Selasa, 14 Ogos 2012

BILA PERTOLONGAN ALLAH SAMPAI...MAKA BERSYUKURLAH..MAKA BERTAKWALAH..MAKA IKHLASLAH DALAM PERJUANGAN...BERDOALAH...DOA SENJATA ORANG MUKMIN...SENJATA YANG BOLEH DATANG DENGAN SEGERA...TIADA SAPE DAPAT MELAWAN BILA PERTOLONGAN ALLAH SAMPAI

Kerajaan bermaruah tidak biar gelaran 'kafir harbi' - Mufti

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (gambar) berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".

Demikian kata beliau dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Pandangan Abdullah, yang turut menggelarkan DAP sebagai "kafir harbi" itu mencetus kontroversi apabila ditonjolkan melalui laporan Utusan Malaysia minggu lalu.

Juanda berkata, sikap "meraikan dan memberi ruang kepada pandangan ekstrem dan anti-demokrasi" seperti itu merupakan satu perkara yang amat mendukacitakan.

"Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan.

"Ini pandangan orang yang ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan. Barangkali pandangan ekstrem sebegini muncul akibat sikap ekstrem pihak lain yang melingkari keadaan masing masing.

"Namun jika ada pihak yang mahu meraikan dan memberikan ruang kepada pandangan ekstrem dan anti demokrasi serta sukakan perbalahan dan pergaduhan di dalam sebuah negara yang aman damai seperti Malaysia ini, maka ia adalah suatu sikap yang amat mendukacitakan," kata Juanda.

Rohingya: Pakatan kemuka cadangan kepada Najib

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah segera menggunakan ruang diplomatik bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini.

Dalam satu kenyataan hari ini ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata, ini adalah masa yang sesuai untuk Najib membuktikan kenyataannya bahawa Malaysia mempunyai demokrasi terbaik di dunia.

"Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja DS Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai 'Demokrasi Terbaik' di dunia malah ianya sebuah negara contoh dengan Umno sebagai parti pemerintah yang terbesar di dunia untuk membuktikan kenyataan beliau itu benar dan tidak palsu.

"Masa untuk menunjukkan kepimpinan moral sudah tiba," kata mereka dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Bagi memudahkan tindakan itu, mereka turut mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diambil Najib selaku perdana menteri Malaysia.

Berikut antara enam cadangan dan gesaan segera yang dikemukakan kepada Najib:
a. Menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan pembunuhan kaum dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan terus kepada mangsa-mangsa;

b. Menuntut ASEAN mengarahkan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan kaum ini serta-merta. Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan Myanmar menjadi anggota ASEAN sejak 1997;

c. Menuntut negara China, yang mana Malaysia telah mempunyai hubungan diplomatik lebih 40 tahun, dan Amerika Syarikat, yang mula melonggarkan sekatan ekonomi kerana reformasi politik di Myanmar, untuk campur tangan dan memberi nasihat kepada Myanmar untuk melindungi semua golongan minoriti dan menghentikan pembunuhan kaum;

d. Menuntut negara Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik yang kuat dengan Malaysia termasuklah kehadiran yang dianggarkan lebih 500,000 warga Bangladesh di Malaysia untuk mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut;

e. Menuntut OIC di mana DS Najib sedang menyertai perjumpaan di Mekah untuk mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (di mana Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo adalah ahli Majlis Keselamatan) di bawah Perkara 35 untuk campur tangan dengan serta-merta;

f. Menuntut DS Najib menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengatakan mana-mana kerajaan yang gagal melindungi kumpulan minoriti dan menyemarakkan semangat perkauman serta pembunuhan kaum di Myanmar dan seluruh dunia.

"Pakatan Rakyat mengecam pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini dan menuntut ia dihentikan serta-merta.

"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan jangan mengguna alasan diplomatik untuk tidak bertindak kerana dari pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwanda jelas menunjukkan bahawa hanya tindakan pantas masyarakat antarabangsa seawal mungkin akan mendatangkan hasil," katanya.

306 mati, 3,037 cedera gempa bumi Iran

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 14 Ogs 2012

(Seorang mangsa gempabumi Iran termenung di atas puing-puing gempa)

IRAN: Nahas dari dua gempa bumi yang melanda kampung-kampung luar bandar di barat laut Iran pada hujung minggu lalu  telah mencecah seramai 306 orang.

Kebanyakan daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 3,037 orang, Menteri Kesihatan Marzieh Vahid Dastjerdi berkata.

Angka rasmi itu, yang dibentangkan di dalam laporan kepada ahli-ahli politik pada Isnin lalu  dan diterbitkan di laman web Parlimen, adalah lonjakan besar  dari angka rasmi terakhir yang diberikan pada Ahad lalu oleh Menteri Dalam Negeri Moustafa Mohammad-Najjar, yang melaporkan seramai 227 orang  mati dan 1,380 cedera.

Vahid Dastjerdi berkata, daripada 306 kematian, rumah mayat hospital mmengesahkan  219 adalah wanita dan kanak-kanak, dan selebihnya adalah 49 orang lelaki.
Percanggahan antara angka tersebut berkemungkinan kerana ramai ahli keluarga mangsa mengebumikan mangsa sebelum pegawai kerajaan tiba di tempat kejadian.

Beliau juga melaporkan seramai 3,037 orang cedera, ramai yang diberi pertolongan cemas di tempat kejadian, manakala yang lain telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kira-kira 700 pembedahan telah dilakukan, katanya.

Vahid Dastjerdi berkata bahawa "Kami masih meneruskan pencarian mayat-mayat mangsa."

Seorang lagi pegawai, Ghadami Hassan, Timbalan Menteri Pengurusan Krisis, memberitahu sidang parlimen, "Kebanyakan mangsa terbunuh dalam beberapa jam pertama [selepas gempa bumi itu] kerana runtuhan berlumpur yang banyak ... dan struktur rumah lama di rantau ini."

Dua gempa bumi berukuran 6.4 dan 6.3 MMS (Moment Magnitude Scale) melanda barat laut Iran pada Sabtu lalu, meratakan rumah yang dibina dari konkrit dan batu bata lumpur di kampung-kampung ke timur laut bandar Tabriz.


'Sumber yang mencukupi'



(Kesedihan jelas terbayang di wajah rakyat Iran selepas dilanda gempa)

Kerajaan Iran telah melancarkan dana untuk pembinaan segera rumah-rumah di kawasan pergunungan sebelum bermulanya musim sejuk dalam tempoh empat bulan, serentak dengan pengumuman dua hari berkabung.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Abdolhossein Faghih, turut mengumumkan bahawa 230 kampung telah telah rosak teruk, termasuk sebilangan besar rumah-rumah yang hancur sepenuhnya.
Geran kerajaan sebanyak $1,000 setiap keluarga telah diluluskan, bersama-sama dengan pinjaman  dengan faedah yang rendah sehingga $6,000.

Faghih berkata, dalam masa yang sama Bulan Sabit Merah telah menyediakan bantuan untuk lebih daripada 16,000 orang yang kehilangan tempat tinggal, mengedar beribu-ribu khemah selimut, makanan dan air.

Iran menolak tawaran bantuan untuk insiden gempa bumi itu dari beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Turki, Taiwan, Singapura dan Rusia. Iran berkata ia boleh mengatasi bencana itu sendiri.

Pemuda PAS Perak diperkenan berbuka di Istana

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak semalam diperkenan hadir ke Majlis santapan berbuka Ramadhan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.

Rombongan tersebut diketuai oleh Ketuanya, Ustaz Zawawi Hassan bersama 10 yang lain dibarisi oleh pimpinan Pemuda dan barisan Exco.

Turut bersama ialah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat dan warga media, jemputan khas dan pimpinan Kerajaan Negeri.

Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan Majlis Berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh.

Rohingya: Pemuda PAS serah memo ke Asean

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini ke Jakatra, Indonesia bagi menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas masyarakat Islam Rohingya, Myanmar di pejabat Asean di sana.

Penyerahan itu adalah mewakili Kaukus Pemuda Parti Islam Asean, Parti Islam dan NGO Islam Nusantara yang telah membuat resolusi sidang meja bulat di Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.

Delegasi mereka diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Bendahari Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam, Naib Presiden Antarabangsa Parti Bulan Bintang-Indonesia iaitu Tuan Fathurahman Mahfud, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Hilman Ismail dan Setiausaha Agung Partai Kebangkitan Nahdatul Ulama Bapak Saifudin.

Resolusi dan serahan memorandum telah di terima oleh Ibu Teresa Mubin selaku Ketua Pegawai Kakitangan Asean yang mewakili Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Patsuwan.

“Antara intipati utama kita ke sana adalah untuk menyeru agar pihak Asean dapat campur tangan dalam kemelut pembersihan etnik yang berlaku di Myanmar sekarang.

“Kami juga berharap agar Asean dapat memainkan peranannya sebaik mungkin. Kami dari Pemuda PAS Malaysia adalah selaku wakil Sekretariat Pemuda Islam Asean yang dianggotai 25 partai politik, NGO dan gerakan mahasiswa seluruh Asean”, kata Raja Ahmad.

Selain Pemuda PAS, kaukus itu turut disertai Pimpinan Pusat Partai Bulan Bintang (DPP PBB), Pimpinan Pusat Generasi Muda Pembangunan Indonesia (PP GMPI), Dewan Pimpinan Nasional Pemuda Partai Kebangkitan Nasional Ulama (DPN Pemuda PKNU), Pimpinan Pusat Gerakan Pemuda Islam (PP GPI), Pengurus Besa Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI).

Mereka juga disertau Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT) dan juga Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia.

Morsi ‘makin kuat’ selepas rombakan tentera

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 14 Ogs 2012
KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi makin berkuasa selepas keputusan "revolusioner" menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan yang berpengaruh dan mengawal kuasa tentera, lapor media negara itu.

(Morsi bersama Tantawi dan Sami)

Dalam langkah mengejut pada Ahad lalu, Morsi menawarkan persaraan kepada Menteri Pertahanan, Marsyal Tantawi, 76, dan Ketua Staf Angkatan Tentera Sami Anan, dan membatalkan dokumen perlembagaan yang memberikan kuasa perundangan dan lain-lain kuasa kepada pihak tentera.

Suratkhabar Al-Akhbar yang dimiliki pihak kerajaan melaporkan penawaran persaraan Tantawi, yang mengetuai Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) untuk tempoh setahun lebih selepas demonstrasi jalanan besar-besaran yang memaksa Mubarak untuk meletak jawatan, sebagai satu "keputusan revolusioner".

"Ikhwan secara rasminya berkuasa," lapor suratkhabar bebas Al-Watan, merujuk kepada Ikhwanul Muslimin, kumpulan Islamis yang menyokong dan disokong Morsi.

Walau bagaimanapun, tidak semua media menyambut baik langkah itu, di Kaherah, akhbar bebas Al-Shorouk melahirkan kebimbangan terhadap tindakan itu, berkata ini bermakna Morsi telah mengumpul ‘kuasa individu’ yang lebih besar daripada apa yang dilakukan Mubarak".


Penjelasan Presiden


Beribu-ribu penyokong Ikhwan membanjiri Dataran Tahrir, Kaherah – tempat bermulanya revolusi yang menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak tahun lepas - untuk menyambut keputusan itu Ahad lalu.

"Rakyat menyokong keputusan presiden," laung orang ramai.

Namun ada pihak yang menyelar pemecatan Tantawi, yang dilaporkan secara rasmi sebagai persaraan. "Tantawi, bercakap benarlah, adakah Morsi memecat anda?" kata mereka.

Dalam ucapan lewat malam Ahad lalu, Morsi menafikan cuba meminggirkan tentera, tetapi bertindak demi kepentingan negara.

"Saya tidak pernah bermaksud, melalui keputusan saya, meminggirkan atau berlaku tidak adil terhadap sesiapa sahaja, tetapi saya bertindak demikian supaya kita maju ke arah masa depan yang lebih baik, dengan generasi baru, semangat baru yang sudah lama ditunggu-tunggu," katanya.

"Saya tidak berniat untuk memalukan institusi," katanya kerana beliau lebih memikirkan kepentingan negara.

Morsi juga meminda perlembagaan interim untuk menafikan tentera apa-apa peranan dalam proses membuat dasar awam, belanjawan dan undang-undang, dan hak untuk memilih Dewan Undangan bagi merangka perlembagaan yang kekal untuk era Mesir selepas Mubarak.

"Presiden telah memutuskan untuk membatalkan perisytiharan perlembagaan yang diterima pakai pada Jun 17 oleh Majlis Tertinggi Angkatan Tentera,” jurucakap Morsi, Youssef Ali berkata.

Mustafa al-Najar, bekas ahli parlimen Mesir yang dibubarkan, berkata langkah Morsi adalah satu langkah besar dalam peralihan ke arah demokrasi.

"Tiada risiko sama ada rampasan kuasa dari pihak tentera sekarang, atau masa hadapan terhadap Presiden Mesir, seperti yang dipercayai sesetengah pihak,” al-Najar berkata.

"Keadaan itu telah diselesaikan dengan memperkenalkan satu keputusan yang memuaskan banyak pihak.

"Kita telah menyempurnakan sebahagian besar tempoh peralihan yang akan disempurnakan dengan merangka perlembagaan."

Lapoaran asal
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/08/201281313508681304.html

Pemuda PAS rai anak yatim mangsa tragedi Takbai

Harakahdaily, 14 Ogs 2012


(Anggota rombongan bergambar dengan anak-anak yatim mangsa Tragedi Takbai)

TAKBAI (Thailand): Peristiwa pembunuhan dan kekejaman terhadap umat Islam Takbai masih segar lagi di ingatan umat Islam serantau dan anak yatim yang ditinggal terus menderita hingga kini.

Peristiwa yang berlaku itu hanya dipisahkan sebatang sungai antara bandai Takbai, Thailand dan Pengkalan Kubur di Tumpat.

Walaupun dikala ini umat Islam di Rohingya sedang diratah oleh junta Burma, kesan dan penderitaan balu dan anak-anak yatim Takbai tidak dilupakan.

(Raja Ahmad memberikan ucapan di majlis bersejarah ini)

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dengan kerjasama beberapa NGO tempatan telah pergi menziarahi anak-anak yatim yang kehilang ibu dan ayah di asrama anak yatim Takbai minggu lalu.

Berbekalkan kiriman doa dan baju raya, makanan dan sedikit wang, satu majlis penyerahan sumbangan kepada anak anak yatim telah diadakah pada 5 Ogos yang lalu.

Rombongan ini diketuai oleh Naib  Ketua Pemudanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob bersama jentera lajnahnya yang turut serta.

Mereka adalah Timbalan Pengerusi, Ir Haji Ariffahmi, Ustaz Hakim selaku Setiausaha 2, Dr Rosli Ahlani Kader selaku Ketua Unit ParaMedic, Fariz Irwan Datuk Mustafa selaku Ketua Unit Guaman dan Ustaz Mohd Yaser selaku Ketua Unit Perbekalan Lajnah Antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Bandar Takbai yang baru dilantik selepas pilihanraya bandaran, Nawawi Tara.

Nawawi dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada DPPM kerana cakna terhadap anak anak yatim magsa kekejaman Takbai.

Disamping itu Penasihat AYATA (Asrama Anak Yatim Takbai) Ustaz Wan Mohammad juga melahirkan rasa syukur dan gembiranya diatas ingatan dan inisiatif Lajnah Antarabangsa DPPM ini.

Sesungguhnya kunjungan Dewan Pemuda pada kali sedikit sebanyak meringankan sedikit bebanan AYATA dan mampu menceriakan anak anak yatim untuk berhari raya dengan baju baru dan makanan yang berkhasiat.

Dalam ucapan berasingan, Dr Raja Ahmad Iskandar mengingatkan anak-anak yatim dan hadirin yang hadir agar menjadikan ramadhan sebagai penguat semangat dan motivasi untuk terus maju dan berjaya.

Dengan menjadikan hikmah perang Badar dimana tentera umat Islam sedikit dan serba kekurangan tapi mampu menewaskan tentera musrikin begitulah hikmah kepada masyarakat Islam Thailand.

Walaupun minoriti tapi mampu untuk menjadi ummah dan rakyat yang berjaya dan maju dengan menjadikan Islam sebagai panduan hidup dan kerjaya.

Seramai 164 anak anak yatim Takbai dibekalkan sepasang baju raya, duit raya dan sedikit makanan.

Sejumlah RM40000 di salurkan kepada AYATA utntuk pengurusan anak anak yatim dari sudut akademik, kabajikan dan penginapan.

Wang hasil kutipan orang ramai itu disampaikan oleh Dr Raja Ahamd kepada Penasihat AYATA sendiri, Ustaz Wan Mohammad.

PAS, Ustaz Azhar Idrus dan artis

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia begitu komited dalam usaha menyampaikan dakwah di kalangan penggiat-penggiat seni tanah air dan juga anak-anak muda.

Komitmen ini secara jelas ditonjolkan melalui program usrah Musika yang menghimpunkan para artis dan selebriti tanah air dalam satu majlis ilmu.

Semalam Usrah Musika membuat kelainan apabila membawa para pendakwah bebas untuk menjawab setiap persoalan daripada para artis khususnya berkaitan agama.

“Kita tidak pernah menafikan sumbangan dari penggiat seni bahkan terkadangnya mereka menterjemahkan pendidikan kepada masyarakat dalam satu medium yang lebih mudah diterima oleh masyarakat.

"Sebab itu kita mahu mendekati mereka dan memberikan khidmat nasihat di samping merapatkan jurang di antara agamawan dan juga para artis ini”, kata Syed Abdul Kadir yang merupakan naqib bagi Usrah Musika.

Majlis berbuka puasa Musika kali ini turut dihadiri hampir 20 orang artis dan lebih 10 tokoh yang terkenal termasuk ahli politik.

Antaranya Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah, Datuk Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Nik Abduh.

Majlis turut dimeriahkan dengan tokoh pendakwa bebas seperti Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Syed Nur Hisyam.

Sambutan daripada artis juga sangat menggalakkan. Antara yang hadir adalah artis-artis dari kumpulan nasyid, Abby Abadi, Bob Lokman, Leman Raja Lawak, Farah Asyikin, Noryn Aziz dan ramai lagi.

Maklum balas daripada artis juga sangat positif kerana mereka merasakan program seperti ini dapat membantu mereka mendapatkan pandangan dan jawapan berhubung masalah khususnya berkaitan agama.

“Matlamat kita dalam Musika adalah untuk menyediakan satu ruang kepada para artis untuk lebih mengenali Islam.

"Sebenarnya mereka juga ingin mendalami agama mereka dan mereka mahu mendekati ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah," katanya lagi.

Menurut beliau juga, usrah Musika ini juga akan diadakan pada setiap bulan. Para artis adalah dijemput untuk saling bertukar pandangan, maklumat dan ilmu.

Seorang lagi tokoh Umno Sabah akan keluar parti

Harakahdaily, 14 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira-kira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Menurut penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar, tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim kelmarin tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.
Berikut ialah tulisan beliau di dalam blog http://www.msomelayu.blogspot.com/
Seorang lagi tokoh Umno Sabah sedang berkira untuk meninggalkan parti berkenaan dan mengumumkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Tokoh itu yang merupakan anak negarawan Sabah katanya bercadang untuk mengumumkan tindakan keluar parti semasa kunjungan Anwar Ibrahim semalam tetapi tidak jadi kenyataan kerana sebab-sebab tertentu.

Mungkin ia ada kena mengena dengan kunjungan pintas Najib Razak kelmarin. Namun begitu tidak ada maklumat mengesahkan apakah tokoh berkenaan ada bertemua dengan Najib.

Tindakan tokoh Umno ini akan menambahkan lagi goncangan politik di Sabah. Beliau yang merupakan tokoh boleh menarik sokongan Melayu akan memberi kesan besar kepada Umno. Penghijrahan beliau kelak akan menjadikan Umno Sabah ketiadaan tokoh veteran yang menjadi perintis asal Umno di negeri berkenaan.

Tokoh-tokoh Umno Sabah kini seperti Musa Aman, Shafei Apdal adalah tokoh baru yang muncul selepas Umno menang di Sabah.

Mengenai tokoh Umno itu mungkin beliau akan mengistyharkan lepas raya kelak sempena dengan himpunan besar-besaran Pakatan Rakyat yang akan dirangkakan selepas raya.

Tiada ulasan: