Kartun Zunar '1 Funny Malaysia' di animasi
Harakahdaily, | 09 Ogs 2012 |
Animasi pertama ini dibuat berdasarkan karya beliau bertajuk '1 Funny Malaysia'.
"Saya dengan ini mengumumkan sebuah penerbitan clip pendek kartun animasi karya saya bertajuk '1 Funny Malaysia.'
"Klip ini sepanjang 5 minit ini adalah kartun animasi politik pertama seumpamanya di Malaysia," kata Zunar dalam kenyataannya.
Zunar adalah pemenang anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" yang dianugerah oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Sedunia, Washington DC.
Menurut Zunar, karya ini dihasilkan sebegai memenuhi permintaan ramai selain mengangkat karya beliau ke dimensi lain sesuai dengan kemajuan teknologi.
1 Funny Malaysia adalah satu cerita kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model, ANTU TUYA yang bangkit dari kubur bersama anaknya yang masih kecil.
Dia kemudian terbang menuju ke sebuah pusat pentadbiran kerajaan - PUTARJAYA.
Beliau menuju di pejabat DATO NAZAK yang sedang mengira duit. Sesampai di sana, Alantuya meminta Dato Nazak supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau.
Terkejut, Dato Nazak segera lari terjun tingkap ke atas seekor lembu berkepala manusia yang mamakai tudung.
Lembu tersebut kemudian meneyelamatkan Dato Nazak dengan membawa beliau lari kelaut.
Di laut, Dato Nazak menaiki kapal selam tetapi di tebing menunggu pula mahkamah Peranchis.
Apa kesudahannya? Ikuti video animasi 1 Funny Malaysia melalui link ini http://zunarcartoonist.com/
"Dengan siapnya clip ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis/artis/animator/editor yang menjayakan produksi ini walau dengan bajet yang sangat rendah.
"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandang produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui laman web saya 'zunarcartoonist.com'," kata Zunar dalam kenyataannya.
Tema Pakatan pupuk penyatuan rakyat - Pak Samad
Salmiyah Harun, | 09 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemilihan Slogan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat sebagai tema Hari Merdeka yang ke-55 terlebih dahulu diperhalusi dan dinilai dengan membandingkan slogan yang pernah digunakan kerajaan Persekutuan sejak tahun 1970 hingga 2011.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Merdeka ke-55 Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendapati slogan yang digunakan kerajaan tahun demi tahun semenjak 1970 sering mengulangi perkataan seperti masyarakat, bersatu dan rakyat dalam tema Hari Kemerdekaan.
Malah katanya, apabila tiba waktu tertentu pula kerajaan menggunakan perkataan 'wawasan' dalam tempoh empat tahun bermula tahun 1991 dengan tema 'Wawasan 2020' diikuti 'Wawasan Asas Kemajuan', 'Bersatu Menuju Wawasan', 'Nilai Murni Jayakan Wawasan' dan tahun 1995 dengan tema 'Jatidiri Pengerak Wawasan'.
"Jadi dengan menghalusi itu kita dapat mewujudkan yang lebih bagus lalu kita membincangkan slogan-slogan yang dihantar, akhirnya kita bersetuju sebuah slogan yang tidak sempurna iaitu 'senegara, sebangsa, sehati, sejiwa'," katanya dalam sidang media.
Hampir 250 cadangan slogan yang diterima oleh jawatankuasa tersebut yang turut dianggotai oleh bekas menteri kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Gerakan, Dr Toh Kin Woon dan Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah.
Bagaimanapun slogan yang diilhamkan oleh Alhaimi Adam, A. Samad berkata slogan itu ada sedikit perubahan di mana perkataan 'sehati' digugurkan.
"Kita bincangkan perkara ini, kita fikir sebelum wujudnya negara mesti ada bangsa dahulu sesudah bangsa baru ada negara , sesudah ada bangsa dan negara wujud sejiwa.
"Bunyinya sedikit abstrak tapi kami kira 'sejiwa' itu amat penting dan kami tolak sehati oleh kerana 'hati' ini ia boleh busuk, jiwa ia tidak boleh busuk," katanya.
Beliau percaya setiap kelompok manusia rindu akan kesatuan demi kedamaian dan kesejahteraan hidup.
"Sejak merdeka kita dapati 14 negeri disatukan dan orangnya dipanggil rakyat Malaysia. Mereka ini menjadi kelompok bangsa yang membentuk sebuah bangsa Malaysia yang baru akhirnya wujud sebuah negara," katanya.
Selama lima dekad lebih beliau mendapati rakyat Malaysia lambat untuk benar-benar bersatu malah ada yang tergamak untuk memecahbelahkan sehingga menggunakan alasan perkauman.
Sebab inilah, katanya ia melambatkan untuk membentuk sebuah negara dan matlamat ini tidak akan dicapai kalau rakyat itu tidak bersatu padu atau tidak sejiwa.
"Dan maka atas alasan-alasan itulah kami memilih slogan yang dihantar oleh Alhaimi Adam dengan mengubah dan menyusun semula, di mana bangsa diubah menjadi sebangsa memberi maksud tersirat harus bersatu. Bangsa harus hidup bercita-cita dan hidup damai jadi ia harus sejiwa," katanya.
26 NGO anjur 'Janji Bersih' sambut Merdeka
Anis Naziri, | 09 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan 26 NGO akan menganjurkan program 'Janji Bersih' bagi menghitung detik kemerdekaan negara, 30 Ogos ini, di Dataran Merdeka.
Program yang bermula jam 10 malam itu diadakan bersebelahan pancutan air di Dataran Merdeka, dan dimulakan dengan deklamasi puisi daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.
"Untuk meraikn kemerdekaan ini, kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka.
"Kita telah banyak mendengar 'janji-janji' untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan kemerdekaan negara ke - 55 tahun," kata A. Samad Said pada satu sidang media, di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, hari ini.
Beliau juga menyeru semua pihak yang hadir pada malam itu berpakaian warna kuning - warna rasmi Bersih 2.0, selain turut mengadakan perhimpunan pada masa dan malam yang sama di lokasi masing-masing.
Selain menolak untuk mengemukakan permit bagi tujuan himpunan itu, 'Janji Bersih' juga bukan merupkan satu himpunan demonstrasi, sebaliknya satu himpunan biasa untuk 'countdown' hari merdeka.
Pengerusi Empower, Maria Chin Abdullah, berkata pihaknya tidak melihat adanya keperluan untuk memohon permit polis bagi tujuan 'countdown' hari merdeka kerana ia satu program biasa di negara ini.
"Kita juga bukan cuba untuk 'hijack' program kerajaan, kami hanya cuba untuk mengambil kembali hak rakyat untuk menymbut kemerdekaan," tegas beliau lagi.
Ketika ditanya sekiranya terdapat 'larangan' dari pihak berkuasa untuk badan itu mengadakan 'countdown' tersebut, badan itu berkata phaknya tidak mahu memikirkan perkara tersebut kerana Dataran merdeka merupakan lokasi awal pengisytiharan kemerdekaan negara.
Borak bersama Anwar di Google Hangout 17 Ogos
Harakahdaily, | 09 Ogs 2012 |
Dalam sesi itu, rakyat Malaysia boleh berinteraksi secara langsung dengan Anwar untuk bertanya apa sahaja yang ingin diketahui dari beliau.
Dalam satu kenyataan hari ini Anwar berkata, beliau sangat teruja untuk tampil dan bertemu rakyat di internet yang disifatkan sebagai medan pencetus kebebasan bersuara, untuk memberitahu apa yang penting untuk rakyat.
"Anda ada soalan boleh bertanya terus. Pasukan saya dan pekerja sukarelawan akan bekerja keras untuk melayan setiap soalan dan pertanyaan mendahului sehingga acara ini dan termasuk sebahagian daripada mereka yang bertanya soalan untuk sesi LIVE.
"Saya berasa bangga bahawa saya pemimpin politik tempatan pertama menggunakan Google Hangout. Anda boleh memantau perkembangan tersebut di laman peminat Facebook saya (https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan)," katanya.
Selain Facebook, rakyat juga boleh menyertai sesi ini ini di Twitter, dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar.
Sesei tersebut akan berlangsung sejam termasuk mereka yang dijemput untuk menyertai sebagai panelis video secara langsung.
"Jadi gunakan peluang ini dengan menanyakan soalan kepada saya, sebaik-baiknya soalan video di YouTube, dan hashtag #BorakAnwar dan berkongsi pautan pada laman peminat Facebook saya atau Google Plus saya," katanya sambil mengharapkan ianya menjadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia.
Krisis Syria: Pertempuran makin sengit di Aleppo
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 09 Ogs 2012 |
(Asap tebal di kawasan Salaheddine ekoran serangan tentera Syria)
SYRIA: “Pihak tentera sedang mara dari barat ke timur untuk membahagi dua kawasan Salaheddine secara horizontal,” ujar seorang pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan Rabu lalu, merujuk kepada kubu utama pihak pemberontak di kota Aleppo.
Wassel Ayub, komander Tentera Pembebasan Syria, berkata: "Pihak rejim mara ke jalan Al-Malaab dengan kereta kebal dan kenderaan bersenjata, dan sekarang ini pertempuran sengit sedang berlaku di sana."
Koresponden Al Jazeera Ahmed Zaidan, yang melaporkan dari Aleppo, berkata "Banyak manusia yang terkorban dan cedera dalam pertempuran sengit berdekatan Salaheddine di mana kereta kebal canggih buatan Russia telah digunakan oleh pihak kerajaan".
Zaidan berkata kuasa mengambil alih kawasan Salaheddine, dan Aleppo adalah "amat penting untuk kedua-dua pihak sama ada rejim atau pemberontak."
"Aleppo adalah kota kedua terbesar dan hub kewangan untuk Syria. Kita tidak patut lupa bahawa hampir 60 hingga 70 peratus dari ekonomi Syria terhenti kerana situasi yang melanda Aleppo sekarang,” tambah beliau.
"Pertempuran Aleppo akan menentukan masa depan Syria dan masa depan rejim."
Pertempuran turut dilaporkan mengambil tempat di kawasan Hanano, Tareeq al-Bab dan Sha’ar dalam kota yang dikepung tentera itu, lapor Badan Pemerhati Hak Manusia (Syrian Observatory for Human Rights) yang berpusat di UK.
Badan pemerhati itu melaporkan pertempuran yang berlaku di jalan-jalan di Salaheddine dan di kawasan sekitarnya adalah yang paling sengit dapat disaksikan dalam 17 bulan pergolakan yang berlaku di utara kota itu.
Badan Pemerhati Hak Manusia berkata kawasan sekitar Maysaloun, Sakhour dan Tal Rifaat sedang dibedil oleh tentera Assad.
Asakan tentera Syria itu bagaimanapun gagal membuatkan pihak pemberontak meninggalkan Salaheddine, lapor koresponden Al Jazeera, dan pada masa yang sama Tentera Pembebasan Syria telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan menghancurkan 5 kereta kebal di Aleppo.
Pihak tentera yang sedang menambahkan bilangan askar dan kelengkapan di Aleppo dan kawasan sekitarnya sejak sebulan lalu, sedang bergerak dari Barat ke Timur, bermula dari Hamdaniyeh, sebuah daerah bersebelahan Salaheddine, ujar Wassal Ayub dari Tentera Pembebasan Syria.
Wartawan Al Jazeera Rula Amin, melaporkan dari Beirut, berkata, "Aleppo bukan hanya simbolik, malah ia adalah tempat berpusatnya Tentera Pembebasan Syria, dan untuk dunia ia adalah simbol kejayaan besar Tentera Pembebasan Syria yang berjaya mengambil alih kota ini."
"Tentera Pembebasan Syria membawa bantuan tambahan dari luar Aleppo seperti dari Idlib Homs kerana bagi mereka ini adalah pertempuran yang penting. Salaheddine adalah penting untuk kerajaan, ia telah menjadi tiang utama yang mendokong Presiden Assad untuk 16 bulan yang lalu,” lapor Rula.
Dalam perkembangan lain, pegawai kerajaan Jordan telah mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Syria, Riad Hijab telah tiba di Jordan Rabu lalu – dua hari selepas mengumumkan penglibatannya dengan kumpulan pembangkang – setelah bersembunyi di kawasan selatan Syria.
Tembak air berasid tiada dalam SOP polis
Hazayani Zakaria, | 09 Ogs 2012 |
Pegawai FRU, ACP Alekzandra Dawam berkata, beliau membuat keputusan untuk menembak air mengandungi asid selepas tembakan air kosong tidak dapat menyuraikan peserta.
"Selepas beri amaran bersurai, dan peserta tidak bersurai, kita sembur dengan air kosong sekali. Bila peserta tidak berundur, saya beri arahan sembur air berisi asid.
"Amaran tidak diberikan sebelum menyembur air berisi asid dan ia tiada dalam SOP," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.
Tambah beliau, selain air berasid, sebanyak 112 gas pemedih mata juga dilepaskan di Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman.
Menurut Alekzandra lagi, amaran baru juga tidak dikeluarkan sebelum FRU masuk ke Jalan Tun Perak.
"Amaran baru tidak dikeluarkan kerana saya menganggap tindakan peserta itu berterusan, undur dan mara. Jadi saya ambil keputusan berdasarkan penilaian sendiri," katanya lagi.
Ditanya mengenai keperluan penggunaan air kimia sewaktu perhimpunan, Alekzandra berkata, ia bertujuan menimbulkan rasa penik di kalangan peserta.
"Bila kita sembur air asid, peserta akan panik dan itu dari segi psikologinya. Dalam latihan polis pun kita pun rasa panik bila air dan gas pemedih mata ditembak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.
Salafi tidak masuk kabinet Morsi
The National terjemahan Mohamad Yahya, | 09 Ogs 2012 |
Ketiadaan puak Salafi dalam Kabinet adalah begitu menonjol sekali, terutamanya selepas kejayaan Salafi dalam pilihanraya parlimen tahun ini, bila satu dari parti politik utamanya, Al Nour, menang seperempat dari kerusi Dewan Rakyat.
Ini menjadikan puak Salafi, beserta rakan mereka dari parti naungan Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party), sebagai sebuah blok paling berkuasa di dalam jangka hayat pendek badan perundangan Mesir.
Namun dalam pemilihan menteri kabinet, Morsi memilih teknorat dan bukannya penyokong ideologi, menolak puak Salafi dan menjadikan mereka sebagai politikus yang terpinggir sekurang-kurangnya buat masa sekarang.
Namun apabila Morsi meninjau kembali lanskap politik Mesir, ternyata Sheikh Shaaban Darwish masih tersenyum lebar.
Seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al Nour berkata, sikap dingin Morsi itu bagaimanapun menyediakan peluang untuk puak Salafi memulakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya parlimen akan datang yang dijadualkan hujung tahun ini.
“Sudah tentu kami berasa tidak gembira dengan perkembangan ini dan dengan keputusan Morsi,” kata Sheikh Darwish, yang mana turut popular sebagai seorang imam di Saft El Laban - kawasan sekitar Giza.
“Namun kami patut meredakan kemarahan kami buat masa sekarang. Kami tidak akan berkonfrontasi kerana kalau tidak banyak pihak akan berkata bahawa pejuang Islam bergaduh sesama sendiri.”
Dengan penuh keyakinan, Sheikh Darwish menerangkan bahawa baginya dan para Salafi yang lain, tiada perkara seumpama kekalahan, yang ada hanyalah rintangan buat sementara waktu.
Dia menegaskan bahawa ini adalah “pilihan” mereka untuk tidak mencabar keputusan Morsi. Mereka lebih fokus kepada perkara yang lebih besar.
“Sudah tentu kami mahukan kuasa. Kami telah membentuk parti politik,” ujar beliau. ”Saya boleh berjanji kepada anda, Salafi akan lebih mara ke hadapan.”
Sikap optimistik Sheikh Darwish dan para Salafi yang lain berhadapan dengan keputusan Morsi adalah amat mudah, kerana ia disokong oleh sikap pragmatik yang tinggi.
Mereka sedar bahawa Presiden baru itu tidak perlu dibebankan dengan banyak bagasi politik kerana pentadbirannya memperjuangkan apa yang dilihat oleh Salafi dan Ikhwan Muslimin sebagai prioriti paling utama: mengembalikan kuasa Presiden dan memujuk pihak tentera supaya berundur dari kancah politik.
Tugas pemerintahan menjadi lebih berat sebelum Morsi diisytiharkan menang kerusi Presiden, apabila Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) memberikan kuasa veto untuk menggubal undang-undang kepada dirinya sendiri, dan mengurangkan kuasa pihak eksekutif.
Penganalisis berpendapat bahawa pemilihan kabinet Morsi terdiri dari muka-muka baru – ramai dari mereka yang dinaikkan pangkat dalam sistem birokrasi Mesir, - bertujuan untuk mengelakkan pertikaian yang boleh menjejaskan usaha memusnahkan apa yang dipanggil pejuang Islam sebagai kuasa pihak tentera yang melampau.
Satu kerusi kabinet, Menteri Hal-Ehwal Agama, dilaporkan akan diberi kepada puak Salafi, tetapi telah ditarik balik kerana protes dari Al-Azhar, insititusi pengajian Islam berusia 1,000 tahun yang dianggap sebagai kuasa golongan sederhana dalam debat berkenaan agama dan demokrasi.
Ramadhan: Kedah rai 7,000 guru Al-Quran, bidan
Azamin Amin, | 09 Ogs 2012 |
(MB Kedah menyampaikan sumbangan kepada sebahagian 1,206 guru Al-Quran dan bidan kampung Daerah Baling di Masjid Kampung Makbud, Charok Bemban, Kupang, Baling.)
ALOR SETAR: Sepanjang Ramadhan ini, Menteri Kedah Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak memberikan tumpuan kepada guru Al Quran dan bidan kampung untuk diraikan.
Beliau telah menjelajah ke seluruh negeri bagi memberikan sumbangan sambil bertemu muka dengan mereka.
Lebih 7,000 guru Al Quran dan Bidan kampung di seluruh Kedah diraikan sepanjang Ramadhan ini bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka kepada masyarakat.
Majlis sumbangan dibuat pada setiap waktu berbuka puasa di pelbagai lokasi berbeza.
Selain beliau, anggota Parlimen dan Exco kerajaan negeri juga terlibat meraikan golongan ini sepanjang Ramadhan ini.
Di samping sumbangan kewangan, beliau juga menyumbang ilmunya kepada mereka dengan memberikan tazkirah.
Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini di seluruh Kedah.
(Kelihatan Ustaz Azizan, sedang menyampaikan sumbangan kepada sebahagian mereka di Daerah Pokok Sena.)
(Menteri Kedah, Ustaz Azizan Razak sedang menyampaikan kuliah pagi Sabtu, sempena Ramadan Al-Mubarak di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.)
(Kelihatan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, sedang menyampaikan sumbangan kepada sebahagian mereka di Daerah Pokok Sena.)
Tema Merdeka: Selangor setuju, Pulau Pinang akur
Salmiyah Harun, | 09 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR:
Kerajaan Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari
Merdeka Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagaimana
diputuskan oleh Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berpandangan walaupun tema ini ringkas tetapi ianya mempunyai makna yang mendalam dan mampu menyeru seluruh rakyat Selangor - tanpa mengira bangsa, agama dan pendirian politik - untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan.
"Apa yang penting, Kerajaan Negeri Selangor berharap rakyatnya mempunyai jiwa yang merdeka serta bertanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.
"Kami berharap tema ini akan memeriahkan lagi perayaan kemerdekaan peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan pada ambang Merdeka pada malam 30 Ogos 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam," demikian menurut Khalid dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebooknya.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga akur dengan keputusan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat untuk menggunakan satu tema pada hari Kemerdekaan yang ke-55 nanti.
Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, pendirian ini membuktikan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat dan bukannya ketidaksefahaman sepertimana tohmahan pihak-pihak tertentu.
Katanya, Pulau Pinang, seperti juga negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain sentiasa mendokong semangat kesetiakawan dan menghormati persetujuan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Keputusan awal untuk menggunakan tema merdeka yang berlainan adalah kerana Pulau Pinang telah pun memilih tema terlebih awal, sepertimana juga negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain," katanya dalam kenyataan yang dimuatkan dalam laman facebooknya.
Justeru itu, katanya, pendirian ini membuktikan sekali lagi sikap keterbukaan Pakatan Rakyat walaupun berbeza pendapat tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu memperkasakan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat.
Sebelum ini, tiga negeri Pakatan Rakyat memutuskan untuk menggunakan tema sendiri, iaitu Kelantan dengan temanya 'Menerajui Perubahan', Kedah pula 'Terus Berbakti' dan Pulau Pinang ‘Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat’ sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih, ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat.
Pakatan Rakyat memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan ‘Janji Ditepati’.
KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan berita muka hadapan
Utusan Malaysia semalam yang bertajuk “Haram sokong DAP” sebagai
perbuatan terdesak Umno untuk membangkitkan kebencian orang Melayu
terhadap DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, laporan berita Utusan tersebut sebagai “lolongan keterlaluan”, dan mencerminkan Utusan sebagai akhbar anti-nasional dan anti-Malaysia.
“Adakah Utusan Malaysia cuba untuk menghasut dan mengapi-apikan konflik agama di Malaysia?” soal beliau.
Katanya, isunya bukan siapa yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi ia melibatkan tanggungjawab dan etika sebuah akhbar yang dimiliki pemerintah boleh menerbitkan fitnah sedemikian rupa.
“Laporan Utusan hari ini jelas membuktikan dasar 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri Najib Razak demi membina kesatuan Malaysia yang meletakkan keutamaan pertama sebagai rakyat Malaysia sudah hancur luluh.
“Ia bukan sahaja bertentangan dengan dasar 1Malaysia Perdana Menteri Najib Razak sejak tiga tahun lalu tetapi bertentangan dengan intipati pembinaan negara Malaysia dalam tempoh lima dekad,” ujarnya.
Ahli Parlimen Ipoh Timor itu turut berkata, isu yang dimainkan ini seolah-olah sebuah konspirasi bagi membuktikan ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jun lalu yang menyatakan bahwa pilihanraya umum akan datang ini dipenuhi dengan sentimen perkauman.
“Atau Najib mengakui bahawa beliau telah gagal sepenuhnya mengawal Utusan Malaysia yang mana akhbar tersebut sekarang dikawal oleh panglima perang Umno yang tidak lagi terikat dengannya dan dasar kebangsaan yang ditaja Umno-BN.
“Mungkin itulah sebabnya 10,000 cybertroopers UMNO-BN dilancarkan untuk memutarbelit dan menyebarkan pembohongan termasuk membabitkan isu filem “Tanda Putera” yang ditaja kerajaan BN berkisar kejadian 13 Mei 1969 yang dipenuhi dengan fitnah,” katanya.
Menurt beliau lagi, rakyat kini menunggu, adakah Najib yang mewar-warkan “penyatuan golongan moderat dunia” di forum antarabangsa akan mengambil tindakan terhadap Utusan.
“Utusan telah menunjukkan contoh ekstremis, tidak bertanggungjawab, menghasut dan tidak beretika yang boleh mengapikan ketegangan antara kaum dan agama dan melemahkan perpaduan nasional,” jelas beliau.

'Fatwa' Utusan: Hancurnya impian 1Malaysia Najib
Roketkini, | 09 Ogs 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan