Umno timbulkan salah faham, bukan Pas: Harun
25 Ogos 2012
Menurutnya, tindakan Umno melalui surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Kerajaan Kelantan menimbulkan kekeliruan dan impaknya salah faham dalam kalangan orang bukan Islam.
Katanya, tafsiran yang salah mengenai hudud juga timbul daripada kalangan pemimpin Umno yang menolak hukum Islam tersebut dilaksanakan dengan membayangkan pelbagai perkara tidak masuk akal.
“Pihak yang menimbulkan kekeliruan mengenai hudud bukannya Pas, tetapi pemimpin Umno. Mereka memainkan sentimen hukuman potong tangan sekiranya hudud dilaksanakan, sedangkan banyak pertimbangan yang perlu diambil kira.
“Ia akhirnya membawa kepada pandangan dan komen negatif rakyat bahawa hudud yang ingin Pas laksanakan itu hanyalah potong tangan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, Pas sentiasa memberikan penjelasan mengenai hudud dalam ceramah dan forum sebagai usaha memberi pendidikan dan penjelasan khususnya kepada bukan Islam.
“Saya sendiri pernah mengeluarkan buku mengenai hudud, iaitu Hudud dan Perundangan Islam. Dalam kalangan pemimpin Pas juga ramai yang berbuat demikian.
“Ini adalah antara usaha kami menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hudud,” katanya.
Jelasnya, yang menjadi persoalan bukanlah orang bukan Islam yang menolak hudud, sebaliknya orang Islam sendiri menentang hudud, yang seharusnya mempertahankan hudud.
Peranan Pas dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan Pas.
Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian, kelmarin, berkata, Pas sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan sehingga mengelirukan dalam kalangan orang bukan Islam.
'Pusat sokong hudud di Kelantan'
25 Ogos 2012
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, sepatutnya Kerajaan Negeri sudah mengambil satu kes yang belum selesai di bawah enakmen dan mengenakan hukuman di bawah hukum hudud.
“Hudud dilaksanakan sejak zaman Rasulullah SAW dan di Kelantan ia sudah diluluskan sejak 22 tahun lalu, namun sehingga kini belum dilaksanakan.
“Sekarang, jika Kerajaan Kelantan sudah bersedia, silalah laksanakannya, usaha berdolak-dalik. Caranya, tangkap seorang daripada mana-mana kes tertangguh, dakwa di bawah enakmen dan lakukan hukuman di bawah hukum hudud,” katanya kepada media pada Majlis Aidilfitri di kediaman Ketua Umno Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, di sini, semalam.
Md Alwi berkata, apabila hudud sudah dilaksanakan, jika ada kekurangan, ia boleh sama-sama diperbaiki jika ada perkara yang tidak lengkap, ia boleh disempurnakan selepas dilaksanakan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, hudud bukan untuk menghukum sesiapa, sebaliknya bagi mencegah jenayah, jadi ia dapat buktikan undang-undang Islam tepat dan adil akan menjadikan umat negara ini lebih bertanggung jawab.
“Barisan Nasional (BN) tidak pernah menghalang hudud dan dakwaan Pas mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad halang, itu tidak betul.
“Dr Mahathir beritahu dalam surat yang dihantar kepada Kerajaan Kelantan, hudud mesti adil dan jika rasa sudah betul, cukup peralatan, bersedia, ia boleh dilaksanakan.
"Dr Mahathir juga beritahu, hudud yang dilakukan di Pakistan dan Sudan tidak berjaya dan cetus kontroversi, jadi Malaysia mahu mengelak perkara tidak baik itu kerana sayangkan Islam," katanya.
Nik Aziz: Tangguh hudud kerana amaran persekutuan
Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan
bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang
dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih
belum kondusif di Malaysia.
"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.
"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.
Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.
Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.
Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.
"Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh kerajaan pusat," kata Nik Aziz lagi.
Beliau mengulas pandangan yang dikemukakan MP PAS Dr Dzukefly Ahmad dan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam suasana politik yang berlaku pada masa ini.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Dr Mohd Asri bahawa PAS "memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam."
Dr Mohd Asri membangkitkan peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa "tidak jelas" dan "menimbulkan salah faham hingga kini".
Dr Dzulkefly, seperti dilaporkan Sinar Harian pada hari Khamis lalu pula menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.
Dzulkefly dalam laporan itu juga berkata, hudud tidak boleh dilaksana "dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya."
Mengulas pandangan itu, Nik Aziz dengan bermadah mengumpamakan tentangan yang dihadapi PAS dalam melaksanakan hudud itu dengan keadaan gelora di laut.
"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," katanya.
"Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam?
"Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
"Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah ini?," katanya.
Tambahnya lagi, soal untuk menolak atau menerima hukum hudud bukan satu pilihan kerana hukum Islam itu merupakan kewajipan ke atas orang Islam.
"Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
"Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab.
"Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah," katanya lagi dalam tulisan tersebut.
Azwan Ali sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN dan rakyat
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya.
Tindakan Umi itu diselar Azwan kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Menurut Azwan, beliau percaya, ibunya diperalat Umi yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa daripada parti Pakatan Rakyat.
Ditanya mengenai tindakan Umi itu, pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi’ itu berkata, tiada apa yang perlu diulas kerana segala kemarahannya telah diluahkan melalui twitternya, ‘@azwanhjali‘.
Berdasarkan catatan pada 18 Oktober 1998, beliau telah melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.-
25 Ogos 2012
KUALA LANGAT - Seorang ibu tidak sangka kain yang dihadiahkan kepada
anak perempuannya untuk belajar menjahit baju merupakan pakaian terakhir
yang dilihat dipakai sebelum anak gadisnya menghilangkan diri sejak
lima hari lalu.
Mariam Aainaa Rusly, 13, dari Kampung Bukit Changgang dilaporkan menghilangkan diri pada 20 Ogos lalu ketika umat Islam sibuk menyambut hari raya kedua.
Ibunya, Asmawati Amat Jiman, 43, berkata, anaknya keluar rumah jam 10 pagi dengan memaklumkan dia mahu beraya ke rumah rakan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa dan hanya membenarkan anak kelima daripada enam beradik itu keluar bersama rakannya yang turut beraya di rumah.
“Saya bimbang kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit malah duit raya bernilai RM50 yang diberikan oleh ayahnya ditinggalkan di dalam bilik tetapi hanya berpakaian baju kurung bercorak bunga biru tua yang dijahit sendiri.
“Apabila malam, saya mula risau apabila Mariam masih belum pulang selain percayai dia langsung tidak membawa wang bersamanya dan tiada siapa mengetahui ke mana dia pergi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pekan Banting, semalam.
Bapanya, Rusli Abdullah, 47, berkata, dia turut menghubungi dua lagi rakannya yang dimaklumkan turut bersama Mariam ketika keluar dari rumah namun nombor telefon bimbit mereka tidak berjawab.
Katanya, dia bertambah runsing apabila salah seorang rakan Mariam turut memaklumkan anaknya keluar dengan seorang lelaki selepas berjumpa dua rakan perempuannya.
“Sehingga hari ini, telefon rakan-rakan Mariam masih gagal dihubungi dan tidak menerima sebarang jawapan termasuk di peti simpanan pesanan suara,” katanya yang turut membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis KLIA dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.
Rusly berkata, dia sudah mencari anaknya di beberapa kawasan berhampiran termasuk Nilai, Putrajaya, Banting, Bagan Lalang tetapi masih gagal ditemui.
Dia yang bekerja sebagai juruelektrik bimbang keselamatan Mariam kerana sebelum ini anaknya tidak menunjukkan perubahan dan semasa hari raya pertama, dia nampak ceria seperti biasa.
“Kami tidak pernah berselisih faham dan saya juga tidak mengetahui sama ada dia mempunyai teman lelaki atau tidak.
“Malah Mariam tidak pernah keluar rumah bersendirian tanpa ditemani ibu atau bapanya,” katanya.
Rusly turut meminta siapa yang terjumpa anaknya segera menghubunginya di talian 017- 6945855 atau datang balai polis berhampiran.
Jurucakap polis IPD Kuala Langat, ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan laporan polis turut dibuat berhubung kes berkenaan.
25 Ogos 2012
TAMPIN – Hanya kerana mahu memadu kasih, seorang pelajar perempuan
tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di bandar ini ponteng sekolah.
Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.
Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.
“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.
“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi 23 Ogos lalu.
Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Ogos lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan," katanya.
25 Ogos 2012
SHAH ALAM - Seorang penjaga kafe siber ditahan selepas disyaki terlibat
dalam kes cabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di
Kota Kemuning, di sini, pada 15 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis, Isnin lalu.
Beliau berkata, suspek ditahan di tempat kerjanya di kafe siber sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini.
"Kita reman suspek selama dua minggu sehingga 3 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.
"Laporan yang diterima daripada keluarga mangsa mendakwa kanak-kanak itu dirogol, namun laporan perubatan mengesahkan tiada sebarang kesan koyakkan pada kemaluannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, semalam.
Rosli berkata, disebabkan itu siasatan kes ini diklasifikasikan sebagai cabul dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Sebelum ini, mangsa bersama rakannya dilaporkan pergi ke kafe siber terbabit pada jam 5 petang, sebelum dia tiba-tiba ditarik secara paksa oleh suspek untuk masuk ke dalam tandas.
Mangsa kemudiannya mendakwa dia dirogol oleh suspek dalam tandas berkenaan.
Selepas kejadian itu, mangsa yang ketakutan terus pulang ke rumah dan memaklumkan ibu bapanya mengenai perkara yang berlaku.
Difahamkan ketika kejadian, tiada pengunjung lain di kafe siber itu menyebabkan suspek berani bertindak sedemikian.
25 Ogos 2012
SEREMBAN - Dua perompak bersenjatakan pistol hanya mengambil masa lima
minit untuk melarikan sembilan dulang barang kemas dari sebuah kedai di
Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Lim Kim Fook berkata kejadian berlaku pukul 5.10 petang di kedai yang turut menjual jam tangan itu.
Dua penjenayah terbabit yang memakai topi keledar bertutup penuh, menyerbu masuk ke bahagian menjual barangan kemas dan mengarahkan pekerja memasukkan barangan terbabit ke dalam beg yang dibawa mereka, sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Ketika kejadian terdapat lapan pekerja termasuk seorang pengawal keselamatan tidak bersenjata dalam premis itu, namun tiada tembakan dilepaskan, katanya kepada pemberita, di sini.
"Kita percaya mereka menggunakan dua pucuk pistol automatik, bagaimanapun kita tidak pasti sama ada ia pistol sebenar atau palsu," katanya.
Katanya jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.
Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Bukan hanya dikunjungi pelanggan dewasa, malah permainan terbabit
turut disukai pelajar dan remaja yang terjebak gejala sosial itu selepas
diajak rakan.
Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.
Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.
Melalui perbualan bersama penjaga premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit dikunjungi ramai pelanggan.
“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang,” katanya.
Funky Monkey adalah permainan judi memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda, pokok dan gendang.
Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.
Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.
“Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali,” katanya.
Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.
Harian Metro
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab
tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti
virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Harian Metro
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.
Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azizul, 43, berkata
mangsa dibawa ke Jeli oleh ibu saudaranya yang datang ke rumah
keluarganya di Grik.
“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.
Harian Metro
Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.
Pejabat PLUS itu terletak berhampiran persimpangan susur keluar ke arah utara.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, semasa itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar wang kutipan harian berjumlah RM2,000 ke pejabat PLUS itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Plaza Tol Seremban.
Menurut beliau, ketika kedua-dua mangsa mahu membelok masuk ke kawasan pejabat PLUS, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira memintas motosikal ditunggangi dua mangsa.
“Seorang lelaki di dalam kereta itu yang bersenjatakan pump gun melepaskan tiga das tembakan ke arah kedua-dua jurutol menyebabkan mereka terjatuh.
“Suspek kemudian merampas beg kecil mengandungi wang yang dipegang salah seorang mangsa,” kata beliau dengan memberitahu kereta tersebut kemudian dipandu laju ke arah Sendayan.
Kosmo
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Siti Delima Aladdin, 43, yang sebelum itu sudah mengejar peragut sejauh enam kilometer, maut di tempat kejadian.
Mangsa mengalami kecederaan parah manakala anak lelakinya Mohd. Hishamuddin Yari, 11, yang membonceng hanya cedera ringan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dua lelaki bermotosikal meragut dompetnya.
Beliau berkata, sebaik diragut, mangsa terus mengejar peragut tersebut sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.
“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan kerugian dianggarkan bernilai RM1,000,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika pekerja lain berada di masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3 petang.
“Menurut saksi, tiga daripada mereka pergi menunaikan solat Jumaat sebelum menemui mangsa di dalam rumah berkenaan,” katanya.
Wan Bari berkata, seorang lagi pekerja yang menghilangkan diri kini
diburu polis dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM).
Harian Metro
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggang.
Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling
berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian apabila
dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.
Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg tangan dipegang rakannya itu.
“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.
“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.
“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam rakan saya,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.
Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.
Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.
Menurutnya, polis kini memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.
“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Source: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mangsa tidak mempunyai rekod jenayah dan bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Seremban.
“Difahamkan, mangsa baru dua bulan berkahwin dan isteri mangsa membuat laporan di Balai Polis Seremban berkenaan kehilangan suaminya beberapa hari lalu. “Selepas diminta datang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam (kelmarin), isteri mangsa membuat pengecaman berdasarkan beberapa tanda dan kereta milik mangsa yang terbakar,” katanya.
Source: Harian Metro
Azlan berkata, isterinya berpesan kepadanya supaya memberitahu anak sulung mereka yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) supaya belajar bersungguh-sungguh.
Menurutnya, perubahan sikap isterinya sebelum ini yang mahu rumah mereka dicat baru beberapa minggu sebelum diragut juga petanda dia mahu pergi jauh.
“Anak kedua saya yang bekerja di sebuah kilang juga disuruh berhenti
kerja dan membantu saya menjaga kedai makan. “Malah, dia pernah
menyuarakan hasrat jika dia meninggal dunia hendak dikebumikan di
kampung halamannya di Pulau Indah, Klang,” katanya ketika ditemui di
pekarangan PPUM, semalam.
Beliau berkata, ketika kejadian, isterinya baru keluar dari rumah mereka di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu sebelum diragut dua lelaki bermotosikal menyebabkannya parah di kepala.
“Ketika kejadian, jiran memberitahu ternampak kelibat dua lelaki bermotosikal mengekori Modenas Kriss ditunggangi isteri saya.
“Jiran saya menyangka lelaki terbabit saudara kami, namun terkejut apabila mereka meragut isteri saya,” katanya.
Katanya, jiran yang melihat kejadian itu membantu isterinya yang parah sementara jiran lain yang berada di tempat kejadian cuba menangkap peragut terbabit, namun gagal.
Source: Harian Metro
"Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.
"Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.
Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.
Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.
Presiden parti serpihan Umno, Semangat 46 pada waktu itu, Tengku Razaleigh Hamzah turut mengadakan perbincangan sebagai sokongan kepada usaha itu, kata Nik Aziz.
"Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh kerajaan pusat," kata Nik Aziz lagi.
Beliau mengulas pandangan yang dikemukakan MP PAS Dr Dzukefly Ahmad dan bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pelaksanaan hukum hudud dalam suasana politik yang berlaku pada masa ini.
Akhbar Sinar Harian semalam melaporkan kenyataan Dr Mohd Asri bahawa PAS "memberi gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam."
Dr Mohd Asri membangkitkan peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang didakwa "tidak jelas" dan "menimbulkan salah faham hingga kini".
Dr Dzulkefly, seperti dilaporkan Sinar Harian pada hari Khamis lalu pula menyatakan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.
Dzulkefly dalam laporan itu juga berkata, hudud tidak boleh dilaksana "dalam keadaan terburu-buru kerana ia memerlukan penerangan, didikan dan penjelasan yang secukupnya."
Mengulas pandangan itu, Nik Aziz dengan bermadah mengumpamakan tentangan yang dihadapi PAS dalam melaksanakan hudud itu dengan keadaan gelora di laut.
"Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan," katanya.
"Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam?
"Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
"Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah ini?," katanya.
Tambahnya lagi, soal untuk menolak atau menerima hukum hudud bukan satu pilihan kerana hukum Islam itu merupakan kewajipan ke atas orang Islam.
"Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan.
"Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab.
"Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah," katanya lagi dalam tulisan tersebut.
Azwan Ali buat KORNER BARING plak ...UMMI tergolek Dog..!!!
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
“Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah ‘great leader’. Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN. Tetapi jangan tanya parti apa yang saya sokong,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan tindakan Umi memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, mengkritik Azmin ketika umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri.
Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya.
Tindakan Umi itu diselar Azwan kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Menurut Azwan, beliau percaya, ibunya diperalat Umi yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa daripada parti Pakatan Rakyat.
Ditanya mengenai tindakan Umi itu, pengacara yang terkenal dengan ungkapan ‘Ada aku kisah?’ dan ‘Amboi amboi amboi’ itu berkata, tiada apa yang perlu diulas kerana segala kemarahannya telah diluahkan melalui twitternya, ‘@azwanhjali‘.
“Empat hari berturut-turut saya sudah berikan komen-komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti,” katanya yang cukup pantang apabila ibunya diheret demikian.Azwan juga enggan mengakui Umi adik kandungnya melainkan Azmin dan seorang lagi abangnya, Azman.
“Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tidak mempunyai sesiapa lagi. Saya telah membuang adik beradik saya kecuali Azmin dan Azman. Mereka itu sahaja lebihan darah daging saya,” katanya.Selain Azwan, Allahyarham bapanya, Ali Omar juga enggan mengakui Umi anak serta melarang beliau pulang ke rumah di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan catatan pada 18 Oktober 1998, beliau telah melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.-
Anak hilang selepas keluar beraya
25 Ogos 2012
Mariam Aainaa Rusly, 13, dari Kampung Bukit Changgang dilaporkan menghilangkan diri pada 20 Ogos lalu ketika umat Islam sibuk menyambut hari raya kedua.
Ibunya, Asmawati Amat Jiman, 43, berkata, anaknya keluar rumah jam 10 pagi dengan memaklumkan dia mahu beraya ke rumah rakan.
Menurutnya, dia yang tidak mengesyaki apa-apa dan hanya membenarkan anak kelima daripada enam beradik itu keluar bersama rakannya yang turut beraya di rumah.
“Saya bimbang kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit malah duit raya bernilai RM50 yang diberikan oleh ayahnya ditinggalkan di dalam bilik tetapi hanya berpakaian baju kurung bercorak bunga biru tua yang dijahit sendiri.
“Apabila malam, saya mula risau apabila Mariam masih belum pulang selain percayai dia langsung tidak membawa wang bersamanya dan tiada siapa mengetahui ke mana dia pergi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pekan Banting, semalam.
Bapanya, Rusli Abdullah, 47, berkata, dia turut menghubungi dua lagi rakannya yang dimaklumkan turut bersama Mariam ketika keluar dari rumah namun nombor telefon bimbit mereka tidak berjawab.
Katanya, dia bertambah runsing apabila salah seorang rakan Mariam turut memaklumkan anaknya keluar dengan seorang lelaki selepas berjumpa dua rakan perempuannya.
“Sehingga hari ini, telefon rakan-rakan Mariam masih gagal dihubungi dan tidak menerima sebarang jawapan termasuk di peti simpanan pesanan suara,” katanya yang turut membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis KLIA dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.
Rusly berkata, dia sudah mencari anaknya di beberapa kawasan berhampiran termasuk Nilai, Putrajaya, Banting, Bagan Lalang tetapi masih gagal ditemui.
Dia yang bekerja sebagai juruelektrik bimbang keselamatan Mariam kerana sebelum ini anaknya tidak menunjukkan perubahan dan semasa hari raya pertama, dia nampak ceria seperti biasa.
“Kami tidak pernah berselisih faham dan saya juga tidak mengetahui sama ada dia mempunyai teman lelaki atau tidak.
“Malah Mariam tidak pernah keluar rumah bersendirian tanpa ditemani ibu atau bapanya,” katanya.
Rusly turut meminta siapa yang terjumpa anaknya segera menghubunginya di talian 017- 6945855 atau datang balai polis berhampiran.
Jurucakap polis IPD Kuala Langat, ketika dihubungi berkata, beliau mengesahkan laporan polis turut dibuat berhubung kes berkenaan.
Kemaruk memadu kasih, sanggup panjat tingkap
25 Ogos 2012
Tujuannya hanya kerana mahu menemui kekasihnya berusia 17 tahun di Kampung Keru, dekat sini, 13 Ogos lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, pelajar perempuan itu sanggup memanjat tingkap rumah kekasihnya bagi melampiaskan nafsu ketika umat Islam lain berpuasa.
Menurut sumber, ketika kejadian ibu remaja lelaki terbabit sedang tidur selepas bersahur dan langsung tidak menyedari kehadiran remaja perempuan itu yang masuk secara sembunyi melalui tingkap.
“Namun, perbuatan terkutuk remaja berkenaan disedari jiran tetangga setelah dia keluar dari rumah kekasihnya dari tingkap sama sekitar jam 1.30 petang.
“Susulan kejadian tersebut, ibu remaja perempuan berkenaan yang dimaklumkan mengenai perbuatan terkutuk anaknya itu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar sebelum akhirnya remaja perempuan itu menyatakan dirinya telah dirogol tetapi atas dasar suka sama suka,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan ibu mangsa membuat laporan polis pagi 23 Ogos lalu.
Katanya, siasatan polis telah membawa kepada penahanan suspek lelaki di rumahnya di Kampung Keru.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 13 Ogos lalu antara jam 7 pagi hingga 1.30 petang di rumah suspek dan mangsa pula dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk menjalani pemeriksaan.
“Suspek ditahan reman selama tiga hari bermula semalam (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
“Oleh itu, saya tegaskan kepada mana-mana individu yang melakukan persetubuhan dengan remaja bawah umur walaupun atas dasar suka sama suka atau dengan kerelaan ia adalah satu kesalahan," katanya.
Budak 8 tahun dakwa dicabul penjaga kafe
25 Ogos 2012
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohd Isa berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas keluarga mangsa membuat laporan polis, Isnin lalu.
Beliau berkata, suspek ditahan di tempat kerjanya di kafe siber sebuah pangsapuri di Kota Kemuning, di sini.
"Kita reman suspek selama dua minggu sehingga 3 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.
"Laporan yang diterima daripada keluarga mangsa mendakwa kanak-kanak itu dirogol, namun laporan perubatan mengesahkan tiada sebarang kesan koyakkan pada kemaluannya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, semalam.
Rosli berkata, disebabkan itu siasatan kes ini diklasifikasikan sebagai cabul dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Sebelum ini, mangsa bersama rakannya dilaporkan pergi ke kafe siber terbabit pada jam 5 petang, sebelum dia tiba-tiba ditarik secara paksa oleh suspek untuk masuk ke dalam tandas.
Mangsa kemudiannya mendakwa dia dirogol oleh suspek dalam tandas berkenaan.
Selepas kejadian itu, mangsa yang ketakutan terus pulang ke rumah dan memaklumkan ibu bapanya mengenai perkara yang berlaku.
Difahamkan ketika kejadian, tiada pengunjung lain di kafe siber itu menyebabkan suspek berani bertindak sedemikian.
Dua perompak larikan sembilan dulang barang kemas
25 Ogos 2012
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Supt Lim Kim Fook berkata kejadian berlaku pukul 5.10 petang di kedai yang turut menjual jam tangan itu.
Dua penjenayah terbabit yang memakai topi keledar bertutup penuh, menyerbu masuk ke bahagian menjual barangan kemas dan mengarahkan pekerja memasukkan barangan terbabit ke dalam beg yang dibawa mereka, sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal.
Ketika kejadian terdapat lapan pekerja termasuk seorang pengawal keselamatan tidak bersenjata dalam premis itu, namun tiada tembakan dilepaskan, katanya kepada pemberita, di sini.
"Kita percaya mereka menggunakan dua pucuk pistol automatik, bagaimanapun kita tidak pasti sama ada ia pistol sebenar atau palsu," katanya.
Katanya jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
Mesin judi ‘Funky Monkey’ bawa bencana
KUALA LUMPUR: Permainan judi mesin slot ‘Funky Monkey’ atau lebih dikenali sebagai ‘Monyet Ceria’ kini antara yang menjadi kegilaan kebanyakan kaki judi di sekitar ibu kota untuk bertaruh bagi memenangi wang tekaan.Berselindung di sebalik kafe siber dan pusat komputer, pihak yang menjalankan perjudian itu kini mempertaruhkan permainan Monyet Ceria sebagai permainan utama kepada pelanggan sebelum mereka tewas ribuan ringgit.
Tinjauan di beberapa pusat siber di Kepong, Cheras, Bangsar dan pusat bandar raya mendapati permainan itu menjadi pilihan utama pelanggan dengan tekaan hanya bermodal RM1, mereka layak memenangi sehingga RM800.
Wartawan yang memasuki pusat judi di Kepong dan pusat bandar selama enam jam difahamkan premis terbabit dibuka 24 jam sehari dengan menawarkan pelbagai permainan judi untuk dipertaruh.
Selain Funky Monkey antara menjadi pilihan ialah Rockin Roller, Nepiunes Kingdom, Safari, Haunted House, Magic Scots dan Real Classic.
Melalui perbualan bersama penjaga premis judi di Kepong, difahamkan pemilik perniagaan itu meraih hampir ratusan ribu ringgit sehari selepas pusat judi terbabit dikunjungi ramai pelanggan.
“Sekarang ini, ramai bertaruh Funky Monkey, ada yang menang dan ada yang kalah. Kalau beli seringgit boleh menang RM800, kalau RM2 dapat RM1,600, kalau beli banyak, puluhan ribu boleh menang,” katanya.
Funky Monkey adalah permainan judi memerlukan setiap barisan slot menyamai urutan objek dikehendaki antaranya 1Bar, 2Bar, 3Bar, objek pisang, cermin mata, kelapa muda, pokok dan gendang.
Bagi hadiah terbesar, sekiranya semua gendang menyamai garisan slot, tekaan RM1 mampu memenangi RM800 dan seterusnya. Namun, kebanyakan pelanggan ditemui dan bertaruh hanya menggelengkan kepala selepas kalah ribuan ringgit.
Pelanggan dikenali sebagai Pak Kadir, 52, yang juga pemandu bas berkata, setiap hari dia mengunjungi pusat judi dan bermain Funky Monkey selepas ketagih sejak setahun lalu.
“Kalau diikutkan bermain judi komputer ini, puluhan ribu saya kalah, tetapi apakan daya sukar meninggalkan tabiat buruk ini. Setiap hari mesti bertaruh walau sekali,” katanya.
Pak Kadir ketika ditemui di sebuah premis di Kepong berkata, sepanjang berjudi, dia banyak kalah berbanding menang.
Harian Metro
Pelajar IPT bangga tiada dara
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Harian Metro
Culik, perkosa, paksa kawin
IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mengalami pengalaman menakutkan apabila diculik di Jeli, Kelantan dan kemudian dibawa ke Grik, Perak, lalu diperkosa.
Mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk dinikahkan secara paksa oleh perogol terbabit tetapi 36 jam kemudian, gadis berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di sini, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 8 malam Khamis lalu, pelajar tingkatan tiga itu sedang membantu ibu saudaranya berniaga di kedai makan di Sungai Mekong, Jeli, Kelantan, apabila seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba muncul dan menarik remaja itu ke dalam Proton Wira.
“Saya difahamkan anak saya dibawa ke Kampung Belum Baru, Grik dan dirogol dalam kereta oleh lelaki berusia 30-an itu,” katanya sedih ketika ditemui di sini, semalam.
Harian Metro
Jurutol ditembak, dirompak RM2,000
SEREMBAN – Dek kerana duit RM2,000, dua jurutol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) cedera ditembak sebelum disamun perompak berhampiran Plaza Tol Seremban susur keluar ke arah utara di sini kelmarin.Semasa kejadian pukul 9.57 malam itu, mangsa Nurijah Rosli, 24, dan Mohd. Haffiz Zamri, 26, menaiki sebuah motosikal dari Plaza Tol Seremban susur masuk ke Seremban dari arah utara menuju ke pejabat syarikat itu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, semasa itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghantar wang kutipan harian berjumlah RM2,000 ke pejabat PLUS itu yang terletak kira-kira 200 meter dari Plaza Tol Seremban.
Menurut beliau, ketika kedua-dua mangsa mahu membelok masuk ke kawasan pejabat PLUS, tiba-tiba muncul sebuah kereta Proton Wira memintas motosikal ditunggangi dua mangsa.
“Seorang lelaki di dalam kereta itu yang bersenjatakan pump gun melepaskan tiga das tembakan ke arah kedua-dua jurutol menyebabkan mereka terjatuh.
“Suspek kemudian merampas beg kecil mengandungi wang yang dipegang salah seorang mangsa,” kata beliau dengan memberitahu kereta tersebut kemudian dipandu laju ke arah Sendayan.
Kosmo
Mangsa ragut maut rempuh tiang elektrik
BACHOK – Seorang ibu kepada tujuh orang anak maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan melanggar tiang elektrik ketika mengejar dua penjenayah yang meragut dompetnya dalam kejadian di Kampung Keluat, Beris Kubor Besar di sini kelmarin.Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, Siti Delima Aladdin, 43, yang sebelum itu sudah mengejar peragut sejauh enam kilometer, maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dua lelaki bermotosikal meragut dompetnya.
Beliau berkata, sebaik diragut, mangsa terus mengejar peragut tersebut sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik.
“Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan kerugian dianggarkan bernilai RM1,000,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo
Dibunuh enggan pinjamkan RM50
BRICKFIELDS: Hanya kerana enggan meminjamkan RM50 kepada rakan sekerja yang juga rakan sekampungnya di Madura, Indonesia, seorang buruh binaan mati dibunuh di sebuah rumah yang diubah suai di Taman Tan Yew Lai, di sini, tengah hari semalam.Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika pekerja lain berada di masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata polis menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3 petang.
“Menurut saksi, tiga daripada mereka pergi menunaikan solat Jumaat sebelum menemui mangsa di dalam rumah berkenaan,” katanya.
Harian Metro
Pinggang gadis dirodok peragut
KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggang.
Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg tangan dipegang rakannya itu.
“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik.
“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.
“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.
“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam rakan saya,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.
Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.
Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.
Menurutnya, polis kini memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.
“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Source: Harian Metro
Kenal pasti mayat rentung
KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti mayat seorang lelaki yang ditemui rentung di dalam kereta dan dipercayai mati dibunuh di Happy Garden, Bangsar, kelmarin.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata mangsa tidak mempunyai rekod jenayah dan bekerja di sebuah bengkel membaiki kereta di Seremban.
“Difahamkan, mangsa baru dua bulan berkahwin dan isteri mangsa membuat laporan di Balai Polis Seremban berkenaan kehilangan suaminya beberapa hari lalu. “Selepas diminta datang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam (kelmarin), isteri mangsa membuat pengecaman berdasarkan beberapa tanda dan kereta milik mangsa yang terbakar,” katanya.
Source: Harian Metro
Isteri koma diragut maut
PETALING JAYA: “Saya tidak menyangka kerisauan isteri dengan kehidupan kami anak beranak selepas ketiadaannya malam sebelum kejadian tanda dia akan pergi selama-lamanya,” kata Azlan Abd Aziz, 47, suami mangsa ragut, Zabedah Abas, 46, yang meninggal dunia 12 tengah hari kelmarin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas tiga hari bertarung nyawa.Azlan berkata, isterinya berpesan kepadanya supaya memberitahu anak sulung mereka yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) supaya belajar bersungguh-sungguh.
Menurutnya, perubahan sikap isterinya sebelum ini yang mahu rumah mereka dicat baru beberapa minggu sebelum diragut juga petanda dia mahu pergi jauh.
Beliau berkata, ketika kejadian, isterinya baru keluar dari rumah mereka di Pangsapuri Permai, Petaling Jaya, di sini, kira-kira jam 3 petang, Khamis lalu sebelum diragut dua lelaki bermotosikal menyebabkannya parah di kepala.
“Ketika kejadian, jiran memberitahu ternampak kelibat dua lelaki bermotosikal mengekori Modenas Kriss ditunggangi isteri saya.
“Jiran saya menyangka lelaki terbabit saudara kami, namun terkejut apabila mereka meragut isteri saya,” katanya.
Katanya, jiran yang melihat kejadian itu membantu isterinya yang parah sementara jiran lain yang berada di tempat kejadian cuba menangkap peragut terbabit, namun gagal.
Source: Harian Metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan