Rabu, 1 Ogos 2012

BILA AGAMA NAK PISAHKAN...BILA JAHIL LAGI KURANG BERAMAL NAK BERCAKAP TENTANG AGAMA...BILA QURAN DAN HADIS BUKAN PANDUAN...BILA ORANG YANG JARANG DATANG KEMASJID NAK JADI JUARA AGAMA...ALLAH TAHU SAPE MEREKA INI....TUNGGU SAJA ALLAH MENGHUKUM MEREKA.....

Anwar: Rafizi didakwa untuk sekat pendedahan
3:58PM Ogos 1 2012
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya bahawa pendakwaan yang dihadapi Rafizi Ramli hari ini bertujuan untuk menghalang pengarah strategi parti itu daripada terus mendedahkan dakwaan skandal penyelewengan BN.

NONE"Saya yakin bahawa penangkapan Rafizi adalah berkaitan dengan isu skandal National Feedlot Cooporation (NFC) dan juga George Kent yang baharu sahaja diberikan kontrak jutaan ringgit.

"Motif penangkapan yang amat jelas berunsurkan politk semata-mata bertujuan untuk memastikan Rafizi untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno dan BN," kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar mendakwa, Rafizi mendapat ramai "seteru yang berkuasa" sejak membuat pendedahan mengenai projek NFC tahun lalu.

Golongan ini, kata Anwar, akan menggunakan apa sahaja untuk mendiamkan Rafizi.

Selangor tubuh tabung khas
"Ini menggambarkan politik dendam yang ditunjangi perdana menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan menggunakan agensi-agensi kerajaan yang dikawal penuh," katanya yang mengecam keras tindakan ke atas Rafizi.
Kecaman sama turut disuarakan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali yang mendakwa Umno dan BN terdesak sehingga mengheret Rafizi ke mahkamah atas dakwaan mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan itu kerana mendedahkan skandal NFC.

NONE"PKR percaya Umno dan BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor turut menyatakan sokongan kepada Rafizi dengan menyatakan dana khas bagi membiaya kos guaman bekas ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, langkah itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri untuk membanteras rasuah.

"Tindakan terhadap saudara Rafizi membuktikan bahawa komitmen kerajaan BN terhadap ketelusan dan pertanggungjawaban yang diuar-uarkan oleh perdana menteri ternyata hanya janji kosong," katanya.
DAP: Dakwa Rafizi mahu balas dendam
1:53PM Ogos 1 2012
Pemimpin pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan menahan dan mendakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) pagi ini.

Ketua Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha membasmi rasuah yang mahu dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE"(Ia) melemahkan lagi prestasi yang lebih rendah mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP)," kata Pua dalam kenyataannya hari ini.

Pua (kiri) menyifatkan tindakan itu sebagai "membalas dendam" terhadap si pembocor maklumat.

Beliau mendakwa pendakwaan terhadap Rafizi juga bertentangan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai membantu memerangi rasuah.

Rafizi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah bawah Seksyen 97 Bafia kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

Azmin: Cuba tutup pekung
Rafizi didakwa menzahirkan baki akaun peribadi NFC, National Meet and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Mohd Salleh kepada perunding media Yusuf Abdullah dan Erle Martin Carvalhoe.

Jika sabit kesalahan Rafizboleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.

NONETimbalan Presiden PKR Azmin Ali (bawah) berkata, penahanan dan pendakwaan itu bukti jelas bahawa Umno dan BN terdesak akibat pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"PKR percaya Umno-BN sedang menggunakan pelbagai cara untuk menutup segala pekung penyelewengan dan salah guna kuasa daripada menjadi pengetahuan rakyat.

"Namun kita yakin, rakyat Malaysia akan terus bersatu untuk menolak rasuah dan salah guna kuasa demi kemaslahatan negara," katanya.

Pemuda PAS: Tindakan Rafizi terpuji
Sementara itu, Pemuda PAS beranggapan, penahanan bekas ketua eksekutif pejabat penasihat ekonomi Selangor itu menunjukkan kerajaan persekutuan tidak ikhlas dan telus daNONElam memastikan negara bebas daripada rasuah.

"Kerajaan sepatutnya melihat isu yang ditimbulkan oleh Rafizi jauh lebih utama dan penting berbanding tindakan tindakan beliau yang membocorkan maklumat, kata naib ketua dewan itu Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kanan).

Raja Ahmad sebaliknya berkata, tindakan Rafizi itu wajar dipuji kerana bertujuan memastikan negara bebas daripada "penyangak rasuah".

NGO desak JAIS bertindak pada politik di masjid

  • Koh Jun Lin
  • 1:07PM Ogos 1 2012
Sekumpulan aktivis NGO hari ini berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

NONE"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.

Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor.

  • Khairul Anuar · · Pengulas Tertinggi · Writer di Blogger · 175 subscribers
    lu org yg dok demo ni pernh pi dgr kuliaah khalid samad ke? suruh pergi msjid xnk...tpi bila taw pemimpin tertntu pi bgi kuliah korg dkwa ni politik la...wei cai2 umno...klau najib pi bgi kuliah kt msjid mmg btoi2 politik la sbb dia tu jhil agama...xpernh dlm hidup aku ni tgok PM bg tazkirah...keluar hdis..bg kuliah ke..bca kutbah ke..pelik aku Mlaysia ni..nk berdkwh pn kna ada tauliah dlu bru boleh...

    • Bangsal Mukabuku · Pengulas Tertinggi
      NGO2 tersebut cume minat dgn kuliah BR1M dan kuliah tersebut tidak perlukan tauliah.hahaha...

    • Getsuga Tenshou
      Lu pandai agama sgt ker nak kata org jahil?? berapa sen PAS kasi jadi pencacai?? buduh..

    • Md Shukri Aziz · Pengulas Tertinggi
      khairul Anuar : PAS PIS PUS menggunakan masjid utk dakwah politik songsang mereka..AWAS ngan parti anjing kurap DAP nih..hikk !

  • Kee-Keat Teh · Pengulas Tertinggi · umur 42 tahun
    "Jangan dipilih ahli politik yg mencuri duit rakyat" - "ucapan politik" atau "ajaran al-Islam"?
    "Jangan menabur fitnah mengenai orientasi seksual tokoh politik muslim lain" - "ucapan politik" atau "ajaran al-Islam"?
    "Usah menonton program stesen TV yg menyiarkan klip video lucah" - "ucapan politik" atau "ajaran al-Islam"?

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
    Kah kah kah... KPOP JAIS relax je.. JAIS tak Kacau pun..

  • Kamaruddin Kassim · · Pengulas Tertinggi · Universiti terbuka
    Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

    1. Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
    2. Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
    3. Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
    4. Suami taat pada isteri.
    5. Anak mendurhakai ibunya.
    6. (sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
    7. (dan) menjauhkan diri dari bapanya.
    8. Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
    9. Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
    10. Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
    11. Arak diminum di merata-rata tempat.
    12. Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
    13. Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
    14. Banyak jenis muzik dimainkan.
    15. Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.
    Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”

    Baca dan renungi sedalam-dalamnya peringatan Nabi S.A.W nombor 1, 2, 9 dan 10. Sepatutnya pimpinan negara dan pegawai-pegawai kerjaan kena jaga amanah rakyat. Siapapun yang merintah negara, ianya menjadi amanah untuk membelajakan harta negara dengan penuh amanah. Bila sifat amanah tidak ada dalam diri setiap individu yang bergelar pegawai kerajaan dan barisan pimpinan negara sudah pasti akan berlaku pecah amanah serta mengundang bala Allah.

    Orang politik kepartian tidak boleh menggunakan kemudahan kerajaan untuk kepentingan parti politiknya, mereka hanya sekadar memegang amanah rakyat, tidak lebih daripada itu. Ini merupakan berpolitik orang telah muflis. Bergantung dengan kemudahan kerajaan, menggunakan wang negara untuk kepentingan politik kepartiannya dan pengawai kerajaan pula memberikan peluang parti-parti politik menggunakan kemudahan jabatan-jabatan kerjaan untuk kempen politik. Sepatutnya mereka menceritakan dasar-dasar kerajaan yang sedia ada untuk dilaksanakan.

    Oleh itu saya mengajak semua para pendakwah supaya menyampaikan mesej dakwah kepada orang-orang politik, supaya mereka sentiasa berdisiplin dan berakhlak Islam serta tidak tersasar dari panduan syarak. Orang politik yang sudah tersasar dari panduan syarak sudah tidak amanah, mereka ini orang yang sudah muflis di dunia dan di akhirat, mereka ini hanya hidup bergantung kepada ehsan kerajaan, sudah tidak mampu menggunakan jentera parti untuk berpolitik, mereka ini perlu disingkirkan supaya bala Allah tidak menimpa umat. Para pendakwah juga akan turut sama menerima bala Allah.

    Kamaruddin Kassim
    Unit Latihan & Jaringan
    Pertubuhan Menagani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)
    & Lajanah Dakwah PUMWP

    • Roslan Kasim · Pengulas Tertinggi
      TAKBIR !!!

    • Cik Nene · Pengulas Tertinggi
      Terbaik. cai2 umno sila muhasabah dirilah. Jangan baca aja.

    • Daus Mira · Sintok
      kepada mereka gunalah akal yang diberi oleh allah untuk menilainya janganlah menilai dengan otak dilutut mahasabah lah diri kita dibulan mulia ini jangan biarkan agama mu dihina .

  • Muhammad Nazmi · Pengulas Tertinggi · Al-Azhar University, Cairo
    antara setan2 yang terlepas dalam Ramadhan.

    • Naz Ghazali
      adakah kita diboleh melabelkan orang sebagai setan di bulan ramadan ini?

    • Zulkiflie Ali · · Pengulas Tertinggi
      Naz Ghazali dalam quran, 1500 tahun dah mereka dilabel seburuk itu...bahkan lebih bruk dari itu... len kali kalau ngaji tu cube2 la tadabbur quran yer... :-)

  • Pengundi Pas Kedah · · Pengulas Tertinggi · Sekolah Politik PAS · 166 subscribers
    agaknya kalau Imam Syafie masih ada pada hari ini....mesti akan ditetang oleh puak2 ni...kira selagi tak ada tauliah, tak boleh bagi ucapan dalam Masjid... hukum dalam kitab mana depa mengaji pun entahlah!!!! dan bila saja mana2 pemimpin PR buka mulut saja, itu 'ucapan politik'...bercakap dua patah saja itu 'politik'.....kalau pemimpin depa bercakap, oh itu semua tak politik.... puak2 ni ibarat kata kalau pemimpin depa kata taik itu wangi, depa semua akan berbondong2 mengiyakan.......

  • Maz Lan · Pengulas Tertinggi
    setakat muka2 geng abdullah ubai.....aper nk heran....pirahhhhh.....

  • Amir Hamzah · Faculty of Engineering, Universiti Putra Malaysia
    hahaha..4 NGO tp dpt kumpul stakat 40 org..balik je la bhai...banyak2 berhimpun dgn beramal kat Masjid lg baek..

  • Kami Benci Najib Tun Razak
    sek ANTI DEMO berDEMO??...
    hak3..
    banghal betui..

  • Md Zulaimi Kazin · · Pengulas Tertinggi · CEO/Owner di Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn, Bhd dan Janda Product Marketing
    hahaha...orang demo kamu pun nak demo tapi tak tahu apa isu. kalau masjid dan surau jarang2 kamu pijak, nak pula buat demo bantah majlis tazkirah. kalau rasa nak bagi tazkirah juga mintalah dgn Jawatankuasa Masjid/surau? entah2 tak kenal pun...atau dapat mic nyanyi lagu janji ditepati. kalau nyanyi boleh nak bg tazkirah hampeh.

    • HaNif R-Nep · Pengulas Tertinggi
      bukan nk sengaja mulut huduh, tapi kalau xckp xsedap..
      orang UMNO yg kaki bodek tu mmg muka xtahu malu.. lbih truk dari anjing perangainya.. orang bertazkirah pun dia nk halang. mmg xde isu langsung.. semuanya gara2 nk bodek.. mmg muka xtahu malu btul laa..
      spatutnya golongan pendemo macam ni la kita kena baling gas pemedih mata n sembur air.. biar diorg celik mata sikit n sedar dari tido.. haihhhh

    • Haizi Afifi
      untuk penyokong dan ahli pas shj.org umno baca nanti akan jadi cerdik.HARAKAH

  • Kamarul Nizam · Pengulas Tertinggi
    geng2 songkok hitam nih bkn bole percaya sgt jenis cpt panas telinga kalau dgr bab hukum hakam.. terkena btg idung sdr kot... hehheheheheh

  • Epul Roseman · · Executive di Total logistic services
    Tauliah adalah untuk penceramah yg menyampaikan kuliah. Pemimpin sekadar beri ucapan dan tausiyah ringkas berkenaan Ramadhan. dah takde idea la diorang ni. DrHalimah Ali sepanjang ramadhan solat tarawih di masjid2 dan surau2 dalam kawasan dia. malam tadi di sebuah surau yg kuat UMNO. siap rakam lagi kot2 boleh jadi modal hentam balik konon dia bagi ucapan politik. bila hampa tak jumpa bahan isu, depa masih nak demo jugak. aduhai...teruskan memperbodohkan orang. harus ingat, jemaah masjid surau yang ada ketika pemimpin2 ni hadir tau apa yg diucapkan. dan bilangan mereka ramai. tak mungkin mereka tertipu dan diperbodohkan dengan fitnah ini. percayalah orang akan makin menyampah~!

  • EgAponi Anis · Pengulas Tertinggi · SMPGAS 1991-1995
    kah kah kah gila apakah mereka ini?sakit apakah mereka ini?tersampauk syaitan manakah mereka ini?ini bukan berita sadis, juga bukan berita tragis..inilah berita yang wajib rakyat raikan..inilah bukti Umno semakin pupus sokongan dan bakal mangkat secara pukal!!!

  • Zul Aziz · Test Engineer di Xyratex (M) Sdn Bhd
    alamat takda tazkirah la bulan ramadhan ni kalau nak tunggu nk dpt 'iktiraf'. So ape kelayaknnye..takde sebut pun... Nak kena ade degree ke? PHd? Kat umah aku, budak tahfiz belasan tahun yg bgi tazkirah..meh datg tangkap

  • Polis Tangkap Lalat · Pengulas Tertinggi
    MEMALUKAN ORANG ISLAM...BERDEMO DENGAN PEMIMPIN YANG MENEGAKKAN HUBUNGAN SONGSANG... LEBIH BAIK BUANG SAHAJA TOPI HAJI TU WAHAI PENYOKONG PAS...KAMU SUDAH SESAT BERSAMA PEMIMPIN PAS!!

    • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
      KALAU PEMIMPIN UMNO YANG LAKUKAN DALAM MASJID ATAU SURAU SEMUANYA BOLEH YANG HARAM PUN JADI HALAH DEK UMNO.........POLIS TANGKAP LALAT BOLEHLAH JOINT MEREKA NI......UNTUNG2 DAPAT DUIT RAYA RM20/-

    • Bangsal Mukabuku · Pengulas Tertinggi
      MEMALUKAN ORANG ISLAM...BERDEMO DENGAN PEMIMPIN YANG MENEGAKKAN HUBUNGAN RASUAH... LEBIH BAIK BUANG SAHAJA NAMA ISLAM TU WAHAI PENYOKONG UMNO...KAMU SUDAH SESAT BERSAMA PEMIMPIN UMNO YANG TOLAK HUDUD!! HAKHAK...

    • Polis Tangkap Lalat · Pengulas Tertinggi
      HAHAHHAHAHAH YEKE....

  • Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
    huu ramainyer 40 org, wakill TIBAI, wakil GAPS, wakil JATI, wakil PERKASA, perhhhhh mmg ramai la yg hadir

  • MA Iskandar MA Iskandar · · Pengulas Tertinggi
    Tauliah2 ini bl ada ajaran yg tdk bnr, lht diIndonesia bagaimana hebat kehidiran umat islam dgn kuliah2 tdk perlu tauliah.Perkembangan islam diSelangaor sgt2 pesat mengatasi negeri kelantan, penceramah2 berbagai latar belakang, fahaman politik yg berbeda cukup menarik umat islam dtg kemasjid.Apakah kt mh masjid yg besr dihadiri hnya 10-20org mendgr kuliah agama/sembayang.Malu sgt kelakuan kamu.

  • Jack Petgc · Pengulas Tertinggi · Jakarta, Indonesia
    bila buat kerja pentakbiran kalau asyik ceramah aje....ceramah tu kalau pasal sirah rasululuah tak apa, tapi pasal orang tu tak betul, orang tu salah, orang tu bodoh...maki sana, maki sini...lepas tu kitip derma...itu je la kerja pemimpim pembangkang....suruh bagi cadangan macammana nak majukan ekonomi, haram tak tau?????

  • Bicara Che Wan · Pengulas Tertinggi · TOK SIAK, MASJID KAYU, PULAU PINANG di Masjid Kayu
    Nabi s.a.w bersabda yg bermaksud..... Sampaikan olehmu daripadaku walaupun hanya dengan satu huruf... Tak ada pula nabi mensyaratkan bahawa yang berhak menyebarkan dakwah islam itu hanya golongan yg mendapat tauliah.. Jangan ditakutkan orang yang mahu mengajar dan menyebarkan agama allah... Bimbang akan semakin kurang penyebaran dakwah.. Mahuka kita kembali kepada zaman gelap jahiliah?

  • Syed Jaafar Syed · · Pengulas Tertinggi · Master institute of tecnology
    warisan abu lahap....dulu..kini dan selamanya jahil...

  • Bakau Tua · · Pengulas Tertinggi · Kuli di Usaha sendiri
    asal sj pakatan itu salah ini salah...yg puak regim guna segala kemudahan kementerian, awat hampa xnmpak, sek, masjid, dewan, apa sj depa nk guna, blh pulak...dasar ngo pekak, buta pyh nk kira..
    RANTAI...

  • Yusri Sood · Pengulas Tertinggi
    klw kamu tidak boleh utk melakukan keabaikan ada lebih baik jgn menghalang org lain utk buat kebaiakkan...ngo kaki fitnah memusnahkan negara!!HANCURK2... HANCUR UMNO!!

  • Jean Al Francoise · · Pengulas Tertinggi · Ampoo Bhodek Department F.L.O.M di Pejabat Perdana Menteri Sulawesi Selatan
    ckp berlapik la konon.ckp je terus terang, selain dari UMNO@BN, takleh, buat apa pon salah.kan senang nk paham tu?hahaha

  • Mohd Azmi Jusoh · Pengulas Tertinggi · Armed forces apprianties trade shool
    Kuliah yg diberi ialah asyik cerita bohong dan fitnah ditv so bulan puasa ni kena muhasabah la diri...

  • Arifin Masran · Pengulas Tertinggi · Universiti Putra Malaysia
    Kalaulah mereka ini lahir ketika zaman Nabi saw, rasanya mereka adalah tali barut Abu Jahal dan Abu lahap yang penakut....

  • Encik Gabot · Pengulas Tertinggi · Sekolah Atap
    sampaikan lah dari walaupun satu ayat ...

  • Hasnul Hadi · Pengulas Tertinggi · Ypj segamat
    hahahha. muka macam kaki disko je

  • Md Rofaizol · · Pengulas Tertinggi · Property hunter Call 0136983066 di Self Employed (Business)
    dtg la mengimarahkan masjid..wat malu org islam aje la..bulan pose ngata org..

  • Man Taqwa · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Parti Islam Semalaysia ( PAS )
    semua geng tampoi ni. he he

  • Adi Jeragat · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    .Hamidzum..daripada hang berdemo lebih baik hang jual goreng pisang kat pasar ramadzhan Rantau Panjang Kelang..ada jugak faedahnya..

  • Bangsal Mukabuku · Pengulas Tertinggi
    Yg bantah mesti ProUmno/BN.Xde logik la... Rakyat biase rilek2 aje.Jangan buat prangai budak kecik la... xkire parti ok... Lagu tema Merdeka ade unsur Politik xplak dibantah.Aku ni bdk lg tp kalau aku tua dan kurang bijak mcm kebanyak NGO2 ni, aku sggup jd budak je... malu la weii...

  • Hamim Shahrir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri cari makan maa
    hahahaha...geng2 umno yg takut guna nama umno...terpaksa ler guna NGo...hakikatnya tetap umno....betul ckp org ...umno penakut......

  • Ahmad Faheem Islahi Ishar · Pengulas Tertinggi
    oii NGO, ni aku nk cakap. lagu 'janji ditepati' tu berunsur politik. tk nk hantar memorandum kat rais yatim ke ha?

  • Ismahaji Abu · Pengulas Tertinggi
    Inilah permintaan puak yg memisahkan politik dari agama..agar depa boleh bermaharajalela dgn kuasa politik yg ade..pegang jawankuasa masjid pun sbb nak sekat ilmu agama sampai kpd umat..Depa nak berpolitik tanpa panduan agama..membujur lalu..melintang sapu..

  • Latiff Haron · Pengulas Tertinggi · Sys batu gajah
    Tiada salahnya berucap tentang perkara berkaitan politik di surau atau masjid. Ini kerana politik dan Islam tidak bolih di pisahkan. Politik dan Islam itu sendiri menuntut supaya pemimpin tergolong dari jenis manusia yg memiliki akhlak yg baik dan berpendidikan agama disamping yg lain. Bukan dari golongan pencuri , penyamun, perasuah, perogol, penipu, pembohong, kaki makan suap yg sanggup jual agama, bangsa dan negara, sanggup gadai hak dan tanah rezab melayu seperti yg dilakukan oleh pemimpin UMporNO, kumpulan kopiah tinggi dan juga NGO yg berkenaan. Rakyat lebih cerdik dari apa yg kamu sangkakan....

  • Saumin Hamli · Pengulas Tertinggi · Sekolah umum buta huruf
    Malulah sikit, orang bukan islam pun tahu siapa yang ingin mengajar islam dgn ikhlas.Helo penjaga akidah kepala JATI, cuba buat kajian keatas rakyat malaysia yg bukan islam termasuk sabah dan sarawak.Tanya mereka siapa yg berdakwah, mengajar dan menegakkan islam PAS atau UMNO.Dan tanya siapa yg ckp pasal agama sebab GAJI saja.Masya'allah ya sheikh.Fikir betu2.Baca doa kena byr, sembayang mayat kena bayar, bagi nikah kena bayar padahal dah dapat gaji.Masya'allah ..masya'aallah

  • Amadz Mudzz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di CHEMICAL ENGINEERING
    Spises UMNO yg hnya tinngae di Shah Alam...

  • M Safary Apai · Bekerja di Mangkok Sdn Bhd
    pulak dah.... pasni ape?

  • Semut Api · Pengulas Tertinggi · Skudai, Johor, Malaysia
    NGO2 yg membuta tuli..xtau pape pn puak2 nih..cri pblisiti je pndai

  • نور سوزانا · Pengulas Tertinggi
    tenguk playcard pun tahu...puak2 umno ngokkk...playcard merah mana nampak jelas...lain kali guna kuning atau hijau, sebab jelas terang tulisan.muka tak tau malu...masih nak memisahkan agama dgn politik...terdesak... imam2 yg di biaya p haji masih juga sokong pakatan ...maka...puak2 ni datang utk buat porak peranda.puak2 ni masih keliru dan mengajak rakyat juga keliru...mereka minta rakyat pilih pemimpin rasuah satu malaysia...yg di anggap suci...jelas ingat umno ingat umno memang ngokkk.

  • Ezanizam Mat Soom · Pengulas Tertinggi
    Apa kata kita bagi mereka peluang untuk bagi tazkirah lepas terawih? Mahu ke mereka?

  • Alang Buana Selili
    Puak2 ni letak agama no. 2....tupasal

  • Rexy Sunny · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    hahaha,,,, jenis muka tak malu. Peranan masjid sendiri adalah untuk memurnikan politik dan pentadbiran. habih kalau tak citer bab politik nak citer bab apa bro...bab ketuanan melayu ka...ayoyoyo bro...balik kat rumah tengok cermin la.....

    • Zul Aziz · Test Engineer di Xyratex (M) Sdn Bhd
      Diorang ni nak cerita bab amal makruf je..... yg baik baik,sedap didengar.. macam rancangan2 kat tv tu... tapi nahi mungkar tak dengar, taknak buat....bile org cerita pasal nahi mungkar, katela mengumpat la..mencacila...

  • Mohd Yasin Haji Sulaiman · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Brbalik2 muka yang sama jek.Cari lak muka lain plak.

  • Anggun Atok · Pengulas Tertinggi
    APOLAH PUNYO NGO BANGANG SANGAT APOLAH SALAHEA BELIAU BUAT TASKIRAH TENTANG AGAMA BUKANYA BRIM..KALAU NGO NI FREE SILA BUEK DEMO KEK SOGAMBAN PM NAK BUKO POSA KEK MASJID PAROI PONOH DENGAN BENDERO UMNO BN..AGAK2 BOLEH ATAU TIDAK ..JAWABEA MESTILAH BOLEH SEBAB UMNO YANG LAKUKAN.........

  • Nordin Harun · Marketer, Biz Advisor di Universal Superior T e-Nur Khidmat Niaga
    politiklah kat manapun... yang puakni takut sangatni kenapa.. kalu aku elok juga.. dalm masjid biasanya benda yg tak baik susah nak keluar dari mulut... tentu dlm hati terdetik rasa takut bila menipu.. sekurg-kurgnya... apa kata yang lain...

  • Tok Muding · Pengulas Tertinggi · Bangalore University
    Umno Wooi.....politik ni sebahagian dalam Islam la..mcm solah haji puasa la juga..hang ni bodoh la....xkan nak cakap solat haji puasa dalam masjid xboleh...sama la dgn bab politik juga Umno bodoh wooi

  • Misai Merah · Pengulas Tertinggi · Bekerja di I Love Allah, I Love Prophet Muhammad (PBUH), I Love Islam.
    Puak Abu Lahab dan Abu Jahal ni mana mau imarahkan masjid.Cakap bab agama dikatanya politik, cakap politik dikatanya agama.Jahil murrakab

  • Yusibra Sfma · Pengulas Tertinggi
    Siapa yg menyeleweng ? Siapa yg TERseleweng ?

  • Shah Is · Pengulas Tertinggi
    bila org dlm masjid sebut tolak pemimpin rasuah..dia terasa org tu berpolitik..sebut tolak pemimpin zalim dia terasa juga.walau tak sebut parti apa...keh keh keh

  • Mona Fendi · Pengulas Tertinggi · umur 55 tahun
    ngok muke2 ngo ni tk de selera nk buke puase...ingatkan ramai sngt yg sokong demo ngo tong taik ni

  • Roslan Kasim · Pengulas Tertinggi
    Bape hengget la mamat2 ni dapat duit pi demo bln2 posa ni...

  • Razeli Mokhtar · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
    Apabila tazkirah disampaikan, mengambil contoh yg berlaku kepada umat islam sekarang melibatkan pula isu2 semasa, terkena pula keatas hidung yg melakukan kemungkaraan, maka perkara yg wajib diimarahkan setiap malam dibulan ramadhan iaitu tazkirahpun dianggap hendak berpolitk dimasjid..

  • Azhar Maa Takaful · Pengulas Tertinggi · SMKA Falahiah
    presiden jati bg ucapan politik jgk tu dulu

  • Yan Pian · · Pengulas Tertinggi · Singapore, Singapore
    NILAH YG DIKATAKAN>>>ORANG2 YAG SUKA JILAT COBA KO TENGOK DRI KORANG BAGUS SANGAT K.KO RANG BUKAN TIBAI TPI CIBAI LAHNAT, ORG2 MACAM INILAH YG PCAH BELAHKAN MELAyU, BANGANG PUNYA MELAYU <<<<<

  • Tajol Azmi Zulkifli · Pengulas Tertinggi · Sekolah menengah datuk kamarudin batu kurau
    Dok agak dah, takdak org lain 3 serangkai jugak dok melalak..senaman punggung sekali lagi

  • Fauzan Eman · Smktd
    Bg K.A, saya sokong sgt2 kata K.A tu.Mamat2 mangkok tu je la keje yg ditaunya...

  • Tobiaq Man
    puak2 gila ni buat dh..posa ka x puak2 gila ni

  • Azahari Aziz · Pengulas Tertinggi · Pengarah Urusan di Syarikat sendiri
    Itu semua ngo haprak sentiasa mencari kesalahan2 org, dia pernah dgr ke ceramah tu, ini negeri bwh pakatan rakyat sukahati dia orglah buat apa2 pun...

  • Sheikh Mad · Pengulas Tertinggi · Universiti utara malaysia
    Eloklah majlis agama islam selangor memang menjadi hamba PECACAI UMNO MUNAFIK, MAIS@UMNOLAH YANG PECAT ALLAHYARHAM DATO, MUFTI ISHAK BAHAROM, DAN PUAK MAIS DAN UMNO INI JUGA MERUPAKAN KONSPIRATOR UTAMA PEMECATAN ARAWAH DATO'MUFTI, INI MANUSIA SPESIS MUNAFIK YANG TERANG TERANG MENJADI MUSUH UTAMA AGAMA ISLAM, DENGAN MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI ALAT MENDAPAT HABUAN DUNIA...JANGAN DOK BERSINDIWARA, ELOK BUAT BANYAK IBADAH DI BULAN PUASA JANGAN BUAT BANYAK FITNAH DAN DOSA KEMUNAFIKKAN..CIBAI JATI@CIBAI TIBAI@CIBAI PERKASA@CIBAI GAPS...AMIN.

  • Mohd Jais
    nampak sangat muka2 balaci. bangang punya spesis......halal haram dalam Islam memang ada kaitan dengan politik. salah ke bercakap pasal penyelewengan atau penipuan oleh pemimpin kat masjid? amal makruf, nahi mungkar kan ada kaitan dengan agama. korang ingat masjid tu cuma utk solat jer ker. nak solat...kat mana2 pun boleh, tak payah kat masjid pun takpe. aduhhh..... kalau hati dah hitam......

    • Mohammed Sukkir · Peg.Penyelaras di NSDK
      Kan ada beza ucapan politik dgn belajar agama...

    • Mohd Jais
      mengkritik & menegur juga adalah sebahagian dari proses "belajar" ugama. politik juga adalah sebahagian dari tuntutan ugama. kalau mengkritik kebejatan pun dikatakan "berpolitik" di masjid.....ayuh kita diamkan saja segala kebejatan, biar jahanam negara kita. semuanya dah jelas.....kalau kita menyokong/pertahankan golongan yg korup, bermakna kita redha dengan perbuatan mereka. dgn apa nanti kita nak jawab depan Allah. yg hak jelas & yg batil juga cukup jelas. maaf sahabat. selamat berpuasa.

  • Wahab Dawam · MR
    Puak-puak NGO ni macam Pro UMNO je. Lebih baik halang UMNO BN guna TV rakyak untuk kenpaen parti mereka. O.. yang guna TV rakyat siang malam untukl fitnah orang, sebar keburukan orang tak pe ye. Orang PAS guna Islam sampaikan Ilam di surau mesjid. Ia termasuk politik. Siasah yariyyah. Kamu UMNO asingkan uagama dengan pilotik. Sudahlah tu. UMNO BN dah reput. Tunggu tumbang je

  • Mohd Hamdi Sidik
    umno kata baik bagi chua soi lek....dari yb khalid samad..melayu akan bengong selagi umno berkuasa

  • Mann Greco · Pengulas Tertinggi
    Tindakan NGO ini menyebabkan seluruh iblis dan syaitan berpesta..

  • Shaari Karim · Pengulas Tertinggi · Pearl Manager di HR MARKETING SDN BHD
    NGO UMNO dah tiada modal, duit, tak dengar ceramah dan dah tak beramal lagi yang idieologi masih kotor!!!!

  • Husaini Bin Mukhtar · Pengulas Tertinggi · UKM
    kalau ada, masuklah dlm Youtube...nak 'nilai'.

  • Muhammad Afiq · SMK Batu Unjur
    Kenapa nak halang kpd org yg brpesan kepada kebenaran

  • Mohd Mzi · Pengulas Tertinggi
    tu dia.. kalau jumpa mangsa yang sedang nasak di tepi jalan, jangan diajar mengucap...kena ada tauliah dlu

  • Abd Rahim Abd Gani · · Pengulas Tertinggi · PTD
    PM dan TPM buat ceramah politik dalam masjid tak de pun NGO yg berani bersuara bangang pnya NGO.
Tema merdeka Pakatan: 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'

  • Salhan K Ahmad
  • 1:31PM Ogos 1 2012
Pakatan Rakyat memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan tema tersebut, Datuk A Samad Said berkata tema tersebut dipilih setelah menghalusi sebanyak 250 cadangan slogan yang diterima melalui e-mel.

NONE"Akhirnya kami putuskan untuk pilih satu slogan yang turut kami ubah dan disesuaikan," katanya yang menambah, slogan itu berdasarkan cadangan seorang individu bernama Alhaimi Adam.

"Kerajaan belum tentu akan terima, tapi kena ingat bahawa (cadangan tema) ini datang daripada rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan akan memutuskan sekiranya akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan berasingan dengan tema alternatif tersebut, sekiranya kerajaan pusat enggan menukar tema kontroversi "Janji Ditepati".

"Itu kita akan bincangkan di peringkat pimpinan kemudiannya, tapi kita harapkan kerajaan dapat rasa denyut nadi rakyat ini sebagaimana (tema) yang dipilih oleh jawatankuasa ini," katanya lagi dalam sidang media tersebut.

Pakatan sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada kerajaan untuk menarik balik tema kontroversi itu yang menerima kritikan keras pelbagai pihak.
Jawatankuasa tersebut juga kini membuka talian kepada para pengguna Internet untuk menghantar cadangan logo dan lagu baru yang selari dengan tema berkenaan.

Tarikh tutup cadangan itu, yang perlu dikemukakan kepada sekretariatpakatan@gmail.com adalah pada 5 Ogos.
VIDEO l 5.22 min

Pereka grafik siasat logo kontroversi 'Janji Ditepati'

  • Aidila Razak
  • 4:58PM Ogos 1 2012
Pertubuhan Wakaf Reka Grafik Malaysia (wRega) sedang mengadakan perbincangan dengan "pihak berkaitan" untuk memastikan bagaimana logo Hari Kebangsaan ke-55 yang mencetus kontroversi itu muncul.

NONEPresidennya wRega Zachary Ong berkata, siasatan itu dijalankan untuk mengelakkan kontroversi sama timbul selepas ini.

Katanya, pertubuhan itu telah menjalankan siasatan dan kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak berkaitan.

Katanya, wRega mengadakan perbincangan dengan kementerian penerangan dan juga kumpulan dari kalangan penggiat reka grafik untuk mendapatkan maklum balas.

Katanya, kontroversi yang timbul itu menunjukkan betapa reka grafik di Malaysia berada di tahap yang dahsyat dan tahap kesedaran masyarakat dalam kepentingan reka grafik.
MCA: Apa polisi bersama Pakatan berkaitan hudud
4:49PM Ogos 1 2012
Naib Presiden MCA Datuk Seri Chor Chee Heung hari ini mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk secara terbuka menjelaskan polisi bersama Pakatan Rakyat bagi membuktikan DAP benar-benar menentang pelaksanaan hukum hudud.

Chor berkata DAP cenderung berdiam diri dan tidak bercakap apa-apa walaupun telah berkali-kali digesa oleh orang ramai untuk menjelaskan pendirian mereka terhadap usaha PAS melaksanakan hukum Hudud.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungDalam kenyataan, Chor (kanan) yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan berkata Lim juga perlu membuktikan bahawa DAP bukan semata-mata menggunakan polisi sama yang dipersetujui oleh parti itu dan PAS sebagai alasan untuk mengelirukan orang ramai dan mengumpan mereka.

"Di bawah tekanan, Guan Eng telah menggunakan polisi bersamanya untuk menjelaskan hubungan antara DAP dan PAS, cuba memusing fakta bahawa DAP telah membenarkan PAS melaksanakan hukum hudud.

"Malangnya polisi yang digunakan DAP menunjukkan ia tidak konsisten dengan butiran dan penjelasan yang diberikan," katanya.

Anggota Parlimen Alor Setar itu menambah, jika polisi bersama yang diperkatakan Lim mengenai Buku Jingga, jadi mengapa Kelantan yang diperintah PAS mengenakan larangan tertentu di negeri itu seperti aktiviti judi berlesen dan arak walaupun polisi berkenaan tidak disenaraikan dalam buku itu.

"Ia adalah jelas bahawa pakatan tidak berkongsi polisi yang sama dan mereka hanya bersama kerana memerlukan antara satu sama lain dalam bidang politik dan pada masa depan, mereka akan berpecah juga kerana kepentingan politik, meninggalkan rakyat menjadi mangsa kepada cara melulu mereka," katanya.

- Bernama
Seminggu untuk Awang Adek jelaskan isu rasuah

  • Koh Jun Lin
  • 12:19PM Ogos 1 2012
Pemuda PAS memberikan masa seminggu kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin untuk menjelaskan dakwaan salah guna kuasa yang timbul Februari lalu.

NONE"Jika Awang Adek masih berdiam diri, atau perdana menteri tidak menjawabnya, kami akan bertindak," kata setiausaha dewan itu Khairul Faizi Ahmad Kamil semalam.

Kata Khairul Faizi, tindakan lanjut akan diumumkan kemudian, termasuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penulis blog tidak dikenali 'Thewhistleblower711' sebelum ini mendakwa Awang Adek menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB.

Blog itu mendakwa, Awang Adek menerima sogokan untuk meluluskan penyambungan kontrak untuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk dua bangunan kerajaan di Johor Bahru.

Menurut laman web SJJN, skim itu bertujuan mengenalpasti syarikat bumiputera berdaya mahu dan menyediakannya dengan bantuan supaya layak menjadi syarikat tersenarai awam.
VIDEO l 5.02 min
Menang kontrak, saham George Kent naik 14.5%
11:40AM Ogos 1 2012
Saham George Kent (Malaysia) Bhd meningkat sebanyak 14.56 peratus selepas firma kejuruteraan dan mekaninal itu memenangi kontrak sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) semalam, lapor Reuters.
Syarikat Prasarana Negara Bhd semalam secara rasmi mengumumkan bahawa kontrak untuk projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV).

Menurutnya, JV adalah 100 peratus syarikat milik tempatan dan disokong oleh rakan kongsi yang berwibawa pelbagai disiplin teknikal tempatan dan antarabangsa, semua mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam bidang kepakaran masing-masing.

Kenyataan itu juga menyebut, sebahagian daripada subsistem utama yang dicadangkan itu akan mempunyai sinergi dengan operasi Prasarana sedia ada.

Dalam jangka masa panjang, Prasarana akan mendapat keuntungan daripada pengurangan perbelanjaan operasi di samping keuntungan bersama dari segi kecekapan yang akan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, menurut kenyataan itu lagi.

Dengan perolehan kontrak kerja itu, Prasarana yang merupakan pemilik projek dan aset untuk Projek Sambungan Laluan LRT (LEP) telah memberikan semua kontrak kerja di bawah LEP, kecuali untuk kerja melibatkan kad akses yang masih belum ditender.

WAO: Jangan bawa media ke operasi anti-maksiat

  • Sara Ghazie
  • 6:13PM Ogos 1 2012
Pengarah esksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Ivy Josiah berkata polis tidak sepatutnya membawa petugas media dalam operasi serbuan mereka, terutam ke rumah urut.

"Kenapa media harus berada di situ? Polis sepatutnya tidak menjemput media," katanya yang giat berkempen supaya wanita diberi gambaran lebih adil di media.

Katanya, media cenderung untuk merakam gambar wanita bogel ketika serbuan seperti itu.

"Pelanggan dan majikan mereka jarang ditunjukkan dan ini seksis. Ia satu amalan biasa dan ini memalukan dan tidak menghormati wanita," katanya.

Beliau mengulas satu komentar tulisan seorang wartawan meja jenayah di akhbar Oriental Daily News yang merakamkan tindakan jurugambar tertentu ketika bertugas membuat liputan satu operasi pihak berkuasa ke atas satu lokasi disyaki pusat maksiat.

Ivy berkata wartawan dan jurugambar sepatutnya dididik oleh pengarang mereka supaya menghentikan tindakan tidak beretika.

Tiada ulasan: