Isnin, 6 Ogos 2012

LUCU...KENYATAANNYA...MACAMLAH IA ITU BERSIH SANGAT

Pas: Panel khas royalti helah politik
ROSMIZA KASIM
6 Ogos 2012
Pas: Panel khas royalti helah politik
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU - Pas Kelantan menganggap jaminan Kerajaan Pusat yang tidak akan menafikan hak tuntutan royalti minyak hanyalah  permainan mereka untuk menunjukkan sikap baik kepada rakyat negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas III Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan yang dilahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu kelmarin adalah untuk mengurangkan tekanan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Di sebalik kenyataan itu, Mohd Amar menjelaskan pengumuman untuk bersikap telus menerusi penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti disebabkan Kerajaan Pusat tertekan dengan desakan pelbagai pihak termasuk penegasan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya menyelesaikan isu berkenaan sebelum pilihan raya.

“Sekarang ini mereka mahu sedapkan hati rakyat Kelantan dengan janji-janji itu untuk menunjukkan sikap baik mereka, apatah lagi sudah menghampiri pilihan raya.

“Bagi saya jawapan-jawapan yang diberikan ini adalah sebagai satu helah politik untuk tidak memberikan bayaran royalti kepada rakyat Kelantan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri menjangkakan terdapat usaha terselindung di sebalik penubuhan jawatankuasa berkenaan.

“Saya jangka selepas ini apabila jawatankuasa membuat keputusan Kelantan tidak layak dan tidak berhak atas tuntutan itu, maka mereka akan berselindung di sebalik ketetapan tersebut yang sekali gus menutup kesilapan mereka.

“Isunya kenapa selama ini boleh diberi kepada Sabah dan Sarawak dan Terengganu, tetapi apabila Pas memerintah Terengganu ia disekat, apabila Kelantan tuntut ada yang mempertikaikan jaraknya. Ini semua adalah helah politik,” katanya.

Mohd Amar sekali lagi menegaskan kajian tidak perlu kerana perkara berkaitan pembayaran itu sudah termaktub dalam perjanjian tuntutan royalti dan semuanya itu adalah tidak menghormati perjanjian.
Murtad: Tindak ke atas pelancong, kata Jamil

6 Ogos 2012
 Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.
Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
"Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab...untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) ke luar negara, di sini.
Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.
Terdahulu dalam ucapan di majlis tersebut, Jamil Khir yang juga pengerusi Maiwp berkata pihak majlis itu memperuntukkan RM9.04 juta bagi membiayai pengajian 30 orang pelajar jurusan perubatan dan lapan dalam jurusan pengajian agama di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau berkata bagi setiap pelajar perubatan, jumlah keseluruhan yang ditaja ialah RM283,200 iaitu RM47,200 bagi setiap tahun selama enam tahun, manakala bagi pelajar pengajian Islam RM17,000 setahun selama empat tahun.
Jamil Khir menasihati kira-kira 11,000 pelajar di pelbagai institusi pendidikan tinggi di Mesir termasuk pelajar penerima hari ini supaya tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pengajian mereka.
"Kita harap mereka pandai menjaga diri dan mengambil langkah ke arah mencari ilmu. Dibimbangkan nanti ada yang terpaksa menangguh dan mengulang pelajaran, ada yang berbelas-belas tahun (belajar) tetapi masih belum tamat," katanya. - Bernama
3 negeri guna tema merdeka PR
NURUL AINI MOHAMED ALI
6 Ogos 2012
salahudin-ayub
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan tiga negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan menggunakan tema Hari Kemerdekaan sendiri iaitu “Sebangsa Senegara Sejiwa”.

Ia berbeza berbanding tema Kedah - 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti untuk menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini.

Menurutnya, mesyuarat Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan telah membuat keputusan tiga hari lalu bagi menggunakan tema yang mereka cadangkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan.

“Kami akan meneruskan tema yang kami cadangkan untuk menyambut Hari Kemerdekaan nanti tetapi sedikit berbeza dengan negeri Kedah yang mahu menggunakan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti," katanya.

Exco Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad sebelum ini berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini.

Menurutnya, Kedah kekal dengan tema 55 Tahun Merdeka Terus Berbakti bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri walaupun PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa bagi negeri-negeri PR.

“Walaupun menggunakan tema yang berbeza, itu tidak menjadi satu masalah. Apa yang penting sambutan Hari Kemerdekaan kelak harus dipenuhi dengan semangat patriotik di kalangan masyarakat,” ujar Salahuddin.

Tambah beliau, berlaku sedikit perbezaan kerana Kedah sudah terlebih dahulu mengadakan mensyuarat berhubung penggunaaan tema dan logo Hari Kemerdekaan di peringkat negeri itu.

“Namun demikian, saya yakin yang tidak akan berlaku konflik di kalangan pemimpin PR. Walaupun menggunakan tema yang sedikit berbeza, semangat bagi menyambut hari bersejarah negara tetap sama dan perpaduan di kalangan rakyat harus dipertingkatkan,” kata beliau.

Bagaimanapun, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema 55 Tahun Merdeka Janji Ditepati bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Pada 4 Ogos, Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

Pada 1 Ogos lalu, PR mengumumkan tema Sebangsa Senegara Sejiwa, yang dipilih oleh Jawatankuasa Tema Hari Kemerdekaan PR daripada 250 cadangan yang diterima daripada orang ramai.
Saifuddin tolak 'tawaran Anwar' sertai PKR
Wartawan Sinar Harian
6 Ogos 2012
Saifuddin Abdullah
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM – Di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan -  gentleman."

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
Noh tidak layak soal wang rakyat
JANATUL FIRDAUS YAACOB
6 Ogos 2012
Dr Yaakob Sapari
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM – Kerajaan Negeri menafikan dakwaan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang kononnya menyalahgunakan wang rakyat untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari,  berkata, dana itu diperoleh menerusi peruntukan Geran Selangorku bernilai RM5 juta bagi Program Pembasmian Rasuah dan Penyelewengan.

“Noh tidak layak bicara soal wang rakyat kerana beliau sendiri tidak mampu menyelamatkan penyelewengan dana Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta oleh pemimpin Umno-BN,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurutnya, sejak kepincangan itu didedahkan, beliau selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Noh  tidak mengambil sebarang tindakan bagi mendapatkan semula wang rakyat yang telah  disalahgunakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh.

“Selaku Menteri, Noh gagal menunaikan tanggungjawab berkhidmat dan menjaga amanah rakyat termasuk memastikan tiada penyelewengan melibatkan dana kerajaan.

“Walaupun pinjaman RM250 juta diluluskan sebelum Noh memegang kementerian itu, beliau sepatutnya ambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil mengembalikan semula dana itu kepada kerajaan,” katanya.

Yaakob berkata, Geran Selangorku sememangnya diperuntukkan untuk kegunaan rakyat antaranya, Pengenalan Gaji Minima, Program Memperkasakan Wanita, Pembinaan Infrastruktur Sukan, Pembaikan Infrastruktur dan Program Pengukuhan Demokrasi.

“Bantuan yang disalurkan Kerajaan Negeri bukan untuk membantu kroni, sebaliknya sebagai sokongan terhadap usaha dan keberanian Rafizi mendedahkan kepincangan pengurusan dana rakyat.

“Rafizi adalah mangsa ketidakadilan sistem di negara ini apabila pelapor kes rasuah dan penyelewengan dilayan seperti pengganas dengan tangannya digari ketika dibawa ke mahkamah manakala suspek rasuah pula diberi layanan VIP.

“Rakyat Selangor dan Malaysia dapat menilai ketidakadilan yang berlaku di bawah pemerintahan Umno-BN.

“Kita yakin  bahawa penilaian ini akan membawa kepada perubahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang,” katanya.
Pemandu teksi tidak sangka mayat nahas kemalangan adalah anak sendiri

6 Ogos 2012
MELAKA - Seorang pemandu teksi tidak menyangka mayat yang dilihat terbaring di atas jalan adalah anaknya yang meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin) Cheng Height di sini, hari ini.

Ishak Mohd Amin, 60, berkata dia yang dalam perjalanan mengambil penumpang dari Peringgit ke Bukit Rambai melalui kawasan kemalangan tersebut kira-kira 6.30 pagi.

"Saya nampak seseorang terbaring di atas jalan tapi tidak sangka ia adalah mayat anak saya, Mohd Nasiruddin Shah kerana waktu itu keadaan agak gelap.

"Saya sempat berhenti sekejap dan menyuruh pihak polis menutup mayat tersebut atau segera menghantarnya ke hospital sebelum meneruskan perjalanan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, hari ini.

Beliau yang merupakan bekas anggota polis itu berkata dia hanya mendapat khabar tentang kemalangan yang menimpa anaknya beberapa minit selepas itu apabila dimaklumkan anak perempuannya. 

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, mangsa yang merupakan pekerja landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meninggal dunia di tempat kejadian ketika hendak ke tempat kerja di Sungai Putat di sini selepas motosikal yang ditunggangnya dari arah Pulau Gadong dirempuh sebelah kiri oleh sebuah kereta Mitsubishi yang dipandu pelajar sekolah dan rakannya dari arah Alor Gajah.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan patah kaki kanan sementara dua pelajar yang menaiki kereta Mitsubishi tersebut cedera ringan.

Dalam kejadian lain, seorang pekerja kontrak, Mohd Azrul Aziz, 27, meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Peringgit Point di sini dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi.

Mangsa yang tinggal bersama kakaknya di Bukit Lintang di sini terseret sejauh 27 meter sebelum tercampak dari motosikalnya. Mohd Azrul yang datang dari arah lampu isyarat Pengkalan Batu menghala ke pusat bandar, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Turut cedera parah ialah rakan mangsa, Muhammad Rasyidi Arman, 20 yang membonceng motosikal tersebut dan dirawat di Hospital Melaka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman mengesahkan kedua-dua kejadian tersebut. - Bernama
Rundingan royalti kemenangan awal rakyat Kelantan
Wartawan Sinar Harian
6 Ogos 2012
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki
GOMBAK - Kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Kelantan dalam menyelesaikan isu royalti adalah satu kemenangan awal kepada rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia umumnya.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara ini dijangka mampu menaikkan semangat jentera Pas khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Pandangan saya ia adalah kemenangan moral yang memberi semangat kepada kami, tetapi Pas tidak boleh lalai untuk terus memberi tekanankepada rundingan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Najib mengumumkan kesediaannya untuk berunding mengenai royalti minyak dengan Kelantan menerusi penubuhan jawatankuasa Dr Mohd Zuhdi khas royalti, kelmarin.
Guan Eng sedia dikritik
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
6 Ogos 2012
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng bersedia untuk dikritik dan dimaki kerana ia adalah sebahagian daripada demokrasi dalam pentadbirannya.

Menurutnya, walaupun bersedia untuk dikritik dan dimaki, ia perlu berlandaskan alasan yang betul dan bukannya membabi buta.

“Kritiklah kami (Kerajaan NegeriPulau Pinang) untuk sebab yang betul dan bukan untuk sebab yang salah. Kami mengakui kesilapan kami tetapi tidak akan menanggung dosa masa lalu.

“Kami akan bertindak terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi juga akan bertindak dengan tegas terhadap dakwaan palsu yang melibatkan integriti kami,” katanya melalui kenyataan media.

Beliau berbangga dengan kejayaan yang dikecapi selama empata tahun memerintah Pulau Pinang.

“Kita bukan sahaja berjaya menjadi negeri pertama di Malaysia yang menikmati kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara di sudut pidato di bahagian pulau dan Seberang Perai.
Soi Lek: DAP sudah jadi pusat pembersihan

5 Ogos 2012
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
JOHOR BAHRU - Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengibaratkan DAP sebagai 'pusat pembersihan' apabila parti itu memperlihatkan kepada masyarakat Cina bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang sangat bersih.
 
Walhal, menurut beliau, Anwar merupakan bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN), parti yang kerap-kali didakwa sekeras-kerasnya oleh DAP sebagai parti yang korup, mengamalkan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan memberi projek tanpa membuka tender sehingga negara hampir bankrap.
 
"Saya ingatkan anggota MCA bahawa Anwar telah 17 tahun dalam BN dan Umno. Pemimpin DAP akan menghentam Anwar pada masa itu.
 
"Tetapi sekarang (apabila Anwar menjadi pemimpin pembangkang), DAP menganggap Anwar sebagai sangat bersih dan bersikap terbuka. Sekarang DAP sudah menjadi pusat pembersihan," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor di Kulaijaya hari ini.

Dr Chua turut berkata DAP masih belum meminta Anwar untuk membuat akuan berkanun mengenai 20 akaun bernilai RM3 bilion yang didakwa dikawalnya oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid.

Beliau turut berkata DAP hanya memberi janji palsu apabila mengatakanmasyarakat Cina akan menjadi 'kingmaker' sekiranya pembangkang mengambil alih kerajaan di negeri Johor.
 
Kata Dr Chua, tidak ada 'kingmaker' di sesebuah negara yang majmuk dan perkara itu tidak seharusnya ada agar negara dapat mencapai kemajuan serta pembangunan yang dinikmati oleh semua rakyat.
 
Sehubungan itu, beliau menggesa anggota MCA Johor supaya bersiap sedia bagi menghadapi persaingan daripada DAP yang dijangka akan memecah-belahkan masyarakat Cina dengan memainkan sentimen perkauman pada pilihan raya ke-13 nanti.
 
Beliau juga menyeru semua anggota BN untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN yang bertanding pada pilihan raya dan menolak kegiatan sabotaj yang dianggapnya sebagai perbuatan pengkhianat. - Bernama

“Sebagai Ketua Menteri, pintu pejabat saya sentiasa terbuka kepada masyarakat sivil Pulau Pinang dan saya mengalu-alukan untuk mendengar dan berdiskusi dengan rakyat,” katanya.

Guan Eng mengakui Pulau Pinang tidak mudah untuk ditadbir serta diperintah,namun berusaha untuk melakukannya dengan baik.
Memey: Isu Norman, Abby rujuk tak pernah timbul
SHARIFAH NORFAZLINA SYED BAKRI
6 Ogos 2012
Ramadan satukan Norman, Abby dan Memey
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Selebriti Memey Suhaiza hari ini menegaskan bahawa isu rujuk antara suaminya, Norman Hakim dan Abby Abadi tidak benar. Isu ini menjadi perhatian ramai selepas Abby memuat naik gambar mesra mereka bertiga pada 7 Ramadan lalu menerusi Twitternya.

Menurutnya Memey, isu rujuk semula tidak pernah timbul antara Norman dan kak Abby.

"Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah Memey, dia dan Norman berharap isu ini seperti ini tidak perlu diperbesarkan.

"Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami,” katanya yang kini sedang mengandung tiga bulan.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan bahawa Abby juga telah menegaskan bahawa dia tiada hasrat untuk rujuk semula dengan bekas suaminya Norman.

#pencerahan, memang benar saya berbaik dengan bekas suami saya dan Memey, tetapi berbalik atau @ingin merujuk semula sebagai suami isteri tidak.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku," kata Abby dalam laman mikro Twitter petang semalam.

Dalam pada itu, Memey sempat berkongsi tentang persiapan Aidilfitri kali ini.

“Sambutan raya tahun ini disambut sederhana yang lebihnya untuk anak-anak,” katanya.

Memey turut memberitahu bahawa tema baju raya tahun ini warna unggu dan  akan menyambut 1 Syawal bersama Norman dan anak-anak di rumah mertuanya di Kuantan, Pahang.

“Kami akan beraya bersama kak Abby pada raya kedua,” katanya.
Kanak-kanak perempuan maut ditindih dalam upacara pemujaan

6 Ogos 2012
BUKIT MERTAJAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.

"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.  "Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.
Azman berkata hasil siasatan awal, suspek yang berusia antara 16 tahun hingga 67 tahun sedang melakukan upacara pemujaan dan jampi atas sebab yang tidak diketahui.

"Polis yakin kanak-kanak itu baharu sahaja mati berdasarkan keadaan mayatnya yang masih panas dan sebab kematiannya dipercayai berpunca daripada sesak nafas," katanya.

Katanya suspek yang terdiri daripada ibu, bapa, nenek, bapa saudara, ibu saudara, dua sepupu beserta pembantu rumah terbabit ditahan reman selama lima hari bermula hari ini di IPD SPT bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mayat kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.  - Bernama
JPJ tahan lelaki guna 'lesen terbang' sejak 7 tahun

6 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal yang menggunakan lesen palsu sejak tujuh tahun lalu adalah antara yang ditahan dalam operasi pra perayaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, malam tadi.
 
Lelaki berusia 28 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man mendakwa bahawa dia sama sekali tidak menyedari bahawa lesen yang dipegangnya sejak 2005 itu adalah palsu kerana lesen itu diperoleh daripada sekolah belajar memandu.
 
"Saya memang tidak tahu itu lesen palsu sebab saya dapat daripada pihak pusat belajar memandu tempat saya ambil lesen. Kalau saya tahu itu lesen palsu buat apa saya biarkan.
 
"Lagi pun sejak saya dapat lesen tu, sudah tiga kali saya perbaharui tempoh sah di pejabat pos dan tidak timbul masalah semasa proses pembaharuan," katanya yang turut didapati memegang kad pengenalan palsu.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia Datuk Ismail Ahmad berkata operasi hampir dua jam membabitkan 70 anggota JPJ Wilayah Persekutuan dan Unit Kuatkuasa Trafik Kuala Lumpur itu memeriksa lebih 500 kenderaan dengan 50 buah motosikal disita.
 
Beliau berkata turut ditahan ialah seorang lelaki berumur 25 tahun yang tidak memiliki lesen memandu selain dikenal pasti sebagai individu yang dikehendaki bersabit kes dadah.
 
Ismail berkata operasi itu memberi tumpuan kepada penunggang motosikal sempena Hari Raya memandangkan penunggang motosikal merupakan penyumbang utama dalam statistik kemalangan maut pada 2011.
 
"Daripada 6877 kes kemalangan maut tahun lepas, 60 peratus daripadanya membabitkan pengguna motosikal. Atas faktor itu, operasi untuk tahun kita bagi tumpuan kepada pengguna motosikal yang mana operasinya akan dijalankan secara berterusan sehingga selepas perayaan," katanya.
 
Beliau berkata sebanyak 79 saman JPJ dan 50 saman trafik dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 9 malam itu.
 
"Antaranya tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat temph dan nombor pendaftaran tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: