Kes NFC bermula, Shahrizat beri keterangan
Muhammad Faizal, | 06 Ogs 2012 |
(Rafizi dan Zuraidah ketika bercakap kepada media selepas perbicaraan)
Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.
Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.
Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.
Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.
"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.
"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.
Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.
"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.
"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.
Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.
"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.
Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.
Shafie Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.
Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.
Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.
Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.
Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan.
Shahrizat: 'Saya dizalimkan, dianiaya, diaibkan'
Bekas
menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur
hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya
apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin.Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.
Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu.
"Saya rasa saya dizalimkan, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.
Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampau batas "gurauan politik".
Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.
Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.
Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Rafizi dan Zuraida masing-masing telah mengemukakan saman balas ke atas bekas menteri terbabit.
Shahrizat: Saya tidak tahu mengenai projek NFC
Ketika
memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailnya
terhadap dua pemimpin PKR, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata
beliau tidak tahu yang suaminya membida untuk projek Pusat Fidlot
Nasional.Beliau menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berhubung pelbagai komen yang didakwa mengaitkannya dalam kemelut National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Shahrizat memfailkan saman tersebut pada 19 Januari berhubung pendedahan Rafizi dan Zuraida mengenai NFC yang telah mengaitkan suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.
Beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam NFC atau di Agroscience Industries Sdn Bhd.
Shahrizat mendakwa Rafizi dan Zuraida telah menggunakan isu itu sebagai sasaran utama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan memfitnahnya sebagai seorang menteri persekutuan.
Shahrizat berkata beliau tidak tahu bahawa suaminya telah membida untuk projek tersebut kerana kerjaya mereka adalah berbeza luas.
"Saya menjadi seorang ahli politik sejak 1995 selepas dipilih sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai. Saya menyertai Umno pada tahun 1982," katanya.
Suaminya pula, kata Shahrizat, adalah seorang saintis dan beliau tidak masuk campur dengan urusannya, kerana beliau (Shahrizat) adalah seorang ketua Wanita Umno, seorang menteri dan pemimpin Wanita BN.
Menyifatkan serangan terhadap NFC adalah mensasarkan dirinya, Shahrizat berkata ia bertujuan untuk menyerang BN dan Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.
SPRM pertahan kebebasannya
Walaupun
wujud persoalan mengenai kebebasan dan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia mempertahankan siasatannya terhadap
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan
penyalahgunaan kuasa dan dakwaan rasuah berkaitan dengan syarikat Ho Hup
Bhd.Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull (kiri)
berkata badan anti-rasuah itu pernah menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat AG berhubung insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shukri juga berkata Panel Semakan Operasi suruhanjaya itu, yang menyemak semua kes yang disiasat oleh badan rasuah tu, juga tegas dalam memberi pandangan dan anggotanya adalah bebas.
Beliau berkata, anggota panel itu terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam pengauditan, forensik, perniagaan, dan lain-lain.
"Terdapat kes-kes yang telah ditutup, di mana panel tersebut telah meminta ia dibuka semula. Ini membawa kepada pendakwa raya membuat keputusan untuk mendakwa tertuduh. Oleh itu, ada unsur semak dan imbang," katanya kepada Malaysiakini.
Shukri bagaimanapun mengakui bahawa keputusan muktamad adalah pada Peguam Negara atau mana-mana Timbalan Pendakwa Raya sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan.
Timbalan ketua pesuruhjaya SPRM itu diminta mengulas lanjut sama ada Panel Semakan Operasi mempunyai kuasa atau hak untuk mengadili atau membuat keputusan mengenai kelakuan AG seperti yang dinyatakan dalam Perkara 145 (6) dan Perkara 125 perlembagaan persekutuan.
Di bawah perlembagaan, tribunal boleh ditubuhkan untuk menyiasat hakim atau Peguam Negara.
Dilaporkan bahawa bekas Ho Pengarah Urusan Ho Hup, Low Tuck Choy telah mengadu seolah-olah kurangnya kemajuan dalam siasatan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah ke atas Abdul Gani apabila beliau dikatakan campurtangan dalam perebutan lembaga pengarah syarikat tersebut.
Agama Islam tidak harus dipolitikkan, kata Najib
6 Ogos 2012
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.
"Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam perlekehkan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.
"Kita memajukan pentadbiran negara kita berdasarkan syariah dan itulah tuntutan Islam kepada kita dan antara lima perkara yang kita lakukan ialah menjaga Islam, sebab itulah kita dikenali negara Islam.
"Kita juga menjaga akidah Islam, jaga akhlak Islam, meningkatkan syiar Islam, menyediakan prasarana Islam, perundangan Islam dan sebagainya," katanya.
Perdana Menteri berkata kejayaan kerajaan menguruskan Malaysia dengan baik walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran mendapat pengiktirafan negara Islam yang lain sehingga menjadikan negara ini sebagai model negara Islam yang berjaya.
Dalam masa yang sama, katanya kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan kepada rakyat dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan yang tidak dapat diperoleh di mana-mana negara di dunia ini.
"Malam tadi (semalam) saya berada di Bachok, Kelantan, rupanyanya ada bantuan yang saya sendiri tidak tahu iaitu bantuan gangguan binatang buas. Kalau kena patuk ular boleh dapat bantuan, mana ada kerajaan di dunia berbuat demikian," katanya.
"Inilah kerajaan yang jaga kebajikan kita secara menyeluruh di mana konsepnya kita hendak Islam dan dalam masa yang sama kita juga mahukan kemajuan serta pembangunan.
"Kita tidak mahu Islam dikaitkan kemiskinan, kita tidak mahu Islam dikaitkan dengan kelemahan dan kita mahu Islam yang dikaitkan dengan gagah serta perkasa kerana Allah sayangkan orang yang berjaya," katanya.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menikmati hidangan bersama Muhyiddin serta pemimpin parti komponen BN yang lain.
Beliau selepas itu menunaikan solat Isyak dan Tarawih sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - Bernama
"Haram Jaddah" Cakap PM Najib Ni
Posted on Monday, August 06 @ 04:46:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: mohdnoorawang
"Cukup mual dengar kenyataan Najib Razak mengenai isu AIR DAN ROYALTI MINYAK KELANTAN,
Jika mahu rakyat Kelantan menyelesaikan isu air, Najib berkata undilah BN PRU13 dan jawatankuasa khas isu royalti minyak dibentuk bagi mencari penyelesaian royalti minyak Negeri Kelantan. Kta rumuskan cakap Najib macam cakap "haram Jaddah". Kenapa Najib membuat ugutan kepada rakyat Kelantan wahai Najib Razak?. Adakah Negeri Kelantan tidak termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?. Kenyatan Najib Razak memang jahat dan tidak menunjukkan seorang pemimpin yang adil.
Mengapa tidak memberi wang peruntukkan secukupnya untuk menambah-baikkan segala bentuk sistem air bersih di Negeri Kelantan. Najib dan BN serta UMNO Kelantan bertindak zalim dan jahat terhadap kerajaan PAS Kelantan.
Dalam isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan PAS Kelantan RM1 billion (tahun 2004 hingga 2009) telah ditolak oleh kerajaan Persekutuan atau ditolak oleh BN dan Najib Razak.
Apa perlunya diadakan Jawatankuasa Khas Isu Royalti yang diketuai oleh bekas ketua hakim negara Tun Hamid?. Umum semua rakyat telah faham royalti minyak telah terpahat dalam perjanjian 'PETRONAS" yang buat semasa era Tun Razak.
Jika Kelantan dikuasai oleh BN/UMNO adalah isu royalti dan air mungkin tidak terjadi apa yang berlaku sekarang. Jelas cakap Najib Razak seperti lidah biawak ,
Disyorkan kepada Kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan mahu bersama dengan jawatankuasa khas isu royalti, pilihlah tokoh yang berwibawa dan pintar. Dan jangan lupa kepada Tun Salleh Abas bekas Ketua hakim Negara dan salah seorang yang masih hidup dalam isu royalti minyak Petronas.
Malah kalau dicadangkan Tengku Razaleihg Hamzah duduk bersama dengan jawatankuasa tersebut. Diharap kedua dua tokoh dan orang cukup masak dengan isu royalti minyak Petronas dipersembahkan oleh kerajaan PAS Kelantan kepada Al- Sultan kelantan?
Isu air dan isu royalti tidak akan menjadi Kerajaan PAS Kelantan tewas dalam PRU13. Sejarah membuktikan rakyat Kelantan tidak mudah goyag dan mabuk. Kerana yang jahat dan zalim serta [enipu kepada sekluruh Rakyat Kelantan adalah pemimpin BN/UMNO negeri Kelantan dan pemimpin BN/UMNO pusat bernama Najib Razak.
Pekarangan Al-Aqsa kini taman awam
Posted on Monday, August 06 @ 08:55:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever
Oleh: setisab
"
KONTROVERSI
BARU: Israel kini membenarkan penduduk Yahudi memasuki pekarangan
Masjid Al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid.
BAITULMAKDIS:
Majlis Perbandaran Israel memutuskan pekarangan Masjid Al-Aqsa sebagai
kawasan taman awam, sekali gus membolehkan pendatang Yahudi berada di
kawasan berkenaan pada bila-bila masa seperti dilaporkan di sini
Pemimpin
kedua Pergerakan Islam Bagi Wilayah Palestin Dijajah 1948, Sheikh Kamal
Al-Khatib, mendedahkan keputusan itu diluluskan majlis berkenaan
berkuat kuasa Ramadan tahun ini.
Sheikh
Khatib memberi amaran, langkah pihak berkuasa Israel itu adalah satu
langkah meng-Yahudikan tanah suci umat Islam di sini.
Menurutnya, buat kali pertama, mereka membenarkan pendatang dan pelampau Yahudi masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa tanpa mengira perasaan orang Islam dalam masjid.
Beliau
juga mendedahkan tindakan askar Yahudi pada Jumaat lalu menyerbu Masjid
Al-Aqsa dan menahan imam masjid yang sedang sujud memimpin solat subuh
menyebabkan ibadat itu tidak dapat disempurnakan.
Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mengutuk keputusan Israel itu dan menyifatkannya pencabulan terang-terangan kesucian tanah suci umat Islam ketiga itu.
Sehubungan
itu, kementerian itu menggesa pemimpin Islam seluruh dunia mengadakan
sidang bagi membincangkan langkah bagi melindungi masjid itu.
Sementara
itu, di London, Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi Manusia (AOHR)
menyifatkan langkah Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.
Dalam kenyataannya, AOHR menekankan, keputusan Majlis Perbandaran Israel itu bercanggah dengan Konvensyen Geneva.
Ia
juga mengecam penasihat politik pemerintah Israel, Encik Yehuda
Vinstein, yang mencadangkan kepada majlis dan pihak berkuasa antikuiti
supaya mengkaji langkah menetapkan masjid itu sebagai sebahagian Israel.
AOHR menegaskan, Al-Aqsa bukan hanya meliputi struktur masjid malah kawasan pekarangannya termasuk Masjid Kubah Batu.
Kawasan
Masjid Al-Aqsa seluas 144,000 meter persegi, temboknya sepanjang 491
meter ke sebelah barat, 462 meter ke sebelah timur, 310 meter ke utara
dan 281 meter ke selatan, kata AOHR. - Agensi.
- Foto fail REUTERS
... kesialan
dan keganasan puak yahudi terhadap puak Islam dan Keristian
Arab.....tapi satu dunia tahu apa matlamat zionis.....mendirikan berhala
BARU atas runtuhan masjid Al-Aqsa......kerana mereka hendak
menabalkan ...
Semasa
intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti
identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa
pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel. Shin Bet turut
terkenal ...
KerajaanRakyat
l NEW YORK: Negara-negara penderma kelmarin sekali lagi mengakui bahawa
penguasa Palestin sudah bersedia membentuk negaranya berdasarkan pada
laporan-laporan daripada institusi-institusi ...
Apakah
PM Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap
pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada
pilihanraya 25 Jan 2006? Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh ...
Respon
DSAI terhadap Laporan Goldstone-Isu Palestin. Rakan-rakan, Berikut
adalah adalah respons DSAI terhadap Laporan Goldstone: Saya menyambut
baik keputusan Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa ...
Kerajaan
Rakyat : Umno-Barisan Nasional (BN) didakwa mengambil kesempatan
mencari nama sehingga lupa tujuan utama membantu umat Islam Palestin
dalam misi kemanusiaan ke Gaza hujung bulan ini. Ahli Parlimen ...
Satu Lagi Projek Mega UMNO Terengganu
Posted on Monday, August 06 @ 08:25:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: lensahandphone
"
Klik untuk besarkan
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk projek penanaman Ubi GADONG bagi memastikan rakyatnya mempunyai payudara yang besar.
Rancangan ini mendapat sokongan 100% daripada Wanita UMNO Terengganu! Negeri lain tak nak cuba ke projek ini?
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com/"
Posted on Monday, August 06 @ 08:25:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: lensahandphone
"
Klik untuk besarkan
Kerajaan Negeri Terengganu telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk projek penanaman Ubi GADONG bagi memastikan rakyatnya mempunyai payudara yang besar.
Rancangan ini mendapat sokongan 100% daripada Wanita UMNO Terengganu! Negeri lain tak nak cuba ke projek ini?
Pemuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com/"
Kita kena ubah...
Posted on Monday, August 06 @ 04:44:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: paklongdin
" Salam semua...
Memang hebat budak neh... Habih, yang terpantaih Dunia pun dia balaih... terpantaih Olimpik pun dia kebaih. Mentekadarah apa tak tau la, nampak macam terbang ataih angin ja...
Pak Long rasa kita kena tabik spring kat mamat neh. Dia berjaya buatkan satu dunia ni sebagai kampung mak bapak dia. Tengok camana keyakinan tinggi yang ada kat dia yang secara tak langsung terbentuk oleh sistem dalam negara depa. Selain dari kekuatan fizikal dan teknik yang betoi, mental dia pun kena dibentuk dengan sistem fikir dan sekitaran yang elok jugak. Kalau kepala dia dok kena henyak dengan seks tak habih-habih, tok sah kata nak lari... berjalan pun lembik lutut... haha...
Kita kena belajaq cara depa membentuk kepala hotak sorang juara dunia yang melihat dunia sebagai kampungnya, merasa dunia dalam genggaman. Kita kena bina rakyat yang berpikiaq jauh, bukan melihat kampung hanya belakang dapoq dia ja... Baru terpilih bawak bendera ja, selisih bahu ngan Pak Long pun dah tak bertegoq sapa...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/
Posted on Monday, August 06 @ 04:44:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: paklongdin
" Salam semua...
Memang hebat budak neh... Habih, yang terpantaih Dunia pun dia balaih... terpantaih Olimpik pun dia kebaih. Mentekadarah apa tak tau la, nampak macam terbang ataih angin ja...
Usain Bolt, pelari pecut Jamaica neh sekali lagi membuktikan anak jantannya dengan merangkul emaih dalam acara 100 meter pecut lelaki akhir dengan masa 9.63 saat. Dia telah menobatkan diri dia sebagai atlet pertama yang merangkul pingat emaih, dua kali berturut-turut bagi acara trek pada Sukan Olimpik 2012 nih...Agak-agak kalau kat Malaysia neh dia pilih parti apa no? Sah, mesti yang bukan mesra Hassan Ali, lembab... hehe...
Pak Long rasa kita kena tabik spring kat mamat neh. Dia berjaya buatkan satu dunia ni sebagai kampung mak bapak dia. Tengok camana keyakinan tinggi yang ada kat dia yang secara tak langsung terbentuk oleh sistem dalam negara depa. Selain dari kekuatan fizikal dan teknik yang betoi, mental dia pun kena dibentuk dengan sistem fikir dan sekitaran yang elok jugak. Kalau kepala dia dok kena henyak dengan seks tak habih-habih, tok sah kata nak lari... berjalan pun lembik lutut... haha...
Kita kena belajaq cara depa membentuk kepala hotak sorang juara dunia yang melihat dunia sebagai kampungnya, merasa dunia dalam genggaman. Kita kena bina rakyat yang berpikiaq jauh, bukan melihat kampung hanya belakang dapoq dia ja... Baru terpilih bawak bendera ja, selisih bahu ngan Pak Long pun dah tak bertegoq sapa...
Ingatlah...Maka, kesilapan kita yang membiaqkan sistem yang ada bermaharajalela selama ni harus dapat membuka minda kita untuk kembali menegakkan Islam sebagai pemerintah, bukan yang diperintah...
Kesilapan yang kita buat adalah pelajaran terbaik untuk kita berusaha capai kejayaan...
Wassalam...
http://paklongonline.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan