Rabu, 1 Ogos 2012

BILA ANGIN ITU DATANG....DATANG DARI KEHENDAK ALLAH...MAKA TIADA MAKHLUK MAMPU MENAHAN SERTA MENYEKAT...MAKA BERTAQWALAH

Panas! Senator BN Datuk Maijol Mahap Keluar Parti

JANJI TIDAK DITEPATI!!!Senator Datuk Maijol Mahap turut keluar BN



Kota Marudu : Senator Datuk Maijol Mahap memberitahu, keputusannya untuk keluar dari BN bukanlah sesuatu yang diambil dalam sekelip mata. Menurut bekas Naib Presiden PasokMomogun Kadazan Dusun Murut (UPKO) itu, beliau telah memikirkan secara teliti dan mengambil masa yang agak panjang mengenai perkara itu namun masalah yang berlarutan di Sabah menjadi sebab utama beliau mengambil langkah tersebut.

Maijol ada merupakan salah seorang pemimpin kanan UPKO yang turut menyertai Timbalan Presiden parti yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing yang mengisytiharkan perletakan jawatan mereka dari parti dan BN ahad lepas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau hari ini, Maijol berkata beliau telah berada dalam BN selama 14 tahun.


"Boleh dikatakan, UPKO yang saya anggotai adalah sebuah parti yang menarik dan mempunyai budaya

yang bagus. Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok adalah seorang yang baik dan pemimpin yang berketrampilan. UPKO sungguh bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau. Bagaimanapun, setelah meneliti tentang masalah yang berlarutan di Sabah sedangkan tiada usaha usaha penyelesaian terlihat, dengan berat hati, saya terpaksa meninggalkan perjuangan itu"

"Saya tidak lagi menaruh kepercayaan bahawa BN boleh atau akan menyelesaikan isu isu kritikal di Sabah, contohnya seperti isu PATI yang telah lama berlarutan, kadar kemiskinan yang tinggi di Sabah, penyisihan terhadap kaum KDM (KadazanDusun Murut) dari perkhidmatan awam dan anugerah biasiswa, masalah masalah tanah, royalti minyak 5%, Borneonisasi dan Dasar Kabotaj," keluh Maijol.

Kerajaan BN, ujar beliau, telah berjanji untuk mengadakan satu Badan Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah tapi hampir semua orang tahu bahawa ia hanyalah janji manis BN.

Terdapat kira kira 900 000 warga asing di Sabah dan saya mengesyaki terdapat beratus ratus ribu lagi yang bersembunyi disebalik identiti Melayu, Bajau dan kaum bumiputra yang lain. Orang orang ini tiba tiba menjadi bumiputera malah lebih bumiputera dari orang KDM. Cuba bayangkan apa yang kami rasa?" ujar beliau lagi.

Menurut Maijol, orang orang KDM kekal orang yang paling miskin di Malaysia, sama kedudukannya dengan orang asli di Semenanjung.

Menurut statistik EPU, katanya, tahap kemiskinan di hampir setiap daerah di Sabah adalah sangat tinggi.

"Sebagi contoh pada tahun 2004, tahap kemiskinan di Nabawan adalah 70%, Kota Marudu 42% dan Tambunan 44%. Daerah daerah yang lain juga menunjukkan peratusan yang lebih kurang sama."

"Saya telah membaca statistik untuk semua daerah di dalam Dewan Negara baru baru ini. Jawapan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri mengatakan kadar tersebut telah pun turun, tetapi apabila saya meneliti angkanya, penurunan yang berlaku hanya sebanyak 5%. Dalam erti kata lain, purata kemiskinan disetiap daerah masih sekitar 40%. Dasar dan perlaksanaan program pembasmian kemiskinan telah gagal." ujarnya.

Maijol juga mengeluh apabila masalah tanah masih terus menghantui penduduk dikawasan luar bandar, satu satunya harta asas yang mereka miliki atau lebih dikenali sebagai tanah adat, telah diambil/dirampas oleh syarikat syarikat besar dan agensi agensi kerajaan dan menjadikan mereka berstatus penghuni haram atas tanah milik mereka sendiri.

"Saya sudah tidak boleh bertolak ansur dalam hal ni. Ini adalah merupakan satu diskriminasi terhadap kehidupan rakyat." katanya sambil menyentuh isu perlantikan kaum KDM dalam perkhidmatan awam.

"Bukanlah menjadi satu rahsia bahawa masyarakat KDM berasa sangat tidak berpuas hati tentang ketidakadilan yang berlaku dalam perkhidmatan awam, samada di peringkat negeri ataupun persekutuan. Bilangan orang KDM dalam perkhidmatan adalah sangat minima dari segi peratusan berbanding populasi dalam negeri." kata Maijol.



Selain dari itu, mereka hanya ditawarkan jawatan paling tinggi tempat ketiga atau keempat dijabatan jabatan atau kementerian kementerian mereka, mereka telah diketepikan sejak sekian lama. Kekecewaan mereka telah terkumpul dan pastinya akan meledak menjelang tibanya pilihanraya. Berita Terhot !!! Datuk dituduh tipu Datuk Seri..Perihal beri buruk je..
Posted on Wednesday, August 01 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

PETALING JAYA - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang lagi ahli perniagaan membabitkan cek bernilai RM2.5 juta tahun lepas.


Datuk Syed Ahamed Malik Syed Hamid (gambar), 59, didakwa memperdayakan Datuk Seri Lee Wan Beng, 62, dengan menyamar sebagai wakil jualan barangan kepunyaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga mendorong mangsa menyerahkan dua keping cek masing-masing RM500,000 dan RM2 juta.

Tertuduh yang menjalankan perniagaan barangan lusuh dan produk halal dipercayai menyamar sebagai wakil syarikat Minat Jasa Sdn. Bhd. yang menawarkan kontrak penjualan barang-barang lusuh dan berjadual kononnya kepunyaan KTMB di Bengkel Sentul serta tiga depoh lain di Pelabuhan Klang, Selangor; KL Sentral, Kuala Lumpur dan Falim, Perak.
Kontrak yang mengambil tempoh selama dua tahun itu bagaimanapun sebenarnya tidak wujud. Kosmo
Suntingan Abu Luqman 


Polis Jerit Hendak Pecah Pintu Rumah Rafizi Ramli?


Kenapa sampai terdesak sangat sampai nak pecah pintu rumah, semata-mata hendak tahan Rafizi. Modus operandi ini juga sama seperti yang pernah dibuat ketika penahanan DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

(Gambar) Rafizi bersama isteri di kamar 6, mahkamah Sesyen Shah Alam menunggu kes dibacakan.

Tidak dengar pula polis layan suami Shahrizat sebegitu rupa untuk kes NFC ini. Semoga Rafizi dan keluarga tabah menghadapinya.


 Kesihan, Hassan JATI balik asal
Posted on Wednesday, August 01 @ 04:57:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: wfauzdin_ns

"

Oleh: WFAUZDIN NS

BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din. Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.


Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998.  Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS.  Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor.  Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco.  Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno.  Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam.  Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR.  Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang.  Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri.  Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri.  Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara.  Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu.  Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih.  Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang.  Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI.  Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri.  Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS.  Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik.  Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali. 
Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya.  Penghujung Hassan JATI amat malang sekali./wfauzdin.blogspot.com
 Air Johor? Kenapa orang Johor tak boleh fikir?
Posted on Wednesday, August 01 @ 04:54:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Picture2U



Klik gambar untuk paparan lebih besar.

............
http://kide-picture2u.blogspot.com

Tentera Afghanistan yang bekerja untuk NATO kini belot kepada Taliban
Posted on Wednesday, August 01 @ 01:38:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: Halimislam

"

Tentera Afghanistan yang bekerja untuk pasukan pendudukan pimpinan Amerika sudah mula membelot kepada Taliban, berperang melawan pasukan NATO, presstv melaporkan.


Tentera yang dilatih dan dibiayai oleh tentera AS untuk menghadapi pejuang Taliban tapi banyak dari mereka berubah haluan, demikian tulisan daripada koresponden presstv di Kabul, Isnin 30 Julai semalam.


Sekurang-kurangnya 23 tentera baru-baru ini dilaporkan menyertai Taliban di wilayah Farah, dan banyak dari mereka memberikan senjata mereka yang dari Amerika untuk Taliban, bertempur di bahagian utara negara itu.


Sejak awal, kerajaan Presiden Hamid Karzai menentang strategi AS dalam program latihan militan tapi mempersetujuinya selepas Washington memberi tekanan kuat atas pemerintahannya.
Tapi sayang, banyak sekali maklumat negatif mengenai pembelotan para militan kepada pihak Taliban. Sering diberitakan bahawa tentera yang telah keluar tersebut bertindak buruk. Mereka dikhabarkan merompak dan menculik.

Kerajaan Afghanistan dianggap paling bertanggung jawab atas kejadian ini. Nampaknya perang yang dikhabarkan Amerika pada bulan Oktober 2001 itu tidak akan segera berakhir, walaupun telah berlaku banyak korban dari tentera gabungan yang memberi kesan pada menurunnya kepercayaan masyarakat barat dalam perang di Afghanistan.

Awek siapakah ni?
Posted on Monday, April 11 @ 20:08:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Ust Saiful Bahri

Comel. Putih melepak. Kalau nak meminang tak kalah dah. Tak rugi..tapi sanggup tak anda beristerikannya. Gadis yang berusia 20 tahun yang menjadi bintang di acara Mars Virus. Satu program television paling popular di Korea Selatan. Gadis Seoul ini bernama Ji Hyun Ji tetapi ia mempunyai kebiasaan yang pelik daripada orang lain.

Ji Hyun Ji mengaku tak pernah lagi menggosok giginya sejak 10 tahun lalu. "Saya tidak tahu mengapa orang harus gosok gigi, kerana tak ada orang lain yang akan melihat ke dalam mulut anda," kata Ji Hyun Ji, santai. "Bagi saya, tumpukan sisa makanan itu akan menjadi perlindungan bagi gigi saya."

Mars Virus memiliki rating tinggi di negeri ginseng itu. Acara ini mengundang tetamu mereka yang memiliki kebiasaan atau perangai yang aneh, tetapi mereka tetap berbangga dengannya.

Hyun Ji bukan gadis berpenampilan "bersugi". Ia kerap menggamit perhatian kerana kecantikannya dan mendapat gelaran baru sebagai Miss Cutey Yellowish, setelah ia mendakwa dirinya berhenti menggosok gigi satu dekad yang lalu. Terakhir kali ia ingat melakukannya ketika ibunya menggosok giginya saat berusia 10 tahun.

Kebiasaan hari-harinya dia hanya mencungkil gigi depannya jika ada makanan melekat. Meskipun Hyun Ji telah melupakan cara menggosok gigi, program ini mencuba untuk membujuknya supaya menggosok giginya.

Tak diberitahu Hyun Ji ini suka mandi ke tidak. Ish kalau tak mandi 10 tahun. Kalau tak buang air tak basuh… tak ke haru… Yelah! Banyak dunia, banyak ragamnya. Tapi kalau anda dah berkenan.. Kalau dah tangkap cintan. Boleh terima ke kebiasaannya itu? Tapi untunglah bakal suaminya. Yelah!.. sekarang barang-barang mahal. Boleh jimatkan berus gigi dan ubat gigi. Gigi pun makin lama makin kuning, dah karat macam gigi emas. Cun pe?

Boleh tak ubah perangainya itu? Tapi kalau dah menjadi pegangan dan keyakinan.. payah juga tu. Macamanan pun manusiakan boleh berubah. Dengan bujukan, atau dengan wang ringgit? Seperti ahli UMNO tegar jugak. Nak ubah payah tu tetap payah. Dah pulak dia rasa yang dia buat tu betul, elok dan membahagiakannya. Dah biru karat. Apa nak buat?

Apapun kena tingkatkan penerangan, penjelasan. Semoga dibukakan hati mereka dengan kebenaran. Masa untuk berubah. Jom! Ubah.
http://ustsaifulbahri.blogspot.com


 `Anak Saya Berkemban Itu Perkara Remeh ' - Cikgu Fathi
Posted on Sunday, January 02 @ 10:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: wfauzdin_ns

" ISU artis `berkemban' di dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini menjadi hangat dibincangkan di media. Teguran juga telah dibuat oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Dato Seri Utama Rais Yatim. Akhbar Sinar hari ini juga melaporkan kisah artis tersebut dan mendapatkan komen dari ibu artis berkenaan yang juga seorang seni terkenal

Bekas pengajar AF, Cikgu Fatimah (Fathi) adalah ibu kepada artis yang `berkemban' pada malam anugerah tersebut. Apabila ditanya oleh wartawan berkaitan kritikan dan teguran orang ramai termasuk dari Menteri darihal kelakuan lucah dan tidak bermoral anaknya itu, Cikgu Fathi seakan seperti mengamuk dan marah. Beliau mahu isu tersebut dihentikan kerana beliau menganggap itu sebagai isu remeh temeh.

Bagaimana seorang ibu boleh mengamuk dan marah apabila ada orang lain prihatin akan kelakuan anaknya yang terang-terang `bertelanjang' dikhalayak ramai? Sepatutnya beliau bersyukur kerana masih ada orang yang sudi menegur anaknya sekiranya beliau sebagai seorang ibu gagal membentuk keperibadian dan moral anak gadisnya itu. Malangnya, beliau masih ego dan lebih suka cerita anaknya mendapat anugerah daripada mendengar teguran terhadap perangai buruk anaknya itu.

Jika inilah perangai seorang ibu, wajarkah beliau menjadi pendidik dan dipilih sebagai tenaga pengajar di dalam AF di masa-masa akan datang? Inikah contoh dan teladan yang ingin dibawa oleh beliau kepada anak muda yang mencintai seni?

Stesyen TV dan juga pihak penganjur juga patut dipersalahkan di dalam hal ini. Pihak berkenaan seolah-olah mempersendakan Menteri yang hadir di malam tersebut dengan mempamirkan artis `bertelanjang' ini. Sewajarnya YB DSU Rais Yatim memanggil pegawai yang bertanggungjawab untuk memberikan alasan mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Masalahnya, benarkah teguran YB DSU Rais Yatim itu adalah serius atau sekadar `tegur-tegur ayam'? Jika serius, tindakan tegas mestilah diambil./wfauzdin.blogspot.com"



 
"
Gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya?
Posted on Monday, March 14 @ 19:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

  Oleh Milo SuamMaklumat yang diperolehi daripada salah sebuah blogger pro Barisan Nasional, gambar Rosmah Mansor di lokasi pembunuhan Altantuya Saribuu akan didedahkan oleh Raja Petra. Sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan, apa pun kita tunggu dan lihat.

Mungkinkah gambar milik Raja Petra akan meletup lebih kuat daripada letupan bom C4 yang digunakan untuk membunuh Altantuya?


Altantuya selama ini sentiasa menjadi mimpi ngeri Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak. Sejauh mana keterlibatan Najib dan Rosmah dengan pembunuhan Altantuya tidak dapat dipastikan secara khusus. Namun terdapat banyak bukti-bukti yang perlu disiasat kerana rakyat dahagakan kebenaran.

Maka, Najib tidak boleh tidak akan berhempas pulas, akan bermati-matian untuk memenangi PRU 13. Jika Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, nescaya Najib seperti kata Lee Kuan Yew di Wikileaks, akan diseret ke muka pengadilan untuk disiasat. Salah atau tidak tidak diketahui lagi, namun SIASAT TETAP SIASAT!

Sekarang ni, bagi sejuta bukti pun tak guna, ketar lutut Polis nak siasat Najib dan Rosmah sebab dia masih lagi Perdana Menteri. Bak kata Khir Toyo, "Bila pokok sudah rebah, kura-kura pun boleh panjat". Itulah yang terjadi kepada Khir Toyo, dulu bukan main kebal, sekali hilang jawatan, kantoi semua kau punya rasuah.


ReJaM© "Sama-sama kita nantikan pukul 3 petang nanti..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/gambar-rosmah-mansor-di-lokasi.html#ixzz1Gce4MPCg

 Cukup-Cukuplah Ridhuan Tee, Takkan Tak Kenyang Lagi ?
Posted on Monday, December 27 @ 16:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: wfauzdin_ns

"

DS Wan Azizah `bersarung tangan' menjulang tangan Lim Kit Siang...
Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

 Apa komen Ridhuan Tee agaknya?

Oleh: WFAUZDIN NS

APA masalahnya dengan `Ustaz' Muallaf Ridhuan Tee ni aku tak tau lah. Aku terbaca rencana beliau di dalam Mingguan Malaysia semalam, aku tak sangka Ridhuan Tee ini lebih Umno dari Umno. Samada beliau sudah `masuk Melayu' atau `masuk Islam' aku sudah jadi kompius.


Di dalam rencananya beliau ada menyentuh tentang hubungan antara PAS, PKR dan DAP. Beliau menyerang PAS kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP. Disentuh juga oleh beliau tentang DS Wan Azizah memegang dan menjulang tangan Lim Kit Siang sewaktu Konvensyen PR baru-baru ini. Butakah mata Ridhuan Tee melihat bagaimana ketika itu tangan DS Wan Azizah memakai sarung putih? Ini bermakna tiada sentuhan kulit di antara DS Wan Azizah dengan Lim KIt Siang.


Wah ! Peka sungguh Ridhuan Tee tentang hal sentuhan kulit lelaki dan perempuan. Tidak tahukah selama ini bahawa Ustazah Umno Mashitah juga selalu bersalam dengan lelaki yang bukan muhrimnya tanpa berlapik? Bahkan. Ustazah Umno ini menyebut tidak mengapa bersalam dengan lelaki yang berumur dan juga dengan ketiadaan nafsu. Apa komen Rihuan Tee? Apa pula komen Ridhuan Tee tentang `fatwa' boleh melacur kerana dharurat seperti yang pernah disebut oleh ustazah ini?


Bagaimana pula komen Rihuan Tee tentang gambar di atas? Siapa wanita itu? Adakah lelaki itu suaminya? Bagaimana tentang Rosmah yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Islam yang menggayakan fesyen menghina Islam itu? Terkuncikah mulut Ridhuan Tee?


Alahai...Rihuan Tee...cukup-cukuplah untuk cari makan....takkan tak kenyang-kenyang dari dulu lagi..../wfauzdin.blogspot.com
 Siasat Penyelewengan Pemberian Lesen Dan Tapak Bazar
Posted on Wednesday, August 01 @ 01:37:12 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Yusapiza

Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) menyambut baik langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan rakyat tempatan yang menyewakannya kepada warga asing.

Langkah ini dilihat sangat bertepatan kerana Malaysia kini mengalami situasi lambakan warga asing. Ini juga dilihat dapat memberikan suatu pengajaran yang berguna kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan. Sikap suka mengambil 'untung atas angin' seharusnya perlu dikikis dari minda rakyat Malaysia. Semakin hari semakin ramai warga asing yang telah membuka perniagaan mereka sendiri tanpa diketahui dari manakah lesen diperolehi. Akhirnya, mereka ini dilihat seolah-olah mendominasi perniagaan runcit yang sepatutnya dmiliki oleh rakyat tempatan.

DPPWP juga ingin menyeru PBT dan juga Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat rakyat-rakyat tempatan yang memberikan lesen perniagaan ini. Ini kerana mereka terdedah dengan gejala rasuah dalam menawarkan lesen perniagaan mereka. Terdapat ramai rakyat Malaysia yang kesempitan hidup yang ingin berniaga namun ada juga yang lebih rela melihat rakyat Malaysia sengsara dengan memberikan lesen kepada warga asing.

Selain lesen perniagaan, SPRM juga diseru untuk menyiasat penyelewengan petak-petak bazar Ramadhan yang dilihat mengaut keuntungan yang melampau. Petak-petak bazar yang dibeli daripada PBT dengan harga yang murah namun dijual kepada peniaga dengan harga yang melampaui batas. Ini dapat menjejaskan periuk nasi peniaga-peniaga yang ikhlas ingin berniaga. Malah, ada tempat yang mengenakan sewa sehingga RM 3000 sehari di bulan Ramadhan sedangkan bayaran kepada PBT hanyalah RM200 setahun!

Justeru, DPPWP mengharapkan agar PBT dan SPRM lebih peka dalam menangani isu-isu penjualan lesen dan tapak perniagaan ini. DPPWP percaya ianya akan lebih segera dapat dibendung sekiranya tiadanya penglibatan 'orang dalam'.

YUSAPIZA YAACOB
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS WP

 Siapa Yang Bersalah : Rafizi Atau Shahrizat?
Posted on Wednesday, August 01 @ 01:22:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ustaz Hasbullah


DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR mengecam sekeras-kerasnya tangkapan dan pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Saudara Mohd Rafizi Ramli kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.  Rafizi disiasat di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan tersebut.


Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berasa cukup sedih dengan situasi yang berlaku negara Malaysia kini di mana orang yang berusaha untuk ‘membersihkan' sistem pemerintahan Negara yang selama ini dipenuhi dengan kekotoran-kekotoran rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan harta dan aset kerajaan seperti Rafizi dianggap sebagai ‘musuh negara' manakala sang perompak harta negara yang terdiri daripada segelintir pemimpin Umno dan Barisan Nasional terus diberikan ‘kekebalan' dan perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Skandal PKFZ, Scorpene dan beberapa lagi kes profil tinggi yang pernah didedahkan sebelum ini turut ‘terkandas dan tersekat' separuh jalan apabila terdapatnya bukti pembabitan pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertikaikan kenapa pihak pengkhianat NFC yang didedahkan oleh Rafizi masih lagi tidak di ambil tindakan tegas oleh pihak yang berwajib dengan undang-undang negara. Adakah kerana penglibatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin selaku mantan Menteri Pertanian yang lalu serta keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita Umno menyebabkan pihak pejabat peguam Negara menjadi seperti harimau sarkas yang hanya bergerak dan bertindak mengikut arahan yang diberikan. Tetapi apabila fitnah yang dilakukan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat walaupun tiada pembuktian yang sah, pejabat peguam Negara dengan cepat dan tangkas mengambil tindakan untuk merealitikan pertuduhan tersebut.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasa cukup kesal dengan situasi yang berlaku dan ianya telah memberikan satu tekanan dan ketakutan kepada rakyat Malaysia yang ingin mendedahkan isu salah laku serta penyelewengan pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Rakyat kini telah melihat bagaimana perundangan Negara telah dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional semata-mata untuk menyelamatkan diri dan kroni mereka. Umno dan Barisan Nasional telah menjadikan politik dan undang-undang Malaysia sebagai politik dan undang-undang rimba di mana orang yang mempunyai kuasa akan terus melakukan penindasan dan berlaku zalim terhadap orang-orang yang lemah.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru seluruh rakyat jelata jangan terus terpedaya dengan imbuhan serta janji manis pemimpin Umno dan Barisan Nasional. Umno dan Barisan Nasional kini semakin tertekan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 dan situasi politik terkini pula masih tidak memihak kepada mereka walaupun pelbagai janji dan ‘durian runtuh' telah disogokkan kepada rakyat namun sokongan rakyat masih hambar. Maka kini Umno dan Barisan Nasional kembali menggunakan taktik kekerasan dan penindasan di atas nama undang-undang negara untuk memberikan ancaman dan ketakutan kepada rakyat. Tetapi Umno dan Barisan Nasional perlu ingat bahawa kezaliman melampau mereka inilah yang akan menjadi punca kejatuhan mereka daripada tampuk pemerintahan Negara.

USTAZ HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
01 Ogos 2012

 Slogan, lagu dan logo Medeka: Siapa sabotaj Najib?
Posted on Tuesday, July 31 @ 08:05:05 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Izmil Amri
Bagaikan trisula menikam sanubari rakyat Malaysia, trio logo dan lagu Hari Merdeka serta kostum yang diperagakan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik pastinya akan mengekalkan parut untuk sekurang-kurang dua tiga tahun lagi. Barangkali sehingga rakyat puas mencemuh. Dan itu tidak boleh ditentukan bila penghujungnya.

Kostum dengan motif harimau yang diperagakan atlit negara di majlis pembukaan Sukan Olimpik telah dinobatkan sebagai antara kostum paling buruk dalam laporan berita Yahoo!



Seolah-olah sudah tidak ada motif lain bercirikan Malaysia yang boleh digunakan supaya kontinjen negara segak bergaya di pentas antarabangsa. Seolah-olahnya rakyat Malaysia ini tidak punya nilai dan selera budaya yang internasional. Macam kita ini semua suka yang buruk belaka.
Sama kesnya dengan hal logo Hari Merdeka. Isu logo hari Merdeka – meski sudah ditarik balik rekaannya itu secara kelam kabut oleh pihak pemerintah, adalah penghinaan maha besar kepada selera dan intelek rakyat jelata. Ini jelas kelihatan di kalangan komuniti media sosial yang kebanyakannya terdedah kepada aplikasi rekaan grafik digital.
Slogan
Apalagi dengan kemampuan carian gambar di Google yang membolehkan kita mencari logo-logo hari kemerdekaan negara-negara lain untuk dibuat perbandingan. Malu yang ditanggung amatlah besar. Ini belum dikira malu yang ditanggung setelah mendapati bahawa Singapura, pada sambutan kemerdekaannya pada tahun 1990 pernah menggunakan slogan ‘One People, One Nation, One Singapore’ (Satu Rakyat, Satu Negara, Satu Singapura).
Kita harus sedia tahu bahawa tema hari kemerdekaan ini bukan benda remeh. Cuba kalau kumpulan ultra-Melayu yang bernama Perkasa ubah slogannya kepada ‘Bersama Makan Buah-buahan Tempatan’, bukankah lari jauh maksud penubuhan organisasi tersebut? Jadi slogan harus selari dengan pertubuhan.
Kita harus pergi kepada persoalan akar umbi yang mencetus kontroversi tema, logo dan lagu Hari Merdeka tahun ini; tidak lain tidak bukan berpokok pangkal kepada Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.
Rais Yatim, dikenali ramai dalam rangkaian media sosial sebagai ‘#yorais’; setelah dengan cemerlang meletakkan dirinya sebagai ‘trending topic’ di laman Twitter berikutan komen beliau bahawa Twitter dan Facebook adalah alat dunia Barat yang akan menghakis budaya Malaysia. Beliau kemudiannya meneruskan legasi di alam cyber dengan pelbagai langkah-langkah sekatan yang cuba membungkam kebebasan rakyat di internet.
Lagu
Dan tulisan liriknya untuk lagu tema Hari Merdeka tahun ini barangkali seperti peribahsa Arab yakni menjadi jerami terakhir yang mematahkan belakang unta; dan memperlihatkan betapa lekehnya insan ini sebagai menteri propaganda untuk Barisan Nasional.
Untuk faedah mereka yang tidak begitu ambil berat tentang salah silap menteri Barisan Nasional, saya hadirkan di sini bait-bait syair karya agung yang ditulis Rais Yatim dalam usaha beliau untuk kekal relevan dalam politik transformasi anjuran Menteri Perdana Najib Razak. Rais menulis:
Macam malam ikut siang,
Macam bulan ikut matahari,
Satu Malaysia terus berjuang,
Janji kita ditepati,
Kata kita dikota,
Janji kita ditepati,
Hidup rakyat dibela,
Masa depan diberkati,
Janji sudah ditepati,
Kini masa balas budi.
Eh! ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’? Ewah-ewah indahnya bahasa. Ayat terakhir itu mungkin faktor utama kenapa video lagu itu di Youtube menerima undi tidak suka paling epik dalam sejarah.
Setakat waktu rencana ini ditulis, video pertama dalam carian ‘janji ditepati’ di Youtube sudah ditonton 110,210 kali dengan 222 undi ‘suka’ dan 12,956 undi ‘tidak suka’. Pautan kedua dalam senarai itu lebih parah. 169,824 kali ditonton; 265 yang suka, 19,700 tidak suka. Selebihnya barangkali tidak mengundi suka atau tidak, dan terus tutup tetingkap selepas baris ‘Kini masa balas budi’.
Pautan ketiga daripada senarai langsung terus tidak membenarkan pengundian dan komen. Takut, mungkin.
Kenapa begitu ganas sekali daya tolakan rakyat terhadap propaganda si Rais ini? Apa salahnya kalau ‘Janji Ditepati’? Bukankah Barisan Nasional dikatakan telah berjaya menepati janji-janjinya memajukan negara? Bukankah Utusan Malaysia dan TV3 sudah membuktikan betapa agungnya Barisan Nasional? Kenapa masih ditolak tema itu?
Adakah kerana melodi lagunya itu diplagiat daripada lagu ‘Tuhanku Maha Besar’ yang menurut Youtube, telah dinyanyikan di majlis “Ibadah Peringatan Kenaikan Tuhan Yesus Kristus ke Surga” pada 21 Mei 2009 di Jalan Lengkong Kecil 34 -36 Bandung, Indonesia?
Apa pula kata Perkasa dan Hasan Ali dengan hakikat ini? Adakah wujud pula konspirasi mahu menubuhkan negara Kristian dengan lagu melodi saduran itu sempena Hari Merdeka kita?
Logo
Segala bobrok dan celaka yang terpalit dengan pembikinan lagu ini tambah membusuk apabila dipasangkan dengan logo yang barangkali dibuat guna Microsoft Word dalam jangkamasa kurang tiga minit itu.
Pihak pemerintah walau bagaimanapun akhirnya akur dengan tekanan dan menggantikan logo yang maha buruk itu dengan logo 1Malaysia, sama seperti tahun sudah dan tahun sebelum itu.
Kata Rais Yatim, langkah itu diambil bagi membendung salah faham yang timbul. Tidak, Rais; kami tidak salah faham. Kami faham sangat bahawa logo tersebut telah direka secara malas, dan dipamerkan kepada rakyat jelata tanpa segan silu.
Tidak susah untuk faham propaganda ‘Janji Ditepati’ yang cuba dihidangkan kepada rakyat. Tidak ada salah faham di situ. Namun mesejnya akan jauh lebih jelas jika diletak sekali logo Barisan Nasional dengan saranan supaya parti tersebut terus diundi pada pilhanraya umum yang nampak gayanya hanya akan berlangsung tahun hadapan.
Sabotaj?
Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya: Adakah Rais Yatim sedang cuba mensabotaj perancangan Najib Razak?
Kita tahu Rais Yatim pernah dahulu duduk bersama oposisi, di zaman beliau begitu tidak percaya kepada media arus perdana. Pastinya Rais masih ingat kata-katanya di dalam ceramah Semangat 46 dahulu. Katanya, “Tuan-tuan dengar lah. Tapi kalau dengar daripada tivi-tiga, mungkin lain bunyinya. Kalau dengar dari ar-ti-em, jangan katakan lain bunyi, langsung tak berbunyi”. Inilah insan yang akhirnya kini menjabat portfolio propaganda dalam pentadbiran Najib Razak.
Apakah Rais Yatim tidak perhati baik-baik senarai tema Hari Merdeka yang ada di Wikipedia (kalau dia cari tak jumpa di pejabatnya itu)? Apakah Rais tidak menilai aspek bahasa dan mesej yang mahu disampaikan kepada sekian banyak pengundi yang mahu ditarbiahnya supaya memangkah logo dacing? Penyudahnya ‘Janji Ditepati’ dan ‘kini masa balas budi’ yang dipilih?
Bukankah baik jika mencontohi bahasa yang baik dalam tema tahun 1978 contohnya, “Kebudayaan Sendiri Perpaduan”. Atau mengikut trend bermula 1979 sehingga 1982 yang mengekalkan kata ‘disiplin’ di dalam temanya.
Rais Yatim harus jawab, apa sebenarnya yang sedang cuba beliau lakukan kepada kempen politik Najib Razak.
Apakah beliau juga bertanggungjawab terhadap rekaan kostum hodoh kontinjen Malaysia di sukan Olimpik? Saya harap tidak. – Roketkini.com

 Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal
Posted on Tuesday, July 31 @ 05:05:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog TKOBloglist

KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.

“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.

Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.

“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.

Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.

Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.

“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut.


......
http://tkobloglist.blogspot.com


  Kasut stokin
Posted on Tuesday, July 31 @ 01:45:59 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog PenjualCendol



GENEVA: Ia tidak mungkin menjadi fesyen kegemaran tetapi stokin yang dibuat daripada kevlar ini direka untuk menggantikan kasut dan membuat pemakai berasa seperti berkaki ayam.

Dipakai tanpa kasut, Stokin Perlindungan Switzerland itu juga mempunyai ruang untuk setiap jari anda, sama seperti jari tangan pada sarung tangan.

Direka oleh Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, stokin itu diperkukuhkan dengan tapak PVC yang membantu menjadikannya kalis luka.

Syarikat Switzerland itu percaya stokin berkenaan sesuai untuk mereka yang suka berjalan kaki ayam dan boleh digunakan untuk aktiviti luar seperti mendaki tebing batu.
Pemilik Syarikat Tidak Berkasut Switzerland, Dieter Hesch berkata: “Kajian secara teknikal dan rekaan mengambil masa bertahun-tahun sebelum kami dapat mencipta stokin berkenaan.

“Saya gembira dengan hasilnya dan saya berpendapat Stokin Perlindungan Switzerland ini boleh menjadi fesyen.

“Kami juga berusaha menghasilkan rekaan stokin baru yang kami percaya boleh digunakan oleh pelari dalam acara maraton.”

Stokin itu dikeluarkan dengan saiz panjang dan pendek dan boleh dibeli dengan harga �45 (RM225). - DM

..............
http://penjualcendol.blogspot.com
  Awas Semua : Angin Politik Sabah Bakal melanda Semenanjung
Posted on Tuesday, July 31 @ 01:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"
Negeri Sabah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengharapkan angin perubahan yang bermula di Sabah menjadi titik tolak kepada perubahan di Semenanjung dengan penyertaan pemimpin-pemimpin BN ke dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, DPPM mengalu-alukan Ahli Parlimen Beaufort yang juga merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin serta Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar dari Barisan Nasional dan menyokong Pakatan Rakyat (PR).


“DPPM menganggap kedua-dua ahli parlimen terbabit merupakan mereka yang berani dan tegas dalam mempertahankan prinsip,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Menurutnya, meskipun dengan penghijrahan mereka menyebabkan mereka tidak menikmati kehidupan selesa sebagai pemimpin sebuah parti kerajaan seperti sebelum ini, namun atas tekad kedua-duanya untuk melakukan perubahan mereka meninggalkan segala bentuk habuan yang diterima beliau.

Katanya, penghijrahan Datuk Seri Lajim Ukim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing menjadi bukti bahawa BN bukan lagi parti yang boleh diharap bagi membantu dan membela rakyat.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata dasar perjuangan BN sudah jauh tersasar daripada matlamat perjuangan mereka terdahulu.

Hari ini, ujarnya pemimpin yang benar-benar berprinsip merasa sukar untuk hidup di bawah payung BN kerana pemimpinnya hanya meletakkan kepentingan untuk diri mereka dan keluarga mereka, bukan untuk rakyat.

Rakyat juga, tambah beliau melihat BN sudah terlalu lama memerintah sehingga segala kepincangan dan penyelewengan terserlah serta sukar disembunyikan lagi.

Beliau menambah, rakyat pula kini mula menaruh harapan kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti masa depan yang bakal memimpin negara.

“Sejak akhir-akhir ini juga didapati ramai tokoh pelbagai latar belakang menyertai Pakatan Rakyat.

“Mereka terdiri daripada bekas pegawai tinggi kerajaan, bekas pegawai tinggi polis dan tentera, selebriti, serta ahli-ahli politik,” ujarnya.

Ini, kata Riduan menunjukkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada BN dan menunggu masa untuk menghukum BN yang dilihat sudah sampai masa untuk rebah.

Tambahnya, tidak mustahil, selepas ini lebih ramai pemimpin BN dari pelbagai parti khususnya dari Sabah dan Sarawak akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.

“Malaysia perlu diselamatkan dari kemusnahan dengan masing-masing pihak yang mempunyai kesedaran perlu bingkas berusaha bersama-sama membina dan membangunkan sebuah Malaysia baru yang lebih adil, aman dan sejahtera,” ujarnya lagi.


Harakahdaily

Suntingan Abu Luqman"


Tiada ulasan: