Pemilik pasport curi tidak berwajah Asia
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
"Kami telah berulang-ulang melihat semua gambar video, mereka tidak menyerupai lelaki Asia," katanya kepada ratusan pemberita asing dan tempatan yang masih bersesak menghadiri sidang akhbar - taklimat terakhir dari pihak berkuasa Malaysia untuk semalam.
Azharuddin enggan menjawab pertanyaan sama ada lelaki itu mempunyai paras rupa Afrika, tetapi menyatakan hal itu masih disiasat oleh pakar-pakar keselamatan.
Beliau menegaskan selepas meneliti gambar-gambar video (CCTV) dari kawasan berlepas, semua protokol keselamatan telah dipatuhi.
"Ada kemungkinan wujud sindiket pasport curi," kata beliau.
Azharuddin berkata radius operasi mencari Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines itu diperluaskan dari 50 batu nautika kepada 100 batu nautika dalam kawasan laut Igari hingga ke Sumatra Utara di kawasan darat.
Beliau berkata operasi itu yang masih dipanggil operasi mencari dan menyelamat selepas masuk hari ketiga, dijalankan "dari blok ke blok".
"Kapal dan pesawat ditugaskan meliputi setiap blok. Seterusnya kita akan perluaskan lagi (kawasan liputan)," kata beliau.
Terdapat dua kawasan carian utama. Satu di pantai timur Semenanjung Malaysia, satu lagi di Selat Melaka.
Sidang akhbar seterusnya diadakan hari ini jam 10 pagi.
Penerbangan MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 kru hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi hari Sabtu.
Mengikut jadual ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
Tweet anak krew MH370 runtun simpati umum
- Mar 11, 2014
- HARAKAHDAILY
Tweet kebimbangan beliau mengenai bapanya sejak berita pesawat MAS hilang sejak Sabtu lepas, setakat malam tadi, ditweet sekali lagi sebanyak 62,400 kali manakala akaun twitternya mendapat perhatian 28,000 pengikut.
Satu daripada tweet itu berbunyi "Sudah lebih 48 jam. Di mana kamu, ayah? Mengeluh.." manakala satu lagi berbunyi "Ayah. Berita mengenai kamu tersiar dalam pelbagai akhbar. Baliklah segera, agar kamu dapat membacanya! Tidakkah kamu terasa teruja?"
Dalam tweetnya semalam, remaja itu juga memuat naik gambar beliau dan keluarga semasa sambutan hari lahir dengan menulis: "dan sehingga hari ini, kami masih menunggu kamu, ayah".
Maira juga tetap positif walaupun ketika pesawat MH370 masih belum ditemui melalui statusnya.
"Memandangkan hampir semua orang bertanya khabar mengenai ibu saya, beliau sihat. Beliau tabah dan dengan sokongan yang kami terima, kami semua sihat".
Beliau juga menerima banyak sokongan daripada orang ramai untuk tidak patah semangat dalam menghadapi saat kritikal ini.
Seorang pemegang akaun twitter @DianaDanielleB berkata: "Hai si cantik manis, saya menghantar kiriman kasih sayang dan doa untuk anda dan keluarga anda. Jadilah seorang gadis yang berani dan tabah, seperti mana diri anda, dan sentiasa mengukir senyuman".
Seorang lagi pemegang akaun twitter @__yaneshaaa berkata: "tabahkan hati anda, semuanya akan selamat. Saya doakan keselamatan bapa anda dan berharap dia selamat.
Dalam tweetnya kira-kira 6.30 petang semalam, Maira juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada anda semua. (atas
Melihat melepasi tragedi MH370
- Mar 10, 2014
- A KADIR JASIN
Daripada aspek apa pun dan serapi mana pun kita mendalami tragedi ini, kita terpaksa mengakui bahawa kehilangan pesawat Boeing 777 di Laut China Selatan itu adalah misteri luar biasa.
Hatta sekiranya bangkai pesawat itu ditemui sekalipun, penyiasatan bagi memastikan punca tragedi itu akan mengambil masa.
Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana sebuah pesawat yang begitu besar, begitu canggih, dengan rekod keselamatan yang amat baik dan di tangan seorang juruterbang yang sangat berpengalaman boleh hilang tanpa kesan, tanpa pesanan SOS, tanpa signal dalam apa-apa bentuk pun.
Yang mengacau fikiran kita adalah hakikat ia hilang di satu kawasan yang semakin hari semakin tegang konfrontasi bersenjatanya.
Angkatan tentera Amerika Syarikat, China, Taiwan, Vietnam dan Filipina semua meronda Laut China Selatan. Mereka melakukan latihan di darat, laut dan udara.
Ingatan saya kembali kepada penembakan jatuh penerbangan 007 Korean Air oleh pesawat pejuang Rusia pada tahun 1983, tembakan peluru berpandu Tentera Laut Amerika ke atas penerbangan 665 Iran Air (1988) dan pengeboman pesawat Pan Am 103 ketika terbang di ruang angkasa Lockerbie, Scotland (1988).
MAS sendiri telah mengalami tragedi rampasan udara. Pada tahun 1977, pesawat Boeing 737-200 dengan nombor penerbangan MH653 dirampas oleh orang atau orang-orang yang tidak dikenali dan terhempas di Gelang Patah, Johor. Tragedi itu mengorbankan kesemua 93 penumpang dan tujuh anak kapal.
Dalam kita menunggu jawapan dan kepastian mengenai nasib penerbangan MH370, kita kena akui bahawa kawalan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan-lapangan terbang kita, termasuk KLIA, boleh dikira cukup longgar dan santai berbanding di Eropah, Amerika Utara, Australia dan New Zealand. Hatta di lapangan terbang raksasa Dubai pun kawalan dan pemeriksaan keselamatan lebih ketat.
Apakah kita telah membayar harga yang sangat mahal kerana sikap dan standard Dunia Ketiga kita terhadap keselamatan dan pengurusan aset?
Atau apakah ini bala mutakhir akibat rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keabaian yang berulang kali dilaporkan berlaku di KLIA?
Tengok saja penangguhan berulang kali pembukaan KLIA 2. Semua releks, semua nampak macam ok dan tidak siapa pun mengaku bertanggungjawab. Business as usual. Wallahuaklam. - http://kadirjasin.blogspot.com
Andrew merupakan seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Beijing yang hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. - Bernama
MH370: Bagasi 5 orang tidak naiki pesawat 'bersih'
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
“Kami telah memindahkan bagasi mereka. Setiap bagasi itu direkodkan dan diberikan nombor siri unik supaya bagasi yang betul dikeluarkan daripada pesawat,” kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Mengenai laporan dua penumpang menaiki pesawat itu menggunakan pasport curi, beliau berkata butirannya tidak boleh didedahkan pada ketika ini kerana ia mungkin menjejaskan penyiasatan.
Azharuddin berkata pihak berkuasa relevan sedang menyiasat kes itu dan mereka turut melihat rakaman video kedua-dua penumpang itu.
“Sebaik sahaja kami mendapat sebarang laporan daripada pihak berkuasa, kami akan maklumkan apa yang telah dikumpul oleh pasukan pakar," katanya dalam sidang akhbar.
Azharuddin berkata anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) telah mematuhi standard antarabangsa dan memenuhi semua syarat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.
"...dan kami mempunyai Program Penerbangan Awam Kebangsaan yang kami perlu patuhi. DCA telah menjalankan audit ke atas KLIA dan kami telah diaudit oleh pentadbiran keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat dan pejabat keselamatan Australia," katanya.
Beliau berkata pihak berkuasa Malaysia telah bertindak secara betul dalam kes ini, walaupun ia bukan tugas mudah.
"Pakar-pakar di seluruh dunia juga menyatakan bahawa kawasan yang kami perlu liputi amat luas; kami semua perlu bekerjasama untuk mencari pesawat itu," katanya.
Ditanya sama ada terdapat tempoh masa ditetapkan bagi operasi mencari, Azharuddin berkata, tiada.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata mereka sedang membuat persediaan bagi anggota keluarga terdekat penumpang Penerbangan MH370 dari China diterbangkan ke Kuala Lumpur sama ada hari ini atau esok.
"Kami menawarkan kepada dua anggota keluarga terdekat setiap penumpang diterbangkan sama ada hari ini atau esok dan tiga lagi anggota keluarga terdekat diterbangkan kemudian," katanya.
Penerbangan MH370 MAS, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas kira-kira sejam berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi. - Bernama
MB K'tan kunjungi keluarga pembantu juruterbang MH370
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan isteri hari ini mengunjungi keluarga Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MAS MH370 yang masih belum ditemui.
Kunjungan ke kediaman mereka di Seksyen 7 di sini pagi ini turut disertai Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah serta beberapa Adun Kelantan yang lain.
Kunjungan mereka disambut bapa Fariq, Abdul Hamid Mohd Daud dan ibu beliau serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, menteri besar turut melahirkan rasa simpati Kerajaan Kelantan kepada keluarga atas apa yang berlaku.
Beliau juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak keluarga serta menasihatkan agar bersabar dengan ujian yang menimpa ini.
"Beliau adalah anak buah saya sebagai rakyat Kelantan. Kita datang untuk zahir rasa simpati dan mengajak masyarakat supaya mendoakan insiden ini berakhir dengan baik," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata hati keci beliau merasakan anaknya itu masih hidup.
"Jauh di sudut hati kecil saya merasakan beliau (Fariq) masih ada," ujarnya,
Bagaimanapun beliau pasrah dengan apa juga ketentuan Allah namun berdoa semoga anaknya dan semua penumpang termasuk kru pesawat MH370 selamat.
"Kami sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dengan beg pakaian dan pasport jika diminta untuk ke lokasi," jelasnya.
Beliau juga turut berharap agar pihak media khususnya, menghormati privasi keluarga yang sedang berdepan ujian sukar ini.
Fariq, 27, merupakan Pembantu Juruterbang Pesawat MAS MH370 ke Beijing yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, 8 Mac lalu.
Sehingga kini, pesawat tersebut masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dijalankan pihak berkuasa Malaysia dengan dibantu beberapa negara lain.
Penerbangan yang membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dikendalikan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.
Naik taraf lapangan terbang KB
Dalam pada itu, beliau berpendapat insiden ini menunjukkan betapa perlunya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dinaik taraf segera menjadi lapangan terbang antarabangsa.
Katanya, ini kerana kedudukan Kelantan sangat strategik dan berada di laluan Kuala Lumpur-Bangkok serta Kuala Lumpur Beijing.
"Mengikut laporan, pesawat ini terakhir dikesan di Laut China Selatan. Ertinya Lapangan Terbang Kota Bharu sepatutnya dinaik taraf.
"Kedudukannya strategik dan ianya sepatutnya boleh digunakan untuk menampung penerbangan melalui Laut China Selatan yang sangat sibuk," kata beliau.
Bahaya Berspekulasi Di Media Sosial
Posted on Tuesday, March 11 @ 10:57:52 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Seseorang itu dikatakan berspekulasi apabila dia sedang mengatakan atau mengeluarkan pandangannya berdasarkan sesuatu yang tidak pasti, tidak bersandarkan pada fakta atau hanya keluar dari pemikirannya sahaja.
Jika dia berspekulasi hanya di dalam dirinya, maka tidaklah menjadi masalah. Bahkan semua orang melakukannya. Ia sifat manusia yang suka berfikir dan bersangka-sangka.
Berspekulasi di kalangan ahli keluarga atau rakan-rakan terdekat juga tidaklah mendatangkan apa-apa kesan yang besar kerana ia hanya berlegar di kalangan itu sahaja, selagi ia tidak disebarkan. Tetapi kalau spekulasi dilakukan di media samada media cetak atau elektronik, maka kesannya lebih besar. Kita risaukan impak buruk.
Dan lebih buruk dari itu ialah apabila berspekulasi dilakukan di media-media sosial. Kerana yang menyebarkan spekulasi terdiri dari pelbagai latar belakang. Orang pandai dan orang bodoh sama-sama mempunyai peluang menyebarkan spekulasi. Orang baik dan orang jahat juga berpeluang. Pendek kata semua ada akses. Maka, kecelaruannya lebih besar lagi. Masing-masing mahu mengeluarkan pandangan masing-masing berdasarkan rasa-rasa, teori dan pemikiran masing.
Ya, berspekulasi di media sosial boleh mendatangkan mudharat.
Mudharat kepada orang ramai ialah dalam bentuk resah, panik, salah buat keputusan, salah maklumat, salah percaya dan berbagai-bagai lagi. Mudharat kepada orang yang membuat spekulasi ialah boleh mendapat dosa. Dan dosanya boleh berlipat kali ganda apabila semakin ramai terkesan hasil dari spekulasinya. Dan inilah yang paling patut kita risaukan.
Bercakap sesuatu yang tidak pasti dan jauh dari fakta serta sandaran boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain. Ia juga boleh merosakkan suasana dalam masyarakat. Sebaik-baiknya jauhilah sifat begini.
Mungkin kita boleh renung hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam ini supaya terbit rasa hati-hati dan awas dalam dada kita:
Hadith di atas adalah khusus mengenai bencana lidah terhadap seseorang yang bercakap soal agama mengikut hawa nafsu tanpa panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Sungguh pun begitu, hadith tersebut juga boleh menjadi panduan buat kita bagi mengawal lidah dari bercakap sesuatu atau menulis sesuatu yang tidak pasti dalam hal keduniaan. Kerana kedua-duanya: samada hal agama atau keduniaan, jika kita bercakap semborono tanpa kawalan dan sandaran, kebarangkalian mudharat boleh berlaku sangat besar.إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ،
مَا يَتَبَيَّنُ فِيهَا ,يَزِلُّ بِهَا فِي النَّارِ،
أَبْعَدَ مِمَّا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Sesungguhnya seseorang itu boleh jadi kerana mengucapkan sesuatu perkataan,yang tidak difikirkan/diselidiki terlebih dahulu membuatkannya tergelincir ke dalam Api Neraka,yang luasnya lebih jauh dari timur dan barat.”(HR al-Bukhari dan Muslim. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu)
Mudah-mudahan kita semua bertaqwa, amin…
Baca juga:
MH370: Spekulasi hanya akan ganggu operasi SAR
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata sebaliknya mereka perlu mendapatkan berita sahih daripada pihak berkuasa atau MAS tentang kejadian ini agar tidak mengganggu operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari ketiga.
"Ia juga akan mengganggu emosi anggota keluarga penumpang MH370.
"DCA berharap orang ramai akan memahami situasi ini kerana pihak berkuasa sedang menjalankan operasi sedaya upaya untuk mencari serta mengetahui keadaan sebenar MH370," katanya dalam temu bual melalui telefon bersama TV1 Radio Televisyen Malaysia pagi ini.
Azharuddin juga berterima kasih kepada semua pihak termasuk negara jiran yang mempamerkan semangat muhibah dan setiakawan bagi melicinkan perjalanan operasi itu.
"Pihak terlibat juga menerima sokongan moral dan dorongan daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan semangat kepada kami untuk menjalankan operasi ini sebaik mungkin," katanya.
Azharuddin turut menghargai bantuan yang ditawarkan Vietnam, China, Amerika Syarikat, Singapura, Filipina dan Australia dalam usaha itu.
Katanya banyak lagi negara asing menawarkan diri untuk memberi sokongan dan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Beliau juga berharap pesawat dan penumpang akan ditemui secepat mungkin.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara dan 12 kru hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi. - Bernama
Agong zahir simpati kepada keluarga penumpang MH370
- Mar 10, 2014
- HARAKAHDAILY
"Di kesempatan ini, Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama rakyat Malaysia amat prihatin terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac," titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13.
Seri Paduka juga berharap agar anggota keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penerbangan MH370 tersebut terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China serta 38 rakyat Malaysia. - Bernama
Melayu Bahalol masih wujud lagi dalam negara kita sebab tu bangsa melayu masih mundur dan Bodoh sampai ke Mamposs
Bekas juruterbang MAS cadang orang solleh dipanggil
Posted on Tuesday, March 11 @ 11:19:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih.
PETALING JAYA: Bekas juruterbang MAS, Kapten Noruden Abdul Majid (gambar) mencadangkan supaya orang solleh dipanggil untuk mengesan kapal terbang MAS, MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac lalu.
Katanya, apabila sains sudah berakhir, kuasa Allah yang ambil alih.
“Panggil mereka supaya mereka berdoa kepada Allah. Allah yang dapat mengembalikan kapal terbang yang hilang itu kerana teknologi yang secanggih mana pun tidak dapat mengatasi kuasa Allah,” katanya dalam Berita TV3 malam tadi.
Beliau yang pernah menerbangkan Boeing 777 berkata, kapal terbang hilang di angkasa merupakan satu fonemena yang biasa.
Sehubungan dengan itu beliau berpendapat orang yang solleh wajar dipanggil untuk membantu mencari kapalterbang yang hilang ini.
“Mereka ini rapat dengan Allah. Allah sudah tentu akan memakbulkan doa mereka,” katanya.
Hari ini masuk hari keempat MH370 yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang dan tidak dapat dikesan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata sehingga malam tadi, sudah tiga hari pihak penyelamat tidak dapat mencari kesan kapal terbang tersebut.-fmt
Pemangku
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YAB Ustaz Haji Dato' Ahmad Yakob
menyarankan masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat hajat
bagi memohon keselamatan para penumpang dan krew pesawat MH370 yang
hilang sejak Sabtu 8 Mac lalu.
Ketika dihubungi pemberita, beliau juga berharap umat Islam termasuk rakyat Kelantan bertenang menerima berita yang mengejutkan itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Menurutnya, doa serta munajat perlu dipanjatkan sentiasa bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamat penumpang pesawat terbabit.
“Semoga anggota keluarga mangsa bersabar menerima berita sedih ini serta mengambil maklumat dari pihak yang benar-benar sah agar tidak timbul sebarang spekulasi. Kita masih berharap semoga MH370 ditemui,” ujarnya.
YAB Ustaz Haji Dato' Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman facebooknya berkata, kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu memandangkan pembantu juruterbang pesawat MH370 ialah rakyat Kelantan.
“Kerajaan Kelantan bersedia menghulurkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban keluarga terbabit,” ujarnya.
Ketika dihubungi pemberita, beliau juga berharap umat Islam termasuk rakyat Kelantan bertenang menerima berita yang mengejutkan itu dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Menurutnya, doa serta munajat perlu dipanjatkan sentiasa bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberi kemudahan dalam mencari dan menyelamat penumpang pesawat terbabit.
“Semoga anggota keluarga mangsa bersabar menerima berita sedih ini serta mengambil maklumat dari pihak yang benar-benar sah agar tidak timbul sebarang spekulasi. Kita masih berharap semoga MH370 ditemui,” ujarnya.
YAB Ustaz Haji Dato' Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan dalam laman facebooknya berkata, kerajaan negeri turut mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu memandangkan pembantu juruterbang pesawat MH370 ialah rakyat Kelantan.
“Kerajaan Kelantan bersedia menghulurkan bantuan yang termampu untuk meringankan beban keluarga terbabit,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan