Ahad, 2 Mac 2014

SEDARLAH SAHAM KITA TENGAH TURUN....ELOK TUTUP KEDAI

Sunday, 2 March 2014

KASSIM AHMAD DI MASUKKAN KE HOSPITAL KERANA KESUKARAN BERNAFAS.


Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas.

Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad.

"Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka..

Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus.

Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu.

Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006.

MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang. Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya.

"Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan.

Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat.

Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari.

Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut.

~ MySuara
Majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Lokasi : dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur

 
 
Ingat, renung dan fikir sebaiknya,jangan pilih pemimpin yg tolak hukum al quran dan hadis saw
 



Gempar! Sebuah Bandar Firaun Tenggelam Ditemui Selepas 1500 Tahun

Written By canang on Ahad, 2 Mac 2014 | 3/02/2014 10:12:00 PG

Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan  kerana  mendustakan ayat-ayat Tuhannya . Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.
Berdasarkan Firman Allah…
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).
Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.
Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.
Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Sumber

Sunday, 2 March 2014

EDISI BIAR GAMBAR BERBICARA ... SUASANA CERAMAH CALON BN PRK KAJANG DI KG BATU 10, CHERAS.



Kau hanya membiarkan gambar berbicara sebagai cara menjimatkan tenaga dan masa.

Maka ada kebenarannya jika para penganalisa politik tanah air menyatakan bahawa sokongan UMNO kini sudah mulai berubah dan berhijrah kepada DSAI.

Rakaman gambar Datin Paduka Chew Mei Fun menghadiri majlis penerangan ekonomi nasional di Teratak Pekembar, Kpg Batu 10, Cheras, turut hadir Ketua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim dan Jamal Yunus towkey Sekinchan Ikan Bakar.
 
 
Macam tak betul aje apa yg berlaku dgn apa yg beritahu..
 
 

Sunday, 2 March 2014

CALON BN PRK KAJANG GUNA PESERTA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) UNTUK KEMPEN PERIBADINYA.


Punyalah kemaruk dan terdesaknya BN nak raih sokongan sampai sanggup gunakan para peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kem Setia Ikhlas Semenyih yang dibiayai seratus peratus dari dana rakyat dalam suatu aktiviti gotong royong di Taman Delima, Kajang semalam 1hb Mac 2014.

Ingin meberi gambaran seolah-olah aktiviti gotong royong itu ada dari UMNO/BN .. begitu teruk bangsat hapraknya jentera Pilihanraya BN Kajang sampai sanggup pergunakan peserta PLKN untuk kepentingan politiknya.

Nasib baik tidak di suruhnya para peserta PLKN pakai baju T ada lambang BN 1M'sia .. puak-puak ini bukannya boleh dibuat kira .. jenis halal semuanya asalkan matlamat tercapai.


 

Tiada ulasan: