Setinggi harapan pada Sekretariat Prihatin OKU
Mohammad Faizal Che Yusof, | 19 Ogs 2012 |
Di segenap aspek kehidupan, Islam telah sempurna. Khazanah tinggalan Rasulullah SAW telah cukup untuk dibongkar bagi kemakmuran seluruh manusia dalam alam jagat maya ini.
Dipanjat rasa syukur kerana dianugerahi nikmat Islam. Tidak lain tidak bukan bagi seorang muslim, medan perjuangannya hanya satu. Meletakkan Islam pada tempatnya adalah cita-cita tunggal demi menagih redha Ilahi.
Membina masyarakat pada setiap sektor dengan Islam adalah tanggungjawab semua individu muslim. Setiap kita ada peranan berdasarkan keupayaan dan ilmu yang ada.
Demikianlah Ramadan 1433H telah mencatatkan peristiwa tersendiri dalam usaha saya dan rakan-rakan ke arah membawa golongan Orang Kurang Upaya kepada pembangunan yang bersifat menyeluruh berasaskan taqwa. Sama ada seseorang itu kurang upaya atau sempurna, nilai keinsanan telah ditentukan pada setiap diri oleh sang pencipta.
Moga berkat Ramadhan yang dijanjikan rahmat, pengampunan dan perlepasan dari neraka menjanjikan kejayaan buat Islam pada masa hadapan atas setiap usaha dan ikhtiar pendokongnya.
Jika disorot sedikit lembaran dan langkah yang dilalui sehingga Sekretariat Prihatin OKU dilancarkan pada 11 Ogos 2012 (22 Ramadan 1433), suatu pertemuan telah berlangsung antara saya dan rakan-rakan bersama Pengerusi Lujnah kebajikan dan masyarakat PAS pada 19 Julai lalu.
Dalam pertemuan yang diadakan di Pejabat Agung PAS, antara kesepakatan dalam syura ringkas itu ialah penubuhan sebuah sekretariat bagi membantu perancangan pembangunan OKU yang bersifat menyeluruh.
Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi dengan iltizam yang ditunjukkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud. Moga Allah beri beliau kekuatan untuk membantu kami dalam membawa agenda yang sekian lama kurang diendahkan selama ini.
Tentunya penubuhan Sekretariat Prihatin OKU merupakan suatu lembaran baru dalam perjuangan saya dan rakan-rakan bagi melihat pembangunan OKU di negara ini. Sudah pasti apa yang saya harapkan bukanlah sekadar agihan bantuan atau bermacam pemberian seperti yang dilakukan sebelum ini.
Pembabitan saya dalam sekretariat tentunya melangkaui hal yang selama ini digerakkan oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sebagai sebuah parti politik utama negara, cita-cita saya ialah menjadikan sekretariat yang dilancarkan berfungsi sebagai suatu rujukan politik bagi membentuk dasar negara pada masa akan datang.
Hari ini pembicaraan tentang Malaysia baru pasca PRU 13 telah melata di mana-mana. Tanpa berusaha meletakkan isu OKU dalam arus perdana adalah satu kerugian kepada perjuangan mereka yang terdahulu.
Saya juga akur dan insaf bahawa rentetan langkah pada masa hadapan penuh cabaran. Impian untuk melihat dasar negara menjadikan program pembangunan OKU yang menyeluruh bukanlah suatu laluan mudah. Sama ada Barisan atau Pakatan peneraju negara, ia tetap menjanjikan cabaran tersendiri dalam usaha ini.
Namun setidaknya sekretariat yang ada boleh kami jadikan antara platform terbaik untuk menyuarakan keperluan golongan yang selama ini hanya dijadikan penerima kebajikan. Apatah lagi sekretariat ini bernaung di bawah parti yang menjadikan Islam itu sebagai matlamat.
Prinsip-prinsip pembangunan OKU yang dipaparkan melalui al-Quran, sunnah dan kisah-kisah sahabat telah cukup untuk dijadikan landasan asas betapa Islam menyantuni nilai insaniah seorang yang dijandikan kurang upaya.
Pengiktirafan Islam kepada potensi OKU telah cukup untuk digarap bagi memastikan golongan OKU di Malaysia dibangunkan dengan cara yang lebih baik pada masa hadapan.
Moga Ramadan yang akan melabuhkan tirainya cukup untuk menginsafkan setiap diri muslim betapa Allah menjadikan manusia sebagai ciptaan terbaik-Nya. Sama ada cacat atau sempurna, ia hanyalah wasilah untuk kita membongkar betapa Allah itu Tuhan yang maha berkuasa.
Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan
Datuk Harun Taib, | 18 Ogs 2012 |
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.
Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.
Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.
Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."
Yakinlah wahai para pejuang islam.
Sekian.

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
KUALA LUMPUR: Sebagaimana dijangka, umat Islam di
negara ini akan menyambut Hari Raya Puasa atau Aidilfitri pada Ahad, 1
Syawal 1433H, bersamaan 19 Ogos.
Pengisytiharan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk
Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan melalui Radio Televisyen Malaysia
(RTM), malam ini.
Katanya, pengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang telah ditetapkan pada hari Ahad itui adalah bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. Demikian
kata Al-Quran. Sesuatu yang bermula akan ada pengakhirannya. Begitu
juga setiap pertarungan akan ada penghujungnya. Maka, setiap pemenang
akan sentiasa dianugerahkan mahkota kejuaraan. Hanya Allah ‘azzawajalla
Yang Maha Kekal yang menguasai segenap aturan kehidupan. Demikian
jugalah dengan tetamu yang bertandang ke rumah. Kita akan mengalu-alukan
kehadiran mereka dengan layanan yang penuh kegembiraan. Sampai masanya,
ia akan beredar pergi meninggalkan kita. Boleh jadi kita akan bertemu
dengannya lagi jika ada kesempatan di lain masa.
Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah ‘azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui ‘ubat mujarab’ untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah ‘azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.
Manakala, bagi yang mereka menghabiskan Ramadhan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga, maka berakhirnya Ramadhan hanyalah sekadar suatu kebebasan daripada kurungan semata-mata. Maka, kemenangan sekali lagi berpihak kepada nafsu yang bakal menakluk dirinya sendiri untuk ke sekian kalinya. Hidupnya akan kembali mengikut rentak lama yang tidak ada perbezaan sebelum daripada kedatangan Ramadhan. Adapun makna di sebalik pengakhiran Ramadhan adalah kembali membesarkan Allah ‘azzawajalla. Mengucapkan lafaz memuji kebesaran dan keagunganNya kerana telah menghamparkan dataran Ramadhan yang luas untuk insan mendekatkan diri kepadaNya. Firman Allah ‘azzawajalla yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah, 2:185).
Telah diperintahkan kepada kita untuk mencukupkan bilangan hari berpuasa di bulan Ramadhaan. Demikian juga perintah Allah ‘azzawajalla selepas potongan ayat berkenaan agar meraikan hari kemenangan supaya jiwa kita merasai rahmat Allah ‘azzawajalla atas hidayahNya yang memberi kekuatan pada kita untuk melaksanakan ‘ibadah dengan sempurna. Maka, hendaklah seluruh kaum Muslimin menzahirkan kegembiraan dan bersyukur atas nikmat kurniaan Allah ‘azzawajalla. Begitu bermakna Ramadhan kepada kita kerana ia menjadi perantara untuk hamba kembali membaiki diri dan menjernihkan hati sebelum kembali ke sisi Allah ‘azzawajalla pada suatu hari nanti.
Dalam masa yang sama, insan seharusnya telah mampu menyuntik kembali semangat berjuang (fighting spirit) ke dalam dirinya sendiri. Nilai perjuangan yang diasah dalam tempoh sebulan itu sewajarnya menjadikan kita insan yang tidak takut untuk berjuang. Memang Islam itu sendiri adalah agama yang berjuang. Berjuang mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah ‘azzawajalla. Maka, di hari pertama Syawal ini ialah tanda kepada kemerdekaan diri daripada belenggu hawa nafsu yang sentiasa mengarahkan kepada kejahatan.
Terlanjur menyebut tentang kemerdekaan, makna kemerdekaan sesebuah negara itu tidaklah bererti andai hanya sekadar mencipta slogan baru, mengibarkan bendera, menonton filem peperangan menentang penjajah dan menyanyikan lagu kebangsaan. Realitinya, penjajahan versi moden tidak lagi berwajah ganas dan menumpahkan darah. Aliran pemikiran dan suntikan budaya Barat kini menjadi senjata ampuh tanpa disedari yang menyerang kehidupan umat. Lihatlah di sekeliling masyarakat. Antara yang mengakar ialah budaya lawak bodoh dan budaya takut hantu. Umat tidak lagi mempunyai roh dan semangat berjuang. Justeru, akibatnya umat akan terus berada dalam minda yang tertawan (the captive mind) serta merelakan diri untuk dijajah tanpa sedikit keinginan untuk melawan. Maka, kemusnahan negara tidak lagi datang dari faktor luaran akan tetapi berpunca daripada kerapuhan dalaman yang sangat parah. Hal seperti ini mesti diperbetulkan segera agar Islam itu kembali agung dan dipandang mulia oleh umat manusia. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya utnuk kita keluar daripada kemelut ini. Tidak ada masa lagi buat kita untuk terus terjajah oleh kelemahan sendiri. Hendaklah kita pada hari yang mulia ini memulakan perjalanan hidup baru menentang arus kezaliman dan penjajahan yang selama ini meragut kemerdekaan diri kita.
Sehubungan dengan itu, marilah kita hayati hari kemenangan ini dengan penuh keinsafan. Bergembiralah dengan sanak-saudara dan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam batas-batas dan kadaran yang dibenarkan oleh syara’. Hari yang mulia ini bukan masa untuk bersedih atau menangisi insan yang sudah tiada di sisi kita. Hanya kalungan doa yang termampu untuk dikirimkan kepada mereka. Semoga pertemuan dengan Ramadhan meninggalkan bekas yang mendalam terhadap jiwa kita dan jiwa kita sentiasa berhubung dengan Allah 'azzawajalla..
Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.
Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.
Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.
Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.
Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."
Yakinlah wahai para pejuang islam.
Sekian.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.
Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen
Nasrudin Hassan, | 18 Ogs 2012 |
1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan
terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS
sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai
Ramadhan al Mubarak tahun ini.
2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]
3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.
4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?
5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini.
6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia.
7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [API]

Berhari raya dengan mesej bawa perubahan
Khairil Abdul Rahim, | 18 Ogs 2012 |
TEMERLOH: Pesuruhjaya
PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan hari raya Aidilfitri
kali ini dijadikan hari ziarah menziarahi sambil menyebarkan maklumat
dan memujuk rakyat bagi menjayakan perubahan menjelang Pilihan raya Umum
(PRU) ke-13.
Berucap dalam perutusan rayanya, Ketua Penerangan PAS Pusat itu mengharapkan PRU kali ini menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru dengan sebuah negara yang bebas sesuai dengan fitrah manusia.
Katanya, Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan Allah mengingatkan fitrah manusia ialah taat, patuh dan tidak mensyirikkan Allah.
“Tidak lama lagi negara kita akan berhadapan satu pilihan raya yang amat penting yang kita harap menjanjikan perubahan kepada sebuah politik baru negara kita, politik yang mengajak rakyat untuk membersihkan nilai-nilai yang bertentangan dengan fitrah manusia. Kita perlu bina sebuah negara yang bebas rasuah, penyelewengan, ketamakan dan kerakusan.
“Kita perlu membina sebuah negara yang mengabdikan diri kepada Allah dengan pengabdian tersebut menterjemahkan bahawa pengutusan Nabi Muhammad ialah membawa rahmat kepada sekelian alam.
“Mari kita kita terjemahkan Islam begini kepada rakyat, mari kita ajak masyarakat kita, mari kita bergerak kepada perubahan tersebut,” ujarnya.
Mengenai pentingnya berlaku perubahan di Pahang, beliau berkata negeri yang luas ini mempunyai sumber hasil yang sangat banyak, punya sumber ekonomi yang sangat teguh tetapi gagal diuruskan dengan bail oleh kerajaan yang ada.
“Di Pahang ada sesuatu yang tidak wujud di negeri-negeri lain. Umpamanya kita ada tanah-tanah tinggi yang cantik, kita punya pantai yang begitu indah, kita miliki tasik-tasik yang menarik. Kita juga punya sumber ekonomi yang kuat dengan hasil hutannya (balak), dengan hasil bijih dan dengan hasil pertaniannya (ladang komoditi).
“Sepatutnya Pahang yang mewah ini berjaya mengangkat kedudukan negeri dan memajukan rakyat, berbanding dengan rakyat yang sedikit. Tapi sayangnya kita gagal memanfaatkan sumber tersebut dengan seoptimum mungkin sehingga Pahang kini berada pada tahap yang kritikal dengan hutang terkumpul lebih daripada RM2 bilion,” jelasnya.
Tambah Tuan Ibrahim, pada waktu yang sama dapat dilihat pembangunan yang berjalan dalam negeri ini tidak menjurus kepada yang sepatutnya dinikmati.
Justeru beliau mengharapkan dengan mood perubahan yang sedang dirasai di seluruh negara, Pahang juga akan bergerak kepada perubahan tersebut sebagaimana negeri-negeri lain telah melalukan perubahan dalam PRU ke 12.
“Dan kita harap perubahan tersebut bermula daripada pertemuan pada hari raya untuk kita ziarah sambil sebarkan maklumat kita pujuk mereka ajak marilah sama-sama kita bergerak kepada perubahan tersebut.
“Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Pesuruhjaya PAS negeri, anggota Badan Perhubungan dan seluruh ahli PAS Pahang mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang khususnya, seluruh negara amnya mudah-mudahan hari raya dapat dijadikan pemangkin bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita, maaf memaafi, ziarah menziarahi dan kemuncak kita harapkan perubahan jiwa, semangat dan jihad yang kita bina dapat diteruskan selepas Ramadan,” katanya.

Umat Islam sambut Aidilfitri pada Ahad
Harakahdaily, | 18 Ogs 2012 |
Katanya, pengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang telah ditetapkan pada hari Ahad itui adalah bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Mengembalikan makna Aidilfitri ke dalam diri
Muhammad Ukasyah Azhari, | 18 Ogs 2012 |
Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah ‘azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui ‘ubat mujarab’ untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah ‘azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.
Manakala, bagi yang mereka menghabiskan Ramadhan tidak lebih daripada sekadar menahan lapar dan dahaga, maka berakhirnya Ramadhan hanyalah sekadar suatu kebebasan daripada kurungan semata-mata. Maka, kemenangan sekali lagi berpihak kepada nafsu yang bakal menakluk dirinya sendiri untuk ke sekian kalinya. Hidupnya akan kembali mengikut rentak lama yang tidak ada perbezaan sebelum daripada kedatangan Ramadhan. Adapun makna di sebalik pengakhiran Ramadhan adalah kembali membesarkan Allah ‘azzawajalla. Mengucapkan lafaz memuji kebesaran dan keagunganNya kerana telah menghamparkan dataran Ramadhan yang luas untuk insan mendekatkan diri kepadaNya. Firman Allah ‘azzawajalla yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah, 2:185).
Telah diperintahkan kepada kita untuk mencukupkan bilangan hari berpuasa di bulan Ramadhaan. Demikian juga perintah Allah ‘azzawajalla selepas potongan ayat berkenaan agar meraikan hari kemenangan supaya jiwa kita merasai rahmat Allah ‘azzawajalla atas hidayahNya yang memberi kekuatan pada kita untuk melaksanakan ‘ibadah dengan sempurna. Maka, hendaklah seluruh kaum Muslimin menzahirkan kegembiraan dan bersyukur atas nikmat kurniaan Allah ‘azzawajalla. Begitu bermakna Ramadhan kepada kita kerana ia menjadi perantara untuk hamba kembali membaiki diri dan menjernihkan hati sebelum kembali ke sisi Allah ‘azzawajalla pada suatu hari nanti.
Dalam masa yang sama, insan seharusnya telah mampu menyuntik kembali semangat berjuang (fighting spirit) ke dalam dirinya sendiri. Nilai perjuangan yang diasah dalam tempoh sebulan itu sewajarnya menjadikan kita insan yang tidak takut untuk berjuang. Memang Islam itu sendiri adalah agama yang berjuang. Berjuang mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah ‘azzawajalla. Maka, di hari pertama Syawal ini ialah tanda kepada kemerdekaan diri daripada belenggu hawa nafsu yang sentiasa mengarahkan kepada kejahatan.
Terlanjur menyebut tentang kemerdekaan, makna kemerdekaan sesebuah negara itu tidaklah bererti andai hanya sekadar mencipta slogan baru, mengibarkan bendera, menonton filem peperangan menentang penjajah dan menyanyikan lagu kebangsaan. Realitinya, penjajahan versi moden tidak lagi berwajah ganas dan menumpahkan darah. Aliran pemikiran dan suntikan budaya Barat kini menjadi senjata ampuh tanpa disedari yang menyerang kehidupan umat. Lihatlah di sekeliling masyarakat. Antara yang mengakar ialah budaya lawak bodoh dan budaya takut hantu. Umat tidak lagi mempunyai roh dan semangat berjuang. Justeru, akibatnya umat akan terus berada dalam minda yang tertawan (the captive mind) serta merelakan diri untuk dijajah tanpa sedikit keinginan untuk melawan. Maka, kemusnahan negara tidak lagi datang dari faktor luaran akan tetapi berpunca daripada kerapuhan dalaman yang sangat parah. Hal seperti ini mesti diperbetulkan segera agar Islam itu kembali agung dan dipandang mulia oleh umat manusia. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya utnuk kita keluar daripada kemelut ini. Tidak ada masa lagi buat kita untuk terus terjajah oleh kelemahan sendiri. Hendaklah kita pada hari yang mulia ini memulakan perjalanan hidup baru menentang arus kezaliman dan penjajahan yang selama ini meragut kemerdekaan diri kita.
Sehubungan dengan itu, marilah kita hayati hari kemenangan ini dengan penuh keinsafan. Bergembiralah dengan sanak-saudara dan ahli keluarga serta rakan-rakan dalam batas-batas dan kadaran yang dibenarkan oleh syara’. Hari yang mulia ini bukan masa untuk bersedih atau menangisi insan yang sudah tiada di sisi kita. Hanya kalungan doa yang termampu untuk dikirimkan kepada mereka. Semoga pertemuan dengan Ramadhan meninggalkan bekas yang mendalam terhadap jiwa kita dan jiwa kita sentiasa berhubung dengan Allah 'azzawajalla..
تقبل الله منا و منكم
الله اكبر الله اكبر و لله الحمد
Semoga Allah ‘azzawajalla menerima amal kami dan amal kamu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Dan untuk Allah segala puji-pujian!
Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung 2 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Qaryah Ramadan jadi tumpuan di pagi raya
Aslani M, | 19 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Kelainan 1 Syawal di Kelantan, bilamana
orang ramai menunaikan solat Aidilfitri di bawah khemah besar, tempat
solat tarawih di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Situasi itu
tentunya tidak ada di tempat lain.
Bukan sekadar masjid tempat tumpuan di pagi raya, sebaliknya Qaryah Ramadan yang sentiasa sendat dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan. Pilihan lain iaitu Pulau Melaka, kediaman Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Seawal jam 7.30 pagi orang ramai mulai tiba di Qaryah Ramadan. Keadaan tambah sendat kira-kira jam 8.15 pagi menjelang solat sunat Aidilfitri diadakan dengan diimamkan qari dari Mesir, Sheikh Hissam.
Manakala khatib jemputan, Senator Datuk Dr Johari Mat menyampaikan khutbah Aidilfitri. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dan pegawai kanan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).
Sebelum itu takbir raya dimulakan jam 8 pagi. Turut mengetuai bacaan takbir pelajar kurang upaya yang menyertai program Adik-Adikku anjuran sebuah stesen televisyen.
Ketika menyampaikan khutbah Dr Johari berkata, umat Islam hari ini kembali kepada fikrah selepas sempurna menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadan yang baru berlalu.
“Fitrah bermaksud kembali kepada asal kejadian yakni manusia menjadi bersih seumpama selepas dilahirkan. Kita kembali kepada Allah.
“Oleh itu katanya bagi memastikan fikrah itu tidak tercemar manusia hendaklah melakukan segala perintah sebagaimana yang dikehendaki Allah Taala dalam semua urusan kehidupan,” ujarnya.
Begitu juga katanya keperluan bagi melaksanakan pemerintahan Islam dalam sesebuah negara.
Sebaik selesai khutbah orang ramai menyerbu di bahagian hadapan untuk bersalam dengan pimpinan dan dua qari dari Mesir. Sheikh Hissam turut menyampaikan beberapa nasyid Arab.
Manakala kanak-kanak beratur panjang untuk mendapatkan duit raya disampaikan Takiyuddin dan pegawai MPKB BRI. Di luar khemah orang ramai memenuhi tempat disediakan juadah Hari Raya. Menu disediakan termasuk satay.
Manakala di Pulau Melaka, Kota Raja Jembal orang ramai melimpah sehingga ke luar masjid bagi menunaikan solat Aidilfitri bersama Menteri Besar.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz kemudian meraikan orang ramai yang hadir termasuk kalangan pemimpin buka Islam dengan juadah raya.
Di Masjid Muhammadi Sultan Muhammad V menunaikan solat Aidilfitri bersama rakyat jelata. Hari ini beberapa anggota Exco mengadakan rumah terbuka termasuk Takiyuddin di Taman Damai Perdana, Wakaf Che Yeh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan