Selasa, 14 Ogos 2012

DULU TAK BANYAK KELUAR..BOLEH DIKATAKAN TIADA YANG KELUAR...PUN TERJEJAS..NI KAN RAMAI YANG KELUAR...ARTIS YANG DULUNYA TAK PENDULI POLITIK...SEKARANG BERPOLITIK...ITU PUN BELUM DIKIRA SOKONGAN SENYAP DARI RAKYAT...SOKONGAN SENYAP DALAM PARTI ITU SENDIRI...SOKONGAN SENYAP DARI GULONGAN AGAMA DAN KAKI TANGAN KERAJAAN SENDIRI...NI SEMUA KERJA2 ALLAH..BILA ALLAH BERKENDAK KEPADA FAHAM...MAKA ORANG AKAN FAHAM...BAIKLAH KITA BERUNDUR DENGAN CARA TERHORMAT...

Pak Samad: Saya sentiasa berusaha cari damai

  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:04PM Ogos 14 2012
Penggerak utama Himpunan Janji BERSIH Datuk A Samad Said berkata pihaknya sentiasa berusaha untuk mencari damai dalam penganjuran perhimpunan itu yang dirancang diadakan pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun sasterawan negara itu berkata hanya pihak tertentu sahaja yang "sengaja mempersulitkan" keadaan dan hal demikian bukan datang daripada pihaknya.

NONE"Kadang-kadang yang membibitkan sesuatu yang tidak disenangi bukan daripada kita. Kita mahu melaksanakan cita-cita murni, tetapi sentiasa dikatakan kotor (dan) tidak mengikut undang-undang. Itu semua tafsiran daripada pihak sana," katanya dengan nada kesal.

Tokoh yang mesra dipanggil Pak Samad mengulas rancangan kumpulan anti-BERSIH Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) yang dilapor mengancam untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan itu pada 30 Ogos.

Laporan Berita Harian semalam memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai" bahkan mereka "akan bertindak agresif serta tidak membenarkan" perhimpunan itu berlaku.

Dilaporkan perhimpunan Janji BERSIH itu bakal disertai 26 daripada 80 badan gabungan BERSIH dengan berpakaian kuning. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.

Diminta mengulas lanjut kenyataan Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar bahawa pihak kumpulan itu akan bertindak agresif, Pak Samad yang juga pengerusi bersama BERSIH berkata:

"Itu hak dan kebijaksanaan beliau (untuk menerangkan) apa yang dimaksudkan dengan agresif. Beliau harus menjelaskannya. Jangan senang-senang mulut (bercakap)," kata Pak Samad sinis.

Mengulas kenyataan bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang dilapor mendakwa sambutan Hari Raya Aidil Fitri akan terganggu atau tercemar susulan adanya perhimpunan tersebut, Pak Samad berkata beliau tidak hairan dengan sikap bekas menteri itu.

"Memang itu sikapnya. Dah tidak boleh berubah. Saya langsung tidak hairan dengan kenyataan beliau itu," katanya sambil menjelaskan mesyuarat yang berlangsung malam tadi berhubung perhimpunan itu, akan bersambung malam esok.

Katanya, mesyuarat malam tadi dibuat tanpa kehadiran beliau kerana beliau mempunyai urusan lain.

1. NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH

2. Pak Samad: Saya sentiasa berusaha cari damai
3. #Janji BERSIH: Ingat 30 Ogos di pancuran air Dataran
4. Pak Samad: Polis salah faham, 'Janji Bersih' terus
5. Kuning akan warnai Dataran lagi di ambang merdeka
Sivarasa: Saya tidak bayar atau bimbing Bala
6:26PM Ogos 14 2012
MP PKR Subang R Sivarasa menafikan dakwaan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau membimbing P Balasubramaniam dalam kenyataan bersumpah pertama oleh penyiasat persendirian itu berhubung kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

NONEDalam satu tulisan blog hari ini, MP itu berkata tulisan Raja Petra bertarikh 14 Ogos itu mengandungi "rekaan berniat jahat" dan merupakan "putar belit" yang mencampur aduk kebenaran dan rekaan untuk kesan dramatik.

“Malangnya bagi beliau, penipuan tetap penipuan," kata Sivarasa.

Sivarasa turut mengakui bahawa beliau, Raja Petra dan Balasubramaniam pergi ke sebuah restoran Itali selepas bertemu peguam, M Puravalen pada 2 Julai 2008.

Katanya, mereka berada di restoran itu memandangkan Puravalen telah mempunyai komitmen untuk makan malam lain bersama rakan-rakannya.

"Kami tidak pergi ke sana hanya untuk membincangkan mengenai sidang media," katanya yang menambah, Balasubramaniam turut menyebut kandungan SD tersebut kepada yang hadir.

Tambahnya, peguam Americk Sidhu, yang merupakan peguam Balasubramaniam, merangka SD pertama tersebut "selepas perbincangan dan pertemuan berminggu-minggu" dengan bekas polis itu.

Americk juga hadir ke restoran berkenaan, pada sidang media pada hari berikutnya di ibu pejabat PKR, katanya.

NONE“Agak sukar ditanggap jika disebut senario di mana saya memberi tunjuk ajar kepada Bala di hadapan peguamnya sendiri dan orang yang saya baru temui untuk pertama kali," katanya.
Turut dinafikannya ialah dakwaan Raja Petra bahawa anggota Unit Tindakan Khas polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang didapati bersalah membunuh Altantuya, juga hadir di rumah Paravalen.
“Ianya tidak benar bahawa Bala mengenali Sirul dan Azilah dan fakta itu diberitahu kepada saya dan Puravalen. Sekiranya Bala sememangnya mengenali Sirul dan Azilah, beliau pastinya didakwa bersama mereka," kata Sivarasa.
Sebaliknya, Balasubramaniam hanya direman selama dua minggu selepas kematian Altantuya tetapi dibebaskan tanpa didakwa.
Sivarasa juga menafikan dakwaan Raja Petra bahawa beliau berjanji untuk mengatur pembiaya kepada Balasubramaniam bagi membuat temubual dengan Malaysiakini untuk memburuk-burukkan usahawan Deepak Jaikishan dan timbalan menteri Umno Datuk Hamzah Zainuddin.
“Saya tidak biasa membayar sesiapa untuk membuat kenyataan palsi. Saya ada kegunaan lebih baik untuk wang berjuta-juta yang diperlukan untuk itu, yang tidakpun saya miliki," katanya.
Pemimpin GERAKAN perolok kempen 'Stop 114A'

  • Victor TM Tan
  • 4:08PM Ogos 14 2012
Pemimpin Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang hari ini menjalankan kempen dalam talian yang digelar "BlackOutTipu" sebagai serangan ke atas kempen bantahan ke atas pindaan Akta Keterangan – "Stop #114A".

Tan dalam kempennya meminta penyokongnya supaya mengesan pemimpin Pakatan yang menulis di Twitter sepanjang tempoh kempen tegah siar berjalan.

Tan berbuat demikian kerana menganggap bahawa kempen tegah siar itu bermaksud tidak menggunakan Internet semalam 24 jam.

Kempennya itu dimulakan sejurus selepas kempen tegah siar Internet dimulakan tengah malam tadi.

"Saya fikir orang Pakatan kata mereka akan tegah siar untuk 24 jam tapi mengapa mereka masih (muncul di paparan Twitter) saya? Ini ibarat cakap lain buat lain.

"Rakyat Malaysia gembiar apabila Pakatan kata (ia) akan berada di luar talian... Aman selama 24 jam. Tapi mengapa mereka masih muncul di Twitter?," katanya lagi.

Pemerhati media yang menganjurkan kempen tersebut, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menjelaskan bahawa penyokong tidak perlu berada di luar talian tetapi diminta menimbulkan kesedaran awam ke atas isu tersebut.
Tiga lagi MP BN akan lompat, dakwa Lajim
2:12PM Ogos 14 2012
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

“Ini (keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti mereka.

“Mereka akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada Keadilan Daily.
Menurut Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.

“Beberapa lagi ketua cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .

“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.
Samy menjangka 'tentangan sengit' BN tambah majoriti
2:36PM Ogos 14 2012
Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi 'tentangan sengit' untuk memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-13, walaupun ia memiliki kelebihan sebagai parti yang membangunkan negara, kata bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.
  
"Pilihan raya kali ini penting dan BN perlu bekerja keras untuk meraih majoriti lebih besar. Kami tak boleh memandang rendah kekuatan  pembangkang," katanya.
  
Dalam wawancara dengan Bernama di New Delhil, ahli politik  veteran ini berkata parti komponen BN perlu berganding bahu dalam semua perkara agar orang ramai memahami perubahan yang dibawa BN melalui pemimpinnya Datuk Seri Najib Tun
Razak.

"Memang ada sungutan sebelum ini, tapi Perdana Menteri berusaha untuk menebus kelemahan pada masa lepas," kata beliau yang berada di New Delhi untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Perkapalan India GK Vasan tentang projek pembangunan di bawah kementerian itu.
  
Samy Vellu mengadakan perjumpaan dengan Vasan atas kedudukannya sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Tenggara Mengenai Infrastruktur.
  
Samy Vellu berkata semua parti komponen BN perlu bertemu rakyat secara bersama.
  
"Turunlah padang secara bersama. Berjumpalah dengan orang ramai dan fahamilah apa yang mereka mahu daripada kita dan penuhilah permintaan mereka," katanya.
  
Ditanya tentang kelebihan BN, beliau berkata parti gabungan itulah yang membina Malaysia dan membawa pembangunan yang membolehkan rakyatnya meningkatkan taraf hidup serta menikmati kehidupan lebih sejahtera.
  
Bagaimanapun, terdapat beberapa sungutan, khususnya daripada masyarakat India, yang perlu diberi perhatian sebelum pilihan raya umum diadakan, katanya.
  
- Bernama
Rosnah: Tindakan keluar parti tak jejas persediaan PRU13
4:27PM Ogos 14 2012
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin percaya tindakan segelintir pemimpin parti komponen BN bertukar arah kepada pihak pembangkang tidak menjejaskan persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Rosnah yang juga timbalan menteri kesihatan berkata rakyat Sabah semestinya bijak menilai ketelusan dan keprihatinan kerajaan BN dalam membela nasib rakyat.

"Kita yakin dengan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan negeri yang ditunjangi Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan akan kita perjuangkan hingga detik akhir dengan memenangi kerusi dan kawasan yang dimenangi pembangkang (pada pilihan raya lepas)," katanya di Kota Bharu hari ini.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan pemimpin dari kalangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) dan Umno meninggalkan BN, pada majlis Bubur Lambuk sempena RTM Jelajah Merdeka Raya di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kota Bharu.
  
Rosnah berkata pemimpin yang meninggalkan BN itu mempunyai agenda tersendiri yang tidak akan memberi kesan kepada usaha bagi memastikan kerajaan BN kekal menjadi pilihan rakyat di negara ini khususnya di Sabah.

- Bernama
Exco: SPAN, Upen setuju struktur semula bekalan air

  • Zulaikha Zulkifli
  • 2:02PM Ogos 14 2012
Exco kerajaan negeri Dr Xavier Jayakumar berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (Upen) mempersetujui rancangan Selangor untuk menstruktur semula bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai hasil daripada program Dialog Air Selangor 2012 di Dewan Sivik Petaling Jaya hari ini.

"Upen, SPAN dan orang ramai semuanya bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula hasil daripada dialog ini," katanya.

Selain itu, Xavier berkata, kerajaan negeri juga bercadang untuk membuka semula loji rawatan air di Bukit Jelutong sebagai salah satu tindakan mengatasi masalah air di Selangor.

Loji berkenaan akan dibuka semula dalam tempoh dua hingga tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas program dialog yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu.
Dalam perkembangan sama, Xavier berkata, kerajaan negeri tidak menolak seratus peratus projek pembinaan loji Langat 2 memandangkan sebahagian daripada pembinaannya telahpun dimulakan.

''Banyak kekeliruan yang ada bagi Langat 2. Kita perlu kaji dulu. Tidak menolak sebab terowong telah dibina.

"Tetapi apa yang penting ialah kita perlu penstrukturan terlebih dahulu. Kemudian baru kita bincang bagaimana untuk Langat 2," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua yang turut hadir ke dialog hari ini berkata suruhanjaya itu bersetuju dengan penstrukturan semula bekalan air Selangor, namun mengharapkan agar projek Loji Rawatan Air Langat 2 tetap diteruskan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas dialog tersebut, berkata loji rawatan Langat 2 itu penting bagi memastikan bekalan air mencukupi sehingga tahun 2015.

"Langat 2 perlu diteruskan. Jika tidak, pada 2015 air akan berkurang. Kita perlu lakukan sesuatu. Industri berharap agar kita dapat bekerja bersama dengan kerajaan negeri untuk pembangunan negara," katanya.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk memuktamadkan pengambilalihan syarikat terbabit selewat-lewatnya pada September.

Langkah itu demi mempercepatkan proses penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu, kata Khalid.
VIDEO | 3.12 min
Tukar status sekolah agama tak jejas kuasa k'jaan Johor
3:59PM Ogos 14 2012
Pendaftaran 28 buah Sekolah Agama Negeri Johor sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tidak sesekali mengurangkan bidang kuasa kerajaan negeri dan Sultan Johor terhadap pengurusan sekolah berkenaan.
  
Sultan Johor Sultan Ibrahim Su1tan Iskandar bertitah kuasa mutlak baginda terhadap hal-ehwal agama Islam Johor juga tidak akan terjejas atau berkurangan berikutan pendaftaran sekolah tersebut sebagai SABK.
  
"Kuasa mutlak raja tidak akan terkurang atau terjejas dengan pendaftaran itu. Sebarang keputusan (mengenai sekolah terbabit) hendaklah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Negeri Johor dan disembah (kepada baginda) terlebih
dahulu," titah baginda hari ini.
  
Baginda bertitah demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman pendaftaran sekolah agama negeri sebagai SABK di Persada Johor.
  
Turut hadir pada majlis adalah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.
  
Di majlis itu, sebanyak 20 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan lapan buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) di Johor didaftarkan sebagai SABK.
  
Sultan Johor selaku ketua agama Islam negeri bertitah sekiranya terdapat sebarang pelanggaran perjanjian yang ditandatangani hari ini, baginda tidak akan teragak-agak untuk membatalkannya.
  
"Perjanjian hari ini tidak bermakna pengambilalihan kuasa kerajaan negeri tentang pentadbiran sekolah-sekolah agama oleh kerajaan pusat," titah baginda.
  
Mengenai pelantikan guru besar dan guru di sekolah agama itu, baginda mahu keutamaan diberi kepada rakyat Johor, sebelum dibuka kepada calon luar sekiranya tiada calon dari negeri ini.
  
Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya berkata perjanjian tersebut tidak akan menjejaskan kuasa Sultan Johor, Majlis Agama Islam Johor, Jabatan Agama Johor dan pihak berkepentingan yang lain.
  
"Ini telah ditetapkan dalam Perkara 17 memorandum persefahaman yang jelas menyatakan bahawa kuasa-kuasa pihak berkepentingan adalah kekal, malah masih
mempunyai tanggungjawab terhadap sekolah-sekolah berkenaan," katanya.
  
Katanya dengan kemasukan sekolah agama negeri Johor sebagai SABK, seramai 684 guru dan 116 petugas sokongan akan diberi peluang menjawat jawatan tetap dan berpencen di bawah Kementerian Pelajaran.
  
Melalui perjanjian hari ini, katanya pelbagai kemudahan disediakan kepada guru termasuk latihan, gaji yang kompetitif, kenaikan pangkat, pencen dan pinjaman perumahan.
  
Bagi murid-murid pula, Muhyiddin berkata selain mendapat pendidikan berkualiti, mereka juga akan mendapat kemudahan seperti bantuan perkapita, bantuan makan asrama, bantuan buku teks sebagaimana yang dinikmati sekolah arus
perdana.
  
"Dalam aspek pembangunan pula, SABK juga akan menerima bantuan untuk pembangunan fizikal bagi memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif," katanya.
  
- Bernama
 
Bantah Seksyen 114A
Hari Internet Blackout,
14 Ogos 2012

  1. Ketahui lebih lanjut bagaimana pindaan ini boleh mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.
  2. Sokong:Satu Juta Ratyat Malaysia Bantahan Seksyen 114A

  3. Share on Facebook
     
     

Tiada ulasan: