LAIN BUDAYA, LAIN FATWANYA
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Seperti biasa, Raja Muda Perlis akan mengenakan jadual yang agak ketat kepada ahli-ahli rombongan beliau. Lawatan, perjumpaan dan perbincangan di sana dan sini. Setiap ahli diberikan tugasan menganalisa tempat yang dilawati ataupun perjumpaan yang diadakan. Kemudian dibentangkan. Saya melihat banyak manfaat yang jika dihayati akan berperanan dalam pembentukan fatwa.
Sebenarnya, kembara dan memerhati perbezaan budaya dan latar manusia adalah penting sebelum seseorang meletakkan sesuatu penilaian ataupun hukum. Ramai orang melawat tempat orang lain, tetapi hanya asyik melihat bangunan dan pemandangan cantik sahaja tanpa mempelajari perbezaan budaya dan adat manusia.
Gambar: Penulis dan ahli-ahli Fatwa Perlis mendengar taklimat di Alhamra, Spain
Golongan yang menentang fatwa berasaskan latar realiti ini kononnya kerana menganggap hukum Allah semua sama di setiap tempat, zaman dan individu. Pada asasnya, kenyataan itu mungkin betul jika setiap tempat, zaman dan individu mempunyai keadaan dan latar yang sama. Namun realitinya dunia sentiasa berubah.
Budaya dan masalah di setiap zaman dan tempat juga tidak sama. Nabi s.a.w sendiri dalam pelbagai hadis memberikan jawaban yang berbeza-beza bagi satu soalan yang sama disebabkan latar penyoal dan keadaan semasa. Sebab itu kita dapati jawapan Nabi s.a.w bagi soalan seperti “Apakah amalan yang terbaik?” dan “Berikan pesanan untukku” berbeza-beza berdasarkan latar penyoal.
Demikianlah hukum agama dalam Islam ini. Terdapat perkara yang tetap tidak boleh berubah seperti solat, puasa, haji dan yang seumpamanya. Namun terdapat banyak hukum yang berkait dengan latar keadaan manusia terutama yang membabitkan urusan muamalat seperti urusan jual-beli, sewaan, riba, pakaian, pergaulan dan seumpamanya.
Al-Imam Ibn Qayyim dalam karyanya yang terkenal I’lam al-Muwaqqi’in meletakkan satu bab Taghaiyur al-Fatwa wa Ikhtilafuha bi Hasbi Taghaiyur al-Azminah wa al-Amkinah wa al-Ahwal wa al-Niyyat wa al-‘Awaid (Perubahan fatwa dan perbezaannya berdasarkan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat).
Fahami Budaya
Justeru, para ulama Usul al-Fiqh menegaskan hal ini sejak dahulu. Kata al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H):
“Jika kita keluar dari satu negeri ke negeri yang lain yang adat (kebiasaan) mereka berbeza dengan adat negeri kita maka kita berfatwa berdasarkan adat negeri mereka dan bukan adat negeri kita. Demikian juga jika seseorang datang dari negeri yang adatnya berbeza dengan adat negeri kita, maka kita tidak boleh berfatwa melainkan dengan adat negerinya bukan adat negeri kita”. (Al-Ihkam fi Tamyiz bain al-Fatawa wa al-Ahkam, m/s 218. Syria: al-Matbu’at al-Islamiyyah).
Bahkan al-Imam al-Qarafi sekali lagi dalam karyanya al-Furuq dengan tegas menyebut:
“Jangan sepanjang hidupmu jumud dengan baris-baris ayat dalam kitab. Apabila datang seseorang dari negeri yang iklim (budaya) berbeza denganmu meminta fatwa, jangan engkau hukum berdasarkan keadaan negerimu. Hendaklah kamu tanya keadaan negerinya dan nilai serta fatwalah berdasarkan keadaan itu. Bukan keadaan negerimu dan apa yang tertulis dalam kitab-kitab. Inilah kebenaran yang nyata. Jumud dengan petikan-petikan (kitab) pasti satu kesesatan dalam agama, kejahilan terhadap maksud para ulama Islam dan golongan salaf yang lampau”.Inilah yang kita lihat kepada sesetengah fatwa ulama zaman ini yang tidak mengikuti keadaan semasa. Tidak memahami realiti baru umat Islam dan perubahan dunia. Ada yang begitu literal sehingga mengambil fatwa-fatwa muamalat dan siyasah dari para ulama yang dangkal tentang hal politik dan berada dalam iklim yang berbeza serta kepentingan yang tersendiri.
Inilah yang berlaku kepada golongan literalist di Barat yang memetik fatwa-fatwa muamalat dan politik dari negara-negara Teluk seakan wahyu yang tidak boleh diubah. Apa kurangnya juga di negara kita apabila ada yang menganggap semua fatwa dalam kitab dahulu, ataupun dari ulama dokongan mereka itu sesuai untuk semua keadaan tempat. Ada pula yang memetik fatwa sempit tertentu kononnya mengundi dalam pilihanraya itu haram sebab zaman sahabat tiada pilihanraya!
Al-Imam Ibn ‘Abidin (meninggal 1252H) menyebut dalam Nashr al-‘Uruf:
“Kebanyakan hukum berbeza disebabkan perbezaan zaman, perubahan keadaan, suasana darurat ataupun kerosakan di mana jika hukum itu kekal seperti sebelumnya akan menyebabkan kesusahan dan mudarat kepada manusia. Sedangkan kaedah-kaedah syarak itu dibina atas meringankan, memudahkan dan menghalang mudarat dan kerosakan. Oleh itu, uruf (kebiasaan) berubah dan berbeza disebabkan perbezaan zaman. Jika berlaku uruf yang baru, maka mufti pada zaman kita hendaklah berfatwa berdasarkan uruf itu dan hendaklah berbeza dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab.Ikuti Perkembangan
Maka golongan yang terkemudian yang menyanggahi apa yang tertulis dalam kitab-kitab mazhab dalam perkara-perkara yang pernah dibahaskan dahulu, sebenarnya tidak menyanggahinya melainkan disebabkan perubahan zaman dan uruf. Mereka tahu, jika tuan punya mazhab berada pada zaman mereka akan memberikan pendapat yang sama. Maka mufti hendaklah memberikan fatwa berdasarkan uruf zamannya sekalipun menyanggahi ulama terdahulu”.
Maka bagi golongan ulama pada zaman ini, di mana dunia teknologi berkembang begitu pesat, penting untuk mereka melihat hukum hakam syarak dan pendekatan agama luar dari kerangka kitab yang mereka baca. Mereka mesti mampu untuk keluar dari kerangka petikan-petikan hukum yang lampau yang mempunyai konteks yang berbeza. Masyarakat di Eropah umpamanya dalam hukum-hakam muamalat dan siyasah tidak boleh terikat dengan fatwa-fatwa Arab Saudi ataupun Malaysia yang tidak luas dalam hal-hal seperti itu. Latar keadaan juga berbeza. Apatahlagi jika sesuatu fatwa mempunyai pengaruh budaya dan politik tertentu.
Maka malang, jika mereka yang belajar di Negara-Negara Teluk cuba menegaskan agar wanita di negara lain turut memakai pakaian hitam seperti wanita Teluk. Itu hanya adat mereka yang bukan warisan salaf untuk dihayati. Demikian juga memakai purdah amat tidak sesuai untuk difatwakan di Barat ini.
Bahkan al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut dalam Iqtida Sirat al-Mustaqim tentang keadaan muslim yang berada di negara bukan muslim:
“Sekiranya muslim berada di negara musuh, ataupun negara kufur yang tidak musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalam mereka untuk dimaklumkan kepada orang muslim ataupun menghalang bahaya mereka terhadap orang muslim ataupun selainnya yang merupakan niat yang baik”.
Maka, penafsiran hadis-hadis Nabi s.a.w dan penukilan fatwa terutama yang membabitkan soal muamalat dan politik hendaklah dilihat dalam kerangkan teks dan konteks. Bukan kerana sesuatu nas hadis itu tidak sesuai, tetapi latar keadaan yang telah berubah. Ia memerlukan ijtihad baru dalam kerangka yang baru. Kata Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam al-Madkhal al-Fiqh al-‘Am :
“Betapa banyak hukum yang dahulunya perongkai dan penyelesai masalah yang berkesan dalam suasana zaman tertentu, namun selepas beberapa jenerasi ia tidak lagi mencapai maksudnya. Mungkin memberikan kesan yang sebaliknya disebabkan perubahan keadaan, pendekatan dan akhlak… di atas asas ini diletakkan kaedah fekah “Tidak dinafikan perubahan hukum disebabkan perubahan zaman”.Kembara dan memerhati suasana orang serta memahami budaya mereka amatlah penting. Ramai yang mencerca Barat dan mereka yang tinggal di Barat, tetapi tidak memahami latar budaya dan falsafah mereka dalam kehidupan. Lebih buruk lagi, ada yang ingin mengenakan fatwa sempit di negaranya kepada umat di Barat ini. Lebih buruk ada yang ingin mengenakan hukum-hakam syarak yang dirumuskan oleh ulama untuk umat yang hidup di kurun-kurun yang lalu kepada umat yang hidup di kurun teknogi dan segala kecanggihan dan perubahan cara fikir dan budaya hari ini. Maka, penting untuk memahami realiti sebelum berfatwa, jika tidak kita akan menjadi fatwa itu literal yang sempit dan memundurkan umat.
Jawapan untuk Khairy, kesalahan Ultraman punca diharamkan KDN
Kita sendiri pun bertanya apa salah Ultraman. Khairy juga berminat untuk mengetahui apa salah Ultraman. Tweet Khairy…
“Khairy Jamaluddin@khairykj Apa Salah Ultraman?”
Mungkin keratan buku tersebut di sebelah memberi sedikit gambaran tentang buku Ultraman The Ultra Power sehingga ia diharamkan KDN.
KEADAAN SYAMSUL AGAK KRITIKAL, NAMUN PERNIKAHAN TETAP DITERUSKAN SABTU INI?
SM risau mendengar perkabaran mengenai
tahap kesihatan Syamsul Yusof yang dikatakan agak kritikal
sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu. Sejak disahkan
menghidap denggi, keadaan Syamsul kini dikatakan tidak konsisten dan
agak kritikal seperti yang diberitahu oleh bapanya, Datuk Yusof Haslam.
Dia tak konsisten, tapi keadaan dia agak kritikal jugalah sebab bila malam dia susah tidur, badan dia ada bintik-bintik, menggigil dan tekanan darah dia menurun. Doktor suruh dia berehat. Saya harap dia sembuh. Tapi mengenai hal pernikahan, mengikut kepada perbincangan saya bersama besan, kami setuju untuk laksanakan pernikahan itu pada hari yang telah ditetapkan, Sabtu ini.
Difahamkan jika kesihatannya masih belum
pulih, doktor membenarkan Syamsul daftar keluar daripada hospital untuk
majlis pernikahannya namun perlu dimasukkan semula ke wad sebaik majlis
selesai. Seperti yang dirancang, majlis penyatuan dua hati antara
Syamsul dan Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara
pada 8 Mac 2014 jam 10 pagi.
Jom kita bersama-sama mendoakan agar
rancangan pasangan selebriti ini untuk mendirikan rumahtangga dapat
berjalan dengan lancar dan semoga Syamsul segera pulih supaya dapat
menjalani kehidupan sebagai suami dengan sempurna selepas ini.
“Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” – Juara Imam Muda Hassan
Bukan sahaja kisah penceraian artis, malah mereka juga turut terlibat dalam beberapa kontroversi lain seperti saman-menyaman, pergaduhan sesama artis dan juga hubungan bersama suami orang.
Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi ‘mangsa’ dalam kemelut rumah tangga orang.
“Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” – Juara Imam Muda Hassan
Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.
Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.
Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.
Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.
“Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!
“Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.
“Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram,” katanya.
Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.
“Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
“Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” tegasnya lagi – Sinar harian
Hanez Suraya ditegur Hassan, Juara Imam Muda Musim Ke-2
Hanez Suraya ditegur Hassan, Juara Imam Muda - Nampaknya, juara Imam Muda Musim Kedua, Hassan, turut terpanggil untuk memberikan tegurannya berhubung masalah tiga penjuru yang melibatkan artis tempatan melalui akaun Facebook miliknya.
Meskipun tulisannya itu tidak ditujukan kepada sesiapa sepertimana status Chef Wan, namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon kontroversi, Hanez Suraya. Kata Hassan, percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.
"Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!"
"Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram."
Tambah Hassan kepada Sinar Harian, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.
"Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja... Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan