Posted on Saturday, August 04 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Sumber amanz.my
Lanjutan daripada tentangan yang diterima terhadap Seksyen 114A Akta Keterangan 2012, kini CIJ Malaysia (Pusat Kewartawanan Bebas) merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 kelak, yang mana lebih kepada menyedarkan pengguna Internet berkenaan dengan impak negatif pindaan akta tersebut.
Bagi yang tidak mengetahui akan pindaan tersebut, Seksyen 114A, berikut merupakan penerangan ringkas yang disediakan pihak CIJ Malaysia:
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.Melalui Internet Blackout Day tersebut kelak, CIJ mensasarkan untuk para pembangun web memaparkan pop-up pada laman web mereka selama lebih kurang 24 jam pada 14 Ogos kelak, untuk mendidik para pengguna, dan bukannya lebih kepada menutup terus halaman web seperti yang dilakukan oleh Wikipedia baru-baru ini.
Sumber: amanz.my
Dua Kepala Babi Diletak di Pintu Masjid Perancis
Posted on Saturday, August 04 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: Halimislam
"Pada Rabu 1/8 lepas, Islam Perancis dikejutkan dengan adanya kepala dua ekor babi di pintu masuk masjid. Tindakan provokasi ini merupakan kali pertama berlaku di Montauban, Tarn-et-Garoonne Selatan.
Dewan Keyakinan Muslim Perancis mengatakan tindakan tersebut sebagai provokasi. Mereka mendesak pihak berkuasa untuk membawa para pelaku yang bertanggungjawab ke mahkamah secepat mungkin.
Kejadian ini merupakan kejadian pertama di wilayah Tarn-et-Garonne selatan, yang mencetuskan spekulasi bahawa tindakan itu adalah reaksi tanggapan atas penembakan Mohammed Mareh, Mac lalu.
Seorang mahasiswa Kesatuan Perancis Yahudi mengatakan pihaknya terkejut dengan kejadian yang berlaku di masjid itu. Ia membimbangkan kejadian ini akan mencetuskan "suasana kebencian" di antara sesama mereka.
Datuk Bandar Mountauban, Brigitte Barèges, menilai tindakan itu menjijikkan dan provokatif. Tapi ia menolak menyebut tindakan provokatif itu berkaitan dengan tragedi penembakan Mohammed mareh. "Saya mengutuk peristiwa ini," katanya.
Haji Mohammed, Imam Masjid Mountauban, mengatakan sekumpulan orang telah meninggalkan kepala babi di depan pintu, dari kepala babi itu terdapat darah membanjiri lantai pintu masjid. "Ini tindakan hina," katanya.
Menurutnya, tindakan provokasi macam ini telah menodai kesucian bulan Ramadhan. Ia tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku. Selain itu, sepanjang Ramadhan umat Islam tengah menjalankan ibadah puasa.
"Untuk menyerang sebuah agama dengan cara seperti ini, saya tidak tahu apa yang ada di fikiran mereka. Mereka sudah seperti kehilangan ketua mereka."
Penyelidik Islamofobia, Abdallah Zekri mengatakan kejadian kepala babi ini mencerminkan peningkatan kempen anti-Islam pada semester pertama 2012. "Saya tidak menjangkakan serangan provokasi terjadi pada bulan suci Ramadhan," katanya.
Sebelumnya, serangan terhadap Islam juga menimpa empat tenaga pengajar Muslim yang dipecat dari pekerjaannya. Alasan pemecatan itu kerana berpuasa. Dewan bandar menilai,tenaga pengajar yang berpuasa dianggap telah melanggar syarat yang telah ditentukan.
Sumber: www.halimislam.com"
Sau Ping: Saya diperalat Zamil Ibrahim buat kenyataan media
5 Ogos 2012
Menurutnya, kenyataan itu telah disediakan pihak tertentu terlebih dahulu manakala skrip telah disediakan sebelum kenyataan akhbar bermula.
“Saya dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan yang dikeluarkan semalam kerana hanya diperalatkan pihak tertentu supaya berbuat demikian,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda petang semalam.
Sau Ping berkata, dia seorang yang berpendidikan rendah , tidak tahu apa-apa tentang perkara berkenaan dan hanya mengikut kehendak pihak tertentu.
“Saya juga ingin membuat laporan terhadap seorang individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita dan telah memperalatkan diri saya untuk membuat kenyataan di surat khabar.
“Saya sedar ini adalah satu kesilapan besar dan mengaku dengan ikhlas segala kenyataan bukan dari diri saya.
“Oleh itu saya memohon pihak berkuasa memberi kerjasama terhadap keselamatan diri dan keluarga,” katanya selepas membuat laporan polis semalam.
Sau Ping bagaimanapun menafikan dia diberikan imbuhan atau diugut untuk berbuat demikian, sebaliknya ke lokasi sidang media kerana diajak oleh seorang ‘sahabat’ namun tidak mengetahui tentang kewujudan sidang media.
Kelmarin, Sau Ping mengeluarkan kenyataan dan disiarkan Sinar Harian semalam di bawah tajuk ‘Rumah Mewah Milik Siapa’ yang bersangkut-paut dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sementara itu, Pengerusi Kita Kedah, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.
Bagaimanapun beliau tidak menafikan tindakan itu mencemarkan nama parti itu.
“Kita memberi amaran keras terhadap individu berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Zamil nafi paksa Sau Ping dedah isu rumah mewah
5 Ogos 2012
Sebaliknya, Zamil berkata, sidang media bersama itu dipersetujui kedua-dua pihak, malah kenyataan akhbar yang disediakan mendapat persetujuan Sau Ping.
“Saya akui kenyataan akhbar itu disediakan oleh saya dengan persetujuan beliau. Ia bukan paksaan, sebaliknya kami berbincang terlebih dahulu sebelum adakan sidang media,” katanya.
Zamil turut melahirkan rasa hairan kerana pendirian Sau Ping berubah dalam masa sehari, dan tidak menolak kemungkinan beliau diugut pihak tertentu.
"Apakah isu sebenar hingga laporan polis dibuat terhadap saya? Setahu saya, Sau Ping ada maklumkan dia diganggu oleh panggilan telefon bertalu-talu dari orang Pakatan Rakyat (PR) sejak kelmarin,” katanya.
Menurutnya, kemungkinan Sau Ping bertindak seperti itu ekoran menerima tekanan dari PR, termasuk ugutan pihak tertentu hingga memaksa beliau membuat laporan polis terhadap dirinya.
“Saya tidak marah tetapi sedikit terkejut, sebab dia rakan saya.
Malah dia sendiri yang maklumkan pada saya mengenai laporan polis itu.
Ini menunjukkan dia seolah diugut pihak tertentu,” katanya.
Zamil turut mempersoal pihak yang ‘mengganggu’ Sau Ping berikutan apa yang didedahkan kelmarin, adalah berbentuk persoalan, bukannya tuduhan.
SU Agung: Umno Bahagian bermasalah sangat sedikit
4 Ogos 2012
Tanpa memberikan butirannya, beliau berkata sebelum ini banyak Umno Bahagian yang bermasalah, tetapi kini sudah tinggal sedikit dan kini paling minimum setelah beberapa pertemuan diadakan antara bahagian berkenaan dengan presiden parti dan juga timbalan presiden.
"Umno Bahagian seperti ini perlu 'rawatan' sebab itu kita aturkan beberapa perjumpaan antara bahagian itu dengan presiden dan juga timbalan presiden parti. Umno Bahagian yang bermasalah kini sudah tinggal sedikit setelah mereka faham dan akur matlamat perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Seremban di sini, hari ini.
Beliau yakin selepas ini Umno akan menjadi lebih mantap lagi terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Beliau berkata sebenarnya kalau seluruh anggota Umno teguh bersatu, ia tidak dapat digugat oleh orang lain.
"Masalahnya Umno sendiri yang akan membuat masalah. Jadi, 'rawatan' sedang dilakukan dan setakat ini beberapa pertemuan telah diadakan antara presiden dan juga timbalan presiden parti dengan Umno Bahagian terbabit," katanya.
Sementara itu, katanya, setakat ini daripada 121 Umno Bahagian di seluruh negara, sebanyak 42 telah mengadakan mesyuarat perwakilan mereka masing-masing.
Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian perlu diadakan mulai 1 Ogos hingga 16 September ini. - Bernama
Shafie: Umno dan BN Sabah tetap kukuh
5 Ogos 2012
Beliau berkata dakwaan kononnya Umno dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik pembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu (gembar-gembur) kita tidak bimbang sangat. Kita akan mengambil langkah tertentu untuk memastikan kita dapat mengukuhkan Umno dan BN di Sabah. Parti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Anwar yang merancang ke negeri ini minggu depan dan akan membawa 'kejutan'.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata jika selepas gembar-gembur di Sarawak gagal membawa kemenangan kepada pembangkang pada pilihan raya negeri itu, perkara serupa juga akan berlaku di Sabah.
Mengenai kesan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin kepada Umno Sabah, beliau berkata pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih sedang menyusun jawatankuasanya bagi memperkukuh Umno bahagian itu. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan