Selasa, 28 Ogos 2012

MACAM DAH TAK SEHULUAN...LEPASKAN AGAR TIDAK TIMBUL FITNAH BERPANJANGAN...KELUAR MASUK JEMAAH BIASA...BILA KALAH KETIKA DIUJI

Kementerian: Janji Bersih kacau sistem siar raya kami

  • Sara Ghazie
  • 7:32PM Ogos 27 2012
Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi (KPKK) menggesa polis tidak membenarkan himpunan 'Janji Bersih' pada 30 Ogos ini atas alasan ia akan mengganggu sistem siar raya sambutan Hari Merdeka.

Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata peralatan untuk sistem siar raya itu telah dipasang di Dataran Merdeka dan polis mesti menghalang sebarang bentuk himpunan di tempat sama.

NONE"Kita akan maklum polis untuk tak benarkan perhimpunan berlangsung.

"Kerana peralatan kita, kita sudah pasang dengan sempurna di situ dan harus diingat, di mana-mana acara, sistem siar raya sangat penting.

"Saya nak jaga sistem siar raya saya. Kalau ada apa-apa yang diusik nanti, akan menyukarkan kita," katanya kepada pemberita.

Katanya, KPKK memaklumkan polis untuk tidak membenarkan pihak lain mengadakan himpunan di Dataran Merdeka kerana mereka telah menggunakan Dataran Merdeka sejak hari ini lagi.

"Tadi pagi pun kita dah menghadapi masalah. PA system tidak beberapa berfungsi dengan baik.

"Tambahan, kalau dikacau nanti saya khuatir," katanya.

Janji Bersih - perhimpunan bagi menuntut janji kerajaan membersihkan sistem pilihan raya - dijadual bermula dariapda jam 10 hingga ke tengah malam di Dataran Merdeka.
Himpunan merdeka: Tiada 'ya' atau 'tak' dari polis

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 6:53PM Ogos 27 2012
Selepas pertemuan dengan penganjur hari ini, polis Dang Wangi masih tidak menyatakan dengan jelas sama ada membenarkan atau menolak dua perhimpunan yang dirancang pada malam ambang merdeka menjelang 31 Ogos di Kuala Lumpur.

NONE"Tiada ya atau tidak daripada polis... Jadi kami merayu supaya polis membenarkan acara pengiraan detik (ulang tahun kemerdekaan)," kata penganjur perhimpunan "Janji Demokrasi" Maria Chin Abdullah.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Selamatkan Jalan Sultan dan Jalan Bukit Bintang (PJSBBC) berkata, polis hanya memberi penerangan berhubung Akta Perhimpunan Aman 2012 dan kebimbangan mereka pada keselamatan peserta.

Kedua-dua pihak berkata pertemuan dengan polis hari ini di ibu pejabat daerah (IPD) di ibu negara itu berlangsung penuh mesra.

Perhimpunan PJSBBC dijadual pada 8.30 hingga 9.30 malam untuk mempertahankan bangunan bersejarah di sepanjang jalan daripada dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek MRT.

'Gabungan Janji', yang didokong 49 NGO, menganjur pengiraan detik 'Janji Demokrasi' di ambang merdeka di Dataran Merdeka bermula jam 10 malam untuk mendesak kerajaan memenuhi janji untuk memastikan pilihan raya bersih dan adil

Sementara itu, Bernama melaporkan Maria sebagai berkata, pihaknya bersetuju tidak menggungkan kaun rentang, pelekat atau berucap dalam perhimpunan malam itu.

"...cuma Pak Samad (A Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

"Kita berjanji perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Polis: Tiada lampu hijau untuk 'Janji Bersih'


Majlis Syura disaran gugur keanggotaan Nasha

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:49PM Ogos 27 2012
Majlis Syura PAS disaran menasihatkan bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya berundur sebagai anggotanya kerana ia dilihat jalan terbaik mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.

NONEBekas naib presiden PAS Ahmad Awang berkata, menarik diri secara sukarela merupakan langkah terbaik bagi menangani kontroversi itu.

"Mereka boleh beri nasihat supaya beliau berundur. Itu secara diplomasi.

"Beliau diminta berundur secara elok-elok," katanya sambil menegaskan tindakan diplomasi itu menjadikan PAS "lebih selamat".

Ahmad yang juga bekas anggota Majlis Syura berkata, itu langkah terbaik walaupun badan itu mempunyai kuasa menggugurkan keahlian anggotanya.

Menurut Ahmad lagu, tindakan itu juga boleh mengelakkan serangan BN ekoran kenyataan Nasharuddin yang mahukan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran perbezaan pendapat dengan DAP berhubung isu hudud.

Kontroversi tak jejas sokongan
Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharuddin memandangkan ahli parlimen Bachok itu tidak lagi menganggotai jawatankuasa itu.

nasharuddin mat isa pas muktamar in kota bharuHarakahdaily bagaimanapun semalam melaporkan Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Nik Salleh sebagai berkata, mereka hanya akan membincangkan isu Nasharudin "kalau sempat" dalam agenda lain-lain sahaja.

Manakala Sinar Harian pula melaporkan Nik Zawawi sebagai berkata, pilihan tindakan terhadap Nasharuddin akan diketahui selepas badan itu bersidang pada 9 September. 
Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Ahmad itu turut menggesa Nasharuddin dapat hadir memberi penjelasan dalam mesyuarat bulanan majlis itu yang dijadual pada tarikh itu.
"Itu peluang terbaik beliau beri penjelasan," katanya sambil menegaskan beliau "amat mengenali" bekas ahli akademik itu.

Mengulas kenyataan Nasharuddin sebelum ini, Ahmad yakin ia tidak menggugat sokongan ahli akar umbi kepada kerana pemimpin itu didakwa "tidak mempunyai penyokong".
PM: K'jaan sentiasa pegang 'maqasid syariah'

  • Aidila Razak
  • 6:20PM Ogos 27 2012
Kerajaan sentiasa berpegang kepada prinsip "maqasid syariah" (tujuan-tujuan syariah) dalam pentadbiran negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini bermaksud, jelasnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk melindungi kesucian agama Islam.

NONE"Ini cara terbaik untuk mentadbir negara. Kami memenuhi prinsip-prinsip Islam dan maqasid syariah.

"Prinsip ini bermakna menjaga Islam daripada segi kesucian, kedudukan, daripada aspek kepercayaan, moral, pentadbiran, dan lain-lain, supaya Islam boleh diamalkan dengan sempurna," kata Najib.

Kenyataan ini dibuat selepas perbahasan berhubung isu hukum hudud berterusan, dengan PAS mempersoalkan tindakan kerajaan yang ditunjangi Umno enggan melaksanakan hudud.
Penduduk antisianida perolok menteri MCA sebagai 'duta'
3:59PM Ogos 27 2012
Penduduk Bukit Koman, Pahang 'melantik' dua menteri MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Ng Yen Yen sebagai duta mereka untuk demonstrasi antisianida "Himpunan Hijau Raub" pada 2 September ini.

NONEDalam prapelancaran acara itu di pasar pagi Raub semalam, anggota Jawatankuasa Bertindak Haramkan Sianida turut memakai topeng Liow dan Ng dan mengetengahkan poster menunjukkan pendirian tidak selari kedua-dua mereka dalam isu lombong emas di situ.

Liow dan Ng dikatakan sudah berikrar menyokong gerakan antisianida sebelum pilihan raya umum 2008 tetapi kemudiannya didakwa bertukar fikiran.

NONEKedua-dua 'duta' itu menggesa orang ramai mengambil bahagian dalam perhimpunan itu dan menurunkan tandatangan pada kain rentang antisianida, menyebabkan orang ramai bersorak.

Manakala 'Ng' sebagai menteri pelancongan turut menggalakkan rakyat Malaysia melawat Raub pada hari perhimpunan itu diadakan.

Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh penduduk Bukit Koman yang mendakwa penggunaan sianida oleh lombong emas di kawasan itu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan namun kementerian kesihatan berkata ia tidak dapat disahkan.
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes dua bouncer ditembak

  • Bernama
  • 5:19PM Ogos 27 2012
Seramai 10 lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan kes dua 'bouncer' atau pengawal kelab hiburan di Jalan Dooraisamy, di ibu negara yang ditembak mati di hadapan premis berkenaan awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang berumur antara 21 dan 37 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan bila kesemua lelaki itu ditahan.

Dalam insiden kira-kira pukul 4.30 pagi semalam, dua 'bouncer' berumur dalam lingkungan awal 20-an dikatakan menghalang sekumpulan enam lelaki tempatan daripada memasuki kelab hiburan itu kerana premis berkenaan telah tamat waktu operasi.

Kumpulan itu bagaimanapun berterusan mendesak 'bouncer' berkenaan agar membenarkan mereka memasuki kelab tersebut namun tindakan itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga berlaku kejadian tumbuk-menumbuk antara mereka.

Seorang daripada kumpulan lelaki itu naik berang apabila melihat dua rakannya dipukul teruk, lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan ke arah kedua-dua 'bouncer' berkenaan yang mengenai bahagian kepala mangsa pertama dan bahagian rusuk kiri mangsa kedua yang menjadi punca kematian.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meneliti secara terperinci aspek pengawasan dan keselamatan di kelab hiburan bagi memastikan insiden serangan tembakan itu tidak berulang, kata Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata DBKL telah mengarahkan pegawai terlibat agar membuat pemantauan terhadap kelab hiburan bagi memastikan ia mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan pegawai terlibat dan meminta mereka membuat pemantauan bagi memastikan kelab hiburan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebagai contoh beroperasi pada waktu yang telah ditetapkan sahaja.

"Selain itu ketetapan had umur bagi pengawal disko juga perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan pusat hiburan bagi memastikan mereka merupakan golongan terlatih dan berpengalaman bagi berhadapan situasi yang tidak dijangka (serangan tembakan)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi bagi mengulas insiden tersebut.

-Bernama

Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali: Zul Nordin fail saman

  • Bernama
  • 6:46PM Ogos 27 2012
Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menfailkan saman fitnah terhadap Senator Dr Syed Husin Ali berhubung buku 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'.

Writ saman difailkan Jumaat lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam makna semulajadinya membawa maksud beliau telah menawarkan kepada Parti Keadilan Rakyat dan/atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sekitar April 2008, iaitu selepas pilihanraya umum ke-12, untuk meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan ketua pembangkang tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil.

Katanya, perkataan itu juga, antara lain, bermaksud beliau bersubahat dengan Umno untuk membuat tuduhan dan tohmahan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar, serta merelakan dirinya dipergunakan untuk mencapai agenda politik Umno.

Zulkifli berkata buku itu dijual di semua kedai utama dan penerbitan perkataan tersebut telah mengakibatkan reputasi, imej dan nama baiknya rosak.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut, selain faedah dan kos.

Pada 27 Jan lepas, Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden PKR, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Zulkifli berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Nov tahun lepas, berjudul 'Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin'.

Mahkamah akan mendengar saman itu pada Khamis ini.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera dan peguam Hasnal Rezua Merican mewakili Zulkifli manakala N.Surendran bagi pihak Syed Husin.

Hasnal Rezua memaklumkan mahkamah pihaknya menfailkan permohonan untuk menyatukan saman yang difailkan Zulkfili dan Syed Husin atas alasan pihak yang terlibat adalah sama, begitu juga isu undang-undang selain saksi dan keterangan dalam kes itu.

-Bernama

Tiada ulasan: