PM sahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di perairan Vietnam
“Setakat ini semuanya hanya spekulasi. Kita tidak seharusnya membuat sebarang spekulasi pada peringkat ini,” katanya semasa suatu sidang media di Hotel Sama Sama, KLIA hari ini.
Najib berkata oleh kerana peringkat pertama pencarian pesawat yang hilang itu di kawasan di mana isyarat terakhir diterima menemui jalan buntu, kerajaan telah mengambil keputusan untuk memperluaskan kawasan pencarian.
Najib berkata pencarian akan dilakukan ‘seluas mungkin’ dan kerajaan sedang mengkaji segala kemungkinan.
“Kita telah menambah bilangan aset termasuk 15 pesawat dari Tentera Udara Diraja Malaysia.
“Untuk memberi impak yang lebih bermakna, kita merasakan kerjasama dengan negara lain perlu dilakukan.
“Vietnam telah bersetuju untuk melakukan operasi pencarian di kawasan perairannya dan tentera udara Amerika Syarikat telah bersetuju untuk menghantar pesawat-pesawat mereka untuk operasi mencari.
Kisah Mayat Isteri Kaki Zina Dihurung Lintah
Kisah Mayat Isteri Kaki Zina Dihurung Lintah | Kisah ini menceritakan tentang seorang isteri
yang suka melakukan zina di belakang suaminya. Dipengakhiran hidupnya,
dia telah jatuh sakit dan kemudiannya Allah SWT telah mendatangkan
hukuman ke atas perbuatannya. Semoga kisah ini dapat menjadi tauladan
kepada semua orang. Sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka, tetapi
hanya akan tertutup apabila nyawa tidak lagi dikandung badan.
Apabila timbulnya cerita pelik, sudah
pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada
perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan
bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut
segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya.
Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah
Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka
melakukan zina.
Kadar gejala seks bebas kian meningkat
dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja
melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang
bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis
kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat
perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan.
Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga
dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes
yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan
pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin
masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya,
bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik.
Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan
iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras
tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita
melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan
hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup
seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan
nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak
tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja
kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak
banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan
kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk
sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah
melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar
boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya.
Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah
sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja,
sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah
Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia
Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan
di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk
beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah
dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum
dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia.
Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda
dan beras terpaksa dirampas. Sikap tidak puas hati rakan-rakan
penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan
mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa
orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka
mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua
bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri
ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi
berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika
berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah
Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan
yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh
orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan
perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga
tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih
bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping
minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah
diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk
sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak
yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak
seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan
sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan
matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga
yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum
menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang
kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan
liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik
sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya.
Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi
namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan
lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu
kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa
memanjangkan lagi liang lajiokihadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah
tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga.
Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya
itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad
pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama
mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya
itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali
kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam
dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah.
Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang
sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat
Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa
dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya
untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah
itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat
seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah. Segera kami
menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan
apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu.
Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh
sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah
sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak
tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar
isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui
akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka
sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa
hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
Sumber: Melayukini
Kisah Azab Ngeri Mayat Bertatoo Salib
Kisah Azab Ngeri Mayat Bertatoo Salib | Seorang hamba Allah, Amin (nama samaran) memandikan mayat seorang polis Melayu. Amin terperanjat bila mendapati terdapat tattoo berbentuk salib di dada mayat tersebut. Selesai dimandikan, mayat tersebut dikafan, disolatkan dan ditanam seperti mayat muslim yang lain.
Amin merasa tidak sedap hati dengan
kejadian itu. Amin lalu bergegas ke pejabat agama berdekatan. Amin
melaporkan kejadian yang dilihatnya yakni keadaan mayat yang mempunyai
tattoo salib di dadanya.
Pihak pejabat agama segera meminta agar kubur digali semula dan mayat harus dipindahkan dari perkuburan orang Islam. Kubur mayat polis Melayu itu segera digali semula yakni selang sejam atau beberapa jam selepas ia ditanam.
Alangkah terperanjatnya mereka bila melihat keadaan
mayat yang mengerikan seolah-olah mayat tersebut sedang diazab. Mata
yang terkeluar dan tulang-temulang yang patah bagai dihimpit kubur. Kisah di atas merupakan kisah benar berlaku di sebuah daerah di Kelantan.
Allah telah takdirkan peristiwa ini
berlaku di hadapan kita agar dijadikan pedoman dan ingatan sepanjang
masa. Allah tidak akan menimpa azab ke atas seseorang atau kaum kecuali
didatangkan peringatan terlebih dahulu. Allah itu maha adil dan tidak
menganiaya hamba-hambaNya kecuali hamba itu menzalimi diri sendiri.
Cintai Allah, Cintai Islam.
Pengajaran Cerita
1. Apa mahu dibanggakan dengan bangsa? Melayu atau Cina atau India semua itu tiada nilai di sisi Allah. Orang yang paling baik di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Justeru usah dibanggakan dengan bangsa. Perjuangan berasaskan bangsa adalah perjuangan lapuk dan berfikiran sempit.
2. Kita tidak dapat memastikan azab pada mayat tersebut kerana murtad atau kerana tattoo.
Pada pendapat saya, selagi masa hayatnya polis itu bersolat dan
berpuasa seperti orang Islam yang lain, maka mayatnya harus diuruskan
seperti mayat orang Islam juga.
3. Tattoo tersebut mungkin semata-mata tattoo yang dibuat secara main-main sahaja. Meskipun tattoo itu berbentuk salib. Kecuali
ada keluarga atau kawan-kawannya yang bersaksi bahawa si mati pernah
mengaku keluar dari Islam atau melakukan perkara yang membatalkan iman.
4. “Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah
s.a.w mengutuk wanita yang menyambung rambut seorang wanita dan wanita
yang minta disambungkan rambutnya (yakni memakai rambut palsu), orang
yang membuatkan tatoo dan orang yang meminta dibuatkan tatoo.”
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.
Berdasarkan hadis ini, hukum bertatoo
adalah haram dan berdosa besar. TETAPI ia tidak menyebabkan seseorang
itu murtad. Namun dosa-dosa yang dikumpulkan boleh memudarkan iman dan
akhirnya mendekatkan seseorang kepada murtad juga. Justeru penawarnya
adalah taubat, menambah ilmu dan amal.
Bersabar sedikit di dunia untuk mentaati Allah jauh lebih baik dari bersabar ketika diazab di akhirat kelak, Fikir-fikirkan.
Pemuda Di Tapah Perkosa Anak Lembu Sampai Mati
Pemuda Di Tapah Perkosa Anak Lembu Sampai Mati | Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan s*ks luar tabii terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor, di sini.
Suspek dipercayai melakukan perbuatan
jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang
berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan.
Sumber polis berkata, kejadian itu
dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis
Bidor, di sini, pagi kelmarin, selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat
menjadi mangsa kekejaman #seksual.
“Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian.
“Sebelum kejadian, pemilik anak lembu itu dikatakan terserempak seorang
lelaki tidak dikenali berada berhampiran kandang lembunya itu,”
katanya.
Susulan itu, pemilik terbabit membuat
laporan jam 6 pagi semalam di Balai Polis Bidor, di sini, selain membuat
aduan sama kepada Pejabat Veterinar Tapah. Menurutnya, kes itu dianggap
pelik, namun polis menunggu laporan bagi memastikan sama ada anak lembu
itu ‘diperkosa’ atau mati akibat punca lain.
Sedih! Anak Gajah Merintih Mahu Susu Ibunya
Sedih! Anak Gajah Merintih Mahu Susu Ibunya | Kasihan apabila beberapa ekor gajah telah disahkan mati dipercayai akibat diracun oleh individu tidak bertanggungjawab. Lebih menyayat hati apabila terdapat seekor anak gajah yang merintih kesedihan apabila melihat ibunya mati. Si anak yang masih diperingkat menyusu, kelihatan sedih sambil mengusap-gusap kepala ibunya. KisahBest.My difahamkan juga, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Kota Kinabalu: Menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati
selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang
bergelimpangan di Hutan Simpan Gunung Raya, kira-kira 130 kilometer dari
Tawau.
Anak gajah yang diberi nama Kejora itu
seperti kelaparan dan terselamat, tetapi masih dipantau berikutan turut
terkena tempias racun berkenaan akibat meminum susu daripada ibunya.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah
Datuk Laurentius Ambu berkata, kejadian disedari pihaknya pada 29
Disember tahun lalu apabila menerima laporan kematian seekor gajah jantan di tempat kejadian.
“Namun, bilangannya meningkat dan
sehingga 25 Januari lalu, 10 gajah jenis Pygmy Borneo ditemui mati
disyaki diracun menggunakan racun tikus oleh individu tidak
bertanggungjawab.
Foto
Foto
“Sepanjang dua minggu ini, tujuh daripadanya betina manakala selebihnya gajah jantan berusia empat hingga 20 tahun,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), di sini, semalam.
Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan
Sejarah Kota Melayu Melaka Yang Disembunyikan | Semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka
untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan, masyarakat dan
kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh Portugis yang
datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi
pertahanan Melaka.
Lakaran
menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah Portugis.
Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam
ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam
lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan
oleh tentera Acheh.
Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan
binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya
direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit.
Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua
pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan
Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.
Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan
fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara
Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka
mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan
sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan
bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang
erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek
pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum
Islam.
Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal Portugis.
Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat,
mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah
diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama
dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang
melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti
nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa
lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain.
Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat
Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada
ketika itu.
Lakaran Portugis juga turut merakamkan
peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan
Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam
daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan
orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam.
Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang
terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada
lakaran tersebut terdapatnya sebuah bangunan yang mempunyai
kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin
juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang
berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan
mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah
istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota
pelabuhan Melaka.
Lakaran
diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota
Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja
askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin
juga askar upahan.Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?
Peristiwa peperangan Melaka juga ada
dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut
menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan
juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang.
Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah
tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan
terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi
serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana
perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang
Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan.
Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang
digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang
lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing
atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan
tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti
batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan
struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada
sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.
Lakaran
menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka.
Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan
kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran
pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan
peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini
adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.
Terdapat sebuah lagi lakaran yang
berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di
Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De
Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran
tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini
beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang
menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan
menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis.
Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang
istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang
kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok
adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga
diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana
Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana
asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut
menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan
kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersebut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom.
Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah
yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas
balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri
dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang
dikatakan dalam Sejarah Melayu.
Lakaran
menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan
disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk
melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam
Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan
Melaka.Peringatan! Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah (Mesti Baca!)
Peringatan! Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah (Mesti Baca!)
| Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT
dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Nasihat ini sering kita dengar
terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib. Kuasa
Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang
hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah
kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai
penyimpangan yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas
sejarah kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi
Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80
orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi
Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu
Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh –
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah
mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka
membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada
mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat
Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu
hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah
diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan
azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang
dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth
ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib –
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan
oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam
perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila
menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat.
Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu
melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr:
78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib
juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang
tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli
tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78,
al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani
Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun
untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku
sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.
Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu
dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan
dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya.
Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan,
nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang
menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan
itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan).
Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang
mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke
dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf :
12).
9. Ashab al-Ukhdudd –
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak
beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang
yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk
seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh
Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah –
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah
penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada
mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’
adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya
sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat.
Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan
oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan
banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
Saintis Temui Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS
Saintis Temui Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS
| Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru
ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan.
Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan
pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka
berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian
Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT.
Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman
Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan
penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’.
Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran
sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.”
Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan
bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak
dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al
Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka
tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka
atas penemuan ini. Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan
dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu
yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini.
Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti,
Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama
penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas
pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan
semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian
besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian
berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam
perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara
semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini
menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari
pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini
digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang
“beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah
menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari
suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”.
Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi
yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan
menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar.
Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih
dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas,
yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang
masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar
dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada.
Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk
menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang
panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret
daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai
manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California.
Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah
melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya
adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi
Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah
bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju
ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar
bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut,
beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari
dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar
angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua
yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari:
pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang
diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah
tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang
menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa
lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar
mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali,
diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa
tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara
pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus
disebutkan dalam Al-Quran.
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan
kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara
itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut
mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti
terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar
kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak
memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu)
penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum
pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS.
Al-Fajr, 89: 6-8)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan