Rabu, 12 Mac 2014

MH370 14

Syarikat pengimejan satelit Amerika bantu cari MH370
Posted on Tuesday, March 11 @ 19:05:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Laman web DigitalGlobe turut menghulurkan bantuan bagi mengenal pasti lokasi pesawat MH370.

Laman web DigitalGlobe turut menghulurkan bantuan bagi mengenal pasti lokasi pesawat MH370.


Setelah pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan hilang dan operasi mencari memasuki hari keempat, syarikat pengimejan satelit Amerika mengambil inisiatif mengumpul maklumat bagi mencari pesawat berkenaan.

Menerusi inisiatif ini, orang ramai akan membantu menganalisis imej beresolusi tinggi bagi sebarang tanda kehilangan pesawat.
ABC News melaporkan syarikat DigitalGlobe yang berpangkalan di Longmont, Colorado memasang kamera pada lima satelit orbit pada Sabtu di kawasan Teluk Thailand di mana lokasi MH370 dilaporkan hilang.


Pengurus Kanan Big Data Geospatial dari DigitalGlobe, Luke Barrington berkata kepada ABC News imej satelit yang dikumpul boleh didapati secara percuma oleh orang ramai menerusi laman sesawang Tomnod.
DigitalGlobe akan menggunakan komputer algoritma bagi melihat pengguna menandakan kawasan tertentu lebih banyak daripada pakar pengimejan satelit dalaman yang kemudiannya akan dibuat pemantauan, katanya.
“Sesiapa sahaja boleh pergi ke pautan dan mula melihat imej tersebut yang ditanda jika terdapat perkara mencurigakan. Setiap piksel di skrin komputer mewakili setengah meter permukaan laut.
"Apa yang dapat kami katakan di sinilah lokasi 10 terbaik atau mencurigakan. Adakah benar sayap pesawat terpisah dan serpihannya terapung di lautan?
"Mungkin kami tidak 100% yakin tetapi jika itu yang terpaksa saya lakukan maka saya akan mulakannya,” katanya.
Barrington berkata inilah cara bagi mereka yang tidak pandai membawa bot merentasi Lautan Pasifik bagi menuju ke Semenanjung Malaysia atau mereka yang tidak pandai memandu kapal terbang membantu mencari pesawat Boeing 777-200ER.
DigitalGlobe menjalankan First Look Event secara berbayar bagi membandingkan imej sebelum dan selepas kepada pelanggan.
Beberapa bulan lalu, syarikat itu mengaktifkan perkhidmatannya bagi memantau kebakaran hutan di Australia, keganasan di Ukraine dan ribut ais di Altanta.
November lalu, syarikat tersebut turut melancarkan kempen serupa selepas taufan Haiyan membadai Asia Tenggara dan pengguna meninggalkan 400,000 tanda digambar membantu mengenal pasti 38,000 bangunan dan 101,000 rumah yang rosak akibat bencana itu.
MH370 sewaktu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu hilang dari radar kira-kira 1.30 pagi di pantai timur Malaysia dan selatan Thailand.
Nasib pesawat yang membawa 227 penumpang yang terdiri daripada 14 negara dan 12 krew kabin masih belum diketahui.
Sejak berita kehilangannya tersebar, terdapat beberapa laporan serpihan bangkai pesawat dan tumpahan minyak di Laut China Selatan di mana pesawat itu kali terakhir dikesan radar namun siasatan lanjut oleh pihak berkuasa mendapati barang yang dijumpai itu bukan milik pesawat malang berkenaan. –

TMI
11 Mac, 2014.

 4 aspek siasatan polis termasuk rampasan, sabotaj, masalah peribadi - KPN
Posted on Tuesday, March 11 @ 19:01:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



KUALA LUMPUR: Polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MAS, di sini, sebentar tadi.








MH370 'hilang' kerana kuasa ALLAH SWT
Posted on Tuesday, March 11 @ 18:57:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga.

Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut.

Segala teknologi dan peralatan canggih  dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini.

Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang B777 Fleet MAS, Kapten Noruddin Abd Majid tidak menolak kehilangan pesawat berkenaan adalah kerana kuasa tuhan..

"Dunia berada pada tahap teknologi yang tertinggi di mana seseorang berjalan di lorong pun dapat dilihat daripada angkasa dan dapat diketahui identitinya.

"Apa pun yang berlaku, sebagai orang beriman, ini adalah ketentuanNYA. Ini bukan pertama kali berlaku di mana pesawat hilang daripada udara," katanya yang dipetik pada laporan sebuah TV, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menyentuh tentang kehilangan pesawat itu dari radar pada ketinggian 35,000 kaki secara tiba-tiba.

"Satu dunia sudah melihat di mana sebuah kapal terbang yang berada pada ketinggian 35,000 kaki dengan kelajuan 855 kilometer (km) sejam dan kalau tak silap 14.5 km seminit melepasi pantai timur semenanjung dan baru saja hendak memasuki ruang udara Vietnam, hilang secara tiba-tiba.

"Berdasarkan kenyataan (pihak berkuasa), sebelum masuk ruang udara Vietnam, dalam kawalan positif dengan Air Traffic Control (ATC), pesawat tiba-tiba hilang terus dari skrin radar. Tidak ada kesan langsung.

"Ini mengelirukan dan satu perkara ajaib yang kita kena terima. Dunia kena terima," katanya.

Ketika ditanya soal tindakan yang boleh dilakukan, beliau berkata doa adalah senjatanya.

"Doa daripada orang-orang soleh yang dekat dgn ALLAH dan juga keluarga kerana mereka sedang beremosi. ALLAH melihatnya," katanya.

Dalam pada itu, beliau menolak kemungkinan pesawat itu meletup di udara, ekoran tiada petanda ataupun serpihan yang ditemui selepas tiga hari operasi mencari dilancarkan.

"Kalau meletup sekalipun di udara, mesti ada serpihan. Pasti. Kerana pesawat ini terlalu besar. Enjinya adalah paling besar di dunia, sama saiz dengan badan Boeing 737.

"Tapi tak ada petanda. Tak ada serpihan. Tak ada tanda pada bacaan radar, jadi, tidak mungkin," katanya.

Beliau terlibat dalam operasi membawa pesawat Boeing 777-200 itu ke Malaysia pada tahun 2002. 


 Jangan Bergantung Pada 'Google Maps' Untuk Cari Pesawat Hilang
Posted on Tuesday, March 11 @ 18:53:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Imej kapal terbang di Google Maps yang menimbulkan kekeliruan orang ramai.
PETALING JAYA: Mereka yang prihatin tidak seharusnya bergantung pada 'Google Maps' (Peta Google) untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kerana ia tidak memberi maklumat satelit secara langsung.

Dengan carian yang memasuki hari keempat pada Selasa, beberapa rakyat yang prihatin telah menghubungi 'The Star', setelah mereka percaya menemui pesawat yang hilang selepas membuat penelitian melalui imej satelit Google Maps.

Memberikan pelbagai imej kapal terbang dalam Google Maps yang jelas menunjukkan imej kapal terbang, kebanyakan orang ramai percaya bahawa ia adalah kapal terbang yang hilang.

Seorang pembaca yang membuat panggilan menunjukkan lokasi di pulau Vietnam, Cau Ma Thiên Lãnh , yang terletak di selatan barat Bandar Raya Ho Chi Minh sebagai lokasi pesawat tersebut manakala individu lain menghantar e-mel koordinat lokasi kapal terbang yang hilang berhampiran Empangan Kenyir di Terengganu.

Jurucakap dari Google Malaysia berkata walaupun terdapat pelbagai gambar kapal terbang di pelbagai lokasi, ia bukanlah imej secara langsung.

"Ya, imej boleh jadi berada di sana, tetapi ia bukan imej satelit pada masa sebenar kerana imej tersebut mungkin telah diberikan kepada kami beberapa minggu atau bulan lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata imej Google Maps atau Google Earth biasanya disumbangkan oleh sumber-sumber pihak ketiga yang memberikan imej beberapa minggu atau beberapa bulan lebih awal.

"Imej-imej yang ditangkap kadang-kadang akan mengandungi gambar kapal terbang, biasanya pada laluan penerbangan dan tidak boleh dianggap sebagai lokasi kemungkinan berlakunya kemalangan," katanya. - Malay Star 


 Simulation Screen.... Rumah Kapten Zaharie
Posted on Tuesday, March 11 @ 18:50:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Juruterbang pesawat Boeing 777 MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shahmerupakan seorang juruterbang berpengalaman yang bukan sahaja mampu menerbangkan Boeing 777 di udara, malah pesawat itu turut ‘diterbangkan’ di rumahnya.

Minatnya terhadap penerbangan amat mendalam, hinggakan ketika masa lapang Zaharie sering menghabiskan masa menerbangkan koleksi pesawat kawalan jauh beliau.

Beliau juga membina sendiri set simulasi penerbangan Boeing 777 untuk terus mempertajamkan kemahiran menerbangkan pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Dalam sebuah bilik khas, beliau menempatkan tiga skrin LCD 32 inci dan tiga skrin sesentuh 21 inci yang mewakili alat navigasi dan fungsi yang berbeza seperti di dalam pesawat Boeing 777 yang sebenar.

Memetik catatan blog Sharelor.net, Zaharie juga gemar memasak dan sering memuat naik gambar hidangan yang dimasaknya.

Beliau juga sering berkongsi pengetahuan mengenai cara-cara melakukan sendiri penjimatan elektrik di laman YouTube.

Berdasarkan rekod MAS, bekas penuntut di Penang Free School ini telah mencatatkan 18, 365 jam penerbangan sejak menyertai Malaysia Airlines pada 1981.

Namun kita pasti dengan adanya program simulasi di rumah, beliau telah menerbangkan Boeing 777 melebihi rekod rasmi yang dicatatkan.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian Online mendapati satu akaun Facebook atas nama “Kapten Zaharie Ahmad Shah” telah diwujudkan hari ini dan telah meraih perhatian 1,772 pengguna internet sehingga jam 11 malam tadi. – Sinar Harian Online 


 Mesej Terakhir Menara Kawalan Kepada MH370.. Sayu dan Sedih (bersama video)
Posted on Tuesday, March 11 @ 18:47:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





SAYU rasanya mendengar mesej audio yang dikatakan dihantar oleh menara kawalan trafik Beijing kepada pesawat MH370 yang masih tidak ditemui sehingga kini.

Berikut merupakan bait-bait ayat yang telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan Melayu:

“MH370, we hope the radar can see you. If you copy, keep flying at your current height until you reach your destination. We’ll clear the way for you. Everybody is more than happy to let you be the first to land. The sky is clear, with temperature in Beijing at five degrees Celsius, a little bit cold. Please wear your coats to keep warm. Remember to hug your family and friends after you disembark. They love you, they really do.”
“MH370,

kami berharap radar akan dapat melihat kamu. Jika kamu dengar, teruskan terbang pada ketinggian kamu sekarang sehingga kamu sampai ke destinasi. Kami akan lapangkan jalan untuk kamu. Semua orang akan berbesar hati memberi kamu peluang untuk mendarat terlebih dahulu. Langit cerah, dengan suhu di Beijing sebanyak lima darjah celsius, agak sejuk. Tolong pakai kot kamu untuk memanaskan badan. Ingat untuk peluk ahli keluarga dan sahabat setelah kamu turun. Mereka sayangkan kamu, benar-benar sayang kamu.”


Selagi tidak ditemui, diharap agar anda tidak putus harapan untuk mendoakan yang terbaik untuk para penumpang dan anak kapal MH370.



Sumber link


  Pasport curi: Lelaki warga Iran dikenalpasti
Posted on Tuesday, March 11 @ 18:45:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan, salah seorang dari dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport dicuri adalah seorang pemuda warga Iran.

Identitinya dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

Katanya, semakan polis mendapati, Pouria (atas) yang memasuki Malaysia pada 28 Februari itu tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.

"Tiada kemungkinan bahawa dia adalah anggota sebarang kumpulan pengganas.

"Apabila kita kenalpasti beliau sebagai penumpang dengan pasport curi, kami memfokuskan kepadanya dan menyebarkan kepada pasukan polis seluruh dunia dan tentulah kami mendapat jawapan sangat pantas.

Khalid berkata polis mengenalpasti identiti Pouria selepas berhubung dengan ibu pemuda tersebut.

"Kita tahu dia hendak berhijrah ke Jerman sebab kita berhubung dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.

"Apabila dia tidak muncul, dia menghubungi kami di sini, sebab itu itulah kami tahu dia adalah orang yang sama yang menggunakan pasport palsu," katanya.

Pihak berkuasa sedang mengesan identiti seorang lagi penumpang (kanan) yang memegang pasport dicuri, katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Polis mendedahkan gambar kedua-dua individu berkenaan hari ini. - MK 


 MH370, Bomoh tahyul dibidas Dr Asri
Posted on Tuesday, March 11 @ 12:49:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"MH370_Bomoh_tahyul_DrAsri

Kata bomoh tersohor VIP pesawat MH370 yang hilang kini tergantung di alam ghaib. Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sakit telinga mendengar perkara tersebut dan membidas golongan terbabit.

Melalui FB hari ini, Dr Asri menulis  bomoh yang mengamalkan amalan khurafat ini boleh mengelirukan golongan bukan Islam mengenai agama itu.

“Tak cukup dengan kehilangan MH370, muncul pula macam-macam bomoh khurafat dengan pelbagai aksi yang memperbodohkan diri sendiri, bahkan juga boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terutama non-muslim terhadap Islam,” Mohd Asri berkata.

Dr Asri bertegas penggunaan ayat suci al-Quran oleh golongan ini tidak bermakna mereka melakukan perkara yang betul.

“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam,” tambahnya lagi.

Semalam, seorang bomoh bernama Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat MH370 tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam kerana disembunyikan orang bunian. Berita tersebut di sini

MH370_Bomoh_tahyul_DrAsri

Baca juga :MH370 satu konspirasi? Tulisan yang perlu anda BACA!"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Tuesday, March 11 @ 12:49:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Kehilangan MH307 sebagai suatu yang misteri, tulis Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi facebook.

“Apakah mungkin objek di alam manusia boleh memasuki alam jin, sehingga ia hilang dari pandangan mata manusia dan alat pengesan manusia seperti radar, GPS dan lain-lain,” ujarnya.

Ini, katanya kita biasa mendengar kehilangan misteri manusia beberapa hari, sehingga ia 'kembali' semula ke alam manusia.

“Ia bukanlah satu perkara pelik, sama ada kita ingin mempercayainya atau tidak.

“Namun hakikat yang kita wajib percaya wujudnya alam jin dan alam malaikat di sebalik alam manusia ini,” ujarnya.

Justeru, tanya beliau apakah mustahil sesuatu objek memasuki alam tersebut, sehingga ia kembali atau terus hilang tanpa dapat dikesan.

“Semuanya dalam kekuasaan Allah. Maka sebagai hamba Allah, jangan putus asa, memohon, merayu dan berdoa. Di saat ini jauhi perbuatan khurafat dan kepercayaan karut.

“Jauhi tukang-tukang telek, ahli-ahli nujum dan mereka yang sanggup melakukan perbuatan khurafat dan syirik untuk menjadi 'hero' dalam merungkai misteri ini,” tulisnya lagi.

KITA sepakat untuk menyatakan kehilangan pesawat MH370 dengan 227 penumpang dari 14 negara sebagai satu tragedi hitam negara. Dan sehingga saat ini, rakyat Malaysia daripada segala lapisan kaum dan agama berharap dan berdoa moga pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang dalam penerbangan ke Beijing sejak pagi Sabtu lalu selamat ditemui.
Tempoh penantian lebih 72 jam sejak insiden itu berlaku dinanti penuh debaran oleh rakyat negara ini apatah lagi keluarga mangsa. Namun berita-berita yang tersebar di alam maya berhubung insiden itu menambahkan resah dan tidak meredakan debaran dada.
Seorang pensyarah universiti tempatan menyifatkan berita-berita sensasi tentang kehilangan MH370 yang tersebar di alam maya sebagai 'mencemar institusi kewartawanan'. Berita dan ulasan yang berlegar di media sosial itu, jelas beliau tidak disahkan kebenarannya dan ini pastinya bertentangan dengan etika kewartawanan.
Memang diakui tindakan menyebarkan berita yang tidak diketahui sumber dan intergritinya itu boleh memudaratkan kepentingan awam. Bagaimanapun umum mengetahui bahawa maklumat yang didapati di alam siber bukanlah sesuatu yang boleh diterima bulat-bulat apatah lagi jika ianya tanpa sumber,  bersifat 'cakap dengar' (hearsay) atau lebih teruk  cuma 'salin  dan tampal' (copy and paste).
Tapi jika kenyataan itu datang daripada seorang menteri apatah lagi menteri kanan, ia suatu yang perlu diberikan perhatian serius.
Oleh kerana itulah kita melahirkan rasa amat dukacita dengan sikap tidak cermat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor mengecam pegawai imigresen bertugas dalam insiden penggunaan pasport curi oleh dua penumpang pesawat MH370.
Zahid ketika bercakap dalam satu sidang media  di Seri Perdana, Putrajaya, 9 Mac lalu menyifatkan pegawai imigresen berkenaan sebagai 'tidak boleh berfikir'.
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu beliau berkata siasatan terperinci akan dilakukan terhadap Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370," katanya.
Siasatan itu, ujarnya akan dijalankan pasukan khas diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat.
Tidak sampai 24 jam selepas memberikan kenyataan 'tidak berlapik' itu, satu tamparan singgah di muka Zahid.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang akhbarnya mengesahkan bahawa dua penumpang lelaki pesawat MH370 yang menggunakan pasport curi itu tidak memiliki paras rupa Asia.
"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar pada lewat malam, 10 Mac.
Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Tamparan kedua dirasai Zahid ekoran sidang akhbar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat pada petang 11 Mac.
Aloyah mendedahkan bahawa penumpang yang menggunakan pasport curi warga Austria, Christian Kozel  tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.28 malam 28 Februari.
Seorang lagi penumpang yang menggunakan pasport curi warga Itali, Luigi Maraldi tiba pada 8.31 malam dari Phuket, Thailand menerusi penerbangan QR849 Qatar Airways.
Kedua-dua mereka diberi pas lawatan sosial 90 hari.
Penumpang pertama diberi kebenaran untuk berlepas dari KLIA pada 8.07 malam manakala penumpang kedua pula mendapat kebenaran pada 8.31 malam.
Aloyah berkata, pegawai imigresen yang bertanggungjawab memberi kebenaran kepada kedua-dua penumpang itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila mendapati pembawa dan gambar di dalam pasport itu sepadan.
Alangkah baiknya bagi Zahid jika bersabar dan menunggu hasil siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan mempertikaikan pegawai imigresen bertugas.
Jika sebelum ini kenyataan kontroversi Zahid banyak merujuk kepada isu-isu dalam negeri, namun kini ia menjadi perhatian antarabangsa kerana tragedi yang berlaku membabitkan warga, sempadan, tentera dan pemerintah asing.
Mungkin benar ulasan seorang pembaca:
"Institut Tadbiran Awan Negara (Intan) perlu membantu para menteri kita menangani stres, public speaking, enkod dan dekod data, risiko penyebaran maklumat penting, antara kepuasan diri bercakap dan kepentingan negara...
"Dedah kelemahan jentera sendiri dengan menegur dan memberi amaran keras secara terbuka hingga satu dunia tertanya-tanya. Di kala rakyat masih bersimpati dengan MH370 dan harga barang yang tidak menentu, lawak ayam seekor seringgit mengundang kritikan rakyat...
"Institusi yang melatih pegawai kanan kerajaan perlu berbuat sesuatu... Tegur, nasihat dan perbetulkan... Bijak sana-sini diperlukan untuk mentadbir negara dipersada rakyat dan dunia."
Biarlah teguran itu mengakhiri rencana ini.

"Kini terpulang kepada kerajaan persekutuan untuk mengumumkan komitmennya dengan mengumumkan bahawa ia akan segera menjalankan semua kuasanya di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA ), terutamanya menggunakan Fasal 114 untuk mengambil alih secara wajib syarikat-syarikat air ini berdasarkan model pampasan yang dinyatakan di dalam perjanjian konsesi, "kata Pua.

Sementara itu, AJK PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad pula berkata, penolakan tawaran oleh syarikat konsesi itu menunjukkan bahawa kerajaan negeri berisiko "dipermainkan" oleh pusat.
Ianya sekaligus akan menjejaskan kepentingan rakyat negeri Selangor, kata Dzulkefly lagi.

"Saya menyokong penuh pandangan Tony Pua. Ternyata pusat telah membelakangi komitmen awal yang dimeterai dalam MoU sebelum ini. Ini yang kita khuatirkan sebelum ini.

"Kini pusat perlu tunjuk komitmen dengan menggunakan Fasal 114 dan 191 WSIA dan kerajaan Selangor perlu menggunakan haknya melalui klausa 6 dalam MoU tersebut," tegasnya.
SEPANG: Polis Malaysia hari ini mengesahkan bahawa salah seorang pemilik pasport curi yang menaiki pesawat MH370 ialah remaja warga Iran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar identiti remaja tersebut dikenal pasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19.

Pouria (paling kiri) adalah pemilik pasport yang dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya.

“Kami kenal pastinya melalui data biometrik yang diambil sewaktu pertama kali datang ke negara ini. Dia dalam pas lawatan sosial 90 hari,” katanya dalam satu sidang media di Sepang hari ini.

Beliau turut mendedahkan gambar Poria dan seorang lagi yang disyaki pemegang pasport curi yang sedang dikenal pasti.

Katanya, semakan polis mendapati Pouria memasuki Malaysia pada 28 Februari.

Beliau juga mengesahkan bahawa Pouria tiada kaitan dengan kumpulan pengganas selepas menyiasat latar belakang individu itu dengan bantuan pasukan polis seluruh dunia.

Khalid berkata polis mengenal pasti identiti Pouria selepas berhubung dengan ibu pemuda tersebut.

"Kita tahu dia hendak berhijrah ke Jerman sebab kita berhubung dengan ibunya. Ibunya sedang menunggu ketibaannya di Frankfurt.

Tragedi MH370: Harapan tipis untuk dapat berita baik


PHU QUOC – VIETNAM. Harapan untuk mendengar sebarang berita baik berhubung kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) adalah tipis, menurut kerajaan Vietnam.
Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Pham Quy Tieu berkata, berdasarkan maklumat yang mereka terima, perkara yang ‘tidak baik’ telah berlaku.
71394432618_freesizeBeliau bagaimanapun memberi jaminan Vietnam akan cuba mencari pesawat itu secepat mungkin dan untuk menjawab persoalan terutama daripada keluarga penumpang pesawat itu.
“Kami tidak menjangka perkara buruk tetapi kami telah bersedia (untuk menghadapinya),” katanya dalam sidang media di pusat mencari dan menyelamat di sini, hari ini.
Sementara itu, tentera Vietnam juga menggiatkan lagi usaha mencari dan menyelamat di perairan negara itu dengan 10 pesawat digunakan bagi operasi hari ini.
Ini termasuk dua pesawat pengangkut CASA dan empat pesawat A56 untuk pencarian di altitud tinggi antara 3,000 dan 5,000 meter.
Selain itu, helikopter juga digunakan untuk pencarian pada ketinggian rendah, berdekatan permukaan air
Bahasa Akhbar pro-Beijing serang Malaysia ‘tidak cukup pantas’ tangani kehilangan MH370
Posted on Tuesday, March 11 @ 12:44:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 Malaysia Airlines selepas memohon pasport mereka di Beijing, sebelum berlepas untuk berada lebih hampir dengan usaha mencari dan menyelemat. – Gambar AFP, 10 Mac, 2014.

Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.

Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada  Malaysia".

"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.

"Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.

Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan.

"Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara.

"Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.

"Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran," katanya.

Sementara itu, dalam perbualan telefon mereka hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menawarkan simpatinya dan berkata Amerika sedia berkerjasama secara "menyeluruh" dengan China dalam usaha menyelamat.

Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines itu adalah dari China, dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk China dari segi bilangan rakyatnya yang terlibat.

Siasatan telah dilancarkan terhadap penumpang yang menjadi suspek selepas para pegawai berkata dua orang Eropah yang nama mereka dalam senarai penumpang - yang pasport kedua-dua mereka dicuri di Thailand - tidak berada di atas kapal terbang, menurut laporan AFP.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily menulis bahawa "keganasan tidak boleh dikesampingkan", dan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri.

Akhbar itu menulis bahawa hakikat beberapa penumpang di atas kapal telah menggunakan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keselamatan tidak boleh terlalu ketat di lapangan terbang khususnya, "kerana keganasan, yang buruk dari dunia, masih cuba untuk menoda tamadun manusia dengan darah dari nyawa yang tidak bersalah".

"Siapa mereka dan mengapa mereka menggunakan pasport palsu?" soal China Daily.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata bahawa kedua-dua penumpang yang menggunakan pasport dicuri memiliki ciri wajah Asia.

"Saya masih hairan mengapa (pegawai imigresen) tidak boleh berfikir: Itali dan Austria tetapi dengan ciri-ciri wajah Asia," beliau dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional, Bernama.

Pihak berkuasa penerbangan masih menemui jalan buntu hari ini dalam mencari pesawat dan menunggu keputusan ujian pada tumpahan minyak untuk mencari petunjuk jet penumpang yang hilang. – 10 Mac, 2014.-tmi
Tweet anak krew MH370 runtun simpati umum
Posted on Tuesday, March 11 @ 12:15:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





KUALA LUMPUR: Satu tweet menyayat hati daripada Maira Elizabeth Nari kepada bapanya, ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 Andrew Nari, merayu bapanya pulang segera, mendapat respons hebat orang ramai.

Tweet kebimbangan beliau mengenai bapanya sejak berita pesawat MAS hilang sejak Sabtu lepas, setakat malam tadi, ditweet sekali lagi sebanyak 62,400 kali manakala akaun twitternya mendapat perhatian 28,000 pengikut.
   
Satu daripada tweet itu berbunyi "Sudah lebih 48 jam. Di mana kamu, ayah? Mengeluh.." manakala satu lagi berbunyi  "Ayah. Berita mengenai kamu tersiar dalam pelbagai akhbar. Baliklah segera, agar kamu dapat membacanya! Tidakkah kamu terasa teruja?"
   
Dalam tweetnya semalam, remaja itu juga memuat naik gambar beliau dan keluarga semasa sambutan hari lahir dengan menulis: "dan sehingga hari ini, kami masih menunggu kamu, ayah".
   
Maira juga tetap positif walaupun ketika pesawat MH370 masih belum ditemui melalui statusnya.

"Memandangkan hampir semua orang bertanya khabar mengenai ibu saya, beliau sihat. Beliau tabah dan dengan sokongan yang kami terima, kami semua sihat".
   
Beliau juga menerima banyak sokongan daripada orang ramai untuk tidak patah semangat dalam menghadapi saat kritikal ini.
   
Seorang pemegang akaun twitter ‏@DianaDanielleB berkata: "Hai si cantik manis, saya menghantar kiriman kasih sayang dan doa untuk anda dan keluarga anda. Jadilah seorang gadis yang berani dan tabah, seperti mana diri anda, dan sentiasa mengukir senyuman".
   
Seorang lagi pemegang akaun twitter ‏@__yaneshaaa berkata: "tabahkan hati anda, semuanya akan selamat. Saya doakan keselamatan bapa anda dan berharap dia selamat.

Dalam tweetnya kira-kira 6.30 petang semalam, Maira juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya.
   
"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada anda semua. (atas segala) sokongan, kasih sayang dan kebaikan. Tuhan rahmati anda semua," kata beliau melalui tweet tersebut.
   
Andrew merupakan seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Beijing yang hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. - Bernama/hd

https://twitter.com/Gorgxous_
 Bekas juruterbang MAS cadang orang solleh dipanggil
Posted on Tuesday, March 11 @ 11:19:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih.

PETALING JAYA:
Bekas juruterbang MAS, Kapten Noruden Abdul Majid  (gambar) mencadangkan supaya orang solleh dipanggil untuk mengesan kapal terbang MAS, MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac lalu.

Katanya, apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih.

“Panggil mereka supaya mereka berdoa kepada Allah. Allah yang dapat mengembalikan kapal terbang yang hilang itu kerana teknologi yang secanggih mana pun tidak dapat mengatasi kuasa Allah,” katanya dalam Berita TV3 malam tadi.

Beliau yang pernah menerbangkan Boeing 777 berkata, kapal terbang hilang di angkasa merupakan satu fonemena yang biasa.

Sehubungan dengan itu beliau berpendapat orang yang solleh wajar dipanggil untuk membantu mencari kapalterbang yang hilang ini.

“Mereka ini rapat dengan Allah. Allah sudah tentu akan memakbulkan doa mereka,” katanya.

Hari ini masuk hari keempat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dan tidak dapat dikesan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata sehingga malam tadi, sudah tiga hari pihak penyelamat tidak dapat mencari kesan kapal terbang tersebut.-fmt
 

Tiada ulasan: