Penganalisis yakin Pas tidak akan pecat Nasha
27 Ogos 2012
Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Ahli Parlimen Bachok itu masih mempunyai ramai pengikut terutama daripada kelompok golongan sederhana.
“Nasharudin tidak akan dipecat oleh parti. Malah beliau sendiri tidak akan keluar Pas walaupun sehaluan dengan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali,” kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Syura bagi menentukan kedudukan Nasharudin dalamparti itu pada 9 September nanti.
Nasharudin sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mencadangkan supaya parti itu keluar daripada pakatan pembangkang jika DAP terus menentang hukum hudud.
Awal minggu lalu, media memaparkan gambar Nasharudin bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama di Makkah.
Nasharudin juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan usaha ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan Umno-Pas.
Mengulas lanjut, Samsul Adabi berkata, Nasharudin hanya akan keluar daripada Pas bergantung kepada tawaran Barisan Nasional (BN) kepadanya.
Umno Terengganu: Islam tak benar tahalluf Pas-DAP
27 Ogos 2012
Paling ketara katanya, kerjasama dengan parti itu bertujuan menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan DAP menentang penubuhan sebuah negara Islam dan juga hudud yang diperjuangkan Pas.
Sehubungan itu, beliau berkata, cukup jelas pakatan yang berlaku bukan untuk membangunkan syiar Islam, sebaliknya lebih memikirkan strategi mendapatkan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang didominasi orang Islam.
“Kalau kerjasama itu atas perkara lain seperti untuk tujuan keselamatan, itu tidak mengapa tetapi apa yang dilakukan pembangkang adalah pakatan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau turut menyokong kenyataan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman sebelum ini bahawa berdosa sekiranya seseorang memilih calon dan pemimpin yang menolak Islam serta berhasrat menghidupkan agama lain di negara ini.
Muhammad Ramli berkata, pakatan yang berlaku antara Pas dan DAP juga lebih cenderung untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa di negara ini, dan bukannya merealisasikan perjuangan sebenar ke arah membangunkan negara Islam.
“Ini bukan tahalluf yang dibenarkan dalam agama, bahkan Pas sendiri bukannya mempunyai kerusi majoriti dalam pakatan tersebut dan tidak boleh berpakat. Lagipun, dalam negara sendiri lebih ramai yang beragama Islam berbanding yang bukan,” katanya.
Beliau berkata, gabungan antara Umno, MCA dan MIC adalah berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana Umno memiliki kerusi majoriti dalam Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, mengulas kenyataan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah yang membandingkan pendirian DAP sebagaimana berlaku terhadap orang kafir sebelum pemerintahan Islam di Madinah, beliau menegaskan keadaan yang berlaku ketika ini tidak sama dengan dahulu.
Abu Bakar sebelum ini memberitahu bahawa beliau percaya DAP akan berubah pendirian selepas hudud dan negara Islam dapat dilaksanakan di negara ini.
Jelasnya, ketidakyakinan masyarakat bukan Islam terhadap penubuhan sebuah negara Islam pernah berlaku sebelum pembentukan negara Islam pertama di Madinah dan menegaskan apa yang berlaku terhadap DAP adalah persepsi awal sebagaimana berlaku pada zaman tersebut.
“Apa yang dikata Pas itu tidak sama, analisa yang tidak tepat dan tidak betul. Rasul diberi kuasa utama yang merujuk kepada beliau sendiri sebagai seorang Rasul dan Islam pada waktu itu pula adalah minoriti. Sedangkan apa yang berlaku ketika ini menunjukkan bahawa orang Islam adalah majoriti,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas seolah-olah mencari rakan kongsi untuk memastikan cita-cita memerintah negara tercapai dan mendakwa Pas sebenarnya tidak mampu merealisasikan hasrat tersebut bersendirian.
Anwar: Jika jadi PM, saya tak tinggal di Putrajaya
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya dipilih
menjadi perdana menteri, beliau tidak akan tinggal di kediaman rasmi di
Putrajaya."Bil elektrik di tempat itu terlalu tinggi," katanya dalam majlis rumah terbuka PKR di Bukit Gantang, Perak semalam.
"Bil (elektrik) saja mencecah beberapa ribu (ringgit)," katanya lagi sambil disambut gelak ketawa orang ramai yang gembira dengan ejekan terhadap dakwaan pembaziran BN itu.
Kira-kira 2,000 orang hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Simpang.
Anwar berkata, sekiranya menjadi perdana menteri, beliau merancang tinggal di rumahnya di Bukit Segambut dekat ibu negara.
Menurutnya lagi, beliau juga akan menggalakkan menteri-menteri tidak membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.
"Kekayaan negara adalah rahmat yagn dirakusi oleh sesetengah pihak. Minyak, balak sebenarnya milik kita semua," katanya lagi.
"Orang Melayu benar antara yang termiskin. Tetapi terdapat juga orang Cina, India, Kadazan dan Dayak yang miskin. Mereka semua ini juga berhak mendapat bahagian yang menjadi milik mereka."
Pensyarah UiTM: Dasar air percuma 'tak bijak'
Dasar
kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun
lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata
seorang ahli akademik.
Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.
"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama hari ini.
Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."
Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.
Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu di Kuala Lumpurr.
"Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."
Dr Suhaimi berkata rakyat negeri Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.
"Rakyat negeri Selangor kena guna air secara berhemah supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. Ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang."
Beliau berkata negara-negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah "kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air."
"Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku, membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," kata Dr Suhaimi.
Dr Suhaimi menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, katakan setiap beberapa tahun, ia perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.
"Maksudnya begini: Dalam negara ini, apa sahaja (bayaran bagi) barangan dan khidmat yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Ini kerana kita biasanya mendapat apa sahaja dengan percuma atau melalui subsidi.
Jadi bila anda cuba untuk mengambilnya balik, orang ramai akan kata ini hak kami, jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukan persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu itu untuk membayar."
Beliau berkata air yang merupakan keperluan asas bagi setiap orang, tidak sepatutnya diberi secara percuma kerana ia memberi makna bahawa komoditi yang berharga itu tidak mempunyai nilai.
- Bernama

Raja Mohd Shahrim · Langgani · Pengulas Tertinggi
Prof.. bagaimana dgn air diperdagangkan?? Usah cerita mengenai lestari whatever jika, pengswastaan bekalan air menguntungkan kroni dan membebankan rakyat..aku rasa persepsi rakyat selangor tidak menghargai air percuma adalah dakyah semata..malahan mereka amat bersyukur dgn keprihatinan kerajaan negeri. Sampai bila setiap dasar yg mengutamakan kepentingan rakyat oleh PR hendak dimomokkan dan dipolitikkan? Sampai bila rakyat harus menerima kenaikan kos hidup yg meningkat saban tahun tanpa ada satupun alternatif utk mengurangkan bebanan.. Kerajaan sibuk mengejar status negara maju sedangkan kualiti sarahidup rakyat merosot..?
Farid Sharif · Pengulas Tertinggi · De asuntos económicos di Autoridad de Desarrollo de Pesca de Malasia
Nazmi Sabran · Pengulas Tertinggi · umur 33 tahun
beri air percuma pada rakyat tidak bijak.......beri duit percuma RM250j pada Shahrizat bijak...lupus hutang tajuddin Ramli RM580j bijak....Beri RM19Billion pada Konsessi IPP bijak.....bail out syarikat anak mamak kutty bijak...beli cincin rosmah RM24juta bijak......BODOH punya Professor....siapa setuju Proffessor ni BODOH tahap LEMBU NFC sila "like"
Raden Zul Qornain · Pengulas Tertinggi · Network Engineer di Engineer
Inilah Melayu bila dapat jawatan....Lupa diri dan mula beri komen-komen tentang pentingkan diri. Satu hari Allah SWT akan bayar cash kepada Professor takde otak ini. Dia ingat semua orang gaji besor cam dia..jawatan besor cam dia. Baru dapat duduk kat Uitm dah berlagak. Aku bukan cemburu, tetapi lepas Ramadhan camni seorang professor tidak menikmati Ramadhan dengan baik. Puasa atau tidak...Puasa melatih kita bersifat mengingati orang susah. Professor yang senang ni dan kaya ni takde mendalami makna Ramadhan...Boleh sapa2 bagitau tak dia dok mana, masjid mana dia terawih...ingat nak pesan kat Imam Masjid taman dia untuk tarbiyah Professor Akademik ni...Langsung tiada nilai kemanusiaan....Nak jadi YB ke tu....Jek semacam ajer...
Razman Rashid
prof. kangkung mcm ni laa..ade ke hal berkaitan kebajikan rakyat di beri percuma di katanya tindakan yg tidak bijak? sedarkah brape dana rezab yg terkumpul oleh kerajaan negeri selangor skrg? bkn rugi samdol weih..makin untung namanye tu..sedekah pd rakyat melalui air, tuhan gantikan semula dr sumber lain. dapat title prof. beli kot??
Disinilah Lubuk Buat Duit Untuk Anda.....Anda Tak Pandai Menaja.....Atau Betul Betul Buta IT....Disinilah tempat Anda jana Pasif Income Setiap Bulan...
http://bit.ly/PbaWCt
Shakri Othman · Pengulas Tertinggi
mengurangkan pendapatan selangor tapi selangaor ada rizab tunai dekat rm2billion....org miskin tidak membazir air, yg membazir air org kaya2...untuk siram pokok bunga, untuk kolam renang sahaja berganda-ganda dari org miskin guna untuk keperluan harian...rumah PM di putrajaya berpuluh ribu bil air sebulan kenapa persyarah UITM ini tak nak ulas.....
Farid Sharif · Pengulas Tertinggi · De asuntos económicos di Autoridad de Desarrollo de Pesca de Malasia
Mansor Abdullah · Pengulas Tertinggi
pROF anda bercakap berdasarkan taraf hidup anda ... anda mungkin jahil tentang hasrat dan kemampuan golongan miskin atau anda hanya profesor kangkong.....tahukan anda apa itu prof kang....mengikut kamus moden profesor kangkong adalah profesor yang akan berkokok disituasi yang sesuai dengan kehendak penandatangan cek gaji, betul atau salah soal yang kelima , ada atau tiada alasan soal ke tujuh.....malang kepintaran anda hanya bermanafaat bagi penyangak....
Air percuma: Pas Selangor sangkal pandangan profesor UiTM
27 Ogos 2012
Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Prof Dr Suhaimi Abu Talib dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) jelas memperlihatkan sikap sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak senang dengan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
" Kenyataan yang dibuat itu menunjukkan bahawa profesor berkenaan tidak mengikuti perkembangam yang berlaku dalam negeri Selangor.
"Pandangan Dr Suhaimi sangat tersasar apabila beliau mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan," kata beliau sambil menambah, ''apakah beliau tidak meneliti rekod rizab kewangan kerajaan Selangor sekarang ini berbanding rekod kewangan zaman BN'."
Katanya, "(sebelum 2008), BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat."
"Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 billion," kata beliau dalam satu kenyataan.
Suhaimi dipetik Bernama berkata, dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.
"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.
Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT UiTM memberi amaran, "kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga."
"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya lagi.
Sehubungan itu soal Khairuddin, apa asas Suhaimi apabila mengatakan kemudahan infrastruktur terabai.
" Pas Selangor melihat beliau cuba mempertahankan dasar BN yang jelas gagal dalam mengurus kewangan negeri. Pas Selangor tekankan bahawa matlamat kerajaan adalah bukan untuk berniaga dengan rakyat.
"Tanggungjawab kerajaan memerintah adalah untuk menjaga dan memberi kebajikan kepada rakyatnya sebaik mungkin. Dengan sebab itu kita percaya rakyat boleh menilai dan membezakan antara dasar Pakatan Rakyat dan dasar BN," katanya.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya mahu Suhaimi agar dapat mengkaji rekod yang ada, bukan membuat andaian politik semberono, sesuai dengan kedudukan beliau sebagai seorang profesor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan