Rabu, 8 Ogos 2012

INSYAALLAH MAKIN RAMAI ORANG YANG FAHAM ISLAM AKAN MASUK GERAKKAN ISLAM KECUALI MEREKA MEMANG TAK DAPAT TAUFIK DAN HIDAYAH DARI ALLAH...ATAU MEREKA DAPAT DIGULA2KAN OLEH SYAITAN....

Rumah YB Rasol Wahib musnah dalam kebakaran di Hulu Terengganu
Posted on Tuesday, August 07 @ 23:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog LensaHandphone

HULU TERENGGANU: Rumah kediaman ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid musnah dalam kebakaran di Kampung Batu 23, di sini, malam tadi.

Kejadian pada 10.15 malam itu memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah berkenaan.

Rosol berkata, ketika kejadian kesemua anggota keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di luar.
Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan kejadian itu oleh isterinya, Toh Puan Halipah Ahmad yang pulang daripada berbuka puasa di rumah kakaknya di Kampung Baung, di sini.

"Sebaik dia membuka pintu rumah isteri melihat kepulan asap dan api marak dari bahagian dapur rumah lantas menelefon saya memaklumkan insiden itu," katanya ketika ditemui malam tadi.

"Ketika kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yayasan Pembangunan Usahawan di Kuala Terengganu. Saya minta isteri supaya tenang dan jangan masuk ke dalam rumah, bimbang kejadian lebih buruk akan berlaku," katanya.

Menurutnya, beliau reda dengan kejadian yang berlaku namun terkilan kerana lebih 2,000 buku yang dikumpulkan sejak 10 tahun lalu turut hangus dijilat api.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zazuli Badru berkata, ketika pasukan bomba tiba di lokasi, api sedang marak dan mereka mengambil masa 30 minit untuk memadam kebakaran.

Dua jentera bomba dari Balai Bomba Kuala Berang dan Balai Bomba Wakaf Tapai dihantar ke tempat kejadian bersama 14 anggota dan pegawai.

Turut ke lokasi kejadian selepas mendapat berita kebakaran itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; ADUN Teluk Pasu, Datuk Abdul Rahin Mohd Said dan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam. - BERNAMA

.......
http://lensahandphone.blogspot.com


  Pengacau Olimpik kena tampar oleh Atlit Judo Wanita
Posted on Tuesday, August 07 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol
LONDON - Pengacau yang membaling botol ke dalam trek olahraga ketika menyaksikan perlumbaan akhir 100 meter lelaki Sukan Olimpik kelmarin, sempat ditampar sekali sebelum diberkas polis.
Bukan sesuatu yang bijak apabila perbuatan penonton berkenaan dilakukan di sebelah Edith Bosch, atlet judo wanita dari Belanda (gambar) yang baru memenangi pingat gangsa di Temasya London.

Bosch menampar lelaki tersebut sebelum dia dibawa keluar oleh Polis Metropolitan dari Stadium Olimpik.

Ashley Gill-Webb, 34, yang dihadapkan ke mahkamah Magistret Stratford semalam, mengaku tidak bersalah. Dia dibenarkan ikat jamin secara bersyarat dan perlu menghadapi perbicaraan di Mahkamah Magistret Thames pada 3 September.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Temasya London 2012, Sebastian Coe mengesahkan pihaknya mengenakan polisi 'tiada toleransi' kepada mereka yang cuba mengacau kelancaran proses temasya berlangsung.

"Mencampak botol ke dalam trek sama sekali tidak boleh diterima, bukan sahaja di Olimpik, malah dalam mana-mana acara sukan.

"Lelaki itu telah dihalau serta merta dan andai insiden yang sama berulang, penonton tidak bertanggungjawab itu juga akan dihalau.

"Bukan saya sokong vigilantism (mengambil tindakan sendiri untuk menghukum pesalah), tetapi memang padan muka lelaki itu kerana duduk di sebelah seorang atlet judo," kata Coe. - REUTERS
.......
http://penjualcendol.blogspot.com

  PRU-13 – Benarkah Pengundi Kelantan Beralih Arah?
Posted on Tuesday, August 07 @ 20:53:54 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: wanibrah

"Pengalaman olakan turun naik sokongan rakyat kepada PAS di Kelantan boleh dibaca pada setiap kali pilihan raya. Ia berlaku berasaskan sejarah peneraju kerajaan Negeri sejak 1955. Sejarah itu membukti rakyat Kelantan boleh menerima Umno (1955-1959), kemudian PAS (1959-1978), diikuti pula Umno (1978-1990) dan kemudiannya lagi PAS (1990 – kini).

Sokongan yang berolak seawalnya bermula daripada pilihan raya pra-merdeka 1955 yang memberi kuasa buat kali pertama untuk Umno menerajui kerajaan Negeri. Diikuti pilihan raya pertama selepas merdeka 1959, berolak pula kali kedua sekaligus menyaksikan beralihnya kuasa buat kali pertama kepada PAS. Namun selepas 18 tahun PAS berkuasa, sokongan rakyat berolak kali ketiga, dan kali ini telah beralih kuasa untuk kali kedua kepada Umno. Ia mencatatkan sejarah kuasa bagi Umno berkuasa selama 12 tahun, iaitu sehingga pilihan raya 1990.




Pada pilihan raya 1990, berlaku olakan kali keempat telah menyaksikan beralihnya kuasa untuk kali kedua kepada PAS yang ketika itu bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Apa pun nilai sokongan rakyat Kelantan kepada PAS bersama Angkatan hanya berlangsung untuk dua penggal pilihan raya sahaja (1990 dan 1995). Selepas itu muncul permuafakatan PAS dalam Barisan Alternatif (BA) dan PAS di Kelantan telah berjaya kekal berkuasa sejak tiga kali pilihan raya (1999, 2004 dan 2008) sehingga kini.

Dari BA kepada PR

Apa pun selepas pilihan raya 1999 sehingga pilihan raya 2004, Barisan Alternatif asalnya terdiri daripada tiga parti – KeADILan, DAP dan PAS – kemudiannya berolak menyebabkan DAP keluar dan bersendirian menentang Barisan Nasional. Ketika itu berlaku prestasi malap PAS bersama-sama KeADILan yang membawa kemerosotan sokongan rakyat di Kelantan. Akibatnya, PAS hampir terlepas kuasa kerajaan di Kelantan dengan hanya kelebihan dua kerusi Dun (kemudian tinggal majoriti satu Dun selepas gagal dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).

Namun olakan sokongan rakyat kembali segar kepada PAS apabila Barisan Alternatif berjaya meraih semula dokongan DAP menjelang pilihan raya 2008. Ia diikuti dengan dokongan mantap beberapa gerakan rakyat (mass movement) seperti Bersih dan Hindraf. PAS telah meraih kelebihan daripada konsensus tersebut apabila PAS kembali segar dan mantap menerima sokongan dua pertiga rakyat di Kelantan. Justeru sentimen gerakan rakyat itu telah diterjemah secara tuntas oleh pimpinan PAS, KeADILAan dan DAP, maka lahirnya permufakatan politik baru selepas pilihan raya 2008, iaitu Pakatan Rakyat (PR).

Faktor beralih

Natijah politik Kelantan adalah unik, sebagaimana uniknya seni budaya rakyatnya. Ketika menjelang merdeka sepakat menyokong Umno atas alasan mahukan kemerdekaan. Namun selepas merdeka, menurut kajian Clive Kessler (1978) didapati Umno pada waktu itu gagal menunaikan janjinya, malah dimomokkan pula sebagai mengkebelakangkan kepentingan orang Melayu dan Islam. Sebaliknya PAS dikatakan berjaya membangkitkan isu Islam dan Melayu secara jelas dan ia boleh diterima rakyat Kelantan.
Antara isu yang mendapat sokongan rakyat ialah isu berkaitan kerjasama Umno dengan parti bukan Melayu dan cabaran kepada masa depan orang Islam dalam konteks Nusantara. Atas isu ini, PAS menimbulkan seruan bangkangan kepada dasar Umno sehingga membangkitkan semangat Melayu Raya. Justeru isu yang dibawa oleh PAS didapati sejiwa dengan rakyat Kelantan, kerana rata-rata rakyat Kelantan adalah rapat dengan golongan agama, seringkali menerima hujah agama daripada pemimpin PAS.

Namun selepas pilihan raya 1969, kestabilan politik nasional tercalar akibat perbalahan kaum  sehingga berlaku rusuhan 13 Mei. PAS sebagai parti memperjuang Islam telah mengambil jalan terbuka dan sedia menjadi pendokong kepada usaha-usaha perpaduan. Kesannya berlaku kerjasama politik dalam kerajaan menerusi pembentukan Kerajaan Campuran antara PAS dengan Umno. Ia berlaku secara praktikal di Kelantan kerana PAS membentuk kerajaan di negeri ini.

Kesan daripada  Kerajaan Campuran itu telah membawa kepada pensabitan PAS menubuhkan Barisan Nasional menjelang pilihan raya 1974. Pensabitan itu membawa kepada PAS menyertai Barisan Nasional atas semata-mata inginkan perpaduan umat Islam. Ia sekaligus memantapkan semula parti Umno yang hampir ranap ketika rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sementara dalaman PAS pula berlaku sedikit perpecahan yang melahirkan puak Bebas Bersatu menentang penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. Di sini bermula detik pertembungan politik sesama pemimpin PAS. Ia kemudian diparahkan lagi oleh adu-domba pemimpin Umno di Kelantan dalam beberapa isu. Kemuncaknya ialah isu undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir sehingga menimbulkan kemelut berlarutan sehingga tercetusnya politik darurat 1977. Darurat kemudiannya berakhir dengan rakyat Kelantan beralih sokongan kepada Umno pada pilihan raya khas Mac 1978. 

Kembali berkuasa

Pada pilihan raya 1990, PAS kembali berkuasa di Kelantan. Ia berlaku selepas perpecahan kalangan Umno di Kelantan ekoran pertembungan kuasa dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dalam isu pertukaran pegawai tadbir negeri. Ia turut memalitkan pihak istana kerana Umno menuduh istana berpolitik menyebabkan kalah di Kelantan.

Kesemuanya berlaku selepas berlaku pemilihan Presiden Umno tahun 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah kalah tipis kepada Dr. Mahathir Mohamed. Tengku Razaleigh kemudiannya menubuhkan Parti Semangat 46 yang kemudian bergabung dengan parti Berjasa dan Hamim menerusi Angkatan. Kemudian berkerjasama dengan PAS sehingga membangkit tekanan kepada Umno di Kelantan. Kesan daripada perpecahan Umno telah merungkai olakan sokongan rakyat kepada Umno beralih kepada PAS. Meskipun selepas itu (tahun 1996) Semangat 46 telah dibubar dan kembali bertaut semula dengan Umno, kesannya amat signifiken kepada PAS apabila PAS terus disokong oleh rakyat Kelantan.

Begitu pula, pengalaman pilihan raya 1990 dan 1995 didapati cukup menguji kemantapan PAS menerajui kerajaan di Kelantan. Ia juga membuktikan PAS sudah mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat. Walaupun sokongan itu agak berolak pada pilihan raya 2004 (selepas hubungan longgar dalam BA) menyebabkan sokongan kepada PAS agak merosot. Sebaliknya Umno mendapat kekeuatan baru apabila Dr. Mahathir berundur dari kerusi Presiden diganti dengan Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah telah dipromosikan sebagai pemimpin bersih dan menjadi pengharapan baru buat rakyat. Ia turut mempengaruhi sikap dan kepercayaan rakyat Kelantan. Justeru peralihan kepimpinan Umno menjadi asas untuk Umno mendapat kepercayaan baru dan PAS terkesan sehingga hampir kalah di Kelantan.

Pengajaran paling berharga

Apa yang penting di sebalik berlaku olakan sokongan dan beralih kuasa kerajaan antara ‘Umno-PAS-Umno-PAS’ ialah pengajaran paling berharga apabila dibuat penilaian mengenai punca-puncanya. Paling signifiken apabila penilaian itu dibuat ke atas keputusan tiga pilihan raya terakhir (secara bandingan antara pilihan raya 1999, 2004 dan 2008). Analisis berikut ke atas 13 Dun terpilih di Kelantan amat relevan diperhatikan tentang aspek ‘pengajaran paling berharga’ yang dimaksudkan.

Jadual 1: Sokongan beralih dari PAS ke BN
Jadual 1, menunjukkan bagi pilihan raya 1999 ke 2004 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari PAS ke BN bagi semua 13 Dun terpilih. Dun Bunut Payung mengalami olakan sokongan kepada BN paling tinggi, iaitu 14.43 peratus. Sementara Dun Meranti adalah terendah iaitu 6.42 peratus. Purata beralih sokongan dari PAS ke BN ialah 10.68 peratus. Sekiranya rentak olakan pilihan raya ke-13 nanti dan jika terjadi seumpama pilihan raya 1999 ke 2004, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan beralihnya sokongan rakyat dari PAS ke BN yang menyebabkan akan ada Dun yang berkemungkinan kalah.


Jadual 2: Sokongan beralih dari BN ke PAS 
Jadual 2 pula menunjukkan bagi pilihan raya 2004 ke 2008 telah beralih sokongan rakyat Kelantan dari BN ke PAS bagi semua 13 Dun terpilih. Dun Gual Ipoh mengalami olakan sokongan kepada PAS paling tinggi, iaitu 14.01 peratus. Sementara Dun Pengkalan Kubor adalah terendah iaitu 2.51 peratus. Purata beralih sokongan dari BN ke PAS ialah 5.75 peratus sahaja. Sekiranya olakan pilihan raya ke-13 nanti akan terjadi seumpama pilihan raya 2004 ke 2008, maka natijahnya beberapa Dun daripada 13 Dun ini akan menyaksikan beralihnya sokongan rakyat dari BN ke PAS  yang menyebabkan akan ada Dun berkemungkinan menang besar. 

Namun apa yang dibimbangi, sekiranya berulangnya mood jentera PAS sepertimana mood ketika pilihan raya 2004, maka akan berlaku olakan sikap rakyat yang berkemungkinan akan beralih kepada BN. Tidak mustahil senario pilihan raya yang tergambar daripada analisis Jadual 1, akan berulang. Senario yang bersikap ‘alert’ dan proaktif amat wajar agar tidak berulang lagi pengalaman pilihan raya kecil Manek Urai (14 Julai 2009) yang menyaksikan kemerosotan rakyat sebanyak 6.36 peratus (PAS menang tipis, 65 undi) dan pilihan raya kecil Galas (4 November 2010) juga merosot sebanyak 10.25 peratus (PAS kalah agak besar, -1,190).

Justeru ada berkemungkinan beberapa Dun yang berlaku olakan beralih sokongan rakyat dari 1999 ke 2004 yang lebih daripada 5 peratus ke atas (rujuk Jadual 1), perlulah mengambil langkah yang berstrategik bagi menangani isu-isu pilihan raya yang sedang berlegar ligat sekarang ini. Mudah-mudahan mood jentera PAS dan mood pengundi tidak akan berlaku seumpama pilihan raya 2004.  Justeru PAS akan terus utuh menguasai kemenangan bergaya pada PRU-13 dengan izin-Nya. (Oleh: Wan Nik Wan Yussof, SetPol MB Kelantan). 
 Kisah sedih seorang Ibu Gaza Meninggal saat melawat anak di penjara
Posted on Tuesday, August 07 @ 20:50:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Halimislam

"Kisah sedih kembali dialami Muslimah Gaza Palestin. Seorang ibu dari Gaza City meninggal ketika hendak melawat anak lelakinya yang berada di penjara Israel.

Seorang ibu tersebut meninggal setelah menunggu lima tahun untuk dapat bertemu dengan anaknya di penjara. Ibu tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan melawat anaknya dan belum sempat bersua muka.

Kejadian ini berlaku ketika rombongan rakyat Gaza akan melawat sanak saudaranya di penjara Israel.

Ibu bernama Aisyah Isleih itu meninggal ketika bas yang dia naiki siap berangkat ke Israel. Hal ini disampaikan oleh Saber Abu Karsh, pengarah kumpulan tahanan Waed yang berpusat di Gaza.

Aisyah Isleih adalah salah seorang dari 37 orang yang sedang menuju ke Israel untuk melawat kerabat yang dipenjara. Aisyah tidak pernah melihat anaknya sejak ditahan lima tahun yang lalu. Putranya sendiri dijatuhi hukuman 12 tahun penjara oleh pemerintah Israel.

  Presiden Israel Benjamin Netanyahu Diprotes Ribuan rakyat Israel
Posted on Tuesday, August 07 @ 20:48:54 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Halimislam

"

Tiga ribu warga Israel turun ke jalan Tel Aviv, pada Sabtu malam 4/8 lalu, dalam dua pertemuan terbuka berasingan bagi menentang polisi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Mereka menuntut keadilan sosial serta pembahagian yang sama di atas beban bertugas di tentera. Para penunjuk perasaan marah akibat kos hidup yang semakin tinggi di Israel. Terutama kos makanan, petrol, pendidikan dan kesihatan. Mereka juga mengeluhkan ketidakadilan sosial dan jurang yang semakin besar antara golongan kaya dan miskin di Israel.

Penganjur kedua protes tersebut, Forum Israel bagi Pejabat yang Sama dan Gerakan Keadilan Sosial, mengumumkan pada Khamis 2/8 lalu kegiatan bersepadu akan diadakan.

Namun, ahli kedua-dua kumpulan itu tak sependapat untuk menggabungkan kekuatan akibat perbezaan ideologi. Ketegangan meningkat ketika pemprotes dari satu pertemuan terbuka berusaha mengganggu pertemuan lain.

Seorang pemprotes berusaha naik ke pentas dan dikawal oleh beberapa pengawal keselamatan. Yang lain menyampaikan ketidakpuasan mengenai acara pertemuan terbuka tersebut.

Aksi protes yang berlangsung di  muzium seni di kota itu dihadiri 2,000 orang. Pemprotes menuntut penyusunan undang-undang baru  tentera kerana Undang-undang  terkini berakhir masa berlakunya.

Selanjutnya Baca SINI

 16 orang Penjaga Sempadan Mesir-Israel ditembak
Posted on Tuesday, August 07 @ 20:48:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Halimislam

"Sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan dan tembakan yang mengorbankan 16 penjaga sempadan keselamatan dan mencederakan beberapa orang lain di Sinai, dekat sempadan Mesir dengan Israel.

Presiden Mesir Mohamed Morsi meminta bantuan kecemasan dengan Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata selepas kejadian pada hari Ahad.

"Presiden Morsi mengatakan bahawa ini adalah serangan pengecut dan bahawa mereka yang melakukan kejahatan ini akan membayar harga yang mahal," kenyataan yang dikeluarkan Ahad malam oleh pejabat presiden Mesir.

Setelah membunuh para penjaga sempadan di pos pemeriksaan sempadan dekat Karm Abu Salem, para penembak, yang mengenakan pakaian tradisional Badwi, mengambil dua kenderaan lapis baja dan dengan cepat pergi dari TKP. Saksi mata mengatakan para penembak juga menembak bom tangan pelantar roket di pos pemeriksaan tentera Mesir.


Sementara itu di Gaza, Gerakan Perlawanan Islam Hamas menafikan laporan bahawa gerila dari Jalur Gaza terlibat dalam kejadian itu.


"Sempadan antara Mesir dan Gaza dilindungi. Kami menutup terowong untuk menngelakkan orang dari melarikan diri (ke Gaza) dan kami telah menyiapkan pasukan kami," kata seorang pegawai Hamas.


"Kami menolak setiap persatuan bahawa orang Gaza terlibat dalam kejadian ini dan kami menghantar tentera kami atas pembunuhan tentera Mesir," tambahnya.


Di Israel, jurucakap angkatan bersenjata mengatakan bahawa salah sebuah kenderaan meletup ketika cuba untuk menyeberangi sempadan Rafah. Kenderaan lain dilaporkan terkena serangan udara Israel.

  Arab Syria Syahid di Medan Perang, Arab Saudi Mati katak
Posted on Tuesday, August 07 @ 20:46:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Halimislam

"

Ramai rakyat Malaysia suka berlumba sama ada lumba haram atau berlumba atas litar. Ada juga yang sendirian bawa macam orang gila atas jalan kononnya nak menunjuk dirinya hebat dan pakar bawa kereta. Kalau tak menyusahkan orang memang tak sah orang macam ni.

Dibawah ialah video kemalangan ngeri yang berlaku di Arab Saudi baru-baru ini. Sikap pemuda pemuda arab yang suka menunjuk nunjuk kehebatan membawa padah. Apa pun, inilah sikap pemerintah Saudi Al Wahabiyyah yang mendidik rakyatnya dengan kemewahan dunia.
Lagi Video SINI 
 Profesional Muda Siap Mengisi Kemenangan
Posted on Wednesday, August 08 @ 07:03:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Fareedah Samad

Ameerah menyambut baik usaha yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dalam menganjurkan Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 11 Ogos 2012 di Kediaman Rasmi MB Selangor, Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Di peringkat anak muda Parti Islam Se-Malaysia, kita sangat mengiktiraf sumbangan golongan profesional dari pelbagai bidang kepakaran di atas keyakinan mereka akan menjadi katalis dalam menggerak dan membangunkan negara.

Dalam usaha mendekati golongan profesional di kalangan wanita muda, AMEERAH mendapati rata-rata mereka telah siap bagi mengisi kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU 13.

Kebangkitan golongan profesional muda yang inginkan perubahan begitu ketara sejak akhir-akhir ini baik dari sektor kerajaan mahupun swasta demi melihat perubahan yang lebih baik berlaku di negara ini.

Ameerah melihat melalui program Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya, golongan profesional muda berpeluang untuk berdiskusi, berkongsi pengalaman, memberi pandangan dan kritikan membina terhadap dasar Negara Berkebajikan Pas serta Manifesto Pakatan Rakyat secara terus bersama pimpinan bagi mengisi dan memaknakan kemenangan.

Yang lebih menarik, golongan professional muda yang berada di luar negara masih boleh mengikuti diskusi ini dan mengekspresikan idea-idea bernas mereka secara langsung melalui kemudahan video-conferencing.Ameerah cukup percaya cernaan idea yang bersifat “
bottom up” ini, bakal merancakkan wacana Xpresi Profesional Muda ke Putrajaya. Seluruh ahli pasti sudah lama tertunggu-tunggu "
2-way program" seperti ini dalam kerangka meraikan budaya politik baru sedia ada.

Justeru semua anak muda khususnya golongan profesional wanita muda diseru agar tidak melepaskan peluang untuk sama-sama hadir dalam program ini dan maknakan cernaan korpus minda!


“Menerajui Perubahan Generasi Baru”

Fareedah Samad
Pengerusi Ameerah
Dewan Muslimat PAS Pusat

Skandal Rasuah Awang Adek Ke SPRM
Posted on Wednesday, August 08 @ 07:01:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Abdul Hadi

PUTRAJAYA :
Dewan Pemuda PAS Malaysia akhirnya mengambil tindakan ke atas Datuk Dr Awang Adek dengan membuat satu laporan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] pagi tadi.

Laporan tersebut telah diketuai sendiri oleh Saudara Khairul Faizi selaku Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Saudara Suhaimi selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Menurut saudara Faizi, laporan tersebut adalah tindakan susulan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia ke atas Datuk Dr Awang Adek kerana beliau hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang penjelasan berkaitan isu ini.

“Kita hanya mahu tahu wang RM 80,000 tersebut untuk apa dan sekiranya bukti yang ada pada kami ini tidak benar beliau perlu tampil untuk menafikannya. Ini tidak, bila kita beri tempoh seminggu beliau masih mahu mendiamkan diri”, ulas beliau.
Laporan tersebut telah diterima oleh pihak SPRM dan beliau juga berharap bahawa satu siasatan lanjut dan telus akan dibuat berdasarkan laporan ini.
“Sekiranya memang berlaku skandal rasuah yang dilakukan oleh Awang Adek, beliau perlu dihadapkan ke muka pengadilan. Kami percaya dengan integriti SPRM untuk menguruskan siasatan ini. Pihak kami juga dari semasa ke semasa akan berhubung dengan pihak SPRM sebagai satu ‘follow up’ ”, katanya.
Berikut dilampirkan beberapa aduan yang telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia ke atas Datuk Dr Awang Adek kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
  1. Syarikat Advanced Maintenance Precision Management SDN BHD [AMPM] telah menulis sepucuk surat kepada Senator Datuk Dr Awang Adek selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera [SJJP] pada 6 Disember 2010 dengan memohon sambungan kontrak pengurusan fasiliti Bangunan Sultan Iskandar dan JB Sentral, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Projek ini dikendalikan di bawah SJJP oleh Perdana Menteri.

  1. Pada tarikh yang sama, syarikat yang sama iaitu AMPM SDN BHD telah mengeluarkan dua keping cek yang bernombor 875977 bernilai RM 50,000 manakala sekeping cek lagi bernombor 875978 bernilai RM 30,000. Cek ini telah ditunaikan pada 6 Disember 2010 dan pada tarikh yang sama terdapat kemasukan tunai sebanyak RM 80,000 ke dalam akaun Datuk Dr Awang Adek [CIMB Bank No Akaun : 03080002286059].

  1. Syarikat ini menulis surat kepada Datuk Dr Awang Adek untuk memohon kepada Skim Jejak Jaya Bumiputera untuk melanjutkan tempoh kontrak pengurusan fasilit yang sedia ada untuk tempoh 5 tahun dengan opsyen 5 tahun lagi pada dua projek yang sedang dikendalikannya iaitu di JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar.

  1. Untuk pengetahuan Dato’ Seri, syarikat AMPM ini sedang dalam kontrak menguruskan kedua-dua projek iaitu Bangunan Sultan Iskandar selama 5 tahun [60 bulan] dan JB Sentral adalah selama 3 tahun [41 bulan].

  1. Hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SJJB ke Bursa Malaysia kali ke 11 pada 25 Ogos 2011 [Khamis], mesyuarat telah meluluskan tempoh kontrak sedia ada untuk tempoh 5 tahun dengan opsyen tambahan 5 tahun lagi selepas tempoh kontrak sedia ada tersebut tamat.

  1. Di sini timbulnya keraguan mengenai keputusan dalam mesyuarat tersebut :-

- Bagaimana syarikat yang sedang dalam kontrak boleh mendapat kontrak baru untuk tempoh 5 tahun serta diberikan opsyen tambahan 5 tahun lagi sedangkan kontrak asal masih belum tamat mengikut tempoh yang sepatutnya.

- Wujud keraguan bahawa Datuk Dr Awang Adek menerima rasuah daripada Syarikat AMPM SDN BHD sehingga meluluskan projek kepada syarikat terbabit. Ini berdasarkan surat permohonan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada 6 Disember 2010 dan pada tarikh yang sama dua cek yang berjumlah RM 80,000 telah dikeluarkan oleh syarikat yang sama dan kemudiannya ditunaikan ke dalam akaun Datuk Dr Awang Adek.

  1. Berdasarkan kepada dokumen yang saya perolehi, bukti-bukti ini menguatkan lagi syak saya bahawa wujudnya aktiviti rasuah antara Datuk Dr Awang Adek dengan Syarikat AMPM SDN BHD. Saya dengan ini memohon pihak SPRM membuat siasatan segera di atas dakwaan terhadap Datuk Dr Awang Adek. Bersama ini dilampirkan beberapa bahan bukti untuk rujukan pihak tuan.


--
Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam
 Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS
Posted on Wednesday, August 08 @ 07:05:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh PAS PerakTELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai PAS dalam program sambutan Badar Kubra peringkat Negeri Perak baru-baru ini.

Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan.


Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.

Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.

Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.


“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS.

Katanya, ketika menjawat jawatan kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti.

Ujarnya, mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN.

“Sepanjang saya menjawat jawatan sebagai pengarah, belum pernah lagi solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Saya merasakan kelainannya dan sangat gembira serta bersemangat apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Katanya, hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar telah memilih untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

“Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," tegasnya.


JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)


"Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.

Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya.

Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.

Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.

Barangsiapa yang tidak cukup dengan
keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya."
  سُوۡرَةُ هُود وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (١١٣) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Hud(113)

Tiada ulasan: