Bayar royalti sekarang, buktikan 'janji ditepati'
Aspan Alias, | 09 Ogs 2012 |
Isu
pembayaran royalti minyak negeri Kelantan menjadikan banyak pihak
merasakan yang UMNO sedang bermain silap mata lagi. Mengikut Akta
Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh
Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 yang lalu
amat jelas. Tindakan Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk
meneliti pembayaran royalti itu adalah satu taktik yang boleh dibaca
oleh banyak pihak dengan mudah.
Tengku Razaleigh telah mempersoalkan penubuhan jawatankuasa itu dan menganggap penubuhan jawatankuasa itu sebagai tindakan dolak dalik kerajaan Persekutuan terhadap rakyat negeri Kelantan. Jawatankuasa itu ditubuhkan seolah-olah masih belum ada tata-cara untuk membayarnya sedangkan semuanya itu telah pun di sempurnakan dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak pada bulan Mei 1975 yang lalu.
Hanya yang perlu dilakukan ialah pihak Petronas menghormati perjanjian itu sebagaimana yang telah dipersetujui dan di tandatangani itu. Pembayaran yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah secara tunai sebanyak dua kali setahun sebanyak 5 peratus dari harga FOB minyak yang dikeluarkan dari perairan Kelantan. Pembayaran itu wajib dibayar pada setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun dan setakat ini Petronas belum lagi menghormati perjanjian itu. Anggaran jumlah tunggakkan yang perlu dibayar oleh Petronas kepada kerajaan Kelantan sekarang ialah sebanyak RM7 billion.
Apa yang perlu dilakukan oleh Petronas ialah membayar sahaja jumlah itu kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Tidak perlu lagi menubuhkan jawatankuasa khas untuk pembayaran ini kerana segala tata-cara dalam perjanjian itu sudah lengkap dan dengan penubuhan jawatankuasa itu tidak akan dapat mengelakkan sesiapa untuk beranggapan yang itu hanyalah sebagai satu ‘political ploy’ pihak BN untuk mendapatkan sokongan dari rakyat Kelantan dalam PRU yang akan datang ini.
Penubuhan jawatankuasa itu belum pasti lagi dapat menentukan yang perjanjian yang telah ditandatangani itu akan dilaksanakan. Helah yang dibuat oleh Perdana Menteri ini ibarat menyorok di belakang pelita yang terang atau menyuluh di sebalik telunjuk. Inilah masalahnya jika pemimpin kita masih berfikir yang rakyat khususnya rakyat Kelantan masih boleh diperbodoh-bodohkan.
Pada pandangan saya, rakyat Kelantan tidak boleh berganjak walau seinci dari perjuangan untuk mendapatkan hak mereka dalam isu royalti minyak ini. Selagi pembayaran tidak sampai ke perbendaharaan negeri Kelantan, mereka (rakyat Kelantan) wajib untuk menolak keengganan kerajaan Persekutuan untuk membayar apa yang sepatutnya dilakukan terhadap Kelantan.
Tubuhlah apa-apa jawatankuasa sekali pun, jika pembayaran tidak sampai sebelum pilihanraya, jawatankuasa itu hanyalah merupakan satu helah politik yang sangat dangkal dan mudah dibaca dengan jelas oleh kita, lebih-lebih lagi oleh rakyat Kelantan yang telah dinafikan hak mereka selama ini. Najib nampaknya menubuhkan jawatankuasa untuk menepati janji-janji yang telah pun tertulis dalam perjanjian yang sudah lama dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
Najib dan BN tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana perasaan curiga mereka terhadap kepimpinan beliau (Najib), kerana rakyat bersandarkan penilaian mereka dari apa yang telah mereka alami dikelirukan oleh UMNO sejak pimpinan Dr Mahathir lagi.
Oleh itu, janji Najib dan kerajaan Persekutuan akan hanya diakui jujur apabila sejumlah yang tertunggak untuk dibayar kepada kerajaan Kelantan itu sungguh-sungguh sampai kepada perbendaharaan rakyat dan kerajaan pilihan mereka di Kelantan….titik!
Najib mesti laksanakan slogan yang sedang dimainkan, ‘janji ditepati’ semasa merayau-rayau di seluruh negara berkempen dengan menggunakan slogan itu. Inilah masanya yang paling sesuai untuk menepati janji yang tidak pernah ditepati itu.
Jika pembayaran yang telah dipersetujui itu tidak dibayar sekarang maka tindakan merayau-rayau ke seluruh negara berkempen slogan ‘janji ditepati’ itu akan hanya berakhir dengan menghabiskan karipap sahaja. Sekali pergi puluhan ribu karipap dibuat untuk memberi ‘refreshments’ kepada yang telah dipunggah dengan bas untuk menunggu kedatangan PM yang sedang dalam kekeliruan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah
Posted on Wednesday, August 08 @ 07:07:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"8 Ogos 8 2012 - Bagi mengurangkan kadar jenayah, pihak polis dicadangkan supaya membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID).
Ini kerana, kata bekas pengarah CID Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, beban tugas CID bertambah sehingga boleh mengganggu fokus pegawainya sedangkan SB dan FRU tidak memerlukan tugas yang rumit.
"Itulah pihak yang bertanggungjawab kena buat redeploymnet (penugasan semula). Kalau CID (macam) sekarang, nampaknya tidak boleh tangani kerana siasatan terlalu banyak. "Jadi kenapa tidak kita serapkan alihkan sebahagian daripada apa yang kamu sebut tadi, (antaranya) unit ketenteraman awam, FRU, pasukan lapangan dan polis marin (ke bahagian CID).
"Ini kerana, (sebelum ini) mereka tidak membuat tugas yang memerlukan buka fail, banyak urusan tulis-menulis (dan) fokus kepada follow through investigation," katanya ketika diminta mengulas statistik penempatan polis terkini.
Menurut statistik 2011, sebanyak 5,050 ditempatkan ke SB, lebih 32,656 di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan hanya 9,346 untuk bahagian siasatan jenayah.
Hal demikian dipertikaikan oleh pembangkang yang menganggap agihan tersebut tidak seimbang dan kurang berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah yang didakwa membimbangkan.
Dulu perlu CID dua kali ganda Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Fauzi yang juga bekas ketua polis Selangor berkata, tugas CID bukan senang dan mengambil masa yang panjang. Malah, Fauzi berkata, pegawai CID juga berdepan pelbagai proses siasatan, antaranya mencari maklumat, mengesahkannya, merekod keterangan dan membawa saksi ke mahkamah sebelum menutup sesuatu kes.
"Setiap hari fail baru dibuka. Memang dalam CID, isu utama dalam polis ini adalah jenayah. Kalau kamu boleh berjaya, bukan sahaja selesai kes, tapi kamu boleh cegah statistik daripada kejadian itu meningkat.
“Rakyat akan membuat satu persepsi bahawa polis berkesan (dan) berjaya (melaksanakan tugas)," katanya lagi. Tegas Fauzi, pengalamannya pada 2005 dan 2006 semasa masih mengetuai jabatan mendapati, pihak polis memerlukan pertambahan dua kali ganda bagi menyiasat kes jenayah.
“Sekarang saya tidak berani (komen), hampir tujuh tahun tinggal dunia ini,” katanya. Keperluan SB di suasana kurang perkauman Mengulas dakwaan SB memberi fokus terhadap gerak kerja pembangkang dalam politik sehingga dianggap senjata kepada BN, Fauzi mengakui tugas mereka "menguruskan risikan dan maklumat".
“Kita kena hargai tugas polis. Memang polis Cawangan Khas, mereka melakukan intelligent procurement banyak kepada unsur-unsur politik dan ketenteraman awam,” katanya. Bagaimanapun, Fauzi mempersoalkan keperluan jumlah SB sedia ada memandangkan suasana masyarakat sekarang telah berubah berbanding zaman komunis yang lebih “perkauman”. “Kita kena akur, dulu lebih serius dan mengancam. Tapi sekarang, rakyat sekarang ini banyak berubah," katanya.
Bagaimanapun, katanya, sebarang penyusunan semula bagaimanapun memerlukan fakta yang jelas terlebih dahulu. “Kecuali kita ada fakta yang jelas, kita boleh hujah balik, kita boleh bagi syor, OK, kamu boleh kurangkan (anggota SB) 15 peratus, atau 20 peratus, atau 50 peratus.
“Kita tidak tahu. Jadi apa yang kita boleh gesa, pihak pengurusan polis sendiri lebih arif dan lebih tahu, adakah suasana sekarang memerlukan sedemikian,” katanya dalam wawancara panjang di rumahnya di Shah Alam.
Kos Pentadbiran PTPTN Keterlaluan?
Posted on Wednesday, August 08 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Ada sesiapa boleh sahkan artikel di bawah ini mengenai kos pentadbiran PTPTN yang keterlaluan, begitu banyak kadar bunga (riba) seperti Along? Ada yang bayar balik pinjaman PTPTN RM150 sebulan, RM70 dari jumlah tersebut ialah untuk kos pentadbiran. Ada yang bayar balik RM63 sebulan, RM50 adalah untuk kos pentadbiran. Jika benar dakwaan di atas, apa pandangan para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini?
***********
Sekarang Baru Paham Kenapa Mansuh PTPTN
July 25, 2012
Yang ramai tak berpuas hati adalah KOS PENTADBIRAN akan sentiasa jalan selagi belum abis bayar pinjaman PTPTN. Ramai adik adik kita yang kat Universiti tu tak akan baca betul betul syarat perjanjian, termasuk aku. Okey itu PTPTN menang.
Contoh: Kos pentadbiran bagi pinjaman Diploma dan Ijazah RM70 sebulan. Jika setiap bulan anda membayar RM150 maka hanya RM80 akan di tolak dari jumlah pinjaman itu. Sumber: akubypojie.blogspot.com
***********
PTPTN Dan Kos Pentadbiran
Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 63 sebulan. Sikit bukan?
Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi RM 53 adalah untuk kos pentadbiran. Sumber: conteng-cakarayam.blogspot.com"
......
http://kide-picture2u.blogspot.com
Name: Omar Ishaq Omar El Qattaa
Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi
Muhammad SAW. Ia adalah mukjizat yang kekal hingga hari kiamat. Al-Quran
sahaja yang masih kekal dan segar, segala mukjizat Nabi SAW yang lain,
kita tidak sempat melihat. Tetapi al-Quran kekal sampai hari kiamat.
Kerana ini adalah janji Allah di dalam al-Quran.
Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya kami telah turunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya kami yang memeliharanya”. (Surah al-Hijr: ayat 9)
Semoga Allah menggolongkan kita sebagai pejuang Islam berminat untuk membaca al-Quran dan meneliti kandungannya. Kemudian digolongkan pula sebagai golongan yang memelihara al-Quran dan al-Quran pula memelihara kita. Kita mengharapkan Allah menjadikan kita dalam kalangan orang yang mendirikan hukum Allah.
Ketika kita membaca al-Quran, kita membayangkan ia adalah panduan hidup kita. Ia juga merupakan perlembagaan parti kita. Sudah tentu kita berbangga kerana yang dibaca, telah menjadi rujukan kepada perjuangan kita.
Membaca al-Quran ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi, agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka daripada kurnianya, sesungguhnya Dia Maha pengampun dan pembalas”. (Surah Fatir: ayat 29-30)
Al-Quran menjadi wajib kepada ahli Pas, terutama yang bertaraf pemimpin daripada semua peringkat. Tidak layak kita menamakan diri kita sebagai pejuang Islam jika kita tidak membacanya. Sebaik-baiknya al-Quran mesti dibaca disetiap hari, jangan lebih daripada tiga hari kita tidak membaca al-Quran. Apatah di bulan Ramadan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran. Kerana al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekali gus di dalam bulan Ramadan dan diturunkan kepada nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Tiga belas tahun di Makkah, ayat yang ditekankan ialah ayat Aqidah. Manakala di Madinah selama 10 tahun ayat yang berhubung kait dengan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, dicatat baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.
Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di akhirat. Sebagai sabda Rasulullah SAW:
“Bacalah al-Quran, kelak di hari kiamat ia akan mensyafaatkan tuannya”
Berkata Saidina Ali karramallahuwajhah siapa yang membaca al-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang , maka atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di dalam keadaan tiada bersuci, maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.
Sebagai pejuang agama Allah, mesti ada kelainan daripada orang lain ketika mengadap al-Quran. Kita membaca, bukan sekadar membaca, tetapi mesti teliti dengan baik dan menyerap di dalam hati. Sedikit yang kita baca sambil merenung dan memahami maksudnya adalah lebih baik daripada membaca tanpa merenung dan memahaminya.
Apabila kita membaca al-Quran, maka hendaklah kita teliti, fahamkan dan renungkan setiap ayat al-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah Allah, atau larangannya, janjinya dan ancamannya. Selepas itu kita renungkan diri, keluarga kita adakah kita patuh dengan perintah itu dan menjauhi larangannya pula.
Jika kita membaca ayat berhubung dengan hijab dan pakaian seorang muslimah di dalam surah al-Nur. Kita segera muhasabah, adakah isteri dan anak-anak kita membalut aurat atau menutup aurat. Kalau hanya balut aurat, segera betulkan keadaan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Pas, kerana ini adalah pandangan pertama orang kepada ahli dan pimpinan Pas. Tidak ada makna jika kita gagal menyerap ayat ini di dalam rumah tangga kita, walaupun kita bergegar untuk menegakkan al-Quran, sedangkan di dalam rumah tangga kita gagal menyerapkan penghayatan al-Quran.
Adakah kita percaya dan yakin dengan janji Tuhan serta ancamannya? Jika memang ada , maka segeralah memuji Allah dan mensyukurinya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufik dan pertolongannya. Oleh itu hendaklah kita istiqamah melakukannya tanpa jemu.
Tetapi jika kita merasakan diri kita tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak menjauhi larangannya, maka segeralah kita memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya kerana kesalahan kita. Sesudah itu hendaklah berazam untuk mematuhi perintahnya serta menjauhi larangannya.
Jika kita membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah tentang kaum yang tidak beriman dengan menyebut sifat yang buruk itu, segera kita muhasabah diri kita, adakah kita tergolong dengan ciri yang disebut. Jika ada, terus bertaubat kepada Allah.
Berkata Imam Hasan Basri Rahimahullah, orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahawa lambaran al-Quran sebagai surah yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.
Membesarkan Allah serta berlaku khusyuk dan khudhuk ketika membaca al-Quran adalah sifat orang mukmin yang sebenarnya. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah sifat orang yang membelakangkan al-Quran, keyakinannya hampir tidak ada, hatinya kosong daripada hakikat mengenal Allah dan mengenal kalam Allah.
Seperti firaman Allah SWT:
“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran, ataukah hati mereka terkunci” (Surah Muhammad: ayat 24)
Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian daripada kelakuan tersebut, dan dia melindungi kita dari semua jenis bala dan bahaya.

http://www.malaysiakini.com/news/205733
KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan berita muka hadapan
Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram sokong DAP” sebagai
perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu
terhadap DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.
“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.
Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.
“Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.
“Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad,” ujarnya.
Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.
“Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang Umno yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja Umno-BN.
“Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem “Tanda Putera” yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah,” katanya.
Menurt beliau lagi, rakyat kini menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan “penyatuan golongan moderat dunia” di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan.
“Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional,” jelas beliau.
'Fatwa' Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia Najib
Roketkini, | 09 Ogs 2012 |

Berdosa Sokong UMNO - Mufti Pahang
Posted on Wednesday, August 08 @ 15:27:49 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Picture2U
Klik gambar untuk besarkan
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, adalah haram dan berdosa bagi umat Islam menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Pengasas
Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata Adalah haram dan
berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan
menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud dan
umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama
atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu
akan turut membawa kemenangan kepada DAP.Beliau
berkata,
agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional
(BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa
kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.Agaknya TOKGURU ini
LAMA DOH DOK MADINAH KOT?Sedar ke tidak tokguru nie yang Pengerusi MCA,
Chua Soi Lek dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini
menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum
hudud. Malah CHua Soi Lek mengatakan ini adalah idea gila apabila UMNO
Johor mencadangkan hukum Hudud.Macamana nie MCA pun tentang hudud tapi
tokguru kata Tak haram sokong MCA...iNI MAKIN BUAT RAMAI ORANG KELIRU
DOH NIE!!!!NAK TANYA JUGA PADA TOKGURU NIE,APA hukum daripada sudut
syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO
seperti Dato' Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Datuk Seri
Muhyiddin yang meminta ahli-ahli parti mengundi MCA dan MIC....YANG KITA
TAHU KEDUA2NYA JUGA MENENTANG HUDUD..Adakah halal atau PINJAM AYAT Ust
Ismail kamus Halam???..Apa komen anda tuan/puan???
ISU UNDI DAP HARAM:
Dalam kemelut isu hudud.. isu haram undi DAP isu berdosa undi DAP, tak boleh undi Pakatan Rakyat..MCA terang2 bantah HUDUD..
Dr MAZA secara halus menyindir Kerajaan BN....
Dalam satu kenyataan beliau melalui akaun twitternya...
beliau mengatakan kalaulah menghukumkan memberi undi kepada wakil rakyat "non Muslim" itu sebagai haram, maka memberikan mereka jawatan menteri atau timbalan menteri lebihlah lagi haram....
Dalam kemelut isu hudud.. isu haram undi DAP isu berdosa undi DAP, tak boleh undi Pakatan Rakyat..MCA terang2 bantah HUDUD..
Dr MAZA secara halus menyindir Kerajaan BN....
Dalam satu kenyataan beliau melalui akaun twitternya...
beliau mengatakan kalaulah menghukumkan memberi undi kepada wakil rakyat "non Muslim" itu sebagai haram, maka memberikan mereka jawatan menteri atau timbalan menteri lebihlah lagi haram....
Kos Pentadbiran PTPTN Keterlaluan?
Posted on Wednesday, August 08 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: amkns
"Ada sesiapa boleh sahkan artikel di bawah ini mengenai kos pentadbiran PTPTN yang keterlaluan, begitu banyak kadar bunga (riba) seperti Along? Ada yang bayar balik pinjaman PTPTN RM150 sebulan, RM70 dari jumlah tersebut ialah untuk kos pentadbiran. Ada yang bayar balik RM63 sebulan, RM50 adalah untuk kos pentadbiran. Jika benar dakwaan di atas, apa pandangan para Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini?
***********
Sekarang Baru Paham Kenapa Mansuh PTPTN
July 25, 2012
Yang ramai tak berpuas hati adalah KOS PENTADBIRAN akan sentiasa jalan selagi belum abis bayar pinjaman PTPTN. Ramai adik adik kita yang kat Universiti tu tak akan baca betul betul syarat perjanjian, termasuk aku. Okey itu PTPTN menang.
Contoh: Kos pentadbiran bagi pinjaman Diploma dan Ijazah RM70 sebulan. Jika setiap bulan anda membayar RM150 maka hanya RM80 akan di tolak dari jumlah pinjaman itu. Sumber: akubypojie.blogspot.com
***********
PTPTN Dan Kos Pentadbiran
Ya, entri 1 Januari 2012 berkisar kepada kekecewaan aku terhadap PTPTN. Aku dah start bayar balik pinjaman tuh. Dan untuk tahun pertama bayaran ni , hanya RM 63 sebulan. Sikit bukan?
Ok, yang buat jantung aku nak gugur ke bumi malaysia terchenta sangat ni, selepas di tolak 3% kos pentadbiran yang megarut sangat tuh, Aku hanya membayar Rm10 setiap bulan untuk duit pinjaman yang aku dah guna masa study dulu. Lagi RM 53 adalah untuk kos pentadbiran. Sumber: conteng-cakarayam.blogspot.com"
......
http://kide-picture2u.blogspot.com
Fauzi: Dakwaan BERSIH cuba guling k'jaan tak berasas
Kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0
cuba menggulingkan kerajaan adalah "longgar" dan tidak berasas kepada
fakta, kata bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman
Datuk Fauzi Shaari.
"Daripada perkembangan yang berlaku, saya boleh katakan kenyataan itu, kenyataan yang longgar, kenyataan yang sangat longgar, tidak berasas kepada fakta yang nyata.
"Mungkin (dibuat) berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang tidak sahih," katanya.
Justeru, kata Fauzi lagi, kenyataan yang dibuat semata-mata andaian sahaja.
Fauzi mengulas kenyataan Najib yang dilapor mendakwa perhimpunan yang berlangsung April lalu oleh gabungan itu adalah cubaan menggulingkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh rakyat Mesir di Dataran Tahrir.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi berkata, alasan yang biasa digunakan sebelum penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2012, antaranya "mengganggu atau menggugat ketenteraman awam" tidak lagi sesuai digunakan.
Katanya, alasan itu walaupun berdasarkan laporan risikan, mungkin tidak kuat kerana suasana kini menunjukkan rakyat matang dan sudah terbuka.
"Jadi yang itu (guling kerajaan), bagi saya kalau nak lebih adil, kalau kita dengar sedikit sebanyak (pandangan BERSIH)," katanya yang pernah bertugas sebagai ketua polis daerah Dang Wangi - antara balai paling banyak berdepan penganjuran demonstrasi.
'Kerajaan berkorbanlah'
Fauzi juga berkata, sekiranya polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan penganjur memasuki Dataran Merdeka lebih awal, kemungkinan "huru-hara" tidak akan berlaku.
"Bagi saya, asasnya kalau kita beri kebebasan bersuara, hak berkumpul kerana hendak menyuburkan demokrasi. Bagi saya tidak sepatutnya ada halangan, malah kita (anggota polis) kawal... Saya rasa kalau itu sikap keterbukaan yang diambil, saya yakin suasana itu baik.
"Kalau kita ada satu kesefahaman, dengan kita menghormati satu sama lain, kenapa kita tidak boleh beri satu peluang (kepada BERSIH)? Mereka datang secara aman. Kita korbanlah. Kerajaan, Kementerian Dalam Negeri, dan polis berkorban, maknanya beri laluanlah," katanya.
Fauzi berkata semua pihak perlu mencari kata sepakat bagi mengelakkan berlakunya huru-hara dan perlu menganggap perhimpunan itu sebagai perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan.
Ditanya sama ada polis mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengawal peserta perhimpunan seperti BERSIH, Fauzi menjawab:
"Arahan (SOP) itu bergantung kepada pendekatan situasi. Maknanya mengikut kesesuaian tempat dan keadaan. Kalau kita tidak boleh betul-betul (kawal dan) keadaannya begini, (maka) buat begini, (dan) buat begini, secara umumnya," katanya.
Bagaimanapun, katanya, SOP bukan persoalan dalam perhimpunan 100,000 peserta itu, tetapi soal
perbezaan pandangan antara pihak berkuasa dan penganjur yang "bermati-matian" dipertahankan.
Enggan beredar dikira ingkar
Ditanya sama ada tindakan polis mengasari peserta dan wartawan dalam perhimpunan itu termasuk dalam lingkungan SOP, Fauzi menegaskan tindakan itu menyalahi aturan.
"Kalau sampai (seperti) kamu kata pukul, itu salah dari segi aturan kita. Kita tidak boleh hukum (mereka). (Pukul) itu semacam satu hukuman," katanya.
Beliau juga menjelaskan, menurut SOP, tangkapan boleh dilakukan sekiranya peserta masih enggan beredar walaupun selepas disuraikan kerana ia dikira "ingkar perintah".
Ditanya sama ada suasana akan berubah sekiranya beliau dipertanggungjawabkan menangani perhimpunan itu, Fauzi bagaimanapun sukar untuk menjawabnya.
"Boleh jadi perkara yang sama (berlaku) sebab mungkin pada masa itu fikiran saya pun, kita sepakat. Kerana kita kerja sepasukan. Kita tak boleh (bertindak) bersendirian.
"Bila kita dah buat satu keputusan, walaupun (pandangan) peribadi kita berbeza-beza, tapi kita (harus) sekata," jelasnya lagi.
Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin.
Bahagian I: Bekas ketua CID: Polis bimbang dianggap derhaka
Bahagian II: Fauzi: Kurangkan SB untuk bantu CID banteras jenayah
Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada negara dan agama Islam malah terhadap agama lain yang menentang perkahwinan sejenis.
"Mereka nampaknya mencabar undang-undang dan nilai hidup negara kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, jadi saya berharap kerajaan membawa perkara ini ke muka keadilan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Parcel Dua (pakej dua) di Taman Rumpun Bahagia di Melaka, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ong Siew Heng.
Mohd Ali turut menyeru rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik agar bersatu mengecam perbuatan yang hina dan memalukan itu.
Sementara itu, Mohd Ali berkata projek pengindahan Sungai Melaka pakej dua kira-kira 1.3 kilometer dari Jambatan Tun Razak hingga ke Jambatan Melaka Sentral yang membabitkan kos berjumlah RM37 juta itu telah bermula pada 4 Jun lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Jun 2014.
Beliau berkata kerja menaiktaraf sungai tersebut melibatkan pembinaan perlindungan tebing, laluan pejalan kaki, pusat informasi sungai, pengindahan landskap serta pembinaan loji rawatan air berpusat dan perangkap sampah.
Katanya pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada pemilik rumah yang terlibat dalam projek berkenaan sekiranya perlu.
Mohd Ali kemudian merasmikan pecah tanah Parcel Dua (pakej tiga) projek tersebut yang meliputi jarak kira-kira 1.5 kilometer di Rumah Awam Peringgit di Melaka.
Projek yang bermula dari Jambatan Melaka Sentral hingga Batu Hampar dengan kos RM43.95 juta itu telah bermula pada 11 Jun lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2014.
- Bernama

Ali Rustam: Paderi kahwin sejenis cabar perundangan
Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu tindakan berani dan
tegas diambil terhadap paderi gay, Ngeo Boon Lin yang dilapor mengadakan
majlis resepsi perkahwinan sejenisnya di negara ini.Mohd Ali yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berkata perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada negara dan agama Islam malah terhadap agama lain yang menentang perkahwinan sejenis.
"Mereka nampaknya mencabar undang-undang dan nilai hidup negara kita lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, jadi saya berharap kerajaan membawa perkara ini ke muka keadilan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Projek Pengindahan dan Pembersihan Sungai Melaka Parcel Dua (pakej dua) di Taman Rumpun Bahagia di Melaka, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ong Siew Heng.
Mohd Ali turut menyeru rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik agar bersatu mengecam perbuatan yang hina dan memalukan itu.
Sementara itu, Mohd Ali berkata projek pengindahan Sungai Melaka pakej dua kira-kira 1.3 kilometer dari Jambatan Tun Razak hingga ke Jambatan Melaka Sentral yang membabitkan kos berjumlah RM37 juta itu telah bermula pada 4 Jun lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Jun 2014.
Beliau berkata kerja menaiktaraf sungai tersebut melibatkan pembinaan perlindungan tebing, laluan pejalan kaki, pusat informasi sungai, pengindahan landskap serta pembinaan loji rawatan air berpusat dan perangkap sampah.
Katanya pihaknya akan mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada pemilik rumah yang terlibat dalam projek berkenaan sekiranya perlu.
Mohd Ali kemudian merasmikan pecah tanah Parcel Dua (pakej tiga) projek tersebut yang meliputi jarak kira-kira 1.5 kilometer di Rumah Awam Peringgit di Melaka.
Projek yang bermula dari Jambatan Melaka Sentral hingga Batu Hampar dengan kos RM43.95 juta itu telah bermula pada 11 Jun lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada April 2014.
- Bernama
Subhanallah [bergambar]: Bolehkah kita buat macam ni...
http://kachipemas.blogspot.com, | 09 Ogs 2012 |
Name: Omar Ishaq Omar El Qattaa
Location: Gaza - Palestine
Date: 02/08/2012
Title: Palestinian security man reads the Koran during Ramadan, near a security headquarters
Bolehkah kita lakukan sebegini..aku pun tak sempat.. nukilan Abu luqman
Artis BerHijrah: Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI
http://mimpi-senja.blogspot.com, | 09 Ogs 2012 |
Pagi ini agak kecoh juga di Twitter
apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut
dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul
Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi
ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini
dengan baik.
Rakan
sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau
menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She
looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa
respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul
Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada
di’atas imej baru ini
Ahli Pas, Teliti Arahan al-Quran
Idris Hj Ahmad, | 09 Ogs 2012 |
Maksud firman Allah SWT:
“Sesungguhnya kami telah turunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya kami yang memeliharanya”. (Surah al-Hijr: ayat 9)
Semoga Allah menggolongkan kita sebagai pejuang Islam berminat untuk membaca al-Quran dan meneliti kandungannya. Kemudian digolongkan pula sebagai golongan yang memelihara al-Quran dan al-Quran pula memelihara kita. Kita mengharapkan Allah menjadikan kita dalam kalangan orang yang mendirikan hukum Allah.
Ketika kita membaca al-Quran, kita membayangkan ia adalah panduan hidup kita. Ia juga merupakan perlembagaan parti kita. Sudah tentu kita berbangga kerana yang dibaca, telah menjadi rujukan kepada perjuangan kita.
Membaca al-Quran ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang yang membaca al-Quran, mendirikan sembahyang dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan terang-terangan, mereka mengharapkan perniagaan yang tidak pernah rugi, agar Tuhan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan mereka daripada kurnianya, sesungguhnya Dia Maha pengampun dan pembalas”. (Surah Fatir: ayat 29-30)
Al-Quran menjadi wajib kepada ahli Pas, terutama yang bertaraf pemimpin daripada semua peringkat. Tidak layak kita menamakan diri kita sebagai pejuang Islam jika kita tidak membacanya. Sebaik-baiknya al-Quran mesti dibaca disetiap hari, jangan lebih daripada tiga hari kita tidak membaca al-Quran. Apatah di bulan Ramadan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan al-Quran. Kerana al-Quran diturunkan daripada Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekali gus di dalam bulan Ramadan dan diturunkan kepada nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur selama 23 tahun. Tiga belas tahun di Makkah, ayat yang ditekankan ialah ayat Aqidah. Manakala di Madinah selama 10 tahun ayat yang berhubung kait dengan susun atur kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Siapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, dicatat baginya satu kebajikan. Dan setiap kebajikan dilipatgandakan menjadi sepuluh. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”.
Bacalah al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di akhirat. Sebagai sabda Rasulullah SAW:
“Bacalah al-Quran, kelak di hari kiamat ia akan mensyafaatkan tuannya”
Berkata Saidina Ali karramallahuwajhah siapa yang membaca al-Quran sedang ia berdiri di dalam sembahyang, maka baginya atas setiap huruf seratus kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia duduk di dalam sembahyang , maka atas setiap huruf lima puluh kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di luar sembahyang dalam keadaan bersuci, maka baginya atas setiap huruf dua puluh lima kebajikan. Siapa yang membacanya sedang ia berada di dalam keadaan tiada bersuci, maka baginya atas setiap huruf sepuluh kebajikan.
Sebagai pejuang agama Allah, mesti ada kelainan daripada orang lain ketika mengadap al-Quran. Kita membaca, bukan sekadar membaca, tetapi mesti teliti dengan baik dan menyerap di dalam hati. Sedikit yang kita baca sambil merenung dan memahami maksudnya adalah lebih baik daripada membaca tanpa merenung dan memahaminya.
Apabila kita membaca al-Quran, maka hendaklah kita teliti, fahamkan dan renungkan setiap ayat al-Quran. Perhatikan setiap ayat yang mengandungi perintah Allah, atau larangannya, janjinya dan ancamannya. Selepas itu kita renungkan diri, keluarga kita adakah kita patuh dengan perintah itu dan menjauhi larangannya pula.
Jika kita membaca ayat berhubung dengan hijab dan pakaian seorang muslimah di dalam surah al-Nur. Kita segera muhasabah, adakah isteri dan anak-anak kita membalut aurat atau menutup aurat. Kalau hanya balut aurat, segera betulkan keadaan supaya tidak mendatangkan fitnah kepada Pas, kerana ini adalah pandangan pertama orang kepada ahli dan pimpinan Pas. Tidak ada makna jika kita gagal menyerap ayat ini di dalam rumah tangga kita, walaupun kita bergegar untuk menegakkan al-Quran, sedangkan di dalam rumah tangga kita gagal menyerapkan penghayatan al-Quran.
Adakah kita percaya dan yakin dengan janji Tuhan serta ancamannya? Jika memang ada , maka segeralah memuji Allah dan mensyukurinya, kerana yang demikian itu berlaku dengan taufik dan pertolongannya. Oleh itu hendaklah kita istiqamah melakukannya tanpa jemu.
Tetapi jika kita merasakan diri kita tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak menjauhi larangannya, maka segeralah kita memohon keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadanya kerana kesalahan kita. Sesudah itu hendaklah berazam untuk mematuhi perintahnya serta menjauhi larangannya.
Jika kita membaca ayat-ayat yang menyebut tentang musuh-musuh Allah tentang kaum yang tidak beriman dengan menyebut sifat yang buruk itu, segera kita muhasabah diri kita, adakah kita tergolong dengan ciri yang disebut. Jika ada, terus bertaubat kepada Allah.
Berkata Imam Hasan Basri Rahimahullah, orang yang terdahulu dari kamu menganggap bahawa lambaran al-Quran sebagai surah yang dikirim Allah kepada mereka, maka mereka pun cuba menelitinya di waktu malam supaya mereka dapat menjalankan perintahnya di waktu siang kelak.
Membesarkan Allah serta berlaku khusyuk dan khudhuk ketika membaca al-Quran adalah sifat orang mukmin yang sebenarnya. Manakala sifat lalai, keras hati, sentiasa lupa dan kurang memerhatikan ketika membaca al-Quran adalah sifat orang yang membelakangkan al-Quran, keyakinannya hampir tidak ada, hatinya kosong daripada hakikat mengenal Allah dan mengenal kalam Allah.
Seperti firaman Allah SWT:
“Tidakkah mereka mahu memperhatikan isi al-Quran, ataukah hati mereka terkunci” (Surah Muhammad: ayat 24)
Mudah-mudahan Allah memelihara kita sekalian daripada kelakuan tersebut, dan dia melindungi kita dari semua jenis bala dan bahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan