Kefahaman bukan alasan tangguh hudud
Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 24 Ogs 2012 |
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24
Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang
dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.

Turun harga kereta: Proton mampu bersaing
Rafizi Ramli, | 24 Ogs 2012 |
Semakan semula Dasar Automotif Negara (NAP2012) yang kini sedang
dijalankan oleh Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa (MITI)
memberi ruang kepada pengurangan cukai eksais secara berperingkat untuk
menurunkan harga kereta.
Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.
Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.
Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.
Malah, sebenarnya Umno BN yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.
Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167 dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.
Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.
Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno BN kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.
Jawapan-jawapan pimpinan Umno BN yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno BN.
KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.
Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru.
Sedangkan, istilah seperti "tokong" itu merupakan "sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang", katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
"Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri," katanya.
Beliau mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.
"Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan", katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan "antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri."
"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman "anti-PKR", gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.
Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."
Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.
Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.
''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja.
''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama.
"Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan.
Katannya, seminar yang masih diperingkat perancangan itu bukan sahaja memfokuskan mengenai hukuman hudud tetapi turut akan membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.
''Kita akan anjurkan satu seminar untuk memberi kefahaman bukan sahaja khas tentang hudud sahaja tetapi lebih pelaksanaan syariah lain.
''Dalam syariah, untuk menjatuhkan hukuman terbahagi kepada tiga, qisas, hudud dan takzir jadi kita akan bincang perkara itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, seminar tersebut akan diadakan secara terbuka dan turut mengalu-alukan kehadiran peserta bukan Islam.
"Kita akan adakan secara terbuka. Yang muslim dan bukan muslim boleh hadir. Sebab kita nak beri kefahaman mengenai perkara ini. Kita akan jemput orang daripada NGO dan akademik sebagai ahli panel bagi membincangkan isu ini.
''Seminar ini juga dapat memberi gambaran sebenar bagi mereka yang tidak faham mengenainya (perundangan Islam). Kita akan umum setelah perbincangan selesai,'' katanya lagi.
Peranan PAS dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan PAS.
Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini berkata, PAS sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan.
Beliau memberi contoh, pendakwaan bagi kes rogol yang mengelirukan kerana dianggap oleh pengerusi DAP Karpal Singh sebagai hanya memerlukan empat saksi.
Sedangkan, pesalah berkenaan masih boleh dihukum dengan menggunakan bukti kukuh yang lain, katanya seperti dilaporkan dalam akhbar itu.
Perkara itu didedahkan melalui rekod yang ditemui jabatan itu yang menunjukkan bahawa M Nagamah, 64, memeluk Islam pada November 2006.
Pegawai daripada jabatan tersebut membuat laporan polis pada Ahmad lalu kerana mendakwa keluarga si mati, yang nama Islamnya dinyatakan sebagai Maria Abdullah, enggan membenarkan pegawai tersebut menuntut jasad wanita itu daripada pusat pembakaran mayat Batu Berapit.
Exco hal ehwal agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata laporan itu dibuat pada hari yang sama dengan ketika anak Maria @ Nagamah dan 17 yang lain membuat laporan ke atas Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di balai polis Nibong Tebal kerana "mencuri" abu mayat itu.
Menurut Abdul Malik (kanan), Nagamah memeluk Islam di jabatan tersebut, yang dikendalikan oleh seorang pegawai bernama Anuar Ismail.
Keluarganya maklum dengan status agama beliau dan suaminya juga seorang Islam," kata ADUN Batu Maung itu lagi yang menyerahkan perkara itu untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Abdul Malik yang juga naib pengerusi PKR negeri berkata, Nagamah mengahwini seorang lelaki bernama Ibrahim Noyan dan mempunyai sembilan orang anak yang kesemuanya mempunyai nama Islam.
Katanya, beliau mendapat maklumat tersebut daripada JAIPP dan juga daripada pejabat mufti.
Peluang ini juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan pelbagai herotan (distortion) di dalam industri automotif negara.
Kebelakangan ini, pimpinan Umno/Barisan Nasional sering memainkan sentimen perkauman termasuklah di dalam isu penurunan harga kereta, dengan memberi alasan pengurangan cukai eksais akan memufliskan Proton dan industri automotif tempatan.
Tindakan tidak bertanggungjawab ini bertujuan menanam perasaan perkauman di kalangan rakyat dengan menuduh cadangan menurunkan harga kereta ini bertujuan untuk membunuh Proton yang mengakibatkan puluhan ribu rakyat (kebanyakannya Melayu/Bumiputra) akan hilang pekerjaan.
Salah satu pertimbangan utama yang diambil KEADILAN semasa mencadangkan penurunan harga kereta adalah kemampuan Proton dan perusahaan automotif tempatan bersaing. KEADILAN mengiktiraf kejayaan Proton dan yakin ia mampu maju jauh ke depan melihatkan keupayaannya bertahan walaupun sudah tidak mendapat perlindungan rebat cukai eksais bermula tahun 2005.
Malah, sebenarnya Umno BN yang mengambil keputusan menamatkan rebat cukai eksais yang diberikan kepada Proton pada tahun 2005. Sejak dari itu, kereta-kereta keluaran Proton dan perusahaan automotif nasional yang lain terpaksa membayar cukai eksais yang sama seperti juga kereta-kereta berjenama antarabangsa.
Bantuan kewangan terbesar yang diperolehi oleh Proton kini bukan lagi dalam bentuk perlindungan cukai, tetapi geran research and development (R&D) untuk membolehkannya menerokai rekaan dan teknologi yang lebih baik. Penyata kewangan Proton bagi tahun 31 Mac 2011 (muka surat 167 dari Laporan Tahun Proton 2011) menunjukkan ia mendapat geran R&D berjumlah RM175 juta.
Jumlah ini adalah jauh lebih rendah dari rebat cukai eksais bernilai berbilion ringgit yang diberikan setiap tahun kepada Proton sehingga tahun 2005. Keupayaan Proton terus bersaing dan memperkenalkan beberapa model baru selepas tahun 2005 membuktikan bahawa Proton boleh terus kekal beroperasi walaupun tanpa dilindungi rebat cukai eksais.
Sebab itu KEADILAN berpendapat dakyah perkauman yang dimainkan oleh Umno BN kononnya penurunan harga kereta akan memufliskan Proton sebenarnya menghina tenaga professional di Proton dan perusahaan automotif tempatan lain yang kebanyakannya Melayu/Bumiputra.
Jawapan-jawapan pimpinan Umno BN yang masih menggambarkan seolah-olah Proton dan perusahaan automitif tempatan masih mendapat perlindungan cukai eksais adalah berniat jahat yang memangsakan Proton demi kepentingan politik Umno BN.
KEADILAN yakin Proton dan perusahaan automotif tempatan akan mampu berdikari dan bersaing pada harga yang tidak membebankan rakyat. Komitmen KEADILAN adalah mempertahankan peluang pekerjaan dan kebajikan puluhan ribu pekerja di dalam sektor automotif negara, bukannya mengikut karenah bekas pimpinan negara yang mengongkong Proton semata-mata kerana mahu menjaga peninggalan pemerintahan beliau.
Oleh itu, KEADILAN yakin pelan perniagaan Proton yang menitikberatkan penggunaan kapasiti pengeluarannya (to optimise its unutilised production capacity) di kilang-kilangnya, melalui kerjasama untuk memasang kereta-kereta berjenama lain akan berjaya mempertahankan pekerjaan sedia ada, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baru.
Mansor: Gelaran 'tokong' untuk 'sanjung' Guan Eng
Ketua
PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman hari ini berkata laporan berhubung
kenyataannya yang antara lain menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng
sebagai “sombong, angkuh dan tokong” bertujuan "memberi gambaran buruk
tentang hubungan PKR dan DAP".Sedangkan, istilah seperti "tokong" itu merupakan "sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang", katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Perkataan seperti sombong, angkuh dan tokong telah dipetik di luar konteks bertujuan untuk memberi gambaran yang buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
"Sebagai contoh, perkataan tokong sebenarnya merujuk kepada sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada ketua menteri," katanya.
Beliau mengulas laporan berhubung kenyataannya dalam satu dokumen didakwa minit mesyuarat strategik PKR negeri yang turut dinafikannya.
"Saya ingin menegaskan, tidak ada mesyuarat strategik parti sepertimana yang dilaporkan", katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa satu pertemuan telah diadakan "antara sekumpulan ahli PKR dengan pengerusi perhubungan negeri."
"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya, merujuk kepada transkrip yang disiarkan di satu laman blog yang disifatkannya sebagai laman "anti-PKR", gelagatanwar.wordpress.com pada Jun lalu.
Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."
Mansor membacakan kenyataan itu sepenuhnnya dalam satu sidang media yang turut dihadiri Lim di Pulau Pinang hari ini.
PAS mungkin bincang isu Nasha 'sepintas lalu'
Ketua
penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai
kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan
dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu
esok.Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.
''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja.
''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama.
"Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan.
PAS rancang seminar perjelas hudud
Ketua
Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan
menganjurkan sebuah seminar bagi memberi pendedahan dan pemahaman kepada
orang ramai mengenai hukum hudud. Katannya, seminar yang masih diperingkat perancangan itu bukan sahaja memfokuskan mengenai hukuman hudud tetapi turut akan membincangkan mengenai perlaksanaan syariah yang lain.
''Kita akan anjurkan satu seminar untuk memberi kefahaman bukan sahaja khas tentang hudud sahaja tetapi lebih pelaksanaan syariah lain.
''Dalam syariah, untuk menjatuhkan hukuman terbahagi kepada tiga, qisas, hudud dan takzir jadi kita akan bincang perkara itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, seminar tersebut akan diadakan secara terbuka dan turut mengalu-alukan kehadiran peserta bukan Islam.
"Kita akan adakan secara terbuka. Yang muslim dan bukan muslim boleh hadir. Sebab kita nak beri kefahaman mengenai perkara ini. Kita akan jemput orang daripada NGO dan akademik sebagai ahli panel bagi membincangkan isu ini.
''Seminar ini juga dapat memberi gambaran sebenar bagi mereka yang tidak faham mengenainya (perundangan Islam). Kita akan umum setelah perbincangan selesai,'' katanya lagi.
Peranan PAS dalam memperjelaskan hudud menerima kritikan pelbagai pihak termasuk bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang berpendapat tentangan kuat daripada DAP ke atas hudud berpunca daripada gambaran salah yang diberikan PAS.
Dr Mohd Asri seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini berkata, PAS sendiri gagal menjelaskan mengenai peruntukan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang diluluskan di Kelantan.
Beliau memberi contoh, pendakwaan bagi kes rogol yang mengelirukan kerana dianggap oleh pengerusi DAP Karpal Singh sebagai hanya memerlukan empat saksi.
Sedangkan, pesalah berkenaan masih boleh dihukum dengan menggunakan bukti kukuh yang lain, katanya seperti dilaporkan dalam akhbar itu.
Exco: Mayat wanita dibakar seorang Islam
Keluarga
kepada wanita yang abu mayatnya dirampas oleh Jabatan Agama Islam
Seberang Perai Selatan pada 14 Ogos mungkin tidak akan dapat
menjalankankan upacara terakhir mengikut agama Hindu kerana wanita
tersebut telah memeluk Islam.Perkara itu didedahkan melalui rekod yang ditemui jabatan itu yang menunjukkan bahawa M Nagamah, 64, memeluk Islam pada November 2006.
Pegawai daripada jabatan tersebut membuat laporan polis pada Ahmad lalu kerana mendakwa keluarga si mati, yang nama Islamnya dinyatakan sebagai Maria Abdullah, enggan membenarkan pegawai tersebut menuntut jasad wanita itu daripada pusat pembakaran mayat Batu Berapit.
Exco hal ehwal agama Islam negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata laporan itu dibuat pada hari yang sama dengan ketika anak Maria @ Nagamah dan 17 yang lain membuat laporan ke atas Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di balai polis Nibong Tebal kerana "mencuri" abu mayat itu.
Menurut Abdul Malik (kanan), Nagamah memeluk Islam di jabatan tersebut, yang dikendalikan oleh seorang pegawai bernama Anuar Ismail.
Keluarganya maklum dengan status agama beliau dan suaminya juga seorang Islam," kata ADUN Batu Maung itu lagi yang menyerahkan perkara itu untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Abdul Malik yang juga naib pengerusi PKR negeri berkata, Nagamah mengahwini seorang lelaki bernama Ibrahim Noyan dan mempunyai sembilan orang anak yang kesemuanya mempunyai nama Islam.
Katanya, beliau mendapat maklumat tersebut daripada JAIPP dan juga daripada pejabat mufti.
'DAP perlu pertimbang terima anugerah istana'
WAWANCARA ADUN
Sekinchan Ng Suee Lim berkata DAP perlu menerima anugerah pangkat dan
bintang kebesaran dari istana untuk menangkis tanggapan bahawa parti itu
anti-Melayu.
Menurutnya, ia bagi menutup mulut NGO-NGO pro-Umno yang gemar menjaja cerita mendakwa DAP menolak demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan.
Masanya sudah tiba bagi pemimpin DAP terutamanya di Selangor yang kini mungkin telah banyak berjasa kepada rakyat selepas menerajui kerajaan negeri untuk menerima anugerah dari istana, kata Ng.
"Saya yakin sudah sampai masa kita kena terima. Sebab mungkin dulu, alasan kita, kita belum ada jasa, belum berbakti.
"Jadi sudah sampai masa kemimpinan kita kena rujuk semula, hitung semula, kaji semula untuk terima satu persatu, bukan semua.
"Ini akan memperkukuhkan sokongan DAP di masyarakat Melayu dan membaiki imej DAP di khalayak orang Melayu," kata Ng dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini dalam bulan Ramadan yang lalu.
Ng sebelum ini menyuarakan cadangan itu pada mesyuarat agung tahunan DAP dalam bulan November 2010 – ketika pemilihan DAP Selangor sedang berlangsung.
Pada masa itu juga timbul desas desus bahawa Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang pada masa itu masih belum memakai sebarang gelaran akan menerima pangkat Datuk dari istana Selangor.
Teng menerima kritikan hebat pada masa itu kerana DAP mempunyai polisi tidak bertulis yang tidak menggalakkan pemimpinnya menerima sebarang gelaran dan pingat kebesaran.
Beliau bagaimanapun tetap menerima anugerah itu daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 11 Disember 2010.
Pemilihan tersebut bagaimanapn menyaksikan Teng dilantik sebagai timbalan pengerusi DAP Selangor manakala Ng sebagai timbalan setiausaha DAP Selangor,
"Nasib baik waktu itu Tuanku yang bagi. Isu itu kurang sedikit," kata Ng yang mencadangkan agar hanya mereka yang berkhidmat selama lebih tiga tahun dalam kerajaan layak menerima anugerah itu.
Kem DAP Selangor
Ng turut ditanya jika beliau tetap akan bersama dalam kem Teng Chang Khim untuk pemilihan DAP Selangor yang akan datang.
Dalam pemilihan DAP Selangor lalu, Ng bertanding dalam pasukan Pelangi diketuai Teng menentang kem Perpaduan yang diketuai exco Selangor, Teresa Kok.
Mengulas perkara itu, Ng mengakui bahawa beliau kini dilihat sebagai pemimpin "bukan arus perdana" seperti Teng.
"Bagaimanapun, kami tidak ada haluan yang berbeza dengan parti. Perjuangan parti, prinsip parti, kita ada bersama.
"Tetapi cuma berbeza di sini, pendekatan. Formula yang kadang-kadang kami cadangkan itu ada sedikit berbeza dengan kawan-kawan yang lain lah. Mungkin begitulah.
"Saudara Teng ini agak kritis. Suara dia agak tajam, agak berani bersuara. Kemungkinan kerana itulah beliau dilabelkan sebagai tidak tergolong dalam arus perdana," jawab Ng penuh diplomasi.
Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan DAP Selangor yang diketuai Teresa Kok yang disifatkan sebagai pemimpin yang "mendengar pandangan orang lain", kata Ng.
"Saya nampak dia lebih sedia mendengar pandangan pelbagai pihak walaupun yang lebih kritis. Walau dari pihak kami sekali pun, beliau sedia mendengarnya," katanya.
Politik wang dalam DAP
Pada masa sama, Ng menggesa agar bibit-bibit politik wang, yang menurut pemerhatiannya sudah mula bercambah dalam DAP, dibasmi dengan segera.
Budaya berkenaan, katanya, dibawa bekas ahli MCA yang kini menyertai DAP selepas pilihan raya 2008 dan sudah terbiasa mengamalkannya dalam pemilihan parti mereka dahulu.
"Saya minta pucuk pimpinan kita berwaspadalah dengan gejala menggunakan wang ini.
"Saya khuatir ada pemimpin yang mula menggunakan wang untuk menarik sokongan ahli-ahli akar umbi. Ini kebimbangan saya," kata Ng.
Ng kini merupakan ADUN Sekinchan untuk penggal kedua selepas memikul tanggungjawab itu buat kali pertama selepas menang pada pilihan raya tahun 2004.
Beliau dan Teng merupakan dua wakil pembangkang dalam DUN Selangor sepanjang penggal 2004-2008.
Selepas pilihan raya 2008, Teng mempertahankan kerusi Sungai Pinang dan dilantik sebagai Speaker DUN Selangor.
Pada masa sama, Ng masih kekal sebagai ADUN Sekinchan dan tidak dilantik sebagai exco negeri walaupun lebih kanan dari segi pengalaman sebagai ADUN dari DAP.
Mengulas perkara ini, Ng akur dengan penilaian parti yang menurutnya telah memilih orang yang dapat menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.
"Ada kecewa? Saya rasa tak adalah. Dalam politik, yang penting kita boleh menang, kita boleh pertahankan kawasan, dapat beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Impian kita dapat direalisasikan, iaitu selama ini masalah rakyat kita dapat selesaikan. Bagi saya, itu suatu kepuasan," kata Ng.
Pada masa sama, beliau cukup yakin mampu menggalas amanah sebagai exco sekiranya dipertanggungjawabkan berbuat demikian selepas pilihan raya umum nanti.
"Saya nyatakan kalau takdir mengizinkan, satu hari nanti (jika) ada peluang, saya akan mengalas. Saya yakin dapat melakukan kerja (exco) dengan baik," tegasnya.
Beliau turut yakin Selangor akan kekal ditadbir Pakatan Rakyat jika pilihan raya kelak berlangsung secara adil bersih.
Ia disandarkan kepada kualiti kepimpinan Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik berbanding BN.
"Kalau segi Noh Omar, saya rasa dengan perwatakan yang samseng, rakus, gengster, rakyat tentu tidak mahu pemimpin sedemikian.
"Berbanding Pakatan Rakyat, Tan Sri Khalid Ibrahim itu amanah, kerja kuat, pagi hingga petang tidak ada masa untuk berehat, seorang yang sudah kaya, tetapi masih memilih untuk bersusah payah (sebagai MB)" katanya.
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata janji-janji bersifat populis itu merupakan gimik politik, dan satu helah untuk meraih undi generasi muda yang berhempas pulas membina kehidupan mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan dan mempertimbang keperluan membeli sebuah rumah dan kereta.
Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu berkata ini sudah pasti satu strategi pilihan raya memandangkan janji-janji sedemikian yang begitu menarik adalah bagi mengumpan generasi muda mengundi pakatan pembangkang.
"Kereta murah, pemansuhan tol, pendidikan percuma dan gaji minimum RM4,000 bagi setiap keluarga akan mengurangkan beban mereka. Ini satu daripada janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang. Walaupun kelihatan sebagai satu alternatif kepada dasar BN, satu perkara yang membimbangkan banyak pengkritik adalah bagaimana mekanisme, formula dan pendekatan bagi melaksanakannya.
"Setakat ini, Pakatan, tidak memberikan maklumat dan formula mencukupi berhubung cara melaksanakan dasar itu," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada janji-janji itu kemungkinan boleh memufliskan negara, jika mereka memerintah.
Bagi menangani janji-jani sedemikian, Dr Mohd Azizuddin berkata kerajaan yang memerintah perlu menawarkan agenda yang lebih menarik dan dasar baru bagi bersaing dengan pakatan pembangkang.
"Jika tidak, rakyat akan termakan dengan idea-idea pakatan dan mengundi mereka kerana janji-janji seperti agenda menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kereta murah, harga petrol rendah sangat menarik. Secara psikologi, rakyat Malaysia suka kepada sesuatu yang percuma dan murah," katanya.
Sambil mengakui bahawa agenda pendidikan percuma bukan satu khayalan dan boleh dilaksanakan, Dr Mohd Azizuddin, bagaimanapun berkata negara boleh berdepan defisit memandangkan kerajaan perlu berbelanja besar bagi menyediakan peruntukan.
Oleh itu, jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan menaikkan cukai individu dan syarikat, sama seperti tindakan Sweden dan Norway menaikkan cukai pendapatan pekerja.
Jika PTPTN dihapuskan, kerajaan akan menanggung kerugian RM43 bilion dan tindakan menghapuskan cukai kenderaan boleh mengurangkan hasil cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun.
Dr Mohd Azizuddin berkata kajian komprehensif dan lengkap diperlukan sebelum dasar-dasar sedemikian dilaksanakan kerana rakyat mahu lebih banyak maklumat terutama mengenai mekanisme dan formula bagi mencapai matlamat dasar-dasar itu.
"Jika mereka begitu praktikal, jadi laksanakannya sahaja. Tetapi jika ia tidak praktikal, lebih baik jangan dan tolong jangan berjanji dengan rakyat sesuatu yang tidak boleh dicapai.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin yang lain melahirkan "keraguan yang serius" berhubung rancangan pilihan raya pembangkang memandangkan pendekatan sedemikian menunjukkan pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapat kuasa.
"Kita ada program yang komprehensif, padu, berwibawa dan realistik dan hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Tetapi semua yang kita ada dalam fikiran adalah berdasarkan mandat yang kukuh daripada rakyat," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.
Najib berkata janji-janji pakatan pembangkang mengenai pendidikan percuma dan gaji minimum yang tinggi " sukar dicapai" dan satu perbezaan yang nyata dengan apa yang ditawarkan BN.
- Bernama
Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog yang kurang dikenali.
Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.
Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu, Pulau Pinang berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.
Blog gelagatanwar.wordpress.com bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang.
Dalam minit mesyuarat tersebut, Mansor antara lainnya juga didakwa menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang yang "angkuh".

Pensyarah UUM: Janji populis untuk pikat pengundi muda
Pelbagai
janji manis pakatan pembangkang yang begitu lemah adalah semata-mata
untuk meraih populariti di kalangan pengundi tanpa memberi perhatian
serius mengenai kedudukan kewangan negara, kata seorang penganalisis
politik.Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata janji-janji bersifat populis itu merupakan gimik politik, dan satu helah untuk meraih undi generasi muda yang berhempas pulas membina kehidupan mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan dan mempertimbang keperluan membeli sebuah rumah dan kereta.
Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu berkata ini sudah pasti satu strategi pilihan raya memandangkan janji-janji sedemikian yang begitu menarik adalah bagi mengumpan generasi muda mengundi pakatan pembangkang.
"Kereta murah, pemansuhan tol, pendidikan percuma dan gaji minimum RM4,000 bagi setiap keluarga akan mengurangkan beban mereka. Ini satu daripada janji-janji pilihan raya pakatan pembangkang. Walaupun kelihatan sebagai satu alternatif kepada dasar BN, satu perkara yang membimbangkan banyak pengkritik adalah bagaimana mekanisme, formula dan pendekatan bagi melaksanakannya.
"Setakat ini, Pakatan, tidak memberikan maklumat dan formula mencukupi berhubung cara melaksanakan dasar itu," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada janji-janji itu kemungkinan boleh memufliskan negara, jika mereka memerintah.
Bagi menangani janji-jani sedemikian, Dr Mohd Azizuddin berkata kerajaan yang memerintah perlu menawarkan agenda yang lebih menarik dan dasar baru bagi bersaing dengan pakatan pembangkang.
"Jika tidak, rakyat akan termakan dengan idea-idea pakatan dan mengundi mereka kerana janji-janji seperti agenda menghapuskan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) kereta murah, harga petrol rendah sangat menarik. Secara psikologi, rakyat Malaysia suka kepada sesuatu yang percuma dan murah," katanya.
Sambil mengakui bahawa agenda pendidikan percuma bukan satu khayalan dan boleh dilaksanakan, Dr Mohd Azizuddin, bagaimanapun berkata negara boleh berdepan defisit memandangkan kerajaan perlu berbelanja besar bagi menyediakan peruntukan.
Oleh itu, jika pakatan pembangkang memerintah, mereka akan menaikkan cukai individu dan syarikat, sama seperti tindakan Sweden dan Norway menaikkan cukai pendapatan pekerja.
Jika PTPTN dihapuskan, kerajaan akan menanggung kerugian RM43 bilion dan tindakan menghapuskan cukai kenderaan boleh mengurangkan hasil cukai negara sebanyak RM4.6 bilion setahun.
Dr Mohd Azizuddin berkata kajian komprehensif dan lengkap diperlukan sebelum dasar-dasar sedemikian dilaksanakan kerana rakyat mahu lebih banyak maklumat terutama mengenai mekanisme dan formula bagi mencapai matlamat dasar-dasar itu.
"Jika mereka begitu praktikal, jadi laksanakannya sahaja. Tetapi jika ia tidak praktikal, lebih baik jangan dan tolong jangan berjanji dengan rakyat sesuatu yang tidak boleh dicapai.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin-pemimpin yang lain melahirkan "keraguan yang serius" berhubung rancangan pilihan raya pembangkang memandangkan pendekatan sedemikian menunjukkan pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapat kuasa.
"Kita ada program yang komprehensif, padu, berwibawa dan realistik dan hala tuju bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Tetapi semua yang kita ada dalam fikiran adalah berdasarkan mandat yang kukuh daripada rakyat," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata.
Najib berkata janji-janji pakatan pembangkang mengenai pendidikan percuma dan gaji minimum yang tinggi " sukar dicapai" dan satu perbezaan yang nyata dengan apa yang ditawarkan BN.
- Bernama
Mansor didakwa sifatkan Guan Eng 'angkuh'
EKSKLUSIF
Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit
mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya
umum ke-13 dibocorkan di Internet.Mansor yang juga timbalan ketua menteri 1 berkata beliau maklum dengan kebocoran tersebut dan kecewa kerana ia disiarkan bulat-bulat di blog yang kurang dikenali.
Beliau yang juga ADUN Penanti bagaimanapun berkata, kandungan maklumat itu – berhubung isu yang dibangkitkan berhubung pilihan raya akan datang, serta jawapan yang disediakannya – merupakan isu yang benar-benar diambil berat olehnya.
Beliau ketika ditemui di majlis rumah terbuka di Guar Perahu, Pulau Pinang berkata, beliau tidak dapat menerima kebocoran tersebut dan memerlukan masa beberapa hari untuk menyiasat perkara itu.
Blog gelagatanwar.wordpress.com bertajuk 'Gelagat Anwar' itu antara lainnya turut menyenaraikan individu yang hadir serta perbincangan mengenai agihan kerusi dan masalah yang dihadapi PKR di Pulau Pinang.
Dalam minit mesyuarat tersebut, Mansor antara lainnya juga didakwa menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai seorang yang "angkuh".
Nik Aziz 'berehat' di wad HUSM
Menteri
Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke wad
di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian atas nasihat doktor.
Satu kenyataan oleh setiausaha akhbarnya di Facebook menyebut, Nik Abdul Aziz, 81, dinasihatkan doktor supaya supaya berehat di wad tersebut semasa menerima rawatan rutin pagi ini.
"Beliau memohon untuk menangguhkan kemasukan ke dalam wad bagi menyelesaikan beberapa tugasan termasuk merasmikan pelancaran Tunjong Pavillion pagi tadi.
"Beliau dinasihatkan mendapatkan rehat yang berkualiti pada hujung minggu ini di dalam wad selepas jadual kerja yang agak padat termasuk memenuhi jemputan kenduri di sana sini," kenyataan itu dipetik.
Nik Abdul Aziz kali terakhir dilaporkan menerima rawatan di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu pada bulan April lalu setelah mengadu sakit dada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan