Khamis, 9 Ogos 2012

MUNGKIN...TINDAKAN-TINDAKAN AKHIR2 INI ....NAMPAK TINDAKAN BAGAI ORANG KURANG CERDIK...MENYERLAHKAN DIRI ...SAPE KITA YANG SEBENARNYA

Merdeka: Negeri Pakatan guna tema, logo sama

Muhammad Faizal, 09 Ogs 2012
PETALING JAYA: Empat negeri Pakatan Rakyat menyatakan persetujuan menggunakan logo dan tema yang sama pada sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat telah dibuat dan akan mengguna pakai tema dan logo yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat.

"Keputusan telah kita buat hari ini mengenai tema dan logo bagi sambutan Hari Kemerdekaan nanti.

"Dalam pada itu empat negeri Pakatan iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah bersetuju menggunakan tema dan logo yang sama seperti mana yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat Pusat," jelasnya pada sidang media di Ibu Perjabat PKR selepas mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan logo dan tema sambutan Hari Kemerdekaan bagi Pakatan Rakyat.

"Perkara tersebut tidak timbul kerana negeri Kelantan dan Kedah serta Pulau Pinang telah membuat pengumuman awal bahawa mereka tidak mahu menggunakan tema yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

"Sebab itulah negeri-negeri tersebut membuat pengumuman bagi tema-tema yang akan digunakan," jelasnya ketika ditanya tentang perbezaan tema yang digunakan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.

Tambahnya lagi, apa yang diputuskan mengenai tema dan logo telah dipersetujui bahawa ia akan digunakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengatakan sambutan ulang tahun Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dibuat di Semenanjung dan juga di Sabah serta Sarawak.

Pada 30 Ogos sambutan Kemerdekaan akan diadakan di Selangor manakala untuk sambutan Hari Malaysia iaitu 15 September disambut di Sabah dan 16 September pula di Sarawak.

Orang Melayu Johor tidak fanatik lagi...

http://msomelayu.blogspot.com, 09 Ogs 2012
SESUDAH SUBUH

Barang kali benarlah cakap-cakap mengatakan Umno Johor sudah tidak sekuat dulu. Perubahan minda di kalangan orang Melayu Johor sudah berlaku. Mereka tidak menjadi fanatik dan ekstrem menyokong Umno atau pun taksub kepada tokoh-tokoh Umno.

Sebahagian jemaah yang mengerumi Najib di Skudai.
Perkembangan dan perubahan ini sangat membimbangkan Najib dan inilah menyebabkan Najib melakukan apa saja tindakan bagi memulihkan keadaan yang tidak akan pulih itu.

Ini terbukti kehadiran Ha Najib Razak di Taman Universiti Skudai 6 Ogos lalu kurang mendapat sambutan. Secara tidak langsung juga pegawai kerajaan dan pendidikan yang tinggal di taman itu tidak lagi tergila-gilakan Najib.

Najib ke situ untuk menghadiri majlis berbuka puasa. Sebelum berbuka puasa diadakan majlis khatam Quran.

Di situ Najib berpeluang berucap kepada para hadirin. Menurut laporan antara isi kandungannya beliau mengajak orang ramai mengekalkan kerajaan Malaysia yang terbukti maju di bawah teraju kepimpinannya. Beliau juga memberi tahu hadirin presiden baru Mesri Dr Mohammad Morsi juga ingin belajar cara-cara memimpin dan membangun negara sepertinya. [wm.kl.6:26 am 09/08/12]

Logo Merdeka PR, Menarik!!

http://www.ekeleh.com, 09 Ogs 2012
Logo rasmi sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-55 oleh Pakatan Rakyat. Logo tersebut dipilih dari pereka Ilusenidesign.com. Tentu Rais Yatim jeles!!
Nampak agak menarik dan tak menampakkan milik sesiapa, hanya milik rakyat Malaysia!!

Muhyidin terima kunjungan Setiausaha parti Komunis China

Harakahdaily, 09 Ogs 2012
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Wilayah Shaanxi, Zhao Leji, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.


(Muhyidin bersalam dengan Zhao Leji)


Zhao, yang juga Pengarah Kongres Rakyat Wilayah Shaanxi dan ahli Jawatankuasa Pusat CPC ke-17, berada di Malaysia untuk lawatan lima hari bermula Selasa.

Beliau yang diiringi empat anggota delegasi yang mewakili Kongres Wilayah Shaanxi dan kerajaan Wilayah Shaanxi, tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Lawatan beliau ke Malaysia bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, di samping memperkenalkan peluang perniagaan buat usahawan dari Malaysia dan Wilayah Shaanxi.

Lawatan itu juga akan mengeratkan lagi hubungan akrab antara pemimpin, kerajaan dan rakyat antara kedua-dua pihak, lapor Bernama.

R desak MB tolak jawatankuasa royalti

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, 09 Ogs 2012


(NGO R menyerahkan memo kepada MB Kelantan bagi mendesaknya menolak JK Royalti)

KOTA BHARU: Gabungan Professional Menuntut Royalty, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti), menyerahkan memonrandum kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Memorandum itu diserahkan oleh aktivis ‘R’ bagi mendesak kerajaan negeri Kelantan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Perdana Menteri.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Nazri Deraman, di Dewan Teratai, di sini petang semalam.

Nazri berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri menolak penubuhan jawatankuasa itu yang telah melalui batasan kepentingan politik sempit.

Sambungnya, tidak perlu jawatankuasa kerana penyelesaian seperti di Terengganu boleh dilakukan.

"Bayaran tunai boleh dibuat pada kerajaan negeri menerusi hasil gas dan minyak dalam perairan Kelantan dengan kadar segera,”ujarnya.

Tambahnya, jawatankuasa itu hanya kepentingan politik untuk menghadapi pilihanraya.

Hadir sama pada majlis itu, setiausahanya, Muhammad Hisyamuddin Ghazali dan lain-lain aktivis.

Tiga tuntutan berkenaan terkandung dalam memorandum NGO Royalti itu pada kerajaan negeri.

Telaga Tiub bantu bekalan air Pasir Mas

Rizal Tahir, 09 Ogs 2012

(TG Nik Aziz sedang diberi taklimat oleh pengurus besar AKSB Ir Haji Hanapi Mahmood mengenai telaga tiub di logi air Kelar.)

PASIR MAS: Dua buah telaga tiub yang dibina bagi menampung keperluan air di daerah ini telah mula beropersi bagi menampung keperluan penduduk di sekitar daerah ini.

Dengan tambahan telaga tiub ini, ia dapat menaikan bekalan air ke daerah Pasir Mas dari biasa kepada 62 juta liter sahari.

Pengerusi Jawatankuasa Peruamahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md. Anizam Abdul Rahman berkata demikian sewaktu mengiringi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam lawatan mereka ke loji sauk Kelar dan pusat rawatan air Kelar, di sini.

Turut bersama dalam lawatan berkenaan, exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Ir Haji Hanapi Mahmud.
Lawatan berkenaan susulan ganguan air selama seminggu di daerah Pasir Mas baru-baru ini.

Anizam memberitahu, bekalan air di daerah itu kini pulih selepas hujan mulai turun di hulu Kelantan dan penampungan bekalan melalui dua buah telaga tiub berkenaan.

Menjawab soalan pemberita mengenai kegiatan menyedut pasir di sepanjang sungai Kelantan yang dikatakan mengakibatkan ganguan air di daerah ini baru-baru ini, Anizam berkata ianya tidak menjadi punca kepada masalah yang timbul.

“Kerja-kerja pasir tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air,” katanya.

Kenyataan Anizam itu disokong oleh Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) negeri Kelantan, Mat Rahim Ismail.

“Kerja-kerja penyedutan pasir tidak menjejaskan paras air sungai. Semakin dalam sungai semakin banyak air yang masuk.

“Cuma kalau kerja-kerja penyedutan pasir berhampiran dengan tebing sungai, ia akan mengakibatkan tebing runtuh,” ujarnya.

Ujarnya lagi, pasir di dalam sungai memang perlu diambil bagi mengelak sungai menjadi cetek.

Tak perlu JK Royalti, bayar segera kepada Kelantan

Muhammad Faizal, 09 Ogs 2012
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa untuk meneliti pembayaran royalti kepada Kelantan sebagai satu birokrasi politik.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran royalti itu sudah termaktub dengan jelas dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan pada bulan Mei 1975 lalu.

"Kita berpendapat akta petroleum cukup jelas yang meletakkan bayaran tunai diberikan secara terus kepada kerajaan negeri seperti mana berlaku di Sabah dan Sarawak tetapi bagi Kelantan mereka menafikan.

"Kita tuntut Najib agar tidak berlengah dan dalih bagi menyegerakan pembayaran royalti kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakkan bahawa sudah sampai masanya Petronas harus menimbangkan supaya pembangunan berlaku lebih seimbang di negeri-negeri yang mempunyai gas dan minyak.

"Dalam soal ini Petronas juga perlu bertindak agar pembangunan loji turut diadakan di Kelantan bagi tujuan pendaratan minyak dan gas sepertimana dilakukan di Terengganu," sambungnya.

Beliau turut mengulangi, keputusan Pakatan Rakyat seperti mana tercatat di dalam Buku Jingga bahawa akan membayar 20 peratus royalti kepada negeri-negeri yang layak tanpa ada syarat-syarat lain dari kerajaan pusat.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menegaskan royalti perlu dibayar kepada akaun kerajaan negeri dan bergantung kepada kerajaan negeri untuk membelanjakannya.

"Najib nak bincang tentang bentuk pembayaran, perkara itu dah jelas ia perlu dibayar terus ke akaun kerajaan negeri dan tak perlu dibincangkan lagi.

"Jika pendaratan dilakukan di Kelantan secara tidak langsung akan meningkatkan sektor ekonomi di Kelantan dari ruang peluang pekerjaan dan sebagainya," kata beliau.

Beliau memberitahu, enam bulan untuk perbincangan adalah tempoh masa yang lama dan jika pilihanraya diadakah sebelum tempoh tersebut serta Pakatan Rakyat memerintah, penbayaran tunai royalti akan disegerakan.

Lailatul Qadar, mencari kemuliaan taqarrub

Nasrudin bin Hassan at-Tantawi, 09 Ogs 2012
Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.  Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)

Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah SAW:

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .


“Dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang telah lalu.”

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Al-Imam an Nawawi rhm menyebut, “Lailatul Qadar adalah seafdhal-afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat-alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad SAW dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rasulullah saw pernah bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .


“Daripada A’isyah RA berkata : Adalah Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan Baginda SAW bersabda; Rebutlah bersungguh-sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan.”

(Riwayat Imam Bukhari)

Rasulullah SAW melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT pada 10 malam akhir bulan Ramadhan. Hal ini dapat dilihat dalam satu hadis yang diriwayat dari A’isyah RA:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .


“Dari A’isyah RA berkata: adalah Nabi SAW apabila memasuki 10 akhir Ramadhan, Baginda bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”.

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah SWT sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah Ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah SWT .

“Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan (di sisi Allah) , (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.” (Surah al-Waaqia’h : Ayat : 10 – 12)

Tiada ulasan: