Pegawai perlu sokong dasar kerajaan yang ada
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, | 26 Ogs 2012 |
(TMB Kelantan memberikan ucapan perasmian)
KOTA BHARU: Kakitangan awam diingat menyokong dasar kerajaan negeri yang ada sekarang khususnya berhubung Dasar Membangun Bersama Islam yang diwujudkan sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990.
Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, berkata adalah menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan negeri berbuat demikian bersesuaian tanggungjawab yang dipikul di bawah pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Kursus Motivasi dan Integriti pada penolong pegawai tanah dan pelukis plan negeri Kelantan.
Majlis berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob.
Lebih 100 orang kakitangan pejabat tanah seluruh jajahan hadir pada majlis yang julungkali diadakan itu.
“Kerajaan negeri ada dasarnya, dasar Membangun Bersama Islam, Dasar Pelancongan Dasar Wanita dan berbagai lagi yang perlu disokong bersama,”ujarnya.
Sebagai pegawai kerajaan, mereka perlu menyokong dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang ada.
Pada masa yang sama beliau berkata kakitangan kerajaan negeri perlu mengikut lima kategori kerjaya, antaranya jauhi dasar pilih kasih dalam kerja, amanah, selain mematuhi dasar kerajaan negeri.
Tegasnya, elak kepentingan diri disamping bertekad untuk mencapai cita-cita kerajaan.
Sementara itu, Ahmad ketika merasmikan majlis itu berharap kakitangan awam khususnya yang bertugas di pejabat tanah membantu kerajaan negeri menyelesaikan masaalah pencerobohan tanah kerajaan.
Menurutnya, pencerobohan tanah kerajaan negeri masih tidak selesai hingga ke hari ini dan sukar dikawal.
“Tentunya memerlukan pengorbanan kakitangan untuk menyelesaikan tanah kerajaan termasuk tanah rezab di kawasan bandar.
“Kita memang mudah terdedah dengan pelbagai kesempatan untuk memenuhi kepentingan diri, kita mudah diheret untuk bersekongkol dengan pihak penceroboh,”ujarnya.
Bagaimanapun, tambahnya dengan keimanan yang tinggi disamping integriti kerja ianya dapat diatasi dengan baik.
Sambungnya, budaya kerja ubudiah, masuliah dan itqan perlu ditekankan untuk megelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam menjaga amanah rakyat dan harta kerajaan
Assange: UK tarik balik ancam serbu kedutaan Ecuador
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Ogs 2012 |
Rafael Correa berkata demikian semasa sidang mingguan media Sabtu lalu.
(Assange bercakap kepada media di kedutaan Ecuador)
"Kami menganggap kejadian yang mendukacitakan ini telah berakhir, selepas kesilapan diplomatik yang teruk daripada kerajaan British yang mahu menyerbu masuk kedutaan kami," kata Correa.
Dalam satu kenyataan, kerajaan Ecuador berkata mereka telah menerima "satu mesej dari Pejabat Luar Negara British yang mengatakan bahawa tidak ada ancaman untuk menyerbu masuk kedutaan Ecuador".
Ecuador berang selepas kerajaan British memberi amaran bahawa mereka mungkin akan cuba untuk menahan Assange, yang telah berkurung di dalam bangunan kedutaan itu lebih daripada dua bulan kerana cuba untuk mengelakkan dari diserah balik ke Sweden, di mana beliau dikehendaki untuk disoal siasat atas tuduhan rogol dan serangan seksual.
Ecuador, yang telah memberi suaka politik kepada Assange, sebelum ini menuntut bahawa ancaman daripada Britain itu ditarik balik.
Langkah terbaru itu sepatutnya mampu memperbaiki hubungan antara Quito dan London dan membenarkan lebih banyak perbincangan mengenai nasib Assange dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, buat masa ini, Assange masih terperangkap di kedutaan Ecuador dengan pihak polis British menunggu di luarnya.
Britain berkata mereka tekad untuk memenuhi tuntutan undang-undang untuk menghantar Asange ke Sweden.
Ancaman Britain dikritik
Pertubuhan negara-negara Amerika (Organisation of American States), sebuah kumpulan yang berpusat di Washington, sebelum ini telah mengutuk ancaman UK, dan Menteri Luar Amerika Selatan menyokong penuh pandangan Correa bahawa amaran dari UK itu tidak masuk akal.
Correa berkata beliau berkongsi kebimbangan Assange bahawa jika Asange diserahkan ke Sweden, maka Asange boleh diserahkan ke Amerika Syarikat untuk menghadapi tuduhan ke atas penerbitan Wikileaks tahun 2010 berkenaan rahsia diplomatik AS.
Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan Amerika Syarikat dan Eropah mengatakan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan sebarang tuduhan jenayah terhadap pengasas Wikileaks itu dan tidak melancarkan sebarang cubaan untuk membuatkan beliau diserah balik ke AS.
Kerajaan Ecuador berkata mereka tidak pernah berniat untuk menghalang Assange daripada dibawa ke mahkamah di Sweden.
Ecuador berkata jika Asange menerima jaminan bertulis daripada Britain dan Sweden bahawa Asange tidak akan diserah ke mana-mana negara ketiga maka Assange akan menyerah diri kepada pihak berkuasa Sweden.
Hudud: PAS memaknakan ‘muwajahah silmiyah’
Dr Dzulkefly Ahmad, | 26 Ogs 2012 |
Hudud yang terkekang dengan Akta Mahkamah Syariah, 1965, Parlimen mesti meminda dan memansuhkan peruntukan Akta ini sehingga ‘Uqubah-Hukuman’ dalam jenayah Hudud dan Qisas tidak dibataskan dengan formula ’3-5-6′. Pindaan Perlembagaan (Constitutional Amendments) memerlukan 2/3 majoriti. Ada pun meminda atau memansuhkan akta-akta dan peruntukannya hanya memerlukan majoriti mudah (simple majority).
Persoalannya bagaimana untuk memenangi hati-budi dan keyakinan ahli parlimen – sama ada Islam atau bukan-Islam atau PAS-PR atau pun Umno-BN?
Tentunya dengan mereka difahamkan dan diyakinkan dengan pengetahuan-ilmu bersabit Kelebihan Undang-Undang Jenayah Islam. Lalu, amat munasabah proposisi dan gesaan bahawa “Kefahaman” dan “Pengetahuan” rakyat merupakan antara syarat (syurut musybaqah) terpenting untuk benar-benar secara komited menyaksikan perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 akhirnya ditaqnin(legislate-undang-undangkan) dan ditadbiqkan (dilaksanakan).
Maka pastinya amat munasabah mengesyorkan kefahaman, pendidikan dan pengetahuan tentang Hudud yang dipolemikkan begini rupa dan ada pulak yang sengaja menghurukan pemikiran rakyat dengan isu ini, memerlukan satu pendekatan yang menggemblengkan seluruh tenaga ummat – kepimpinan parti politik, NGOs, para ulama, ilmuan akademik dan sebagainya.
Yang penting mesti wujud iktiqad dan azam untuk sama mendukungi dan memenangkan titah dan taklif Allah SWT ini. Inilah cabaran “Islamists” yang mengambil pentas ‘Demokrasi’ sebagai pendekatan ‘Muwajah Silmiyah’ (Pertarungan Secara Aman-Sejahtera- Demokrasi) dalam proses Islah dan Tajdid.
Tak ramai yang faham dan tuntutan laras bahasa dan pertarungan melalui demokrasi ini. Presiden menyerlahkan penghayatan dan komitmen yang sangat JELAS dan BERANI dalam kenyataan ini. Inilah komitmen semua Gerakan Islam mutakhir ini – sama ada Al-Ikhwan Al-Muslimun di Timur Tengah – Mesir, Tunisia dan Morocco atau PKS di Indonesia dan sebagainya.
Dunia sedang memerhatikan gelagat ‘Islamists’ yang mereka mendakwa mengambil pentas demokrasi tetapi apabila melafazkan konsep perubahan tidak tahu ‘bagaimana peraturannya’ untuk memenangkan Agenda Perubahan Islamists mereka!
PAS, dengan segala rendah hati kita nyatakan, sedikit mendahului ‘Tajribah Islamists” (Islamists Experimentation) dalam keterlibatannya dalam demokrasi…selama demokrasi itu sihat, bebas, adil dan berfungsi.
Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik
Aslani M, | 26 Ogs 2012 |
KOTA BHARU: Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.
Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.
Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemuda PAS mencabar Umno mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik bagi memberikan ruang kepada Kelantan melaksanakan hudud.
“Ia termasuk memberikan jaminan kerjasama agensi-agensi seperti polis, penjara dan mahkamah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan pusat,” katanya di sini.
Isu hudud dijadikan agenda media milik Umno dilihat sebagai usaha bagi memecahkan kesepakatan dalam kalangan Pakatan Rakyat. Namun sejak 2008 sehingga sekarang usaha yang dilakukan Umno itu gagal.
Dan sekarang cuba dinyaringkan kembali ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad kononnya kerajaan pusat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik.
Katanya, ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam merupakan golongan majoriti di Kelantan.
Sedangkan kata beliau hakikatnya juga hudud terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.
“Sekiranya benar Umno ikhlas memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan Alwi perlu disokong pemimpin tertinggi Umno di peringkat pusat,” katanya
Ahmad Fadhli juga berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti dilaporkan The Star pada 25 September 2011 dengan jelas menyebut “No Hudud in Malaysia"?
Dalam perkembangan berkaitan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, Ketua Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh ketinggalan zaman apabila mahu PAS menyatakan pendirian mengenai hukum hudud.
Katanya, kenyataan Fatmi seolah-olah tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan termaktub dalam Islam.
Beliau juga berkata, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan seorang Adun Umno di Johor mencadangkan hudud sebagai hilang akal menjelaskan BN menolak hudud.
“Kenapa Fatmi hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud sedangkan Umno dan parti-parti kompenan BN secara jelas menentang hudud dan negara Islam langsung tidak disentuh,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.
Cekohlah durian ikut paksanya…
Dr Azman Ibrahim, |
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Mursyidul Am atas kenyataan yang
tegas, berfakta dan berhemah serta penuh berhikmat yang telah menutup
mulut-mulut yang mengomel itu dan ini berkenaan hukum Allah yang bernama
Hudud!
Sesuatu perkara, apabila kita kembali kepada kaedah yang sebenar dan rujukan yang soheh, pencerahannya begitu mudah dimengertikan sekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujah untuk menafikan hakikat yang terserlah.
Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikut paksanya…’ Bunyinya biasa, tapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara, lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya ia akan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatan berduri, kita tak perlu tukul, gergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yang enak.
Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya ia dianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalam menyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang suka menggunakan gergaji, tukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksa durian yang telah sedia ada, sehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapat dinikmati.
Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!
Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukum Allah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putus) boleh dihuraikan dengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal. Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah.
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politik, populariti memang suatu faktor penting, tetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis! Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi fakta, dalil dan hujah yang telah tersedia dalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.
Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengerti dari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang, berdiskusi, berhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kita berada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar dan ditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaan dan kemenangan.
Bila kita berkata-kata kepada public, kita tidak bercakap mewakili batang tubuh kita seorang, tetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangi. Lagikan kita bercakap perkara yang baik dan betul, tetapi tetap diterbalikkan maksudnya oleh media arus perdana, inikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomen itu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secara mendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikan, bila kita bersikap meruntuh dulu, baru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasa ini, sebaris statement kita, seantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitu pantas. Risikonya, respon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kita ditegur, dikritik dan dikecam, barulah sibuk kita nak cari wartawan semula untuk buat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukan semua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasa, tapi terlajak kata, parti kita tanggung akibatnya. Ingatlah, kita hanya memerlukan sesaat untuk meruntuhkan, tapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanya semula.
Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongi, fikirkanlah mudharat dan maslahah sebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untuk menasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-batas percakapan, bimbang ianya menyentuh persoalan aqidah, tetapi saya cukup meyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yang cukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telah ditentukan oleh Allah.
Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kita, kekal istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumi Malaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak ada jual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakini, kerana prinsip dan pegangan inilah, kita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluf tanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkan puluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkan. Allahu Akbar!
Sesuatu perkara, apabila kita kembali kepada kaedah yang sebenar dan rujukan yang soheh, pencerahannya begitu mudah dimengertikan sekalipun oleh mereka yang masih mengingkarinya tetapi akan ketandusan hujah untuk menafikan hakikat yang terserlah.
Orang tua-tua ada bidalannya, ‘Bila nak belah buah durian, cekohlah ikut paksanya…’ Bunyinya biasa, tapi maknanya sangat mendalam. Sesuatu perkara, lakukanlah ia mengikut kaedahnya dan dilakukan oleh mereka yang ahli nescaya ia akan selesai dengan cara yang terbaik. Durian… Walaupun kulitnya kelihatan berduri, kita tak perlu tukul, gergaji serta kapak besar untuk menikmati isinya yang enak.
Bidalan ini saya dahulukan dengan keampunan saya pohonkan andainya ia dianggap sebagai teguran tak beradab seorang pimpinan kecil seperti saya dalam menyuarakan pandangan kepada segelintir pimpinan atasan yang suka menggunakan gergaji, tukul dan kapak besar tanpa mahu memanfaatkan paksa durian yang telah sedia ada, sehingga riuh rendah bunyinya tapi isinya tak dapat dinikmati.
Perhatikan senario yang telah berlaku… Seorang kata Hudud belum sesuai dilaksanakan, seorang lagi menyambut dengan menyatakan rakyat perlu terlebih dahulu diberi kefahaman, seorang lagi menyatakan polemik hudud adalah sesuatu yang sihat sehingga jadinya hingar-bingar!
Untuk apakah semua ini wahai para pimpinan yang dihormati? Tak semua hukum Allah yang telah diputuskan dengan dalil yang qat’ie (putus) boleh dihuraikan dengan hujah akal fikiran tanpa kita kembali kepada sumber rujukan yang asal. Kalau kita tidak berkemampuan untuk merujuk kepada masdar (sumber) yang muktabar, bukankah diam lebih baik dan selamat? Biarlah mereka yang berkeahlian bercakap dan berhujah.
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Dalam politik, populariti memang suatu faktor penting, tetapi bukannya dalam semua perkara kita perlu menjadi populis! Tak ada sesuatu yang dapat mengatasi fakta, dalil dan hujah yang telah tersedia dalam Syariat Islam. Berpadalah dalam kita membina populariti.
Tentunya para pimpinan yang semuanya yang berpendidikan tinggi lebih mengerti dari kami yang sekadar aktivis cabuk peringkat kampung bahawa berbincang, berdiskusi, berhiwar serta berpolemik ada adab dan kaedahnya. Apatah lagi kita berada di dalam Jamaah Islam yang kami di kampung-kampung diajar dan ditarbiyah supaya berdisiplin dan disiplin antara faktor penting ke arah kejayaan dan kemenangan.
Bila kita berkata-kata kepada public, kita tidak bercakap mewakili batang tubuh kita seorang, tetapi kita bercakap atas nama Parti Islam yang kita sayangi. Lagikan kita bercakap perkara yang baik dan betul, tetapi tetap diterbalikkan maksudnya oleh media arus perdana, inikan pula bila lidah kita yang tidak bertulang mengomen itu dan ini dan tambah-tambah lagi bila menyentuh persoalan hukum Allah secara mendatar tanpa asas dalil dan hujah syar’ie..
Para pimpinan berkenaan yang dihormati. Adalah merugikan, bila kita bersikap meruntuh dulu, baru nak membina semula. Dalam dunia tanpa sempadan dewasa ini, sebaris statement kita, seantero negara ianya tersebar dalam detik yang begitu pantas. Risikonya, respon positif atau negatif. Janganlah setelah kenyataan kita ditegur, dikritik dan dikecam, barulah sibuk kita nak cari wartawan semula untuk buat kenyataan balas dan mencari hujah untuk memperbetulkan semula. Bukan semua benda boleh diundur balik. Ianya bukanlah terlajak kata badan binasa, tapi terlajak kata, parti kita tanggung akibatnya. Ingatlah, kita hanya memerlukan sesaat untuk meruntuhkan, tapi kita memerlukan masa bertahun untuk membinanya semula.
Demi perjuangan yang sama-sama kita dokongi, fikirkanlah mudharat dan maslahah sebelum kita bertindak. Saya bukanlah seorang yang berilmu keislaman tinggi untuk menasihatkan para pimpinan yang berkenaan supaya menjaga batas-batas percakapan, bimbang ianya menyentuh persoalan aqidah, tetapi saya cukup meyakini bahawa semua pimpinan kita telah ditarbiyah oleh ulama’-ulama’ yang cukup memahami dan berhati-hati dengan dengan batas-batas aqidah yang telah ditentukan oleh Allah.
Para ulama’ inilah yang akan terus menerajui kita, kekal istiqamah dengan perjuangan untuk menegakkan syariah Allah termasuk hudud di atas muka bumi Malaysia. Kita tetap bercakap dengan bahasa, nada dan ketegasan kita. Tidak ada jual beli dalam soal prinsip dan pegangan. Kita juga meyakini, kerana prinsip dan pegangan inilah, kita dihormati oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat. Kita bertahalluf tanpa perlu mengorbankan apa yang telah kita pertahankan dan perjuangkan puluhan tahun dulu dan kita akan terus perjuangkan. Allahu Akbar!
Kenyataan Pak Lah tidak yakin dengan Najib...
http://karatijau.blogspot.com/, | 26 Ogs 2012 |
Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Barisan Nasional (BN) sewaktu
gabungan tersebut mendapat keputusan terburuk dalam sejarah pada pilihan
raya umum (PRU) 2008 memberikan amaran hari ini populariti parti
pemerintah tersebut masih tidak menentu di bawah Datuk Seri Najib Razak
walaupun pelbagai polisi baik diperkenalkan.
Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”
Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.
Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undisecara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.
Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.
Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.
Nukilan Oleh Juragan pada 3:20 PTG Abdullah memberitahu pemberita di rumah terbuka Hari Rayanya bahawa beliau mempunyai pengalaman sama sewaktu pentadbirannya yang tamat selepas BN yang beliau pimpin kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen dalam PRU 2008.
“Dengan Najib dan semua polisi yang telah beliau umumkan, ia adalah sangat baik dan kita berharap rakyat dapat menerimanya,” kata beliau yang popular dengan panggilan “Pak Lah”.
“Akan tetapi, kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran pengundi.
“Saya dah lalui semua itu sebelum ini.”
Semenjak menggantikan Pak Lah pada tahun 2009, Najib telah melancarkan beberapa siri kempen untuk rakyat bawahan termasuk, Kedai Runcit 1Malaysia, Bantuan Rakyat1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Teksi Rakyat 1Malaysia sebagai langkah untuk mendapatkan sokongan sebelum pilihan raya.
Walaubagaimanapun,langkah Najib itu belum lagi meyakinkan ianya akan diterjemahkan menjadi undisecara keseluruhan dengan tinjauan Merdeka Center pada bulan Jun lalu menunjukkan sokongan kepada kerajaan menurun sebanyak 6 peratus kepada 42 peratus manakala sokongan terhadap Najib turun ke 64 peratus.
Dalam pilihan raya 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen dan hilang penguasaan terhadap Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
BN hanya memenangi undi popular dengan kelebihan sebanyak 290,000 undi.
Perak berjaya dirampas kembali oleh BN pada tahun 2009 selepas beberapa Adun PR melompat menyertai BN.
Dalam pilihan raya akan datang yang perlu dipanggil selewat-lewatnya pada April 2013 menyaksikan 13.3 juta rakyat Malaysia akan mengundi bagi menentukan sama ada BN terus kekal berkuasa atau PR mengambil alih Putrajaya.
Retorik anti-Islam Republikan harus diabaikan - Clinton
Farhan Iqbal terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Ogs 2012 |
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton (gambar) , membuat permintaan ini buat umat Islam di seluruh AS semasa dia berucap di sebuah majlis di Tunisia, di mana beliau menghadiri mesyuarat antarabangsa mengenai Syria.
Clinton berkata, "Anda akan faham bila pengetahun demokrasi anda makin berkembang bahawa banyak perkara yang diucapkan dalam kempen-kempen politik sebenarnya tidak perlu diberi banyak perhatian.
"Terdapat komen-komen yang dibuat yang pastinya tidak menggambarkan Amerika Syarikat, tidak mencerminkan dasar luar Amerika Syarikat, dan tidak mencerminkan siapa diri kita sebagai satu bangsa," katanya.
Beliau menegaskan bahawa umat Islam hidup di Amerika Syarikat dengan mempunyai kebebasan beragama yang lengkap.
"Jika anda pergi ke Amerika Syarikat anda akan lihat masjid berada di setiap tempat, anda lihat orang Islam Amerika berada di setiap tempat. Itulah hakikatnya,"katanya sambil menambah, "Jadi, saya tidak akan memberi perhatian kepada retorik ini. "
Parti Republikan yang bertanding untuk memenangi Rumah Putih, mengeluarkan kenyataan anti-Islam untuk menarik pengundi.
Newt Gingrich telah berkata bahawa beliau akan menyokong calon Muslim untuk jawatan Presiden jika dia secara terbuka menolak syariah.
Calon Republikan, Rick Santorum, juga telah menggambarkan syariah Islam sebagai "ancaman eksistential" terhadap AS.
Bekas calon Republikan, Herman Cain, berkata bahawa dia tidak akan melantik orang Islam dalam pentadbiran beliau.
Cain, yang menarik diri dari pencalonan presiden, kemudiannya mengubah pendiriannya dengan memanggil untuk sumpah ‘kesetiaan’ di luar perlembagaan untulk kakitangan Muslim.
Seorang wakil Republikan, Peter King, berkata pada apa yang beliau sifatkan sebagai "radikal" AS umat Islam.
Baru-baru ini, ahli parlimen Missouri, seorang ahli Republikan menyifatkan Islam sebagai satu penyakit seperti polio manakala sorang lagi wakil Alaska menggelar umat Islam sebagai "pendatang" di kawasan kejiranan Amerika.
Umat Islam di Amerika Syarikat mula merasai permusuhan yang semakin meningkat terhadap mereka selepas kenyataan-kenyataan ini dibuat oleh wakil Republikan.
Clinton cuba untuk menenangkan umat Islam berkenaan situasi ini dan menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan ini harus diabaikan kerana dasar AS terhadap orang Islam hanya dikeluarkan oleh Presiden Obama.
Clinton berkata, "Saya akan katakan, lihat apa yang Presiden Obama ucap dan laksanakan."
"Dia presiden kami. Beliau mewakili semua rakyat Amerika Syarikat, "katanya.
Obama telah menikmati sokongan yang meluas dari dunia Islam berikutan pelantikan beliau sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat.
Beliau menyampaikan ucapan kepada dunia umat Islam dari Kaherah, di mana beliau berikrar untuk menamatkan zaman ketidakpercayaan antara orang Islam dan Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, populariti Obama telah menurun dalam dunia umat Islam sejak ucapan Kaherah itu, kerana Amerika Syarikat terus berperang di negara-negara Islam; Afghanistan dan Iraq.
Kebuntuan dalam rundingan damai yang ditaja oleh AS antara Israel dan Palestin juga tidak membantu dalam menaikkan populariti Obama.
Clinton menyuarakan harapan yang penyandang jawatan Presiden, Obama akan dipilih semula untuk penggal kedua.
"Beliau akan dilantik semula sebagai presiden," katanya.
"Saya fikir bahawa ini akan menjadi isyarat yang sangat jelas kepada seluruh dunia berkenaan nilai moral kami dan kepercayaan presiden kami," rumus Clinton.
سُوۡرَةُ الفِیل
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصۡحَـٰبِ ٱلۡفِيلِ (١) أَلَمۡ يَجۡعَلۡ كَيۡدَهُمۡ فِى تَضۡلِيلٍ۬ (٢) وَأَرۡسَلَ عَلَيۡہِمۡ طَيۡرًا أَبَابِيلَ (٣) تَرۡمِيهِم بِحِجَارَةٍ۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ (٤) فَجَعَلَهُمۡ كَعَصۡفٍ۬ مَّأۡڪُولِۭ (٥) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Fil
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tidakkah
engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan
tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan
Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan; (3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras; (4) Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat. / (5) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلرَّحۡمَـٰنُ (١) عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ (٢) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ (٣) عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ (٤) ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ۬ (٥) وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ (٦) وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ (٧) أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِى ٱلۡمِيزَانِ (٨) وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ (٩) وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ (١٠) فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ (١١) وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ (١٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٣) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ۬ كَٱلۡفَخَّارِ (١٤) وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ۬ مِّن نَّارٍ۬ (١٥) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٦) رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ (١٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٨) مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ (١٩) بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ (٢٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢١) يَخۡرُجُ مِنۡہُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ (٢٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٣) وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَـٰمِ (٢٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٥) كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٨) يَسۡـَٔلُهُ ۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬ (٢٩) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٠) سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ (٣١) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٢) يَـٰمَعۡشَرَ
ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ
ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا
بِسُلۡطَـٰنٍ۬ (٣٣) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٤) يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ۬ مِّن نَّارٍ۬ وَنُحَاسٌ۬ فَلَا تَنتَصِرَانِ (٣٥) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٦) فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً۬ كَٱلدِّهَانِ (٣٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٨) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦۤ إِنسٌ۬ وَلَا جَآنٌّ۬ (٣٩) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّڪُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٠) يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٲصِى وَٱلۡأَقۡدَامِ (٤١) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٤٣) يَطُوفُونَ بَيۡنَہَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٍ۬ (٤٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٥) وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ (٤٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٧) ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ۬ (٤٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٩) فِيہِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ (٥٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥١) فِيہِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ۬ زَوۡجَانِ (٥٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٣) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآٮِٕنُہَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍ۬ۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ۬ (٥٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٥) فِيہِنَّ قَـٰصِرَٲتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٥٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٧) كَأَنَّہُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ (٥٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٩) هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ (٦٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦١) وَمِن دُونِہِمَا جَنَّتَانِ (٦٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٣) مُدۡهَآمَّتَانِ (٦٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٥) فِيہِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ (٦٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٧) فِيہِمَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَنَخۡلٌ۬ وَرُمَّانٌ۬ (٦٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٩) فِيہِنَّ خَيۡرَٲتٌ حِسَانٌ۬ (٧٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧١) حُورٌ۬ مَّقۡصُورَٲتٌ۬ فِى ٱلۡخِيَامِ (٧٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٣) لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٧٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٥) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ۬ وَعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ۬ (٧٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٧) تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٧٨) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian
makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon
kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan
makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai
sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari
kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan
balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan
menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi
kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu
(wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan
ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair
(yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat
mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada
masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya
tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya).
(39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang
yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas
kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka
(bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan)
berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah
dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua
Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di
dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya
tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk
Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas
(bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta
permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan