Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak mendapat kebenaran DBKL untuk diadakan di Dataran Merdeka.
Penganjur Gabungan Janji Bersih kini bercadang mengadakan sambutan Ambang Merdeka selama dua jam mulai 10 malam, Khamis ini.
Garis panduan UM larang propaganda parti di kampus
|
8:08PM Ogos 27 2012 |
|
Universiti
Malaya (UM) kini menggunakan kod tata kelakuan baru yang antaranya
melarang penyebaran maklumat, propaganda dan ideologi parti politik di
dalam kampus melalui pelbagai cara.
Menurut garis panduan yang
diwartakan pada 22 Jun lalu itu, aktiviti yang dilarang termasuk
menyebarkan risalah berkaitan, mempamerkan sepanduk, poster, sebaran
lisan dan melalui media elektronik.
Panduan
sembilan halaman yang dimuat naik ke laman web UM itu juga menjelaskan
ia bertujuan memastikan keamanan dan keharmonian kampus terjamin.
Perkara lain yang turut dilarang:
- Berurusan
dengan parti politik atau persatuan luar kampus tanpa kebenaran UM,
termasuk membuat penyataan atau mengutip sumbangan bagi pihak parti
politik dalam kampus.
- Menyatakan sokongan, simpati atau
bangkangan terhadap parti politik melalui penggunaan simbol yang
melambangkan parti politik, termasuklah melalui pakaian, topi dan
lencana dalam kampus.
- Menyatakan sikap terhadap badan yang
yang menyalahi undang-undang yang ditetapkan sebagai tidak sesuai demi
kepentingan dan kesentosaan pelajar atau UM.
- Memakai atau membawa logo atau simbol UM dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti parti politik di luar kampus.
Ust. Fadzil kata tak bulo’ pada Dr M
PAS ada pengalaman menyertai BN pada zaman Tun Razak. Apabila Tun Razak
mati, siapa dalam Umno yang menghormati persetujuan dan janji Tun Razak
itu?
Tuntutan melaksanakan syariah telah ada ketika PAS
menyertai BN. Mengapa Umno tidak mengambil kesempatan itu untuk
melaksanakan syariah? Sebaliknya Dr Mahathir menjuarai menyingkirkan
PAS?
Mengapa lebih 30 tahun kemudian baru Mahathair menyarankan
semula kiranya PAS masuk maka hudud akan dilaksnakan? Adakah sudah dia
dekat nak mati baru dia teringat?
Dan jika Umno hendak melaksanakan hudud, apa perlu ia menunggu PAS masuk Umno? Mengapa tidak ia buat saja?
Seperti
Perdana Menteri, Najib war-warkan sekarang ia hendak transformasikan
Umno dengan wasatiah dan hendak laksanakan maqasid syariyah. Buatlah
hudud sama dalam apa yang dijajanya itu.
Mursyidul Am, Tok Guru
Nik Aziz selalu sebut, jika Umno laksanakan Islam, beliau akan
bubarkan PAS. Walaupun saya tidak setuju dengan Tok Guru Nik Aziz, pada
saya PAS mesti dikekalkan bagi memastikan dari luar Umno benar-benar
melaksanakannya, tetapi Tok Guru sudah membayang beliau tiada halangan
untuk bersama Umno.
Paling tidak, Tok Guru Nik Aziz akan masuk
Umno. Kalau beliau masuk Umno kerana syariyah termasuk hudud, maka apa
lagi yang tinggal dengan PAS?
Masalahnya ialah, bolehkah Dr
Mahathir dan Umno dipercayai? Kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Dr
Mahathir pernah tipu Tengku Razaleigh hidup-hidup. Ku Li bubarkan S46
dan masuk Umno, dia kepung Ku Li dan ikat kaki dan tangannya.
Bila
dia buang Tun Ghafar dari TPM dan Timbalan Presiden Umno, dia tidak
cuba Ku Li menjadi ganti. Bila dia buang Anwar Ibrahim dia tidak peduli
langsung Ku Li.
Tak usah Dr Mahatahir tipulah PAS. PAS
'tak bulo’. Jika Dr Mahathir sudah sukakan hudud, apa salahnya dia masuk PAS dan ajak Umno masuk PAS?
Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis
http://aspanaliasnet.blogspot.com,
|
27 Ogs 2012
|
UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan
tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara
dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan
bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan
diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO)
perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka
telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat
bersabar.
Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis
BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara
yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah
lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan
yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap
berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus
mempersendakan mandat rakyat itu.
Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu
dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka
lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN
telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr
Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke
ususnya.
Kali ini kita akan menghadapi PRU yang tersengit dalam sejarah
negara merdeka kita dan itu adalah satu fenomena yang ‘natural’ yang
berlaku di mana-mana negara dan rakyat yang mahukan perubahan. Walaupun
UMNO itu sudah dipersepsikan sebagai satu parti yang buruk, tetapi
demokrasi juga membenarkan mereka mempertahankan diri dan kini segala
usaha dan tenaga digembeling bagi mendapatkan kesinambungan kuasa dari
rakyat.
Segala pujuk rayu jelas tidak berkesan kerana persepsi
rakyat, negara dan antarabangsa terhadap UMNO sudah begitu tercemar.
Maka digunakan cara membeli perasaan dengan berbagai-bagai bentuk. Dari
pemberian BR1M sampailah kepada pemberian duit raya kepada rakyat
termasuk kakitangan awam dan pesara. Pemandu teksi dibelikan tayar
kereta dan banyak lagi bentuk pembelian undi dan perasaan rakyat
dilakukan. Namun rakyat tidak juga dapat diyakinkan.
Rakyat sedar pemberian-pemberian runcit itu tidak boleh
memperbaiki kehidupan mereka. Ikan yang diberi tidak akan membolehkan
rakyat kenyang sampai ke akhir hayat. Yang penting rakyat mahukan ialah
joran untuk membolehkan mereka pergi memancing untuk mendapatkan ikan
itu sendiri. Pendek kata apa juga yang diberikan oleh kerajaan tidak
berkesan dan rakyat tetap menolak mereka (UMNO) terus-terusan.
Apabila cara ini tidak mendapat sambutan, UMNO menggunakan cara
menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu
perkauman dan agama. Isu 13 Mei diperbesarkan dan menjadikan DAP sebagi
‘punching bag’ dan terlebih khusus lagi menjadikan Lim Kit Siang sebagai
sasaran dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat LKS
adalah orang yang menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969 itu.
Isu ini juga merupakan isu yang ‘counter productive’ untuk UMNO
kerana bagi rakyat yang tahu hakikat sebenarnya itu semuanya adalah
fitnah dan fitnah ini telah dibina oleh UMNO dan telah menjadi isu wajib
yang kekal dalam siri kempen setiap kali pilihanraya tiba. Isu ini juga
tidak memberikan kesan yang banyak kerana rakyat sudah mula faham
bahawa 13 Mei itu berlaku kerana kekalahan BN dalam PRU 1969 dahulu dan
DAP telah dijadikan mangsa untuk pihak lain melakukan kejadian itu
kerana kepentingan politik.
Isu 13 Mei dijadikan isu politik ‘desperate’ UMNO. Semuanya ini
adalah tindakan untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap sikap dan
tindakan tidak amanah UMNO yang keterlaluan terhadap rakyat dan negara.
UMNO ketinggalan zaman kerana rakyat mahukan keamanan dan tidak ada cara
lain selain dari hidup dalam keadaan muhibbah di antara kaum. Rakyat
sudah jemu dengan taburan fitnah dan isu untuk memecah-belahkan mereka.
Pemuafakatan di antara PAS dan DAP membuatkan UMNO tidak lena
tidur terutamanya kepada pimpinan UMNO termasuk Dr Mahathir Mohammad.
Mereka (pimpinan UMNO) begitu resah kerana permuafakatan kedua-dua parti
yang berbeza ini. Perbezaan ini memang kejadian Tuhan dan Tuhan
menuntut semua yang berbeza itu untuk bermuafakat untuk tujuan yang baik
dan mulia.
Kalaulah Tuhan jadikan manusia ini ‘homogeneous’ bagaimana
permuafakatan itu boleh berlaku? Permuafakatan hanya boleh berlaku dan
dilakukan oleh mereka yang berbeza dan permuafakatan untuk hidup saling
hormat-menghormati itu adalah tuntutan agama kita sendiri dan
agama-agama yang lain. Yang ditegah oleh agama suci kita ialah
permuafakatan untuk melakukan kerja yang tidak baik.
Tetapi segala permuafakatan yang dilakukan oleh rakyat berbilang
kaum ini sangat meresahkan pihak UMNO kerana parti itu tidak suka
kepada perpaduan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Keadaan
ini disedari oleh UMNO dan pemimpin parti itu samada yang tua atau yang
muda dengan tidak disedari mereka seolah-olah mengakui yang mereka itu
sudah tidak berguna lagi di mata rakyat kerana kedhaifan mereka untuk
melakukan apa yang dituntut Tuhan ini.
Maka mereka mencipta berbagai-bagai ‘idiom’ dan kata-kata yang
bertujuan untuk menghalalkan perlakuan mereka. Yang terakhir ini Dr
Mahathir berkata yang lebih baik bekerja dengan iblis dan syaitan yang
kita kenali daripada malaikat yang kita tidak kenali. Kata-kata ini
mereka (UMNO dan Mahathir) menunjukkan bukti bahawa mereka tidak
mengenali malaikat. Yang mereka kenali hanyalah syaitan dan iblis.
Oleh itu biarlah mereka yang mengenali syaitan untuk terus
bekerja dangan syaitan yang mereka kenali tetapi rakyat pula bekerja
dengan pihak malaikat yang pihak sini mengenalinya. Kita hormat
kepercayaan UMNO yang mereka (UMNO) lebih selesa dengan syaitan kerana
mereka mengenali syaitan itu. Tetapi kita dari pihak rakyat yang
inginkan kebaikan itu, kita bekerjalah dengan pihak yang pihak kita
kenali, iaitu apa-apa yang baik dan yang dituntut oleh agama kita.
Memang ada pun perpatah, ‘the good is for the good and the bad
is for the bad’. Jika UMNO bersesuaian dengan kehendak iblis dan syaitan
kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. UMNO bolehlah bekerjasama dengan
elemen buruk itu jika tidak mampu untuk bersama dengan nilai-nilai mulia
tuntutan Tuhan itu.
Tetapi jangan bawa kami bersama untuk mengikut jejak langkah
anda dalam UMNO itu. Jika UMNO selesa di sana teruskan berada di sana.
“Suit yourself”. Biarkan rakyat yang ramai ini terus melakukan pencarian
dan ‘soul searching’ ini kerana kami tidak tertahan lagi dengan
tindak-tanduk UMNO dan BN yang tidak henti-henti menyesatkan kita semua.
Bagi rakyat ramai kita mahukan perpaduan semua kaum dan agama.
Selagi berada bersama UMNO dan BN matlamat itu tidak akan tercapai
sampai bila-bila. Mari kita berpadu, tetapi berpadu di luar BN.
Sin Chew putar belit kenyataan saya - Mohd Sabu
Harakahdaily,
|
28 Ogs 2012
|
KUALA LUMPUR:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kesal dengan sikap tidak beretika
wartawan Sin Chew Daily yang memuatkan berita kononnya PAS akan
membentangkan cadangan atau usul di Parlimen bagi meminda Perlembagaan
untuk dilaksanakan hudud.
Tegas Mohamad, beliau ditanya mengenai hudud oleh wartawan berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas panjang mengenai hudud.
"Saya
katakan kepada wartawan tersebut, jangan sentuh soal hudud
berulangkali. Saya tegaskan kepada beliau, pada saya sebarang perubahan
yang hendak dilakukan dalam negara, mestilah melalui Parlimen, dibuat
secara demokrasi dan dengan mengikut permuafakatan dalam Pakatan
Rakyat," tegasnya kepada Harakahdaily.
Star Online hari ini melaporkan:
Mat Sabu: PAS will seek to use hudud law if Pakatan wins
KUALA
LUMPUR: PAS will propose Constitutional amendments in Parliament to
implement hudud law if it forms the government, said its deputy
president Mohamad Sabu.
This was PAS’ stand and MPs from DAP or
other parties, and non-Muslim MPs, could then raise their objections in
Parliament, he said.
Better known as Mat Sabu, he said in an
interview with Sin Chew Daily that the party had not discussed the
matter as action would only be taken only after Pakatan Rakyat had
formed the federal government. The daily ran the front page story on its
evening edition yesterday.
Mat Sabu was commenting on PAS
president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s statement that the party would
seek to implement hudud law through democratic means.
"Wartawan
tersebut menelefon saya, pertuturan bahasa Malaysia beliau pun tidak
berapa elok, sebab itu saya cakap lain, dia tulis lain.
"Malangnya kesilapan Sin Chew Daily tersebut dipetik Star Online," ujar beliau.
Sebelum
ni "tukanglawan" pernah dedahkan satu artikel berkenaan bekalan air
tak ade di pahang, ye la dok sibuk pasal air di selangor sampaikan BN
terlupa pasal masalah air di pahang,,
jom baca kat sini.
Rupa-rupanya
tempat najib pun tak ade air jugak, la, ingatkan "tukanglawan" tempat
perdana menteri dah cukup maju.. rupanya takde air. kah..kah..kah...
Ni bawah ni artikel yang didedahkan harakahdaily
Di Pahang pada hari raya ke-2 hingga raya ke-3 juga tiada
bekalan air di Felda Cini 1 & Felda Cini 3. Felda ini merupakan
kawasan undi Najib tapi malangnya Najib tak mampu nak jaga. Jangan
cerita nak jaga Malaysia, tempat sendiri pun kantoi.
Menyambut hari raya di sana terpaksa bawak anak-anak mandi di anak sungai dalam ladang sawit, seksanya.
Salam dan takbir!
Ok,
najib sila buat empangan di pahang kata air banyak sangat di pahang,
kesian la rakyat tempat sendiri takde bekalan air bersih.
kah..kah..kah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan