Ahad, 9 Mac 2014

MH307 2

12:52PM - 9 Mar 2014

FBI tak tolak aspek keganasan dalam MH370


Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Menurut laporan media AS yang memetik seorang pegawai kerajaan, penglibatan FBI itu disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut. 

Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.

Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.

"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.

"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.

Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.

- Bernama

Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina



Pesawat MH370 Dikesan Oleh Pasukan Penyelamat Filipina | Pesawat MH370 yang hilang selama 17 jam telah berjaya dikesan pada koordinat 065515, 1033443 oleh pasukan penyelamat Filipina.
Luahan Sayu 2 Orang Anak Mahu Ibu Bapa Mereka Kembali
Insiden MH370 Adalah Konspirasi Yahudi
(4 Gambar) Perempuan Jalang Hina Insiden MH370
Pesawat MH370 Kena Rampas Dua Individu Yang Menyamar
Keadaan pesawat MH370 agak teruk semasa dikesan tetapi tidak hancur sepnuhnya. Hampir keseluruhan badan pesawat MH370 telah ditenggelami air manakala bahagian belakang kapal sahaja yang timbul.
Puluhan mangsa yang berada di dalam pesawat MH370 telah berkumpul di bahagian belakang pesawat MH370 dan dilaporkan masih hidup.
Setakat ini Malaysia, China, Indonesia, Vietnam, Singapore dan Filipina sedang menuju ke lokasi kejadian ini.


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370
Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo 
KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.



Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 14:25 (MYT)
Tag: MAS, MH370, Boeing 777, Boeing

 3:31AM - 9 Mar 2014

Belum lagi ada petunjuk tentang pesawat MH370


Sudah lebih 24 jam pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang, namun belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu.
  
Walaupun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat.
  
Eksekutif Perhubungan Media dan Strategik Komunikasi MAS Malini Saudranrajan meminta semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia mendoakan keselamatan pesawat MH370.
  
"Sudah lebih 24 jam sejak kali terakhir saya mendengar mengenai MH370 pada 1.30 pagi. Pasukan mencari dan menyelamat masih belum dapat memutuskan di mana pesawat Boeing 777-200 berada," katanya dalam kenyataan pada jam 2.02 pagi ini.
  
Beliau berkata misi mencari dan menyelamat antarabangsa dari Malaysia, Singapura dan Vietnam digerakkan pagi.
  
"Pada peringkat ini, mereka gagal menemui bukti sebarang bangkai. Misi laut ini akan diteruskan semalaman manakala misi udara akan bermula semula pada waktu siang.
  
"Kami mendapatkan semua maklumat pada dan bila kami menerimanya. Situasi di Beijing juga dipantau dengan rapi," katanya.
  
Memadangkan banyak keluarga penumpang berada di China, beliau berkata pasukan  “Go Team” berlepas ke Beijing dengan sekumpulan sukarelawan untuk membantu anggota keluarga penumpang.
  
Menurutnya saudara mara penumpang dinasihatkan supaya berkumpul di  Kuala Lumpur, dan urusan serta perbelanjaan perjalanan akan ditanggung oleh MAS.
  
"Apabila kedudukan pesawat dapat ditentukan, Malaysia Airlines akan menerbangkan anggota keluarga penumpang ke lokasi berkenaan. Keutamaan kami ialah memberikan semua bentuk bantuan kepada keluarga penumpang dan pekerja kami.
  
"Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkenaan dalam operasi mencari dan menyelamat ini," katanya.
  
Malini berkata satu sidang berita akan diadakan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Hotel Sama Sama Hotel pada 9 pagi esok.
  
Anggota keluarga penumpang MH370 boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau melayari  www.malaysiaairlines.com bagi maklumat terkini.
  
- Bernama

Telefon Bimbit salah seorang penumpang MH370 berjaya dihubungi

China - Penyiasat telah dapat menghubungi telefon bimbit salah seorang penumpang warga cina dalam pesawat MH370, seperti yang dilaporkan oleh media di China.



Stesen-stesen televisyen China memberitahu satu pangilan dibuat oleh ahli keluarga berjaya berhubung dengan nombor talian bimbit sebelum ia terputus.

Perkembangan di sana sekarang ini ialah orang ramai berharap pihak berkuasa akan mengunakan isyarat telefon bimbit bagi mengesan lokasi pesawat yang hilang itu. - Mirror UK


Gambar serpihan pesawat yang ditemui 

 


#MH370: Gambar 12 Krew Penerbangan MH370


Setakat ini senarai nama krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 sudah pun diketahui oleh orang ramai di luar sana.
Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi.
Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak krew-565x513tujuh tahun lalu.
Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.
krew1
Pelakon terkenal, Fouziah Gous turut berkongsi gambar krew penerbangan yang terlibat dan ada di antaranya merupakan kenalan Fouziah ketika aktres itu bergelar pramugari MAS suatu ketika dahulu.
Fouziah-Gous1
Fouziah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang lain turut mendoakan kesejahteraan rakan-rakannya supaya segera dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.
Oleh: Mynewshub.my
Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous

Ahli Parlimen Subang kongsi gambar bersama kapten MH370


Sivarasa_ZaharieR.Sivarasa, Ahli Parlimen PKR Subang berkongsi gambar ketika bergambar bersama juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah. Tulis Sivarasa…
“Our prayers continue for our friend Capt Zaharie & all ors on #MH370 & support for their anxious families”

Bahasa

Sebar khabar angin melampau berhubung MH370 akan dikenakan tindakan, kata KPN

March 09, 2014
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menyebarkan khabar angin melampau mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata langkah itu diambil bagi mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab terutama menerusi media sosial.
"… ini bukan masanya untuk berbuat demikian (sebar khabar angin).
"Jangan bertindak sesuka hati, berfikir dahulu sebelum bercakap. Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga penumpang penerbangan tersebut, jika penumpang itu ahli keluarga kita sanggupkah kita buat tindakan tidak wajar pada masa kita sepatutnya berdoa," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 345 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang yang terlibat dengan bencana itu pada Disember lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan hari ini.
Mengulas kerjasama agensi perisikan antarabangsa dalam siasatan kehilangan pesawat tersebut, Khalid berkata amalan itu adalah perkara biasa terutama ketika menghadapi situasi yang memerlukan bantuan agensi luar.
"… ini bukan perkara baru kita menerima kepakaran daripada badan risikan antarabangsa, ia (kerjasama) sentiasa berjalan," katanya.
Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan MH370.
Menurut laporan itu penglibatan FBI disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.
Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing itu dilapor hilang daripada radar menara kawalan trafik udara kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal. – Bernama, 9 Mac, 2014

 Tiada letupan di Laut China Selatan - Pentagon
Posted on Sunday, March 09 @ 19:56:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





NEW YORK 9 Mac - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam.

Menurut akhbar The New York Times yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia, tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan. - Agensi 


 MH370: Pengajaran Surah Yaasin ayat 41-42
Posted on Sunday, March 09 @ 20:39:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Allahuakbar..Redhalah atas segala ketentuan ini.
36:41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan,
36:42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu.
36:43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.
36:44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.


Ringkasan ayat ini adalah Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat;

Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, -
Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.

faidah-faidah yang ilmiyyah yang dapat diambi dari ayat ini :
1. Diantara rahmat Allah, diselamatkannya Nabi Nuh dan pengikut beliau, jika mereka ditenggelamkan maka musnahlah kehidupan manusia;
2. Manusia yang hidup tersisa hidup diatas permukaan bumi adalah keturunan Nabi Nuh dan pengikut Nabi Nuh, seperti apa yang difirmankan Allah didalam surat Asshoffat ayat 77:
وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ
dan Kami jadikan anak cucunya mereka adalah orang-orang yang tersisa
3. Diantara nikmat Allah yaitu ilmu membuat kapal, ini adalah ilmu yang besar, banyak manfaat yang diambil dengan adanya kapal, sebagaimana juga Allah telah mengajarkan ilmu menulis dan membaca, sebagai mana firman Allah didalam surat Al-‘Alaq ayat ke-4 :
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
“yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam”
lihat berapa banyak faedah dengan ilmu tulis baca, makanya Allah menyebutkanya didalam Alquran agar manusia sadar bahwa ini adalah nikmat dari Allah
4. Diantara nikmat Allah dan tanda-tanda kebesaran Allah adalah Allah menenangkan lautan agar kapal bisa berlayar sebagai mana perintah Allah, sebagai mana firman Allah dalam surat Al-Jatsiyah ayat 12 :
اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“ Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan Mudah-mudahan kamu bersyukur”
5. Kekal diatas dunia ini adalah hal yang mustahil وَمَتَاعًا إِلَى حِينٍ ingat akan kemana kita kembali?
6. Allah telah menciptakan kapal dan kendaraan-kendaraan lainnya bahkan diantara kendaraan itu tidak kita ketahui, diketahui pada ummat yang akan datang. Sebagaimana firman Allah di dalam surat An-Nahl ayat 8
وَالْخَيْلَ وَالْبِغَالَ وَالْحَمِيرَ لِتَرْكَبُوهَا وَزِينَةً وَيَخْلُقُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
“ dan (dia telah menciptakan) kuda, bagal[820] dan keledai, agar kamu menungganginya dan (menjadikannya) perhiasan. dan Allah menciptakan apa yang kamu tidak mengetahuinya ”
Semakna dengan ayat ini, وَخَلَقْنَا لَهُمْ مِنْ مِثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ, Allah yang tahu tentang kendaraan yang telah ada maupun yang akan ada, sehingga orang yang safar dengan kendaraan apa saja mereka tetap bisa mendapat kemurahan yang telah Allah berikan. Tidak ada pembatalan rukhso walau orang safar dengan selain kuda dan unta, dengan kendaraan apa saja maka hukum-hukum safar akan berlaku padanya, Allah berfirman di dalam surat Maryam ayat 63
وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَلِكَ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا
64. dan tidaklah Kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu. kepunyaan-Nya-lah apa-apa yang ada di hadapan kita, apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa.

 MH307 Pernah Terlibat Perlanggaran Di L/T China Pada 2010... Semasa Mengundur? & 10 Fakta Boeing 777
Posted on Sunday, March 09 @ 19:49:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Selepas lebih 48 jam berlalu, tiada berita positif mengenai MH370 menunjukkan harapan yg tipis bahawa pesawat dan penumpang masih selamat (walaupun kita semua masih berdoa). secara kebetulan beberapa hari sebelum kejadian TV1 melalui slot "National Geographic" pukul 7 mlm telah menayangkan berkenaan "The worst air crash in history", ianya mengisahkan berkenaan pesawat Japan Air Lines (JAL) yg telah terhempas di Jepun pada tahun 1985. pesawat ialah jenis 747 dan membawa lebih dari 500 penumpang dan krew.


Laporan asal Wikipedia /Ditulis Dengan Serius Oleh Obefiend Weiland 
Kita semua masih berdoa...

Selepas lebih 24 jam berlalu, tiada berita positif mengenai MH370 menunjukkan harapan yg tipis bahawa pesawat dan penumpang masih selamat (walaupun kita semua masih berdoa). secara kebetulan beberapa hari sebelum kejadian TV1 melalui slot "National Geographic" pukul 7 mlm telah menayangkan berkenaan "The worst air crash in history", ianya mengisahkan berkenaan pesawat Japan Air Lines (JAL) yg telah terhempas di Jepun pada tahun 1985. pesawat ialah jenis 747 dan membawa lebih dari 500 penumpang dan krew.

Punca kemalangan ialah kerosakan terdahulu iaitu bahagian ekor pesawat telah terkena landasan "tail scrape" ketika mendarat beberapa tahun sebelumnya. Kerosakan yg dialami telah dibaiki tetapi telah tidak mengikut spesifikasi yg sepatutnya. ketika kejadian bahagian yg dibaiki telah pecah dan terbang ke belakang dan menghentam bahagian ekor 'horizontal stabilizer" serta saluran hidraulik untuk mengawal "elevator' atau alat mengawal turun naik pesawat. Akibatnya pesawat telah mengalami nyah mampatan dan penumpang terpaksa menggunakan topeng oksigen, pilot tidak dapat mengawal halatuju pesawat, pesawat terpaksa diturunkan ke aras lebih rendah kerana kekurangan oksigen, akhirnya akibat tidak dapat dikawal pesawat melanggar gunung pada ketinggian sekitar 8,000 kaki. sepanjang insiden pilot masih boleh berhubung dengan menara kawalan namun tidak banyak yang mereka boleh lakukan untuk membantu.

Dengan adanya cakap2 yg mengatakan MH370 juga pernah mengalami perlanggaran di darat pada tahun 2010, adakah wujud persamaan dengan insiden JAL pada tahun 1985? namun kali ini amat berbeza kerana langsung tiada isyarat kecemasan atau panggilan radio daripada pilot kepada menara kawalan samadaa di KL atau di Vietnam.


Sokong Mejar Zaidi TUDM
ADAKAH BENAR PESAWAT MH307 PERNAH TERLIBAT PERLANGGARAN DI LAPANGAN TERBANG CHINA PADA 2010 SEMASA MENGUNDUR? 
TERKINI AWANI 9:00 SIDANG MEDIA MH370- SIDANG MEDIA PERTAMA RASANYA YG TAKDE MUKA MEN TRI

OPERASI SAR DITERUSKAN TETAPI BELUM ADA APA2 DIJUMPAI

AKUI KAWASAN PENCARIAN DILUASKAN KE PANTAI BARAT SEMENANJUNG (BIAR BETUL? ATAU NK COVER LINE?)

REPORTER TANYA ADAKAH BENAR PESAWAT PERNAH TERLIBAT PERLANGGARAN DI LAPANGAN TERBANG CHINA PADA 2010 SEMASA MENGUNDUR BEBERAPA TAHUN LALU, JAWAPAN YANG DIBERI "WE ARE INVESTIGATING ON IT"

REPORTER JUGA TANYA ADAKAH DUA PENUMPANG MENAIKI PESAWAT MENGGUNAKAN PASPORT CURI, REPORTER TERSEBUT PULA DITANYA, "CAN YOU VERIFY YOUR STAEMENT ON THAT?"

BANYAK SOALAN YG DIJAWAB DENGAN "WE ARE INVESTIGATING ON THAT"

REPORTER AWANI KEMUDIANNYA MEMBUAT KESIMPULAN BAHAWA PENGARAH DCA YG MEMBUAT PC PAGI INI KELIHATAN AGAK "TEGANG" DAN KURANG MENJAWAB PERSOALAN YG DIKEMUKAKAN REPORTERS

SEBELUM ITU AWANI JUGA MENUNJUKKAN IMEJ KELUARGA PENUMPANG DI BEIJING YANG BERANG KERANA DAKWAAAN MEREKA TIDAK DIBERI SEBARANG MAKLUMAT WALAUPUN TELAH MENUNGGU SELAMA LEBIH 20 JAM - NAMPAKNYA MALAYSIA SEMAKIN TERKENAL DI MATA DUNIA

MAS JUGA DILAPORKAN AKAN MENERBANGKAN SEMUA AHLI KELUARGA DI CHINA KE MALAYSIA SECARA PERCUMA TERMASUK PENGINAPAN DAN SEBAGAINYA, APABILA PESAWAT DITEMUI MAS JUGA AKAN MENERBANGKAN SEMUA AHLI KELUARGA KE LOKASI NAHAS SECARA PERCUMA
Sokong Mejar Zaidi TUDM
BELUM SEMPAT UMNO BERPESTA PESAWAT MAS SUDAH HILANG, 10% RAKYAT MALAYSIA AKAN ALAMI CATUAN AIR FASA KETIGA
APA LAGI BALA YG AKAN MENIMPA NEGARA KITA???

Sama2 kita doakan agar kesemua penumpang dan anak kapal selamat, apapun kesudahannya ia suatu insiden yg tidak begitu positif terutama ketika MAS cuba bangkit dari kerugian sebanyak RM1,200 juta (duit rakyat la tu hangus).

 Semoga pemimpin2 umngok cepat2 sedar diri dan hentikan segala kezaliman terhadap rakyat. Berita juga melaporkan catuan air peringkat ketiga akan dilaksanakan di Lembah Kelang menjadikan kesemua 3.2 juta pengguna terlibat (melebihi 10% rakyat malaysia)

 
SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar military menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.
Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.
Sementara itu. Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik  udara (ATC).
"Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa," katanya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Laut China Selatan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing pada Sabtu kekal menjadi misteri.
  
Tiada laporan cuaca buruk atau petunjuk kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dari skrin radar pada 1.30 pagi selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi.
  
Pakar aviasi merasa hairan bagaimana pesawat berkenaan boleh hilang tanpa dapat dikesan.
  
Satu sumber industri aviasi berkata juruterbang dilatih membuat panggilan kecemasan semasa menghadapi suasana cemas dengan keutamaan perlu diberikan kepada pesawat agar ia dapat mendarat dengan selamat.
  
"Sesuatu yang ekstrem dan tiba-tiba mungkin telah berlaku di atas pesawat MH370 yang menghalang juruterbangnya daripada membuat pnggilan kecemasan. Ini kerana pesawat Boeing 777-200ER dilengkapi alat 'controller-pilot data link communication' (CPDLC) untuk mengisytiharkan kecemasan," katanya kepada Bernama tanpa enggan dikenali.
  
Namun beliau berkata kotak hitam pesawat mungkin boleh menjelaskan persoalan yang tidak terjawab.
  
Walaupun tiada tanda kehilangan MH370, pesawat itu menyertai sebilangan pesawat misteri yang tidak diketahui sehingga kini.
  
Antara kes terbaharu yang paling diingati ialah pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Peranchis yang hilang dalam ribut di Lautan Atlantik pada 2009.
  
Pesawat Airbus A330 itu menghantar mesej secara automatik empat jam selepas ia berlepas dari Rio de Janeiro, melaporkan berlaku litar pintas. Ia kemudiannya hilang daripada radar. Ia ketika itu difikirkan telah terkena panahan petir.
  
Bangkainya ditemui dua tahun kemudian beserta 104 mayat.
  
Mayat 74 penumpang kekal tidak ditemui, demikian menurut Mirror Online, yang berpangkalan di United Kingdom.
  
Pengembara Amerika, Amelia Earhart hilang pada Julai 1939 semasa percubaannya untuk mengelilingi dunia. Teori popular yang tersebar ialah kapal terbangnya terhempas ke dalam lautan dan tidak pernah ditemui, menurut harian Mirror online yang berpangkalan di United Kingdom.
  
Pesawat British South American Airways (BSAA), Star Tiger hilang semasa terbang dari Santa Maria, Azores ke Bermuda pada 30 Jan 1948.
  
Satu lagi pesawat BSAA, Star Ariel, hilang semasa penerbangan dari Bermuda ke Jamaica pada 17 Jan 1949.
  
Kejadian 'terhempas' ini sekiranya disahkan, akan menandakan kejadian terburuk pesawat buatan Amerika sejak ia memulakan perkhidmatan 19 tahun lalu.

Ia mungkin berupa kemalangan kedua melibatkan Boeing 777 dalam tempoh kurang daripada setahun.
  
Pesawat Asiana Airlines Boeing 777-200ER terhempas semasa mendarat di San Francisco pada Julai 2013, membunuh tiga penumpang dan lebih 180 orang cedera. - Bernama
KUALA LUMPUR: Juruterbang pesawat MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah tidak menunjukkan sebarang keganjilan ketika berkongsi gambar-gambar melucukan dengan kumpulan media sosial WhatsApp pada Jumaat, kata seorang rakan.
  
Gambar-gambar lucu itu dikongsi beliau pada pagi Jumaat dan itulah kali terakhir Zaharie berkomunikasi dengan kami anggota Kelab Peminat Mila AF5 atau Da Voice of Mila (Davom), kata Wahida Zamri, 27, kepada Bernama hari ini.
  
Wahida berkata beliau mengenali Zaharie menerusi Davom sejak lima tahun lepas.
  
"Abang Zaharie tidak pernah melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan kelab termasuk mengumpul dana untuk membantu mangsa kekejaman Israel di Gaza.
  
"Beliau sering menghubungi anggota kelab menerusi WhatsApp untuk berkongsi tentang aktiviti kelab namun beliau jarang bercerita mengenai tugasnya," kata Wahida yang menyifatkan Zaharie sebagai seorang yang pendiam namun ringan tulang.
  
"Kami semua terkejut apabila mengetahui beliau menerbangkan pesawat itu," kata Pembantu Tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu.
  
Seorang lagi anggota Davom, Nor Azana Hamid, 47, berkata beliau mengenali Zaharie sejak 2007 dan menganggap juruterbang itu sangat berpengalaman kerana sudah berkhidmat 33 tahun.
  
"Beliau pernah menceritakan tentang cara dia melatih pelatih-pelatih baru.

Beliau bertauliah sebab itu dia boleh mengajar orang lain," kata akauntan di sebuah syarikat swasta di ibu negera.
  
Zaharie, 53, mengemudikan pesawat B777-200 ke Beijing yang dilapor hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.
  
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. - Bernama
KUALA LUMPUR: PAS akan menghantar satu pasukan kaunselor untuk membantu memberikan khidmat kaunseling kepada kelurga penumpang pesawat penerbangan MH370.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS (CEDM), Salahudin Ayub berkata, pasukan kaunselor PAS itu akan dihantar dalam kadar segera ke penempatan keluarga terlibat di di Hotel Everly, Putrajaya‎.

"Pasukan ini akan diketuai Adun Meru, Dr. Abd Rani Osman, dan saya sudah mengarahkan kepada beliau untuk bertindk segera.

"Mereka akan memberikan khidmat nasihat dan apa yang perlu kepada keluarga terlibat.

"Ini adalah bantuan yang kita boleh buat setakat ini sebagai tanda simpati PAS terhadap insiden yang mengejutkan ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Sejak semalam Dewan Ulamak PAS telah mengeluarkan arahan agar seluruh anggota parti di segenap peringkat melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat yang masih gagal dikesan itu.

Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi.
KUALA LUMPUR: Adik perempuan kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 tidak menyangka ucapan 'Selamat hari jadi' daripada abangnya adalah mesej terakhir yang diterimanya.
  
S. Thenmoli, 26, eksekutif operasi di sebuah syarikat swasta di sini, berkata abangnya, S. Puspanathan, 34, menghantar mesej menerusi WhatsApp:"Take Care, tot if u cum today (Friday), we go for dinner; Anyway see u after I back from China and Wish u advance happy birthday". (Jaga diri, jika kamu datang hari ini (Jumaat), kita pergi makan malam; Apa pun jumpa kamu selepas saya balik dari China dan Ucapan lebih awal, selamat menyambut hari jadi".)
  
Beliau berkata mesej itu dihantar beberapa jam sebelum abangnya menaiki pesawat MH370 yang dilapor hilang pagi semalam.
  
Puspanathan bekerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota dan berlepas ke Beijing, China atas urusan kerja.
  
"Hari ini merupakan hari lahir saya yang ke-26 dan saya tidak mempunyai adik-beradik lain dan sekarang saya amat merindui abang saya," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
Thenmoli berkata Puspanathan sering ke luar negara atas urusan kerja dan beliau akan menghubungi keluarga dengan menghantar e-mel, tetapi kali ini, mereka tidak menerima sebarang panggilan daripadanya.
  
"Sudah beratus kali saya membuka e-mel dengan harapan abang akan membalas  e-mel dengan menyatakan dia telah sampai destinasi dengan selamat, namun tiada apa-apa maklum balas sampai sekarang," katanya.

Puspanathan berkahwin dengan K. Sridevi, 30, suri rumah dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki P. Varmer, 3, dan P. Thashuvarmen berusia setahun.
  
Thenmoli berkata sejak insiden itu, anak sulung abangnya Varmer sering bertanya ayahnya kenapa tidak menghubungi mereka.
  
"Kakak ipar saya kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan insiden ini," katanya.
  
Katanya, anggota keluarganya kini trauma dengan insiden itu kerana Puspanathan seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat hal keluarga.
  
Operasi menyelamat dilancarkan sejak semalam selepas pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal menuju ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. - Bernama
#PrayForMH370

Assalamualaykum warahmatullah wabarakatuh

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi :
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.

Tiada ulasan: