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengambil tindakan seterusnya.
Sebelum ini, Tamrin menghantar borang penyertaan ahli Pas kepada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, malam kelmarin ketika hadir dalam program tahunan parti itu sempena mengingati peristiwa peperangan Badar al-Qubra, di Markas Tarbiyah Pas di Taman Melewar, Gombak.
Parti serpihan kembali ke pangkuan Umno?
12 Ogos 2012
Namun menurut beberapa penganalisis politik, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana menurut mereka segala-galanya bergantung kepada kepimpinan parti serta kesedaran untuk menyatupadukan semula orang Melayu di bawah payung Umno.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, faktor kepimpinan memainkan peranan utama memastikan parti serpihan itu kembali ke pangkuan Umno.
"Ini mampu menjadi kenyataan jika pemimpin semua parti mampu duduk semeja dan bincang antara mereka, namun ini amat sukar kerana kita lihat sendiri sehingga sekarang salam persahabatan dihulurkan Umno tidak disambut parti serpihan ini.
"Namun penyatuan bukan mustahil, ia juga berbalik kepada faktor pimpinan itu sendiri kerana kita lihat sejarah bila mana kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad 'mencairkan' Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46," katanya kepada Bernama.
Khamis lepas, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri menyeru orang Melayu juga parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu yang disifatkanya sebagai parti terbaik dalam menyatukan orang
Melayu dan membawa pembangunan kepada rakyat.
Sejarah parti serpihan Umno sebenarnya bermula dengan penubuhan Parti Negara pada 1954 oleh Datuk Onn Jaafar kerana bercanggah pendapat dalam isu menuntut kemerdekaan daripada Britain dan mewujudkan sebuah parti berbilang kaum pada masa itu.
Parti Melayu Semangat 46 pula ditubuhkan Tengku Razaleigh sebagai reaksi pengharaman Umno pada 1988. Matlamat perjuangannya memulihkan Umno asal yang dibatalkan kewujudannya selepas pertandingan jawatan Presiden Umno antara Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir pada 1987.
PKR atau nama asalnya Parti Keadilan Nasional ditubuhkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 1999 ekoran hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas Timbalan Presiden Umno yang dikaitkan dengan isu salah laku dan moral.
Selain itu, Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dilancar semula daripada Parti Akim oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim pada 2010 juga parti serpihan Umno.
Zainal Abidin berkata, selain duduk berbincang, Umno sebagai sebuah parti induk lebih besar dan dominan mampu 'mencairkan' parti serpihan itu untuk diserap sekiranya jentera parti utama orang Melayu itu digerakkan dengan lebih efektif dan efisien.
"Ini bukan bergantung kepada struktur sahaja, elemen kepimpinan sekali lagi memainkan peranan penting. Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) mampu melakukannya dengan program transformasi beliau. Kita kena beri masa, 10 tahun lagi tidak mustahil tetapi jalannya amat sukar dan berliku," katanya.
Zainal Abidin berkata, ideologi parti faktor penting tetapi bukan utama dalam proses penyatuan itu kerana Umno dan parti serpihannya masing-masing mempunyai ideologi yang mampu 'duduk' bersama seperti ideologi memperjuang Melayu dan Islam.
Bekas Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya itu berkata, menarik parti serpihan itu menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) walaupun lebih mudah, bukan penyelesaian terbaik kerana akan timbul masalah 'menselarikan' perjuangan parti serta anggotanya dalam satu gabungan.
"Parti serpihan ini dianggotai mereka yang tidak berpuas hati terhadap Umno, jika mereka ini tidak betul-betul menyerap semangat Umno dan duduk di bawah parti lain dikhuatiri akan mengganggu perjuangan BN itu sendiri," katanya.
Seorang lagi penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, bagi memastikan parti serpihan itu kembali, Umno perlu merampas 'kunci' kekuatan mereka iaitu anggota mereka yang terdiri daripada golongan pemimpin muda, profesional dan cendekiawan.
"Umno perlu membuka ruang seluas-luasnya kepada golongan ini menyertainya, bukan setakat itu sahaja Umno perlu mengerakkan golongan ini menjadi nadi parti itu dengan memberi peranan penting seperti jawatan dan tanggungjawab membuat keputusan kepada mereka," katanya.
Timbalan Dekan Pusat Program Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia itu berkata, parti serpihan yang dilihat lebih kuat berbanding sebelum pilihan raya umum 2008 menyukarkan usaha penyatuan itu, namun ia boleh berubah sekiranya parti serpihan itu menjadi lemah.
"Sekiranya pakatan pembangkang menjadi lemah dan tidak dapat memenuhi aspirasi rakyat memang ada kemungkinan parti serpihan itu kembali kepada Umno. Jika dilihat sejarah kelemahan ini boleh berlaku jika tiada lagi kesepakatan dalam pakatan pembangkang itu sendiri," katanya.
Sivamurugan berkata menarik parti serpihan menjadi anggota BN mampu mengukuhkan BN namun kekuatan Umno tetap pada tahap yang sama. "Objektifnya sekarang kita mahu kuatkan Umno, bila Umno kuat BN akan jadi lebih kuat" katanya.
Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) Tan Sri Adam Abdul Kadir berkata, isu utama dalam menarik kembali parti serpihan kembali ke pangkuan Umno ialah usaha tawar-menawar antara parti itu.
"Dalam tawar menawar ini ada parti terpaksa beralah mendapatkan sesuatu dan begitu juga sebaliknya, 'anda hilang sedikit,anda dapat sedikit'. Tetapi apa yang sukar mahukah parti-parti ini beralah ? ..kerana masing-masing punya perjuangan sendiri," katanya.
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara tahun 1995 dan bekas Ahli Parlimen Kuantan tahun 1986 itu berkata, tidak mustahil parti serpihan itu kembali bersama Umno sekiranya tolak ansur tahap tertinggi terlaksana antara parti tersebut.
Pengerusi Yayasan 1Malaysia Prof Dr Chandra Muzaffar berkata, Perlembagaan Malaysia mampu menjadi pemangkin penting kepada penyatuan orang Melayu dalam satu parti.
"Sukar untuk memujuk parti serpihan ini, agak mustahil nak capai kerana setiap parti ada kepentingan sendiri, masing-masing pemimpin ada sejarah dan sebagainya. Tetapi ini berubah sekiranya melihat kembali kepada perlembagaan.
"Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang begitu indah dalam menyatupadukan masyarakat kita, tidak kira bangsa agama dan budaya. Jadi mengapa tidak Melayu?," katanya.
Bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata perbezaan pendapat antara parti politik adalah sesuatu yang biasa, namun perbezaan itu tidak sepatutnya
dijadikan platform untuk menyemai kebencian dan permusuhan di kalangan rakyat. - Bernama
Jangan bermusuh kerana politik, kata Mahathir
12 Ogos 2012
"Kita bermusuh sesama sendiri kerana fahaman politik, tidak ada sebab kita harus berpecah belah," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim serta warga emas di Masjid A'ishah di sini, semalam.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya berpecah belah kerana negara ini bukan lagi dijajah oleh orang asing.
"Jika kita bersatu sudah pasti kita akan menjadi kuat, rakyat seharusnya bersyukur kerana negara ini tidak menghadapi peperangan, bencana alam yang teruk, serta dapat hidup aman damai tanpa ada sebarang gangguan," katanya.
Beliau berkata rakyat negara ini juga patut bersyukur kerana menerima banyak nikmat yang tidak dapat dirasai rakyat di negara lain. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan