Selasa, 21 Ogos 2012

FAHAM ISLAM..CINTA ALLAH DAN RASUL...CINTA KEAMANAN...MENGAMALKAN ISLAM DALAM BENTUK BENAR2 FAHAM....MEREKA AKAN SOKONG ISLAM...AHLI MAKSIAT ...MENINGGALKAN AJARAN ISLAM MEREKA TAK SOKONG ISLAM KECUALI ALLAH BERI HIDAYAH AGAR MENYOKONG ISLAM

Aidilfitri bantu kempen PAS Kelantan?

  • Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri
  • 7:53AM Ogos 21 2012
Kedatangan Aidilfitri pastinya dinanti-nantikan seluruh umat Islam; bagaimanapun bagi PAS Kelantan, manisnya mungkin berganda.

Ini kerana, sebagai parti pemerintah, mereka lebih berpeluang menganjurkan pelbagai program sambutan menjelang dan semasa Hari Raya, termasuk mendekati anak negeri yang berperantauan.

Bagi pemerhati politik, keadaan ini amat menguntungkan, lebih-lebih lagi jika pilihan raya berlangsung tidak lama selepas hari raya Aidilfitri.
Dalam pilihan raya umum lalu, parti Islam itu berjaya bangkit daripada kemenangan tipis pada 2004 dengan meninggalkan BN hanya enam daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sebuah lagi kerusi dimenangi sekutunya PKR.

Kejayaan itu dianggap pelbagai pihak ekoran kejayaan mereka mendekati golongan muda dan pengundi luar negeri Cik Siti Wan kembang itu.

"Setelah belajar daripada 2008, strategi ini mungkin digunakan kembali. Sebabnya, pengundi dalam negeri, di kampung-kampung dapat dicula dengan mudah. Siapa memang dan jumlah undinya sudah tahu.

"Tetapi ini tidak boleh dibuat terhadap pengundi yang baru pertama kali mengundi dan pengundi luar daripada Kelantan," kata penasihat eksekutif Ilham pusat tinjauan bebas Ilham Center Hisomuddin Bakar.

Hisomuddin berkata, golongan itu amat penting didekati kerana mewakili kira-kira 30 peratus daripada seluruh pengundi negeri itu.

Katanya, walaupun program sambutan perayaan hanya mampu menambahkan sokongan paling banyak sehingga 5 peratus, tetapi ia penting bagi PAS untuk mengekalkan sokongan sedia ada, sekitar 70 peratus daripada pengundi luar.

BN boleh ambil pendekatan sama


Malah, terdapat cakap-cakap bahawa Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kini terpaksa bertungkus lumus menemui seramai mungkin pengundi luar menjelang pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi dengan mengambil peluang sempena ketibaan Hari Raya.

Bagaimanapun, menurut seorang aktivis persatuan anak negeri, tindakan yang sama juga mungkin diguna pakai musuh politiknya daripada BN.

"BN pun mungkin sudah belajar daripada kesilapan pada 2008. Dulu mereka tak kisah pun dengan persatuan anak negeri (Kelantan di perantauan)," kata Penasihat Persatuan Anak Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA), Wan Johari Wan Omar.

Ditanya tentang isu utama yang boleh mempengaruhi undi golongan itu, Wan Johari berkata, ia masih berkitar soal kemudahan akses ke negeri itu, termasuk pembinaan lebuh raya.

"Isu lapangan terbang, kena banyak penerbangan, jalan nak balik mesti mudah dan bila dah sampai sana mesti tak sesak. Itu sebab menteri besar sebelum ini umum projek Lebuh Raya Rakyat baru-baru ini," katanya lagi.

PERSADA adalah antara NGO yang aktif selain Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (Perakan) yang dianggap sebagai "badan payung".
PAS Kelantan nafi sokongan merosot

PAS Kelantan ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menolak tanggapan bahawa PAS kini lemah sehingga terpaksa menggunakan sambutan hari raya untuk berkempen.

Sebaliknya, sokongan rakyat termasuk di perantauan kepada kepimpinan Nik Aziz dikatakan semakin bertambah sejak berjaya menekan kerajaan pusat dalam isu royalti minyak dan gas yang dituntutnya.

"Itu (sokongan merosot) tidak betul. PAS Kelantan dan Pakatan Rakyat mendapat sokongan daripada rakyat secara menyeluruh.

"Ini kerana isu-isu tempatan seperti royalti, bukan kerajaan negeri sahaja yang tuntut, tetapi rakyat sendiri kini juga menuntut," kata ketua penerangannya Dr Mohd Fadzli Hassan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia "memberi kesan" kepada PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya majoriti anak Kelantan tidak pulang untuk mengundi.

"Mereka ingin mengetahui suasana politik di Kelantan seperti mereka buat (majlis berbuka puasa) baru-baru ini di Karangkraf (di Shah Alam).

"Kita buat sekerap mungkin untuk penduduk luar Kelantan mengetahui suasana politik," katanya lagi.

Sementara itu, seorang pemimpin kanan yang enggan namanya disebut berkata, kebimbangan terhadap kemerosotan sokongan anak negeri hanya tanggapan yang sentiasa ditimbulkan apabila pilihan raya semakin hampir, yang didakwanya menjadi trend sejak 1990.

"Bagi saya kebimbangan itu sentiasa wujud disebabkan konfrontasi parti politik sebagai permainan fikiran untuk menarik sokonga rakyat," katanya.

Umno takut keakraban PAS-DAP - Anwar

Mohd Sabri Said, 21 Ogs 2012
PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP.

Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya.

"Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS.  Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di rumah terbuka Aidil Fitri  Parlimen Permatang Pauh dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti di halaman Pejabat Pusat Khidmat Dun Penanti semalam.

Tambah beliau lagi, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno BN sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

Jika kita tidak melatah katanya, apa isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.

"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri.

"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.
Karpal: DAP sentiasa tentang lompat parti
3:00PM Ogos 20 2012
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata parti itu sentiasa menentang tindakan melompat parti.
  
Beliau berkata tindakan itu adalah satu perkara yang serius kerana melibatkan pengkhianatan anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat.
  
"Anda tidak boleh mengambil tindakan sendiri yang bertentangan dengan kehendak rakyat dan DAP tidak akan bertolak ansur dengan tindakan melompat parti," katanya kepada pemberita di George town hari ini.
  
Karpal juga berkata DAP berharap pilihan raya umum akan datang adalah bersih dan calonnya juga bersih serta tidak mengkhianati rakyat.

Beliau berkata mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan
berpersatuan.

- Bernama

Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Harakahdaily, 21 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

“Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara.

“Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?” soal Riduan.

Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud.

“Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru.

Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini.

“Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN,” tegasnya

Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur Mahathir

Mohd Azmi Abdul Hamid, 21 Ogs 2012
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat isu perlaksanaan hudud dan mewujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau tidak tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk menunaikan perintah Allah Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila  melihat perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik dengan mengajak PAS bersama Ummo.

Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.

Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.

Pengisytiharan bahawa negara ini adalah negara Islam yang beliau ungkapkan tidak terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau. Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman beliau.

Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud PAS. Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak  apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud.

Penolakan perlaksanakan hudud oleh Karpal Singh tidak mengejutkan kerana beliau seorang bukan Muslim dan hujah beliau adalah berdasarkan perlembagaan negara. Namun penolakan hukum hudud oleh Umno yang bersekongkol dengan MCA, Gerakan selama 55 tahun berkuasa, yang jelas membantah perlaksanaan hukum hudud, adalah lebih parah.

Kenapa pemimpin-pemimpin Umno bersikap mengelak dan membisu untuk menyatakan pendirian ketika MCA dan Gerakan dengan lantang menolak perlaksanaan undang-undang Islam sepenuhnya?

Bukankah sejumlah kenyataan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau adalah orang yang paling keras menolak perlaksanaan hudud dan perlaksanaan sistem Islam secara menyeluruh?

Malah beliau mengecam ulama yang berpendirian tegas untuk menuntut hukum hudud dan perundangan Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Malah jika disemak semua kenyataan beliau mengenai hukum hudud, sepatutnya para mufti menegurnya beliau dari awal lagi kerana kenyataannya boleh menjejaskan aqidahnya.

Sekarang kerana terdesak untuk mendapat pengundi Melayu, Mahathir menyerang PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Mahathir ternyata bermuslihat politik oportunis untuk meretakkan hubungan di kalangan parti politik musuh Umno Barisan dan cuba mengujudkan polemik dalam masyarakat untuk menolak gelombang Pakatan Rakyat.

Mempolitikkan hukum hudud untuk meraih undi Melayu inilah yang Teras kesali dan mengutuk sekeras-kerasnya. Sesungguhnya isu ini sudah terlalu lama diketengahkan secara bermusim oleh media arus perdana sehingga yang menjadi mangsa ialah masyarakat awam kerana terperangkap dengan perbahasan bersetimenkan politik bukan berasaskan ilmu.

Pernyataan seorang Ahli Adun Umno di Johor supaya hudud dilaksanakan itu sendiri tidak disambut oleh pimpinan Umno sendiri apatah lagi Umno mahu benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud di peringkat pusat.

Kini polemik hukum hudud sekali lagi dilontar oleh media bertujuan mengujudkan kesangsian rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Pendekatan yang sepatutnya Umno lakukan ialah menyatakan sikapnya terhadap MCA dan Gerakan dalam isu ini dan mengusulkan sokongan kepada hukum hudud di Parlimen.

Hukum hudud bukan untuk dipersendakan dan untuk dilayan bagaikan bola yang dilontar ke sana ke mari. Pemimpin Umno harus insaf bahawa isu ini adalah isu hukum Allah yang semua insan Muslim yang memegang kuasa akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti

Teras mendesak agar semua pihak menghentikan polimik hukum hudud yang menghina hukum Allah dan mencari jalan dengan bersungguh agar perlaksanaan hukum Islam dimartabatkan kepada taraf yang sewajarnya.

Perbahasan bertujuan mengambil  kesempatan menyerang parti politik lawan tidak akan membawa apa-apa makna malah hukum Allah diletakkan ke taraf yang hina bila dihujah oleh mereka yang jahil dan bersikap sembrono kepada perundangan Islam.


Penulis ialah Presiden Teras.
MCA Kedah setuju hudud
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
21 Ogos 2012
Datuk Chong Itt Chew
Datuk Chong Itt Chew
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.
Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.
"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.
Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.
"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.
"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.
Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.
"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.
Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama
pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud
Laksana hudud tidak perlu syarat
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
 Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana  Menteri.
“Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
“Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya,” katanya.
Nenek 76 tahun kena cabul
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
Nenek kena cabul
Loo Moi (kanan) ditemani Pengerusi Rukun Tetangga, Tan Seong Fatt (kiri) dalam sidang media, semalam.
IPOH – Rutin harian seorang nenek mengambil angin pada awal pagi bertukar menjadi pengalaman pahit apabila wanita berusia 76 tahun itu menjadi mangsa cabul di kawasan Pasir Pinji,  Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kuan Loo Moi dalam perjalanan pulang selepas selesai melakukan senaman pagi bersama rakan-rakannya di taman berhampiran.
Menurutnya, dia yang ketika itu berjalan sendirian menuju ke rumah, merasakan ada seseorang mengekorinya.
“Tiba-tiba seorang lelaki memeluk saya dari belakang dan meraba- raba di setiap bahagian badan,” katanya dalam satu sidang media bersama Pengerusi Rukun Tetangga Taman Bunga Raya, Taman Pinji dan Taman Melor, semalam.
Loo Moi berkata, dia menjerit untuk menarik perhatian jiran-jiran berhampiran.
“Pada masa sama, saya berusaha melepaskan pegangan daripada lelaki itu namun pegangannya sangat kuat.
“Tidak lama selepas itu, dia melepaskan dan berjalan tenang ke motosikal yang diletakkan bersebelahan dengan rumah saya,” katanya.
Loo Moi berkata, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan difahamkan ia merupakan kejadian ketiga berlaku di kawasan perumahannya.
“Anak-anak saya telah meminta saya untuk pindah, tetapi saya dan suami berkeras untuk tinggal disebabkan kemudahan yang terdapat di kawasan ini.
“Kejadian ini tidak mematah semangat saya untuk meneruskan rutin harian berjalan pagi dan meminta semua penduduk berhati-hati,” katanya.

Tiada ulasan: