Selasa, 21 Ogos 2012

PERKARA NI BIASA SERTA LUMRAH...MEREKA TAK BERIMAN...TAK BELAJAR TENTANG ISLAM..DAH AWAL2 MENGANGGAP ISLAM TAK BENAR...TENTU MEREKA MENOLAK...YANG MENGATA BERIMAN@ISLAM PUN ADA YANG MENOLAK...MAKA KERJA KITA BERSABAR DALAM MEMBERI PENJELASAN...JANGAN KHUATIR ORANG2 NI SEBAB MEREKA BUKAN BOLEH TONGKAT LANGIT...MAKHLUK KERDIL AJE...ISLAM TAK KAN TERJEJAS KERANA MEREKA INI

Nik Abduh: 'Jika Karpal tentang, apa beza dengan Tun'
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
21 Ogos 2012
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
KOTA BAHRU- Tindakan DAP yang berterusan menolak pelaksanaan hukuman hudud bukanlah suatu yang di luar jangkaan Pas, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Sebaliknya beliau berkata, hubungan Pas dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat banyak membantu parti itu meyakinkan masyarakat bukan Islam dengan kebenaran dan keadilan hukum Islam.
“Jika secara rasminya mereka masih menolak, tetapi ramai di antara mereka (bukan Islam) yang mula menerima dan tidak menentang perlaksanaannya ke atas masyarakat Islam,” katanya ketika menulis dalam blog http://nikabduh.com.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecaman dari Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berterusan mengkritik tindakan Pas yang mahu  melaksanakan hukum hudud.
Nik Abduh yang juga anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
“Daripada kata-kata buruk terhadap hukum-hukum Islam oleh para pemimpinnya sehinggalah amaran bertulis oleh Tun Dr Mahathir kepada kerajaan negeri Kelantan suatu ketika dulu, semua itu memberi kesan negatif yang menakutkan masyarakat untuk menerima hukum dan syariat Islam secara menyeluruh.
“Justeru hujah-hujah yang dihulurkan kepada Karpal, itulah yang dihulurkan buat Tun Mahathir. Jika Karpal  terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” katanya.
Justeru, katanya, Pas akan terus menyeru kepada pelaksanaan syariat Islam yang menyeluruh dengan memberi keadilan, kesaksamaan dan keharmonian yang diimpikan oleh rakyat seluruh negara.

Malah katanya, sokongan kepada perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam semakin bertambah, malah masyarakat bukan Islam Islam semakin terbuka untuk bertanya dan berbicara mengenai Islam dan kesaksamaan.

Ketua Pemuda Pas: 'Karpal makin keterlaluan'
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi
SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi mendakwa Karpal Singh "semakin keterlaluan" kerana cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Katanya, pendekatan Pengerusi DAP Kebangsaan itu "bakal berdepan dengan kemarahan umat Islam."
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.
Isu hudud menjadi tumpuan perbincangan politik sejak Pas mengambil langkah pelaksanaan undang-undang Islam itu hampir dua dekad lalu.
Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok berkenaan.
Nasharudin menyahut cabaran itu sambil berkata bersedia untuk jumpa Karpal di mahkamah.
DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Dewan Pemuda Pas Malaysia juga kesal MCA tentang dan pertikai hukum hudud, Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Utk semua: Tolong jangan pertikai hukum ALLAH," katanya lagi.
Soal hukum hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga yang dipegang oleh ketiga-tiga komponen PR.

Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Harakahdaily, 21 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam.
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

“Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

“Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya.

Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut.

Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya.

Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam.

Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam.

Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum.

Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara.

“Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?” soal Riduan.

Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud.

“Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru.

Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini.

“Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN,” tegasnya.
PRU13: Anwar sah pertahan Permatang Pauh

20 Ogos 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
BUTTERWORTH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Beliau yang juga Ketua Umum PRR membuat pengesahan tersebut ketika ditanya mengenai calon PKR yang akan dikemukakan oleh parti itu pada pilihan
raya umum nanti.
"Tiada sebarang pengesahan siapa akan bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undang Negeri (Dun) mana, kecuali saya yang sah akan bertanding di
Permatang Pauh," katanya dipetik Bernama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, di Pusat
Khidmat PKR Guar Perahu di sini hari ini.
Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkang kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding pada
pilihan raya kecil untuk kerusi tersebut.
Pada pilihan raya kecil itu, Anwar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Arif Shah Omar Shah daripada Umno dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) dengan majoriti 15,671 undi.
Dalam pada itu, Mansor berkata PKR Pulau Pinang akan mengemukakan 30 peratus muka baharu sebagai calon pada PRU13.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan dan identiti calon terbabit, sambil menyifatkan mereka dipilih berdasarkan sifat tanggungjawab untuk berjuang dan berkhidmat demi masyarakat.
Mansor juga enggan mengulas sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dun Penanti dan bertanding kerusi Parlimen Nibong Tebal.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.
Hilmi: Pas hanya pandai cakap soal perjuangan politik

20 Ogos 2012
BALIK PULAU - Pemimpin Pas hanya pandai bercakap soal perjuangan parti tetapi tidak memahaminya, kata Ketua Penerangan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
 
Beliau berkata pemimpin Pas juga terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup lari daripada perjuangan asal menegakkan negara Islam demi menjaga hubungan dengan sekutunya, terutama DAP.
 
"Sepatutnya mereka boleh membezakan sesuatu isu sama ada bersifat politik atau agama. Saya pun hairan kerana selama ini perjuangan Pas mahu membentuk negara Islam, tetapi tiba-tiba disebabkan pengaruh DAP, nak pinggirkan agama pula," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau semalam.
 
Jumaat lepas, sekumpulan anggota akar umbi Pas Pulau Pinang menyatakan sokongan padu terhadap pendirian bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, yang sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahan kesucian Islam.
 
Mereka turut melahirkan kekecewaan dengan sikap pemimpin tertinggi Pas yang membisu dalam soal penentangan keras DAP terhadap pelaksanaan hukum hudud.- Bernama
Lelaki mati diserang selepas kunjungan raya ke rumah kawan

20 Ogos 2012
PETALING JAYA - Kunjungan bagi menyambut Hari Raya di rumah rakan berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki mati selepas diserang beberapa lelaki di Taman Desa Coalfields, Sungai Buloh di sini, malam tadi.
M. Siva, 22, yang menaiki motosikal bersama seorang rakan dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta menyebabkan mereka terjatuh.
"Beberapa lelaki dikatakan turun dari kereta dan menyerang mangsa menggunakan senjata tajam. Rakan mangsa sempat melarikan diri," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang menyedari kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Sungai Buloh, bagaimanapun mangsa mati sejurus tiba di hospital.
"Kejadian pada pukul 8.30 malam itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan iaitu beberapa kesan luka tetakan akibat senjata tajam pada badan dan kepala," katanya.

Mohd Adnan berkata punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, ibu mangsa M. Batumani, 55, berkata anaknya itu memaklumkan bahawa dia ingin berkunjung ke rumah rakannya untuk berhari raya.
"Dia keluar rumah pukul 7.50 malam dan dia juga sempat memberitahu saya dia akan pulang keesokan harinya selepas dia bersama rakan-rakannya pulang dari Genting Highlands," katanya sambil memberitahu bahawa Siva adalah anak ketiga dari 11 beradik. - Bernama
Detik cemas bagi ibu dan bayi apabila kereta dilarikan
Wartawan Sinar Harian
20 Ogos 2012
KEPALA BATAS -  Seorang ibu dan bayi lelaki berusia lima bulan ketakutan di malam raya apabila keretanya dilarikan oleh seorang pemuda berdekatan Kompleks Dato Kailan di sini, kelmarin.
  
Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa Nurul Izzah Khalid, 26, berkata, suaminya Musyrif Abu Bakar, 29, menghentikan kereta di simpang jalan berdekatan
kompleks berkenaan untuk membeli ubat untuk anaknya di farmasi.
  
"Kejadian itu berlaku dengan pantas. Suami saya keluar dari kereta dan belum sempat saya nak menekan punat kunci pintu itu, seorang lelaki naik dan tekan
minyak," katanya ketika menceritakan saat-saat cemas ketika kejadian itu.
  
Nurul Izzah berkata, pemuda berusia dalam lingkungan 20-an itu naik marah apabila dia mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi suaminya, serta
mengugut untuk membunuh dia dan bayinya jika tidak memberi telefon itu kepadanya.
  
"Selama 10 minit berada dalam kereta itu, saya kata ambil sahaja kereta ini dan merayu supaya tidak mencederakan saya dan bayi. Dia terus berhenti dan menolak saya keluar, kira-kira 500m dari tempat kejadian" katanya di sini, semalam.
  
Beliau, yang bekerja sebagai pembantu pegawai teknik di Telekom Malaysia (TM) Seberang Perai, berkata anaknya Muhammad Qayyum selamat kerana berada dalam dakapannya ketika ditolak keluar dan pemuda itu melarikan keretanya jenis Proton Persona dengan nombor pendaftaran PKB 8386.
  
Katanya, wang tunai sebanyak RM200 dan semua barang keperluan untuk menyambut Aidilfitri yang disimpan dalam kereta itu turut dilarikan.
  
Nurul Izzah, yang juga adik kepada Ketua Biro Bernama Perak, Muna Khalid, tidak menyangka kejadian sebegini berlaku ketika orang ramai sedang sibuk dengan persiapan raya.
  
Katanya, sejurus selepas kejadian itu, suaminya membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas. - Bernama

Tiada ulasan: