Khamis, 30 Ogos 2012

ZINA ITU DAH JELAS DAH DIBUKTI OLEH MAHKAMAH...HUKUM ISLAM DISEBAT DENGAN 100 KALI SEBATAN...LEPAS DIDUNIA...AKHIRAT TAK LEPAS

Artis dan atlit dalam Himpunan Hijau Sarawak Ahad ini

Harakahdaily, 30 Ogs 2012
MIRI: PAS Negeri Sarawak akan menganjurkan Himpunan Hijau ke Putrajaya dan Xpresi Muda ke Putrajaya pada 2 September 2012 iaitu pada hari Ahad.

Program ini akan diadakan di kawasan lapang di Jalan Brighton, Miri berhadapan dengan Park City Hotel Miri.

Demikian kata Mohammad Arifiriazul B Paijo, Ketua Pemuda PAS Sarawak merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri dalam kenyataannya hari ini.

Program akan bermula pada jam 1.30 petang dengan konvoi motosikal dan basikal daripada kawasan parkir Stadium Tertutup Miri ke tempat program.

Turut bersama di dalam konvoi ini adalah Atlit Tritalon Sarawak iaitu Jack Ho.

Program Xpresi Hijau ke Putrajaya pula akan diadakan di tempat yang sama dan akan diisi dengan ucapan-ucapan daripada pimpinan Pemuda PAS Malaysia serta persembahan daripada artis jemputan iaitu Zuar Xpdc dan Iwan Syahman.

PAS Sarawak turut mengadakan rumah terbuka aidilfitri pada Xpresi Muda ke Putrajaya ini dimana pelbagai juadah tradisional dan tempatan akan disajikan kepada para pengunjung disamping duit raya yang akan diagihkan kepada anak-anak yang hadir pada program tersebut.

Program kemuncak Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sarawak akan berlangsung pada sebelah malam akan bermula pada jam 8.00 malam dan bakal menampilkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (gambar atas) dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Turut bersama di dalam himpunan ini nanti adalah Datuk Saleh Jafarudin bekas Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, kumpulan anti empangan Baram dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

"Oleh yang demikian, PAS Negeri Sarawak menjemput seluruh rakyat Sarawak khususnya yang berada di Bandaraya Miri dan Sibuti untuk turut sama-sama hadir bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini," kata Mohammad Arifiriazul.

Zunar 'nervous' tunggu pameran solo esok

Harakahdaily, 30 Ogs 2012


(Zunar bersama kurator Galeri Shah Alam membuat persiapan terakhir menjelang pameran kartun solo beliau esok)

SHAH ALAM: "Nervous dan bimbang." Itulah yang dinyatakan kartunis Zunar  menunggu pameran solo kartun beliau di Galeri Shah Alam esok.

Nervous kerana Zunar yakin jangkaan para peminat beliau tinggi untuk melihat pameran pertama ini.

"Semasa saya buat di London, saya tidak susah hati kerana orang tidak kenal siapa saya di sana.

"Tetapi di sini, ramai orang kenal dan harapan mereka tentu pelbagai terhadap pemeran ini," kata Zunar (gambar) atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau sibuk membuat persiapan terakhir pameran itu di Galeri Shah Alam dengan dibantu oleh kurator galeri itu.

Harakahdaily difahamkan, ini adalah pameran kartun solo kedua yang dibuat di tanah air selepas kartunis Lat.

Pameran bertajuk 'Zunar' ini akan mempamerkan 150 lukisan beliau yang dibuat sejak tahun 1999 iaitu ketika beliau menjadi kartunis utama Harakah.

Pada tahun 1999 itu, iaitu menjelang pilihanraya umum ke 10, Harakah dicetak hampir 400,000 setiap keluaran.

Pengaruh kartun yang dibuat Zunar dalam Harakah amat besar ketika itu yang dipercayai turut menyumbang minat yang tinggi terhadap Harakah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan pemeran ini jam 11 pagi esok.

Ketika mengadakan pameran di London, sebelum ini, tema pameran beliau adalah 'Berjuang menerusi kartun'.

Di sana, hanya 80 kartun beliau dipamerkan berdasarkan tema tersebut.

Zunar dipercayai rakyat Malaysia yang pertama membuat pameran kartun di sana.

Himpunan Hijau Kelantan serentak majlis Aidilfitri

Salmah Mat Husain, 30 Ogs 2012
KOTA BHARU: PAS Kelantan akan menganjurkan dua program serentak pada 15 September ini, iaitu Himpunan Hijau ke Putrajaya dan majlis Jamuan Aidilfitri peringkat negeri.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, kedua-dua program berkenaan akan diadakan di Dewan Majlis Daerah Machang dan Padang Majlis Daerah Machang.

Katanya, program Himpunan Hijau antara lain akan diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan parti yang lain.

“Selain itu program untuk Ekspresi Hijau Anak Muda juga akan dipenuhi dengan program ceramah, motivasi anak muda, persembahan hiburan.

“Pada masa yang sama program khas yang akan diisi oleh muslimat bermula sebelah pagi,”ujarnya.

Bagaimanapun program yang bakal dianjurkan oleh Dewan Ulama yang dikenali Mimbar Ulama’ akan diadakan sehari sebelum majlis penuh, selama dua malam berturut-turut.

Beliau memberitahu  program Mimbar Ulama’ bermula pada hari Khamis malam Jumaat melalui program khas di peringkat UPU.

Sambungnya, program ini akan dikendalikan Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan peringkat negeri dengan kerjasama kawasan.

“Hari Jumaat malam Sabtu program khas untuk UPU Kawasan Machang disamping kuliah Maghrib pada hari Sabtu,”ujarnya.
'Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?'
  • Hazlan Zakaria
  • 10:40AM Ogos 30 2012
 
Sebuah NGO yang memperjuangkan hak wanita mempersoalkan kemunasabahan seorang kanak-kanak memberi keizinan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua.

womens aid organisation pc censored anti rape campaign 130109 ivy josiah"Di segi perundangan dan moral, bolehkah mereka memberi keizinan itu?" soal Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan
Wanita (WAO),Ivy Josiah, ketika dihubungi untuk mengulas mengenai dua kes penggantungan hukuman yang dijatuhkan ke atas perogol kanak-kanak.

Beliau menegaskan bahawa, di segi undang-undang, kanak-kanak di bawah umur tidak boleh memberi keizinan itu dan itulah sebabnya undang-undang seperti Akta Kanak-Kanak 2001 digubal untuk melindungi mereka.

Di bawah undang-undang Malaysia, mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan ibu bapa, tidak boleh mengundi sehingga mereka berusia 21 tahun dan tidak boleh memandu kereta sehingga berusia 17 tahun.

Begitu juga, murid-murid dan malah sesetengah pelajar universiti yang mengikuti rombongan, memerlukan slip kebenaran yang ditandatangani oleh ibu bapa mereka.

Ivy (kiri) berhujah bahawa ia kewajipan badan kehakiman untuk menjelaskan bagaimana ia boleh menerima 'keizinan'  seorang kanak-kanak berusia 12 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan "teman lelaki" yang berusia 22 tahun.

Tegasnya, kalaupun kanak-kanak tersebut bersetuju dengan hubungan seksual, tetapi dari segi fizikal dan emosi, dia mungkin belum bersedia untuk menghadapinya.

"Bolehkah mereka tangani bila hamil? Bolehkah mereka tangani bila sakit?"
Peguam: Keizinan boleh jadi faktor kes rogol statutori
  • Aidila Razak
  • 10:55AM Ogos 30 2012
 
Seorang peguam jenayah terkemuka, Baljit Singh Sidhu berkata tanggapan bahawa kedua-dua lelaki yang disabitkan atas kesalahan rogol statutori, telah terlepas hukuman kerana hukuman penjara mereka telah digantung, adalah salah.

NONEBaljit berkata hukuman berkelakuan baik sebenarnya satu hukuman yang "teruk" dan "berat" kerana pesalah boleh berdepan dengan tuduhan berganda jika dia melakukan kesalahan sewaktu tempoh berkenaan.

"Mereka tidak terlepas begitu sahaja. Jika (pesalah terbabit) melakukan satu kesalahan dalam tempoh tersebut, dia akan menghadapi tuduhan bagi kesalahan itu sertai dihukum bagi kesalahan awal. Ia satu hukuman yang berat," katanya katanya.

Malah, katanya, dalam kes pemain boling negara, Nor Afizal Azizan, hukuman berkelakuan baik terhadapnya adalah "hukuman yang lebih baik" daripada dipenjara, memandangkan faktor-faktor yang ditemui oleh  mahkamah.

"Mahkamah mendapati tiada keganasan dan kekejaman dan terdapat keizinan, jadi mengapa perlu dihantar ke penjara?  Sesetengah orang akhirnya menjadi penjenayah yang lebih ganas selepas menghabiskan masa dalam penjara," katanya ketika dihubungi.

Nor Afizal, kini 21, telah disabitkan atas kesalahan merogol seorang gadis berumur 13 tahun empat bulan apabila dia berumur 19 tahun.

Mengenai soal keizinan, Baljit berkata Kanun Keseksaan sebagaimana yang disemak pada tahun 2006, khusus menyatakan bahawa keizinan adalah satu faktor untuk menentukan hukuman dalam kes rogol statutori.

Seksyen 376 Kanun Keseksaan menyebut bahawa hukuman minimum jika mangsa di bawah umur 12 tahun adalah lima tahun penjara dan atau disebat, sama ada atau tidak, mangsa bersetuju dengan perbuatan itu.

Bagaimanapun, tidak ada hukuman minimum disediakan jika seseorang mangsa berumur di atas 12 tahun dan di bawah 16 tahun, dan telah bersetuju untuk mengadakan hubungan seks dengan pesalah.



1. 'Hukuman berkelakuan baik tak bermakna pemain boling tak bersalah'

 
Pemuda Umno teruskan pelan tubuh kelab di IPTA
Wartawan Sinar Harian
30 Ogos 2012
Khairy Jamaluddin
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – Pemuda Umno tetap akan meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan kelab penyokong parti di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi membolehkan mahasiswa memberi sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kelab penyokong itu tidak akan ditubuhkan di dalam kampus, tetapi hanya di luar atau kawasan berhampiran universiti.

“Saya faham dengan undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang melarang pelajar terlibat dengan politik dalam kampus.

“Saya yang mencadangkan pindaan tersebut dilakukan. Jadi tiada halangan untuk kami meneruskan perancangan ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Auku.

Mengulas lanjut, Khairy memberi contoh jika kelab itu ditubuhkan di luar kampus Universiti Malaya (UM) dan dikendalikan oleh Pemuda Umno Lembah Pantai, itu tidak salah.

“Saya menghormati pendirian menteri dan peruntukan undang-undang sedia ada. Tetapi, ia tidak melarang mahasiswa mengikuti aktiviti di luar kampus untuk berbuat sedemikian,” katanya.
Pas Kedah: Tiada keperluan wujud jawatan Timbalan MB
Wartawan Sinar Harian
30 Ogos 2012
Phahrolrazi Zawawi
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi
ALOR SETAR - Belum ada perbincangan dibuat untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan seorang timbalan menteri besar dilantik sekiranya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalami masalah kesihatan serius.

Exco Kerajaan Negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini perkara itu tidak pernah berbangkit ekoran tidak pernah dicadangkan oleh mana-mana pihak.

“Buat masa ini, tiada cadangan ke arah itu (lantikan), walaupun Kedah berdepan situasi sama seperti tahun lalu apabila Azizan berehat panjang selepas menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya.

Menurutnya, tiada keperluan untuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Kedah membincangkan perkara itu buat masa ini.

“Jika ada pihak mahu usul itu diteliti, mereka perlu bawa dalam perbincangan melibatkan pemimpin PR Kedah, sebelum dikemukakan kepada Pusat. Contohnya, Pas Kedah perlu usulkan dan semua pemimpin negeri bincang dan bangkitkan perkara itu di peringkat Pusat,” katanya.

Phahrolrazi berkata, ia bukan mudah kerana melibatkan dasar penting dalam perlembagaan negeri.

“Tidak ada peruntukan melantik timbalan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kedah. Berdasarkan pengalaman lalu ketika bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain sakit, Kerajaan Negeri ketika itu melantik pemangku Menteri Besar,” katanya.

Pada 29 Julai 2011, Azizan dimasukkan ke wad Cardiac Care Unit (CCU) di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan doktor untuk berehat dan menjalani rawatan jantung.

Sejak itu, masalah kesihatan Azizan sering dijadikan sebagai alasan agar mengundur diri, selain timbul desakan pihak-pihak tertentu yang menyarankan agar diwujudkan jawatan itu.
'Saya tak akan maafkan pembunuh bapa'
Wartawan Sinar Harian
30 Ogos 2012
'Saya tak akan maafkan pembunuh bapa'
Abdul Hadi sempat solat jenazah di pusara Allahyarham Mat Keya selepas melawat keluarga mangsa.
MARANG – “Saya tak akan maafkan orang memperlakukan bapa saya sebegitu kejam, penjenayah itu perlu terima hukuman yang berat.”
Demikian kata Hafizudin, 17, anak bongsu Allahyarham Mat Keya Jusoh, 54, yang maut ditembak di Bukit Chempedak di sini, Ahad lalu.

Menurut pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan ini, meskipun dia reda takdir menimpa bapanya itu, namun berharap penjenayah terbabit dikenakan hukuman berat.

“Saya berharap polis menyiasat kes ini dengan teliti bagi membolehkan penjenayah terbabit segera ditangkap dan menerima hukuman berat,” katanya.

Keluarga mangsa sebelum itu menerima lawatan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan, Ahmad Mazlan Yahaya dan Ketua Balai Polis Wakaf Tapai, Rozali Othman, petang semalam.

Isteri mangsa, Sepiah Mamat, 53, melahirkan rasa terharu dengan keprihatinan orang ramai terhadap keluarganya.

Malah, dia sama sekali tidak menyangka nasib keluarganya mendapat simpati dan perhatian pelbagai pihak.

“Sejak berita itu dikeluarkan, ramai melahirkan rasa simpati, ucap takziah dan minta kami tabah,” katanya.

Nasib malang dialami ibu lima anak dan keluarganya itu turut mendapat perhatian pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan, diketuai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohamad Mahamud.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Meskipun ada juga yang saya tidak kenali, mereka semua prihatin. Ia sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan yang ditanggung kami sekeluarga, khususnya anak,” katanya.

Sepiah berkata, kebanyakan mereka yang mengetahui melalui media datang melawat keluarganya. Penduduk kampung juga menyampaikan sumbangan wang dan bekalan makanan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut melawat keluarga mereka di Bukit Chempedak di sini, pagi semalam.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menasihatkan agar bersabar menerima dugaan.

Beliau turut menziarahi pusara Allahyarham Mat Keya dan mengadakan solat jenazah di Tanah Perkuburan Bukit Chempedak.

Sinar Harian semalam memaparkan polis kini menubuhkan unit khas untuk menyiasat kes pembunuhan Mat Keya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Superintendan K Manoharan, pasukan unit khas itu diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Zani Che Din.

Tiada ulasan: