Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC
Ketika
memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya
terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata
beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot
Nasional.Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.
Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.
Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.
Shahrizat berkata beliau tidak tahu bahawa suaminya telah membida untuk projek tersebut kerana kerjaya mereka adalah berbeza luas.
"Saya menjadi seorang ahli politik sejak 1995 selepas dipilih sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya menyertai Umno pada tahun 1982," katanya.
Suaminya pula, kata Shahrizat, adalah seorang saintis dan beliau tidak masuk campur dengan urusannya, kerana beliau (Shahrizat) adalah seorang ketua Wanita Umno, seorang menteri dan pemimpin Wanita BN.
Menyifatkan serangan terhadap NFC adalah mensasarkan dirinya, Shahrizat berkata ia bertujuan untuk menyerang BN dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.
MB: SYABAS akui tiada krisis air di S'gor
Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air
Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis
air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu
sebelum ini.Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.
"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama.
“Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.
SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal.
Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.
Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air.
“Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya.
Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan.
Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik.
"Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.
Dakwaan kristianisasi: Menteri serah pada MAIPP
Menteri
hal ehwal agama Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan isu
berhubung dakwaan cubaan menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam di
Pulau Pinang untuk disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri tersebut.Katanya, Majlis Agama Islam Pulau Pinang di negeri yang dikuasai DAP itu perlu mengambil tindakan segera ke atas dakwaan berkenaan.
"Kita minta MAIPP mengambil tugas dan tanggungjawab supaya hal seperti ini tidak boleh dibiar begitu sahaja. Saya seru MAIPP yang dipimpin DAP perlu bergerak cepat," kata Jamil pada satu sidang media hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, setiap majlis agama Islam mempunyai akta negeri masing-masing bagi mengambil tindakan terdapat individu yang bersifat memesongkan ajaran Islam.
"Kita ada jawatankuasa di peringkat kebangsaan untuk mengambil tindakan bagi sebarang gerakan atau tarikan yang bersifat untuk memesongkan ajaran Islam. Ia juga terlindung di bawah peruntukan akta majlis negeri masing-masing," katanya.
Dakwaan berkenaan, seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, mula timbul apabila dibangkitkan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan.
Menurut laporan tersebut, kumpulan itu mendakwa "wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan".
SPRM pertahan kebebasannya
Walaupun
wujud persoalan mengenai kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia mempertahankan siasatannya terhadap
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan
penyalahgunaan kuasa dan dakwaan rasuah berkaitan dengan syarikat Ho Hup
Bhd.Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri)
berkata badan anti-rasuah itu pernah menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat AG berhubung insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shukri juga berkata Panel Semakan Operasi suruhanjaya itu, yang menyemak semua kes yang disiasat oleh badan rasuah tu, juga tegas dalam memberi pandangan dan anggotanya adalah bebas.
Beliau berkata, anggota panel itu terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam pengauditan, forensik, perniagaan, dan lain-lain.
"Terdapat kes-kes yang telah ditutup, di mana panel tersebut telah meminta ia dibuka semula. Ini membawa kepada pendakwa raya membuat keputusan untuk mendakwa tertuduh. Oleh itu, ada unsur semak dan imbang," katanya kepada Malaysiakini.
Shukri bagaimanapun mengakui bahawa keputusan muktamad adalah pada Peguam Negara atau mana-mana Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM itu diminta mengulas lanjut sama ada Panel Semakan Operasi mempunyai kuasa atau hak untuk mengadili atau membuat keputusan mengenai kelakuan AG seperti yang dinyatakan dalam Perkara 145 (6) dan Perkara 125 perlembagaan persekutuan.
Di bawah perlembagaan, tribunal boleh ditubuhkan untuk menyiasat hakim atau Peguam Negara.
Dilaporkan bahawa bekas Ho Pengarah Urusan Ho Hup, Low Tuck Choy telah mengadu seolah-olah kurangnya kemajuan dalam siasatan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah ke atas Abdul Gani apabila beliau dikatakan campurtangan dalam perebutan lembaga pengarah syarikat tersebut.
Saya minta maaf kepada rakyat M'sia - Chong Wei
"Saya
minta maaf kepada rakyat Malaysia kerana masih gagal menghadiahkan
pingat emas buat kali kedua," kata pemain perseorangan utama negara
Datuk Lee Chong Wei.
Begitulah reaksi pemain nombor dua dunia itu ketika ditemui pemberita selepas perlawanan akhir perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 apabila tumpas 21-15, 10-21, 19-21 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit.
Chong Wei berkata tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.
"Saya terpaksa berehat hampir dua bulan selepas kecederaan itu sedangkan Sukan Olimpik semakin hampir. Tekanan bagi mendapatkan emas semakin kuat tetapi kecederaan menghalang saya untuk berlatih," katanya.
Beliau berkata dia hanya mempunyai tempoh dua minggu berlatih sepenuhnya ketika menjalani latihan fasa akhir di University of Bath, dekat London sebelum beraksi di Arena Wembley.
"Di University of Bath, baru saya dapat berjoging, melakukan latihan di gimnasium dan latihan berat lain.
"Prestasi ketika itu dapat diterjemahkan bila saya terpaksa bermain di rubber-set ketika menentang pemain tidak ternama, Ville Lang dari Finland dalam perlawanan peringkat Kumpulan A," katanya.
Dalam perlawanan itu, Chong Wei menang 21-8, 14-21, 21-11.
Mengenai perlawanan menentang Lin Dan hari ini, Chong Wei mengakui pemain dari Tembok Besar China itu berada dalam kelasnya tersendiri dan masih sukar digugat.
"Kehadiran Lin Dan memaksa saya berusaha lebih kuat untuk menewaskannya. Saya rasa Lin Dan juga menghargai kehadiran saya yang selalu membayanginya," kata Chong Wei.
Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.
"Umur saya sudah 30 tahun. Olimpik di Brazil empat tahun lagi dan usia saya sudah tua," katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik 2012, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menyifatkan pencapaian Chong Wei seperti 'hampir mencapai puncak Everest'.
"Dia bermain amat baik dan telah mengeluarkan segala kebolehan dan pengalamannya namun Lin Dan pemain yang lebih baik," katanya.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata kekalahan Chong Wei amat menyedihkan tetapi tidak menganggapnya sebagai satu kegagalan.
"Chong Wei telah berikan yang terbaik berbanding ketika pertemuan kedua-dua pemain itu di Beijing. Dia cuma tidak bernasib baik," katanya.
- Bernama
Persembahan Chong Wei dalam final malam tadi mendapat
pujian, tetapi kenyataan ADUN DAP Kota Shah Alam, M Manoharan, di laman Twitter menjadi sasaran cemuhan pengguna laman micro-blogging itu.
Mereka menyelarnya kerana dituduh mempolitikkan acara sukan
yang mereka merasakan telah berjaya menyatupadukan negara.
Sesetengahnya, seperti Alaram Kalai, mengancam untuk membuat laporan polis terhadap Manoharan.
Manohan juga dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa Lin Dan begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo.
"Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan," jawab Chew Hong Ling dalam twitter.
Malah, rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya.
Ianya bermula sejurus selepas Lin Dan berjaya merangkul pingat emas, apabila Manohan menulis dalam twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."

Manoharan dicemuh kerana twitter tentang Chong Wei
Kekalahan
tipis pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di tangan pemain
China Lin Dan malam tadi mungkin mengecewakan ramai pihak, tetapi ADUN
DAP yang berasai bahangnnya.Persembahan Chong Wei dalam final malam tadi mendapat
pujian, tetapi kenyataan ADUN DAP Kota Shah Alam, M Manoharan, di laman Twitter menjadi sasaran cemuhan pengguna laman micro-blogging itu.
Mereka menyelarnya kerana dituduh mempolitikkan acara sukan
yang mereka merasakan telah berjaya menyatupadukan negara.
Sesetengahnya, seperti Alaram Kalai, mengancam untuk membuat laporan polis terhadap Manoharan.
Manohan juga dituduh bersifat perkauman apabila menulis bahawa Lin Dan begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh dengan tattoo.
"Ya, ya, orang Cina tinggal dalam hutan," jawab Chew Hong Ling dalam twitter.
Malah, rakan-rakannya dari Pakatan Rakyat - ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan ADUN PKR Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad - juga tidak senang dengan tulisannya.
Ianya bermula sejurus selepas Lin Dan berjaya merangkul pingat emas, apabila Manohan menulis dalam twitter bahawa Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY..."
Bapa tak sangka mayat nahas anaknya sendiri
Seorang
pemandu teksi tidak menyangka mayat yang dilihat terbaring di atas
jalan adalah anaknya yang meninggal dunia selepas terlibat dalam satu
kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka
Tengah-Jasin) Cheng Height di Melaka hari ini.
Ishak Mohd Amin, 60, berkata dia yang dalam perjalanan mengambil penumpang dari Peringgit ke Bukit Rambai melalui kawasan kemalangan tersebut kira-kira
6.30 pagi.
"Saya nampak seseorang terbaring di atas jalan tapi tidak sangka ia adalah mayat anak saya, Mohd Nasiruddin Shah kerana waktu itu keadaan agak gelap.
"Saya sempat berhenti sekejap dan menyuruh pihak polis menutup mayat tersebut atau segera menghantarnya ke hospital sebelum meneruskan perjalanan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka hari ini.
Beliau yang merupakan bekas anggota polis itu berkata dia hanya mendapat khabar tentang kemalangan yang menimpa anaknya beberapa minit selepas itu apabila dimaklumkan anak perempuannya.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa yang merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meninggal dunia di tempat kejadian ketika hendak ke tempat kerja di Sungai Putat selepas motosikal yang ditunggangnya dari arah Pulau Gadong dirempuh sebelah kiri oleh sebuah kereta Mitsubishi yang dipandu pelajar sekolah dan rakannya dari arah Alor Gajah.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah kaki kanan sementara dua pelajar yang menaiki kereta Mitsubishi tersebut cedera ringan.
Dalam kejadian lain, seorang pekerja kontrak, Mohd Azrul Aziz, 27, meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Peringgit Point di sini dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi.
Mangsa yang tinggal bersama kakaknya di Bukit Lintang di sini terseret sejauh 27 meter sebelum tercampak dari motosikalnya. Mohd Azrul yang datang dari arah lampu isyarat Pengkalan Batu menghala ke pusat bandar, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Turut cedera parah ialah rakan mangsa, Muhammad Rasyidi Arman, 20 yang membonceng motosikal tersebut dan dirawat di Hospital Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian tersebut.
- Bernama
“Saya mencabar mereka buktikan lagi ini lagu orang lain. Tapi kalau terbukti saya bersedia untuk diseret ke mahkamah,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.
Menurut laporan itu juga, Rais berkata pembangkang menimbulkan isu berkenaan kerana marah dan berasa sukar dengan bantuan yang “dihamburkan” BN kepada rakyat dan juga kempen Janji Ditepati itu.
“Mereka dah tiada modal sampaikan lagu pun mereka cuba kritik. Memang lirik lagi Janji Ditepati itu saya yang cuba jalinkan dengan iramanya.
“Tapi irama itu dikarang oleh mereka yang telah memenangi peraduan kugiran terbaik RTM pada 2010,” katanya.
Laporan pada minggu lalu menyebut bahawa melodi untuk lagu Janji Ditepati itu mempunyai persamaan dengan lagi gospel Indonesia bertajuk Serukan Namanya.
Kementerian mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut apabila isu tersebut hangat diperkatakan di ruang Internet.

Rais sedia disaman jika lagu merdeka hasil ciplak
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata beliau sedia disaman sekiranya irama untuk lagu Janji Ditepati untuk sambutan Hari Kemerdekaan terbukti diciplak daripada lagu lain.“Saya mencabar mereka buktikan lagi ini lagu orang lain. Tapi kalau terbukti saya bersedia untuk diseret ke mahkamah,” katanya seperti dipetik dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini.
Menurut laporan itu juga, Rais berkata pembangkang menimbulkan isu berkenaan kerana marah dan berasa sukar dengan bantuan yang “dihamburkan” BN kepada rakyat dan juga kempen Janji Ditepati itu.
“Mereka dah tiada modal sampaikan lagu pun mereka cuba kritik. Memang lirik lagi Janji Ditepati itu saya yang cuba jalinkan dengan iramanya.
“Tapi irama itu dikarang oleh mereka yang telah memenangi peraduan kugiran terbaik RTM pada 2010,” katanya.
Laporan pada minggu lalu menyebut bahawa melodi untuk lagu Janji Ditepati itu mempunyai persamaan dengan lagi gospel Indonesia bertajuk Serukan Namanya.
Kementerian mengumumkan bahawa satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut apabila isu tersebut hangat diperkatakan di ruang Internet.
Ahli Umno diminta ketepi aktiviti lemah parti
Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta semua anggota Umno
supaya menumpukan sepenuh perhatian dan aktiviti mereka ke arah
pengukuhan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Mohd Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata apa sahaja perkara, aktiviti dan tindak tanduk yang boleh melemahkan parti, perlu diketepikan bagi membolehkan Umno dan BN mampu meraih kemenangan pada pilihan raya umum nanti.
"Saya peringatkan, pada kali ini kita menuntut pengorbanan ahli parti yang begitu tinggi sekali untuk membolehkan kejayaan yang jauh daripada biasa dapat kita jayakan.
"Dengan itu saya tekankan betapa pengorbanan untuk parti, kesetiaan kita di dalam perjuangan harus menjadi tonggak kepada perjuangan kita," katanya.
Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Senallang di Masjid Saidina Osman di Semporna, malam tadi.
Beliau yakin sekiranya Umno dan semua parti komponen dalam BN menjadikan kesepaduan gerak kerja jentera parti sebagai pegangan dan ikatan, ia akan membuahkan hasil yang baik seterusnya memberi kejayaan kepada BN.
Mengenai perjumpaannya dengan semua sayap Umno bahagian Semporna sebelum itu, Shafie yang juga Ketua Umno Bahagian Semporna berkata anggota Umno bahagian itu begitu bersemangat dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.
Katanya pergerakan Wanita di bahagian itu telah pun meninjau dan mengadakan jalinan mesra dari rumah ke rumah yang kini hampir mencapai 80 peratus.
"Yang penting kepada kita, kita bersiap sedia di tahap yang begitu kuat. Kita janjikan, bahawa dengan pertolongan yang kuat dan kerjasama daripada rakyat serta para pengundi, Insya-Allah kita akan dikurniakan kejayaan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan