Ahad, 26 Ogos 2012

NI BARU HAK ASASI MANUSIA...ADA ORANG TU HAK ALLAH...HUKUM ALLAH LANGGAR SEMACAM...MEREKA NI ADALAH GULONGAN TAK MAKAN SAMAN...MEREKA NI DAH MATI ATAU DEKAT NAK MATI BARU TAHU LANGIT NI TINGGI ATAU RENDAH...BIASALAH... TENGAH SEGAK...TENGAH SIHAT...TENGAH BERKUASA...TENGAH BERPENGARUH MEMANG BERLAGAK SEMACAM PUNYA

Seksyen 114A langgar hak asasi manusia – Suhakam

Harakahdaily, 26 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan supaya mengkaji semula, meminda ataupun memansuhkan seksyen yang berkontroversi, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, ini kerana ianya melanggar prinsip hak asasi manusia kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

“Peruntukan yang baru diperkenalkan ini telah berkuat kuasa pada 31 Julai 2012, juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 (1) UDHR,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) menggesa Kerajaan supaya mengkaji semula, meminda ataupun memansuhkan seksyen yang berkontroversi, Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No 2) 2012 kerana ianya melanggar prinsip hak asasi manusia kepada kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Peruntukan yang baru diperkenalkan ini telah berkuat kuasa pada 31 Julai 2012, juga melanggar prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 11 (1) UDHR.

Walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A ini boleh dipatahkan, seseorang yang dianggap bersalah mungkin tidak mempunyai masa, sumber, dan khususnya, kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran internet, untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut. Berbeza pula dalam kes-kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan tertuduh, kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pembekal khidmat rangkaian dan pembekal internet) untuk mengemukakan keterangan, dan mempunyai kepakaran teknikal dan sumber untuk membantu siasatan/pendakwaan. Oleh itu, walaupun boleh dikatakan bahawa Seksyen 114A tidak mengubah keseluruhan beban bukti, sepertimana dalam kes-kes jenayah ianya terletak pada pendakwaan dan dalam tindakan sivil, terletak pada plaintif, dari segi praktikal, ia mungkin mempunyai kesan dalam mengubah beban tersebut kepada yang tertuduh ataupun defendan, mengikut mana yang berkenaan, sekali gus melanggar prinsip asas undang-undang.

Sama pentingnya juga Seksyen 114A mungkin mempunyai potensi dan kesan negatif yang menghalang daripada bersuara, menyebar dan berkongsi idea, berita dan maklumat, yang mana menjadi tanda pasti persekitaran Internet, sekali gus menghad dan mempengaruhi kebebasan bersuara – satu ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya. Ianya harus juga ditekankan bahawa hak bersuara tidak sepatutnya dihadkan oleh kaedah atau cara tidak langsung, seperti penyalahgunaan kawalan kerajaan atau swasta ke atas akhbar bercetak, frekuensi penyiaran radio, atau peralatan yang digunakan dalam penyebaran maklumat, atau dengan apa-apa cara lain yang cenderung untuk menghalang komunikasi dan peredaran idea dan pendapat.

Walaupun diperakui keperluan untuk menangani jenayah siber dan untuk mengesahkan tentangan terhadap ancaman keselamatan negara, namun sebarang kuasa atau langkah-langkah menghadkan hak mestilah mengikut norma-norma hak asasi manusia, menurut syarat-syarat ketat tertentu seperti berikut:
i. Bahawa penghadan hak individu mesti dikenakan semata-mata bagi maksud melindungi matlamat yang sah (iaitu keselamatan negara, hak atau reputasi orang lain, kesihatan awam atau moral) yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip hak asasi manusia antarabangsa;
ii. Bahawa penghadan hak mestilah benar-benar perlu bagi melindungi matlamat yang sah;
iii. Bahawa penghadan hak mestilah berkadar dengan perlindungan matlamat yang sah. Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa terdapat beberapa hak dan kebebasan yang tidak boleh terhad termasuk kebebasan dari penyeksaan atau lain-lain tindakan yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah atau hukuman;
iv. Bahawa mesti ada perlindungan yang mencukupi supaya dapat mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa.

Syarat-syarat ini adalah penting bagi membantu untuk mencari keseimbangan secara adil antara kepentingan awam – kebimbangan terhadap keselamatan negara, dan kebebasan asas seseorang individu.

Suruhanjaya ingin mengulangi pendirian bahawa walaupun ia mengakui akan pentingnya keselamatan negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan, ia juga berpendapat bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan mesti dikaji semula ataupun dimansuhkan demi melindungi dan menghormati kebebasan asas dan hak asasi manusia untuk bersuara dan tanggapan tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Suruhanjaya berharap untuk terlibat dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkepentingan yang lain dalam mengkaji semula Akta serta dalam penggubalan mana-mana undang-undang baru untuk memastikan bahawa peruntukan yang disediakan oleh mereka adalah selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia yang diterima secara universal.

Gambar pemimpin Pakatan segak terhangat

Harakahdaily, 26 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Gambar pimpinan Pakatan Rakyat segak bergerak bersama  paparan blog http://www.tranungkite.net ialah artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-34.

Di tangga kedua, berita mengenai kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal", yang dikatakan boleh mengelirukan umat Islam.

Mengapa Dr Mahathir berasa gundah gulana sehingga mengalu-alukan PAS untuk bersama Umno dalam melaksanakan hudud paparan blog http://biaqpila.blogspot.com/ pula menduduki tangga ketiga.

Nasihat kolumnis Subky Abdul Latif kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok supaya diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud pula menduduki tangga keempat.

Di tangga kelima, ialah berita mengenai pengagihan 25,000 penggunaan sistem pembelajaran yang diuar-uarkan oleh pihak Ketua Menteri Melaka yang tidak dilaksanakan sehingga pihak guru tertanya-tanya bagaimanakah implementasi sistem Tutor Online itu diagihkan..

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 19 Ogos hingga 25 Ogos, 2012.

1
Apa komen anda tentang gambar ini?
2
Lebih baik syaitan: Kenyataan Dr. M mengelirukan
3
Pasai apa Mahathir gundah gulana? [Baca]
4
PAS diam saja apa Nasharudin kata
5
Janji yang tak ditepati tetapi telah ‘dicapati’
6
Hudud: Sepatutnya awal lagi mufti tegur Mahathir
7
Terbukti, penurunan harga kereta mampu dilakukan
8
Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti
9
PRU 13: Dr. M bayangkan perubahan kerajaan?
10
Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Hudud dan keterdesakan politik Umno

Anwar Ibrahim, 26 Ogs 2012
Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.

Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.

Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.

Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri.

Anwar Ibrahim ialah Ketua Pembangkang Malaysia.
ADUN DAP: Khir Toyo lebih budiman

  • Ahmad Fadli KC
  • 10:49AM Ogos 26 2012
WAWANCARA ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata beliau melihat mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo sebagai pemimpin yang lebih berbudi bahasa dan beradab berbanding Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

"Kedua-dua pemimpin ini ada satu ciri yang sama, kedua-duanya pemimpin Umno di negeri Selangor.

NONE"Yang kedua, dua-dua pemimpin ini rakus tetapi perbezaan antara Noh Omar dan Khir Toyo, Khir Toyo nampak tak segarang Noh Omar.

"Dia tidak gengster (seperti Noh Omar)", kata Ng dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

Ng merupakan pemimpin DAP yang bertanggungjawab mendedahkan isu melibatkan sebuah rumah milik Khir Toyo sehingga membawa kepada pendakwaan terhadap ADUN Sungai Panjang itu di mahkamah.

Khir Toyo kemudiannya didapati bersalah menggunakan kedudukannya selaku menteri besar untuk membeli rumah dan tanah itu pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara setahun dan kini dalam proses merayu hukuman itu.

Selepas Khir, Ng kini dalam proses mendedahkan satu urusniaga tanah yang dikaitkannya dengan Noh Omar.
Projek udang
Noh bagaimana pun menafikan dakwaan Ng dan menjelaskan beliau hanya terlibat sebagai pemilik tanah yang menyewakan tanah kepada syarikat ternakan udang.
Lanjutan dari pendedahannya, Ng kini berdepan dua saman fitnah bernilai RM10 juta setiap satu daripada Khir Toyo dan Noh Omar.

NONE"Sekarang nilai saya di pasaran 20 juta," kata Ng yang kelihatan tidak terjejas dengan tindakan undang-undang itu.

"Racun di tangan kananmu (Khir Toyo), dan racun juga di tangan kirimu (Noh Omar). Bukan madu. Apa yang saya nak berikan padamu? Hanya racun sahaja," kata Ng lagi sambil ketawa besar.

Bagaimana pun, Ng berkata beliau masih lagi bertegur sapa dengan Khir Toyo dan berkunjung ke majlis rumah terbuka hari rayanya selepas pendedahan itu.

Khir Toyo katanya berbeza sama sekali dengan Noh Omar yang diibaratkannya seperti "gengster".

"Selepas dedahkan rumah dia pun saya pergi ke rumah terbuka hari raya Khir di Simpang Lima.

"Dia pun layan saya dengan baik. Ini cara politik yang sihat.

Tetapi Noh Omar ini luar biasa. Rakus satu, ego, sombong, garang, ganas, gengster, samseng.

"Enam ciri-ciri dalam satulah. Bukan 3-dalam-1 tetapi 6-dalam-1," katanya lagi.

Secara kebetulan pula, kata Ng, DUN Sekinchan terletak di antara kawasan DUN Sungai Panjang Khir Toyo dan parlimen Tanjung Karang yang diwakili Noh Omar.
Insiden makan malam

Mengulas lanjut mengenai sikap Noh, Ng turut menceritakan kembali satu insiden dalam satu majlis makan malam sempena Tahun Baru China pada awal tahun ini yang turut dihadiri menteri tersebut.

Menurutnya, beliau dijemput selaku ADUN Sekinchan dan diletakkan semeja bersama Noh Omar yang turut sama diundang ke majlis anjuran persatuan nelayan di Sekinchan itu.

NONENg mendakwa, Noh yang tiba lewat sejam daripada masa yang sepatutnya terus meninggikan suara bertanya kepadanya jika Ng ada menerima satu "surat saman" daripadanya.

Ng yang berang apabila disaman sedemikian oleh Noh berkata beliau beliau kemudiannya mencabar menteri tersebut untuk meneruskan tindakan undang-undang itu.

Namun, mereka berdua mengalihkan tumpuan dengan membelek-belek telefon masing-masing untuk meredakan keadaan.

Ng turut mengimbau kembali insiden hitam apabila dipukul kira-kira 30 orang lelaki yang didakwa diketuai seorang pegawai Noh.

Ng kemudian dimasukkan ke hospital selama dua hari susulan kejadian 4 November 2010 itu.

Noh dalam maklum balasnya mendakwa Ng cuba melakukan demonstrasi haram di kawasan itu dan layanan yang beliau terima daripada penduduk setempat itu adalah setimpal dengan perbuatannya.

"Sebagai menteri kalau ada ADUN pembangkang atau siapa-siapa kena pukul kita wajar nyatakan simpati dan kita minta polis siasat.

"Jadi saya labelkan Noh Omar ini menteri samseng. Bermula dari situ dan sekarang ini saya target dia sebagai antara sasaran utama saya," katanya.
Masalah industri pertanian

Ng turut mengkritik Noh yng didakwa mengabaikan industri perikanan dan beras yang merupakan nadi ekonomi Sekinchan.

"Masalah harga padi ia dimonopoli syarikat Bernas (Padi Beras Nasional).

"Sekarang dia dimiliki Syed Mokhtar Albukhary. Maknanya apabila wujud monopoli, petani nak jual padi atau beras mereka kepada orang-orang luar dari Kedah ada sekatan, ada kekangan, ada halangan.

NONE"Harga beras tidak dapat dilonjakkan," kata Ng.

Menurutnya lagi, nelayan pengusaha bot dengan permit B di Sekinchan juga menghadapi masalah menggaji pekerja apabila orang tempatan tidak berminat untuk melakukan tugas itu.

"Mereka tidak dibenarkan Jabatan Perikanan mengupah pekerja asing.

"Situasi pada masa itu rakyat tempatan tidak berminat dengan industri perikanan maka dengan itu kekurangan tenaga kerja.

"Bagaimana bot permit B ini hendak meneruskan perniagaan mereka kalau tiada pekerja," katanya.

Di akhir wawancara, Ng berikrar akan memberikan saingan sengit kepada Noh Omar dan BN dalam pilihan raya akan datang bagi kawasan Sekinchan dan sekitarnya.

"Pilihan raya akan datang, Parlimen Sungai Besar kita akan lawan.

"Tanjung Karang saya yakin (kita boleh menang) 51-49.

"Noh Omar walaupun dia kuat, di depan saya yakin Pakatan Rakyat mengekori sedikit sahaja lagi di belakang.

"Memang sukar walau berapa banyak billboard sekali pun Noh Omar dirikan kita akan lawan," kata Ng.

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Tidak setuju langsung dgn istilah budiman yg dipakai oleh Sdr.Ng..Yang sesuai adalah penyapuman...Noh pulak Udangman...Mereka pemimpin UMNO tapi bukan pemimpin rakyat Selangor..

    • Abd Rani Masawi · Pengulas Tertinggi · -
      RMS.. Saya setuju benar dgn hujah anda..!!!.. Kekal kan sehingga kita tawan PUTRAJAYA.. Takbir..!!!

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Abd Rani Masawi
      Berikan peluang utk generasi Malaysia yg lebih baik.. kita berusaha agar mereka dapat mengecapinya...

    • Farid Sharif · Pengulas Tertinggi · De asuntos económicos di Autoridad de Desarrollo de Pesca de Malasia
      bayangkan macamana la kalau yg tak budiman tu..sedangkan khir toyo yg budiman pun boleh buat rumah harga 24 juta,pergi disneyland beramai2 guna duit rakyat,beratus2 ekar tanah dibagi kat kroni2..

    • RamBut Uban Kilat · Pengulas Tertinggi · Indiana University
      RMS... bukan pemimpin UMNO... tapi penyangak UMNO yang angkuh esok lusa kena sambar petir 8kali dan dibenam gunung berapi..

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Farid Sharif
      Ntah.. kalau Robin Hood dipanggil penjenayah budiman kerana membantu golongan miskin.. kat mana nak letak budiman Noh dan Khir ni.. hehe

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      RamBut Uban Kilat
      Mmm.. cuba bayangkan keluar headline di Utusan Meroyan.. Noh dan Khir disambar petir.. hehehe

    • Aizadarieff Hadi · Pengulas Tertinggi
      Ini jawa ada sikit totokromo.......

    • Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
      'Mereka pemimpin UMNO tapi bukan pemimpin rakyat Selangor..'
      CUBA AWAK JELASKAN MAKSUD AYAT AWAK TU.... DAN APA PULA PANDANGAN AWAK BILA SAYA KATA 'Mereka pemimpin PR tapi bukan pemimpin rakyat Selangor'....

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Ahmad Albab
      Aikk?? Selamat Hari Raya Mat.. hehe.. meh aku jelaskan.. Mereka pemimpin PR dan juga pemimpin rakyat Selangor kerana rakyat memilih mereka (PR) utk memerintah Negeri Selangor dan seluruh rakyatnya.. hehe

    • Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
      Raja Mohd Shahrim
      SELAMAT HARI RAYA RMS... TAK SALAH JUGA KAN KALAU AKU KATA PEMIMPIN UMNO (BN) DIPILIH OLIH RAKYAT MSIA UNTUK MEMERINTAH NEGERI DAN JUGA NEGARA MSIA...

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Ahmad Albab
      Perfect.. betul Mat.. cuma kita ceta pasal Noh dan Khir.. kalau dlm konteks Malaysia.. kepimpinan UMNO dipersoalkan oleh rakyat yg mahukan kerajaan lebih tulus dan memahami inspirasi rakyat.. disitulah PR memainkan peranan setelah rakyat memberi mandat pada PR di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan.. tahap kepuasan rakyat 90%.. jadi selepas ini PR akan mengambil ailih putrajaya.. hehe

    • Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
      Raja Mohd Shahrim
      PERATUSAN YANG AWAK BERI TU AKU TAK SETUJU....... 4 TAHUN MEMERINTAH BOLIH KE SESEBUAH PARTI DAPAT MEMBERI KEPUASAN KEPADA 90% RAKYAT MEREKA, MENAKJUBKAN....AKU TAK SETUJU KERANA MASIH BANYAK LAGI SUARA2 SUMBANG MEMPERTIKAIKANNYA CARA PEMERINTAHAN NEGERI2 YANG AWAK SEBUT TU... JGNLAH KERANA TERLAMPAU GELOJOH MAHU MENGAMBILALIH PUTRAJAYA SAMPAI MENIDAKKAN PERKARA BAIK YG TELAH UMNO (BN) LAKUKAN SEBELUM INI....

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Ahmad Albab
      Suara sumbang dari pihak yg ditolak oleh rakyat.(UMNO).. Itulah kelemahan UMNO tidak mahu bermuhasabah diri, menganggap rakyat sebagai musuh dan mengkritik habisan kerajaan PR sedangkan undi rakyat adalah keramat.. adakah UMNO memahami apa yg rakyat mahukan tak sama dgn apa yg UMNO mahukan?.. Nak out Mat.. Sign off..

    • Omar Jais · Pengulas Tertinggi · Bekerja di JKR dan RTM
      Tolong ajar Noh Omar mcam mana nak jadi nelayan selepas PRU 13. buka klas khas cara2 nak tebar jala dan pasang jaring.

    • Khor Sui Eng · Pengulas Tertinggi · Penang, Malaysia
      Ahmad Albab
      SABAR...KALAU AWK TAK DE KABEL DGN DIAPE,,,RELEK LAH...KAN DUIT2 RAKYAT YG DIRAMPASKANNYA BUKAN KENTATAAN? FIKIR2 LAH SENDIRI....KALAU TIDAK,,AWK SEUMPAMA PENCACAI2 AMNU BE-END YG LAIN SAJE..OTAK DI BAWAH PUNGGUNG...OTAK PENUH TAIK DAN WANG HARAM...

  • Mohon Ampun Roba · Pengulas Tertinggi · TASKI MUHALAZAH
    BEZA ANTARA KEDUANYA IALAH SEORANG BERJAMBANG DAN SORANG LAGI MATA MCM IKAN TEMBAKOL. PERANGAI SAMA SAJA

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
    Nak Tanya Noh Omar..Selain Jamal Sekinchan Kroni dia tu.. Sape Bini ke 2 dia Yg DIsimpan di Ipoh.. Asal Orang Ipoh.. Dan Bekas Kembar Penyanyi Bintang RTM, Dengaq Cerita Adik Ipar dia Kaya Raya Dari Projek MECD dan Kementerian Pertanian..

    • Ahmad Albab · Pengulas Tertinggi · SDH
      AWAK TAK NAK SURUH ORANG TANYA BINI KE 2 HJ HADI DAN BADRUL KE...

    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Ye Ke? Bini Ke 2 TG Haji Hadi Seorang Doktor.. Dan Tg Haji Hadi Tak Kayakan Anak Beranak ,Sedara Sepapat macam Najib ngan Noh Omar.. kah kah kah .. Tak faham Isu Mamat Albab ni..

    • Razman Rashid
      kite kasi chance kat noh jd gengster dulu..nnt lepas PRU ke 13, kite dah tawan putrajaya, noh kita nk sumbat penjara mane ekk??

      Disinilah Lubuk Buat Duit Untuk Anda.....Anda Tak Pandai Menaja.....Atau Betul Betul Buta IT....Disinilah tempat Anda jana Pasif Income Setiap Bulan...
      http://bisnespower.com/wangmasuk

  • Sy Lam
    Md Nor tu hanya graduan biasa, maklumlah jadi macam gengster. Lehih susah nak rasuah sekarang berbanding dngn zmn Dr Khir Toyo...........

    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      sy lam. aik kata bekas peguam, bukan luarbiasa ke tu? he he

  • Ibnu Jaafar
    ape2pun k22 mrk ni duk dlm kandang yg sama, mereka bukn mnusia tapi..........., ape yg mrk ckap sume ada kpentingan bukan ikhlas nk tolong rakyat, hukum mrk dlm pru13 ni, noh omar mmg lagak smseng xbertempat..kata2 dia lgsung xde yg baik, mcm org xde agama

  • Saaid Ramdzan · Pengulas Tertinggi · Royal Military College, Sg Besi
    Ng Suee Lim, jika kamu mengatakan Khir Toyo itu budiman, rasanya kamu belum cukup mengenali beliau kut!!Klu nak amik kata2 mahathir syaitan dgn malaikat..yg ini mungkin perbandingannya antara syaitan dgn iblis agaknya, kerana tak tau la antara syaitan dgn iblis yg mana lebih kejam.yg mana lebih tamak, yg mana lebih gelojoh.walaubagaimanapun kedua merika tetap manusia ciptaan Allah dan Allah itu maha pengampun, tak perlu jadi MB pun bolih mintak ampun kepada Allah..

  • B.s. Lim · Pengulas Tertinggi
    beza memang ada tapi,'sama shj ' juga ujub dgn kaki dumno mereka ni, semua kaki hentam pintu belakang tabung negara !!!

  • Shahrulzamani Zamani · · Universiti Utara Malaysia
    ALA TANYA NOH OMAR , ABG DIA KAT MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG DGN SAUDARA MARA DIA SENANG2 AJE BOLEH JADI KAYA RAYA DAN MASUK MPS GUNA PENGARUH NOH OMAR , ADIL KE? ANAK SAUDARA SEMUA BOLEH MASUK SEKTOR KERAJAAN TANPA KELULUSAN YANG BAGUS , HANYA KERANA NOH OMAR JADI MENTERI , SENANG2 AJE HIDUP KAYA RAYA YER ....NASIB RAKYAT YANG BERHAK DI NAFIKAN .....INI NAK JADI MENTERI BESAR SELANGOR .....LUPAKAN LAH.....KALAU JADI SAYA ORG PERTAMA AKAN DOA TIAP2 HARI SURUH MATI LAK

  • Ali Tinju · Pengulas Tertinggi
    Lu siapa ? DAP pun sudah berpecah Bro....orang cina sudah tahu pemimpin2 DAP tipu rakyat
    YB. Dato' Seri Noh Omar pemimpin yang berani, kami rakyat selangor suka sama dia Bro....

  • Zulkifli Abd Rahman · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Seri Ampang KL(1977~1981)
    Yang bersalah tetap bersalah, jangan tegakkan benang yang basah.
    Nafsu terdapat pada semua manusia Melayu ke Cina ke semuanya ada, jadi kawallah baik2.

PAS cadang mansuh 4% faedah pinjaman penjawat awam

Anis Nazri, 25 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mencadangkan pemansuhan kadar empat peratus faedah pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat untuk diperjuangkan bersama.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pada sidang media di pejabat parti itu, petang ini.

Beliau berkata pemansuhan kadar bayaran empat peratus itu terbukti memudahkan kakitangan kerajaan, selain mengurangkan bebanan hutang mereka.

"Ia terbukti apabila ia dilaksanakan. Di Kelantan, sudah buat pun.  Di Terengganu juga, ketika kita memerintah, kita sudah laksanakan," jelas beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditemui selepas sidang media tersebut, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pernah melahirkan kebimbangan apabila mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Mereka menjangkakan fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Tiada ulasan: