Selasa, 14 Ogos 2012

DAHLAH HARAM...MAHAL PULAK...BERHENTILAH...CARANYA PAKSA DIRI AGAR BERHENTI...JIKA SUSAH JUGA BUAT PELAHAN2 SAMPING BERDOA PADA ALLAH AGAR KETAGIH DAPAT DIHILANGKAN...JIKA MENGANGGAP MAKRUH...MAKA IA SEKURANG2NYA MAKRUH TAHRIM...MAKRUH TAHRIM IALAH BOLEH MEMBAWA KEPADA HARAM...BEGITU JUGA BILA DIBUAT BERPANJANGAN MAKRUH ITU MAKA BOLEH MEMBAWA KEPADA HARAM

Harga minimum rokok RM7 mulai 1 Sept

14 Ogos 2012
Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai
PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.
Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.
"Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan... semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.
"Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan 'Duta ASAP Smoke Free Lifestyle', di sini hari ini.
Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.
Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.
Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05).
Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.
Beliau berkata kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. - Bernama


Merokok Dari Pandangan Islam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.



Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Fatwa hukum merokok bercanggah

KUALA LUMPUR 25 Julai – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat bercanggah pendapat mengenai hukum merokok apabila satu pihak mengatakan ia makruh manakala satu pihak lagi memfatwakannya sebagai haram.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha, perbuatan merokok adalah makruh selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan atau mengganggu kesihatan para penghisapnya.
Namun katanya, hukum merokok bertukar haram apabila perbuatan itu jelas mengganggu kesihatan atau mendatangkan kemudaratan kepada orang yang mengambil bahan itu.
“Pengharaman rokok tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dan khinzir sebab arak dan khinzir jelas diharamkan dalam al-Quran dan hadis tetapi bagi rokok tidak ada.
“Ulama berselisih pendapat dalam pengharaman rokok dan ia lebih kalau mendatangkan mudarat,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Pelancaran Ihya Ramadan Peringkat Kebangsaan di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin.
Dalam pada itu, Abdul Shukor berkata, fatwa pengharaman rokok telah lama diwartakan oleh majlis tersebut iaitu sejak 1995 dan ia kekal sehingga sekarang.
Katanya, pengharaman itu berdasarkan tiga sebab iaitu merokok membahayakan kesihatan para penggunanya, mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling perokok serta alam sekitar dan perbuatan tersebut menjurus kepada pembaziran.
Bagaimanapun, beliau mengakui pengharaman rokok adalah tidak seragam dan setakat ini ia hanya diwartakan di dua buah negeri iaitu Pulau Pinang dan Selangor.
Justeru, beliau meminta negeri-negeri lain supaya segera mewartakan pengharaman rokok bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
“Kita tidak boleh menguatkuasakan pengharaman rokok kerana walaupun dari segi hukum syarak sudah jelas ia haram tetapi apabila kita buat fatwa, dari segi penguatkuasaan ia mesti fatwa yang digazet.
“Peringkat pusat iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan tidak boleh menggazetkan fatwa, yang boleh gazetkan fatwa adalah di peringkat majlis agama negeri dan perkara agama adalah di bawah bidang kuasa negeri,” jelasnya.

 Soalan : Tentang Hukum Merokok
SOALAN:
Apakah hukum merokok? Ramai ustaz mengatakan hukumnya adalah makruh. Betulkah pendapat ini?

AMEER
JAWAPAN:
Merokok tidak membantu seseorang mencapai kecemerlangan diri kerana ianya amat memudaratkan bagi kesihatan
manusia. Berhubung dengan ini Nabi telah bersabda, “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan
dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Di dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan
yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang toksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan
penyebab kanser, antaranya ialah, aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku), asid asetik (cuka), ammonia
(bahan pencuci tandas), arsenik (racun), butana (cecair alat pemetik api), kadmium (bateri), karbon monoksida (asap
dari ekzos kereta), DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat), etanol (arak), formaldehid (bahan pengawet katak mati),
hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan), hidrogen sianida (racun), naftalena (ubat gegat), nikotin (bahan
pembunuh serangga), asid stearik (lilin) dan toluena (bahan pelarut di industri).
Rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya. Ia bernama nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000
melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan
yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok
sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang
menghisap rokok, dadah nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7
saat dan apabila amalan ini berterusan, ketagihan menguasai dirinya.
Kini terdapat lebih daripada 1.2 bilion orang perokok di seluruh dunia. Separuh daripada mereka dijangka akan
meninggal dunia sebelum waktu yang sepatutnya akibat menghidap pelbagai penyakit yang berpunca daripada rokok.
Mengikut laporan Berita Harian Online bertarikh 3 Jun 1997, pada pertengahan abad ke-20, rokok membunuh lebih 60
juta manusia di negara maju saja. Satu kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa penggunaan
tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak AS $200 bilion (RM 500 bilion) setahun.
Sehubungan dengan ini, Surgeon General Amerika yang merupakan autoriti tertinggi berhubung dengan polisi-polisi
kesihatan di Amerika, telah mengeluarkan sebuah laporan berhubung dengan bahaya merokok pada tahun 1964. Di
dalamnya dimuatkan rumusan berhubung rokok dan bahayanya berdasarkan lebih kurang 7000 kajian yang telah
dilakukan sebelum itu. Antara perkara yang dijelaskan ialah, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok seperti sakit
jantung dan barah paru-paru, telah menjadi punca 400,000 kematian di kalangan golongan dewasa di Amerika setiap
tahun. Sejak laporan Surgeon General Amerika itu dikeluarkan, dianggarkan 10 juta orang telah meninggal dunia
disebabkan penyakit yang berpunca dari amalan merokok. Antara penyakit itu (di samping barah paru-paru dan penyakit
jantung) ialah, radang saluran pernafasan (chronic bronchitis), kanser secara umum (kanser mulut, kerongkong,
esofagus dan peti suara), di samping kesan ke atas kandungan serta bayi dalam kandungan, seperti kelahiran tidak cukup bulan, risiko keguguran dan bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan.

 Pada tahun 2004 Surgeon General Amerika mengeluarkan satu lagi laporan berkaitan dengan rokok, iaitu 2004 Surgeon
General's Report—The Health Consequences of Smoking. Ia menunjukkan hampir kesemua organ dalam badan
manusia menerima padah kesan daripada merokok. Penyakit-penyakit yang dikenal pasti berpunca daripada tabiat
merokok telah bertambah berbanding yang sebelumnya. Antara penyakit yang baru itu ialah aneurisme aorta bahagian
abdomen (aneurisme ialah bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri), penyakit selaput mata atau katarak,
barah serviks, barah buah pinggang, barah pankreas, barah perut, radang paru-paru (pneumonia) dan radang tisu serta
struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis).
Pada tahun 2006 pula, satu lagi laporan dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of
Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General. Ia memfokuskan kesan negatif asap rokok
(sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok.
Asap ini dikenali juga sebagai secondhand smoke. Laporan ini menunjukkan asap rokok ini mengandungi lebih daripada
250 bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser seperti formaldehid, benzena, vinil klorida, arsenik, ammonia,
dan hidrogen sianida. Ia menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap
rokok ini.
Malaysia dan Rokok
Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14
peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta
perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula
merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2
peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22
September 2005.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap
tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di
Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis
kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25
peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian
kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.
Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25
September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk
membeli rokok.
Apakah Hukum Merokok?
Melihat kepada kemudaratan dan pembaziran yang disebabkan oleh rokok, seperti yang dipaparkan sebelum ini, maka
tidak ada hukum yang lebih sesuai baginya melainkan HARAM. Antara ulama yang mengharamkannya ialah, Syeikh
Ahmad As-Sanhuri Al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim Al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith Al-Maliki dari Moroko, Syeikh
Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik Al-‘Isyami
dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah, dan ramai lagi. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa
Mu’asirat telah berkata, “Dari penjelasan yang telah diberikan, saya berpendapat, pandangan yang
menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap sebagai salah.
Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram.. (Berdasarkan kajian terkini), penetapan
hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya”.

11
Penetapan hukum haram ini sudah pasti ada dalil dan hujahnya. Antara dalil dan hujah itu ialah:
Rokok Adalah Khabaith
Allah berfirman: “Dan dia (Rasul ) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk (khabaith).” (Al-A’raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang khabaith (keji)
diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan khabaith sebagai ‘sesuatu yang diharamkan berdasarkan
hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji’. Rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia toksik dan
beracun sudah pasti termasuk dalam kategori ini.
Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri
Merokok melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan
maruah agama. Tambahan daripada itu mereka yang merokok seolah-olahnya telah membunuh diri mereka sendiri.
Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih
kepadamu.” (an-Nisa ayat 29) Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang
dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan
Abu Daud)
Rokok Memudaratkan Orang Lain
Asap rokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh
memudaratkan orang lain. Nabi bersabda: “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada
seseorang mukmin dan menipunya.” (Riwayat Tirmizi)
Rokok Membawa Kepada Pembaziran.
Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok dan ini adalah
satu pembaziran. Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana
sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra ayat 27)
Merokok Menguntungkan Musuh
Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di
samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang
itu untuk menindas umat Islam. Allah telah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara
dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah ayat 2)
Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya
Rokok mengandungi nikotin dan nikotin sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah
heroin dan kokain. Segala yang memabukkan, termasuk dadah berbahaya, diharamkan oleh agama. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah., beliau berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan
yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)
Justeru, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37
telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam.

Oleh Dr. Danial b. Zainal Abidin

Hukum Merokok dalam Islam

Penulis: Fatwa al Lajnah ad Daimah li al Buhuts al ‘Ilmiyyah wa al If

SIKAP ISLAM TERHADAP ROKOK

Sesungguhnya Allah ta’ala mengutus Nabi Muhammad dengan petunjuk-Nya dan agama yang hak, untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan membersihkan serta mensucikan hati mereka dari kotoran kekufuran dan kefasikan dan membebaskan mereka dari belenggu penghambaan kepada selain Allah ta’ala.

Dia (Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam) membersihkan manusia dari kesyirikan dan kehinaan kepada selain Allah dan memerintahkannya untuk beribadah hanya kepada Allah semata dengan merendahkan diri dan mencintai-Nya dan meminta serta memohon kepada-Nya dengan penuh harap dan takut.

Dia juga mensucikan manusia dari setiap kebusukan maksiat dan perbuatan dosa, maka dia melarang manusia atas setiap perbuatan keji dan buruk yang dapat merusak hati seorang hamba dan mematikan cahayanya dan agar menghiasinya dengan akhlak mulia dan budi perkerti luhur serta pergaulan yang baik untuk membentuk pribadi muslim yang sempurna. Maka dari itu dia menghalalkan setiap sesuatu yang baik dan mengharamkan setiap yang keji, baik makanan, minuman, pakaian, pernikahan dan lainnya.

Termasuk yang diharamkan karena dapat menghilangkan kesucian adalah merokok, karena berbahaya bagi fisik dan mengdatangkan bau yang tidak sedap, sedangkan Islam adalah (agama) yang baik, tidak memerintahkan kecuali yang baik. Seyogyanya bagi seorang muslim untuk menjadi orang yang baik, karena sesuatu yang baik hanya layak untuk orang yang baik, dan Allah ta’ala adalah Maha Baik tidak menerima kecuali yang baik.

Berikut akan kami kemukakan beberapa fatwa dari para ulama terkemuka tentang hukum rokok : “Merokok hukumnya haram, begitu juga memperdagangkannya. Karena didalamnya terdapat sesuatu yang membahayakan, telah diriwayatkan dalam sebuah hadits :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ أخرجه الإمام أحمد في المسند ومالك في الموطأ وابن ماجة
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)

Demikian juga (rokok diharamkan) karena termasuk sesuatu yang buruk (khabaits), sedangkan Allah ta’ala (ketika menerangkan sifat nabi-Nya Shalallahu 'alaihi wassalam) berfirman: “...dia menghalalkan bagi mereka yang baik dan mengharamkan yang buruk“ (Al A’raf : 157)

Panitia Tetap Lembaga Riset Ilmiah dan Fatwa Kerajaan Saudi Arabia.
Ketua: Abdul Aziz bin Baz
Wakil Ketua: Abdurrazzak Afifi.
Anggota: Abdullah bin Ghudayyan –
Abdullah bin Quud.

“Merokok diharamkan, begitu juga halnya dengan Syisyah, dalilnya adalah firman Allah ta’ala: “Jangan kalian bunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap diri kalian “ (An-Nisa : 29)


“ Jangan kalian lemparkan diri kalian dalam kehancuran” (Al-Baqarah : 195)

Dunia kedokteran telah membuktikan bahwa mengkonsumsi barang ini dapat membahayakan, jika membahayakan maka hukumnya haram. Dalil lainnya adalah firman Allah ta’ala:
(وَلاَ تُؤْتُوا السُّفَهَاءَ أَمْوَالَكُمْ الَّتِى جَعَلَ اللهُ لَكُمْ قِيَامًا ( النساء : 5

“ Dan janganlah kamu serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan..” (An Nisa:5)
Kita dilarang menyerahkan harta kita kepada mereka yang tidak sempurna akalnya karena pemborosan yang mereka lakukan. Tidak diragukan lagi bahwa mengeluarkan harta untuk membeli rokok atau syisyah merupakan pemborosan dan merusak bagi dirinya, maka berdasarkan ayat ini hal tersebut dilarang.

Sunnah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam juga menunjukkan pelarangan terhadap pengeluaran harta yang sia-sia, dan mengeluarkan harta untuk hal ini (rokok dan syisyah) termasuk menyia-nyiakan harta. Rasulullah e bersabda:
{ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ }

Syekh Muhammad bin Sholeh bin ‘Utsaimin
Anggota Lembaga Majlis Ulama Kerajaan Saudi Arabia


“Telah dikeluarkan sebuah fatwa dengan nomor: 1407, tanggal 9/11/1396H, dari Panitia Tetap Lembaga Riset Ilmiah dan Fatwa di Riyadh, sebagai berikut: “Tidak dihalalkan memperdagangkan rokok dan segala sesuatu yang diharamkam karena dia termasuk sesuatu yang buruk dan mendatangkan bahaya pada tubuh, rohani dan harta.

Jika seseorang hendak mengeluarkan hartanya untuk pergi haji atau menginfakkannya pada jalan kebaikan, maka dia harus berusaha membersihkan hartanya untuk dia keluarkan untuk beribadah haji atau diinfakkan kepada jalan kebaikan, berdasarkan umumnya firman Allah ta’ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمِ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ اْلأَرْضِ وَلاَ تَيَمَّمُوا الْخَبِيْثَ مِنْهُ تُنْفِقُوْنَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيْهِ إِلاَّ أَنْ تُغْمِضُوا فِيْهِ (ألبقرة:267
“ Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (dijalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata darinya “ (Al Baqarah: 267)

Rasulullah Shalallahu 'alaihi wassalam bersabda: “ Sesungguhnya Allah Maha Baik, tidak akan menerima kecuali yang baik “ (al Hadits)
وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

(Dinukil dari terjemahan عفواً ممنوع التدخين Maaf, dilarang MEROKOK oleh Thalal bin Sa'ad Al 'Utaibi)

SUmber : http://www.salafy.or.id/print.php?id_artikel=427


 DOA PEMISAH ...SUPAYA TAK MEROKOK LAGI...

'YA ALLAH PISAHKAN AKU DENGAN PERBUATAN MENGHISAP ROKOK...SEBAGAIMANA ENGKAU PISAHKAN BUMI DENGAN LANGIT...SEBAGAIMANA ENGKAU PISAHKAN SYURGA DENGAN NERAKA...SEBAGAIMANA ENGKAU PISAHKAN IMAN DENGAN KUFUR...YA ALLAH MAKBULKANLAH...AMIN YA RABBILALAMIN'
 DOA KETIKA SUJUD...BERDOA DIDALAM HATI...MENGELAKKAN BATAL SOLAT

 

 

 

 

Tiada ulasan: