Jumaat, 3 Ogos 2012

BILA SYOK SENDIRI...MACAM RASA BAGUS SANGAT...TANYA MUSUHNYA BANYAK SALAH DAN JAHATNYA...TANYA KAWAN TENTU BANYAK JASA DAN BAIKNYA...TAPI ALLAH TAHU SAPE IA@MEREKA SEBENARNYA

Rafizi akan bongkar lagi kontrak LRT Ampang

Muhammad Faizal, 03 Ogs 2012
SHAH ALAM: Biarpun pendakwaan terbaru terhadap Rafizi Ramli dilihat sebagai usaha menyekat pembongkaran terhadap pemberian kontrak LRT Ampang, namun Pengarah Strategi PKR itu bertegas akn terus melakukan pembongkaran.

Katanya, tindakan pendakwaan terbaru di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) terhadapnya itu tidak menghalang beliau untuk terus melakukan pembongkaran terhadap penyelewengan melibatkan pemimpin tertinggi negara.

Beliau meletakkan keyakinan yang tinggi bahwa pendakwaan terhadapnya itu adalah berkaitan pemberian kontrak LRT Ampang kepada George Kent yang didedahkannya sebelum ini.

"Apa yang berlaku semuanya dalam keadaan yang tergesa-gesa dan saya pasti ini berkaitan dengan pendedahan kontrak LRT Ampang yang saya dedahkan sebelum ini," jelasnya.

Kata beliau lagi, pendedahan terhadap pemberian kontrak kepada Goerge Kent sebelum ini telah terbukti beberapa hari lalu apabila kerajaan membuat pengumuman bahawa George Kent telah dilantik bagi projek tersebut.

"Bagi saya ini tindakan ini bermotifkan politik kerana saya telah lama disiasat serta diambil keterangan, malah kerjasama sepenuhnya telah saya berikan.

"Tetapi selepas pengumuman dilakukan pasal pemberian projek tersebut maka dalam keadaan tergesa-gesa saya didakwa, kalau bukan kerana isu pemberian kontrak atas alasan apa saya di dakwa dalam keadaan sedemikian," katanya lagi.

Semalam, Rafizi juga telah mengumumkan penubuhan sebuah NGO pemantau pemberi maklumat (National Oversight and Whistleblowers Centre) atau NOW.

NGO ini bertujuan untuk menjaga kepentingan pemberi maklumat selepas akta yang ditubuhkan kerajaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowers Protection Act) yang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat.

Badan ini telah didaftarkan dan akan beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi.
Kelengkapan di pusat ini termasuklah kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.

NOW akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Ogos 2012, sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Kejayaan NOW dalam melindungi pemberi maklumat akan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.

Selain Rafizi, turut didakwa adalah bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad.

Rafizi dituduh di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989, manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
Nik Aziz: Pas tak halang wakil rakyat kahwin lebih
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
3 Ogos 2012
Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, partinya tidak akan menghalang wakil rakyatnya berkahwin lebih daripada satu sekiranya syarat yang ditetapkan Islam dituruti.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Islam menetapkan lelaki boleh berkahwin empat, tetapi ia harus dipersetujui isteri pertama dan bukan mengikut nafsu semata-mata.

“Dari segi politik, tidak ada apa-apa, selagi mana mengikut Islam perkahwinan itu dibolehkan,” katanya ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini pagi ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Zaki Ibrahim berkahwin dengan pelakon Abby Abadi sebagai mana yang disiarkan dalam blog dan twiter sejak minggu lepas.

Konvoi royalti simbolik sambut Najib ke Kelantan

Harakahdaily, 03 Ogs 2012

KOTA BHARU:
Selepas berjaya menganjurkan konvoi dari Kota Bharu ke Gua Musang, NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) hari ini pula meneruskan Konvoi Royalti dari Kota Bharu ke Pasir Puteh.

Menurut satu kenyataan NGO itu hari ini, pihaknya juga akan mengadakan sidang media jam 2.45 petang di Masjid Kubang Kerian.

Presidennya Nazri Deraman berkata, konvoi hari ini juga sebagai simbolik kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan yang dijadual 5 Ogos ini.

"Kita mahu perdana menteri selesaikan isu tuntutan royalti Kelantan ini dengan cara baik mengikut apa yang termaktub dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan negeri," katanya.

Tambahnya lagi penyelesaian cara baik itu juga termasuk mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974, Perjanjian yang dimeterai pada 9 Mei 1975 antara Petronas dengan Kerajaan Negeri serta amanat Tun Razak sendiri.

Selain itu Sultan Kelantan juga telah menitahkan agar pendaratan Gas ke Kelantan serta telah menandatangani plak menuntut royalti pada 5 Jun 2012 lalu.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri mengepalai Konvoi Royalti yang disertai lebih 200 kenderaan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Semalam, konvoi serupa turut diadakan bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang.

Mukhriz terlebih perasan bapaknya hebat

Mohd Sayuti Omar, 03 Ogs 2012
Mukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan’ untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya. Najib sebelum ini berbangga dengan bapaknya sebagai perdana menteri dan sering kali menjual pencapaian bapaknya di mana dan ke mana saja dia pergi.
Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya.

Keghairanan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda.

Mengenai Felda atau pembangunan sosial lain Tun Razak hanya memberi idea tetapi yang merancang, berfikir bagaimana idea itu hendak dilaksanakan adalah para pegawai pentadbiran, pakar ekonomi, sosial dari kalangan kerajaan. Saya tidak pernah terdengar Najib menyebut secara spesifik nama-nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam membangun Felda. Apa yang selalu beliau sebut ialah nama bapaknya Tun Razak, seolah Felda dibangunkan dengan kibasan tongkat Tun Razak.

Cara Najib ini seakan tidak mengharga pegawai kerajaan atau orang lain yang juga bertungkus lumus membangunkan Felda. Kalau Najib menjual kebanggaan atas apa yang bapak beliau lalukan orang lain juga terliur untuk merasakan itu kerana bapak mereka juga ada saham dalam membangun Felda.

Najib seharus perlu rasional dengan cuba mencari nama-nama lain juga di sebalik kejayaan Felda itu tidak hanya memusatkan kepada bapanya sahaja. Felda mustahil wujud seperti hari ini kalau ianya atas inisiatif Tun Razak bersendirian.

Keghairahan Najib dalam memuji kejayaan ayahnya untuk dijadikan modal politik dirinya itu kini nampaknya sudah mula berjangkit dan diikuti oleh Mukhriz Mahathir. Seruan dibuatnya berbunyi kalau sayangkan Mahathir UBN hendaklah dimenang dalam pilihan raya umum nanti menunjukkan Mukhriz sudah mulai menggunakan nama bapaknya sebagai modal politik.

Kata Mukhriz kalau sungguh orang Umno sayangkan bapanya jangan malukan Mahathir sampai dua kali. Menurutnya kekalahan Umno - dalam konteks Kedah sehingga hilang kerajaan tahun 2008 benar-benar memalukan Mahathir.

Mukhriz sebenarnya terperasaan dan bersikap memuji diri sendiri apabila beliau cuba mengaitkan nama bapaknya. Apa dia ingat kejayaan BN selama ini hanya kerana Mahathir sahaja dan tidak pun ada campur tangan orang lain. Mukhriz perlu membaca sejarah bapanya mula memimpin Umno tahun 1982, sebelum orang lain yang memimpin Umno dan kerajaan BN. Jadi orang lain juga bertanggungjawab dan ada saham.

Sebenarnya untuk pengetahuan Mahathir kekalahan Umno tahun 2008 bukan saja orang benci kepada bapanya yang dalam tindakan tertentu semacam diktator tetapi orang benci kepada apa yang ada di dalam Umno sendiri. Jadi tidak timbul kalau kekalahan 2008 itu hanya memalukan Mahathir sahaja.

Makanya tidak perlu beliau berusaha atau menjual untuk membela rasa aib Mahathir dengan kekalahan itu, sebab bapaknya. Beliau harus sedar yang puncanya ialah kerana sistem, budaya, tradisi di dalam Umno yang memburuk itu adalah penyebabnya. Penolakan rakyat terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya itu bukan berpusat kepada Mahathir saja, tetapi kerana keburukan keseluruhan parti berkenaan serta pemimpinnya.

Seruan itu tidak akan berjaya membangkit sentimen rakyat kerana rakyat sudah pun muak dengan tindak tanduk Mahathir. Selagi Mahathir banyak bercakap, ia tambah memuakkan rakyat. Hanya orang yang berkepentingan dan terus menerima habuan Mahathir serta yang merasakan punggungnya wangi sahaja tetap beranggapan Mahathir masih berbisa.

Dari sudut lain apabila timbalan menteri MITI itu memainkan isu ayahnya bermakna beliau sudah tidak ada modal dan kekuatan sendiri untuk dijadikan bahan kempen untuk beliau melompat menjadi MB Kedah. Mana-mana ahli politik yang bergantung hayat kepada bapak atau menumpang mencipta glamour dengan populariti bapak ia adalah ahli politik yang miskin dan tiada kekuatan sendiri.

Lagipun orang Umno Kedah faham kalau Mukhriz cuba dinobatkan sebagai MB Kedah ini bermakna bayangan dan naungan politik Mahathir masih belum berakhir di negeri Jelapang Padi itu. Dan inilah yang sedang dicipta Mahathir. - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi

  • Ahmad Fadli KC
  • 9:32AM Ogos 3 2012
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

mahathir perdana global peace pc 080107 mukhrizMenurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.

"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.

Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.

Mukhriz jadi MB Kedah?
Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.

"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.

NONEKedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.

Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".

"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.

"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.

'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya. 
Dari Pejabat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Posted on Thursday, August 02 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Seperti mana yang telah digariskan dalam Buku Jingga, dasar ekonomi yang diamalkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang tidak telus dan mengamalkan amalan pengagihan projek kepada kroni tanpa proses tender telah meningkatkan kos dan membebankan rakyat. Kesan yang ketara dari dasar kini adalah kini adalah kesenjangan melebar di antara kelompok kecil yang maha kaya dan rakyat terbanyak. Pakatan akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh. - Ulasan di sini.

Kota-kota utama Malaysia terutamanya Kuala Lumpur belum menyaksikan kewujudan pengangkutan awam yang baik.

Maka kerangka dasar automatif negara yang diutarakan KEADILAN untuk pertimbangan Pakatan akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awam yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah.

Rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda setelah sekian lama. Masanya telah tiba untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi kebajikan rakyat.

KEADILAN mengakui bahawa ada perkara-perkara asas yang perlu diambil kira seperti berikut:

1. Dasar automotif negara yang baru haruslah melindungi kebajikan pekerja-pekerja sektor automotif; dan

2. Dengan menambahbaik sistem pengangkutan awam dengan kos yang munasabah; maka sasaran penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan dan jumlah gunapakai gunapakai beban api dijangka akan menurun.

Oleh yang demikian, dasar-dasar khusus yang bakal dicadangkan oleh KEADILANadalah berpaksikan kepada pertimbangan-pertimbangan tersebut.

Justeru, KEADILAN akan mengemukakan untuk pertimbangan Pakatan Rakyat satu dasar automotif bersama (seperti berikut):

Matlamat 1: Meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat

i. Komitmen untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

ii. Komitmen untuk menyemak kembali peraturan-peraturan dan kadar yang dikenakan oleh institusi kewangan bagi pinjaman kereta untuk memastikan keseimbangan di antara pembiayaan kereta yang munasabah dan mengelakkan kebanjiran kenderaan akibat penurunan harga kereta.

Matlamat 2: Menjamin nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum

i. Penghapusan cukai eksais dan penurunan harga kereta akan dibuat secara berperingkat supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai turut turun secara berperingkat.

ii. Kadar penurunan cukai eksais akan diumumkan setiap tahun di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira pandangan institusi kewangan dan semua pihak yang terlibat di dalam perusahaan automotif dan kenderaan terpakai. Ini bertujuan supaya susutnilai kereta dan aset pinjaman yang dipegang oleh institusi kewangan adalah selari dengan penurunan harga kereta baru.

iii. Kerajaan akan mengumumkan insentif di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setiap tahun untuk menggalakkan industri pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru; termasuklah insentif kepada pengusaha-pengusaha kemudahan baikpulih kenderaan (reconditioning and upgrading facilities)

Matlamat 3: Mengimbangi keperluan hasil negara

i. Pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan dijangka akan membawa hasil di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun sehingga 2015 apabila AP dihapuskan sepenuhnya.

ii. Penurunan cukai eksais secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun akan memastikan hasil negara tidak jatuh merudum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, sebaliknya diimbangi oleh hasil baru dari bidaan AP.

iii. Suntikan sebanyak RM8 bilion ke dalam ekonomi domestik dijangka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan kerajaan bermula dari tahun kedua selepas pengenalan dasar baru. Peningkatan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan dianggarkan akan menambah sekitar RM1 bilion hingga RM1.5 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun.

iv. Kerajaan akan memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan menghadkan perbelanjaan tidak terancang (ad hoc expenditure) yang diumumkan Perdana Menteri dan kabinetnya untuk mengawal perbelanjaan.

v. Industri baru iaitu pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru dijangka akan mewujudkan sumber pendapatan baru kepada kerajaan.

Matlamat 4: Menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif

i. Dasar automotif negara yang baru akan memastikan sasarannya adalah untuk merancakkan industri automotif secara keseluruhan, bukannya menjamin pemilikan industri automotif di tangan pihak-pihak tertentu. Ini penting supaya peluang pekerjaan dan nilai tambah sektor ini terus meningkat dengan penyertaan lebih banyak firma automotif antarabangsa.

ii. Syarikat-syarikat tempatan akan diberikan sepenuh kebebasan untuk melaksanakan strategi kerjasama dan pembangunan automotif yang menjamin peluang pekerjaan dan peningkatan penggunaan kapasiti sedia ada.

iii. Insentif khas akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan di Malaysia agar boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Matlamat kerajaan adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan nilai tambah di dalam industri automotif agar kadar eksport kereta buatan Malaysia ditingkatkan.

Matlamat 5: Pengurangan jumlah kenderaan persendirian

i. Sistem pengangkutan awam yang paling cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun. Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktikan berkesan, terutamanya rangkaian bas dalam bandar yang kini diabaikan oleh pentadbiran sedia ada.

ii. Rangkaian keretapi antara bandar yang lebih cekap dan murah agar penggunaannya boleh ditingkatkan berbanding keadaan sekarang. Penstrukturan semula KTMB dan pemodenannya akan menjadi salah satu fokus utama pentadbiran baru di Putrajaya.

iii. Insentif akan terus diberikan kepada syarikat-syarikat yang membangunkan dan mengilang kenderaan mesra alam di Malaysia dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia mempunyai nisbah kenderaan mesra alam per kapita yang tertinggi di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun.

Kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban hutang rakyat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT


2 OGOS 2012

BN terus menciplak Buku Jingga Pakatan untuk ...

Pengumuman terbaru pimpinan BN tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran CESS untuk peneroka FELDA menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat. ... bahawa Buku Jingga Pakatan adalah populis dan tidak bertanggungjawab, kami dimaklumkan bahawa beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi untuk meneliti secara halus cadangan Buku Jingga sama ada boleh dilaksanakan atau tidak ...

BICARA MINDA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Ini membuktikan Dato' Seri Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni. Justeru saya mengambil peluang ini untuk mempelawa ...Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada tahun 2010, saya sudahpun mempelawa Dato' Seri Najib untuk berdebat. Wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran ...

Berkaitan MAJLIS PRESIDEN PKR SABAH dari ...

Pada 26 Februari 2011, PKR Sabah akan mengetuai pelancaran Buku Jingga peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu. Ini akan diikuti dengan seminar mengenai dasar-dasar PKR Sabah untuk menangani pentadbiran tanah, perhutanan dan pembangunan ekonomi di Sabah pada 5 dan 6 Mac 2011. Pada 17 Mac 2011, PKR Sabah akan menganjurkan satu forum awam mengenai integrasi nasional di Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ...

Dato' Seri Anwar Ibrahim: Belanjawan Alternatif ...

Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan ... Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;. e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji ...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"
 Dakwa Rafizi : Rakyat Semakin Yakin Skandal Penyelewengan Umno / Bn
Posted on Thursday, August 02 @ 08:11:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Fariz MusaTindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli , Pengarah Strategi PKR adalah satu tindakan drastik pemerintah yang bertujuan untuk menutup mulut dan pendedahan yang telah dibuat oleh beliau khususnya berkaitan Skandal NFC dan Skandal LRT George Kent.

Terbukti daripada tindakan tersebut memberikan satu persepsi baru dikalangan rakyat bahawa wujud segala salahguna kuasa dan penyelewengan dana rakyat sehingga pemerintah yang didalangi oleh pimpinan UMNO / BN terpaksa mengambil tindakan tersebut.

Jingga 13 menyelar tindakan menangkap dan mendakwa Rafizi Ramli dan Johari Osman yang didakwa bawah Seksyen 97, Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) sebagai satu tindakan yang bertujuan untuk menutup pekung dan kebenaran , malah ternyata bersifat tindakan desperado politik UMNO/BN yang begitu ketakutan terhadap siri pendedahan skandal penyelewengan pimpinan UMNO / BN.

Ternyata segala pendedahan dan pembongkaran isu Skandal NFC dan Skandal LRT oleh Rafizi Ramli benar-benar diyakini oleh rakyat apabila suami Datuk Seri Shahrizat Jalil Ketua Wanita UMNO telah diheret muka pengadilan dan ini menjadi dendam kesumat yang turut didalangi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan salahguna kuasa dan campurtangan beliau dalam memberikan kontrak sambungan LRT Ampang yang diumumkan diperoleh konsortium diketuai George Kent (Malaysia) Bhd. , sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam membuat LRT.

Jingga 13 yakin rakyat semakin bijak dan mampu menilai dengan relevan terhadap apa yang berlaku.

Jingga 13 akan terus berdiri teguh bersama-sama Rafizi Ramli dan memberikan sokongan kepada beliau khusus dalam usaha beliau dan Pakatan Rakyat dalam terus mendedahkan segala penyelewengan , rasuah dan kebejatan yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang terus mengkhianati amanah rakyat.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 
 Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"

Umno Kelantan yakin tawan 23 kerusi Dun
ROSMIZA KASIM & NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
2 Ogos 2012
Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed
KOTA BHARU - Umno Kelantan tetap mempertahankan sasaran merampas 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekali gus menawan kembali negeri ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui usaha itu bukan mudah memandangkan pilihan raya kali ini disifatkan mencabar.
"Saya tahu sukar sebab ia bukan satu pilihan raya yang senang, ia cukup mencabar, namun kita perlu bekerja bersungguh-sungguh.
"Kalau terlalu yakin kita takut akan alpa dan malas untuk membuat kerja," katanya kepada pemberita ketika majlis 'Makan Colek Bersama Media'
bersama pengamal media di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang melahirkan keyakinan Pas Kelantan mampu mempertahankan negeri ini dengan memperoleh majoriti dua pertiga.
Bagaimanapun, dalam kenyataan itu Mohd Amar enggan mendedahkan jumlah kerusi yang disasarkan dengan menyifatkan ia sebagai rahsia parti.
Sebelum ini, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pernah menyuarakan sasaran untuk menawan 23 kerusi Dun daripada 45 kerusi demi memastikan kemenangan Umno di negeri ini.
Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, pemimpin Umno wajar bersatu-padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan semua isu berbangkit yang dimainkan pembangkang demi kekuatan parti.
Beliau berkata, ketidakpuasan hati terhadap calon yang terpilih pada pilihan raya nanti perlu dihindari, sebaliknya wajar memberikan sokongan penuh terhadap keputusan pucuk pimpinan parti.
"Di sini kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak, sebagai pemimpin kita kena ada disiplin dan kesetiaan kepada parti. Kita perlu mula melihat akan keadaan ini dan kena bersatu-padu menyelesaikan semua isu yang pembangkang main," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, Umno Kelantan sedang menunggu keputusan terakhir senarai siapa calon yang akan bertanding pada PRU13.


Umno Kelantan sedia selesai isu royalti sebelum PRU13
ROSMIZA KASIM
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI

3 Ogos 2012
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed
$entry.content.caption.value
KOTA BHARU- Umno Kelantan akan berusaha menyelesaikan isu berbangkit termasuk tuntutan royalti minyak yang kini menjadi modal kempen pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sebarang isu-isu yang dibangkitkan itu tidak boleh diselesaikan dengan  mudah kerana negara mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Menurutnya, Kerajaan Pusat tidak berdiam diri dalam soal hak rakyat kerana kita sebuah negara demokrasi malah isu terbabit sudah dibincangkan pada peringkat dalaman.

“Menyentuh soal tuntutan royalti minyak, apa jua tindakan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebab negara kita ada peraturan. Memang akan ada orang tidak berpuas hati tetapi kita berusaha menyelesaikan isu ini secara berhemah,” katanya kepada pemberita ketika majlis ‘Makan Colek Bersama Media’ bersama pengamal media di sini, malam tadi.

Mustapa berkata demikian bagi mengulas kenyataan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya supaya Barisan Nasional perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kelantan sebelum PRU13.

Dalam kenyataan itu, Tengku Razaleigh mengakui beliau ada didatangi beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan kaedah untuk menguatkan semula Umno di negeri.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengakui terdapat pemimpin Umno menemui Tengku Razaleigh dan berbincang isu tuntutan royalti tersebut.

“Memang kami ada berjumpa dengan beliau (Tengku Razaleigh) satu ketika dulu bincang dari hati ke hati mengenai isu berbangkit termasuk tuntutan royalti untuk mengukuhkan Umno sekarang,” katanya.

Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Ogos 2010 terhadap Petronas berhubung royalti minyak yang didakwa dikeluarkan di pengairan negeri.

Dalam kes saman itu, Kerajaan Negeri tidak menetapkan tuntutan dibuat sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah menentukannya.

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU
G MANIMARAN
29 Julai 2012
Lebuh raya rakyat: Ku Li nasihat Kelantan bincang Pusat
Tengku Razaleigh Hamzah
SHAH ALAM - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.
Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.
Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
"Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat 'grass root' supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa.

"Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai...

"Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang ini menambah, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.

Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau menyokong kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.

"Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak.

"Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah," katanya yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu.
Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.
"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya.
Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula kelmarin.
Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik.
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, kata beliau.
Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009.
Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.
Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum itu ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan lebih tiga dekad lalu.

Pas: Nasib BN PRU13 ibarat ‘tongkat retak’
Wartawan Sinar Harian
1 Ogos 2012
 Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan
Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan
KOTA BHARU - Nasib Barisan Nasional (BN) pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diibaratkan ‘tongkat retak’ menunggu masa untuk patah.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohd Fadhli Hassan berkata, situasi itu berkemungkinan berlaku berikutan pengunduran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dari BN di saat-saat akhir menjelang pilihan raya.

Beliau berkata, peletakan  jawatan dua orang kuat BN di Sabah itu menggambarkan kepada rakyat bahawa parti berkenaan menghadapi krisis dalaman.

“Jelas menunjukkan BN ada masalah dalaman sesama pemimpin mereka sebab orang kuat parti ini pun boleh keluar parti. Situasi ini memberikan petanda yang kuat dapat meruntuhkan BN, seperti ‘tongkat yang retak’ dan akan patah sekali gus BN akan terhumban jauh,” katanya semalam.

Sabtu lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta dan mengisytiharkan gerakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Peletakan jawatan itu turut diikuti oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Wilfred Bumburing.

Dalam pada itu, Mohd Fadhli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi berkata, isu tersebut mampu meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak terhadap Pakatan Rakyat (PR).

“Sekarang ini pun kita melihat rakyat sudah memberi sokongan dan keyakinan terhadap PR dan begitu juga rata-rata rakyat di Sabah dan Sarawak turut berbuat demikian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Fadhli menyifatkan tuduhan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zakarshi yang mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan wang kepada Lajim sebagai satu penghinaan.

Beliau berkata, dakwaan itu merendahkan martabat Lajim dan sebagai orang kenamaan yang berpengaruh, kewangan bukan pengukuran untuk Lajim mengambil keputusan keluar parti.

“Lajim bukan orang biasa sebab dia pegang jawatan besar yang mana kewangan bukan perkiraan untuk dia (Lajim) letak jawatan. Dakwaan itu sangat tidak patut dan boleh disifatkan satu penghinaan yang melampau kepada Lajim,” katanya.

Tiada ulasan: