Hudud: Umno perlu tunjuk contoh baik
12 Ogos 2012
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam.
Dalam nada sinis, Abdul Hadi berkata, Umno yang hampir kesemua ahlinya beragama Islam, pun juga sudah lama menolak hudud.
“Umno menentang hudud dalam keadaan dia (Umno) ada kuasa (membenarkan atau tidak hudud dilaksanakan). DAP tidak ada kuasa dan yang ada kuasa adalah Barisan Nasional (BN).
(Dengan kuasa yang ada padanya) Kerajaan Pusat pernah hantar surat kepada Kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksanakan hudud, Kerajaan Pusat akan bertindak.
Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bawa hudud ke mahkamah. Umno tolak hudud sebelum Pas berpakat dengan DAP lagi,” katanya di sini, semalam.
Menurut Abdul Hadi, itu jelas menunjukkan bahawa isu penolakan hudud oleh DAP semata-mata digembar gembur oleh media tertentu untuk menunjukkan kepada rakyat seolah-olah berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Kita kesal kerana gembar-gembur seperti ini sekali gus memberikan gambaran buruk terhadap Islam sendiri," katanya.
Meskipun demikian, kata Abdul Hadi, sebagai rakan sekutu dalam PR yang memperjuangkan pemerintahan Islam, Pas akan terus berusaha menjelaskan kepada pemimpin DAP termasuk Karpal mengenai prinsip keadilan dalam undang-undang jenayah Islam itu.
"Orang bukan Islam, dia tidak tahu, jadi tanggungjawab kita untuk terang pada dia," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pernah dilaporkan berkata, individu pertama menghalang Kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Karpal Singh.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Islam menerangkan kepada bukan Islam mengenai hudud dan aspek keadilan sosial dalam agama suci itu namun kerajaan yang ditunjangi Umno ebaliknya tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat ALLAH.
“Kena ada negara Islam yang betul-betul melaksanakan syariat, yang menunjukkan Islam adil kepada semua orang. Baru tahu siapa lawan, siapa kawan. Umno tidak menunjukkan contoh yang baik tetapi Umno sering memberikan gambaran buruk mengenai Islam dalam menyatakan penolakannya terhadap perjuangan Pas.
“Pemimpin Umno merosakkan wajah Islam sehingga ada orang Islam sendiri menganggap politik suku agama suku. Parti itu juga menganggap pentadbiran tidak ada kena-mengena dengan agama, buat rasuah kemudian pergi umrah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin Umno menunjukkan contoh yang baik dalam memberikan kefahaman mengenai Islam sebenar yang diajar oleh Nabi Muhamad SAW kepada orang Islam sendiri, juga kepada bukan Islam.
Dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian semalam, Dr Mahathir menafikan anti Islam seperti yang didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak melaksanakan hukum hudud pada zaman pemerintahannya.
Menurutnya, ketika era pentadbirannya, Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam dan beliau tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut Pas dan tindakan itu tidak boleh disamakan dengan DAP.
REAKSI PEMIMPIN PAS:
Mengikut hukum Islam, penganut agama lain boleh tolak hukum Islam, namun orang Islam tidak boleh lari daripada hukum ini yang telah tercatat dalam al-Quran. Sebab, itu Pas mengatakan akan melaksanakan hudud terhadap orang Islam sahaja. Kalau DAP sebagai sebuah parti mahu menolak hudud, ia tidak jadi masalah kerana hudud hanya akan dilaksanakan kepada umat Islam dan DAP tidak terikat dengan hukum ini kecuali kalau mereka mahu menerima hukum itu, kita kena lakukan.” - Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin
"Pas hormati pandangan dan hak agama lain seperti mana Islam yang tidak memaksa orang bukan Islam menganutnya. Orang bukan Islam memang tidak boleh dipaksa untuk menerima Islam kerana perkara itu telah dijelaskan dalam al-Quran. Ini termasuk dalam isu hudud. Sebaliknya Umno yang harus malu kerana menolak pelaksanaan hudud. DAP menolak hudud bukanlah sesuatu yang pelik tetapi apabila Umno, sebuah parti orang Melayu beragama Islam enolak hudud, itu baru pelik.” - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
"Sebagai kerajaan pemerintah, Umno tidak berjaya memberi penerangan yang tepat mengenai Islam kepada bukan Islam. Maka tidak hairanlah ada pihak yang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap hukum Islam, malah ada yang menolaknya. Selama lebih 40 tahun, Umno terus menerus memburuk-burukkan hukum Islam contohnya ada pemimpin Umno yang kata, kalau laksana hudud negara tidak akan maju sebab ramai orang tidak ada tangan. Sebagai parti Islam, Pas akan teruskan usaha memberi penerangan mengenai keindahan Islam yang tidak dilakukan oleh Umno." - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad
"Walaupun DAP tidak setuju dengan hudud, parti itu tak pernah memerangi atau menentang Islam. Bukan DAP saja, MCA pun tolak hudud malah Umno sendiri juga tak terima hudud. Orang bukan Islam macam DAP memang berhak olak hudud tetapi yang Umno tolak hudud itu, pasal apa pula? Sebagai parti Islam, kita (Pas) akan terus berusaha memberi gambaran jelas mengenai hudud kepada DAP supaya mereka tidak terus terkeliru mengenai undangundang Islam seperti sekarang. Kita akan cuba mendapatkan persetujuan DAP tetapi buat masa sekarang, mereka masih keliru." - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad
PR perjelaskan maksud 'Sebangsa'
12 Ogos 2012
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menjelaskan demikian berkata, tema itu dipilih selepas Kerajaan Pusat enggan mengubah tema ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ yang didakwa pembangkang sebagai berunsur politik kepartian Barisan Nasional (BN).
“Pemilihan perkataan itu berdasarkan sambutan kemerdekaan yang disambut di negara ini terdiri kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain tidak mengira perbezaan fahaman atau agama.
“Bangsa Malaysia bermaksud penyatuan kesemua kaum seperti diuaruarkan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahu pembangkang beri maksud sebangsa dalam tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu pula mentakrifkan maksud 'Sebangsa' dalam tema itu sebagai rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai rumpun dan ras bersama menikmati kemakmuran Malaysia.
“Kami mahu rakyat bergabung tenaga untuk menyambut Hari Kebangsaan kita pada setiap tahun tanpa mengira agama, kaum dan bahasa," katanya.
PKR: Konsep kafir harbi-zimmi, satu penjelasan
12 Ogos 2012
PKR berpendirian bahawa konsep kafir harbi (boleh diperangi dan dibunuh) serta kafir zimmi (patuh kepada pemerintahan Islam) perlu diperjelaskan kepada umum secara lebih tepat. Ini bagi memastikan supaya konsep ini difahami mengikut perkembangan semasa bersesuaian dengan perkembangan dunia pemikiran Islam yang bersifat global. Sebenarnya, begitu ramai figur ulama dan cendekiawam Islam yang telah memberikan pandangan mereka yang lebih bersifat kontemporari berasaskan pemahaman yang nyata mengenai perbezaan di antara syariah dan fiqh serta menganalisis fiqh berasaskan realiti semasa (fiqh al-waqi,
Sheikh Rashid Ghanoushi (Ketua Parti al-Nahdah, Tunisia), yang kini menjadi penasihat kepada Kerajaan baru Tunisia, dalam beberapa tulisan ilmiahnya menyatakan bahawa idea kafir harbi dan kafir zimmi serta kewujudan negara yang boleh diperangi (dar al-harb) memang relevan pada zaman keagungan empayar Islam di masa yang silam. Namun, pada hari ini, ketika umat Islam tergabung dalam sebuah entiti dunia yang terbahagi di antara warga Muslim dan bukan Muslim yang berimbangan serta semakin bersifat global, maka kedudukan kafir harbi dan kafir zimmi sudah tidak praktikal lagi. Justeru, beliau menganjurkan konsep al-muwatinun (kewarganegaraan) diguna pakai sebagai alternatif yang praktis.
Fahmi Huwaidi, seorang pemikir Islam dari Mesir, secara khusus, menyetujui pandangan Sheikh al-Ghanoushi. Beliau telah pun menghasilkan sebuah karya yang berjudul uwatinun La Zimmiyyun(Kewarganegaraan Bukan Zimmi). Karya beliau yang bersifat ijtihadi dalam konteks pemikiran politik Islam semasa ini, amat bermanfaat untuk ditelaah secara kritis guna meleraikan polemik yang sedang digembar-gemburkan ini.Shaikh Taha Jabir al-lwani (Iraq), Munir Shafiq (Jordan), Shaikh Faisal Mawlawi (Lubnan), Shaikh Jaafar Idris (Sudan) turut membahaskan tajuk ini dengan memberikan pandangan yang serupa. Umumnya, mereka bersetuju bahawa konsep-konsep berkaitan - kafir zimmi, kafir harbi dan kafir mustain Memang dicipta oleh para lama fiqh silam dalam membahaskan isu-isu fiqh siasah syariah. Walau bagaimanapun bagi mereka ia wajar dikaji semula kesesuaiannya dalam konteks sistem politik dunia pada masa ini yang sentiasa dinamik dan berkembang.
Lebih menarik lagi, disarankan agar semua pihak mengkaji perkembangan terkini yang sedang berlaku di bawah kerajaan baru Mesir yang dipimpin oleh Dr Muhammad Mursi (seorang tokoh Ikhwan al-Muslimun). Beliau dan rakan-rakannya sedang berusaha untuk merealisasikan konsep kewarganegaraan Mesir yang sama rata (al-muwatinun al-misriyyun al-musawuun). Di bawah kerangka ini, konsep kafir harbi dan kafir zimmi dalam mengklasifikasikan rakyat telah tidak menjadi relevan lagi. Hasilnya, semua warganegara Mesir (Muslim, Kristian Koptik dan penganut agama minoriti lain), berhak mendapat perlindungan yang sama rata di bawah Perlembagaan Mesir.
Adalah jelas, cara Umno menggarap persoalan ini dengan menggunakan pandangan Tuan Guru Haji Abdullah Sa'amah di atas adalah ketinggalan zaman dan tidak menepati perkembangan politik dunia Islam semasa. Kita berpandangan bahawa melalui laporan Utusan Malaysia tersebut, Umno kini telah memulakan kempen pelampau agama demi mengekalkan kedudukan mereka. Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar.
Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapuk ini, dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keliru dan bingung. Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang. Apakah agenda tersembunyi Umno dengan sengaja menimbulkan polemik ini?
PKR berpandangan bahawa dengan sikap yang diperagakan ini, nyatalah Umno telah begitu terdesak dan bankrap dalam menarik sokongan rakyat Malaysia seluruhnya, sehingga terpaksa memperalatkan pandangan seperti ini sebagai alat propaganda politik murahan. Jelas dan nyata, Umno tidak layak lagi diamanahkan mengurus negara selepas PRU ke-13 nanti kerana telah kehilangan arah, hilang kawalan diri dan tandus formula mengemudi rakyat kearah kegemilangan masa depan.
- Dr Muhammad Nur Manuty, Ketua Penerangan PKR
PAS: DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh
menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang
menghairankan. Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.
"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.
"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.
Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
58 NGO tolak jawatankuasa royalti
12 Ogos 2012
Pengarah Persidangan Meja Bulat NGO-NGO Royalti, Abu Samah Hasan berkata, melalui sidang meja bulat yang dihadiri dua wakil setiap 58 NGO yang menuntut royalti, enam perkara diambil perhatian.
“Kami menggesa Kerajaan Negeri menolak cadangan penubuhan jawatankuasa bayaran tunai yang dicadangkan Kerajaan Persekutuan kerana ia lebih kepada tipu helah (muslihat) politik.
“Keduanya, tidak perlu ada jawatankuasa bayaran tunai kepada Kerajaan Negeri berdasarkan perjanjian antara negeri Kelantan dengan Petronas pada 1975,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, antara resolusi lain yang dipersetujui ialah Petronas perlu segera membuat bayaran tunai terus kepada kerajaan Negeri daripada pengeluaran gas dan minyak dengan segera dalam tempoh 30 hari (sebelum atau selewat-lewatnya 11 September 2012).
Menurutnya, NGO-NGO itu juga mahu menolak dan mengecam pencabulan Kerajaan Malaysia terhadap perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975.
“Resolusi kelima pula menyatakan persetujuan NGO yang bersidang memberikan komitmen padu bagi melanjutkan penerangan dan mengadakan program susulan kepada semua ahli NGO dan rakyat negeri ini.
“Resolusi keenam mendesak Kerajaan Malaysia dan Petronas menghormati dan menjunjung titah Sultan Kelantan bagi mendaratkan minyak dan gas ke Kelantan,” katanya.
Abu Samah yang juga Timbalan Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) atau mesra dipanggil ‘R” berkata, resolusi itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kata beliau, jika resolusi tersebut tidak diambil perhatian, pihaknya akan mengadakan konvoi tuntutan ke Putrajaya, selain mengadakan beberapa program termasuk Solat Hajat dan Munajat Royalti pada 23 Ogos nanti.
“Selain itu, pihak kami juga bercadang melantik pihak luar negara yang pakar dalam tuntutan terbengkalai bagi membolehkan hak rakyat Kelantan diperoleh.
“Tuntutan royalti bukan hanya untuk kaum Melayu sahaja, sebaliknya ia melibatkan pelbagai bangsa termasuk Cina dan India,” katanya.
Beliau berkata, bagi membolehkan rakyat memahami sebab mereka perlu menuntut royalti, wacana dan kuiz akan dikembangkan bagi mendidik mereka.
Katanya, media baru seperti Twitter, Facebook, Wassup digunakan selain wakil bolgger hadir pada persidangan bagi menguar-uarkan untuk memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
PKR: Umno takut kehabisan isu
12 Ogos 2012
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir berkata, Umno berkemungkinan khuatir Kerajaan Negeri memiliki sumber kewangan mencukupi bagi menyelesaikan segala masalah yang membelenggu terutama isu air sekiranya Kerajaan Pusat menyegerakan bayaran tunai royalti minyak yang tertunggak itu.
“Sebenarnya mungkin pemimpin-pemimpin Umno ini takut dengan cara memberikan duit royalti ini, Kerajaan Negeri berkemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat terutama isu bekalan air bersih sehingga mereka (Umno) tidak boleh ada lagi isu hendak dimainkan memandangkan Kerajaan negeri dapat selesai sebahagian besar isu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Dali Husin yang mendakwa Pas sengaja mempergunakan isu tuntutan royalti minyak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu sebenar membebani Kerajaan Negeri yang masih tidak dapat diselesaikan.
Dalam kenyataan itu, Dali mempertikaikan tindakan Pas memperbesarkan isu tersebut di saat-saat menjelang PRU13 sedangkan parti itu memerintah negeri ini sejak 22 tahun lalu dan menganggap ia satu modal kempen parti pembangkang.
Abdul Aziz berkata, tuntutan royalti minyak itu bukan satu isu politik tetapi isu serius bagi Kerajaan Negeri yang wajar diberi perhatian kerana ia merupakan hak rakyat.
“Isu royalti isu besar bagi Kerajaan Negeri sebab di sini berlaku pelanggaran perjanjian yang dibuat Kerajaan Negeri dengan Petronas. Pas bukan sengaja hendak mainkan isu ini sekarang sebab mereka pun dapat tahu sekitar tahun 2009 ada pengeluaran minyak secara langsung di Kelantan seperti terkandung dalam buku perangkaan minyak.
“Itu hak Kerajaan Negeri dan rakyat bukannya sengaja hendak timbulkan, malah Umno sendiri pun cuba memperbesarkan isu air dalam media sedangkan bukan seteruk digambarkan sebenarnya,” katanya.
Sehubungan itu, Abdul Aziz menyifatkan dakwaan Dali itu diibaratkan kenyataan berbaur politik untuk mengalih pandangan rakyat bahawa parti pembangkang buruk dan tidak baik.
Beliau berkata, dakwaan itu juga boleh menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat negeri ini kerana cuba mempersoalkan hak mereka termasuk suara mereka seolah-olah tidak bernilai.
Dalam pada itu, menurutnya, pembayaran tunai royalti minyak secara terus kepada Kerajaan Negeri wajar disegerakan Kerajaan Pusat tanpa sebarang kajian dalam tempoh yang lama memandangkan royalti itu merupakan hak rakyat seperti termaktub dalam Perjanjian Petroleum 1975.
“Kenapa hendak membuat kajian dahulu berhubung bayaran tunai royalti ini sedangkan sudah termaktub dalam perjanjian dan ia merupakan hak rakyat, bayar selesai masalah dan kenapa pula perlu timbul isu bagi wang ihsan sebagainya,” katanya.
Umno selar Pas tidak mampu tadbir negeri
12 Ogos 2012
Ketua Penerangannya, Datuk Dali Husin berkata, berdasarkan kedudukan geografi, negeri ini mempunyai hasil balak banyak yang boleh digunakan untuk membangunkan negeri ini dengan pesat.
Bagaimanapun, beliau berkata, faktor kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri merancang ekonomi negeri secara efisien menyebabkan pembangunan di Kelantan terhad di samping taraf ekonomi rakyat tergugat akibat kekurangan peluang pekerjaan.
“Sebenarnya jikalau kita melihat kedudukan geografi kita dengan jumlah nilai balak yang banyak namun telah pun habis. Sepatutnya negeri ini kaya raya, tetapi negeri kita jatuh dalam keadaan yang begitu pembangunan terbatas dan tidak mampu membela nasib rakyat.
“Situasi ini tentu sebab ada kepincangan dalam kepimpinan dalam Kerajaan Negeri. Mereka lebih pentingkan soal politik dan ceramah sebagaimana meletakkan kesalahan kepada pihak lain, tidak ada sikap tanggungjawab, contohnya isu air sekarang ini mereka meletakkan faktor kemarau pula,” katanya.
Beliau berkata kepada Sinar Harian selepas Majlis Sumbangan Buah Kurma, Air Zam-zam dan Kain Jubah kepada 104 buah Madrasah dan Masjid dari seluruh Parlimen Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Dali berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir yang mendakwa Umno cuba mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan kerana takut kehabisan isu untuk dimainkan bagi menghentam Kerajaan Negeri menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Dalam kenyataan itu, Abdul Aziz menyatakan Umno bimbang Kerajaan Negeri memiliki sumber kewangan mencukupi bagi menyelesaikan segala masalah yang membelenggu terutama isu air sekiranya Kerajaan Pusat menyegerakan bayaran tunai royalti minyak yang tertunggak itu.
Dali menafikan dakwaan itu kerana ia bukan soal ketandusan isu tetapi Kerajaan Pusat cuba untuk mencapai ketelusan dalam pembayaran tunai royalti minyak melalui penubuhan jawatankuasa khas yang dianggotai pakar undang-undang.
Selain itu, Dali berkata isu kekurangan peruntukan dalam Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas sepatutnya tidak perlu ditimbulkan memandangkan Kerajaan Pusat turut memberi bantuan kewangan kepada negeri ini.
Katanya, bagi menangani isu bekalan air bersih yang melanda negeri ini Kerajaan Pusat telah memberi peruntukan sebanyak RM600 juta untuk menangani isu tersebut.
“Banyak sebenarnya peruntukan Kerajaan Pusat bagi kepada Kelantan tetapi banyak perkara Kerajaan Negeri tidak dapat selesaikan misalnya masalah air ini. Dalam erti kata lain Kelantan sekarang ini bukan kerana tidak mampu disebabkan ketiadaan dana tetapi apa yang berlaku adalah disebabkan ketidakmampuan Kerajaan Negeri mentadbir Kelantan.
Senator BN dijangka berpaling tadah
Sehari
selepas kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah,
seorang lagi wakil rakyat negeri itu, Senator Datuk Maijol Mahap
dijangka akan berpaling tadah.Maijol pada 29 Julai lalu menimbulkan tanda tanya apabila hadir bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis bersama MP Tuaran yang keluar parti pada hari itu, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
MP Beaufort, juga mengambil tindakan sama pada hari itu.
Maijol pada majlis itu mengumumkan hasratnya untuk meninggalkan parti Upko namun tidak menyatakan sama ada akan menyokong Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan bahwa naib presiden Upko itu akan bertindak demikian hari ini.
MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan juga telah menjangkakan perkara sama.
Buat masa ini masih belum jelas sekiranya Maijol akan menyertai Pakatan namun beliau dijangka akan menyertai pembangkang melalui pertubuhan mesra Pakatan yang menggunakan nama Pakatan Perubahan Sabah.
Tamrin keluar Umno, serah borang sertai PAS
Hazayani Zakaria, | 11 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.
Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.
Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.
Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.
"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.
"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.
Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.
Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.
"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.
"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan PAS," katanya.
Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam
yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat
al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2).
Pada malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" (Riwayat Muslim, no 1175)
Sebuah lagi hadis menyebut :
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam Hadis lain Nabi SAW menyebut, ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinyaWalau bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Semua ini berasal dari hadih-hadih yang sohih.
Walau bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan. Di Barat, contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan para ulama, ia berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadis Nabi menyebut:
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau agaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu jika negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi?. Hal ini sukar diputuskan oleh para ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain itu, berdasarkan dalil hadih al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" (Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (pada zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386)
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah SWT pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya:
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat (Al-Baqarah : 200)
Jelas dalam ayat ini Allah SWT menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah SWT mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhiratdan dilebihkan bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan daripada api neraka". Bererti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah SWT:
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka" (Al-Baqarah : 201)
Pada malam-malam akhir ramadan ini matlamat utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah SWT. Hal inilah yang disebut dalam jawapan Nabi SAW kepada Aisyah ra:
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya: "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda?
Sabda Nabi SAW:
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya: Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." (Riwayat Muslim)
Hadis ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadis di atas.
Walau bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendak-Nya.
Masa berkat berpanjangan atau hanya beberapa saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar maklumat kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah:
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupa-rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu:
“Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr : 5)
Inilah yang diterangkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya?
Adakah wanita sedang haid terhalang daripada keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah SWT maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Profesor Dr Muhammad Abu Laylah (Profesor Syariah di Universiti Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan dalam kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
http://www.zaharuddin.net/
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.
Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.
Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.
Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.
"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.
"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.
Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.
Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.
"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.
"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan PAS," katanya.
Tamrin Ghafar wakaf masa, tubuh untuk PAS
Bekas
pemimpin Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai
PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam tadi.
Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.
Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.
"Bukan baru ini saya buat keputusan tinggalkan Umno, ia tidak tergopoh-gapah.
"Umno terkeluar dari landasan untuk membela rakyat sejak 90-an lagi.
"Insya Allah saya akan bagi sokongan dan berjuang habis-habisan," katanya.
Borang keahlian seumur hidupnya itu selepas Borang keahliannya diterima presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis sambutan Badar Qubra di markas PAS di Taman Melewar, Gombak.
Beliau sebelum ini ahli parlimen Batu Berendam di Melaka dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah menjadi pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Lailatul Qadar: jangan lepaskannya
Zaharuddin Abd Rahman, | 12 Ogs 2012 |
"Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2).
Pada malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" (Riwayat Muslim, no 1175)
Sebuah lagi hadis menyebut :
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam Hadis lain Nabi SAW menyebut, ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinyaWalau bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Semua ini berasal dari hadih-hadih yang sohih.
Walau bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah negara adalah berlainan. Di Barat, contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat dalam kalangan para ulama, ia berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadis Nabi menyebut:
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : "Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau agaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu jika negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi?. Hal ini sukar diputuskan oleh para ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya.
Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain itu, berdasarkan dalil hadih al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" (Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (pada zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386)
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah SWT pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firman-Nya:
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat (Al-Baqarah : 200)
Jelas dalam ayat ini Allah SWT menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah SWT mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhiratdan dilebihkan bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan daripada api neraka". Bererti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah SWT:
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka" (Al-Baqarah : 201)
Pada malam-malam akhir ramadan ini matlamat utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah SWT. Hal inilah yang disebut dalam jawapan Nabi SAW kepada Aisyah ra:
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya: "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda?
Sabda Nabi SAW:
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya: Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." (Riwayat Muslim)
Hadis ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadis di atas.
Walau bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendak-Nya.
Masa berkat berpanjangan atau hanya beberapa saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar maklumat kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah:
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupa-rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu:
“Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr : 5)
Inilah yang diterangkan oleh Imam al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya?
Adakah wanita sedang haid terhalang daripada keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah SWT maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :
1) Berzikir
2) Berdoa
3) Membawa terjemahan al-Quran serta memahaminya.
4) Mendengar bacaan al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Profesor Dr Muhammad Abu Laylah (Profesor Syariah di Universiti Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan dalam kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
http://www.zaharuddin.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan