Isnin, 6 Ogos 2012

SAPE SEBENARNYA HARAM JADAH NI

Penyakit MISTERI Piem Umno...
Posted on Monday, August 06 @ 00:10:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: dhalyanun

"


Mahathir - JAGA
Sekali tengok dah macam BANK PUNYA JAGA...



Pak Lah - TIDUR
Terlalu selesa kerana segala-galanya MENANTU YANG JAGA...

Najib - MENGGIGAU
Kerana bini sendiri pun TAK SEMPAT NAK JAGA...

 Pengerusi KITA Kedah nafi tuduh bekas kakitangan Guan Eng
Posted on Monday, August 06 @ 00:18:32 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ibumoden

"Pengerusi Parti KITA Kedah, Kamal Naseer Thow Beek, hari ini membuat laporan polis menyangkal berita yang dilaporkan dalam akhbar dalam Utusan online dan Sinar Harian yang mengaitkan jawatannya dan Parti KITA.

Utusan dan Sinar Harian semalam melaporakan bahawa Bendahari Pemuda Parti KITA Kedah meminta Ketua Menteri Pulau Pinang memberi penjelasan mengenai pembelian rumah oleh bekas kakitangannya.
Menurut Kamal, Parti KITA tidak mempunyai sayap Pemuda atau Wanita. Jadi tidak wujud jawatan Bendahari Pemuda KITA Kedah.Itu juga bukan kenyataan saya atau Parti KITA
"Individu yang mendakwa sebagai bendahari pemuda parti Kita itu sebenarnya telah diperalatkan oleh Zamil Ibrahim.
Pada masa yang sama, individu yang dikenali sebagai H'ng Sau Ping itu turut membuat laporan polis mendakwa beliau telah diperalat dan diperdaya oleh Zamil. H'ng secara terbuka meminta maaf kepada DAP dan Guan Eng. 
Zamil adalah bekas ahli Parti KITA yang telah dipecat awal tahun 2012 kerana masalah disiplin. Namun demikian beliau sering mendakwa dirinya sebagai Pengerusi KITA Kedah dan Presiden Parti KITA di dalam akhbar media perdana.


Bekas Kakitangan Guan Eng ada rumah RM1.8Juta?.. Zamil Ibrahim kantoi...
Posted on Monday, August 06 @ 00:10:53 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"


Ingat lagi sidang media yang diadakan oleh Zamil dan juga Bendahari KITA Kedah H'ng Sau Ping yang meminta penjelasan Guan Eng tentang kononnya seorang bekas kakitangannya memiliki rumah bernilai RM1.8Juta?

Selain Utusan dan TV3 boleh dikatakan kebanyakkan Blog Pencacai UMNO memainkan isu ini..

Ini laporan dari Utusan @ Lidah Rasmi UMNO tentang perkara itu..

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta menjelaskan kedudukan seorang bekas kakitangan pejabatnya yang dikatakan memiliki sebuah rumah mewah bernilai RM1.8 juta di Georgetown.

Bendahari Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, H'ng Sau Ping berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya bekas kakitangan pejabat Guan Eng itu dikatakan memiliki sebuah rumah mewah beralamat di Slim Villas, Jalan Chemor, Georgetown.

"Kita ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini daripada Guan Eng. Kita ingin tahu bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang boleh memiliki sebuah rumah mewah yang nilai semasanya dianggarkan RM1.8 juta.

"Jika rumah ini disewa sekalipun, ia mungkin melebihi RM3,500 sebulan. Jadi, dengan gaji sebagai seorang kakitangan pejabat Ketua Menteri, adakah dia mampu?

"Sudah tentu, orang ini mempunyai hubungan sungguh istimewa. Oleh itu, Guan Eng perlu tampil menjelaskannya," katanya pada sidang akhbar di sini – Lidah Rasmi UMNO 

Itu kisah semalam.. hari ini pula ianya sudah berbeza..

Zamil Ibrahim telah dikantoikan oleh H'ng Sau Ping sendiri.. kata H'ng Sau Ping beliau telah diperalatkan oleh individu yang bernama Zamil Ibrahim yang mengaku dirinya Pengerusi Kita Kedah.

Dan laporan polis telah dibuat terhadap Zamil.. manakala Pengerusi Kita Kedah yang sebenar, Kamal Nasser Thow Beek berkata, kenyataan yang disiarkan kelmarin tiada kena-mengena dengan parti itu.

Ini laporannya...

Sila lihat di SINI  

 GEMPAK! Surat Cinta Najib......
Posted on Monday, August 06 @ 04:19:11 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

" Bulan Ramadhan tahun ini adalah satu bulan yang amat getir bagi PMNajib. Dua perkara besar terpaksa diselesaikan oleh Najib. Semuanya gara-gara soal petrolium.

Yang pertamanya, Najib terpaksa melintasi Laut China Selatan menuju pulau Borneo bagi menghalang penghijrahan MP Sabah dan Sarawak ke Pakatan Rakyat.

Kemasukan dua MP Sabah menyeberang ke PR amat dibimbangi Najib. Yang lainnya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk berbuat demikian. Semuanya kerana janji PR untuk memberikan royalti minyak sebanyak 20% berbanding 5% oleh BN kepada Sabah dan Sarawak.

Belum habis penat Najib, tiba-tiba anak Tun Razak ini "gatal tangan" menulis surat kepada MB Kelantan suruh MB hantar wakil untuk bincang soal royalti.

Padahal "mati-mampus" dua pembesar Kelantan menafikan hak rakyat Kelantan menuntut royalti minyak.

Soalnya, mengapa PMNajib minta wakil Kelantan ke Putrajaya bincang royalti? Selang beberapa hari kemudian Najib melawat Kelantan dan menwar-warkan tentang "baiknya" UMNO dan BN terhadap Kelantan. Tidak lupa beliau mengaitkan sekali dengan keberkatan bulan Ramadhan.

Ada dua sebab mengapa PM Najib bertindak demikan:

a) Desakan rakyat Kelantan terhadap royalti semakin kuat mendapat sokongan rakyat termasuk Sultan Kelantan sendiri. Oleh itu dengan menulis sekeping surat kepada Tok Guru sekurang-kurangnya "meredakan" sedikit kemarahan rakyat.

Lebih-lebih lagi Najib bakal melawat Kelantan. Sudah ada berita bahawa rakyat Kelantan akan menyambut Najib dengan sepanduk-sepanduk desakan royalti. Najib tidak mahu suasana tersebut menganggu lawatan beliau.

Maka bermodalkan "surat cinta" tersebut, ucapan Najib ada modal untuk "digoreng-goreng" kepada rakyat Kelantan

Nah! Surat ":cinta" terpaksa ditulis. Jika ISA pun, Najib boleh berdolak dalih, apatah lagi royalti!


Cumanya, Najib lupa bahawa bumi Kelantan adalah Universiti Politik Malaysia.

b) PMNajib melihat cara kenyataan Tok Pa dan Awang Adek melayani tuntutan royalti seperti cara pemikiran JKKK sedangkan Tok Pa lulusan Australia dan Awang Adek lulusan UM. Cara jawapan mereka berdua mencerminkan UMNO Kelantan mempunyai dua kapten. Itu belum campur lagi Anuar Musa !

Masing-masing tunjuk ego tetapi bertindak bodoh sombong. Tok Pa mengaku halang royalti manakala Awang Adek dakwa royalti telah diberi dalam bentuk wang ehsan.

Melihat keadaan demikianlah, PM Najib bertindak jalan tengah.Tulis surat kepada Tok Guru. Disini, kita nampak tindakan PMNajib untuk menunjukkan betapa bodohnya Tok Pa dan Awang Adek. Beginikah untuk rampas Kelantan dengan cara kamu berdua?

Jika beginilah cara Tok Pa dan Awang Adek berpolitik,bermakna UMNO kena tunggu satu lagi Generasi KEMAS membesar untuk mereka rampas Kelantan!"


 Atlet dari negara miskin di dunia menang 2 emas olimpik
Posted on Monday, August 06 @ 04:09:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Atlet dari negara miskin di dunia iaitu dari Ethiopia setakat ini telah memenangi 2 pingat emas di Olimpik London 2012. Salah seorang darinya ialah Tiki Gelana, atlet marathon yang bukan sahaja menang emas, malah memecahkan rekod dunia. Jurulatih Tiki Gelana hanyalah seorang bekas guru sekolah. Dan diet mereka hanyalah makan barli. Apakah atlet, pegawai sukan, persatuan sukan kita terlalu dimanjakan atau terlalu banyak politikking?

 
London 2012: Tiki Gelana's Olympic marathon win a hometown triumph
Sunday 5 August 2012 19.17 BST 
Ethiopia's Tiki Gelana breaks the ribbon on the Mall to win the London 2012 women's marathon in 2hr 23min 07sec.  
Meanwhile, Ethiopia's Tiki Gelana fell to the ground, picked herself up, brushed herself down and won the gold medal. Gelana is yet another runner from the tiny 17,000-strong town of Bekoji, which has produced six world champions and five Olympic gold medallists, all trained by the former schoolteacher Sentayehu Eshetu.
Kenya's Priscah Jeptoo won silver and Russia's Tatyana Petrova Arkhipova bronze. Earlier this year I visited Bekoji, 9,220ft above sea level, and asked the coach if he had the magic touch. He looked confused, hurt even, and said there was no question of magic – the success of his athletes was down to a diet of barley, hard work and running at altitude.  
After the victory ceremony, when Bekoji and Eshetu were mentioned in the press conference, her face lit up. "Bekoji produces athletes on a daily basis," she said. "Running is a lifestyle in Bekoji and I am part of that." 
http://www.guardian.co.uk/sport/2012/aug/05/london-2012-womens-olympic-marathon

 Berhenti Sebar Kisah Kononnya Tha`labah Kufur Perintah Zakat
Posted on Monday, August 06 @ 04:04:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: al-bahanj

"Subuh tadi, ada ceramah disampaikan oleh seorang ustadz jemputan. Alhamdulillah, banyak isi yang baik yang beliau sampaikan dan bermanfaat buat saya dan ahli jemaah yang hadir.  Ceramah adalah sekitar tajuk syukur nikmat ALLAH, Ramadhan dan kelebihan infaq.

Cuma yang tidak sedapnya ialah beliau membawa kisah Tha`labah bin Hatib yang kisahnya sangat masyhur disampaikan oleh para penceramah sejak dahulu lagi.

Kisah Tha`labah yang pada asalnya miskin, selalu hadir bersolat jemaah, tetapi kemudian menjadi sibuk lantaran ternakan kambingnya begitu besar dan akhirnya kufur dan engkar dengan perintah zakat dikatakan menjadi asbab nuzul ayat al-Quran surah at-Taubah, ayat 75-77.  Kisah ini telah tersebar luas sejak zaman dulu di dalam kitab-kitab tafsir hingga kini dalam masyarakat.
Persoalannya: 
  1. Kenapa Tha`labah yang merupakan seorang Ansar dan ahli peperangan Badar boleh jadi begitu?
  2. Benarkah kisah tersebut?
  3. Bagaimana kisah tersebut boleh tersebar pada peringkat awal?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas ada dijelaskan oleh Maulana Asri di dalam kuliahnya seperti berikut:

(Video
Daripada kuliah tersebut, dapat saya catitkan secara ringkas buat manfaat diri saya sendiri dan mungkin juga buat para pembaca sekalian seperti berikut bahawa:
1)  Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang tergolong dalam golongan Ansar yang menyertai Perang Badar.  Kelebihan golongan Ansar ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Dan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa kesemua yang menyertai peperangan Badar telah ALLAH redha mereka dan dijamin untuk mereka Syurga.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“ALLAH melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman:  ”Buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau AKU telah ampuni kamu semua”"  (HR al-Bukhari dan Muslim)
Jadi, kisah yang masyhur mengatakan Tha`labah tidak mahu membayar zakat, taubatnya tidak diterima dan bakal ke neraka adalah suatu kisah yang sangat-sangat diragui kebenarannya.
2) Kisah tersebut wajar diragui kesahihannya dan tidak patut disebarkan kerana Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi yang berjuang di medan Badar dan dijamin Syurga.
3) Al-Qurtubi ketika menukilkan kisah ini di dalam tafsirnya ada meletakkan periwayat kisah tersebut iaitu kisah tersebut diambil dari Ali bin Zaid, dari Qasim bin Abdul Rahman, dari Abu Umamah al-Bahili (sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam).
4) Para ulama hadith berbeza pandangan terhadap periwayat bernama Ali bin Zaid dan Qasim bin Abdul Rahman.  Masalah timbul adalah disebabkan oleh dua periwayat ini.  Ada yang mengatakan Ali bin Zaid lemah, ada yang mengatakan beliau meriwayatkan hadith-hadith pelik, ada yang mengatakan beliau menukar-nukarkan hadith dan ada yang mengatakan beliau adalah seorang Rafidhi, yakni Syiah.  Manakala Qasim bin Abdul Rahman pula dikatakan beliau ini ada mereka-reka hadith dan sebagainya.  Walaupun ada sisi baik pada kedua-dua periwayat ini, namun disebabkan banyak juga komen negatif dari para ulama mengenai dua periwayat ini, maka riwayat mereka amat-amat diragui dan malah tertolak.  Apatah lagi apabila terlibat dengan Syiah Rafidhah yang terkenal dengan sikap keras dan bencinya mereka kepada sahabat-sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka tidak peliklah kisah memburuk-burukkan Tha`labah ini direka dan disebar-sebarkan.
5) Kisah ini hendaklah diberhentikan penyebarannya kerana kesahihannya sangat diragui malah membawa fitnah kepada sahabat Nabi.
6) Jika kita menyebarkan kisah ini, kita bukan sahaja terlibat dengan dosa besar menfitnah sahabat Nabi, bahkan terlibat dengan dosa yang lebih besar iaitu berdusta ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, kerana dalam kisah ini ada meriwayatkan beberapa perbuatan Nabi.
Untuk kefahaman yang lebih baik, lebih baik tuan/puan dengar sendiri video kuliah di atas.  Maulana Asri adalah seorang pakar hadith di Malaysia yang mendirikan pondok Darul Kautsar di Kelantan.  Laman web Darul Kautsar boleh dilawati di sini, insyaALLAH: 
Dr Asri Zainul Abidin pula apabila ditanya dengan soalan berkenaan kesahihan kisah Tha`labah, beliau menjawab:
  • “Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:

  • وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

  • Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

  • Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a.

  • Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.

  • لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”

  • ” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim) Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.

  • Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.

  • ALLAH LEBIH MENGETAHUI
  • Dr. Mohd Asri Zainul Abidin”
  • (Sumber:  http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=39)


Jawapan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawwas berkenaan kisah Tha`labah yang masyhur disebarkan itu juga baik dibaca untuk pencerahan lanjut.  Di sini pautannya:


Semoga ALLAH memelihara kita dari menfitnah insan-insan mulia yang telah dimuliakan ALLAH Ta`ala.  Dan semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita yang mungkin secara tidak sengaja pernah menyebarkan kisah tersebut hasil dari kurang pendedahan dan ketidaktahuan.

Sekadar berkongsi,
15 Ramadhan 1433
4 Ogos 2012.

*Sumber:   http://muzir.wordpress.com/2012/08/04/berhenti-sebar-kisah-thalabah-kufur-dengan-perintah-zakat/

Hendak je aku maki, haram jadah, si Najib ni.
Posted on Monday, August 06 @ 04:01:03 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"

 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Hendak je aku maki, haram jadah, si Najib ni. Sudah beribu kes rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO BN yang dilaporkan kepada SPRM, hampir semuanya disapu bawah karpet!!. Pukitiang punya Najib!.


Beliau berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. (Amboi-amboi, kes seleweng duit rakyat, dia tak kasi beritau kepada umum! Memang haramjadah la engkau ni Najib!.

"Jika ia didedahkan kepada umum, bermakna telah melanggar Bafia (Akta Bank dan InstitusiInstitusi Kewangan 1989). ~ Oho... kalau dedah... jadi kesalahan?... habis tu kau orang belasah macam harta tok nenek kau orang... tak salah pulak?... Confirmed Najib ni sewel !!!.
"Tujuan Bafia adalah untuk melindungi integriti dan kredibiliti sistem kewangan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini kelmarin.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, pada Rabu lalu didakwa melanggar Bafia kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) kepada umum.
Encik Mohd Rafizi tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Datuk Seri Najib berkata, jika seseorang itu mempunyai akaun dalam sistem kewangan maka perlu diyakinkan bahawa pemiliknya seharusnya dilindungi.
"Jika tidak, orang tidak akan menyimpan wang dalam sistem (kewangan). Pihak antarabangsa juga tidak melaburkan wangnya di Malaysia.
"Ini bercanggah dengan kepentingan awam. Ini kerana kepentingan awam adalah memastikan sistem kewangan tidak boleh dikompromi," katanya yang ditukil mStar Online.
Beliau, bagaimanapun, menjelaskan, ini tidak bermakna kerajaan membiarkan aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram kerana maklumat mengenainya boleh disalurkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya. 
Hari ini, Encik Johari Mohamad akan disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun. Tindakan yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan ...
Tindakan itu didakwa melanggar peruntukan undang-undang bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia). Menurut kenyataan itu lagi, peguam Mohamad Salleh juga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ...
Respon daripada penahanan Rafizi
Posted on Monday, August 06 @ 03:59:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: kmuhammad

"Saudara Pengaranhttp://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5773226021392689498#editor/target=post;postID=6717401243022633256g, Mengenai kes penahanan Encik Rafizi Ramli, saya lampirkan di sini "Whistleblower Protection Act" yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2010. Whistleblower Protection Act ini memberi perlindungan kepada mereka yang mendedahkan segala jenis salahguna kuasa dan penyelewengan. Perlindungan ini termasuk :

1. perlindungan dalam mendedahkan maklumat. 2. Immuniti daripada sivil dan tindakan jenayah.
3. Perlindungan dari sebarang tindakan detrimental.
Rafizi Ramli berhak dilindungi di bawah akta ini.
Sila baca sepenuhnya dan sebarkan. http://www.bheuu.gov.my/pdf/Akta/Act%20711.pdf
Wassalam.

 Fulamak Terkedu Gua !!! Lu Tengok Sapa Angkat Itu Bendera PAS ?
Posted on Monday, August 06 @ 00:13:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"

(Pelbagai bangsa dan agama mengibarkan bendera PAS di Lumut)

LUMUT: Pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang, Lumut malam tadi bagi menyatakan sokongan dengan mengibarkan bendera PAS.


Mereka mengibarkan bendera PAS tanda sokongan dan menyokong perjuangannya di majlis makan malam komiti Jentera
Jentera Pilihanraya N51 Pasir Panjang.

Majlis diadakan semalam mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.

Majlis telah diadakan di Marina Island Hall, Teluk Muruh, Lumut bersebelahan kem Tentera Laut Di Raja Malaysia dan Pulau Pangkor.

Antara yang hadir di majlis ini adalah Speaker DUN Selangor, Teng Chan Khim,  Adun Sekinchan, Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Adun Titi Serong Khalil Idham Lim, Chang Leng Kang dan pimpinan setempat DAP, PAS dan PKR.

Nota Ini satu lagi bukti ..bangsa asing telah menerima perjuangan PAS..Nukilan Abu Luqman

 Royalti: Rakyat sedang semak kejujuran pemimpin
Posted on Sunday, August 05 @ 09:26:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: Inimajalah

"

KETIKA artikel ini ditulis, isu royalti minyak Kelantan memasuki episod baru. Apa yang menarik ialah episod berantakan politik di antara kerajaan pusat di bawah penguasaan Umno-Barisan Nasional (BN) dan kerajaan Kelantan di bawah Pas berhubung isu royalti, semakin dramatik.
Ini berikutan kenyataan terbaru Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas solat Subuh pagi ini bahawa beliau baru sahaja menerima surat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Menurut Nik Aziz, Najib telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. Surat itu, menurutnya, dihantar kepada beliau semalam.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Harakahdaily.net semalam, Nik Aziz membayangkan apa yang menariknya ialah istilah yang digunakan dalam surat ini ialah 'bayaran tunai'.

Kenyataan terbaru Nik Aziz ini dikuatkan lagi oleh kenyataan khas Najib sendiri pada hari ini.

Menurut kenyataan khas Najib, kerajaan setuju menubuhkan jawatankuasa khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Najib berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan.

Ternyata episod terbaru royalti minyak Kelantan ini semakin dramatik. Malah ia seolah-olah antiklimak dan 'terbalik kot'. Ini kerana sebelum ini, pemimpin Umno-BN, terutama pemimpin dari Kelantan sendiri, dilihat amat beriya-iya menidakkan hak Kelantan untuk mendapatkan bayaran royalti terbabit.

Ini digambarkan menerusi pelbagai kenyataan oleh pemimpin Umno Kelantan, termasuk Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Hussin sendiri.

Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009. Bagaimanapun, kerajaan pusat menolak tuntutan itu.

Keengganan membayar royaliti itu menyebabkan kerajaan Pas Kelantan mengheret kes itu ke mahkamah. Pada Ogos 2010, Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung royalti minyak terbabit.

Sehari sebelum kenyataan terbaru Nik Aziz semalam, Mustapa juga dilaporkan berkata bahawa kerajaan pusat akan menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.

Memang dramatik dan antiklimak. Sudah bertahun sejak isu itu berbangkit, pemimpin Umno Kelantan dan Kerajaan Pusat berkeras enggan membayar royalti terbabit atas alasan negeri itu tidak layak dan tidak berhak menerima royalti berkenaan.

Namun, tiba-tiba hari ini Nik Aziz muncul dengan kenyataan yang 'terbalik kot'. Drama politik ini menjadi semakin menarik kerana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) kini di ambang pintu. Sudah tentu banyak pihak akan mengaitkannya dengan pilihan raya.

Mari kita selami lebih dalam drama royalti minyak yang mendebarkan ini.

Sebelum ini, pemimpin Umno Kelantan acap kali mencanangkan ke seentero negara kononnya Kelantan tidak layak dan tidak berhak menerima bayaran royalti berkenaan.

Dalam nada lain, ada pemimpin Umno negeri itu juga mendakwa royalti minyak Kelantan sudah dibayar, tetapi bukan dalam bentuk royalti, tetapi wang ihsan.

Lihat kenyataan Dr Awang Adek pada 29 Julai lalu. Beliau menyatakan pihak berkenaan tidak perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak memandangkan hak rakyat Kelantan sudah diberikan kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui kerajaan negeri.

Dr Awang Adek yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu kerajaan negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka.

Ternyata ada yang pelik dan sedikit melucukan dalam soal ini. Jika benar wang royalti sudah dibayar dalam bentuk wang ehsan kepada rakyat Kelantan sebagaimana dinyatakan Dr Awang Adek, wang apakah pula yang mahu dibincangkan oleh Najib sebagaimana terkandung di dalam suratnya kepada Nik Aziz yang diterima semalam?

Jika apa yang dimaksudkan oleh Najib adalah wang royalti minyak, wang royalti manakah pula yang dirujuk oleh Dr Awang Adek sebelum ini? Rakyat semakin cerdik dan maklumat kian telus. Rakyat tidak suka pemimpin bercakap berbelit-belit dan tidak jujur. Mari kita lanjutkan penghayatan pada episod royalti ini.

Setelah dilihat beriya-iya menghalang pembayaran royaliti minyak kepada Kelantan, kenyataan terbaru Nik Aziz semalam berhubung kesediaan Perdana Menteri untuk berbincang mengenai perkara itu sudah tentu akan dilihat sebagai satu usaha 'terbalik kot'. Ia akan dilihat banyak pihak sebagai satu usaha untuk mengambil hati pengundi Kelantan menjelang PRU13.

Jika diamati, setakat ini Najib memang sentiasa berusaha keras untuk membaiki imej Umno dan BN di mata pengundi. Beliau dilihat cuba sedaya upaya membaiki satu persatu perkara berbangkit yang dihadapi rakyat. Namun sesetengahnya sudah terlewat. Percubaan membaikinya dibuat ketika ia sudah sampai ke tahap hampir rosak teruk, sesetengahnya kronik.

Royalti minyak Kelantan adalah satu daripadanya. Sebelum ini, keengganan Kerajaan Pusat dan pelbagai kenyataan pemimpin Umno Kelantan melayan tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dilihat banyak pihak, termasuklah pengundi atas pagar yang rasional, lebih berpunca kepada keengganan Umno untuk memberi ruang dan kelebihan politik kepada Pas Kelantan. Mungkin Umno menelah bahawa royalti itu, jika diberi, akan menjadikan Pas semakin kuat dan kian disayangi rakyat negeri itu.

Justeru, banyak pihak melihat Umno lebih banyak mendera rakyat Kelantan, bukan cuba memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu. Malah, sesetengah rakyat Kelantan melihat keengganan kerajaan pusat membayar wang royalti adalah satu perbuatan mendera rakyat negeri itu kerana memilih Pas dalam pilihan raya.

Kini setelah kempen Pas Kelantan menuntut royalti minyak menerima sokongan padu majoriti rakyat Kelantan, termasuk pengundi muda, malah turut mendapat sokongan beberapa pemimpin Umno sendiri, parti tua itu ternampak seolah-olah menukar haluan lalu mudik menuruti kehendak ramai.

Kandungan surat Najib kepada Nik Aziz yang diterima semalam, walaupun tidak dinyatakan isinya secara terpeinci, dilihat mencerminkan perubahan haluan secara mendadak. Ternyata pemimpin Umno Kelantan kini dilihat oleh rakyat terbanyak sebagai tidak bijak dalam menangani isu terbabit sehingga menampakkan parti itulah yang menghalang royalti, bukan disebabkan halangan perundangan sebagaimana diuar-uarkan.

Lebih-lebih lagi niat Najib seperti di dalam surat berkenaan dan kenyataan Mustapa semalam untuk menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan, hanya datang setelah pilihan raya menjelang tiba. Jika pilihan raya masih lambat, adakah Umno-BN akan lebih bersedia untuk menyelesaikan kemelut royalti itu? Sila jawab secara jujur tanpa bias politik.

Kini natijahnya Umno-BN ternampak seolah-olah makin terdesak untuk meraih simpati dan undi pengundi Kelantan sedangkan sebelum ini Pas sudah menjaja sekeliling negeri bahawa kedua-dua tokoh Umno Kelantan - Mustapa dan Dr Awang Adek - adalah dua ikon politik yang menghalang pembayaran royalti itu.

Dua tokoh Umno Kelantan ini dilabelkan sebagai 'pengkhianat' kepada rakyat negeri itu kerana mereka dikatakan menghalang pembayaran royalti. Imej sebagai pengkhianat ini dijaja oleh Pas dan rakan sekutunya di setiap pelusuk negara menerusi pelbagai program ceramah serta bahan bercetak.

Sekali lagi, sama ada ini persepsi atau realiti, hakikatnya sikap, reaksi dan apa juga kenyataan yang keluar dari mulut pemimpin Umno Kelantan sendiri menyebabkan rakyat negeri itu melihat mereka sebagai 'penghalang' kepada royalti terbabit.

Bagi rakyat Kelantan yang terkenal dengan sikap 'gedebe' dalam menghukum mana-mana parti politik di negeri itu, adalah tidak wajar usaha menghalang royalti datang dari rakyat negeri berkenaan sendiri.

Apabila ini berlaku, rakyat nampak Pas lebih jujur membela hak mereka berbanding Umno. Sama ada ini realiti atau sekadar persepsi, hakikatnya percaturan Umno-BN Kelantan semakin menampakkan di mata rakyat bahawa mereka tidak benar-benar jujur. Hakikat ini perlu diakui secara berani oleh pemimpin Umno dan penyokongnya.

Pemimpin jujur akan dihormati rakyat. Tidak kira Pas atau Umno, pengundi masa kini bukan pengundi yang boleh diperbodohkan dan digula-gulakan. Maklumat makin telus dan rakyat kian cerdik. Malah pengundi luar bandar yang biasanya menjadi sandaran Umno-BN, kini semakin akses kepada maklumat.

Jika pengundi tua di kampung tidak mempunyai kepelbagaian maklumat selain hanya bergantung kepada televisyen, radio dan akhbar harian, anak-anaknya yang rata-rata berpendidikan, akan menyampaikan maklumat sumber alternatif, termasuk Internet, kepada orang tua mereka.

Ini bukan zaman yang pemerintah boleh menyaring dan memilih mana maklumat mahu didedahkan kepada rakyat dan mana maklumat mahu disembunyikan. Ini adalah zaman yang orang ramai ada jalan lain, malah jalan pintas, untuk akses kepada maklumat selain radio, televisyen dan akhbar yang dikuasai parti pemerintah.

Apapun, pokok pangkalnya ialah keikhlasan politik. Pada zaman yang rakyat semakin cerdik dan maklumat kian telus, pemimpin politik tidak mempunyai pilihan melainkan mesti ikhlas serta jujur kepada pengundinya. Rakyat sedang menyemak keihklasan setiap pemimpin dan parti yang diwakilinya.

Di tangan pengundi kini ada senarai semak yang panjang. Dan, markah hasil semakan itu akan ditunjukkan pada PRU13!

Justeru, jika mahu mengekalkan survival politiknya, Umno mesti membuang jauh-jauh buku lama yang mengandungi teori serta strategi politik lapuk pemimpin terdahulu, sebaliknya mula mempraktikkan teori dan strategi politik dari buku 'ilmu politik baru' yang mementingkan kejujuran, ketelusan dan 'kebersihan'.



Oleh NOORDIN ZAKARIA / Sinar Harian

Sumber: SINAR HARIAN

Tiada ulasan: