Khamis, 9 Ogos 2012

PATUT RAKYAT KENA FAHAM DAN SEDAR JANGAN LANTIK@UNDI ORANG KAKI TAMAK HALOBA...KAKI MUSIBAT@TAK ELOK PERANGAI...SUKA BERMEWAH2@MENUNJUK2...LEMAH AGAMA@TAK MENGAMAL DENGAN SEMPURNA...LEBIH2 KAKI MAKSIAT..PILIH YANG TAKWA ATAU SEKURANG YANG BAIK DAN AMANAH...NI MISKIN ATAU BIASA2 SAJA..LEPAS DAPAT JAWATAN JADI KAYA RAYA...KAT MANA IA COP DUIT...NI ALLAH SAJA YANG TAHU

MB S'gor: 'RM2 bilion rizab tunai bukan untuk BN ambil'

  • Nigel Aw
  • 10:02AM Ogos 9 2012
Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim ketawa dengan cakap-cakap bahawa beliau telah mengumpulkan rizab tunai yang banyak sehingga mencecah RM2 bilion sejak empat tahun yang lalu - dan semua itu adalah untuk BN.

NONEIni akan berlaku sekiranya BN merampas semula Selangor - satu sendaan yang dimulakan oleh ahli parti itu yang kecewa dengan
gaya pengurusan berjimat Khalid dan keengganannya untuk membiayai aktiviti Pakatan Rakyat di negeri ini.

"Ramai orang akan berhujah, oleh kerana anda ada banyak wang, anda perlu membelanjakannya, jadi macam mereka (BN).

"Tetapi jika itulah halnya, mengapa rakyat harus sokong kami? Pemikiran saya ialah, kita berhemah, tetapi kita masih boleh membelanjakan wang," kata Khalid dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Ketika membentangkan bajet tambahan di Dewan Undangan Negeri pada bulan Julai, Khalid mengumumkan bahawa rizab tunai Selangor meningkat kepada RM2.1 bilion pada suku kedua tahun ini, meningkat daripada RM1.9 bilion pada suku pertama.

Beliau yang juga ADUN Ijok berkata rizab tunai yang besar itu juga membolehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat berdepan dengan langkah-langkah yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

NONE"Apabila kerajaan persekutuan mengumumkan bonus Hari Raya
untuk kakitangan awam, kami tidak mempunyai masalah. Anda ada cukup, kami juga ada cukup (dana).

"Mungkin menteri besar atau ketua menteri negeri-negeri lain menggaru kepala mereka bagaimana untuk membiayainya (bonus)... Itulah sebabnya mengapa anda tidak lihat mana-mana negeri BN mengumumkannya secepat kami," katanya.

Pada 25 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bonus setengah bulan bagi semua kakitangan awam persekutuan, dengan bayaran minimum RM500.

Selangor juga membuat pembayaran bonus yang sama untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri itu, tetapi ditambah lagi dengan RM200 dalam bentuk simpanan Tabung Haji atau sijil simpanan premium
Mubarak mahu pencen wakil rakyat dikaji semula

8 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bercadang  menghantar memorandum berhubung status pemberian dan penstrukturan semula pencen ahli-ahlinya kepada kerajaan tidak lama lagi.

Presiden Mubarak Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar berkata memorandum tersebut mengandungi tiga tuntutan berhubung kadar dan struktur pencen yang wajar diterima oleh kesemua 702 ahli Mubarak di seluruh negara.

"Tuntutan Mubarak meliputi struktur pencen, penyelarasan kadar pencen dengan kakitangan kerajaan dan kebajikan bekas-bekas wakil rakyat," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat kali ke-2 Jawatankuasa Penambahbaikan Faedah Persaraan Mubarak, di sini, hari ini.

Menjawab berhubung kewajaran penstrukturan semula kadar pencen beliau berkata ia disebabkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang dilihat tidak lagi relevan untuk digunapakai pada masa ini.

"Mengikut akta 237, 1980, wakil rakyat hanya layak menerima kadar pencen penuh sekiranya berkhidmat selama 72 bulan yakni enam tahun...Tetapi realitinya terdapat ramai bekas wakil rakyat dan juga exco yang hanya berkhidmat tidak sampai satu penggal atau lima tahun saja," katanya.
 
Abu Hassan memaklumkan bahawa perbincangan dengan kesemua cawangan Mubarak di seluruh negara mengenai penambahbaikan pencen itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Selepas itu perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi fasa terakhir sebelum memorandum itu dikemukakan kepada kerajaan.- Bernama
Hudud hanya boleh dilaksana dalam negara Islam, kata Karpal
Wartawan Sinar Harian
9 Ogos 2012
Karpal Singh
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang masih mahu melaksanakan hudud.

Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian Buku Jingga pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.

"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular.

"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia  merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.

"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
Peniaga runcit dakwa kena lempang polis
JULIZA MOHD SAAD & KAMARUL HALIM M KAMAL
9 Ogos 2012
polis
Samsudin menunjukkan laporan polis dan laporan kesihatan berkaitan dikawasi anggota polis terbabit.
KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.

"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.

“Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

“Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.

“Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab,” katanya.

Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut  hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.

“Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.

“Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika ditemui mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang ketika dihubungi menafikan ada pegawainya yang melakukan kekasaran kepada Samsudin ketika melaksanakan tugas itu.

"Tidak ada sebarang kekasaran berlaku kepada pengadu (Samsudin), malah pegawai saya juga tidak tersilap rumah.

"Saya kesal dengan tindakan warga emas berkenaan yang membuat laporan seolah-olah pegawai kami melakukan kekerasan terhadapnya sedangkan ia tidak benar," katanya.
Hadi Awang: Dakwaan Umno cetus kebencian
Wartawan Sinar Harian
9 Ogos 2012
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG - Dakwaan pemimpin Umno konon DAP akan menguasai negara sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dengan provokasi perkauman boleh menimbulkan kebencian kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Melayu dan Islam sepatutnya diperkasakan dengan pengetahuan politik, bukannya diperlekehkan melalui media.

Menurutnya, Umno gagal menunjukkan contoh dan sifat Islam sebenar kepada bukan Islam, sebaliknya menonjolkan amalan boleh mencalarkan imej agama suci itu.

“Contoh, tidak adil terhadap semua, rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi,”  katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan itu memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar perlembagaan.

Menurutnya, Umno tidak perlu menyalahkan parti lain sekiranya Melayu Bumiputera masih lambat mengejar kejayaan bangsa lain kerana Umno sendiri yang menghilangkan jati diri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri  Melayu di Pantai Barat Semenanjung dan kelemahan Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak kerana merebut jawatan untuk mengaut kekayaan.
DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang

  • Ahmad Fadli KC
  • 12:04PM Ogos 8 2012
DAP mendedahkan dokumen yang didakwa membuktikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam satu perusahaan kolam ternakan udang di Tanjung Karang, Selangor.

ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini menunjukkan satu salinan akuan sumpah bertarikh 11 Januari 2011 dan satu dokumen permohonan kaveat bertarikh sama ke atas tanah yang disewa syarikat itu daripada Noh Omar.

NONE"Saya ada dokumen Syarikat Pristine Agrofood yang dalam akuan sumpahnya menyatakan syarikatnya ada usaha sama dengan Noh bin Omar.

"Surat kaveat yang saya ada, syarikat ini (juga) bersetuju mengusahakan tanah itu bersama Noh Omar.

"Ini (adalah) usaha sama. Beliau tak nafikan akuan sumpah ini," kata Ng selepas mengetuai satu demonstrasi di hadapan tapak projek tersebut pagi ini.
NONEMenurut Ng, kaveat berkenaan bertujuan untuk menghalang Noh daripada menjual tanah berkenaan selama perjanjian itu berkuatkuasa.

Ng mendakwa surat akuan sumpah itu membuktikan Noh Omar terlibat dalam projek itu lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

"Syarikat tersebut telah bersetuju mengusahakan hartanah bersama dengan Noh bin Omar [nombor kad pengenalan dan alamat disertakan] dengan jaminan harga sekurang-kurangnya RM25,200 sahaja setahun. Sesalinan perjanjian usahasama bertarikh 5 Januari 2011 dilampirkan di sini," surat itu dipetik.
NONEKatanya, "usahasama" yang disebut dalam dokumen itu menimbulkan "keraguan yang munasabah" dan definisi istilah itu juga sangat luas.

"Jadi kita mahu pihak berkuasa siasat. Sama ada (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.

Beliau memberi contoh, seorang menteri perumahan boleh membeli rumah tetapi menteri berkenaan tidak boleh terlibat dalam mana-mana syarikat perumahan.

Justeru, prinsip yang sama katanya diguna pakai dalam kes projek udang yang membabitkan Noh Omar, katanya.

NONE"Noh Omar boleh makan udang termasuk otak udangnya tetapi dia tak boleh ternak udang. Ini salah guna kuasa.

"Orang yg kononnya nak jadi menteri besar Selangor ini wajib tampil ke depan dan jawab (dakwaan ini)," kata Ng lagi.
Pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi hari ini menegaskan sekali lagi bahawa Noh Omar hanyalah tuan tanah dan tidak terlibat dalam operasi kolam udang itu.
Lindungi kepentingan
Chu juga mengakui bahawa beliau menggunakan istilah "usahasama" dalam surat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tindakan itu hanyalah untuk melindungi kepentingan syarikatnya.
NONE"Perjanjian itu sebenarnya satu perjanjian penyewaan, tapi kita tulis seperti satu perjanjian usahasama. Ini untuk melindungi kedua-dua pihak.
"Kita mahu ikat Noh Omar (kiri), supaya dia tidak jual tanah ini dan menyebabkan kerugian kepada kita," katanya kepada Malaysiakini.
Noh pula pada 14 Julai lalu dilaporkan mengakui mempunyai pegangan dalam satu perniagaan penternakan udang di Tanjong Karang, dan menegaskan tidak ada salahnya berbuat demikian.
Akhbar Sin Chew Daily pada hari itu melaporkan, Noh mendakwa masih belum dilantik sebagai menteri ketika tanah seluas 30 ekar di Bagan Tengkorak itu dimilikinya.

NONEBagaimanapun, dua hari kemudian beliau menafikan mempunyai sebarang pegangan kewangan dalam projek penternakan udang di Tanjung Karang yang diuruskan oleh Pristine Agrofood Sdn Bhd.

"Pegangan" yang dimaksudkannya, seperti dilaporkan Sin Chew, jelas Noh, tidak lebih daripada bermaksud tanah yang dipajakkannya kepada syarikat.

Isu berhubung projek ternakan udang tersebut pertama kali dibangkitkan Ng ketika membentangkan satu usul di DUN Selangor bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Malaysiakini sedang mendapatkan komen susulan daripada Noh.
Rozali: SYABAS sedia duduk semeja dengan k'jaan S'gor

  • Bernama
  • 6:13AM Ogos 9 2012
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail meminta kerajaan negeri Selangor menghentikan fitnah dan menuding jari kepada pihak lain termasuk dirinya, dalam isu air di negeri ini.

Katanya, kerajaan Selangor sepatutnya duduk semeja dengan kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu air di negeri ini demi kepentingan rakyat.
  
SYABAS sedia duduk semeja dengan kerajaan negeri Selangor, kerajaan Persekutuan atau mana-mana pihak bagi memastikan isu air dapat diselesaikan.
  
"SYABAS sentiasa mengambil berat terhadap rakyat Selangor dan sentiasa berusaha memastikan rakyat mendapat bekalan air secukupnya dengan menghantar air kepada penduduk yang terjejas, kita harap masalah ini dapat diselesaikan segera," katanya.
  
Rozali yang juga Presiden Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan yang dipertu Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Mapem dan DPMMS Petaling Jaya malam tadi.

Rozali juga berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadapnya tanpa menyiasat dengan terperinci terlebih dahulu mengenai isu yang dibangkitkan.

"Saya harap semua pihak tidak 'menangguk di air keruh' tentang gaji saya yang dibayar SYABAS kerana mahkamah sendiri telah tentukan Jun lepas bahawa itu semua fitnah kepada saya, juga SYABAS.
  
"Pada bulan Ramadan ini, hentikanlah kata buruk. Penting bagi kesemua pihak tepikan sentimen politik mereka dan memikirkan tentang rakyat yang sedang terbeban dengan krisis air yang semakin meruncing," katanya.

Pada 6 Jun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee membayar RM200,000 kepada SYABAS berhubung kenyataan memfitnah.
  
- Bernama
Noh: Saya hanya sewakan tanah untuk projek udang

  • Ahmad Fadli KC
  • 6:39AM Ogos 9 2012
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengulangi bahawa beliau tidak terlibat mengusahakan projek udang di Tanjung Karang seperti didakwa DAP.

Menurutnya, jawapan yang diberikan pengarah Syarikat Pristine Agrofood dalam reaksi segera kepada dakwaan terbaru DAP membuktikan beliau hanya menyewakan tanah miliknya dan bukan mengusahakan projek udang itu.

"Jawapan saya sama seperti yang dijelaskan (Pristine Agrofood) dalam Malaysiakini pagi tadi.

"Semuanya jelas saya cuma menyewakan tanah sahaja kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut," kata Noh Omar kepada Malaysiakini sewaktu ditemui di majlis berbuka bersama media di Bukit Kiara malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim pagi tadi mendakwa surat akuan sumpah syarikat udang dan kaveat ke atas tanah Noh Omar yang disewa adalah bukti Noh terlibat lebih daripada sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanahnya.

Menurut Ng, perkataan 'usaha sama' dalam dokumen itu membuktikan Noh turut mengusahakan projek itu sekaligus berlaku konflik kepentingan kerana beliau seorang menteri pertanian.

Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck dalam reaksi segera semalam menegaskan perjanjian usaha sama yang dirujuk Ng adalah perjanjian sewa tanah yang ditulis begitu bagi melindungi kepentingan syarikatnya dan juga Noh.

Ia dibuat dalam bentuk kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.

Mengulas dakwaan Ng, Noh menggesa ADUN DAP itu supaya lebih fokus kepada membangunkan Sekinchan dan 'tidak sibuk mencari salah orang lain'.

"Saya nasihatkan beliau supaya tengok-tengok dahulu projek kondominium di Sekinchan," kata Noh sinis.

. DAP: Dokumen tunjuk Noh Omar terlibat projek udang
Noh: Saya tiada pegangan dalam projek udang
Penternak udang: Noh Omar cuma tuan tanah
DAP dakwa ada projek udang atas 30 ekar tanah Noh Omar

Tiada ulasan: