Terkini : Mangsa Liwat Anwar Marah Kerana Hukuman Penjara Keatas Anwar Hanya 5 Tahun
Terkini : Mangsa Liwat Anwar Marah Kerana Hukuman Penjara Keatas Anwar Hanya 5 Tahun
ini lah dia salah satu contoh bangsat umno yang lebih kurang bangsa yahudi beb, gua ingat kalau lah boleh dibelah dada beliau dengan dada yahudi kemudian dikeluarkan hati dia orang gua gerenti sama dan susah untuk dibezakan... kah kah kah... A B U. baca lagi--->>> http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/03/terkini-mangsa-liwat-anwar-marah-kerana.html
Pas Dun Tepoh shared Islam Bangkit's photo.
Pas Jeli Kelantan shared Pas Kawasan Lenggong Perak's photo.
Contohi sikap Mohd Alwi, kata Nik AzizRSS Sinar Harian / 21 hours ago
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik tindakan Adun Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang sanggup keluar BN jika Perdana Menteri enggan menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Bahkan menurut Nik Aziz, pendirian yang ditunjukkan oleh Adun BN tersebut adalah sikap yang perlu diambil oleh pemimpin dan penganut Islam.
"Saya ada di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam ketika seorang Adun Umno dari Kok Lanas, menyatakan sokongan terhadap hukum hudud dan sanggup keluar dari Umno jika pemimpin Umno menentang hukum ini.
"Saya sangat menghargai sokongan seperti ini dan inilah sikap sepatutnya yang wajib diambil oleh seorang Muslim.
"Tahniah saya rakamkan kepada beliau, harapan saya agar inilah juga pendirian pimpinan Umno Pusat," katanya yang dipetik dalam laman Facebooknya, hari ini.
Semalam, Mohd Alwi menyatakan pendiriannya untuk sedia berhenti menyokong parti pemerintah jika Najib enggan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud.
Mohd Alwi membuat persetujuan berkenaan setelah diajukan soalan oleh Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan ketika memberi penjelasan mengenai usaha pelaksanaan hudud di negeri itu.
“Adakah sekiranya perdana menteri menolak sokongan mendapatkan kebenaran pelaksanaan hudud di Kelantan, pembangkang di sini hendak keluar BN?
“Setuju. Kalau benar halangan pelaksanaan hudud di Kelantan berpunca daripada pemimpin Umno, saya pun tidak akan berada lagi dalam politik Umno,” katanya.
Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu turut mengharapkan pelaksanaan hudud di negeri itu akan berjalan dengan lancar tanpa ada halangan.
"Semoga halangan-halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan akan hilang satu demi satu, Insya-ALLAH," katanya.
Aqil Aq shared Jeneral Yakuza Ogawa's photo.
Sabarlah wahai ibu... didunia ini sang penguasa boleh buat apa saja mereka mahu. Tapi mereka lupa raja segala raja lebih berkuasa iaitu allah azzawajalla.
Mereka lupa doa seorang hamba yang dizalimi tiada hijab dengan allah. Sifat manusia akhir zaman memang begini.
Apabila manusia terlalu zalim diatas muka bumi ini, allah s.w.t akan menurunkan bala. Lihatlah sekarang ini hujan tidak turun, kemarau panjang. Allah telah tarik nikmat mikmatnya akibat perbuatan jahat manusia itu sendiri.
Apabila bala turun, semua akan terkena tempiasnya. Erti kata lain orang lain makan nangka, kita pula kena getahnya. Orang lain yang melakukan kezaliman, semua yang kena tempiasnya.
Sebab itu kita mesti istiqomah menentang segala tipu daya kerajaan penipu pembohong seperti umno.
Moga ibu terus tabah... apa yang berlaku sudah ketentuan allah.. kun fayakun... setiap ujian itu mempunyai hikmah disebaliknya...
Semoga umno dan setuku mereka dalam konspirasi ini akan menerima balasan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan... Aamiin ya rabbal alamiin.... takbirrr !!!
Lagi berita politik,terkini,ternow,terhot,terchai, Like pages >>> https://www.facebook.com/pages/Jeneral-Yakuza-Ogawa
REFORMASI !!! REFORMASI !!! REFORMASI !!!
-apages-
Iwa Chenta Indie II was tagged in Mistor Suarez's photo.
DI SEBALIK DUA PERISTIWA PENTING...BERITA MENAMATKAN NYAWA SEORANG LAWAN POLITK (DSAI) LEBIH PENTING DARI BERITA MANUSIA DAN RAKYAT YANG TERKORBAN AKIBAT MALAPETAKA CUBA DISEMBUNYIKAN..~~!!!
HAKIKATNYA DUA TRAGEDI BERBEZA....DSAI DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA YANG .DIRANCANG MANUSIA MASIH BOLEH DIUBAH HUKUMAN...!!! TETAPI TAKDIR ALLAH KAPALTERBANG TERHEMPAS TIDAK DAPAT DIUBAH LAGI..!!!
YANG PELIK DAN BENAR KERAJAAN CUBA MENYEMBUYIKAN ISU BERITA KAPALTERBANG MAS TERHEMPAS KERANA TAKUT MENENGGELAMKAN BERITA DSAI DIHUKUM PENJARA YG MAHU DIPERBESARKAN MENJELANG PRK KAJANG....INILAH KUASA ALLAH...!!!
Dr MAZA: Ramai Saban Hari Derma Pahalanya Di Internet
March 8, 2014 by
“Ramai yang saban hari menderma pahalanya
di internet,” demikian tulis Pensyarah Bahagian Pengajian Islam,
Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya
Datuk Dr Asri Zainul mengenai fenomena masyarakat kita kini yang
menggunakan alam siber untuk mencerca orang lain.
Menurut Dr Asri, ‘derma’ yang dimaksudkan sama ada dengan cara menuduh orang atau pun memaki dan mencerca orang lain.
“Sebahagian mereka merasa selamat di sebalik ‘keyboard’ mereka.
Namun ALLAH tidak lupa,” tulisnya di laman sosial Facebooknya, hari ini.Tambah Dr Asri, golongan tersebut mungkin berasa puas hati dengan memaki ataupun mencerca orang yang tidak disukai, namun hakikatnya mereka sedang menderma pahala mereka untuk ‘si mangsa’.
“Jika mereka tiada pahala, mereka sebenarnya sedang menolong si mangsa mengambil dosa-dosanya untuk dipikul di akhirat kelak.
“Kadang-kala, beruntung juga mereka yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Dr Asri turut berharap pengguna media sosial agar segera sedar atas perbuatan yang dilakukan.
Katanya, “Nabi Muhammad SAW pernah bertanya para sahabat baginda : ‘Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?
“Jawab mereka: ‘Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta’,” katanya.
Tambahnya lagi, “…sabda Baginda: ‘Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.
Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim),” tulis Dr Asri lagi.
Sumber : Sinar
Dr. M: Saya Akan Menemui Tuhan Tak Lama Lagi, Saya Terima Apa Saja Hukuman Allah
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. – chedet.cc
D'Din Din shared Omar Blacks's photo.
DI MALAYSIA !!!
PEMINPIN2 DI MALAYSIA AMAT KEBAL DARI UNDANG2 NEGARA . SEMUA HARTA PEMINPIN TIDAK DAPAT DISIASAT OLEH SPRM DAN SESIAPA SAJA , RAKYAT MALAYSIA .
WALAUPUN DAH BERIBU ADUAN DIBUAT OLEH RAKYAT . . MALANGNYA . . IA DIBIARKAN TERUS BERLAKU SETIAP HARI . .
RASUAH , PECAH AMANAH , BOROS WANG RAKYAT , KRONI DAN KEKAYAAN PALING LUAR BIASA PEMINPIN & KELUARGA .
SOALAN :-
ADAKAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA , AKAN TERUS MEMBIARKAN , IA TERUS BERLAKU , TANPA SEBARANG TINDAKAN ???
LAMAN :-
BN Tumbang - Baru Rakyat Senang
https://m.facebook.com/profile.php?id=1391228387805674
D'Din Din shared Firdauz Haikal Sofea's photo.
Like · · Share · about a minute ago ·
D'Din Din shared #AMBANG13 [ANAK MUDA BANGKIT]'s photo.
Pas Bagan Parit Sulong shared Tajol Ariffin Omar's photo.
APA KITA NAK HERAN BILA PEMIMPIN TERPENJARA...
Imam Abu Hanifah - pengasas Mazhab Hanafi
Hassan Al Banna - Ikhmanul Muslimin
Nelson Mandela - Pejuang apertheid
Ahmad Bostaman..Pak Sako..Burhanudin Helmi..ramai lg...SEMUANYA DI PENJARA KRN PERJUANGAN...
yg tak kena...pemimpin2 Umno je...
Krn mereka kaki bodek..kaki ampu..kaki jilat bontot...
PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN..KRN IA BUKAN KRN BATANG TUBUH PEMIMPIN TP PERJUANGAN DAN WAWASAN NYA..
Misteri
kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan para penyiasat dan
pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan
dilaporkan oleh pesawat tersebut.
Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang, kata Richard Quest lagi.
“Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi – Sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”
“Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus” Tambah Quest lagi.
Bekas Penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
“Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan”
Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
“Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat.”
Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. – CNN/TengokTVOnline
Imam Abu Hanifah - pengasas Mazhab Hanafi
Hassan Al Banna - Ikhmanul Muslimin
Nelson Mandela - Pejuang apertheid
Ahmad Bostaman..Pak Sako..Burhanudin Helmi..ramai lg...SEMUANYA DI PENJARA KRN PERJUANGAN...
yg tak kena...pemimpin2 Umno je...
Krn mereka kaki bodek..kaki ampu..kaki jilat bontot...
PERJUANGAN HARUS DI TERUSKAN..KRN IA BUKAN KRN BATANG TUBUH PEMIMPIN TP PERJUANGAN DAN WAWASAN NYA..
Pas Bagan Parit Sulong shared Islam Bangkit's photo.
Punca kemalangan pesawat MH370 didedah penyiasat terkenal!
Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang, kata Richard Quest lagi.
“Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi – Sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku.”
“Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus” Tambah Quest lagi.
Bekas Penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.
Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.
“Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan”
Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.
“Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat.”
Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. – CNN/TengokTVOnline
Post by Suara Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan